Jumaat, Mac 20, 2009

Cerpen : Yang Kupinta - I

Nama Pena : LeaQistina

Aida termenung menghadap laut. Matanya pula merenung jauh hingga tembus ke ufuk barat. Memerhatikan bola merah yang semakin tenggelam ke dasar laut. Sesekali tangannya menguis lembut rambutnya yang terjurai di sekitar matanya. Perlahan-lahan kelihatan bola merah itu semakin menghilang bersama cahayanya. Alam jingga kini berubah gelap. Namun Aida masih lagi setia bertenggek di batu nan satu. Aida berpaling tatkala dia merasakan ada cuitan yang hinggap dibahunya.

"Apa?" tanya Aida sepatah.

"Jomlah. Apa lagi yang kau tunggu di sini? Burung pun pandai balik mencari sarang bila hari mulai kelam tapi kau pula masih lagi di sini? Cukup-cukuplah dilayan rasa kecewa dalam hati tu.." suatu tepukan hinggap di bahu Aida sebagai tanda semoga bersabar.

"Dahlah tu, jom kita balik.." tanpa sebarang bicara Aida melompat turun dari batu besar yang menjadi tempat persinggahannya sepanjang seminggu dia berada di Pulau Lagenda yang begitu terkenal dengan kisah lagenda sumpahan Mahsuri itu. Mereka bersama-sama bergandingan pulang ke chalet.

***

"Aida..!! Mana air aku ni? Dahlah aku penat, haus, kau yang duduk dirumah bersenang-lenang menggoyang kaki, takkan air pun kau tak boleh buatkan untuk aku..!" bentak Hamdan sebaik saja kakinya melangkah masuk ke ruang tamu dan mendapati air minumannya masih lagi belum tersedia. Terkedek-kedek Aida berlari sambil menatang gelas di dulang yang berisi air oren yang baru dikisarnya sebentar tadi. Dengan penuh berhati-hati Aida meletakkan dulang tersebut ke meja bulat yang terletak di tengah-tengah ruang tamu yang tersergam mewah itu.

"Huh!! Bodoh. Itu pun kau tak boleh buat," maki Hamdan lagi. Melotot matanya merenung Aida yang masih lagi berdiri kaku sambil tertunduk di hadapannya. Dulang yang ditatangnya tadi kini disisip ke celah ketiaknya. Menantikan arahan seterusnya daripada Hamdan.

"Dah, kau jangan nak berdiri macam patung kat depan aku ni. Menyampah aku menengoknya. Sekarang kau bukakan stoking aku ni dan kau bersihkan kasut kerja aku, keluarkan baju bersih untuk aku dan kemudian aku nak kau bersiap. Pakai baju yang aku belikan untuk kau hari tu. Malam nanti kawan bos aku akan datang ambil kau, kau buatlah apa yang patut. Yang penting tender tu nanti kita orang dapat," Hamdan memberikan arahan seterusnya kepada Aida. Tertegak kepala Aida mendengarkan arahan yang menjijikkan daripada Hamdan. Dirinya diperdangangkan lagi buat sekian kalinya.

"Aida tak nak..!!" entah dari mana datangnya kekuatan yang berjaya membuatkan Aida membuka mulutnya dan membantah arahan daripada insan yang berada dihadapannya.

Pangg!! Satu tamparan keras hinggap di pipi mulus Aida. Aida dapat merasakan bibirnya luka. Darah yang terbit di pinggir bibirnya dikesat perlahan. Hatinya sedih dan perit. Begitu juga dengan pipinya yang terasa pijar dan basah dek lelehan air mata yang mengalir lesu.

"Kau jangan berani nak membantah kata-kata aku. Sebelum kau teruk aku belasah, baik kau pergi buat apa yang aku suruh tadi," Hamdan memberikan amaran kepada Aida supaya akur akan kehendaknya.

"Hah!! Kau tercegat apa lagi di situ. Nah.. cepatlah.." tengking Hamdan sambil melunjurkan kakinya. Dalam linangan air mata, Aida tunduk lalu memegang kaki Hamdan untuk menanggalkan stoking yang tersarung dikakinya. Terkial-kial Aida ketika cuba untuk menanggalkan stoking tersebut kerana Hamdan sengaja mengejungkan kakinya supaya kakinya menjadi lebih berat dan menyukarkan Aida untuk melakukan tugasnya.
"Tuan, Aida sanggup lakukan apa saja yang tuan arahkan tapi tolonglah Aida. Aida tak nak lakukan kerja-kerja yang terkutuk itu," rayu Aida kepada Hamdan. Hamdan yang menyampah mendengar rayuan demi rayuan yang singgah ditelinganya, pantas menendang Aida yang berada dihujung kakinya. Dia paling benci untuk berkompromi! Tersungkur Aida ke belakang. Mujur saja kepalanya tidak terhantuk bucu tajam rak buku yang berada tidak jauh darinya. Aida mengaduh kesakitan. Hamdan melihatnya dengan segaris senyuman sinis yang menguntum dibibirnya. Tiada langsung riak belas yang terpancar diwajahnya. Wajah yang menjadi pantulan terus dari jiwanya.

"Sudah aku katakan, kau jangan berani-berani melawan aku, pasti buruk padahnya.." tengking Hamdan lagi.

"Dah, kau pergi bersiap sekarang"

Dalam masa yang sama kedengaran suara azan Maghrib berkumandang. Perlahan-lahan Aida bangun dan menuju ke biliknya. Dia perlu membersihkan diri sebelum dia menghadapkan diri pada Allah yang Maha Esa. Bermohon, meratap dan merayu akan nasib malang yang menimpa dirinya.

Setelah selesai membersihkan diri, telekung yang berada di dalam almarinya dicapai sebelum takbir diangkat dan dia akhirnya hanyut dalam kekhusyukkan solat yang menenangkan. Tiada lain yang kini berada dalam ingatannya melainkan hanya Dia yang satu. Hamdan melangkah masuk ke bilik tatkala Aida sedang hilang dalam kekhusyukkan solatnya. Hatinya panas tatkala dia melihat Aida yang masih lagi bertelekung dan belum bersiap seperti yang diarahkannya. Berani betul dia, marah Hamdan. Dia mendekati Aida yang sedang rukuk di rakaat yang kedua lalu menendang punggung Aida yang menyebabkan Aida jatuh tersungkur buat kali kedua dengan wajahnya tersembam ke lantai. Warna merah pekat mula mewarnai kain telekung putih yang sedang dipakainya. Dalam linangan air mata yang lebat bercucuran dipipinya, Aida cuba bangkit namun gagal apabila tangannya berasa terlalu sakit apabila digerakkan. Mungkin terseliuh semasa dia cuba menahan dirinya dari terus tersungkur sebentar tadi. Aida mula menangis teresak-esak. Hamdan mendekati Aida yang sedang menangis lalu dicabutnya telekung yang berada dikepalanya. Baru sahaja Hamdan berura-ura untuk menghadiahkan sebuah penampar ke wajah Aida demi melempiaskan rasa geram yang bersarang dihati, tindakannya itu terbantut apabila bunyi loceng yang bertalu-talu membingitkan telinga. Hamdan menunjal kepala Aida sebelum bangun dan menuju ke luar untuk melihat siapakah gerangan tetamu yang hadir di hadapan pintu rumahnya?

"Bos, you datang sendiri ka? Tadi you bilang lu mau hantar Ah Lam untuk datang sini ambil," terkejut Hamdan tatkala melihat Mr. Chew terpacak dihadapan pintu rumahnya sebaik sahaja daun pintu diselak.

"Haiyya, wa sudah talak sabar lo mau seronok sama itu perempuan. Itu fasal wa sendiri datang sini mau ambil itu perempuan," ucap Mr. Chew sambil diikuti oleh suatu ketawa yang berdekah-dekah.

"Haiyya bos, ada satu problem la. Itu perempuan tarak mau keluar, so apa kata you seronok sama dia di sini saja," usul Hamdan pula. Mr. Chew pula hanya ketawa sambil menganggukan kepalanya tanda bersetuju. Dia mengusap-usap perutnya sebagai tanda dia sudah tidak sabar untuk menemui wanita yang telah dijanjikan untuknya. Hamdan ketawa senang hati apabila Mr. Chew bersetuju tanpa sebarang soal. Hamdan menjemput Mr. Chew masuk dan menunjukkan jalan menuju ke bilik tidurnya bersama Aida.

Sementara itu, di dalam bilik Aida sedaya upaya berusaha mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya dari terus menjadi mangsa nafsu buas binatang yang bertopengkan manusia. Dengan susah-payahnya Aida cuba bangkit, dia bercadang untuk melarikan diri dengan cara terjun dari balkoni biliknya. Aida tidak kisah andai dirinya cedera asalkan dirinya tidak lagi menjadi mangsa. Aida nekad. Dia menolak kerusi meja solek menuju ke arah balkoni. Kerusi meja solek yang berat telah menyebabkan pergerakkannya menjadi perlahan. Ditambah pula dengan kecederaan yang dialaminya sebentar tadi. Namun segalanya tidak menjadi penghalang kepada Aida untuk terus berusaha menyelamatkan dirinya.

"Kurang ajar.." jerit Hamdan sebaik sahaja Aida baru sahaja meletakkan sebelah kakinya di atas kerusi bagi memudahkan dia untuk melangkah pagar balkoni yang boleh tahan juga tingginya. Pantas Hamdan mendekati Aida dan mencekak rambutnya sebelum dia mengheret Aida masuk ke dalam rumah. Aida meraung kesakitan. Seterusnya Hamdan memukul dan menyepak terajang tubuh Aida. Terpekik terlolong Aida menjerit kesakitan. Mr. Chew yang turut berada di situ hanya memerhatikan Hamdan membelasah Aida tanpa sebarang riak kasihan. Tentu sahaja mereka sama-sama berhati syaitan.

Hamdan membelasah Aida sehingga hampir separuh nyawa. Setelah hatinya agak puas, Hamdan menoleh pada Mr. Chew.

"Bos, you tunggu sekejap.." ucap Hamdan sebelum dia keluar sebelum kembali bersama segulung tali raffia di tangan. Aida diheret ke katil lalu tangan dan kakinya diikat di setiap penjuru katil. Kemudian dengan penuh rakus Hamdan menanggalkan pakaian yang tersarung ditubuh Aida. Satu demi satu. Aida cuba untuk meronta namun usahanya itu hanyalah sia-sia. Ikatan yang kuat pada kaki dan tangannya telah menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya linangan air mata yang menjadi bukti keperitan hati yang melanda. Hamdan menepuk pipi Aida beberapa kali sebelum bangun dari katil bersama ketawa.

"Ok bos, now she is yours.." ucap Hamdan sebelum berlalu keluar. Ketika melalui Mr. Chew, sempat lagi Hamdan berbisik "Have fun..!!"

***



Hamdan bersenang-lenang di ruang tamu rumahnya sambil menonton channel Astro Super Sports. Kedengaran suara Aida yang menjerit kesakitan serta rayuan agar dirinya dilepaskan berselang-seli dengan dekahan suara Mr. Chew. Hamdan tersenyum senang. Semakin kuat dekahan ketawa Mr. Chew menandakan peluang untuk mereka mendapatkan tender sebagai sub-kontraktor bagi pembinaan Mega Sutra Heights adalah semakin cerah. Tidak sedikit pun jeritan serta rayuan Aida singgah dijiwanya. Yang terbayang di matanya hanyalah wang serta tawaran kenaikan pangkat seperti yang dijanjikan oleh En. Mansor sekiranya dia berjaya membawa masuk tender tersebut ke dalam Hyper Mega Construction.

Tidak lama kemudian pintu biliknya terbuka. Mr. Chew keluar dengan wajah yang puas dan gembira. Wajahnya kusut masai manakala butang bajunya tidak dibutangkan dengan sempurna. Hamdan bangun lalu terus mendekati Mr. Chew yang sedang tersenyum sambil menghulurkan tangan. Mr. Chew menyambut huluran tangan tersebut dan pantas menepuk bahu Hamdan beberapa kali.

"Amacam bos wa punya bini? Ok?" tanya Hamdan penuh makna. Hatinya penuh debar mendengarkan kata putus yang bakal keluar dari bibir Mr. Chew. Padanya, jawapan Mr. Chew itu ibarat busar bermata dua. Satu jawapan, dua makna.

Mr. Chew hanya ketawa mendengarkan soalan Hamdan tadi. Matanya dikerdipkan beberapa kali sebelum tangannya mengesat bibirnya dengan penuh gaya. Terpancar aura lelaki miang yang lupa dunia.

"Oh itu lu punya bini ka? Wa manyak suka. Okeylah, kita jumpa lagi nanti. Wa balik dulu. Next time kalau wa rindu boleh datang sini lagi ka?" kata-kata akhir Mr. Chew di akhiri dengan suatu jenaka yang penuh bermakna.

"Boleh. Tak dak hal ma. Itu wa punya bini, bila-bila masa lu mau nanti bos lu cakap sama wa. Nanti wa suruh dia bagi special treatment lagi untuk lu..." ucap Hamdan tanpa ragu-ragu. Hatinya kini berlagu riang. Dirinya yakin, tender, wang serta kenaikan pangkat kini adalah miliknya.

Sebaik sahaja Mr. Chew melangkah keluar daripada rumahnya, Hamdan pantas mengunci pintu sebelum berlalu ke biliknya. Di bilik kelihatan keadaan Aida yang sangat menyedihkan dan mengaibkan. Dengan keadaan yang bogel tanpa seurat benang, tangan dan kakinya yang masih lagi terikat, pergelangan tangannya yang mula membengkak serta wajah yang lebam-lebam membiru akibat dipukul. Air mata Aida lesu mengalir di juring matanya. Hamdan merenung Aida lama. Nafsunya muncul secara tiba-tiba. Dengan tergesa-gesa Hamdan membuka pakaian yang tersarung di badannya dan dia mendekati Aida.

"Aida, kau layan aku pula," katanya sebelum secara rakus dia memperkosa seorang insan yang telah diamanahkan padanya suatu ketika dulu atas nama seorang ISTERI.

***

Pantas tangan Aida memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam sebuah beg Garfield. Aida nekad. Walauapa pun yang berlaku, hari ini dia akan cuba melarikan diri daripada seorang lelaki yang bergelar suaminya. Dahulu Aida ragu-ragu akan tindakannya ini. Hatinya bimbang andai dirinya digelar nusyuz sekiranya dia melarikan diri daripada rumah ini. Meninggalkan rumah tanpa izin suami adalah dilarang Illahi. Namun hari ini dirinya baru teringat akan kata-kata ustazahnya suatu ketika dahulu, "Hormat dan taatlah kamu wahai isteri-isteri kepada suamimu selagi dia tidak memaksa kamu melakukan sesuatu yang berada diluar batasan Syarak".

Aida sedar. Perbuatan suaminya itu sudah melampau. Lalu di atas kesedaran itu, Aida nekad untuk melepaskan diri daripada lelaki durjana ini. Aida menyelongkar lagi almari pakaian itu. Dia perlu mencari kad pengenalan dirinya yang dirampas oleh Hamdan ketika di awal perkahwinan mereka dahulu. Jika tidak, mesti sukar untuknya melarikan diri nanti. Satu per satu laci ditariknya kasar. Dia perlu cepat sebelum Hamdan pulang daripada tempat kerjaya. Badannya yang berasa lemah tidak lagi diendahkannya. Tangannya yang sakit dan bengkak juga tidak dihiraukannya. Hanya satu perkara yang bermain-main di benaknya iaitu melarikan diri.

Dalam keasyikkan Aida menggeledah almari pakaiannya, pintu biliknya terbuka secara kasar dan tiba-tiba. Berdentum bunyinya. Aida terkejut dan kaget tanpa kata. Kakinya menggeletar dan wajahnya ditunddukkan. Tidak berani memandang Hamdan yang terpacak dihadapan pintu bilik bersama wajah yang bengis. Mata Hamdan tajam merenung beg pakaian yang terdampar di atas katil.

"Kurang ajar, kau cuba nak larikan diri ya...!" jerit Hamdan. Satu penampar melayang tepat mengenai wajah Aida. Belum pun sempat Aida mengaduh tiba-tiba Aida rebah di kaki Hamdan dan kaku di situ. Darah pekat mula mengalir laju daripada hidungnya. Hamdan panik melihat Aida yang tiba-tiba rebah. Pantas dia meletakkan dua jari di hidung Aida bagi mengesan nafas. Namun kosong. Hamdan semakin panik. Otaknya gagal berfungsi dengan waras. Pantas tubuh Aida digendong menuju ke keretanya.

***


Hamdan panik. Dikerlingnya Aida kaku disebelahnya. Tangannya menggigil dan hatinya tidak keruan. Rasa takut dan panik semakin menjalar dalam diri hingga Hamdan tidak lagi mampu berfikir secara waras. Otaknya kini galak memikirkan tindakan selanjutnya untuk menyembunyikan ‘tubuh’ Aida. Hamdan memandang ke arah jalanraya yang agak lengang dan sunyi. Tiba-tiba sebuah lori balak yang menderu laju dari arah bertentangan menarik perhatiannya. Lori tersebut melanggar sebuah botol minuman kosong yang kebetulan berada di tengah-tengah jalanraya tersebut. Hamdan dapat melihat botol tersebut pecah. Sepantas kilat Hamdan mendapat satu idea. Brek keretanya ditekan secara mengejut. Berkeriut bunyi tayar keretanya. Hamdan memandang ke sekeliling bagi memastikan tiada orang yang bakal melihat akan perbuatannya. Apabila yakin, pantas Hamdan membuka pintu keretanya dan menarik keluar tubuh Aida dan dibaringkan di tengah jalanraya. Fikirnya adalah lebih baik tubuh Aida ini hancur dan dilanggar lori balak atau kenderaan yang lalu lalang di sini. Sekurang-kurangnya kematian kali kedua Aida tidak lagi akan dikaitkan dengannya. Suatu kemalangan. Itu jawapan mudah yang mampu diberikannya kepada ibu bapanya apabila ditanya kelak. Hamdan tersenyum berat. Setelah dipastikan bahawa kedudukan Aida adalah cukup ideal bagi menghasilkan sebuah kemalangan terancang, Hamdan terus memecut keretanya untuk pulang ke rumah. Hatinya yang serabut perlu ditenangkan. Jika tidak, silap-silap nanti dia akan dituduh menjadi punca.

***

Setibanya di rumah, Hamdan membaringkan badannnya di sofa. Hari ini memang adalah hari malang untuk dirinya. Hyper Mega Construction gagal untuk merebut tender sub-kontraktor bagi pembinaan Mega Sutra Heights. Buntang matanya tatkala mendengar keputusan tender pagi tadi. Semalam hatinya cukup yakin bahawa tender itu adalah milik mereka tatkala melihat wajah puas Mr. Chew namun ternyata usahanya sia-sia. Atas rasa tidak berpuas hati, Hamdan terus bersemuka dengan Mr. Chew bagi mendapatkan alasan kegagalan Hyper Mega Construction.

"Hayya.. Sapa cakap sama lu kalau lu kasi itu perempuan sama wa, wa akan bagi lu ini tender? Wa talak mintak ma, lu sendiri offer sama wa... Lu lupa ka?"

"Tapi lu happy sama wa punya bini kan bos? Bukan calang-calang perempuan wa kasi..."

"Memang loh... Tapi perempuan sama luit mana sama loh. Itu perempuan lu kasi wa amik tapi wa talak pernah janji wa akan kasi ini tender. Company lu punya proposal talak cukup bagus ma... Mana wa boleh kasi sama lu... Lugi la wa..."

Arghh!! Hamdan menjerit bagi mengurangkan bebanan dijiwanya. Hatinya geram mengenangkan tindakan Mr. Chew yang menghalaunya ibarat anjing kurap apabila dia terus-terusan mendesak supaya Mr. Chew menimbangkan kembali keputusannya. Hamdan memegang pipinya yang terasa bengkak akibat ditumbuk oleh pengawal peribadi Mr. Chew tadi. Hatinya yang geram kini berubah dendam. Di tambah pula dengan kejadian yang menimpa Aida tadi. Hamdan terkedu dan terfikir-fikir sendiri. Adakah sudah hancur badan Aida dilanggar kenderaan atau belum? Di dalam keadaan kepenatan emosi akhirnya Hamdan terlelap sendiri.

***

Hamdan menggaru pipinya yang gatal. Ditampar tangan dan kakinya yang dihurung nyamuk. Akibat tidak tahan dengan rasa gatal, Hamdan membuka matanya. Gelap. Telefon bimbitnya yang terletak di meja tidak jauh dari sofa yang menjadi alas tidurnya tadi dicapai. Satu butang telefon ditekan dan telefon bimbitnya mengeluarkan cahaya. 7.30 malam. Hamdan mengerutkan dahinya. Kenapa keadaan rumahnya yang bergelap? Ke mana perginya Aida? Kenapa lampu rumah semua tidak dibuka? Selalunya pada waktu ini Aida akan kelam kabut memasak sebelum dia menunaikan solat maghrib.

"Aida...!! Aida...!!" jerit Hamdan. Hatinya berang. Oleh kerana kelalaian Aida yang membiarkan dia tidur di dalam gelap, habis badannya bintat digigit nyamuk. Memang dasar perempuan tak guna.

"Aida...!!!" jerit Hamdan sekali lagi namun dalam nada yang lebih kuat. Hatinya dijentik rasa pelik namun langkah kakinya dibuka menuju ke bilik. Lampu bilik dibuka. Sebaik sahaja bilik menjadi terang, Hamdan terpandang pada beg Garfield yang terletak di atas katil. Ingatannya kembali terlayar pada kejadian petang tadi. Serta merta Hamdan tersedar. Hamdan berlari kembali ke ruang tamu dan membuka televisyen.

Hamdan membuang pandang pada muka jam yang tergantung di dinding ruang tamu. 7.45 malam. Dengan penuh debar, Hamdan menantikan siaran Buletin Utama bermula. Hatinya tertanya-tanya mengenai nasib ‘tubuh’ Aida yang ditinggalkannya petang tadi. Sudah hancurkah digilis lori? Hamdan yakin jawapan pada persoalannya akan terjawab sebentar lagi.

BERSAMBUNG

-------------------------------------

Salam buat semua,

Cerpen Yang Kupinta ini merupakan cerpen eksperimental daripada Lea. Melalui cerpen ini, Lea cuba mengubah corak jalan cerita yang sering Lea lakukan. Disebabkan oleh cerita ini agak panjang, maka Lea pos cerita ini secara bersiri. Insyaallah dalam part 2 nanti kawan-kawan sekalian akan dapat mengikuti penamat bagi cerita ini. Semoga kawan-kawan sekalian dapat memberikan komen, pandangan serta kritikan terhadap cerpen ini. Segala maklum balas daripada kawan-kawan sekalian amatlah lea harapkan dan Lea hargai. Sekian, terima kasih.

Ikhlas;
~LeaQistina

9 ulasan:

  1. ala lea...ngah best2 bce jantan sial ni,,leh smabung lak!! i xsbr la nk tgu...cpt2 tau....!! ni la jantan yg plg xgne..pttnye ditembak dgn senapang gajah..biar die yg berkecai...
    i ske sgt cte ni...!!! i tgu k...!!

    BalasPadam
  2. thumb up!
    Nape xbuat as novel je?

    BalasPadam
  3. aduhh..ni betol2 sial..
    syok2 baca dah bersambung lakk..

    BalasPadam
  4. Salam Lea,
    taniah kerana menghasilkan satu lagi karya yg baik..
    saya nantikan sambungnnya..

    ~Putri Lily~

    BalasPadam
  5. uwaa...cedihnyaa...mintak2 la aku xdpt suami camni...
    sungguh kejam lelaki spt ni..
    mmg ada lelaki camni dlm dunia..
    sanggup buat pa2 je demi wang..
    smpai anak bini pun dieorang sggup bunuh..
    adesss..citenya yg betol2 berani..
    bagus penuliss..
    cite ni buat org yg kat luar sana lebh saspen menantu apa kesudahan cite seterusnya..

    god luck buat penulis..xsabar tggu sambungan akan dtg~

    ~aku insan biasa~

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama21/3/09 2:34 PG

    uwalaaa cpt2 smbg
    pe jd nnt
    bodo ny laki cmtuu!!!

    BalasPadam
  7. CPATTTTTTTTTTTTTTTTT SAMBUNG....EXCITED NIHHHHHH...

    BalasPadam
  8. sedeyh la cite nih blm best lagi..sbb skang part sedeyh
    ade sambungan lagi ke??
    susah la bace sambungan..

    (:~D)
    ske komen

    BalasPadam
  9. best gak ctew nie c aida 2 mmg malang coz dpat husband mcam hamdan... npew wat smbungan kang kalo ada smbungan kang jdik BUSANG anyw keep up good work

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan