Nama Pena : Qaiszar Fazzamy
Terdengar pintu diketuk bertalu-talu. Begitu kuat sekali ketukannya sehingga menggegarkan rumah kayu beratapkan nipah itu. Pak Usop yang sedang lena dibuai mimpi menjadi terkejut. Hampir-hampir sahaja beliau terjatuh dari katil usang miliknya. Hatinya mula berbunga kemarahan. Siapakah gerangannya yang begitu kurang sopan sekali mengetuk pintu rumahnya pada waktu dinihari begini?
Pak Usop terpisat-pisat sambil membetulkan duduknya yang sedikit mengiring. Fikirannya masih berbalam-balam. Sambil mengenyehkan mata, beliau membebel dalam nada berbisik. Mengganggu tidur seorang tua seperti dirinya pada waktu-waktu sebegini membuatkan beliau menyumpah seranah dalam hati. Ketukan pada pintu rumahnya masih kedengaran. Malah ianya semakin kuat. Akhirnya Pak Usop bangun dari katil dan melangkah menghampiri pintu rumah miliknya yang hanya beberapa kaki dari bilik tidur.
"Hah..!! Apa yang korang nak tengah-tengah malam macam ni..?! Tak boleh tunggu siang ke..?!", ujar Pak Usop sebaik sahaja beliau membuka pintu.
Kelihatan beberapa orang pemuda dan warga tua kampung sedang berdiri sambil merenung tepat ke arahnya. Dua orang dari mereka membawa jamung dan yang lain memegang parang di tangan. Pak Usop agak sedikit cuak. Tambahan lagi bila melihatkan Shuib yang juga seteru kuatnya dalam kampung itu turut sama berada di dalam kumpulan itu. Dia bukannya gentar pada Shuib. Cuma dia risaukan perangai musuh kuatnya itu yang selalu mencari jalan untuk menjatuhkan dirinya.
"Kami datang ni sebab nak suruh engkau berambus dari kampung ni..!! Engkau ni bawak sial..!! Engkau dengan hantu belaan engkau sama saja jahatnya..!!", tengking Shuib secara tiba-tiba.
Pak Usop menjegilkan biji mata. Dendamnya pada Shuib semakin menebal setelah menyaksikan lelaki itu beriya-iya memintanya supaya keluar dari kampung ini. Ditenungnya wajah Shuib dengan pandangan yang penuh dengan api kemarahan. Sudah beberapa kali dia menghalau Shuib dengan menggunakan kekerasan. Baginya lelaki seperti itu seumpama kulat dalam masyarakat. Tak boleh lihat orang lain senang. Shuib pula langsung tidak kisah. Dia bukan datang dengan keseorangan seperti biasa. Kali ini dia datang dengan di sokong oleh orang-orang kampung. Tentunya Pak Usop tak berani bertindak kasar terhadap dirinya. Senyum Shuib semakin melebar. Sama lebarnya dengan harapan dirinya untuk melihat Pak Usop dihalau pergi oleh orang-orang kampung.
"Aku dah kata aku tak bela apa-apa..!! Kau tak faham ke Shuib..?! Ayam itik pun aku tak bela.. Kalau aku nak makan ayam, aku pergi pasar.. Inikan pulak bela hantu..!!", bidas Pak Usop.
"Pak Usop jangan nak temberang kamilah..!! Dengan budak kecik Pak Usop boleh tipu tapi dengan tok imam ni jangan harap..!!", balas Shuib sambil menyorok di belakang imam kampung yang turut serta dalam kumpulan itu.
Penduduk kampung yang mendengar tuduhan Shuib itu serta-merta bersorak. Masing-masing mengarahkan agar Pak Usop segera meninggalkan kampung itu. Imam dan dua tiga ahi kariah masjid lagi berusaha menenangkan kumpulan yang dirasuk amarah itu.
"Sabar.. Sabar dulu..!! Betul ke engkau ada bela hantu raya macam yang dicakapkan oleh Shuib ni Sop..?! Tadi ada sorang budak perempuan pengsan kat tepi pokok besar sebelah kedai Wong.. Dia kata dia ternampak hantu berbulu dan tinggi macam pokok kelapa.. Lepas tu dia kata muka hantu tu serupa macam muka engkau..!!", soal Imam Saidan. Pak Usop hanya mendiamkan diri tanpa sebarang butir bicara.
"Macam nilah Sop.. Kalau betul engkau ada 'membela', aku mintak engkau buanglah benda tu cepat-cepat..!! Berdosa besar hukumnya meminta pertolongan dari makhluk halus..!! Itu dah tergolong dalam perbuatan syirik engkau tahu tak..?! Nauzubillah..", ujar Imam Saidan pada Pak Usop yang kekal diam seribu bahasa.
Kumpulan itu akhirnya diarahkan untuk pulang ke rumah masing-masing oleh Imam Saidan. Shuib yang masih tidak puas hati mengepal penumbuk lalu dihalakan pada Pak Usop yang memandang tepu. Selagi Pak Usop tidak dihalau, hatinya semakin jadi tak senang. Kerana kelancangan mulut Pak Usoplah yang membuatkan Lili berpaling tadah dan meninggalkan dirinya. Pak Usop telah memberitahu bapa Lili yang dia melihat Shuib sedang asyik mengendap Lili yang ketika itu sedang mandi di dalam bilik air. Terus bapa Lili menghambatnya keliling kampung sehari suntuk dan Lili pula menyimpan rasa benci pada dirinya. Itulah yang membuatkan Shuib begitu berdendam pada Pak Usop.
Selepas semua orang sudah pulang ke rumah masing-masing, Pak Usop kembali berbaring di atas katil setelah menutup pintu rumahnya. Sambil meletakkan tangan di atas dahi, Pak Usop termenung sendirian. Memikirkan kata-kata Imam Saidan pada dirinya sebentar tadi. Meminta pertolongan pada makhluk halus adalah termasuk dalam golongan syirik dan berdosa besar. Kepada Tuhan sepatutnya kita meminta bantuan. Pak Usop menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskannya keluar dengan berat. Sudah sampai masanya dia bertindak. Sudah sampai masanya untuk dia kembali ke pangkal jalan.
Pak Usop kemudiannya bangun semula. Sesekali pandangannya dihalakan ke arah luar tingkap bilik. Tepat menghala ke arah sebuah pondok kecil yang tidak pernah digunakan selama bertahun-tahun. Pak Usop bingkas bangkit dari duduk dan menuju ke dapur lalu mengambil dupa kemenyan miliknya. Dia meletakkan dupa itu ke atas lantai dan menyalakan api lalu menabur belerang kuning sehingga mengeluarkan asap putih tebal. Semerbak bau kemenyan menyelubungi sudut ruang bilik itu yang berdindingkan kayu semata. Mulut lelaki tua itu terkumat-kamit membacakan sesuatu yang tidak dapat difahami.
Sekonyong-konyong di hadapan Pak Usop, muncul satu lembaga berbulu merah gelap, bertanduk serta bertaring tersenyum ke arah Pak Usop. Lembaga itu menadahkan tangan menayangkan barisan kukunya yang meruncing seperti meminta sesuatu dari Pak Usop. Segera Pak Usop mengalihkan dupa ke tepi dan duduk bersila membelakangi lembaga tersebut.
"Kenapa kau panggil aku Sop..?! Bukankah kau pernah kata yang kau sudah tak perlukan aku lagi..?!", ujar lembaga itu dalam keadaan gema bersahut-sahutan.
"Memang aku tak perlukan engkau..!! Aku dah lama tinggalkan ilmu warisan nenek moyang aku ni.. Tapi engkau dah melampau..!! Kenapa engkau ganggu orang kampung..?! Mereka tak ada buat salah apa-apa dengan engkau..!!", jerit Pak Usop dengan mata yang mencerlang garang.
"Siapa kata dia tak salah..?! Perempuan tu buat maksiat dekat pokok tempat aku selalu duduk..!! Aku tak kacau mereka.. Mereka yang ganggu aku..!!", bidas lembaga itu menafikan.
"Sudah..!! Itu aku tak mahu tahu.. Sekarang ni aku nak beri engkau satu tugas..!! Kalau engkau berjaya selesaikan tugas ni, engkau takkan berpisah dari aku buat selama-lamanya.. Ini janji aku..!!", tegas Pak Usop.
"Aku mahu engkau ambil bulu ini dan pergi ke arah hutan dara sana.. Tunggu sehingga bulu ini bertukar menjadi lurus..!! Jikalau tidak, engkau tak boleh pulang ke rumah ni lagi.. Faham..?!", ujarnya lagi seraya menyerahkan sehelai bulu yang halus tetapi berkerinting di tangannya pada makhluk tersebut.
Lembaga itu tersenyum meleret menampakkan taringnya ke arah Pak Usop. Semenjak Pak Usop tidak lagi menghiraukannya, ia merasa sangat lapar. Pernah juga beberapa kali ia menghasut Pak Usop dengan janji-janji manis asalkan lelaki tua itu tidak lagi membiarkannya kelaparan. Ia mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Pak Usop. Lalu berjalanlah ia menembusi dinding rumah dan seterusnya menuju ke arah hutan dara yang jauh dari situ demi menuruti syarat yang dikemukakan oleh tuannya.
Pak Usop tersenyum puas. Nampaknya helah beliau telah berjaya memperdayakan makhluk halus itu. Pak Usop yakin yang hantu raya belaannya akan kekal berada di dalam hutan dara itu buat selama-lamanya kerana ia takkan dapat meluruskan bulu kerinting yang diberi sebab bulu itu adalah bulu ketiak Pak Usop sendiri. Dinihari itu Pak Usop tidur dengan wajah yang tenang. Tidak pernah dirasakannya ketenangan yang sebegitu rupa sepanjang dia memelihara hantu raya yang telah berjaya diperdayakan olehnya sebentar tadi. Senyum Pak Usop melebar dengan hati yang berbunga keriangan. Dia kini telah bebas.
Keesokan harinya ketika Pak Usop sedang menikmati sepotong kuih yang dibeli dari warung Asmah pagi tadi, secara tiba-tiba hantu raya belaannya muncul semula dengan senyuman girang. Tersembur minuman yang sedang diteguk oleh Pak Usop ke wajah hantu raya itu. Dalam keadaan getar, Pak Usop seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Mana mungkin hanya satu malam sahaja, hantu raya itu sudah berjaya meluruskan bulu ketiaknya?
"Kau.. Kau buat apa dekat sini..?!", soal Pak Usop tersekat-sekat.
"Aku sudahpun menunaikan apa yang engkau suruh.. Sekarang kita sudah bersebati untuk selama-lamanya..!!", ujar hantu raya tersebut sambil mengunjukkan kepada Pak Usop sehelai bulu pada tangannya.
Memang benar. Bulu ketiak yang diberi oleh Pak Usop sudah bertukar menjadi lurus. Pak Usop memegang bulu itu dengan gigil di seluruh tubuh. Niat di hatinya untuk memperdayakan hantu raya belaannya disangka sudah berhasil tetapi lain pula jadinya sekarang. Nampaknya dia tidak akan dapat menjauhkan diri dari makhluk itu sampai bila-bila. Sambil menggaru kepala, bertanyalah Pak Usop akan rahsia makhluk itu yang begitu handal sehingga dapat meluruskan bulu ketiak yang kerinting kepada lurus dan bermaya.
"Bagaimana engkau boleh meluruskan bulu ini..?! Aku macam tak percaya..", tanya Pak Usop pada makhluk belaannya.
"Apa susah..?! Aku pergi kat salon penjagaan rambut dan mintak diorang buat teknik 'rebonding' jelah..!! Malam tadi semua kedai tutup.. Pagi tadi lepas kedai dah bukak baru aku boleh buat..!! Nasib baik pelanggan tak ramai..", jawab hantu raya itu dengan wajah selamba.
Lalu Pak Usop pun terus pengsan dan tidak bangun-bangun selama dua ratus tahun.
Sekian..
aiyok !
BalasPadamape ke sengal ntah...
BalasPadamingat kat citer saspen tadi..
hahahhaha
mmg saspen pun..
ayark~ xD
BalasPadamhahaha..lawakla...
BalasPadamha..ha.. best gak bace cite ni...
BalasPadamselalu bace cite sedih jea...
tapi kali ni lain pulak....
teruskan usaha anda.
hahhahhaha..aku rasa nak gelak golek2 lg..megong aihh..
BalasPadamlawak gile cite nih..
mampuih2 aku pun d perdayakan..
adess..bagus cite nihh yg cedih2 boleh jd gelak kalu baca cite camnih..hahhaha..
aku pun xabis2 lg duk gelak nih..=))=))
~aku insan biasa~
ak gelak abeh2san bc cte nih
BalasPadamye je ak ingat tuan dy dah buang antu 2
sengal punye antu!!huhu
haha
BalasPadamkelako2..
cite nih lawok
sengal tol
(:~D)
ske komen
haha bengang je aq bc cite nih
BalasPadamMemang bengang pun..
BalasPadamhehe..
BalasPadammmg bengang..tapi kelakar la..
hahaha..
hahaha
BalasPadamsengal gile..
ingatkan seram sgt td..
aduhh.. sakit perut tahan gelak..
ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha
~~PapaTul~~
Cerita best... kelakar... =)) i suka sgt olahan ayat yg u guna... bahasa pasar yg santai...
BalasPadammengong.....penat tul aku baca....suspen giler awal2....
BalasPadamtapi bila pak usop cakap tu bulu ketiak dia aku dah tau dah aku kene tipu ngan penulis ni...hua hua hua...pandai aa tipu owangggg... ;-}~
Kehkehkeh..
BalasPadamMekasih atas komen pembaca..
Saja je nak buat comedy style sikit..
(Qaiszar Fazzamy)
hahaha...lawak..pandai tol penulis ni wt gimik.
BalasPadamtp ok gak..skali skala ad cter yg lwak ni..
tipah tertipu!!!!
ngok ngek nyer penulis..aku dah tergolek tenggilking nih..huah3...gasolines
BalasPadamqaiszar fazzamy, sy mmg suka la ngan segala2 cite awak. npe kali ni lawak. tapi sy mmg suke. hahahahaha. tplawak ni dh lama dah kan.
BalasPadamKehkehkeh..
BalasPadamIni memang lawak lama yang diberi nafas baru..
Mekasih atas komen semua.. Saya hargainya..
Err.. Dah lama tak tengok nama Gasoline tu.. Antara pengomen tegar kat sini kan?..
Kehkehkeh..
qaiszar fazzamy ada blog tak or email ke
BalasPadamwakaka..antu moden..
BalasPadamgune jari pon boleyy..
Boleh cari saya di kepalalabuchi@yahoo.com atau kepalalabuchi.blogspot.com
BalasPadamTerima kasih..
gud gud.. cerita kamo mmg besh..
BalasPadamade ke patut bulu ketiak....
BalasPadamlucu2....
hhahaa..tertipu aku!
BalasPadamtadi aku dah agak dah .buat rebonding le snang. he he klakar gile cite ni.
BalasPadamhehehehahaha....
BalasPadamsuspens+lawak...
okla....nice story
baru je dgr lagu tipah tertipu..
BalasPadamhuhuhuhu...
sib bek aku bukan tipah..
ahaks..
klaka+seram=karam
BalasPadam