Khamis, Ogos 21, 2008

Novel : Salah Faham 1

kak we


Majlis perkahwinan Azmer dan Athirah berjalan sangat meriah. Pasangan pengantin diserikan dengan persalinan ungu, warna kesukaan Athirah. Akhirnya hari ini menjadi saksi kepada kesetian cinta mereka dari zaman sekolah menengah lagi. Aku gembira melihat kawan baik ku Azmer berjaya dengan cintanya. Keberanian Azmer meluahkan perasaannya kepada Athirah ketika kami di tingkatan empat berhasil sehingga ke jinjang pelamin. Berbagai cubaan yang mereka hadapi sepanjang perhunbungan mereka. Athirah terpaksa bersabar menunggu Azmer menghabiskan masternya di UK sebelum mereka berkahwin. Sekarang saat kami menginjak usia 28 tahun, mereka akhirnya berjaya melangsungkan hari bersejarah mereka. Tahniah sahabat ku. Engkau sangat beruntung mendapat Athirah yang sangat setia sebagai suri hidup engkau Azmer.

Ramai juga sahabat-sahabat lama yang datang ke majlis ini. Ramai yang datang dengan suami dan isteri masing-masing. Malah dah ramai yang mempunyai cahaya mata. Majlis perkahwinan Azmer dan Athirah seolah-olah menjadi majlis reunion. Kecoh majlis itu apabila kami ketawa mengenangkan kenangan disekolah menengah dulu. Saat mengenangkan kenangan lama aku tiba-tiba teringat akan Izzah Faqiehah. Gadis yang pendiam dan paling rajin dalam kelas kami. Dia tidak datang ke majlis ini kah ???

' ' Faiz kau ingat tak Izzah Faqiehah'' tanya Safwan kepada aku.

Aku membalas pertanyaan itu dengan menkerut kan muka ku. Macam mana si Safwan ni boleh membaca fikiran aku ya. Aku baru saja berpikir pasal gadis tu.

' Alaaa Izzah, yang kita panggil Stone Heart tu. Yang kita bet siapa yang dapat mencairkan hati dia dapat sepasang kasut Nike. Tapi tiada pun antara kita dapat berjaya. Ingat tak' tanya Safwan sambil memandang isterinya yang asyik melayan kerenah anak mereka.

' Iya. Mesti aku ingat. Si Izzah tu memang Stone Heart. Aku ingin tahu juga apa dia dah kahwin ke belum ?? Macam mana rupa lelaki yang berjaya cairkan hati batunya itu.' balas ku.

' Engkau tahu, aku ada jumpa dia di Hospital Perdana sewaktu anak aku masuk hospital baru-baru ini. Rupa-rupanya dia dah berjaya menjadi dokter dan sekarang ingin mengambil master dalam bidang pediatric. Nih aku nak jawab soalan kau tadi. Dia masih single dan aku tengok dia makin cantik. Ini bermaksud kau tidak dapat lah jumpa dengan lelaki yang berjaya cairkan stone heart tu. Hahahaha. ' ketawa safwan kuat sekali sehingga ramai yang memandang kearah kami.

'Jadi sekarang tinggal aku dan Izzah lah dalam kelas kita yang masih single. Hahaha aku rasa dia tunggu aku lah untuk pinang dia' ketawa kami bergabung lebih membingitkan suasana.

'Oit Faiz…tu tu Izzah datang. Engkau nampak tak gadis baju kebaya biru tu. Yang sedang bercakap dengan isteri aku tu. Mesti mereka bercakap pasal penyakit anak aku' kata safwan sambil menunjuk kearah pintu pagar rumah baglore itu.
Aku terdiam tanpa kata. Apa yang tergambar dalam mata aku hanya sesusuk gadis yang ayu berkebaya biru yang sedang tersenyum manis. Dari jauh aku melihat Izzah dah banyak berubah. Dulu badannya sedikit berisi, kini dia lebih kurus. Kedewasaan dan kejelitaannya juga lebih terselah.

"Aku harus mendekati gadis ini. '' aku bermonolog dalam hati. Aku menanti peluang untuk bercakap dengannya. Namun sepanjang majlis dia asyik berbual dikalangan makcik-makcik. Ooo aku terlupa yang Izzah ini sepupu Athirah. Jadi dia kenal dengan hampir semua sanak saudara Athirah. Sehingga majlis tamat aku tidak berpeluang untuk mendekati Izzah. Lagi pula Izzah datang pada akhir-akhir majlis.

Dari pada saat itu, setiap saat aku asyik teringatkan Izzah. Kemana sahaja aku pandang wajah Izzah yang menjelma. Bahkan aku hampir memanggil sekretaris aku dengan nama Izzah. Aku betul-betul dah angau. Bukan aku membuat-buat perasaan ini. Namun ia muncul sendiri. Apa yang harus aku lakukan sekarang?? Mahu meminta tolong Azmer, tapi dia dan isteri tersayang honeymoon ke UK selama seminggu. Aku pula sekarang sibuk dengan projek terbaru syarikat di Ipoh. Dalam seminggu ini aku akan sentiasa outstation ke Ipoh. Jadi tidak mempunyai waktu untuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Izzah. Malam-malam aku sentiasa berdoa jika Izzah merupakan jodoh yang Allah telah takdirkan untukku selama ini maka permudahkan dan perkuarkanlah jodoh kami.

Dua minggu setelah itu , aku menerima panggilan dari Azmer yang ingin berjumpa dengan aku di Cafe Ceria tempat kami selalu lepak disaat Azmer masih bujang. Azmer datang dengan isterinya Athirah. Seri wajah pengantin muda ini tidak hilang-hilang lagi. Aku bersyukur melihat mereka bahagia. Mereka memberi aku hadiah dari UK berupa pinggan seramik yang dihiasi dengan pemandangan sebuah tasik ditengah-tengahnya. Sangat cantik, tidak lupa mereka kepada sahabat baik walaupun telah berkahwin. Terima kasih bebanyak.

" Faiz, bila pula engkau nak kahwin aa??? Aku dengar dari Azmer ramai je yang minat kat kau. Kenapa memilih sangat nie??'' tanya Athirah tanpa aku duga.

" Ala Atie mana aku memilih sangat. Cuma tak berjumpa yang sesuai dihati je. Engkau tidak ada adik ke sepupu ke yang boleh direkomen kat aku??'' seloroh aku sambil mencari peluang bertanyakan tentang Izzah.

" Oh ya sayang, bukankah baru nie abang dengar nenek sayang suruh Izzah kahwin cepat-cepat?? Katanya tak kira siapa je yang masuk meminang Izzah selepas ini akan diterima. Apa kata engkau hantar pinangan untuk menyunting si Izzah tu. Engkau kenalkan Izzah, budak pandai kelas kita dulu yang selalu engkau panggil Stone Heart tu.'' Kata-kata Azmer itu amat mengejutkan aku.

"Ooo aku kenal sangat lah. Dia ada datang majlis engkau hari itu kan. Aku tak sempat tak berbual dengan dia hari tu. Atie , betul kah sesiapa je yang masuk meminang terus dapat. Engkau yakin. ?'' balas aku tanpa berselindung apa-apa lagi dengan mereka berdua. Mereka tidak terkejut dengan reaksi aku cuma saling berpandangan dan tersenyum.

"Yakin. Aku kenal sangat dengan nenek tu. Kalu dia kata A semua orang akan kata A. Tambahan pula Izzah tu cucu kesayangan nenek akan patuh segala yang nenek cakap. Nenek takut nenek tidak sempat untuk menyaksikan majlis perkahwinan Izzah kerana nenek dah tak berapa sihat sekarang. Izzah pun dah setuju dengan kata-kata nenek tu. Sekarang tunggu lelaki pertama yang masuk meminang lah. Siapa cepat dia dapat Dr Izzah Faqiehah yang cun tu'' sempat lagi Athirah promosi sepupunya itu. Ini peluang keemasan aku.

" Malam ini juga aku telefon mama dan papa aku untuk pinang Izzah esok'' kata aku dengan penuh yakin.

" Waa semangat betul engkau nie. Kami akan sokong engkau dari belakang. Semoga berjaya menawan hati si stone heart '' kata-kata Azmer menaikkan semangat ku. Kami berpisah malam itu setelah Athirah memberi no telefon Izzah kepada aku.

Selepas aku menelefon mama tadi memberitahu aku sudah mempunyai calon menantunya. Bukan main gembira lagi mama mendengar berita itu. Sekaligus terkejut karena aku memintanya pergi meminang Izzah esok juga di rumah neneknya. Segala urusan dari cincin pertunangan dan tarikh perkahwinan nanti aku serahkan kepada mama dan papa untuk bincangkan dengan keluarga Izzah. Lagi cepat lagi bagus. Rindu aku kepada Izzah mengunung tinggi.

Malam itu di ruang tamu rumah teres yang ku beli 1 tahun yang lepas hasil dari gaji yang aku kumpul selama 4 tahun bekerja itu kelihatan luas, sunyi dan kosong. Television yang memaparkan movie Hollywood itu dipandang kosong. Aku terus mencapai telefon mencari nama Izzah Faqiehah. Apa yang perlu dibuat? Mahu telefon atau hanya SMS. Kalau SMS saja nampak aku tak serius. Dengan gadis seperti Izzah ini aku harus berani dan tegas. Ini kerana Izzah berbeza dengan gadis yang pernah aku dekati sebelum ini. Aku cuba menelefon Izzah.

"Hello, Assalammualaikum.'' Suara lembut menyambut panggilan aku.

" Waalaikumussalam, Izzah.'' Aku membalas salam. Belum sempat aku nak menyambung ayat dah ada balasan.

" Maaf encik, Dr Izzah sedang dalam operation room. Ada apa-apa pesanan yang encik nak sampaikan kepada Dr Izzah ? Dan boleh saya tahu apa nama encik? "

" It's ok. Terima kasih ya?" kecewanya hati aku. Peluang kali ini juga terlepas untuk berbual dengan Izzah. Malam itu aku tidur dengan perasaan yang terkilan. Namun aku berharap segala urusan meminang Izzah esok berjalan lancar.

4 ulasan:

  1. mmm..macam best. cepat sambung

    BalasPadam
  2. EMMMMMMMMM. best jgk crite ni..
    x sabar nak tunggu sambungannya.

    cepat sambung.........

    BalasPadam
  3. cpt smbg erk..(^_^)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan