Khamis, Ogos 21, 2008

Novel : hot gimmick 8

young shasfa (Frm one)
asyma_alyahya@yahoo.com

Part eight~ ( kn0w m0re, like m0re )

"OH no…!!! Padatnya jadual ni… biar betul???"
"Eh, engkau ni dari planet mana, Killa? Dah namanya periksa, tentulah masa dia padat dan berpatutan," sangkal Arienna.
"Macam ni padat dan berpatutan? Macam ni…?" Soal Natasya sambil menyuakan kertas betul-betul di hadapan Arienna. Matanya sudah membuntang luas.
Arienna menghela nafas sambil memandang jadual peperiksaan tersebut. Dua subjek satu hari, biasalah tu! Dalam masa seminggu boleh habis dah.
"Sudahlah tu, Killa. Kenapa awak terkejut sangat ni? Lebih baik awak study apa yang patut memandangkan exam tu start esok," ucap Ruqyah. Matanya tidak beralih daripada helaian kertas yang berada di tangannya sejak tadi.
Natasya mengetap bibir.
"Tapi… esok second rate dia Add Math…"
"That’s why we’re here!" Jawab Arienna dan Ruqyah serentak.
Natasya buat muka toya. Sudahlah…
"Hi, girls! How’s study?"
"Okey!" "Beres!" Jawab Arienna dan Ruqyah serrentak.
"Iyelah tu…"Bisik Natasya perlahan.
Pn. Jalina menatang dulang berisi orange juice dan kek dengan berhati-hati. Senyuman mekar sentiasa meniti di bibirnya.
"Serve yourselves,"ujar Pn. Jalina sambil meletakkan dulang di atas meja. Dia turut melabuhkan punggung di sisi anaknya sambil berkata, "Macam mana Asya kat sekolah? Dia ada buat perangai ke?"
"Mama...!" Natasya kurang senang apabila mamanya mula membuka topik mengenai dirinya.
"Kat sekolah kan aunty, kitorang panggil dia Shakilla. Cikgu-cikgu pun biasanya panggil dia dengan nama tu," terang Arienna terus. Ruqyah mengangguk-angguk mengiyakan.
"Dia boleh cope with anyboby but Harizd Hakkam, headboy tu..." Belum sempat ayat Ruqyah dihabiskan, Natasya segera mencelah menyuruh Mamanya masuk ke rumah bagi memberi ruang untuk mereka belajar. Dengan berat hati, Pn. Jalina akur apabila ditolak anaknya dari belakang. Arienna pula sudah mengekek ketawa melihat telatah rakannya.
"Anti betul engkau dengan headboy! Sebut aje nama Harizd Hakkam, terus berubah air muka! Hahaha, terus terang aku cakap, nampak jelas kat muka kau tu!"
Natasya mencebik.
"I hate that name!" Macam pernah dengar je nama tu!

Di satu sudut dunia, seorang pelajar yang sedang tekun menulis tiba-tiba sahaja terbersin.
"Kenapa, Yez?"
Dia menjungkit bahu. Hidungnya digosok dengan belakang jari telunjuk.
"Haa... ada orang sebut nama kau kot...,"giat Izuan galak.
"Stop that, Wan! Better kau siapkan pengiraan kau tu, sejak tadi lagi tak beralih,"
Izuan mencemik.
"Dapat tak?" Soal Harizd. Izuan mengangkat kedua-dua belah tangannya, surrender.
"Rumit sangatlah. Pening aku dibuatnya!"
"Take your time,"galak Amierul. Tangannya ligat membuat pengiraan menggunakan kalkulator.
"Add Math ni mudah je kalau kau tu rajin buat latihan! Tengok kau punya, Mier."
" ’Ere,"
Izuan buat muka. Otaknya betul-betul dah tepu. Lagipun, Add Math bukan subjek kegemarannya. Otak rakannya berdua tu pulak memang brilliant dua-dua. Di mana ada nama Harizd, di situlah ada nama Amierul. Begitu juga sebaliknya. Masing-masing mempunyai bakat dan keupayaan yang tersendiri. Dalam kelas pula, memang mereka menjadi pertaruhan para pelajar sekelas sama ada Amierul atau Harizd yang mendapat tempat pertama seluruh kelas. Dia juga ada beberapa kali mendapat tempat pertama. Ya, pertama dari belakang...
"Eh, Yez! Charisma Camp lepas exam ni kau yang handle, kan?" Izuan mula membuka topik perbualan bagi menghilangkan rasa bosan.
"Ha’ah, naper?" Jawab Harizd bersama soalan selepas selesai berbincang dengan Amierul.
"Semua pelajar wajib ke?"
"Nope! Aliran sains je. Macam yang kau dah sedia maklumlah, Kelab Karisma kan wajib bagi pelajar aliran Sains? Tapi kali ni khas untuk Form 5 je. Form 4 pulak selepas exam diorang. "
"Straight after exams?"
"A few days after that," sampuk Amierul pula.
"Dua hari selepas wedding Miss Jane," tambah Harizd. Buku kerja Matematik Tambahan dibelek perlahan. Beberapa soalan ditanda bulat mengunakan pensilnya.
"Wow, fantastic! Dia jemput kau tak?" Izuan semakin berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
"Of course la. Awal-awal lagi dah sampai kad undangan. Gembira betul dia,"
"Ha’ah… bagi pulak untuk kau sorang je! Pelajar lain kena berpandukan ketua kelas," perli Izuan, berterus terang.
Amierul tersenyum, lantas mengangguk, mengiyakan.
Harizd menjungkit bahu. Teringat minggu lepas, Miss Jane memanggilnya selepas kelas semata-mata untuk memberikan kad undangan ke majlis perkahwinannya. Wajahnya cukup berseri-seri. Harizd diwajibkan hadir ketika upacaranya berlangsung.
"Hah, nampak sangat dia sayangkan kau! Even anak sedara dia pun aku rasa dia tak sayang sampai macam tu sekali!" Izuan masih giat menyakat Harizd.
"Heh, perkataan tu kau jangan buat main!" Tegas Harizd, mula berubah nada. Izuan mengangkat kening, dah lama sangat tak dengar suara Harizd yang beremosi begini.
"Takkan dengar perkataan tu pun kau dah beremosi macam ni...? Come onlah,Yez!
Perkataan tu banyak istilahnya. Tak perlulah kau jadi macam ni disebabkan perkataan lovely gini! It’s just a word, kay?" Izuan cuba menjernihkan keadaan. Dia faham benar perasan sepupunya yang cepat tersentuh tu. Luar aje nampak kuat, tapi kat dalam ALLAH SWT sahaja yang Maha mengetahui.
"It is more than just a word to me,"lirih Harizd lemah. Dia melirik jam di tangan. 6.15 p.m. Buku-bukunya dikemaskan lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya sebelum dia berdiri.
"Home’s waiting!" Ujarnya lalu berjalan pergi. Izuan mendengus,
"Hisy, emo betul!"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"ARRGGHHHH......!!! kau nak bunuh aku ke Killa...?!!"
"Inilah pengajaran sebab kau tipu orang tua!" Jerit Natasya, melawan arus angin. Namun jeritan Arienna di belakangnya ternyata dua kali ganda lebih nyaring berbandingnya.
"Aku bukan sengajalah! Bila babah aku tanya nak ambik kat mana, aku jawab ajelah kat sekolah. Aku lupalah kita ada group disscussion kat rumah kau hari ni...!"
Natasya memperlahankan basikalya apabila tiba di hadapan bus-stop, tempat yang dijanjikan Arienna dengan babahnya.
"Tiba dengan selamatnya...!!!" jerit Natasya persis anak kecil. Basikalnya dibrek dengan mengejut menyebabkan Arienna hampir terpelanting. Tanpa sedar, motosikal yang hampir dibelakang mereka turut melakukan hal yang sama. Sedikit kelajuan pasti mengakibatkan kemalangan. Arienna segera melompat turun, serik untuk membonceng basikal Natasya lagi. Dadanya diurut perlahan bagi menghilangkan rasa terkilan.
Natasya tertawa, lucu melihat telatah Arienna. Dari ekor matanya, dia melihat pemandu motor yang berasa amat dikenali itu turut memberhentikan motornya di bibir jalan. Natasya mula berasa seram sejuk. Air liurnya diteguk perlahan.
Lelaki yang membonceng itu cuba mententeramkan rakannya namun tangannya ditepis lembut. Topi keledar gelap yang melindungi wajahnya dibuka. Saat itu juga, Natasya berasa nafasnya mula sesak. Air liur yang diteguk seakan berpasir, berketul-ketul melalui liang kerongkongnya. Selepas seminggu dia melarikan diri daripada bertenbung dengan lelaki itu, akhirnya tanpa diduga mereka tetap bertemu jua dalam keadaan yang mendatangkan amarah lelaki itu!
"Kali ni aku mesti buat perhitungan dengan kau!" Tegas dan mengancam.
Natasya menarik nafas sedalamnya. Kali ni pun masalahnya tetap berpunca daripada dirinya walhal dia sendiri pun melakukannya secara tidak sengaja. Tak ada muka lain ke yang boleh memarahiku selain lelaki ini...?
"Aku tak sengaja!" Jawabnya berani. ’Aku tak salah! Dan kejadian yang lepas pun aku tak bersalah!!!’
Arienna yang berdiri di belakang Natasya mula mengorak langkah menjauhi. Jangan bermain dengan api. Kalau api dengan api tu biarkanlah mereka. Tetapi sepatutnya ada seorang yang menjadi air! Whose?
"No excuse! Itulah alasannya pun, tak sengaja! Dah muak aku dengar perkataan tu!"
Keadaan semakin tegang. Natasya semakin bengang dan Harizd semakin berang!
"Sudahlah tu, dah lewat petang ni,"tegur Izuan yang turut membuka topi keledarnya.
"Killa, ramai orang tengok!" Arienna turut menegur. Walaupun situasi ni menarik, dia harus akur ramai mata sedang memandang mereka memandangkan sekarang waktu orang berpusu-pusu pulang ke rumah. Berita ni memang hangat tapi tak sanggup dia terjebak dalam pergaduhan x-axis dan y-axis ni.
"Kenapa ni?" Tegur Amierul yang baru keluar dari kawasan sekolah. Wajah tidak mahu mengaku kalah Natasya dan Harizd dipandang satu persatu.
"Herm, pergaduhan era teknologi masa kini, Mier. Biasanya kalau kutub utara diletakkan dengan kutub selatan, beginilah jadinya. Saling menarik antara satu sama lain." Izuan berkias.
"Kau ni memang tak diajar untuk meminta maaf kan kalau dah terang lagi bersuluh kau yang bersalah?"Sinis nada Harizd.
Natasya mengepal kedua-dua tangannya menahan geram. Belum sempat dia menghamburkan kata, Harizd terlebih dahulu memotong,
"Selepas ni, kalau kau melutut minta maaf kat aku pun I’ll drop it into dustbin!" Angkuh dan sombong bunyinya namun Harizd benar-benar tidak peduli lagi. Topi keledarnya disarung semula.
"Aku pergi dulu , Mier!"Ujarnya sebelum memecut pergi. Arienna menepuk bahu Natasya sebelum berlalu apabila babahnya tiba.
Natasya mengetap bibir, geram. Tangannya dikepal kuat.
"Bencinyaaa…!!! Tak guna!!! Idiot!!! Bighead!!! Arrgghhh…!!!" Jerit Natasya sekuat hati. Beberapa pasang mata yang galak memandang tidak dihiraukan. Setelah menyedari kemunculan Amierul dia pantas menutup mulut. Arrghh… malunyaa…!!!
Amierul menjungkit bahu. Tiada apa yang perlu diperkatakan.
"Maaf," ucap Natasya sepatah lantas melabuhkan punggung di sisi Amierul.
"You’re bit tempered," ujar Amierul.
"Yeah? "
Angguk.
"I can’t control my feeling when I saw him. Rasa macam nak marah sangat. Just like a volcano. Argh, maybe more than that!"
"You should do."
"Erm, entahlah. I’d try but still my tempered reach ‘till max volume. Dengan orang lain langsung tak macam ni. Dengan pengawas kepala besar tu aje rasa meluat sangat. Sorry, terkeluar," luah Natasya tanpa sebarang penimbangan. "Urm, waitin’ for sumbody?"
"Yes. Larch."
"Dah lewat ni. Janji pukul berapa?" soal Natasya sambil mengerling jam di tangannya. Ucapan Amierul yang tidak difahaminya itu ditolak tepi.
"Six thirty," Amierul turut membuang pandang mencari kelibat keretanya.
"What a late! Dah pukul 6.45 dah. Saya pun terpaksa pulang sekarang. Nak tumpang?" ajaknya. Basikalnya sudah dicapai. Wajah Amierul dipandang dengan kening yang terangkat.
Amierul memandang Natasya dan basikal tersebut silih berganti. Memang basikal tu besar tapi...
"I… tak…"
"Hah, saya cycle! Cepatlah!!!" gesanya lantas menarik tangan Amierul tanpa menunggu penjelasan pemuda itu. Dengan berat hati terbahagi 50/50 akhirnya Amierul akur jua.
Memang susah membayangkan seorang gadis memandu untuk lelaki. Pastinya tidak manis jika dilihat orang, sedangkan dia sihat walafi’at dan kuat. Tak gentleman!
"Biar… Mier yang bawak," pintanya. Natasya tersengih selebarnya. Ketawanya serta-merta meletus.
"Silakan, Tuanku…"ucapnya memberi laluan. Mereka bertukar tempat. Apabila masing-masing bersedia, basikal tersebut meluncur perlahan-lahan di atas jalan raya yang agak lengang memandangkan waktu maghrib yang hampir.
"Eh, awak pandai tak ni?"Soal Natasya memandangkan basikal yang dipandu Amierul tidak bergerak lancar. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Akibatnya, pinggang Amierul menjadi mangsa pautan tangannya.
"Actualy, this is my first time after three years"jelas Amierul. Wajahnya sudah merah padam.
"Ha! Ha! Ha! No wonderlah basikal ni macam terlebih passenger je. Hi! Hi! Hi!"
"Jangan gelak la…"
"Ha! Ha! Ha! Sorry, I… ha…ha…ha… Ulp, your voice sounds very-very funny. Ha! Ha! Ha!"
"No funny la…"
"Mier cakap tadi dah tiga tahun tak cycling? So Mier gi sekolah ngan apa?"
"Larch, my father’s driver,"
"Oh… I see," Natasya menganggukkan kepalanya walaupun sedar anggukannya tak mungkin dilihat Amier. ‘He’s humble, never seen someone picking him up at school. Otherwise, his father’s driver? He doesn’t tell that Larch is his own driver. I like his way… macam langit ngan bumi kalau nak dibandingkan dengan Harizd. Oh, come on!!! Stop about Harizd, he only makes you mad. King of jerk!’
Lamunan Natasya mati apabila Amierul menekan brek basikal secara mengejut. Baru dia faham perasan Arienna yang membonceng dengannya sebentar tadi. Balasanlah tu...
"Kenapa. Mier?"
"Dah sampai."
Natasya ketawa. Panjang sungguh lamunannya. Pantas dia melompat turun dari basikal. Rumah banglo empat tingkat terlayar di hadapan mata. Melopong dia melihat banglo putih yang unik itu. Besar sungguh! Dia tidak sempat mengusya taman ini walaupun sudah dua bulan lebih berada di sini memandangkan setiap pagi dia asyik berkejar-kejaran dengan masa yang seolah-olah mempermainkannya setiap pagi. Lagipun, rumah yang tampak berbeza dengan yang lain itu tertutup oleh pagar besar dan pokok-pokok yang berjujuk ditepi pagar.
Seketika, pagar besar di hadapan mereka automatik terbuka. Seorang wanita Inggeris separa abad menghampiri dengan wajah bimbang.
"Are you allright, Sir?"soalnya. Beg sandang Amierul bertukar tangan. "Larch’s going to pick you up! I’ll phone him,kay?"
"Yes, please. Asya, meet my nanny, Ms. Caviolle"
Wanita itu tersenyum senang tatkala Natasya menyalaminya.
"You’re Sir Amier’s friend? Silakan masuk,"ajaknya, ramah. Bahasa Melayu yang dituturkannya amat fasih. Natasya menyatakan kekagumannya di dalam hati.
"Thanks but it’s late already. I’m in a rush, sorry,"tolaknya dengan sebaik mungkin. Dia sudah pun duduk di atas handle basikalnya, bersedia untuk pulang.
Ms. Caviolle mengangguk sebelum berlalu pergi.
"Erm, thanks for today," ucap Amierul ikhlas. Natasya pantas menggeleng.
"No, thanks to you. Beruntung saya ada orang boncengkan hari ni!"usiknya. Amierul turut tersenyum. Kali ini Natasya betukl-betul terpana. Sempurnanya ciptaan Allah…!
"Aa… err… ss… saya gerak dulu, eh? Dah lewat sangat dah ni!"
‘Eh, apasal aku gugup pulak ni?’
Sempat dia membalas lambaian tangan Amierul sebelum berlalu. Keadaan jalan yang mula gelap agak menakutkan namun nasib baik rumah mereka hanya selang beberapa buah rumah sahaja.
Sebaik sahaja memasuki pekarangan rumah, Mama sudah sedia menunggu dengan wajah marah. Natasya hanya mampu mengangkat kening mendengar bebelan Mama. Mana taknya, angka jam sudahpun menginjak ke angka 7. 15. Anak dara apa balik lewat petang macam ni…?
Papa yang bersiap untuk ke masjid hanya mampu membuat mimik muka menyindir, malas mencampuri amarah mamanya. Nak membebel, biarkan ajelah… Dah lumrah wanita, tak cukup 30 ribu perkataan sehari, alamatnya dialah yang kena menadah telingan mendengar bebelan isterinya tengah-tengah malam buta nanti.
Syarahan tak rasmi mamanya berakhir dengan cepat memandangkan waktu maghrib menjengah tiba, menuntut pengabdian jiwa buat Pencipta.

Usai menjalankan kewajipan, Natasya tidak sabar-sabar membuka laman webnya. Yahhoo!Messenger diaktifkan. Helean sudah sedia menanti.

HLEN<@> : Hype! Lg tme x see ya! Still alve? Hw’s lfe?
ASY(>o<) : privte num still in use. X tme laa… still in pr0bs.
HLEN<@> : still d’sme stories? ???
ASY(>o<) : meaning???
HLEN<@> : Elee… no kddg kay? That jerk boy 2…
ASY(>o<) : big head 2?? Sme je… >-< menyampah!!!
HLEN<@> : cte arr… pleazzz…. Really wnt 2 knuw ‘ur new st0ries

Natasya menggeleng. Sejak dulu lagi dia suka berkongsi cerita dengan Helean. Walaupun berlainan bangsa dan agama, Helean cukup serasi dengannya. Lagipun, ketika dipulau dulu, Heleanlah yang menyelamatkan keadaan. Sejak hari tu, mereka menjadi kawan baik. Selain itu, Alexandre, Michael Moses dan Ryann Ezekiel adalah teman-teman yang takkan dilupakan. Ryann dan Michael merupakan Muslim manakala Alexis dan Helean Kristian.
Uncle Zecharia dan Aunt Aisha, ibubapa Ryann merupakan seorang yang amat baik. Keluarga yang berasal dari Jerman dan Mesir itu amat mengalu-alukan kedatangan mereka sekeluarga memandangkan mereka berjiran. Mereka sudah dianggap sebagai saudara sendiri. Begitu juga Gabriel dan Elisha, abang dan kakak Ryann. Micheal pula anak angkat Uncle Zecharia. Walaupun umurnya setahun lebih muda dari Ryann, dia gemar bergaul dengan mereka.
Helean Seth Wridh pula anak tunggal Mr. dan Mrs. Wridh. Walaupun berlainan agama, Helean tak pernah dihalang daripada berkawan dengannya. Mereka cukup sporting. Adalanya Natasya lebih rapat dengan keluarga Helean berbanding Ryann. Mungkin disebabkan Helean lebih bebas. Ya… dulu dia seorang yang hanya mengejar kebebasan…
HLEN<@> : asy? Still there???

Natasya tersentak.
’Kuatnya aku melamun… ni mesti teringatkan diorang semua nie...’

ASY(>o<) : yupp!!! Sry, emergency. Tau x...???
HLEN<@> : wassup?
ASY(>o<) : miss u all........ so very much.....
RY_EZZ : we all 2…..(ryann)

Apaaaaa.....??? mamat ni pun ada...?

ASY(>o<) : whatttt......??? eii... #%&$*&#$%$!!!!!
RY_EZZ : you’re still d’sme asy, no dfferent, my love.......
ASY(>o<) : #%$@^&*%$@!#$!!!!!
=CUPID= : jgn mrh, babe… I’m ‘ere 2…. –alexs
MIKE : me 222…. –mike
ASY(>o<) : x frend anymre!!! enne!!!
HLEN<@> : xbe lke that. W’l x hpy x u. xsme arr asy… poor enne,still cryg ‘ere
ASY(>o<) : kay… me 2. ‘ere alm0st 11.30p.m. I need a nap.
=CUPID= : whatt…? We’re just chatt what…
ASY(>o<) : I’ve papers 2m0rrow. Wish me flyg clrs kay…
RY_EZZ : anytme my dear.
MIKE : May god bless u….
=CUPID= : believe ur’re x stupd! Do d’besttt!!!
HLEN<@> : nankurunaisa!!! Ganbatte!!! Gaba Kawa!!!
ASY(>o<) : great thanxxxx……. Luv u ll… send my regards 2 all there, c u sn
Pssst, enne we’ll continue d’stories then. Off.

Natasya menghela nafas panjang. Laptop applenya ditutup lalu diletak di atas meja study. Selepas membuat senaman ringan, dia terus berbaring menelentang di atas katil Queen Double yang bercorak abstrak berwarna hijau muda. Matanya tertumpu ke syiling, menembusinya bersama kenangan rakan-rakannya. Satu-persatu wajah teman-temannya terlayar di ruang mata. Sesungguhnya dia amat merinui wajah-wajah itu. Sudah lebih dua bulan tidak bertemu.
Serta-merta bayangan wajah Amier terlayar. Wajah yang sentiasa tenang itu benar-benar mendamaikan mata memandang. Dia seolah-olah mempunyai aura yang membuatkan semua orang menyukainya. Hm... begitu juga Harizd.
"Arghh.... bencinya aku mamat tu...!!!" Jeritnya perlahan. Bantal yang dipeluknya dilontar ke dinding.
"Forget him! Kenapalah semua orang macam aneh-aneh sukakan mamat tu? Apa jenis aura agaknya dalam badan dia? Arghh..." Dia mula bermonolog sendirian.
"I hate himm!!!"Jeritnya geram. Apabila teringatkan peristiwa petang tadi, hatinya benar-benar geram, marah, rasa nak melompat dan cekik-cekik aje tengkuk mamat tu.
"Astaghfrullah al-adzim…"
Dia kembali menenangkan hati yang panas dengan beristighfar. Bantal yang dilontarkan sebentar tadi kembali dikutip dengan perasaan yang kesal. Tak pasal-pasal bantalnya pula yang menjadi mangsa kemarahannya.
Selepas membetulkan kedudukan bantal, dia kembali berbaring. Bantal peluknya selesa dalam dakapan. Matanya semakin berat. Ingatannya kini hanyalah pada sebaris nama. Nama seseorang yang suatu ketika dahulu amat penting bagi dirinya. Seseorang yang amat dirindui tanpa mengetahui keadaan diri dan wajahnya. Seseorang yang teristimewa…
"…Ayez…"

"Kau tak patut buat macam ni! Kau tak patut tinggalkan aku!!!"
"Aku tak boleh stay sini lagi... aa..aku kena ikut mama ngan papa..."
"Kau dah janji dengan aku! Asya…"
"Tapi… aku…"
"…Asya…"

"Asya!"
Harizd terjaga. Peluh mula membasahi tubuh. Nafasnya berombak kencang.
"Astaghfirullah…subhanallah…" Bibirnya beristighfar perlahan. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum menghembusnya perlahan-lahan. Jam berbentuk bola di atas meja tulisnya dikerling.
3.12 a.m.
Harizd meraup wajahnya sebelum bangun. Hatinya mengungkap seribu kesyukuran kerana dibangunkan pada satu pertiga malam. Solat malam yang menjadi sebahagian hidupnya harus ditunaikan.
Setelah membersihkan dirinya dengan air suci wudhuk, Harizd mula menapak ke bilik solat. Sejadah diambil dari kayu penyidai. Lantas,
"Rabbi a’uuzubika min hamaza tisyayaatin wa a’uuzubika rabbi an yah duruun…"

*Lets learn the name:
+Ezekiel = Nb HizQeel
+Moses = Nb Musa
+Michael = Ml Mikail
+Gabriel = Ml Jibril
+Zechariah = Nb Zakaria
+Aisha = Aisyah ra
+Elisha = Nb Ilyas

asslm, firstly great thanks 2 all yg bce citer nie...
soriii sesangat x dpt smbg cpt2 coz comitment mula menggunung.
heheh, actually thn ni spm. erm, lg 1 sri klu x phm bhs yg diguna kat atas nie
(perbualn asya n kgkwn) phm2kn jelah....egao, mitsuketaie(\",)

10 ulasan:

  1. Tanpa Nama22/8/08 2:14 PG

    bezzz cter ni....hope penulis akan sambung even lmbt lg ke...
    sy pon amek spm gak...so..sesame rr kte stdy yer!!!!

    BalasPadam
  2. no 9 plop... no 9 plop...

    BalasPadam
  3. best. good luck. tapikan saya makin tak pam. apa kaitan syakilla dengan harizd. kenapa killa tak nak minta maaf? Ego nyer. ish..ish...ish..

    BalasPadam
  4. iyelah kan? mesti ada kisah mase diorg kecik2 tu... aper yerr?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama6/9/08 1:28 PTG

    good luck for you. tpikan 3k 2 ape hah? citer ni bez la. smbg 2 cpat sket yer. xsbar dah ni.

    BalasPadam
  6. a good idea for a story
    just a few pointers,

    if you're writing dialogues in english, make sure those dialogues are correct [in terms of spelling and grammar]. menulis ni bukan sekadar untuk suka2, it's also a way to learn and to teach. sekurang2 pembaca boleh belajar susun atur ayat dalam bahasa inggeris yang betul kan?

    and another thing, watak2 dalam cerita ini terlalu banyak nama panggilan, kalau boleh limitkan kepada dua. kadang2 confuse jugak dan mengganggu kelancaran cerita

    other thing rasanya bagus. congratulations on the effort!

    ikhlas, lana

    BalasPadam
  7. citer nie best n sweet sgt..
    penulisan mcm dah pro..
    apapun..gudluck 4 ur spm...
    hope result gempak segempak citer awk nie...
    xsbr nak baca next episod..
    hope citer nie blh d bukukan..
    Ganbate.ne!

    BalasPadam
  8. itu mamat sGt emo lar...
    hope u continue dis story very soon....lurve ya..
    i've waitinG 4 soo lonG

    p/s:neGlect yG d atas....ur SPM lG pentG..gud luck babe

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama3/4/09 4:47 PTG

    ur cite sgt matured..
    xcm dak spm tulis..
    best..skang da addict da ngan cte nh..
    keep a gud work..

    BalasPadam
  10. wait2...
    pn.khatijah amik watak
    mummy ryoki ka?
    coz her attitude exactly
    like ryoki's mum..

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan