mawarPuteh
Selesai solat Zohor, aku menghabiskan masa membaca novel ‘Semusim Rindu’ yang baru aku beli.jalan ceritanya menarik perhatianku.handset ku bernada lagu ‘Sempurna" berbunyi sekejap.Missed call daripada Anis.
"Anis..??Apalah yang dia nak ni."ngomelku sendiri.
Belum sempat aku membuat panggilan, sekali lagi handsetku menjerit, kali ini menandakan ada mesej masuk.
+ Salam, Trisya, jom teman aku pergi library sekejap.Pukul tiga ni.Nak cari bahan sikit.Please-Anis
Usai membaca, aku terus reply...
+ W’slam, ok.Aku tunggu dekat tempat biasa.Jangan lewat.
Aku menunggu Anis ditempat biasa yang dijanjikan.Tidak sampai lima minit kelihatan Anis.Fuh…takut juga kalau Anis lewat sampai.Sudahlah aku keseorangan di bus stop ni.Kami bersalaman.
"Lama tunggu?"Tanya Anis.
"Tak adalah.Aku pun baru sampai ni.Ha! itu pun bas dah sampai."
Kami bertukar-tukar cerita di dalam bas.Aku banyak menceritakan tentang ladang bunga ayahku.Anis begitu teruja dan berharap ingin datang ke ladang abah..Aku mengalu-alukan.Anis....ya....Anis Hanisah.Kawan karibku di kolej.Kami mempunyai hobi yang sama cuma cita-cita kami berbeza.Anis ingin menjadi seorang doktor yang berjaya.Kami seperti isi dan kuku.Kemana sahaja mesti berdua.Dia sentiasa berada disisiku.
"Oit!! Trisya."sergah Anis melihat kelakuan aneh sahabatnya.Aku Cuma tersenyum.
"Tersenyum, tersengih macam kerang busuk ni kenapa?"Anis berseloroh.
"Mana ada.Aku senyum pun tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh Trisya.Cuma pelik je.Iyelah kau tak pernah macam ni."
Lincah tangan Anis menaip tugasan yang diberi oleh pensyarah nya.Terlintas rasa simpati bila melihat Anis begitu sibuk.Jadi akulah yang menjadi mangsa si Anis ni.Boleh dikatakan setiap hujung minggu kami ke library untuk mencari bahan.Tepat jam 5.00 petang kami beredar dan terus pulang ke rumah.Aku lebih senang berjalan kaki pulang ke rumah.Lebih-lebih lagi petang macam ni.Dapat menghirup udara sambil mendengar kicauan burung yang merdu.
----------
Tiba-tiba mataku terpaku pada sebuah kereta yang tersadai di tepi jalan.Seorang pemuda dalam lingkungan 20-an terhoyong-hayang memegang kepalanya yang kelihatan berdarah.Dengan pantas aku mendekatinya.Aku yakin ada kemalangan yang berlaku.Tepat sekali sangkaanku, kereta Honda Jazz berwarna hitam itu telah merempuh sebatang pokok..Kelihatan remuk sedikit dihadapannya tetapi tidaklah begitu teruk.
"Apa yang dah berlaku?"tanyaku pada lelaki muda yang sedang tunduk memegang kepala.
"Tak nampak ke?Tadi..Aku cuba mengelak dari seekor kucing.Entah dari mana datangnya.Tiba-tiba aje muncul.Aduh.."lelaki itu mengangkat muka memandangku.
Untuk sesaat mata kami bertautan tanpa sebarang kata.Jiwaku gundah tiba-tiba.begitu juga jantung yang berdegup kencang tanpa amaran.Aku rasa kekok dengan kedudukannya yang sungguh dekat denganku.Malah, aroma pewanginya sudah mencuit deria bauku.Aku melangkah setapak kebelakang menjauhi dirinya.Aku melihat darah yang mengalir di dahinya.Segera aku mengambil tisu dari poket jeansku dan mengesat luka di dahinya.Dia membiarkan sahaja aku berbuat demikian tanpa membantah.Aduh! kacaknya lelaki ini.
"Bagaimana keadaan awak sekarang?"Aku cuba bersikap bersahaja.Sedang jantungku terasa bagai hendak meletup.
"Cuma pening sedikit"lelaki tersebut menghulurkan tangan.
"Khairi.Thanks for your help"
Aku sambut huluran tangan Khairi."Trisya.Sama-sama."
"Awak nak ke mana sebenarnya?"
"Katanya di sini ada ladang bunga.Kau tahu di mana?"
Aku cuma menganggukkan kepala.
"Boleh kau bawa aku ke ladang tersebut?"
"Tentu sekali.Lagi pun ladang itu tak beberapa jauh dari sini.Tapi dalam keadaan awak sekarang,saya tak yakin awak boleh berjalan kaki ke sana."
Khairi bangun sambil menutup pintu kereta.Tiba-tiba dia tunduk memegang kepalanya.Aku terus mendapatkan Khairi.Mungkin dia masih pening.Aku membantu Khairi untuk berdiri dengan seimbang.
"Tak apa.Aku boleh berjalan sendiri."
"Bongkaknya.Harapkan muka je macho."
"Apa kau cakap?"tanya Khairi
"Ha! Tak ada apa.Jomlah kita ke ladang itu sekarang.Dah lewat petang ni."Dengan gelabah aku menjwab.Fuh...nasib dia tak dengar apa yang aku cakap.Kalau tidak....
Kami berdua berjalan beriringan ke Aksya field.
----------
"Trisya apa yang berlaku ni?"Abah segera mendapatkan Khairi yang kelihatan agak lemah.
"Abah, ni Khairi.Dia accident kat simpang tiga tadi."
"Lekas kita bawa dia ke rumah."
Abah kelihatan sedikit cemas melihat keadaan Khairi yang tidak bermaya.
’Uhh!!beratnya mamat ni.Sakit bahuku.Hermmm....’Ngomel hatiku sendiri.
"Tolong ambilkan first aid dekat almari itu.Luka ni mesti dicuci.Kalau tak dijangkiti kuman nanti."Pinta abah.
"Baik, bah."
Aku juga membantu abah mencuci luka dan membalut kepala Khairi yang sudah tidak sedarkan diri.
----------
Aku membancuhkan seteko milo.Minuman kegemaran Hafiz dan abah.Setiap malam begitulah rutin harianku sebelum kami tidur.Tapi malam ni lain keadaannya.Argghh!!Seorang lelaki yang tidak berapaku kenali tidur di rumahku.Aku teringat kembali perbualan abah dan Khairi selepas dia tersedar dari pengsannya.
"Pak cik.."Kedengaran suara garau itu dari arah belakangku.
Abah berpaling melihat ke arah Khairi.
"Macam mana keadaan kamu sekarang?"Tanya abah.
Khairi mengambil tempat dihadapanku.Dia memegang kepalanya yang dibalut akibat luka.Mungkin dia masih pening lagi.Kesian...
"Dah baik sikit pak cik.Terima kasih sebab tolong saya."
Khairi memandang ke arah aku.Segera aku alihkan pandangan ke rancangan yang disiarkan.Tidak senang aku ditenung oleh sepasang mata itu.
"Bukan pak cik seorang aje,Trisya pun turut membantu.Perkenalkan ni anak pak cik."
Pandangan kami bertautan semula.Seperti ada sesuatu kuasa dari pandangan matanya membuatkan jantungku sentiasa berdegup kencang.
"Ehemrmm.Trisya tolong sipakan bilik untuk Khairi."
Ha!!aku terperanjat.
"Siapkan bilik?untuk apa?"aku bertanya kehairanan.
"Untuk Khairilah.Malam ni dia tumpang tidur di rumah kita.Kalau tak,kat mana dia nak bermalam."
"Bah,mana boleh."aku berbisik di telinga abah.
"Eh, tak apalah pak cik.Saya boleh tidur di rumah tumpangan.Susahkan pak cik aje.Lagi pun saya nak ke Aksya field."
"Aksya field?Kamu nak buat apa disitu?"Abah memandang aku.
"Saya nak tempah bunga untuk majlis ulang tahun syarikat papa saya.Pak cik tahu dimana ladang bunga itu?"
"Of course lah pak cik tahu.Itu ladang pak cik.Lagi pun ladang tu dekat belakang rumah ni je."
"Baiklah,macam ni,pak cik rasa baik kamu bermalam disini.Esok pagi pak cik bawa kamu ke sana."
Aku memandang abah tanda aku tidak puas hati.
"Ermm..baiklah, terima kasih pak cik."dia tersenyum nakal.
la..citer best ni..tp naper xde org komen?..cepat sambung lg
BalasPadamsebab bestlh xdok ore nak komen...
BalasPadamsmbung cepat ckit ye!!!!!!!
Gud Luck...
sambung ye. masa mula2 tak pam tapi sekarang baru pam. best
BalasPadam