Khamis, Ogos 21, 2008

Novel : Derita Kasih 3

nurasz

"Awak nak bawa saya ke mana sebenarnya ni?" tanya Nazirah setelah 10 minit perjalanan.

"Ke office sayalah. Saya bukannya orang yang suka menipu lebih-lebih lagi pada orang tua," jawab Lokman. Nazirah mendiamkan diri setelah mendengar jawapan Lokman yang menyindirnya.

Lokman yang menangkap perubahan Nazirah itu berkata,

"Saya minta maaf jika awak tersinggung. Tapi….saya nak minta tolong awak boleh tak?"
"Apa dia?" tanya Nazirah kasar.

"Boleh tak awak panggil saya Man dan saya panggil awak Zira. Baru nampak mesra sikit," kata Lokman dengan berhati-hati kerana takut Nazirah berubah mood.

"Salahkah saya bersaya awak dengan awak?" tanya Nazirah dengan menaikkan suaranya sedikit.

"Tak adalah. Cuma nanti pekerja-pekerja saya mesti hairan bila nampak kita macam bukan orang yang nak kahwin," terang Lokman.

Nazirah mendiamkan diri sebentar seperti memikirkan kata-kata Lokman. Dia cuba memikirkan kebenaran kata-kata Lokman itu. Lokman menunggu dengan sabar. Akhirnya dia bersetuju.

"Baiklah," kata Nazirah perlahan.

"Yes," jerit Lokman kecil.

"Apa yang yes?" tanya Nazirah kehairanan sambil memandang Lokman disebelahnya.

"Tak ada apa-apa," jawab Lokman. Mata Nazirah dan Lokman bertemu. Lokman dapat merasakan mata itu seperti dalam ketakutan. Dia bertekad di dalam hatinya untuk menjadikan mata itu bercahaya sepertimana pertama kali Lokman terserempak dengannya suatu masa dulu.

Nazirah yang sedar Lokman merenungnya terus mengalihkan pandangannya ke luar tingkap menutup getaran di hatinya.

Akhirnya Lokman mengambil keputusan untuk berterus-terang.

"Man tahu yang Zira tertekan kerana terpaksa bernikah dengan orang yang tidak Zira cintai. Tapi Zira, percayalah pada Man yang Man akan buat yang terbaik untuk kebahagiaan Zira,"ujar Lokman lembut.

Nazirah hanya mendiamkan dirinya. Tiba-tiba fikirannya melayang terhadap Fahmie yang pasti kecewa apabila membaca warkah yang ditulisnya.

Lokman menambah lagi,

"Zira, Man ada sebab Man sendiri kenapa Man pilih Zira untuk jadi teman hidup Man. Malam tadi Man telah memikirkan kata-kata Zira semalam. Man sedar Zira mencintai orang lain tapi Man akan pastikan Zira akan dapat melupai orang itu dan belajar mencintai Man seperti dalamnya kasih Man pada Zira.

"Tapi mengapa Zira? Zira hanya seorang gadis kampung yang jahil tentang hal dunia luar. Hati Zira terseksa kerana terpaksa meninggalkan Fahmie. Kami sudah berjanji untuk sehidup semati. Walaupun Fahmie hanya seorang pemuda kampung tapi dia sayangkan Zira. Man pasti tahu bagaimana rasanya dikecewakan oleh orang yang dicintai. Ataupun…Man yang asyik mempermainkan perempuan?" ujar Nazirah.

Kolam yang sekian lama bertahan pecah lagi tiada berhenti. Nazirah kalah di hadapan lelaki yang telah memilihnya menjadi teman hidup, yang telah merobek hatinya, mencurah air panas, alangkah pedihnya.

"Zira, Man tahu Man playboy tapi itu dulu. Itu Man yang dulu, Zira. Man yang sekarang dah banyak berubah sejak jatuh cinta pada Zira. Hati Man tersentuh dengan kelembutan dan kesopanan Zira. Man akan cuba untuk menjadi suami yang baik. Percayalah," ujar Lokman cuba memujuk.

"Ah…lelaki memang senang untuk berkata-kata. Habis madu sepah dibuang. Man tak payah susah-susah mencuba untuk pujuk Zira. Zira bukan perempuan yang senang untuk jatuh dengan pujuk rayu seorang lelaki seperti Man," tangis Nazirah lagi.

"Okey, kita tak payahlah cakap pasal benda ni lagi. Nah, lap air mata tu…," kata Lokman sambil menghulurkan sehelai sapu tangan yang masih baru. Nazirah tidak mengendahkannya. Lokman meletakkan sapu tangan itu dalam tangan Nazirah dan kemudiannya terus memandu dan kemudian berhenti di hadapan sebuah bangunan yang megah berdiri.

Lokman membukakan pintu di tempat Nazirah. Dia memberi isyarat agar Nazirah berjalan di sebelahnya. Nazirah hanya mengikut.

…………………………………………………………………………………………………………………


Muhammad Azri Lokman, Pengarah Internal Wira Holding Sdn. Bhd. Itulah yang tertera di papan tanda nama di dalam bilik Lokman. Nazirah tidak menyangka yang akhirnya dia dapat duduk di sebuah kerusi yang telah lama diidam-idamkan sejak dulu lagi. Kerusi yang hanya layak untuk orang berpangkat besar. Selepas Lokman menyuruh Nazirah masuk ke dalam bilik itu, dia ditinggalkan bersendirian. Kalau ada Lokman, pasti sahaja Nazirah takkan berani duduk di kerusi itu. Tangannya memegang sapu tangan yang diberikan oleh Lokman tadi. Dia tahu Lokman berlembut dengannya tetapi hatinya masih keras untuk cair seperti yang Lokman inginkan.

Tiba-tiba pintu diselak tanpa ketukan. Nazirah tidak sempat untuk beralih dari tempat itu. Dia nampak seorang perempuan masuk dengan memegang sebuah fail. "Encik Lokman, ini fail yang encik minta tadi,"

Perempuan itu nampak terkejut apabila menyedari yang berada di kerusi itu bukannya orang yang dicarinya.

"Maaf cik, saya cari Encik Lokman. Saya keluar dulu," kata perempuan itu serba-salah.

Nazirah menghalang,

"Tidak mengapa, letakkan fail itu diatas meja," Nazirah bersuara dengan lembut.

"Awak ni siapa?"tanya Nazirah dengan berhati-hati.

"Saya setiausaha Encik Lokman. Cik ni….," kata-kata Tina terhenti apabila Lokman masuk ke dalam bilik itu.

Lokman tampak tekejut apabila mendapati setiausahanya itu berada di dalam biliknya.

"Eh, Tina. Apa awak buat dalam bilik saya?" tanya Lokman kasar.

"Maaf encik. Saya nak hantar fail ni, yang encik minta tadi. Saya ingatkan…..," belum sempat Tina menerangkan yang sebenarnya, Nazirah menyampuk,

"Dia masuk hantar fail. Lepastu Zira minta dia berbual-bual dengan Zira sekejap. Dia nak keluar tadi tapi Zira halang. Zira bosan duduk sorang-sorang dalam bilik Man yang luas ni," kata Nazirah bersahaja.

Lokman cuma menahan geram yang memuncak dengan kata-kata Nazirah yang tajam itu tapi dia menyabarkan dirinya sendiri. Nafasnya turun naik mendengar kata-kata Nazirah itu.

"Baiklah Encik Lokman. Saya keluar dulu," ujar Tina cuba menyelamatkan dirinya. Lokman hanya mengangguk nperlahan. Ingin ditamparnya muka Nazirah tapi dia masih waras.

"What’s wrong with you, Zira? I have tried to do the best. Why you are too angry with me? Why?"

Lokman benar-benar marah dengan sikap Nazirah yang telah memalukan dirinya di hadapan setiausahanya yang selama ini sangat menghormatinya.

"What? What had I do? I’m just telling you the truth. Why do you think I’m embarrassing you? Lokman, you are hot-tempered. You think all woman will like you? No! Not me," kata Nazirah mempertahankan dirinya.

"Okey, you said that you are telling the truth but your voice like you are angry with me," Lokman meluahkan isi hatinya.

"Okey, kalau Man terasa Zira minta maaf," ujar Nazirah. Dia malas untuk bertengkar.

Hati Lokman sejuk mendengar kata-kata Nazirah itu.

Lokman menarik nafas panjang dan tersenyum kembali.

"Zira. Sebenarnya tujuan Man bawa Zira ke sini sebab nak berikan something special yang akan buatkan Zira tak boring lagi," ujar Lokman menyatakan kebenaran. Rasa marahnya pada gadis itu lenyap sama sekali.

"Apa dia?" tanya Nazirah tidak senang.

"Hmm…tutup mata Zira dulu. Nanti tak surprise," kata Lokman dengan bersungguh-sungguh.

"Baiklah," kata Zira mengalah. Dia benar-benar malas untuk bertengkar dengan bakal suaminya itu.

"Bagus. Boleh Man pegang bahu Zira supaya Man boleh bawa Zira ke tempat itu?’ tanya Lokman lembut.

"Okey," jawab Nazirah perlahan.

Sebaik sahaja tangan Lokman menyentuh bahu Nazirah, kedinginan tangan Lokman seakan-akan meresap masuk sampai ke tulang Nazirah. Nazirah berpeluk tubuh.

"Zira takut?" tanya Lokman apabila melihat Nazirah berpeluk tubuh. Nazirah hanya mendiamkan dirinya.

Perlahan-lahan Lokman membawa Nazirah berjalan keluar dari biliknya dan masuk ke sebuah bilik yang disambungkan ke biliknya. Bilik itu sebenarnya berasal daripada sebuah bilik membuat minuman tetapi telah diubahsuai dan di cat. Perabot-perabot di dalam bilik itu semuanya baru. Lokman telah membina bilik itu tanpa pengetahuan sesiapapun. Hanya Tina dan orang yang diupah untuk mengubahsuai bilik itu sahaja yang tahu. Lokman mendudukkan Nazirah di sebuah kerusi yang sama seperti di biliknya. Di atas meja juga terdapat satu papan tanda nama khas bertulis nama Nazirah.

"Okey, Zira boleh buka mata sekarang," kata Lokman perlahan.

Nazirah membuka matanya dan memandang sekelilingnya. Dia sedar dia berada di bilik lain tapi dia kebingungan. Dia memandang ke arah Lokman di hadapannya dan menunjukkan riak muka kehairanan. Lokman menunjukkan papan tanda nama yang terletak di sudut meja.

Nazirah terperanjat, "Siti Nazirah bt. Syafie. Pen. Pengarah Internal Wira Holding Sdn. Bhd. What this Man? I don’t understand."

Dia bingkas bangun dari tempat duduknya. Mukanya merah padam.

"Mulai hari ini Zira adalah Penolong Pengarah Syarikat Internal Wira Holding. Setiausaha Zira adalah Anita yang akan masuk kerja apabila Zira sudah bersedia memikul tanggungjawab ini selepas kita kahwin. Jangan risau. Man pilih Zira untuk pegang jawatan ini kerana kelulusan Zira yang baik. Zira jangan salah anggap, ya," terang Lokman dengan jelas.

Nazirah bagai terkesima dengan apa yang didengarinya itu. Dia berdiri statik bagaikan dipaku. Hatinya gembira bukan kepalang. Lokman hanya tersenyum melihat reaksi Nazirah itu.

"Oh, thank you Man. Thank you very much. I love you so much," jerit Nazirah tanpa menyedari apa yang disebutnya. Dia sudah biasa mengatakan sedemikian ketika bersama dengan Fahmie dulu.

"Apa? What you say?" tanya Lokman yang terperanjat dengan ayat terakhir yang keluar dari mulut gadis itu.

"What? I don’t say anything. I just say thank you," jawab Nazirah yang nyata bingung.

"You say that you love me," ujar Lokman.

Nazirah hanya mengangkat bahunya. Lokman mendekati Nazirah tanda tidak puas hati. Nazirah hanya memandang ke bawah. Takut untuk bertentang mata dengan lelaki itu. Lokman semakin dekat. Nazirah mengundur setapak demi setapak.

Tanpa disangka-sangka, pintu bilik diketuk. Lokman mengeluh berat dan Nazirah tersenyum puas.

"Masuk," kata Nazirah. Lokman kembali duduk di tempatnya tadi iaitu berhadapan dengan Nazirah.

"Maaf cik. Ada panggilan untuk En. Lokman daripada Puan Suria," kata perempuan yang masuk itu iaitu Tina.

"Sambungkan kepada bilik ini," arah Lokman.

Tina bingkas menutup pintu selepas mengucapkan terima kasih dan kembali ke tempatnya. Dengan pantas dia menyambungkan talian ke bilik Nazirah, bakal isteri En.Lokman, majikannya itu.

"Hello mama," ucap Lokman sambil mengaktikan ‘loud speaker’ agar Nazirah dapt mendengar sama apa yang dibualkan bersama mamanya.

"Hello, Man. Kau kat mana ni?" tanya Puan Suria. Ada sedikit nada marah dalam suara itu.

"Ada kat office lah mama. Kan mama call office Man ni," jawab Lokman bergurau.

"Mama nak kamu balik sekarang. Ada sesuatu yang penting ingin mama bincangkan dengan kamu," arah Puan Suria dengan tegas.
"Kejaplah mama. Man ada kerja yang masih belum siap ni. Lagipun baru pukul 10 pagi. Pukul 12 tengah hari nanti Man baliklah," ujar Lokman membantah arahan mamanya itu.

"Cepat balik. Ini berkaitan dengan majlis perkahwinan kamu dengan perempuan kampung itu," kata Puan Suria marah.

"Mama, kenapa mama panggil Zira macam tu. Kan mama dah setuju untuk ikut pilihan hati Man. Macam mana kalau Zira dengar apa yang mama katakan tadi," ujar Lokman sambil matanya melirik ke arah Nazirah yang sudah pucat.

Lokman ingin menutup ‘loud speaker’ itu agar dia boleh bercakap dengan mamanya sahaja tanpa didengari oleh Nazirah tapi dihalang oleh tangan gadis itu.

Nazirah menggelengkan kepalanya. Bagi Nazirah biarlah dia mengetahui hal yang sebenar.

"Biarlah dia dengar. Memang mama tak kisah bila kamu suruh mama pinang dia dulu. Enam jam perjalanan semata-mata nak pinang budak kampung tu. Sekarang ni mama jumpa sesuatu yang memang membuatkan mama dah tak boleh bersabar lagi. Cepat, balik rumah sekarang. Mama nak kamu lihat sesuatu. Kalau kamu masih nak bernikah dengan dia, mama tak tahulah," kata Puan Suria tegas. Puan Suria terus menghempaskan gagang telefon tersebut.

Sebaik sahaja Lokman mematikan talian, Nazirah bangun dari tempat duduknya. Dia berlari ke muka pintu tapi tangannya sempat disentap oleh Lokman.

"Zira, please. Don’t leave me. Mama gurau je tu," Lokman cuba memujuk Nazirah yang benar-benar kecewa dan terluka.

"Tak apalah. Kalau Man terangkan dari awal yang auntie tak sukakan Zira kan elok. Tidak payah Zira mendengar kata-kata nista yang auntie ucapkan tadi. Cukuplah Zira derita. Jangan ditambah lagi derita yang Zira tanggung," kata Nazirah dengan tersedu-sedan.

"Kita balik dulu dan dengar apa yang mama nak cakapkan. Lepas itu Man akan benarkan Zira ke mana sahaja yang Zira mahu. I’m promise," ujar Lokman dengan penuh harapan. Nazirah mengangguk perlahan.

Apabila sampai di rumah, suasana sunyi-sepi sahaja. Tiada kelibat manusia yang kelihatan. Tiba-tiba,

"Surprise," semua orang keluar dari tempat persembunyian mereka dengan wajah yang ceria. Puan Suria pula tidak kelihatan.

"Mama mana?" tanya Lokman dengan serius.

"Mama di sini," Puan Suria keluar dari arah dapur sambil memegang puding sebagai pembuka selera. Tiada selumit reaksi marah terpancar di wajah Puan Suria.
"Eh, kenapa mata Zira merah ni? Zira menangis ke? Ada apa-apa yang Man buat pada Zira ke?" tanya Puan Suria bertalu-talu dengan lembut melihat mata Nazirah yang merah. Panggilan yang diterima oleh Lokman dan Nazirah tadi bagaikan melayang begitu sahaja.

"Mama ada call office Man ke tadi?" tanya Lokman pantas.

"Tak adalah. Mama sibuk memasak dengan Puan Alia tadi. Mana ada masa nak call kamu," jawab Puan Suria yang nyata terperanjat dengan pertanyaan Lokman itu. Lokman dan Nazirah berpandangan.

"Kenapa Man, Zira? Ada orang call berlakon jadi mama ke tadi?" tanya Puan Suria.

"Tak ada apa-apalah auntie. Jomlah ke dapur. Zira bantu mana yang perlu. Perut ni macam dah lapar semula je," kata Nazirah perlahan.

Nazirah tidak mahu Puan Suria mengetahui hal sebenar yang telah terjadi.

Lokman hanya melepaskan keluhan berat.

4 ulasan:

  1. best giler citer nie..hrp ada smbungan dan x sabar nk tggu smbungannya... mesti gempak kan...

    BalasPadam
  2. erm..thankz fara,,utk smbgnnya buka lah http://nursaadahzamri.blogspot.com

    BalasPadam
  3. overall citer bagus......cuma kalau ingin menggunakan english sebagai bahasa interaksi, tolong gunakan dengan betul.
    grammar yg penulis gunakan agak kurang fasih dan berterabur....
    tolong rujuk pada org lebih arif atau rujuk dictionary sebelum posting.....

    BalasPadam
  4. sapa belakon plk jadi puan suria tuh??
    tah2 puan suria sengaja tak??
    dia kan berdendam ngan zira
    isk3
    harap nnti diorang saling mencintai n menyayangi la
    thats my pray...he he he

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan