Selasa, Ogos 19, 2008

Novel : Cinta Trisya 1

mawarPuteh


Kedinginan pagi mencengkam hingga ke tulang hitam.Aku berjalan hingga ke hujung ladang.Menuruni lembah hingga ke sebatang anak sungai yang jernih.Terdapat pondok kecil diperbuat daripada pokok kayu getah di tepi sungai itu.Disinilah aku sering menghabiskan masa dan melepaskan penat.Airnya yang jernih dingin memang mengasyikkan.sesiapa sahaja boleh tertarik dengan keindahanya.

Segalanya sungguh indah dipandang.menenangkan hati dan perasaan.Aku memerhati bunga ros berwarna putih kegemaranku kembang mekar.Berada disekitar kawasan ini membuat aku memikirkan kebasaran Ilahi.Betapa kerdilnya manusia jika dibandingkan dengan semua keindahan dan kecantikan alam ini.Cuaca hari ini benar-benar baik.Angin bertiup lembut menampar-nampar pipiku.Aku menghirup udara nyaman dan segar.Terasa lapang dadaku.aku mengambil keputusan untuk bersiar-siar.

Kampung Impian Perdana, disinilah tempat aku dibesarkan bersama adikku oleh abah, Hakim.Sudah 10 tahum mama meninggalkan kami sekeluarga.Namun aku sudah mengerti segala-galanya.Abah kata mama meninggal kerana mengidap sejenis penyakit.Aku dan abah terpaksa menghadapi keadaan itu dengan penuh kesabaran.Segala yang berlaku atas ketentuan Ilahi.Kita mesti menempuh dengan panuh kesabaran kerana setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.Aku cuma manusia biasa dan aku tidak mampu mengubah takdir yang sudah tertulis.


Sekarang aku berusia 19 tahun.Dalam beberapa bulan lagi umurku meningkat setahun lagi.Aku melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagan.Aku cuma berlajar di institusi swasta di Bandar berdekatan.Aku ingin mengikut jejak langkah abah menjadi peniaga yang berjaya.Abah telah mengusahakan sebuah ladang bunga sejak pemergian isteri tercintanya.mungkin untuk mengubat rindu abah pada arwah mama..Ladang bunga itu dinamakan Aksya Field sempena nama arwah mamaku yang menjadi kebanggaan aku sekeluarga.

Diladang itulah aku menghabiskan masaku.Bermula dari pagi hinggalah ke petang.Aku selalunya bangun awal untuk menyediakan sarapan untuk abah dan Hafiz.Selepas solat aku berjoging di sekitar kawasan rumah.Apabila Hafiz ke sekolah, kadang-kala jika tiada kelas aku mengikut abah ke ladang bunga untuk membantunya.Tepat pukul sebelas tengah hari aku pulang ke rumah untuk memasak.Itulah tugasku semenjak mama meninggal.Tidak terdetik sedikit pun perasan bosan dengan tugas-tugas ini,malah aku berbangga kerana berjaya memegang amanat mama.

Rumahku berada di atas bukit, agak jauh dari rumah jiran-jiran yang yang lain kecuali sebuah rumah yang berada di kaki bukit.jiran yang paling rapat denganku ialah aunty Jasmine.Aunty Jas tinggal seorang diri.Umurnya dalam lingkungan 40-an.Aunty Jas bercucuk tanam di belakang rumahnya.Kadang-kala aku selalu membantu menyirami tanamannya yang subur.Beberapa buah kenderaan melintasiku menghala ke Bandar.Sekali-sekala kedengaran siulan anak-anak muda mengusikku tapi aku tidak langsung menghiraukannya.Buang masa aje.

----------------------------------------------

"Hafiz…makan tengah hari dah siap"
"Tak apa kak, Hafiz tunggu abah.Kita makan sama-sama ye."Jawabnya.

Hafiz sibuk dengan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.Kesian...sudah dekat pukul 12 tengah hari.Pelik.Selalunya abah sudah pulang waktu begini.Risau dibuatnya.

"Hafiz, abah dimana?Kenapa lambat pulang hari in?"

Belum sempat Hafiz menjawab soalanku, seseorang memberi salam.Aku tersenyum.Dari suaranya aku boleh agak siapa orang tersebut.Hafiz bergegas membuka pintu.

"Abah kenapa lambat balik?"soalku.
"Tadi ada pelanggan baru.Dia mahu membeli bunga dari kita.Abah bawa dia ke sekeliling ladang.Langsung kami berbincang di pejabat."

Aku hanya tersenyum.Alhamdulillah..Aku memanjat kesyukuran kepada Ilahi.Sejak kebelakangan ini perniagaan kami berjalan lancar dan semakin maju.Ramai pelanggan baru yang menempah bunga abah.Kami makan tengah hari bersama-sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan