Selasa, Mei 13, 2008

Novel : Biar YM Yang Bicara 3

Hanni Ramsul
sailmyanii@yahoo.com.my

Aku termenung di balkoni sambil mataku tertancap pada gelagat Sharifah yang tersengih sendiri di hadapan komputer. Leka melayan teman-teman mayanya. Aku berpaling. Menghadap pada kegelapan malam. Sesekali melihat panorama malam di bandaraya Shah Alam ni, mendamaikan juga. Bolehlah mendamaikan hati aku yang tengah bergelora ni. Entah gelora apa yang melanda, aku pun tak tahu. Gelora rindu ke? Gelora asmara ke? Entahlah. Yang pasti bait –bait puitis lagu yang ditujukan padaku, melalui email dua hari lalu, betul-betul buat aku jadi angau. Yang sedihnya aku angau sorang-sorang. Kad ucapan berisi bahasa puitis lagu Dealova, yang aku cetak dua hari lalu, kubiarkan sepi di atas meja. Sudah berpuluh kali kubaca dan sudahnya aku terbuai di dalam dunia indah yang sementara. Bila terjaga, aku sedar, aku sedang menyeksa perasaanku sendiri. Kejam sungguh perasaan ini.
"Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu….,"
"Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu…,"
"karena langkah merapuh…tanpa dirimu….,"
"Karena hati telah letih…,"
"Aku ingin menjadi sesuatu…,"
"Yang selalu bisa kau sentuh…,"
"Aku ingin kau tahu, bahawa aku…,"
"Selalu memujamu…,"
"Tanpamu.. sepinya waktu…,"
"Merantai hati…,"
"Bayangmu seakan-akan…,"
"Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil …,"
"Rinduku padamu..,"
"Seperti udara yang kuhela… kau selalu ada…,"
"Hanya dirimumu yang bisa membuatku tenang…,"
"Tanpa dirimu aku merasa hilang…,"
""Dan sepi….,"
Aku tersenyum kecil. Sedap juga suara Sharifah ni. Dalam keasyikan membuai perasaan mendengar lagu yang kononnya dutujukan khas untukku itu, hatiku berdetik tiba-tiba. Aneh mendengar suara riang Sharifah menyanyi lagu Dealova. Lebih aneh apabila Sharifah seakan ingat keseluruhan lagu itu. Hebat juga budak ni. Tak sangka dia hafal lagu tu. Selalunya bukan main susah nak hafal lirik lagu. Aku berpaling. Melihat Sharifah menyanyi – nyanyi sambil memegang kertas yang ku cetak tempoh hari. Tidak! Aku menjerit sambil berlari ke arah Sharifah. Sharifah tergelak sambil mengangkat tangan, cuba menyelamatkan kertas di tangannya.
"Bagi aku lah,"
Sharifah tergelak. Untuk beberapa ketika kami berebutkan sehelai kertas itu,sebelum akhirnya Sharifah mengalah. Kertas itu di letakkan di tapak tangan aku. Aku menarik muncung, sambil bergerak ke sofa. Merebahkan badan ke situ. Kertas yang sedikit keronyok itu aku pandang.
"Itulah yang rahsia sangat tu ya?," Sharifah bersuara sambil melahubkan punggung ke sofa. Berhadapan denganku. Aku menjeling sekilas.
"Romantiknya dia… Kau tak rasa apa –apa ke masa kau baca kata-kata indah tu? Ditujukan khas pada kau pulak tu? Kalaulah Azman layan aku macam ni… bahagianya aku,"
Aku cuma memandang tingkah Sharifah yang tergedik-gedik. Budak ni, memanglah. Suka sangat berangan.
"Diya….aku tanya ni," sekali lagi Sharifah bersuara. Aku mengeluh perlahan. Kalau aku tidak rasa apa-apa, takkanlah aku dah jadi angau macam ni, Sharifah oiii. Kata-kata itu cuma melantun di dalam hatiku. Tidak kuluahkan pada Sharifah. Sudahnya aku mencapai kusyen lalu menutup wajah. Pura-pura tidur. Penat mahu melayan bicara Sharifah seterusnya. Semuanya nanti pasti berkisar tentang Si Charming. Kalau boleh aku tidak mahu fikir pun tentang lelaki itu saat ini. Satu-satunya lelaki maya yang berjaya mengetuk hati perempuanku. Ingatkan perasaan itu indah. Rupa-rupanya cukup menyakitkan. Di sebalik rasa bahagia yang aku rasa sekarang, bagai ada selumbar yang menyucuk hati. Entah kenapa, tidak pula aku tahu.
"Diya…kau ni. Aku tanya ni. Jawabla," Sharifah bersuara sambil menarik kusyen yang menutup wajahku. Aku mengeluh lagi sambil bangkit dari baring. Wajah Sharifah kutatap untuk seketika.
"Entahlah. Aku tak tahulah," akhirnya aku bersuara lemah.
"Laa… kenapa pulak? Aku cadangkan kau jumpa je dengan Charming ni. Nampaknya dia macam serius ni. Kau cubalah dulu. Bukan rugi apa – apa pun. Kau ni, takut sangat dengan lelaki ni, kenmapa?,"
"SIapa cakap aku takut? Aku tak takut lah. Kau ni, pandai-pandai je ya?,"
"Aku yakin Si Charming ni serius dengan kau. Banyak kali dia YM aku tanyakan kau tau. Sejak kau boikot dia. Tunjuk perasaan konon. Kau tunjuk perasaan…aku tengok, kau juga yang macam makan hati,"
"Kalau aku layan dia, aku lagi makan hati, tahu tak?,"
"Kenapa pula? Senang saja. Dia nak jumpa, kau pergi sajalah. Jumpa saja. Bukan buat apa-apa pun. Kalau kau tak berani pergi seorang, aku boleh temankan. Aku pun nak juga kenal dengan jejaka yang seromantik ni. Mesti dia tu macam Prince Charming kan?,"
Aku merenung tajam wajah Sharifah. Tinggi pula imaginasi minah ni.
"And… banyak kali dia call aku tau," suara Sharifah kembali serius
"Call kau? Apa dia nak?,".
"Dia minta nombor telefon kau,"
"Kau bagi tak?,"
"Mestilah tak. Walaupun mulut aku ni gatal nak bagi. Kesian dia Diya. Banyak kali dia minta,"
"Padan muka. Sekarang baru nak menggelabah? Masa aku terhegeh-hegeh, dia jual mahal. Buat aku ni, macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Aku duk teringat dia siang malam tahu tak? Seminggu aku tak lalu makan. Tahu tak? Ada dia kisah? Tak ada pun. Sekarang bila aku belajar nak lupakan dia, dia buat macam ni pulak. Betul-betuk buat aku rasa terseksa tahu tak? Sakit hati aku ni. Pedih. Tahu tak?,"
"Tahu. Tahu. Tak payah lah asyik tanya tahu tak…tahu tak….," Sharifah bersuara separuh bergurau. Barangkali dia lucu mendengar bicaraku yang berulang-ulang.
"Tapi, kan aku dah cakap. Salah kau juga. Jumpa tak nak. Nombor telefon pun kedekut. Tak nak bagi. Cuba open sikit. Kau ni, tertutup sangat. Get what I mean?,"sambung Sharifah sedikit serius.
Aku buat muka bodoh sambil menatap screen televisyen yang bercerita sendirian.
"Kau ni kan…. Aku tak tahulah nak cakap apa. Nak kata choosy sangat, masalahnya, senarai boyfriend langsung tak ada. Nak kata tak cantik. Kau ni cantik. Nak kata tak ada orang nak…, bersepah lelaki yang duk menunggu kau. Tu, Johan supervisor kat assembly tu, dah setahun tunggu kau. Sekarang ni pulak, aku tengok Encik Firdaus pun macam ada apa-apa je dengan kau. Tu belum masuk Bangla dengan Nepal lagi tu. So, apa lagi yang kau tunggu ha?,"
"Entahlah Sherry. Aku takutlah ,"jawabku perlahan. Sudah lama Sharifah tidak menyentuh hal lelaki dengannya.
Sharifah mengeluh perlahan. Perlahan dia bergerak mendekatiku. Memeluk bahuku sambil berdehem.
"Apa yang kau takutkan? Ini lumrah hiduplah. Kecil, besar, bercinta, berkahwin. Then ada anak. Lepas tu cucu. Lepas tu, tua. Kau mesti lalui itu semua,"
"Aku takut…semuanya sama dengan Abang Kamal,"
Sharifah mengeluh lagi.
"Kau tak boleh samakan semua lelaki dalam dunia ni, dengan Abang Kamal tu. Tak semua lelaki macam tulah. Berapa ramai lagi lelaki baik dalam dunia ni. Kenapa kau asyik duk ingat dia? buang masa kau saja. Cuba alihkan perhatian kau pada lelaki lain. Johan ke…Encik Firdaus ke….Charming ni ke….Mesti kau sedar, masih ramai lagi lelaki baik dalam dunia ni. Percayalah cakap aku,"
"Senanglah kau cakap. Bukan kau lalui semua tu. Aku tak boleh lupa apa yang dia buat kat aku. Sampai bila-bila pun aku tak akan boleh lupa,"
"Dah tu, sampai bila-bila pun kau tak nak bercinta? Tak nak kahwin? Kau ni….,"bicara Sharifah terhenti di situ. Telefon bimbitnya yang menjerit memaksa dia mematikan bicara. Dia bangkit. Menuju ke meja komputer. Telefon bimbit di sebelah keyboard dicapai. Senyum mekar di bibirnya. Aku turut tersenyum. Buah hati telefonlah tu. Sharifah berlari ke arahku dengan lagak riang yang agak luar biasa. Membuat aku dijentik rasa resah. Resah melihat keriangan teman karibku itu. Janganlah keriangan itu membawa berita ngeri buatku.
"Charming call. Dia nak cakap dengan kau lah,"
Hampir terloncat aku di sofa. Mampus! Kan betul telahanku. Memang berita ngeri! Mana aku nak menyorok ni? Tak nak. Aku tak nak cakap dengan dia. Sharifah menghulurkan telefonnya. Aku menggeleng laju. Gila betul.
"Jawablah. He’s on the line ni,"
"Cakap je lah aku dah tidur…," ujarku perlahan sambil bangkit dari sofa. Aku mesti masuk ke bilik. Menyorok daripada Sharifah juga Charming. Walaupun aku tahu Charming memang tidak akan nampak aku di situ.
"Dah. Menggelabah pulak. Jawab je lah,"
Aku jegilkan mata pada Sharifah. Kurang asam punya budak. Ada ke cakap macam tu. Kalau Charming dengar, malulah aku. Sharifah menghulurkan telefonnya sekali lagi. Dan sekali lagi jugalah aku menggeleng laju. Apa aku nak cakap dengannya? Mesti nanti macam orang bodoh. Sharifah mengeluh geram. Sudahnya dia mencapai tanganku. Telefon diletakkan diatas tapak tanganku.
"Jawab…,"arahnya bagai mak-mak orang. Aku ternganga. Habislah aku kali ni. Sharifah berlalu semula ke computer, meninggalkan aku bersama telefonnya. Dan bersama Charming di hujung talian. Bagai tidak percaya, insane yang sedang menunggu aku menjawab panggilannya saat ini adalah Charming. Dalam gugup telefon ku lekapkan ke telinga. Debar di dada hanya Tuhan yang tahu. Silap-silap boleh bisu aku malam ni.
"Hello…,"
Aku terduduk. Bagai mahu luruh jantung mendengar suara itu. Buat kali pertama aku mendengar suara lelaki yang aku puja. Dalam terpaksa aku harus akui, indahnya perasaan ini. Walaupun aku berusaha untuk membuang nama lelaki ini, perasaan ini terlalu indah untuk aku singkirkan begitu sahaja. Kelu. Sungguh aku kelu mendengar suara itu. Bergetar perasaanku.
"Hello. Ada ke tidak ni?,"
Bibirku bergetar. Haruskah aku menjawab?
"U? Ada ke tu?,"
"Ada," cepat bibirku menjawab. Cepat juga tanganku menutup mulut. Kantoi. Dah terjawab. Maknanya, kenalah aku teruskan perbualan ini. Apa yang hendak dibualkan?
"Apa yang menggelabah sangat?,"soalnya dengan suara yang cukup merdu di telingaku. Agh! Malunya. Kan dah cakap. Dia dengar.
"Err.. tak ada apalah. Tak ada apa-apa,"
Terdengar gelak halus yang membuat jantungku makin kencang berdegup. Tiba-tiba wajah terasa membahang. Entah kenapa suasana yang dingin tadi, tiba-tiba bertukar hangat. Panas. Mungkinkah disebabkan degupan jantungku yang terlalu kencang ini?
"U dapat email I tu?,"
"Emm….dapat. Terima kasih,"
"Itu saja?,"
Aku terpaku lagi. Itu sajalah. Aku nak cakap apa lagi? Cakap lebih-lebih kan, buat aku malu sendiri saja. Entah-entah lirik lagu tu, cuma untuk menyindir aku. Tak mungkin perasaannya begitu terhadapku. Kalau aku…. Betulllah. Aku rasa aku ni, dah tahap jatuh cinta ni.
"About that words, I serius. I tak main-main,"
Gulp! Biar betul. Macam mana dia tahu apa yang sedang bermain di kepalaku ini? Dan, betul ke dia serius? Sudahnya aku tergelak. Gelak sumbang.
"Kenapa lama offline? U tahu I cari U kan? Balas dendam ya? Atau merajuk?,"
"Tak adalah. Busy sikit sekarang ni. Tak ada masa,"bohongku dengan nada yang tenang. Harap-harap memang kedengaran tenanglah.
"Macam bohong jer,"
"Betul. Tak bohong. Sibuk sikit,"
"I call U? Give your number,"
"Phone I tengah chargelah. Dalam bilik,"bohongku laju.
"Macam-macam lasan U ya? Nak jumpa tak nak. Nak call tak boleh. Nak YM pulak, busy ya?,"
Aku sengih. Mendapat sedikit keselesaan untuk menyambung bicara dengan Charming. Dia yang bertanya. Jadi, kerjaku, Cuma menjawab soalan. Tak payah nak pecah kepala fikir idea nak berborak. Dengan santai aku bersandar ke sofa.
"Just give the number. I’ll call. Tak seronoklah pakai phone kawan U. entah-entah dia pun nak tengah tunggu panggilan kan?,"
"Err… I tak hafal nombor I. Tak apalah. Dia tak kisah. Lagipun dia tengah layan YM dengan boyfriend dia,"
"Alasan. Tapi, sebenarnya U tak nak bagi kan? Tak apa. I akan cuba sampai Berjaya. Sebab I rasa, U ni, is the one for me. So, I’ll try sampai berjaya,"
Aku tergelak lagi. Yelah tu. Janganlah kau permainkan perasaan ini wahai lelaki.
"Miss call I. lepas tu I call u. Please. Jangan ada alas an lagi,"
OK,"bagai dipukau aku menjawab.
"Now,"
"Err…. Kejap.," aku mula menggelabah. Kesilapan besar. Bagaimana aku boleh tersilap cakap?
"I tunggu ni. Ok?,"
"Ok….,"
Talian terputus. Dan aku termangu sendiri. Perlukah aku memberi nombor telefonku? Kalau dia Cuma ingin mem[ermainkan perasaanku bagaimana? Telefon Sharifah kuletak di atas meja. Dan, deringan telefon bimbitku menarik perhatian. Segera kucapai. Mak. Sukanya hati. Dan aku menjawab panggilan iru sehingga kulupa pada janjiku pada seseorang….

5 ulasan:

  1. ermm..besh gak cite nih..cepat2 la wat sambungan nye erk..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama14/5/08 9:26 PG

    bolehlh d baca tp slow sgt penceritaan....cepat2 smbg blh tak

    BalasPadam
  3. cepat2 sambung namanya gelojoh. huhu..apa la maya ni. kalau cari bf pun segelojoh itu juga ke

    BalasPadam
  4. kamalia ayuni5/10/12 11:27 PG

    awesome :) hahaha .

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan