Isnin, Mei 12, 2008

Cerpen : Tersurat Untukku

0shinieza egik0
nieza_wanieza@yahoo.com

Sedih, pilu, resah...memikirkankan diri ini yang hanya di ibaratkan menghitung hari saja...memang hidup mati di tangan tuhan tapi alangkah sedihnya bila kita mengetahui ajal kita hampir tiba. Apalah nasibku ini, baru saja ingin meniti saat bahagia akhirnya akan berakhir dengan pemergian yang tidak akan kembali. Mungkin inilah hadiah hari lahirku yang paling bermakna dalam hidupku. Huhuhuhuhu....ajalku hampir tiba. Menangis air mata darah pun aku tetap akan menemui ajal yang telah di tetapkan olehNya. Pagi yang ceria bertukar menjadi kelam bagiku apabila menerima panggilan telefon yang tidak dijangka-jangka.

'Assalamualaikum, Cik Nia. Saya doctor Azrai, boleh awak datang ke hospital sekarang tak?'

Tetiba je hatiku berdebar-debar, takut untuk aku mengetahui keputusannya nanti. Walaupun hampir 2 minggu aku menunggu keputusan itu, tapi hatiku sentiasa resah kerana hanya dua berita yang akan aku terima iaitu berita baik atau buruk. Klu berita baik, ini bermakna aku akan dapat merealisasikan impianku, tapi...klu berita buruk, bermakna hancur semua impianku...Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini. Ku tahu, Engkau tidak akan menguji umatMu jika ia tidak dapat memikulnya. Hari ini aku hanya berserah padaMu. CRV hitam ku pandu perlahan-lahan, membelah kesibukkan kota pagi. Kata-kata doctor Azrai tadi masih tergia-ia di telingaku.

'Saya harap awak tabah, keputusan test ari tu....menunjukkan awak ada kanser'.

Arghhhhh....hatiku memberontak. Lemah longlai seluruh tubuhku. Aku ibarat layang-layang yang terputus tali, tidak tahu ke mana arah yang harus aku singgah. Mengapa aku yang dipilihNya. Di saat aku ingin meniti impianku, aku akan jatuh tersungkur..rebah mencium bumiMu yang indah ini. Belum sempat aku menghayati dan mengecapi keindahan ciptaanMu, tiba-tiba aku akan dipanggilMu kembali. Di saat kutempuhi lorong yang berliku dalam mencari sinar yang akan menerangi kegelapanku, kegelapan juga yang akan kutempuhi dalam liku kehidupanku. Mengapa aku Ya Allah???

'Kanser awak dah merebak ke seluruh sel, awak hanya ada 3 bulan saja.'

Lidahku kelu tak terkata. Apakah sudah suratan usiaku 27 tahun saja tersurat olehNya untuk aku wujud di muka bumi ini. Di duniaMu, dunia yang penuh pancaroba kehidupan yang perlu di tempuhi setiap mahklukMu.

'Baik awak jalani kimoterapi....'

Buat apa nak jalani kimoterapi. Sedangkan aku hanya ada 3 bulan saja untuk hidup.
Ya, Allah..aku hanya berserah padaMu. Kau tabahkanlah hatiku ini. Begitu perit dan beratnya cubaanMu ke atasku. Aku terus memandu, memandu..memandu, entah ke mana destinasi harus ku tuju. Hanya airmata yang menjadi temanku disaat ini. Ya, hanya itu saja yang aku tahu...menangis, menangis dan terus menangis. Waktu ini ingin sekali aku memecut laju selajunya..biar aku tamatkan saja riwayatku.

Ish!! apa kau merepek ni, sepatutnya kau terima tentuan ini..bisik satu suara halus dari dalam.

Astagfirullahaazi!! Ape yang telah aku fikirkan ni..nauzubillah..

Petang semakin melewati senja. aku memakirkan kenderaanku. Longlai aku mengatur langkah menuju ke persisiran pantai. Diriku ibarat tidak berpijak dibumi yang nyata, terasa diri ini di awangan melayang-layang bersama fikiran yang buntu.
Aku melabuhkan diriku di atas seketul batu. Ku lemparkan pandangan jauh nun di lautan yang luas. Dulu akulah penunggu setia laut, bila ada masalah je aku datang meluahkan kepadamu, bagiku lautlah tempatku untuk mengadu. Kerna laut tak pernah menipu, laut menjadi pendengar yang setia..aku luahkan segalanya, dan laut membawa pergi luahanku bersama ombak yang memukul badai. Tapi peristiwa aku hampir lemas, 15 tahun lalu menyebabkan aku fobia pada laut, kerna sikapku yang suka merajuk akhirnya aku hampir lemas sewaktu usiaku 12 tahun. Nasib baik sepasang suami isteri berbangsa India ternampak aku. Klu tidak, aku dah mati lemas. Waktu tu aku betul-betul panic, tak tau nak buat apa. Pelampun yang ku guna pun tak dapat menyelamatkanku bila ombak besar menerpa ke arahku. Tapi Allah tu maha berkuasa, aku dapat diselamatkan. Sejak itu aku benci laut, selalunya laut menjadi pendengar setiaku, membawa pergi masalahku tapi hari itu aku yang akan di bawanya. Hari ini, aku kembali...kembali menjejakimu semula kerna aku tidak tahu ke mana harus aku melabuhkan diri. Airmataku mengalir membasahi pipi, segala-galanya masih bermain di kotak fikiranku. Nun jauh di sana senja akan melabuhkan tirainya...sungguh indah permandangan di waktu senja. Tetapi semua ini hanyalah keindahan sementara bagi insan di dunia ini, termasuklah aku. Alam yang membalut mimpi, dulu melukis nyanyian dihati hanya tinggal kenangan sahaja. Belum sempat aku meneruskan pelayaran, aku akan karam jua di tengah-tengah lautan. Selamat tinggal segala-galanya itu aje yang dapatku luahkan.


Kubentangkan tikar sejadah, pagi yang sunyi ini aku ingin bermunajat mengabdikan diri kepadaNya kerna ketenangan diri datang bila kita mengingatiNya. Usai solat, aku menadah tangan memohon kepadaNya.

'Ya Allah, disepertiga malam ini aku mengabdikan diriku padaMu. Ku tahu aku hanyalah insan kerdil di sisiMu. Kupasrah dengan qada dan qadar' yang Engkau tentukan padaku. Kumohon ketenangan diri dariMu kerna ujianMu kepadaku begitu berat untuk aku jalani. Di saat ini hanya padaMu tempat ku mengadu. . Ku akui kelemahan diri, ku insafi kejahilan diri ini kerna ku tahu, aku hambaMu yang ihlaf, yang banyak dosa tapi berilah kesempatan dalam hidupku ini untuk aku merasai bahagia di dunia ciptaanMu dan dalam dunia ciptaanku sendiri. Aku mohon padaMu, ampunilah segala dosaku. Kau lindungilah insan-insan (keluarga dan sahabatku) kusayangi yang hadir menceriakanku dan menyinari hidupku, dan semoga sisa-sisa hidupku yang singkat ini dapatku abadikan bersama-sama kenangan. Amin...'

Aku memandang lesu ke luar jendela, hujan renyai-renyai membasahi bumi mulai berhenti. Suasana selepas hujan sungguh menyegarkan. Tumbuh-tumbuhan bagaikan tersenyum riang. Angin dinihari sepoi-sepoi bahasa meniup, sejuknya hingga menusuk ke tulangku. Selama ini aku yang sentiasa menjadi pendengar untuk menyelesaikan masalah orang lain. Tapi, masalah aku sendiri tak dapat aku selesaikan dan hanya padaNya aku berserah. Laptop di atas katil, ku pandang lesu. Masih sempatkah untuk aku menyiapkan novel yang akan menjadi novel terakhir ku ini? soalku sendirian. 3 bulan tidaklah lama bagi aku yang menghitung hari. Pejam celik, pejam celik masa akan berlalu…begitu juga diriku yang akan lena buat selama-lamanya. Aku mesti siapkannya sebagai kenangan untukku tinggalkan dalam bidang penulisan. Itu nekadku!!

Mentari pagi menjelma menyinari alam. Aku bersiap-siap untuk ke pejabat. Surat perletakkan jawatan ku renung. Hari ini aku nekad untuk meletakkan jawatanku dan membawa diri suatu tempat yang ku rasakan sudah sampai masanya untuk aku menjejaki kaki ke rumahNya. Sebelum sampai ajalku, ingin ku dambakan kasihMu, kasih yang menjanjikan seribu ketenangan dan inginku titipkan segala kenangan di sana dan semoga Engkau menerima kehadiranku ini di sisiMu. Hampir 3 minggu aku menjadi penghuni rumah Allah. Terasa diri ini begitu dekat denganNya dan begitu tenang sekali. Alhamdulillah, dalam keadaan aku yang kurang bermaya dapat juga aku mengerjakan umrah. Namun hari ini, aku akan meninggalkan tanah suci Mekah. Terasa berat kaki ini ingin melangkah pergi. Tapi aku harus pergi jua, pergi membawa diri yang sepi ini.

'Nati aku nak pegi Beijing' spotan je jawapanku bila Aifa menanyakan impianku.
'Nape ko nak pegi sana? kan jauh, membazir duit je'. Laung Aifa dari bawah.
'Ada la...rahsia.' balasku selamba. Aku mula mengarang angan-angan Mat Jenin, sambil tangan ku ligat memetik buah rambutan. Begini la rutinku setiap hari sehingga la result STPM kuar. Panjat memanjat memang hobi aku, aku ni kira ganas gak la…

'Beijing...masih sempat ke, aku nak ke sana?'

Perjalanan aku masih jauh lagi, tapi perjalanan hidupku makin hampir. Mungkinkah Beijing adalah destinasiku yang terakhir? Andainya aku sampai di sana, biarlah Tembok Besar China menjadi saksi segala-galnya. Aku ingin bebas seperti burung yang berterbangan sebelum hembusan terakhir nafasku. Biarpun makin hari, makin banyak rambutku gugur..namun ku gagahi diri ini untuk berdiri walaupun hanya untuk sementara waktu. Kepada sahabat-sahabatku semua, walaupun singkat pertemuan ini aku redha kerna ia begitu bermakna dalam hidupku. Akan aku abadikan segala kenangan kita semua hingga ke nafas terakhirku. Izinkan aku mengundur diri membawa hati yang lara. Aku ingin mencari kedamaian yang hanya sedikit saje yang dapat aku kecapi. Maafkan daku...semua ini telah tersurat untukku! Suratan illahi yang perlu kuterima.
Selamat tinggal semua kenangan, selamat tinggal dunia penulisan dan selamat tinggal dunia ciptaanku sendiri. Aku akan berpijak di bumi yang nyata dan kembali kepadaNya. Andainya aku punyai waktu, masih ku ingin mengulangi semula saat indah bersama kamu semua.tapi sayang aku tidak berkesempatan. Abadikan saja salam ku di ingatan, salam terakhir ku hulurkan semoga kita semua berjiran di syurga Allah..InsyaAllah.

-Aku menulis bukan kerna nama-
(OsHiNiezA EgikO)
April 2008


p/s : Adapsi dari diari yang dititipkan untukku. Kenangan sahabatku ini akan aku abadikan.

1 ulasan:

  1. salam,
    sedihnyer citer nie...
    wlaupun citernyer pendek tapi maknanya panjang....
    thumbs up 4 u....

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan