Pezza A. Lihan
filluscion_22@yahoo.com.my
Dikala itu satu senja setiap malam,
Ku sendiri menantikan datangnya hari,
Yang terang menyinar diri..
Ku pandang langit mulai hitam..
Sepinya daku di saat begini,
Tiada teman yang menghibur diri..
Hanya bayu senja mencengkam dan gemersik malam..
Yang membelenggu diri..
Hanya air mata yang jadi saksi di kala tidur..
Mimpi datang menusuk diri.
Zaliya menghempaskan pandangan ke dada langit yang membiru. Hatinya terhibur dengan kemerduan kicauan burung yang menghiasi kamar petang. Dia tahu apa yang telah dilaluinya sebelum ini yang telah membawa dirinya ke sini. Biarpun jauh dari insan-insan tersayang, namun Zaliya tetap gembira dengan apa yang di laluinya. Biarlah dirinya jauh dari segala-galanya. Agar dia tidak lagi terjerat dengan pelbagai kisah yang mampu membuat dia menangis. Hatinya dah puas menangis. Jiwanya dah puas tersiksa. Kali ini, dia ingin lari jauh dari segala keperitan hidup. Selama mana, dia sendiri tidak tahu. Dia hanya berharap selepas ini hidupnya akan terus kekal seperti kecerahan mentari…..
* * * * * * * * * * *
Kocakan air dikakinya seperti memahami kocakan di dadanya. Apa yang diharapkan sebelum ini tak semudah yang disangkakan. Fikirnya, cukuplah dia melalui segala kisah duka yang lalu. Bertahun dia harungi, kini dia benar-benar tak ingin untuk melalui sekali lagi. Namun, dia tahu pepatah yamg selalu mengatakan langit yang selalu cerah jangan diharapkan kecerahannya selalu. Kebahagiaan yang selau dia harapkan selama ini akhirnya tidak kesampaian.
Baginya, seperti baru semalam dia melalui kepahitan hidup. Kini dia berada lagi dalam situasi yang dia sendiri tidak pernah minta. Kata perpisahan yang dia terima dari Zafrul benar-benar membuat dia terasa dirinya dipermainkan. Manakan tidak, hanya lagi beberapa bulan hari pertunanganya akan tiba. Tapi secara tiba-tiba, Zafrul meminta putus tanpa alasan yang munasabah. Persiapan pertunangan yang hampir siap terpaksa disimpan begitu sahaja. Sakit dihatinya tika itu, hanya Tuhan saja yang tahu.
Zaliya terasa selama ini dirinya dipermainkan. Apa yang dia tahu melalui adik-adik Zafrul dia ditinggalkan kerana lelaki itu ada hubungan dengan sepupunya sendiri. Malah perhubungan itu sudah hampir berbulan terjalin. Itu yang membuatkan dirinya begitu kecewa. Bermakna, berbulan juga kasihnya di permainkan. Pandai Zafrul menutup segala kelakuannya berbulan-bulan. Malah selama dia bersama dengan zafrul, lelaki itu tidak ada menunjukkan sebarang kelakuan yang boleh dia curiga. Andai masa boleh diputarkan kembali, dia rela dia yang mengundur diri dahulu dari dia ditinggalkan. Apa yang membuatkan Zaliya kecewa, kenapa baru sekarang Zafrul meminta perpisahan setelah hari pertunangan mereka hampir tiba? Cukup terhina dirinya dipermainkan begitu sahaja.
Mudahnya Zafrul meninggalkan dirinya. Seolah-olah dia tidak punya perasaan. Zaliya terpaksa menerima hakikat apa yang terjadi. Tak guna baginya untuk dia merayu dan menagih kasih pada orang yang tak pernah pandai menilai cintanya selama ini. Dia terasa dirinya tertipu. Berbulan juga dirinya dalam kesedihan. Dia selalu berharap agar Zafrul akan kembali padanya seperti dahulu, namun penantiaanya hanya sia-sia.
Baru dia menyedari, Zafrul benar-benar telah berubah hati. Biarpun dia percaya Zafrul tidak pernah bersikap sebegitu, namun dia harus tahu setiap manusai pasti akan berubah. Segala-galanya dia terima dengan rela hati. Biarpun pahit baginya untuk menelan, tapi kehipannya harus diteruskan. Dia tidak mahu hanya kerana kekecewaan itu dia turut kehilangan kehidupannya.
* * * * * * * * * * * *
Segenap ruang nafasnya bergetar. Begitu juga dengan segenap ruang hidupnya. Seperti berkocakan. Sudah berkali hidupnya terganggu dengan kehadiran wajah lelaki yang dia temui baru-baru ini. Sesekali kerja-kerjanya terganggu . Tatkala wajah itu bermain difikirannya, ada sebaris senyuman dibibirnya. Syazir Fazran… itulah yang membuatkan dia selalu dalam keresahan. Hampir seketika hatinya mula sembuh dari kelukaan semalam. Zaliya tidak mengerti apakah sekarang dia mula jatuh cinta semula? Bersediakah dia? Zaliya menolak keras dia akan jatuh dalam perasaan cinta. Kelukaan dihatinya masih ada.
Namun, pertemuan setiap hari dengan Fazran membuatkan semakin lama hatinya seperti dicuri. Tapi, apabila dia menyaderi hakikat sebenar, dia hanya boleh bermain dengan perasaan hatinya. Dia tak terfkir Fazran akan merasai seperti apa yang dia rasa. Dia akan pastikan segala-galanya menjadi rahsia dihatinya sahaja. Dia takkan pernah melupai kerlingan mata dan senyuman manis setiap kali dia memandang wajah lelaki itu. Itulah yang selalu membuat hatinya bergetar sendiri. Dia tahu ada sesuatu yang menarik tentang lelaki itu. Masakan tidak dia mampu melupai sedikit demi sedikit kelukaannya…
Zaliya tak pernah bermimpi cintanya berbalas. Seperti dalam mimpi, Zaliya sudah jatuh cinta semula. Dia tak menyangka selama ini Fazran turut menyimpan perasaan terhadapnya. Sejak dia menerima cinta dari Fazran, dia benar-benar dirinya sudah jatuh cinta sekali lagi. Namun, dia tetap membataskan segalanya. Juga membataskan sayang dan perasaanya. Kalau boleh dia tidak mahu kelukaan lama akan kembali dalam hidupnya sekali lagi.
Selama dia mengenali Fazran, dia sedar lelaki itu banyak membantu dalam kehidupannya. Dan dia tahu, lelaki itu ada kelebihannya sendiri. Selama dengan Fazran, dia dapat melihat sebanyak sedikit Fazran memenuhi karekter lelaki yang dia inginkan. Tapi dia tidak terus mengharap akan memiliki terus. Dia lebih senang begini. Bukan dia tidak mempercayai Fazran, tapi biarlah dia bersahaja. Dia tak mahu berkeyakinan penuh.
Zaliya tahu, Fazran mula menyanyangi dan mencintainya. Bukan dia tidak menghargai. Malah perasaanya juga seperti yang Fazran rasai. Tapi dia keliru. Setelah hampir berbulan bersama Fazran, hatinya sedikit sebanyak terganggu. Kadang-kadang dia merasai jiwanya kosong. Entah apa ayng dia fiirkan, dia sendiri tidak tahu. Bukan dia tak bahagia dengan Fazran, malah hari-hari yang dilaluinya setiap hari bermakna semenjak dia mengenali Fazran. Sejak mengenali Fazran jugalah hidupnya kini mula bersinar. Segalanya berubah sejak kehadiran Fazran. Zaliya tidak mengeluh dengan apa yang dia lalui kini, tapi dia bersyukur kerana Tuhan mengerti isi hatinya sebagai seorang wanita.
* * * * * * * * * * * *
Airmatanya tumpas lagi… Zaliya tidak tahu mengapa Zafrul kembali lagi dalam hidupnya setelah sekian lama. Hatinya pedih dan sakit. Memang dulu dia mengharap kepulangan Zafrul tapi baginya sekarang, kepulangan Zafrul seperti menoreh luka lama yang ada dihatinya. Kenapa baru sekarang? Sejak Zafrul kembali, dirinya sering terganggu. Setiap hari Zafrul akan mengganggunya dengan pelbagai pujuk rayu. Bukan tiada lagi sayang dihatinya untuk Zafrul. Tapi dia tidak mahu menerima Zafrul hanya kerana hatinya berasa kasihan dengan Zafrul. Sejak kehadiran Zafrul jugalah, hubungannya dengan Fazran mula renggang. Dia tahu ini semua kesilapannya sendiri. Bukan niat dia untuk mempermainkan cinta Fazran. Tapi dia tak tahu, kenapa hatinya sejak-sejak ini mula jadi serba tak kena.
Mungkinkah dia akan menerima Zafrul dan mengecewakan Fazran? Dia tak sanggup mengecewakan Fazran yang dah penuh berharap dengannya tapi dalam masa yang sama dia dihantui rasa belas kasihan terhadap Zafrul. Zafrul pandai merayunya dengan menggunakan kenangan-kenangan yang lalu sebagai kunci untuk dia kembali pada Zaliya. Rasa kesalahan dalam dirinya semakin meninggi.
Tidak mungkin dia akan mempermainkan perasaan Fazran yang selama ini banyak memberi erti dalam hidupnya. Tak mungkin juga dia akan menerima Zafrul yang telah melukakan hatinya. Mana mungkin akan terjadi, perkara yang sama akan berulang lagi. Dia tidak mahu akan terluka lagi dengan orang yang sama.
Hari-hari yang dilaluinya mula berasa kelainannya. Zaliya seolah – olah tidak dapat merasai apa yang ada didalam hatinya. Siang malam silih berganti. Hatinya semakin hari semakin terusik. Fazran juga mulai jauh darinya. Dia tak pasti kenapa. Mungkin dia yang sengaja yang menjauhkan diri dari Fazran ataupun Fazran dapat merasai apa yang dia lalui sekarang. Perlukah dia menangis sekali lagi kerana cinta? Perlukah dia tidak memilih sesiapa agar hatinya akan terasa tenang? Zaliya bungkam sendiri…
* * * * * * * * * * * *
Zaliya nekad.. Kali ini keputusannya muktamad. Puas dia berfikir. Sekalipun apa yang terjadi selepas ini, dia akan terima. Hatinya hanya mampu untuk menerima seorang insan sahaja.
Pertemuan dengan Zafrul sedikit sebanyak mengundang dia dalam kemelut kenangan yang lalu. Hatinya sedikit terusik dengan perubahan pada Zafrul. Keadaannya yang sedikit sebanyak berubah membuat hati Zaliya sedih. Keadaan Zafrul seperti tidak terurus. Apa yang terjadi pada Zafrul sebelum ini dia tidak tahu dan dia tidak mahu ambil tahu. Dia tidak mahu hatinya semakin berada dalam persimpangan.
Zaliya tahu, keputusannya akan membuatkan Zafrul kecewa tapi dia terpaksa. Dia dah tak sanggup untuk bermain dengan perasaan yang bersalah. Sejak dia bertemu dengan Fazran semalam dia seolah-olah telah mendapat keputusan sendiri. Dia mula menyedari hatinya hanya menyintai Fazran. Melihat keikhlasan Fazran, hatinya tidak sanggup untuk mengecewakan Fazran . Zaliya tahu, lama-lama nanti dia kena buat keputusan yang sama. Biarlah sekarang dia lalui keperitan itu dulu sebelum sekali lagi dia yang akan terima keperitan .
Sejak dia meninggalkan Zafrul, sesekali hatinya berada dalam kesedihan. Dia tak tahu apa yang membuatkan dia sedih. Jauh di sudut hatinya, dia berasa kasihan dengan Zafrul. Tapi apakan daya, pada masa yang sama dia menyintai Fazran. Biarpun jauh dari sudut hatinya, dia masih menyanyangi Zafrul, tapi dia tidak mahu salah dalam menilai seseorang. Dalam pada masa yang sama juga Zaliyaingin memberi peluang pada Fazran untuk membuktikan kejujurannya. Baginya sekarang, hanya Tuhan yang mampu menentukan segala-galanya. Dia tidak mahu terlalu mengharap dan terlalu mempercayai keadaan.
* * * * * * * * * * * * *
Sejak pemergiaan Fazran, hidupnya tak seindah dulu. Perpisahan antara dia dan Fazran benar-benar mengajar dia erti sebuah kehidupan dan percintaan. Biarpun pemergian Fazran bukanlah kehendaknya, namun Zaliya tetap menerima dengan hati terbuka. Dia tahu, kalau diberi peluang, Fazran juga tidak mahu perpisahan akan terjadi antara mereka. Zaliya tidak menyangka secepat itu dirinya ditinggalkan Fazran. Pemergiaan Fazran telah meninggalkan seribu kenangan bagi Zaliya yang tak mungkin dia akan lupa seumur hidupnya.
Cintanya untuk Fazran tak pernah berubah biarpun telah dimakan masa. Bagi Zaliya, selagi cintanya pada Fazran masih wujud didalam hatinya, dia menganggap lelaki itu masih berada di sisinya. Dan kerana perasaan itu juga, dia semakin hari semakin tabah untuk lalui kehidupan hariannya. Biarlah dia hidup dengan perasaan cintanya terhadap Fazran. Dia tidak mahu perasaan itu turut pergi seperti Fazran meninggalkan dirinya.
Bukan tiada sesiapa yang cuba mengisi hatinya yang kosong, tapi Zaliya masih tidak mampu untuk menerima peganti Fazran. Dia sudah tidak mampu untuk menyanyangi insan yang bergelar lelaki. Kali ini biarlah dia hidup sendirian. Dia percaya, apa yang terjadi dalam hidupnya sudah tertulis sejak azali. Namun, sebagai seorang insan dia tidak mampu untuk mengubah apa yang sudah tertulis untuk dirinya. Dia percaya, Tuhan itu Maha Adil. Pasti ada yang terbaik untuk dirinya suatu hari nanti.
* * * * * * * * * * * * *
Zaliya nekad. Dia akan pergi jauh untuk mencari kehidupannya sendiri. Biarpun terpaksa berjauhan dengan insan-insan yang dia sayang tapi dia percaya apa yang dilakukan adalah keputusannya yang terbaik. Dia akan pergi meninggalkan seribu kenangan yang dia telah lalui selama ini. Namun, dia tetap pergi dengan membawa perasaan cintanya terhadap Fazran. Itulah kekuatan yang dia ada sekarang.
Zaliya tetap melangkah pergi. Di dalam hatinya berharap agar kali ini hidupnya akan beertukar ganti. Dia tidak mahu hidupnya terus diselubungi dengan kemendungan. Dia inginkan hidupnya akan cerah seperti secerah mentari yang selalu menyinari alam.
Gerimis malam mengundang rindu...
Menyentuh syahdu dalam kedinginan,
Dalam kegelapan ku pejam mata...
Terparut dalam bayu-bayu sepi...
Hanya deruan angin yang mengusik..
Dan menghilangkan rasa sunyi…….
cediHnye...
BalasPadamgood luck...trskan usha anda
BalasPadam