Rabu, Februari 27, 2008

Kenangan lalu 7

hayati
hay86_animax@yahoo.com

21
Berlainan pula di kediaman Dato’Mohamad, kelihatan Datin Mastura murung mengingati anaknya, Zafriel Zafwan yang berada jauh darinya.
“ Abang, saya rindu pada anak kita bang! ”
“ Sabarlah Mas, bukannya dia nak menetap di sana, nanti dia baliklah tu ”.
“ Tapi bang, masa tu lambat lagi ”.
“ Awak ni….kalau dah rindu pada anak, mesti dah lupa saya lah tu ”. Dato’ Mohamad cuba menggembirakan hati isteri kesayangannya.
“ Awak cemburu ke ?”.
“ Tak adalah sampai ke situ, saya pun rindu pada si Zafriel tu tapi, biar dia kat situ hidup berdikari ”.
“ Baiklah bang, saya akan tunggu anak kita pulang ”.
“ Hah… macam tu lah isteri abang, selalu dengar kata abang .”
“ Mas, cakap…. cakap juga, tapi mana kopi abang? Dari tadi abang tunggu dah kering anak tengkuk abang ni ”.
“ Lupalah bang, nanti saya pergi buat ye, abang tunggu sekejap ye ”.
Dato’ Muhamad menghantar pemergian isterinya dengan senyuman yang paling manis dari seorang suami yang begitu menyayangi isterinya. Dato’Muhamad tetiba sahaja teringat kembali saat dia menyuruh Zafriel menguruskan kerja- kerjanya di Kelantan, mungkin caranya ini adalah yang terbaik untuk dia memisahkan Zafriel dengan Linda. Dato’ Muhamad memang tidak menyenangi hubungan mereka berdua kerana sikap Linda yang tidak menghormati orang tua. Dato’ Muhamad rela kalau anaknya itu bertemu dengan gadis kampong berbanding gadis yang hidup bebas seperti Linda.
“Abang!” Jerit Datin Mastura.
“Apa yang abang menungkan tu? Takkan abang yang lebih-lebih teringat pada Zafriel tu? teka Datin Mastura.
“ Isssh… awak ni, ke situ pulak ?”
“ Yelah, tengok muka abang pun saya dah tahu, masih juga tak nak mengaku. Malulah tu ”.
“ Tak ada maknanya saya nak malu pada awak,awak tu bukannya orang asing ”.
“Habis tu kenapa abang termenung aje?”
“Abang Cuma terfikir pasal hubungan anak kita dengan Linda tu, abang tak suka Zafriel berkawan dengan Linda tu, bukan sahaja liar tapi tak hormat pada kita langsung sebagai orang tua.”
“Jadi sebab tu lah abang hantar Zafriel kat Kelantan?” Tanya Datin Mastura.pertanyaan Datin dibalas anggukkan oleh Dato’ Muhamad yang tidak mampu mengeluarkan kata-kata, bimbang isterinya akan kecewa dengan tindakannya yang tidak berbincang dahulu sebelum bertindak.
“ Maafkan abang kerana tidak bagitahu Mas awal-awal pasal hal ini”.
“Abang tak salah, apa yang abang buat tu betul. Mas akan sokong setiap perbuatan abang.”
“Terima kasih Mas, awaklah yang memahami abang,,bersyukur abang dapat isteri macam awak”.
“Saya pun bertuah dapat suami macam abang”.
Dato’ Muhamad dan Datin Mastura saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka amat menghargai antara satu sama lain.


-------------------------


22
Zafriel bersiap untuk keluar menjemput Linda yang sudah sampai di Kota Bharu.Zafriel teringat perbualannya dengan Linda dalam telefon semalam, pada awalnya Zafriel terkejut dengan keputusan Linda untuk datang ke Kelantan. Zafriel buntu, untuk mengelak dia takut Linda terluka. Namun, untuk menerima kehadiran Linda ke rumahnya terasa berat. Zafriel tidak tahu apa yang dia risaukan. Adakah dia risaukan perasaan Ain. Tapi apakah hubungan dia dengan gadis itu? Kenapa dia harus fikirkan perasaan Ain.sebagai seorang lelaki yang lebih dahulu menyayangi Linda dia harus bersikap adil dengan Linda dan melupakan perasaannya pada Ain.
“Alamak ! aku dah lambat?” Bisik Zafriel.
Zafriel terburu-buru turun tangga sehingga terlanggar bahu Ain. Ain terjatuh. Zafriel terkejut.
“Maafkan saya Ain”. Hanya itu ucapan yang mampu Zafriel luahkan, lalu meninggalkan Ain dalam kesakitan. Zafriel kesal dengan sikapnya terhadap Ain. Namun apakan daya dia tiada pilihan lain. Jika terlambat Linda akan merajuk. Zafriel akan buntu untuk memujuk Linda. Tiada lagi kata-kata manis yang keluar dari bibir milik Zafriel buat Linda.
“Emmmm…”. Ain sikit terkilan dengan perangai Zafriel terhadapnya tadi. Biasanya Zafriel tidak akan bertindak seperti itu.
Sebelum keluar rumah, sekali lagi telefon milik Zafriel berbunyi.
“Linda tunggu ye, kejap lagi abang sampai”.
Mendengar sahaja nama yang terpacul keluar dari bibir Zafriel, tiba-tiba je darah Ain berderau. Ain hairan dengan dirinya.dia tidak pernah alami keadaan seperti ini.
“Eh, kenapa dengan aku ni, itu hak dia untuk memilih siapa teman hidupnya”. Ain berkata sendirian.
“Aku tak sepatutnya bersikap begini, bodoh untuk aku menyayangi dia”.sambung Ain.
Bayangan Zafriel di iringi dengan mutiara putih milik Ain yang keluar tanpa Ain sedari.
“Ya Allah, aku tidak tahu dugaan apa yang kau berikan pada aku, tapi aku harap kau jauhkan aku dengan perasaan ini, kerana aku tak berhak untuk memiliki dia”.Pinta suara hati milik Ain. “Kenapa abang lambat?” Linda merengek
Zafriel berasa rimas namun dia tidak ingin menunjukkan sebarang perbezaan atau perubahan dirinya kepada Linda.
“Abang bangun lambat tadi, pembantu rumah abang lupa nak kejutkan, biasalah hari ni kan hari minggu, tu yang lambat tu”.zafriel cuba memberi alasan.
“Betul lah tu”.
“Betul… takkan abang nak tipu Linda pulak, pernah ke abang tipu Linda selama ini?”.
“Memanglah tak pernah, tapi manalah tahu sekarang ni abang dah pandai nak tipu”.
“Dah lah abang tak nak gaduh, jom kita pergi makan, pasti Linda laparkan?”.
“Tak nak lah, kita makan di rumah abang aje, biar Linda yang masak untuk abang kali ni”.
“Emmm.. suka hati Linda lah. Kalau Linda penat kita boleh makan di kedai aje”.
“Tak !”
“ Kalau macam tu, jom kita balik. Abang pun tak sabar nak makan masakan Linda”. Zafriel cuba untuk mengambil hati Linda supaya Linda tidak mengesyaki sebarang perubahan pada dirinya. Dalam perjalanan pulang Zafriel hanya mendiamkan diri sehinggalah sampai di rumahnya. Keadaan seperti ini jarang berlaku setiap kali mereka keluar. Hanya pada waktu Zafriel dalam keadaan marah.
“Lin, jom masuk”. Pelawa Zafriel.
Linda hanya mengikut Zafriel di belakang. Mereka berdua berjalan masuk ke rumah.
“Lin rehatlah dulu, kejap lagilah Lin masak”.
Linda hanya mengangguk apa yang dikatakan oleh Zafriel tanda setuju. Ain yang sibuk di dapur terkejut mendengar suara dari arah ruang tamu, dia cuba mengintai dari jauh dan terkejut melihat perempuan yang sedang merebahkan dirinya di atas sofa yang baru dikemasnya tadi.
“Siapa tu?”.Tanya suara kecil Ain.Ain mula terasa lain, dia terasa hatinya seperti dihiris begitu sakit, belum pernah dia merasakan begitu. Sementara Zafriel pula mengatur langkah perlahan menuju ke dapur. Ain yang perasan akan kehadiran Zafriel ke dapur cuba berlakon dalam keadaan yang biasa.
“Ain masak apa hari ni?”. Tanya Zafriel kepada Ain.
“Biasa aje Zaf, Ain tak tahulah kawan Zaf tu suka atau tak?”. Kata Ain sambil jarinya ditujukan kepada Linda yang sedang rehat di atas sofa di ruang tamu.
“Ohh.. dia tu Linda, teman wanita saya”.
Ain hampir jatuh apabila mendengar pengakuan dari Zafriel.
“Kenapa Ain?” Tanya Zafriel yang bimbang melihat keadaan Ain.
“ Ain tak usah bimbang, Linda pasti suka masakan Ain ”. Pujuk Zafriel yang tidak tahu punca kemurungan Ain. Ain hanya mampu tersenyum untuk menutup luka dalam hatinya.
“ Kalau begitu, bolehlah Zaf panggilkan Linda tu, lagipun masakan ini dah siap. Tentu dia lapar ”.
“ Ha’ah. Kesian juga Zaf tengok Lin tu dari tadi dia tak makan ”.
“ Zaf kejutkan dia sekejap ye, lepas tu kita makan sama-sama ”.
“ Eh, tak apalah. Zaf makanlah dengan Linda. Lagipun Ain banyak lagi kerja yang perlu disiapkan ”. Ain memberi alasan untuk mengelakkan diri daripada makan bersama mereka.
“ Orang tak sudi, takkan kita nak paksa pulakan ? ” . Zafriel cuba berseloroh.
“ Bukan kita tak sudilah wak, nanti tak pasal-pasal kita ganggu orang tengah dating, kan tak elok tu ”.Ain cuba menenangkan hatinya yang kian berombak.
Zafriel mengikut sahaja kehendak Ain itu, tanpa berlengah lagi Zafriel cepat-cepat mendapatkan Linda untuk makan bersama.
“ Lin ! jom makan, nanti sejuk pulak lauk kat dapur ”.
“ Kan Lin belum masak lagi? Macam mana makanan dah masak? Abang yang masak eh? ”. Tanya Linda yang kebinggungan.
“ Lin dah lupa, kan abang ada bagitahu Lin yang abang ada pembantu rumah, jadi dialah yang masak ”.
“ Rupanya Lin dah tua ”. Sindir Zafriel. Mereka sama-sama ketawa. Kemesraan mereka berdua membuatkan Ain cemburu. Mulai saat itu Ain lempar jauh perasaannya terhadap Zafriel. Ain mula merasakan yang dia bukan dilahirkan untuk memenuhi ruang hidup Zafriel.
“ Kenapa aku harus rasai semua ini? Kenapa aku biarkan dia bertahta di hati aku? ”. Ain mempersoalkan dirinya sendiri. Ain tidak sanggup lagi untuk menghadapi hari-hari yang akan datang, Ain tidak sanggup melihat kemesraan Zafriel dengan Linda. Namun sebagai seorang anak yang harus membantu ibunya, Ain terpaksa kuatkan langkah untuk bertahan. Semoga mutiara jernih tidak lagi akan berbakti untuk dirinya. Zafriel yang dari tadi mencari kelibat Ain akhirnya mengukir senyuman apabila melihat Ain yang sedang membersih laman rumah. Zafriel menghampiri Ain.
“Ain, mari Zaf kenalkan Ain dengan Lin”. Pelawa Zafriel. Ain hanya menurut seolah-olah dirinya dipukau. Zafriel menghampiri meja makan untuk mendapatkan Linda.
“Lin, abang kenalkan ini Ain, pembantu rumah abang”.
Ain menghulurkan tangannya tanda perkenalan, tetapi tidak dihiraukan Linda. Ain terasa dirinya begitu kerdil untuk dihina seperti itu.
“ Tak mengapalah Zaf, Ain sambung kerja Ain dulu ”. Pinta Ain.
Linda terkejut apabila mendengar panggilan mesra Ain untuk Zafriel.
“Amboiii…mesranya korang berdua, Zaf….Ain…. kau fikir kau layak panggil nama itu hah!!!”.
“Lin, jaga sikit mulut Lin tu? tengking Zafriel yang sudah kehilangan sabar dengan perangai Linda.
“Ohh… sebab perempuan ni, abang tengking Lin ye?”
“Bukan sebab Ain, tapi Lin tu yang dah melampau, Ain dengan Zaf kawan, jadi takkanlah nak menampakkan jarak antara kami. Lagipun Ain tu kawan Razis. Cubalah faham!!!” kata-kata terakhir Zafriel sebelum meninggalkan Ain dan Linda. Ain yang tidak tahan dihina dan sebabkan dia, Linda dan Zafriel bergaduh, terus meninggalkan rumah itu. Ain tidak lagi sanggup bertahan.
“Ya Allah, kenapa semua ini berlaku pada aku?tidak cukupkah lagi dugaan yang aku terima selama ini? Dan jika ini yang terbaik untuk aku, semoga Engkau memberiku kekuatan untuk berhadapan dengan ini semua”. Sekali lagi mutiara jernih berbakti untuk Ain.

--------------
** ada juga boleh terus berhubung dan memberi komen kepada penulis novel bersiri "kenangan lalu" melalui email : hay86_animax@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan