Rabu, Februari 20, 2008

Kenangan lalu 2

hayati
hay86_animax@yahoo.com

5
Dato’Mohamad yang baru sampai dari Kelantan melihatkan tapak projeknya, duduk di kerusi malas menghabiskan sisa kepenatan. Tanpa disedari, kelibat Zafriel melintasi belakangnya. Dato’ Mohamad memanggil Zafriel yang baru pulang dari tempat kerja.
“Zafriel minggu depan papa nak kau pergi ke Kelantan ,uruskan projek kita kat sana ,bawa Razis sekali untuk bantu kau .”Terang Dato’ Muhamad satu persatu.
“Tapi Pa……”
“ Dah! Tak ada tapi-tapi lagi ,pergi kemas barang kau,papa dah uruskan semuanya termasuk pembantu rumah kau kat sana nanti, Zafriel tak perlu bimbang nak makan apa pun papa dah uruskan semuanya.”
Zafriel mengalah dan melangkah longlai ke biliknya untuk berkemas apa yang patut.
Di dalam bilik Zafriel mencapai telefon nya dan menelefon Linda.
“Lin,Zaf ditukar bertugas di Kelantan.”
“ Habis tu macam mana dengan Lin ,bang”
“Lin jangan risau , Zaf akan selalu berhubung dengan Lin.”
“Tapi bang,gadis –gadis kat sana semua cantik-cantik mesti abang terpikat.”
“Lin jangan cakap macam tu,Zaf akan ingat kat Lin.”
Setelah meyakinkan Linda, Zafriel terus telefon Razis untuk memberitahu berita gembira itu pada Razis.Ternyata Razis gembira dengan berita itu.
“Bila kita akan bertolak,Zaf.”itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Razis.
“Zif,boleh tak kau sabar sikit,aku tahulah tu kampung kau,tapi aku minta tolong kau sabar sikit.Aku ada masalah ni.
“Aku tahu masalah kau? Linda kan!” teka Razis.
“Haaa.. tahu tak pe.”
“Alah senang je,aku bagi tahu kau bila kau sampai je di negeri aku tu kau pasti takkan ingat kat si Linda tu lagi.Aku berani potong jari aku.”
“Yang kau yakin sangat tu apa pasal?”
“Kita tengok ajelah nanti.”Sindir Razis.
“Zaf,cakaplah bila kita boleh pergi?”
“Ahad,depanlah.”
“YAHOOOO!”
“Amboi seronoknya kau Zif.meluat lah pulak aku dengar.
“Dengkilah tu.Tak boleh tengok orang senang sikit.”


******************






6
Seperti yang telah di janjikan , Zafriel dan Razis bertolak dari kuala Lumpur menuju ke Kelantan.
“ Zaf, kita singgah kat rumah aku dulu lah ye.”
“Aku dah syak dah, kau mesti nak minum air sambil menyelam, tak boleh!”
“ Alah ,bolehlah Zaf, kau tak kesian kat aku ke?dah lama aku tak jumpa orang tua aku.” Setelah Razis merajuk dan membawa diri ke Kuala Lumpur.
“Aku kata tak boleh,tak bolehlah ,tak faham ke?”
“Boleh la, macam ni ke kawan? “
Razis mula menunjukan mimik muka seposen untuk menagih simpati Zafriel.
“Ni yang aku lemah ni,dia dah mula buat muka seposen dia dah. Oklah kita singgah kat rumah kau.”
“Betul ke zaf ? macam ni lah kawan.”
“Ye lah tu!!! Baru anggap aku ni kawan ye?”
“Tak adalah, memang selama ni pun, kaulah kawan aku.”
Setelah lebih kurang lapan jam berada dalam kereta,akhirnya mereka sampai juga di negeri Cik Siti Wan Kembang.
“ Wah! Cantik jugak negeri kau ek? Perli Zafriel
“Ehh,mestilah.tengok orangnya pulak lawa-lawa. Aku percaya mesti kau sangkut punya.tapi jangan tersangkut yang aku sudah.”
“Ooo.. jadi selama ni kau tipu aku lah ye?’’
“Apa yang aku tipu kau?”
“ Kau kata kau tak ade awek? Rupanya kat kampung.Patutlah ramai gadis yang suka kat kau ,kau buat dekkk aje.”
“Bukan awek akulah, tapi gadis idaman aku..” Razis berterus terang.
“Habis tu kau nak buat ape kat aku? Nak cekik aku?” sambung Razis.
“Taklah sampai macam tu,Cuma aku bengang sikit aje,kalau kau berterus terang dengan aku kan bagus”
Setelah berada di Bandar Kota Bharu, Razis menunjukan jalan ke rumah nya yang terletak di kampung Pendek.
“Assalamualaikum……………” jerit Razis.
“ Waalaikummusalam…” balas Pak Mat.
Pak Mat terkejut melihat anaknya Razis yang sudah lama tidak balik ke kampung.
“ Mak nya! Tengok siapa yang balik ni? Ada apa kau balik ni Ajis.”
“ Sekarang ni ayah, Ajis kerja di kampung ,tolong kawan uruskan projek dia. Eh, lupa pulak, ni kawan Ajis nama dia Zafriel”.
Razis memperkenalkan Zarief kepada ayahnya.Sementara itu, Mak Cik Limah yang baru keluar turut terkejut dengan apa yang di lihatnya itu.Zafriel bersalaman dengan kedua ibubapa Razis. Mereka naik ke rumah untuk berehat.
“ Ha, Ajis bawa kawan kau berehat! mesti dia penat.”
“Baiklah ayah.Tapi kita jangan layan baik sangat dengan Zafriel ni ayah nanti dia jatuh hati kat rumah kita , terus nak tinggal kat sini.”
“ Dah Zafriel jangan hiraukan si Ajis tu ,dia memang macam tu .”
Zafriel hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang dicakapkan oleh ayah Razis.
“Jom,Zaf aku tunjuk bilik kau!”
Zafriel akur dan menurut sahaja kata Razis.
“ Haa.. inilah bilik kau. Maaflah bilik di kampung tak sama dengan bilik kau yang ada di bandar tu.”
“Eh! Zif, kau ingat bilik rumah kau ni teruk sangat ke? Tapi memang pun.”Perli Zarief.
“Jangan marah, nanti kene jual!”Sambung Zarief.
“ Mana ada aku marah! Cuba kau tengok muka aku ni ,ada muka marah ke?” Bela Razis sambil tangannya menunjuk ke mukanya yang hitam manis itu.
“ Dahlah , malas aku nak layan kau, kau rehatlah, pastu kita boleh sembahyang sama-sama.” Pelawa Razis.
“Apa! Sembahyang sama-sama? Betul ke apa aku dengar ni! Macam mana ni, aku mana tahu solat! Kantoi aku”. Zarief kebimbangan
“Apa yang kau menungkan tu!” Jerkah Razis.
“ Tak ada apa-apa lah.”
“Dahlah ,cepat sikit aku tunggu kau.”
Razis keluar dari bilik Zafriel untuk bagi peluang kepada Zafriel berehat. Sementara Zafriel pula risau tentang pelawaan Razis .
“Ah, tak apalah! Aku bukannya jahil sangat pasal sembahyang ni,Cuma aku mintalah yang aku takkan jadi imam,kalau tak nahas aku.” Zafriel mengomel.



7
Lebih kurang pukul 8.00 malam mereka makan malam bersama-sama, semantara menunggu waktu isyak masuk.
“Kenapa Zafriel? Tak sedap ke lauk tu?” tanya Mak Limah.
“Tak ada lah Mak Cik.” Balas Zafriel yang masih bimbang pasal tadi.
“ Alah mak ni ,Zaf kan orang jati Kuala Lumpur mana kenal dengan makanan kampung, tambah lagi makanan orang Kelantan.” Sampuk Razis yang suka sangat memperkenakan Zarief.
“Ahh Zaf, kalau kau nak kenal yang dalam mangkuk tu namanya budu,sejenis makanan yang famous kat sini di perbuat daripada ikan bilis.”
“Yang tu tak payah cakap lah, aku dah tahulah, mak cik dah cakap tadi, kan mak cik kan?”
“ Em,yelah Ajis mak dah bagitahu Zafriel tadi.”
“ Nampaknya ,aku yang terlambatlah ye?”
“ Tahu tak pe!”Zafriel memperkenakan Razis.
“Ooo, kau kenakan aku ye,kejap lagi kau jadi imam ye.”
Mendengar aje kata- kata yang baru sahaja terkeluar dari mulut Razis, Zafriel terkedu.
“Kau ni Ajis, kesian kat Zafriel tu, seharian dia memandu, penat pun tak hilang lagi. Hari ni biar ayah yang jadi imam.” Kata Pak Mat mencapai kata putus, supaya Razis tidak lagi menyakat Zafriel yang kelihatan kebimbangan.
Tetiba aje Zafriel merasa lega.
“Dahlah Ajis,kau tak habis nak perkenakan orang,cepat sikit makan,waktu isyak dah nak masuk ni.” Sambung Pak Mat lagi.
Setelah selesai makan mereka bertiga ke bilik untuk sedia solat.Razis mengambil tempat yang sesuai untuk dirinya dan dituruti oleh Zafriel.
Razis mula merasa hairan dengan perbuatan sahabatnya itu.
“Apasal kau ikut aku?”
“Biar lah, lagi pun Zafriel kan tak tahu arah kiblat kat sini,betullah tu dia ikut kau!”Tegur Pak Mat kepada Razis.
Zafriel hanya tersenyum dan mereka mula solat. Setelah selesai, Zafriel merasakan dirinya begitu kerdil kerana sudah lama dirinya tidak tundukkan kepala di sejadah. Setelah tamat sekolah Zafriel tidak lagi mengabdikan dirinya pada Yang satu, walaupun berulang kali ibu dan ayahnya memarahinya, namun Zafriel memang seorang yang keras kepala dan berhati batu. Zafriel berasa tenang apabila mendengar Pak Mat membaca doa .“Kenapalah aku boleh lupa untuk buat ini semua?” Zafriel menyalahkan dirinya.
“Mungkin sebab aku sibuk? Tapi apa yang aku sibuk, semuanya ayah aku yang uruskan? Mungkin masa aku banyak aku habiskan di pub-pub dan masa aku terbuang bersama dengan Linda.Tapi Linda kan orang yang aku sayang? Salah ke aku habiskan masa dengan dia?” Satu persoalan timbul dalam benak Zafriel ketika mengakhiri monolognya.
“Hei,Zaf apa yang kau menungkan tu?” Ni mesti kau ingat kat Si Linda?” Teka Razis.
“Kau ni kan memang boleh jadi ahli nujum,boleh tambah pendapatan.”Zafriel bergurau menutup resah di hati.
“Tak payah! Gaji aku kerja dengan kau pun terlebih cukup.”
“Apa kata aku bawa kau keliling kampung aku,sementara kita bertolak ke rumah kau?”
“Emmm ..boleh jugak.”
Sedang mereka ingin turun tangga …..
“Ha, Ajis nak ke mana tu?” Tanya Pak Mat yang sedang duduk berehat .
“ASTAGFIRULLAH AL-A’AZIM………ayah ni kalau nak tanya pun bagi lah salam dulu ke?ni tak, main sergah aje,terkejut Ajis.”Gurau Ajis.
“Bila lagi ayah nak sergah kau.?” Nak ke mana ni sebenarnya?”
“Nak bawa Zafriel keliling kampung kita yang cantik ni ayah.”
“Ha..elok lah tu,biar Zafriel tu rasa sikit suasana kampung.”
“Bukan sahaja rasa suasana kampung ,tapi saya akan buat Zaf ni jatuh cinta dengan kampung, biar dia rasa tak nak balik bandar lagi.”Seloroh Razis.
“Kita tengok!”Zafriel membela dirinya.
“Dengar tu ayah, apa yang Zaf cakap.Baiklah, kita tengok!”Kata Razis penuh yakin.
“Takpe lah ayah, kita orang pergi dulu.”
“Baik–baik bawa kereta tu, jalan kampung bukannya elok sangat.”
Setelah lama mereka menyepi Zafriel mulakan langkah bersuara.
“Eh, Zif kau kata gadis idaman kau orang kelantan, mana dia? Kita pergi jumpa dia nak?”
“Apa kena dengan kau ni, nak pergi jumpa dengan perempuan melayu terakhir aku pulak?”
“Saja je nak kenal dengan bakal adik ipar?”
“ Excusse me! Masa bila pulak aku jadi adik kau?”
“Bolehlah, aku teringin sangat nak jumpa gadis idaman kau tu, takkan tak boleh kot..” kata Zafriel sambil tersengeh.
“Kalau kau nak tahu dia bukan sekampung dengan aku, puas hati! Dan buat pengetahuan kau, aku tak pernah jumpa dengan dia setelah aku lari diri ke Kuala Lumpur”Terus terang Razis.
“Betul ni?”Zafriel inginkan kepastian.
“Betullah, takkan aku nak tipu ‘abang’ aku pulak.”
“Jadi kau nak bawa aku pergi mana ni?”
“Kan aku dah cakap pada kau, aku nak bawa kau ronda-ronda pusing satu kampung.”
“Kalau macam tu, baik kita duduk di rumah aje, ni buat bazir minyak kereta aku aje.”
“Ooo.. baru aku tahu kau ni kedekut ye.”
“Dengan orang lain aku tak berkira sangat, tapi dengan kau aku kena berkira.”
“Kenapa pulak?”Tanya Razis inginkan kepastian.
“Yelah, tadi kau cakap kau dah terlebih mampu. Jadi kesimpulannya?”
“Yelah ,aku tahu.”
“Sebelum kita balik, kita singgah kat warung. kalau malam macam ni memang best.”
“Apa yang bestnya kat warung?”
“Kita boleh dengar pak cik-pak cik sembang kosong, pastu kau boleh cuci mata kau, pasti kau akan lupakan Linda kau yang kau sayang selama ni.”Seloroh Razis.
“Boleh tahan jugak gatal kau ye?”
“kau baru tahu ke? Selama ni aku saja tak tunjuk pada kau.”
“Habis tu, macam mana dengan perempuan melayu terakhir kau tu?” Kata zafriel sambil tersenyum sinis.
“Eh, yang tu lain.”
Razis memberhentikan kereta Zafriel, dan mereka sama-sama turun dan berjalan ke warung.
“Kau nak minum apa?”
“Aku ikut kau lah, lagipun aku tak tahu apa-apa”.
Razis memanggil Pak Mail untuk mengambil pesanan. Pak Mail terkejut.
“Kau ke Ajis? lama Pak Mail tak nampak kau?”
“Sayalah Pak Mail, sape lagi nama Razis kat kampung ni?”
“Apahal kau balik?”
“Kerja, Pak Mail bagi saya air Milo ais dua. Eh, lupa pulak ni kawan saya, Zafriel.”
Zafriel bersalaman dengan Pak Mail. Pak Mail pun pergi meninggalkan mereka berdua untuk membuat air yang baru di pesan Razis tadi.
“Eh! Zif, famous jugak kau kat kampung ye? Mana pergi semua orang kenal.”
“Biasalah orang handsome, mana pergi jadi tumpuan, patutnya kau bangga dapat bersahabat dengan aku.”
“nak termuntah aku?” Perli Zafriel.
“Tak adalah, sebenarnya inilah salah satu kelebihan jadi anak jati kampung. Kemana kita pergi mesti orang kenal, sama ada dua kemungkinan.” Cerita Razis.
“ Kau nak tahu apa kemungkinan tu?”
“ Mestilah nak tahu”. Sokong Zafriel.
“ Sama ada kita banyak buat baik ataupun kita banyak buat jahat.”
“ So, kau yang mana satu?” Tanya Zafriel.
“ Kau rasa aku yang mana?”
“ Ermm….yang jahat kot”.
“ Entahlah, aku pun tak tahu, mungkin kot”. Razis berhenti di situ. Dia tidak mahu meneruskan kisah lampaunya. Baginya itu adalah hal peribadinya.
Sedang asyik mereka berbual, tiba-tiba belakang Razis ditepuk seseorang. Razis terperanjat dan cepat-cepat memalingkan mukanya, dan sekali lagi dia terperanjat.
“Ya ALLAH! Kau ke P-Jo?”
“Akulah ni, lama tak dengar berita kau. Eh, Jis aku ada berita nak cakap kat kau? tapi kau jangan terkejut?”Kata Hafiszul dengan serius.
“Apa hal? Eh, tapi sebelum aku lupa, ni kawan aku dari KL , Zafriel, Zafriel ni kawan sekolah aku dulu merangkap kawan baik aku kat kampung.”
Zafriel dan Hafiszul bersalaman.
“Apa hal kau nak cakapkan?” Sambung Razis.
“Tak ada apa-apalah, aku saja je buat lawak. Aku pergi dulu lah, aku ada kerja sebenarnya ni.” Pinta Hafiszul bimbang Razis akan memaksa dirinya untuk memberitahu perkara yang sebenarnya .
“Betul ni, tak ada apa-apa?’Tanya Razis lagi.
“Em.”Angguk Hafiszul yang merasa bimbang akan terlepas cakap.
“Aku pergi dulu ek?”
“Em, tapi jangan lupa dating rumah aku nanti, bawa isteri kau sekali.”
“Mana kau tahu ,aku dah kahwin? tanya Hafiszul tekejut.
“Inikan kampung, cepat sangat berita tersebar, kenapa tak jemput aku ?”
“Kau kan sibuk kerja di bandar. Oklah aku pergi dulu.”
Hafiszul meninggalkan mereka berdua dengan kebimbangan di hati, sementara Razis berasa tak puas hati dan masih tertanya –Tanya, lain pula dengan Zafriel dari tadi diam kerana tidak mengetahui pucuk pangkal perbualan antara Razis dengan Hafiszul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan