Selasa, Februari 19, 2008

Hadirmu cuma seketika 2

mamazie
rozie_mustafa@yahoo.com

Bab 4

Mama...buat apa sorang-sorang ni?. tersentak Sha dari lamunan bila mendengar suara yang lembut bercampur serak-serak iaitu anak pertama Sha yang berusia empat tahun. Anak yang juga semacam memahami perasaan Sha semenjak Sha ada salah faham dengan bekas suami nye dulu. Airmata Sha sentiasa di perhatikan oleh anak Sha yang sulong. Che Muhammad Shazrul Niezam, itulah nama pilihan Sha sewaktu sebelum melahirkan anaknya. Dari dalam kandungan lagi, Sha dapat merasakan anaknya yang senang di panggil \"boy\" itu memahami setiap kepahitan, kecewa, sedih dengan perbuatan bekas suaminya dulu. Sudah genap usia boy empat tahun, dan sudah genap dua tahun perpisahan yang tak dirancang, telah terlerai di sebabkan oleh sikap tidak pernah ingin memahami. Dan mereka berpisah bila Sha melahirkan anak kedua mereka.

Sayang...mama tengah buat kerja sikit. Mama nak lihat, kalau ada kawan mama hantar pesanan dalam komputer ni. Sha tersenyum melihat anaknya itu yang tergeliat di riba Sha. Satu ciuman seorang Ibu yang benar-benar menyayangi anak-anaknya. Bagi Sha merekan lah penawar sakit Sha yang setiap kali Sha kesedihan. Dan bila Sha bersembang atau bawa mereka bersiar-siar, Sha merasakan terhibur. Walaupun hakikatnya mereka masih kecil, tapi Sha tetap anggap mereka itu teman, kawan di saat Sha memerlukan perhibur hati. Sayang..bangun. Anaknya tertidur seketika di riba Sha, dan perlahan-lahan Sha mendukungnya pergi ke kamarnya. Sambil tu Sha pun duduk bersebelahan Anak-anaknya.

Ringggg..........05:45 pagi, Sha tersedar, di lihat anak-anaknya yang tertidur di pelukkan Sha. Perlahan-lahan Sha mengalihkan tangan kedua-dua anak lelakinya itu. Sha bangun perlahan-lahan, dan terus ke bilik mandi, untuk membersihkan diri dan terus menunaikan solat Subuh..

~~~

Selesai sudah Solat Subuh, sha menyiapkan sarapan buat anak-anaknya. Sementera menunggu waktu mencecah pukul 08.30pagi, Sha ingin terus ke pejabat, dan sebelum itu nak menghantar anak-anaknya yang di jaga oleh Ibu Sha sendiri. Antara rumah Sha dan ibunya hanya beberapa meter saja.

Mama..hari ni abang nak beli mainan baru yang mama kata nak beli tu. Sha hanya mampu tersenyum saja sambil memakaikan baju pada anak nya yang pertama yang dia sendiri menggelarkan dirinya \"abang\". Ok la sayang..nanti mama balik kerja, mama belikan ok. Anaknya pun diam saja mendengar kata-kata ibunya itu.
Sha memandu kereta menghala ke rumah ibunya. Anak-anaknya diletakkan di depan pintu rumah ibunya yang tidak lagi kelihatan walaupun telah di beri salam. Ermm..Sha mengeluh seketika,..Arr Sha tak masuk dulu ke? ibu Sha mengajak ke dalam rumah untuk bersarapan sama. Tak apa la bu, Sha dah lambat ni. Sha pergi dulu. Assalamualaikum bu. Anak-anaknya di ciumnya sekali lagi. Mama jangan lupa tau. Boy anaknya mengingatkan lagi mamanya. Ermm..ok sayang.

Laju juga Sha memandu keretanya. Walaupun laju, Sha sentiasa berhati-hati dijalan raya. Tut!tut! kereta di tutupnya. Dan Sha pun telah selamat sampai ke pejabat. Masuknya saja Sha di biliknya, talipon bimbitnya berbunyi..Segera Sha menjawab talian tersebut tanpa memerhatikan nombor yang tertera di talian tersebut. \"Hello,\" sha memulakan ~~\"Assalamualaikum sayang...\" tersentak seketika Sha dibuatnya. senyuman tidak pernah Sha lupakan setiap kali mendengar suara itu. Tapi bila terfikir sekejap hal yang diberitahu oleh sofia dua hari lepas, senyuman tapi menjadi tawar seketika. \"Sha..nape diam?, Sha tak sihat ke?\" Yuz menanti balasan salam Sha yang tidak dijawab lagi.\"Waalaikumusalam Yuz. Sha sihat je\". Cuma letih sikit je ni. Sha, jangan la terlalu sibuk bekerja sangat. Nanti memudaratkan kesihatan.\"Tak apa, Sha dah biasa..\" Tu la jawapan yang selalu saja Yuz dengar bila setiap kali Yuz berkata-kata bergitu. Semacam Sha tak mahu orang lain merasakan kepayahan Sha dalam membina masa depan, dan mengumpul duit untuk anak-anaknya. \"Ermm...Sha ni, ye la, memang la Sha dah biasa, tapi nanti kalau dah sakit, siapa nak tengok anak-anak?..Sha terdiam mendengar kata-kata dari Yuz. \"Erm..Sha faham Yuz.\" Terima kasih. Yuz, Sha ada perkara nak bercakap dengan Yuz. Tapi sekarang Sha nak buat kerja dulu, sebab sekejap lagi Sha ada meeting dengan Bos Sha.\" ~~ Yuz terdiam seketika,terasa ada seperkara yang mungkin dari fikirannya tidak memuaskan hatinya.\" Ok sayang. Nanti Yuz call semula lepas lunch ok.\" Yuz selalu mengikut time Malaysia, bila ingin menghubungi Sha. Dia tak mahu mengganggu Sha, bila malam. Cuma email saja yang akan dihantarkan pada Sha. Menandakan Yuz sentiasa mengingati Sha. Yuz benar-benar mencintai Sha. Sha sentiasa jujur bila berkata-kata. Banyak kata-kata nasihat. Itu yang membuatkan Yuz tertarik pada sifat Sha.

Bab 5

~~ \'cepat sungguh masa berlalu\'hati Sha berkata-kata, bila mengakhiri sidang mesyuarat.

..bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan