Nama Pena : Hang Kebun
Tak faham. Langsung Maria tak faham dengan perubahan sikap Azri kebelakangan ini. Dia seperti cuba menjauhkan diri daripada Maria akhir-akhir ini. Punca? Maria sendiri pun tak tahu. Nak kata mereka gaduh, tak juga. Habis itu, kenapa ? Sebab Maria rapat dengan Saiful ? Sebab mungkin Azri ada teman wanita baru ? Kalau itu sebabnya, apa masalahnya? Mereka bukan pasangan kekasih atau tunang untuk cemburu atau merajuk. Jauh lagi pasangan suami isteri.
Kisah mereka bermula sejak semester pertama mereka di universiti itu. Pertemuan Maria dan Azri ketika Minggu Aluan Siswa sebagai ahli kumpulan yang sama betul-betul membuat Maria sukar tidur malam. Betul, mungkin itulah yang dikatakan cinta pandang pertama. Maria begitu tertarik dengan perwatakan Azri yang sopan dan baik hati. Ditambah dengan sepasang mata yang redup dan suara yang tidak pernah tinggi ketika berbual, membuat hati Maria begitu melekat kepada lelaki itu. Aduh, sukar melupakan senyuman Azri yang begitu memikat hati.
Sangkanya mereka hanya rapat ketika minggu tersebut, nampaknya sekali lagi mereka berjodoh kerana mengambil program yang sama dan berada di kelas yang sama. Semakin panjang senyuman Maria apabila dia ditakdirkan sekali lagi perlu membuat tugasan bersama-sama. Bukan dia yang terhegeh-hegeh berjumpa Azri ingin membuat assignment itu, tetapi mereka telah 'disatukan' oleh lecturer mereka secara rambang. Maria sengih, 'tak jadi assignment la macam ni. Tak boleh concentrate pulak nanti. Heheheh' fikir Maria nakal.
Hati Maria semakin berbunga-bunga kerana Azri pujaan hatinya sangat komited dalam belajar. Azri rajin membuat soalan tambahan dalam buku rujukan dan sentiasa berbincang dengannya tentang soalan-soalan yang dia kurang pasti jawapannya. Selalu Azri mengajaknya belajar bersama-sama lagi-lagi kalau peperiksaan semakin hampir atau sekadar belajar untuk test atau quiz. Sungguh, sepanjang berkenalan dengan Azri, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya. Azri selalu mengajaknya belajar di perpustakaan atau pun di cafe, tidak mahu menimbulkan pandangan yang serong, katanya. Tapi mulut orang, lantaklah nak kata apa. Bukan mereka tidak tahu ada mata-mata yang memandang serong akan hubungan mereka, tapi buat apalah kisahkan mereka. Mereka ada mulut, mereka ada mata. Takkan nak halang pula.
Dalam coursenya, mereka dianggap sebagai pasangan yang paling hot kerana sentiasa bersama namun pelajaran tidak pernah diabaikan. Maria agak berbangga dengan pencapaian akademiknya namun dia lebih berbangga kerana Azri juga tidak kurang hebatnya. Malah mereka sentiasa berlumba-lumba untuk mendapat markah yang lebih baik antara mereka, namun selalunya Azri kurang bernasib baik. Sebab itulah mereka sentiasa memilih untuk membuat assignment bersama-sama kerana Azri sendiri mengaku kurang mempercayai orang lain selain Maria untuk menjadi ahli kumpulannya untuk melakukan sebarang tugasan.
Setiap kali apabila ditanya hubungan mereka, Maria selalunya sekadar tersenyum dan mengatakan mereka kawan baik. Ah... alangkah bagus kalau mereka lebih dari itu. Rasa kagum dan suka yang sejak dahulu tertanam dalam hati Maria kini semakin mekar malah Maria semakin sayang Azri, lebih dari rasa sayangnya kepada lain-lain kawan lelaki yang pernah dia kenal sebelum ini. 'Azri, apa perasaan kau kat aku sebenarnya?' detik Maria selalu. Pernah juga Saiful bertanya soalan yang sama kepada Azri, namun lelaki itu hanya menjawab "Maria sahabat paling istimewa pernah aku kenal". 'Istimewa bagaimana Azri? Istimewa sebab aku kawan baik kau? Tak mahu, aku nak lebih!' fikir Maria. Mahu sahaja dia bertanya soalan itu, namun dia tak mahu di 'cop' perempuan tak tahu malu, sedangkan selama ini dia begitu menjaga wataknya sebagai perempuan yang pendiam dan agak pemalu di hadapan semua orang. Tak mahu tergolong dalam golongan 'perigi cari timba'.
Semakin hari mengenali Azri memperkenalkan Maria tentang sesuatu yang baru tentang lelaki itu. Azri sebenarnya bukanlah pelajar skema seperti gambaran awalnya kepada lelaki itu. Azri suka bergurau, Azri suka warna hijau, Azri suka makan mee hailam, Azri suka itu, Azri suka ini. Hampir semua perkara tentang Azri berada di hujung jarinya, dari latar belakang keluarga kepada benda yang dia sukai dan tidak disukai. Yalah, mana mungkin dia lupa semua perkara tentang Azri kerana semua perkara tentang lelaki itu begitu manarik pada pandangannya. Paling menarik, mereka mempunyai kegemaran yang sama, iaitu bermain bola keranjang. Mereka selalu bermain bola keranjang bersama. Dari segi fizikal, Azri tidaklah terlalu tinggi namun dia cekap merampas bola dan licik ketika bermain. 'Oh heroku...,' detik Maria dalam hati kerana terpesona melihat cara Azri bermain. Dia sudah berangan-angan satu hari nanti mereka akan bermain bola keranjang bersama anak-anak mereka. 'Eh, jauhnya berfantasi'. Sempat juga Maria mengingatkan diri.
Setiap saat bersama Azri terasa begitu manis dan singkat. Bukanlah dia mahu menggedik atau mengada-ngada dengan Azri, sebenarnya seboleh mungkin dia mahu menyiapkan setiap tugasan assignment secepat mungkin namun pada masa yang sama dia tidak mahu berpisah dengan lelaki itu. Pernah satu ketika mereka terpaksa menyiapkan tugasan sampai jam 4 pagi di cafe kerana terlupa untuk membuat tugasan tersebut. Jangan salah faham pula, mereka bukan berdua sahaja di situ. Malah rasanya satu coursenya duduk berdekatan mereka untuk menyiapkan benda yang sama. Maria sanggup bersengkang mata menyiapkan tugasan tersebut walaupun sebenarnya dia sudah mempunyai draft kasar tugasan tersebut. Namun, demi mahu bersama Azri...
Kadang-kadang Maria terasa begitu bodoh kerana seperti terlau menyukai Azri sedangkan lelaki itu tidak pernah berlebih dengannya. Juga terasa bodoh kerana meletakkan harapan yang tinggi mungkin lelaki itu menjadi teman hidupnya satu hari nanti. Kerana Azri, dia sanggup membuat nota tambahan untuk lelaki itu. Kerana Azri juga dia sanggup belajar memasak mee hailam dan makanan kegemaran Azri yang lain semata-mata mahu menggembirakan Azri. Ya, dia juga terasa gembira menerima pujian ikhlas dari jejaka pujaannya kerana memasakkan mee hailam sebagai hadiah hari lahir. Demi Azri juga, banyak masanya dikorbankan. Dia sanggup belajar lebih keras kerana mahu sentiasa mampu menjawab soalan yang diberikan oleh Azri. Bodohkah tindakannya? Eh, tidak. Belajar untuk kebaikan diri sendiri jugakan?
Maria ingat lagi perkara yang membuatkan dia tersenyum dang geram pada masa yang sama. Ketika itu cuti pertengahan semester keempat mereka, malangnya Maria belum lagi membeli tiket untuk pulang ke rumahnya. Secara tiba-tiba Azri menawarkan diri untuk menghantarnya pulang. Pada awalnya Maria agak keberatan kerana rumah mereka tidak berada di laluan yang sama. Bayangkan Azri perlu memandu ke Sepang sedangkan rumahnya berada di Kuala Lumpur dan universiti mereka terletak di Perak. Namun, setelah didesak dan terdesak, barulah Maria bersetuju untuk menumpang kereta Azri. Alasan Azri kali ini ialah, "Tak salahkan tolong kawan?" membuatkan Maria cair. Mudah sungguh hati perempuannya cair di hadapan lelaki itu.
Sungguh Maria tidak menyangka lelaki itu sebenarnya memandu sebuah kereta Peugeot 207 cc 1.6 sport. Tidak hairanlah, kerana ayah Azri merupakan salah seorang pemegang syer terbesar syarikat Peugeot Malaysia. Sungguh bergaya, tetapi terlalu mewah pada pandangan Maria. Sewaktu mahu masuk ke dalam kereta, lelaki itu membukakan pintu untuk Maria. Bukan itu sahaja, Azri juga menolongnya memakaikan seatbelt dan menolongnya mengangkat beg laptop ke dalam kereta. Berdegup kencang jantung Maria kerana buat pertama kali terasa begitu hampir dengan lelaki itu dan begitu lama bersamanya. Juga terasa terharu atas keikhlasan dan kebaikannya.
Memang Maria terasa bahagia bersama lelaki tu sepanjang perjalanan namun dia agak terasa hati kerana lelaki itu tidak terus menghantarnya ke rumah seperti yang dijanjikan tetapi lelaki itu membawanya ke sebuah rumah banglo mewah di atas bukit. Buat pertama kali juga Maria memasuki rumah Azri dan berkenalan dengan keluarganya. Mereka sangat mesra dan menyambut baik kedatangan Maria namun Maria kurang senang kerana berada di rumah orang lain, rumah keluarga seorang lelaki pula. Agaknya apalah yang difikirkan oleh ibu bapa Azri terhadapnya. Bakal menantu? 'Oh, Azri... Janganlah buat aku mengharap...' rintih hatinya.
Selepas solat asar di rumah banglo itu, Azri menghantar Maria pulang ke rumahnya. Lelaki itu sempat bersalaman dan berbual sebentar dengan ibu dan ayah Maria. Apa yang mereka bualkan pun dia tidak tahu. Namun Maria tidak dapat menerima apabila ibu bapanya menjemputnya untuk makan malam di rumah mereka sebagai tanda terima kasih kerana menghantarnya pulang. Semakin panjang muncungnya kerana dia yang perlu memasak petang itu. Baguslah, makan tengah hari di rumah Azri, makan malam di rumahnya pula. Hmmm... macam pasangan yang sudah berkahwin pula. Tetapi demi Azri...
Penat dia menerangkan kepada ayah dan ibunya bahawa mereka hanya kawan baik. Semakin lemas dengan usikan abang dan adik-adiknya yang tak habis-habis memuji Azri. Ayah dan ibunya pula seperti menggalakkan Azri menjadi calon menantu mereka. 'Aduhai ayah ibu, doakan jodoh kami', doanya dalam hati namun bibirnya tetap mengatakan mereka hanya kawan. Malam itu ketika Azri menelefonnya, sempat lelaki itu menyampaikan salam dari ibu dan bapanya yang mereka begitu senang dengan kehadiran Maria tengah hari itu. "Kalau boleh, datanglah selalu", tambahnya. Makin tidak tenteram hati Maria ketika Azri mengatakan dia adalah kawan perempuan pertama yang dibawa pulang kerumahnya untuk bertemu keluarganya. Apabila Maria bertenya kenapa, lelaki itu hanya menjawab ibu bapanya terlalu ingin bertemu dengan Maria kerana Azri sering menceritakan tentang Maria kepada keluarganya. Entah apalah yang Azri ceritakan, dia sendiri pun tak tahu.
'Azri, kau ni kejamlah. Kalau kita sekadar kawan, kenapa bawa aku jumpa ibu dan ayah kau? Kenapa perlu begitu mesra dengan keluarga aku?' tanpa sedar setitik airmatanya gugur. Airmata kesal kerana dia masih tak mampu marah atau berterus terang kepada lelaki itu dan juga kesal dengan sifat lelaki itu yang sentiasa mengatakan mereka hanya kawan baik. Kadang-kala Maria begitu yakin lelaki itu juga menyimpan rasa yang sama namun selalunya dia juga terasa dia bertepuk sebelah tangan sahaja.
Pernah juga dia cuba mengikis perasaaanya itu, namun semakin dia cuba melupakannya, semakin kuat hatinya teringat tentang lelaki itu. Ada sahaja peristiwa yang membuatkan hatinya semakin terpaut. Lelaki itu pandai memujuknya dan dia juga tahu semua benda kegemarannya. Contohnya, lelaki itu bersusah-payah menghantarnya ke hospital ketika dia keracunan makanan dahulu dan menemaninya di hospital ketika dia tiada kelas, forward lagu-lagu kegemaran Maria, memberikannya coklat ketika dia demam, mendengar cerita dan masalahnya, dan macam-macam lagi.
Itu semua kenangan dulu, sekarang ini... aduhai. Kehadiran Saiful yang tiba-tiba meluahkan perasaan sebulan yang lalu betul-betul menambahkan sakit di kepala Maria. Sudahlah Azri bagaikan melarikan diri, kini satu lagi beban timbul. Ya, Saiful memang keras kepala orangnya. Masakan tidak, sudah berkali-kali Maria menolak, berkali-kali juga Maria malas melayan namun lelaki itu tetap gigih menagih kasihnya. Sudah berbakul-bakul nasihat Maria kepada lelaki itu agar mencari yang lain tetapi semakin banyak kata-kata manis diucapkan oleh Saiful agar menerimanya.
Maria letih dengan situasi ini. Penat mencari kasih Azri dalam masa yang sama penat berlari dari cinta Saiful. 'Aduhai hati... alangkah mudah kalau kau punya stering, dah tentu aku tukar haluan hati kepada Saiful'. Masalah, hati Maria tidak mampu dialihkan kepada Saiful walaupun Azri sudah terang-tarang berubah sikap. Kalau dulu, Azri sanggup menunggu Maria sesudah habis kelas, kini dia lebih dahulu keluar meninggalkannya di belakang. Satu tapak Maria mengejar, seratus tapak Azri meninggalkannya. Sudah tidak cantikkah dia? 'Ish, apa merepek cantik ke tak cantik ni...'
Kadang-kadang dia terasa Saiful penyebab utama masalah mereka. Hatinya hampir yakin apabila dia dengan sengaja mahu membuat tugasan yang diberikan Dr Fuad bersama Saiful. Ternyata Azri mempamirkan riak cemburu apabila mereka terserempak di cafe. Hampir sahaja dia tersengih terpandang wajah kelat Azri apabila dia sengaja berpura-pura tersenyum riang mendengar lawak Saiful. Errr... memang kelakar sebenarnya. Lelaki itu memang tidak kering modal untuk membuatkannya senyum sampai tak cukup pipi.
Mungkin kerana cemburu, Azri semakin jarang menghubunginya. Maria juga sudah jemu menjadi teman yang terlalu mengambil berat kepada Azri. Yalah, buat apalah dia terhegeh-hegeh bertanya itu dan ini sedangkan jawapan Azri hanya ya dan tidak sahaja. Dia juga tidak mahu dicop sebagai perempuan tak tahu malu pada pandangan Azri. Cukup sekadar kalau mereka ada jodoh, pasti mereka akan baik semula satu hari nanti. Jika tiada, Maria sudah lama reda dengan ketentuan itu.
Sejak hubungan Maria dan Azri agak renggang, Maria mula mendekatkan diri dengan TUHAN. Sungguh dia rasa berdosa kerana sebelum ini hampir setiap hari mereka berdua ke mana-mana. Alhamdulillah, mereka tidak pernah terlanjur atau memegang tangan sekalipun. Dia juga sudah mula memakai tudung walaupun cuma berbidang 45. Dia sudah memassang cita-cita untuk memakai tudung labuh seperti roommate barunya itu. Nampak manis dan terpelihara pada pandangan matanya. Saiful pula masih dengan sikapnya dahulu. Masih mahu mencuba walaupun sudah hampir setahun jawapan yang sama diberikan oleh Maria. Apa nak buat, hatinya masih ada pada Azri walaupun harapannya terhadap lelaki itu sekadar senipis kulit bawang.
Mesej yang diterima petang tadi betul-betul mengejutkan dirinya. Azri menjemputnya ke restoran kegemaran lelaki itu pada jam 8.30 malam tepat. Ada kejutan katanya. Bertambah pelik kerana lelaki itu menyuruhnya datang dengan keretanya sendiri bukan dijemput seperti dahulu. 'Hmmm... apa-apalah Azri. Yang penting aku bawa roommate aku sekali'. Maria hanya menjawab 'ok' sebagai tanda setuju.
Sampai di restoran, Maria dan roommatenya berasa pelik kerana hanya ada beberapa kereta sahaja diparkir di hadapan restoran itu sedangkan selalunya tempat letak kereta begitu sesak. Belum masuk, roommatenya meminta diri kerana dia perlu ke tandas dalam kadar yang segera jadi terpaksalah Maria masuk ke restoran seorang diri. Malam itu Maria tampak ayu mengenakan baju kurung berwarna pink dengan tudung warna sedondon. Matanya terus tertancap pada wajah Azri di suatu sudut restoran tersebut. Tidak susah mencari Azri kerana dia sahaja yang berada mereka berdua sahaja yang berada di restoran tersebut ketika itu.
Pandangan mata Azri dan suasana suram dan sunyi restoran betul-betul buat Maria rasa tak selesa duduk. Bibirnya kelu tiba-tiba di hadapan lelaki itu sedangkan terlalu banyak soalan yang telah dirangkanya sejak siang tadi. Roommatenya pula hilang entah ke mana. 'Dia ni pergi tandas ke buat tandas?' detik Maria namun dia cuba menyembunyikan keresahannay dengan senyuman di bibir.
"Sunyinya restoran ni. Kita dua je?" ujar Maria sedikit tidak selesa. "Romantik, kan? Azri tempah whole restaurant ni" ujar Azri selamba. 'Ha? Salah dengar ke? Sejak bila Azri pandai guna ayat macam tu? Wah... sudah bertambah vocab kawan aku ni...' fikir Maria tanpa sedar dia terlepas tawa halus.
Seorang pelayan datang mengambil pesanan mereka. Selepas selesai memesan makanan, Azri menyambung semula renungannya. Mari tidak mampu membalas renungan itu, sebaliknya menundukkan wajahnya meneliti meja. "Don't stare at me like that. Maria tak selesa." Wajahnya Maria terasa panas seperti kena bakar. Dia malu kerana sudah lama mata itu tidak merenung wajahnya.
"Sorry." Azri mengalihkan tumpuannya kepada makanan di hadapannya sambil matanya ada ketikanya mencuri pandang wajah Maria. Sepanjang masa makan mereka hanya senyap. Kelu. Janggal. Rasa asing tak seperti dahulu. Makanan dipnggan Maria hanya disentuh sedikit, yang lain hanya dikuis-kuis sahaja. 'Aduhai Maria... cakaplah sesuatu. Takkan nak terus diam je? Mana pulak roommate aku ni?'
"Spill it. Kenapa tiba-tiba je ni?" ujar Maria. Dia meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan. Azri memandang ke arahnya lama. Senyap lagi. "Err.. emmm.. aaaa..." kata Azri tergagap-gagap. "Sejak bila pulak Azri gagap ni?" soal Maria bersama gelak kecil. Azri hanya menggaru kepalanya yang sudah pasti tidak gatal. Sungguh dia rindu dengan sikap Azri yang menggaru kepala ketika nervous.
"Ermmm, apa hubungan Maria dengan Saiful?" soal Azri akhirnya sedikit tergagap. Wajah Maria berubah. "Ha?"
"Azri tanya ni, apa hubungan Maria dengan Saiful?" ulang Azri kini semakin jelas. Matanya mencari mata Maria tetapi Maria memandang ke arah lain. "Nothing special. Kawan je," ujarnya selamba tanpa riak.
"You are avoiding me. Jangan bohong. Azri tahu..." ayatnya mati di situ. Maria terasa agak panas. Kenapa perlu tahu pula sedangkan selama ini lelaki itu langsung tidak mempedulikannya. Maria hanya menarik muka tak puas hati, malas mahu menjawab soalan tersebut.
"Janganlah buat Azri macam ni..." ujar Azri seperti merajuk. Maria mengeluh perlahan. " Buat apa Azri? Maria buat apa kat Azri?" Kata-kata itu ada juga benarnya. Maria memang tak salah dalam hal ini. Mereka bukan pernah declare apa-apa dahulu. "Siapa Maria pada Azri?" sambung Maria perlahan namum masih mampu didengar olehnya. Azri meraup wajahnya. Ternyata soalannya menambahkan ketegangan antara mereka. 'Roommate, mana kau ni? Selamatkan aku!!!'
Azri gagal mencari ayat. Mungkin sebab bosan menunggu jawapan, Maria bangun dan mula meninggalkan Azri. Azri cepat-cepat bangun dan menarik lengan Maria untuk menghalangnya daripada pergi. Namus, sepantas kilat juga Maria menghayunkan handbagnya tepat mengena wajah Azri. Wajahnya terasa pijar. Lantas, pegangan tangannya dilepaskan dan tangannya mengusap-usap pipinya yang terasa panas.
Maria panik. Dia tidak menyangka hayunan begnya tepat mengena muka lelaki itu. "Sorry" ujarnya pendek rasa penuh bersalah.
"No, I'm sorry. I'm sorry for what I've done. Azri salah, Azri tak boleh nak let you go. Azri tak rela Maria rapat dengan Saiful. I jealous. I... I... Cuz you are part of me. I tak nak you jadi hak orang lain. I tak dapat terima bila you dengan orang lain," kata Azri tersekat-sekat. Maria terkaku. Azri pula masih memandangnya penuh mengharap, namun perlahan-lahan dia menundukkan wajah. Jelas telinga Azri bertukar kemerah-merahan tanda malu dan nafasnya turun naik kurang teratur.
Maria koyak senyuman. 'Jadi, selama ini, betullah aku tak syok sendiri. Yes yes yes!!!'. Lama-lama senyumannya semakin lebar dan akhirnya air matanya meleleh. "Azri bodoh." Ucap Maria pendek. "Selama ni Azri tak nampak ke Maria care kat Azri?" sambungnya sambil menyeka air matanya.
"Selama ni Maria ingat Azri tahu perasaan Maria. Selama ni Maria ingat Maria syok sendiri. So, Maria cuba nak lupakan Azri but you know, I can't. Tak de orang boleh ganti Azri..." Maria berhenti di situ. Makin banyak pula air matanya yang membasahi pipi. Semakin laju Maria menyeka air matanya. Dia pamir lagi senyuman indahnya walaupun air mata masih bersisa di pipi.
Azri yang mula-mula beriak terkejut akhirnya tersenyum. "Maria, sorry sangat I neglect you before. Sorry for everything. Janji lepas ni I tak buat lagi."
"You better not." Kata Maria cepat-sepat sambil menyeka air mata yang bersisa di pipinya.
Mereka sama-sama senyum bahagia. Malam itu mereka bercerita panjang tentang perasaan masing-masing. Barulah Maria tahu sebenarnya Azri kurang senang dengan sikapnya yang terlalu mementingkan pelajaran dan ya, dia terasa cemburu terhadap hubungannya dengan Saiful. Azri juga sebenarnya tidak mahu menjadi penghalang hubungan Maria dan Saiful namun ternyata dia tidak mampu menipu dirinya lagi. Maria juga terasa begitu bodoh kerana selama ini penat sahaja dia belajar lebih masa kerana Azri kerana mahu seiring bersemangat belajar seperti lelaki itu namus ternyata dia juga tersilap.
"Jom beli cincin." Ajak Azri tiba-tiba. Maria di sebelahnya pamir riak terkejut. "Sekarang?"
"Yup. Azri tak nak Saiful kacau line Azri. Biar dia tahu Maria hak Azri sorang je. After Grad kita kahwin." Maria tergelak. 'Hish dia ni. Tak sabar-sabar.' Hatinya terasa bahagia namun senyumannya jadi kurang sempurna melihat bayangan roommatenya yang tersengih-sengih di satu meja agak jauh daripada mereka. Aduh, sudah pasti drama lima minit mereka tadi bersaksikan roommatenya. Malunya... tapi tak apalah, demi sejarah kami berdua. (^____^)v.
boleh tahan....
BalasPadamok la.. kalu wat citer slalu hero o heroin tu terlebey perfect kan,..tp xpe ats nama cinta,..hati ini..hanya untuk engkau..lalala
BalasPadamnice story..nice ending n cume kalu ley cube bnykkn dialog..xbosan sgt..jgn bnyk bercerite je k.. but u make me smile..
keep it up..wat lg k..
-miss_purple-
azri?
BalasPadamnme yg amat ku rindui..
tman yg paling sporting..
nmun syg dia da tnggal kan sy..
dia da pergi mengadap ilahi...
sdih sngt..huhu..
nice stoy..
lau laa betul2 student kita bley jd camni time becinta
BalasPadamit would be nice..
niway, gud story....
ok...
BalasPadamtapi macam cite nie yang selalu2..
selalu je boleh orang kaya...
semua kaya ke kat dunia nie..
ok..cite best..
good job..
alaa u kt perak da mmg upsi r tuhh..cafe tmpat maria ngn azri slalu lepak msti kafe khar r..hahhaha..nice story tp x ke x logik pakai kreta peugeot..taw r bapak senang tp lau ikot logik r anak org kaya besa private u jer..huhu
BalasPadamyela tu...ceritee ni ok la..
BalasPadammiss purple..sempat lak ko nyanyi kan..patut ujan..
putra86
nme yang bt aku xsenang duduk.. tp ejaan nya len.. azdri..
BalasPadamAZRI
BalasPadamDIA CLASSMATE SY
SY PERNAH JATUH HATI KAT DIA
PABILA SY TENGOK TITLE NAMA DIA TERUS SY TERINGAT KAT DIA
bes ar jgk...
BalasPadamsweet jer...
~~~syu90~~~
azri..
BalasPadampena jadi bes fwen saye
lihat tajuk cerpen ni
terus teringat die
erm, bez ar gk... tp lau la nme maria tukr ngn mira, agy bez coz sppu sye nme mira kapel ngn nme azri gk... tp daa ptus, kesian2!!! hehehe.. nyway, gudjob.. ~chaiyok2~
BalasPadam-MAY-
hahahahahahahahaahhaha......
BalasPadamsky95@mmps
hu3..!! best ner..
BalasPadamhermmm....
BalasPadambleh than laa cter ni...
gud j0b writer
ok la..
BalasPadambes jugak
ok jer....bleh la..
BalasPadamusaha lg..
hahah...kafe khar?x kelas..kafe kuo bru besh..baguih2!!
BalasPadamnice
BalasPadamkeep it up!!!!!!!!!!!!!!!!!!
emmm..sweet..
BalasPadamsmpat jgk mnitikkan setitik dua tiga air mata
feeling la pulak
gud luck...
best2!!
BalasPadamkeep it up...
huhuhu good job,, len kali buat la citer yg miskin ngan miskin,, jan asyik yg kaye je yg dlm citer uhuhuhuuhhuhu
BalasPadamntah ape2....hahaha
BalasPadam~ghazi~
ske sgt cte yg menjage adab prgaulan,,
BalasPadamwat lg ea next time..
good job..=)
azri...???hmmm...mcm aku jer,cinta dalam diam...tp dier dah berpunye...huhuu sedih aku taw.
BalasPadamtgk tajuk je aku takut nk baca citer nie,tp at last aku bc jugak....hmmm not bad la citer nie...tp simple sgt...nice
nie sambungan dari cerpen dia kan?
BalasPadamazri
BalasPadamname bkas kkasihku
bile tgok tjuk cerpen ne trus ttarik nak bce
sbb nme azri
ak x slahkan azri
bile dye tnggalkan ak
sbb ak rse ktowang mmg x pdan
but anyway
nice story
truskan brkarya
gud luck in ur life
starting panjang sgt nih. kalah perkembangan
BalasPadampada awalnya bosan jugak cte ni..
BalasPadamtp tgh2 dh best lah.. whatever la, good story
azri..
BalasPadamtrime ksh sbb penah hdir dlm hdup sy..
wlpn kte bru bjmpe tp khdrn awk bri sy stu kngn yg indah yg xdpt sy lpe smpai ble2..
pape pn cter ni best
truskn usaha..
azri...someone yg tnggal knangn..
BalasPadamfirst2 cm meleweh tpi ble dh last bru best.. ending sweet sgt2..
BalasPadamazri yg di atas..jaoh bezanye dgn azri yg aq kenal skrg~~
BalasPadamkalau la azri yg aq kenal skarg mcm nie..
aq trime dye..
x best,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,tq
BalasPadamkalo ade student cam ni mju negara 2..cete ni best ..
BalasPadamtpi kalo wat suspens lbh skt gerenti syok..
sysbas pd pnls..
"azri bodoh."
BalasPadambhaha ! ;D
like it !
ermm...ok jln cternye... nmpk cool tp elegent....nice story... wat senyum jak spnjg mbcanye.. huhuhuu... btw, gud luck!!!(^_^)
BalasPadamazri..hmm...ex-bf aq...aq lukakn dy...aq wt dy mrna...tp skrg,syukur,dy dh blh trma yg kmi ni mgkn xblh brsama...aq xska dy..hti aq dh trtulis nma org len..tp dy xley trma..dy ugt dy aq nk cdrakn diri sndri klo xkple ngn dy..aq trpksa trma..tp lma2 tuh...selang 4hr,aq mntk pts..aq xska dy!brp kli dh aq terangkn...skrg pn msh trhegeh2 kt aq..aq xtw nk wt pe lg...
BalasPadam~gurlz~
love......love in the air......
BalasPadamnice story gak ! .juz cra pnulisn kurg mnarik .
BalasPadamsory 2 say
best r citer ni...he..
BalasPadamazri??sebijik mcm name orng yg sy masih pndm prasaan smpai skrng..huhu..bestlar ending die..suke2..teruskn berkaya..im supporting u..^^,
BalasPadamquite good lahh.sangat sukee sebab cerite tuh nak hampir same ngan saye.watak hero punn sme name cume name saye jeh laen.kebetulan kannn ?:DDD sambung lahh lagi.nak tawu ending nye <3<3<3<3
BalasPadamsya suka!!!!! sya suka!!!!sya suka!!!! so sweet...keep it up..~nabila
BalasPadamboleeelaaaa...
BalasPadamcite yg menarik..good job :)
BalasPadamokeylah..sweet,sedikit mengelirukan sy but i like sooo muchhhh
BalasPadamMARIA & AZRI ?
BalasPadamItu nama couple senior saya :D Umiigud! But, mereka in secondary school bkn dekat uni :) Abang azri pun nampak macam lembut aja ...
ade 2 azri lam aty sy....
BalasPadam> azri kwan baik sy yg sntiasa bersama dkala sdih dan gmbira... dye memahami sy....
> azri kekasih aty sy... tpi mle2 jew oke... now, dye mcm na xnk jew msg, col, jmpe lagi laa xnk... hummm
2 org azri yg berbeza.... :)
2020
BalasPadam