Sabtu, Oktober 10, 2009

Cerpen : Katak oh katak

Nama Pena : nur

Bidadariku
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terakam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan untukku
Bidadariku

Dia menutup novel pembangun jiwa karya Habiburrahman Al-Saerozi itu. ‘Indah sungguh kata-kata ini. Ya, di mana agaknya bidadariku itu?’ Dia menguis-nguis pula tetikus di tepi komputer. Mencari-cari dokumen yang disimpannya pagi tadi. Sekali sekala kantuknya hadir. Telah beberapa kali bibirnya menguap. Meminta dicarikan bantal. Berserta tilam yang empuk. Diiringi selimut gebu hadiah Naimah. Ibu saudara tersayang yang paling rapat dengannya. Ah! Makin difikirkan, mahu saja dia membaringkan tubuh sekarang juga. Namun rasa letih dan penat itu tega ditahan. Demi komitmen belajar yang memerlukan pengorbanan tenaga dan jiwa. Aduh! Dia menampar lengan kirinya. Seekor nyamuk yang baru sahaja hinggap terbang entah ke mana. Zarith melirik jam loceng di hujung katilnya. ‘7.30... awal lagi... patutlah banyak nyamuk...’ Dia mengaru-garu lengan yang terasa gatal. Tangan kanannya menyambung semula meneliti beberapa muka surat yang telah ditaip. Mencari-cari andai terdapat sebarang ejaan yang salah atau tertinggal. Sekali lagi bibirnya menguap. Matanya kian layu. Terus merayu-rayu meminta lelap untuk seketika. Zarith berdiri. Meregangkan tubuh. Melakukan senaman ringan untuk menghilangkan rasa letih yang menyelubungi. Terasa matanya segar semula. ‘Kerja ni mesti disiapkan!’ Matanya terus tertancap pada skrin komputer. Menyambung semula kerja yang hampir selesai.
*********
"Ah..." Zarith menyandarkan tubuh pada sofa. Matanya terasa sangat berat. Sungguh... dia mahu lelap. Baru sebentar tadi tiba di rumah Naimah. Sepanjang perjalanan dari rumah sewanya terasa amat jauh untuk sampai. Sedangkan masa yang diambil hanyalah tiga puluh minit.
"Along..." Matanya terbuka sedikit. " Tidur di sini pula. Pergi, tidur di atas. Dalam bilik." Wanita berusia pertengahan 30-an itu menyusun beberapa majalah yang bertaburan di atas meja kecil di tengah-tengah ruang tamu itu.
"Tak apalah, mak uda. Along nak lelap sekejap saja. Rasa macam dah sebulan tak tidur."
"Sebulan? Ha, nanti berbulan pula tidur di sini. Dah, pergi naik ke atas." Naimah ralit menyusun majalah di tangannya. "Ada tetamu nak datang nanti. Mak uda tak nak dia nampak along..." Dia memandang Zarith. Seraya mengangkat kening. "Laa... dah tidur. Along... along, bangun. Along..." Dia menggeleng perlahan. ‘Larat ke aku nak angkat budak ni? Masa kecil dulu yalah...’ Naimah menyambung semula kerjanya. ‘Nantilah kejutkan. Kesian pula.’ Dia bangun. Menapak ke ruang dapur. Majalah resepi yang disusun tadi diletakkan di dalam sebuah bekas yang berisi beberapa majalah resepi yang lain.

"Duduklah..." Jemput Fatiha.
"Err... aku kena duduk ke?" Fatiha menoleh ke arah Isha. Seraya mengangkat kening.
"Kenapa?"
"Tu..." Isha menuding jari ke arah sofa. Fatiha membutangkan mata.
"Abang Zarith...?" Fatiha segera melangkah ke ruang dapur. Isha terpinga-pinga. ‘Nak ke mana?’ Kata-kata itu hanya sempat terluah di dalam hati. Isha menghela nafas. Tidak berani untuk mendekati sofa. Apatah lagi lelaki yang sedang lena diulit mimpi itu.

"Mama...!!" Naimah tersentak. ‘Astaghfirullah...’ Gadis itu tergelak kecil.
"Tiha... terkejut mama...!" Fatiha memeluk bahu ibunya itu.
"Ala... mama tu yang asyik sangat. Fikirkan apa entah. Orang sergah sikit, dah nak gelabah..." Fatiha menjeling manja.
"Yalah tu... Nasib baik mama ni tak ada sakit jantung." Hidung mancung Fatiha dicuit. "Mana Isha?"
"Di depan. Mama, abang Zarith tidur di situ. Seganlah dia nak duduk." Naimah membutangkan mata.
"Laa... kenapa tak kejutkan dia? Katanya nak tidur sekejap saja." Naimah pantas melangkah ke ruang tamu. Fatiha terkekeh.

Isha masih berdiri. Matanya mengerling di sekitar ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. ‘Besarnya rumah mereka...’ Beg yang dipegang sejak tadi diletakkan di sebelah sofa. Dia memandang pula ke arah lelaki itu. ‘Eeii...!’ Segera dilarikan pandangan ke arah lain. Terasa loya tekaknya tiba-tiba.
"Along... ya ALLAH..." Naimah mengucap panjang.
"Tak payahlah, ma. Abang Zarith tu kalau dah tidur, macam batang kayu. Susah nak kejutkan dia. Tiha bawa Isha naik atas sajalah. Lagipun Isha naik bas dah berapa lama tadi. Biar Isha berehat di dalam bilik Tiha."
"Em, yalah. Isha, maafkan auntie. Along ni..."
"Tak apalah, auntie." Isha mengukir senyuman. Seraya bersalam dan mencium tangan Naimah.
"Isha berehatlah di dalam bilik Tiha. Buatlah macam rumah sendiri. Tiha, nanti bawakan air untuk Isha." Fatiha mengangguk.
"Jom." Beg pakaian yang terletak di sebelah sofa diangkat. Dibawa menuju ke tingkat atas. Isha mengerling sekilas ke arah Zarith. Loya tekaknya masih terasa. Sesuatu berlegar di ruang mindanya. ‘Zarith?’
*********
"So, disebabkan Isha dapat tempat praktikal yang sama dengan Tiha, dia kena datang ke sini. Alang-alang dah ke sini, Tiha ajaklah dia tinggal di rumah ni. Lagipun, after graduate nanti, Isha kata dia nak terus kerja di sini. Lagi bagus! Bolehlah Isha temankan Tiha...! Kan, Isha?"
Zarith tersenyum sendiri. Perbualan ketika makan malam tadi masih terngiang-ngiang. ‘Tinggal di sini?’ Wajah Isha segera muncul. ‘Tak sangka... sungguh tak sangka...’
"Apa gelak-gelak?"
"Abang Zarith tulah. Tidur tak ingat dunia. Ee... pengotor...!" Zarith mengerutkan kening. "Isha pun nampak juga. Itulah... tidur dalam bilik tak nak. Nak juga tidur kat sofa. Sampai meleleh air liur. Pengotor betul...!" Sekilas wajah Isha dikerling. Gadis itu tersenyum.
‘Ah...! Malunya...! Kenapa aku boleh...? Salah aku juga. Mak uda dah pesan tidur di bilik... ah... mana nak letak muka ni...?’ Sekali lagi wajah Isha muncul. ‘Tentu mereka sedang gelakkan aku. Menyesalnya tidur di sofa...!’ Zarith mengiring ke kanan. Kantuknya belum tiba.

Isha menjeling tajam ke arahnya. Perasaan geram bercampur malu menyelubungi. Hatinya panas. Sepanas terik matahari yang sedang memancar di atas kepala. Renik di dahi kian bertompok. Zarith mengangkat kening. Senyuman nakal dilemparkan ke arah Isha. Gadis itu hanya berdiam. Beberapa ekor katak kecil dan besar yang melompat ke sana sini sebentar tadi hilang entah ke mana. Kotak kosong berwarna merah itu tertiarap di atas jalan bertar. Isha merenung Zarith. Ada sebutir dendam yang bersarang di benak hatinya.
"Rasakan...!" Zarith bersuara. "Ha, lain kali jangan nak berlagak sangat. Kan dah kena...!" Beberapa lagi rakan Zarith terus tertawa.
"Itulah... orang nak berbaik, dia jual mahal. Sekarang... padan muka...!" Syakir pula menokok. Cahaya mentari terasa membahang. Ditambah pula kata-kata yang menyakitkan hati yang diluahkan Zarith dan rakan-rakannya. Isha menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia melangkah. Mendekati Zarith. Direnung tajam ke dalam mata lelaki itu. Zarith bena tak bena. Dibalas pula renungan Isha. Isha memaku diri. ‘Ingat! Aku takkan lupa semua ini sampai bila-bila!’ Isha mengetap bibir. Kemudian melangkah pergi dari situ. Syakir dan rakannya yang lain terus tertawa memecahkan suasana kawasan hadapan bangunan asrama itu. Zarith turut tertawa. Namun jauh di sudut hatinya perasaan bersalah mula menapak. Sedikit kesal dengan tindakan melampaunya.

Lamunannya terhenti. Ingatan pada peristiwa empat tahun lalu itu segera hilang. Zarith mencapai telefon bimbit yang tiba-tiba berdering.



Zarith tersenyum. ‘Tak hilang lagi buaya kau, Shakir?’ Telefon bimbit itu diletakkan semula di sisi bantal. ‘Reunion?’ Zarith berbaring menelentang. Pandangannya tepat ke arah siling. Kipas siling yang berputar meralitkan fikirannya. Lalu hilang ditelan mimpi yang tiba-tiba hadir.
*********
Kelam malam mengitari alam. Isha hanya membisu. Memandang ke kirinya. Melemparkan pandangan ke luar tingkap. Beberapa bangunan kedai sedang pesat membangun diseluruhi. Proton Savvy berwarna hitam metallic itu terus meluncur laju membelah jalan raya yang sesak dengan kenderaan bersimpang-siur. Zarith di sebelahnya leka memandu. Sekali sekala matanya mengerling ke arah Isha.
"Macam mana? Awak dapat jumpa dengan rakan-rakan kita dulu. Dah lepas rindu?" Soal Zarith. Tidak mahu terlalu menyepi. Gadis itu masih berdiam. Matanya ralit memandang ke hadapan. "Awak... masih marah saya lagi?" Zarith memperlahankan keretanya. Memandu santai. "Saya nak minta maaf kalau salah saya dulu masih menganggu fikiran awak. Tapi saya harap awak boleh lupakan perkara tu." Isha membuang pandangannya ke sebelah kiri pula. "Saya ikhlas, Isha." Isha terus berdiam. Zarith menghela nafas. Melihatkan Isha yang masih enggan bersuara. "Terpulanglah." Pedal minyak ditekan kuat. Kereta itu meluncur lebih laju. Isha menoleh ke arah Zarith. Bibirnya mengukir segaris senyuman. Zarith berasa bersalah. Itulah yang diinginkannya. ‘Biarkan. Aku tahu kau akan bersikap begini. Aku kenal kau, Zarith. Walau pun kita tak pernah rapat.’ Bibirnya terus menguntum senyum.
*********
Tepukan gemuruh memenuhi dewan. Isha duduk sambil tubuhnya disandarkan pada dinding. Maisara duduk di sebelahnya. Sambil mulutnya galak mengunyah gula-gula getah. Persembahan yang berlalu sebentar tadi begitu menerujakan para pelajar. Masing-masing bersorak-sorai sambil bertepuk tangan disusuli siulan beberapa pelajar nakal.
"Zarith?" Maisara terlongo. Isha menoleh ke arah Maisara. "Eh, tengok tu! Mamat yang kenakan kau tu...!" Lengannya dicuit. Isha menoleh pula ke arah pentas. Segera membutangkan mata.
"Assalamualaikum..." Ucap Zarith sebelum memulakan persembahan.
"Dia nak nyanyi?" Maisara mengerutkan dahi. Zarith berdehem beberapa kali.
"Kami akan menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk... Please Forgive Me..." Sorakan terus kedengaran. "Actually... lagu ini saya tujukan kepada seseorang. Saya harap, dia akan maafkan saya. Saya bersalah pada awak. Jangan simpan dalam hati. Saya hanya bergurau. Maafkan saya." Zarith menarik nafas sedalamnya. "Semoga terhibur. Maaflah kalau tak sedap..." Zarith tersengih kepada sekalian audien. Sekilas pandangannya dilemparkan ke arah Isha yang berada di suatu sudut di kalangan pelajar. Isha terkesiap terdengar suara berdehem Maisara di sebelahnya.
"Lagu tu, untuk kau agaknya..." Maisara menjeling nakal. Sambil menguntum senyum. Isha turut tersenyum.



"Please forgive me..."

‘Dan kenangan itu masih ku simpan sehingga kini... forgive?’ Isha tersenyum sendiri.
"Ha! Apa yang kau menungkan?" Pantas dia menyimpan semula foto yang ditatap sebentar tadi. Debar jantung akibat disergah segera ditenangkan. "Oh... gambar boyfriend ya...? Aku nak tengok... sinilah..." Usik Fatiha sambil tangannya cuba mencapai foto yang dipegang erat oleh Isha.
"Kau ni... salam tak bagi, apa tak bagi, tiba-tiba nak tengok gambar boyfriend aku... ah... tak boleh."
"Sinilah... aku nak tengok. Siapa dia mamat yang bertuah tu...?" Isha menjegil. Fatiha menarik muka empat belas. "Ala... kedekut...!" Fatiha bernada merajuk.
"Tak ada sesiapalah. Kawan-kawan aku masa sekolah dulu saja."
"Kalau kawan, kenapa tak bagi aku tengok? Em... tadi kata boyfriend... kau nak tipu aku ya...?"
"Mana ada..." Fatiha terus cuba merampas foto berkenaan dari tangan Isha. "Tak ada sesiapalah... Tiha... Tiha! Tiha..."
"Oh..." Foto tersebut berjaya dirampas Fatiha. Matanya meliar mencari-cari wajah seseorang di dalam foto lama milik Isha itu. "Aku nak cari, siapa dia dalam gambar ni adalah boyfriend kau... em..." Isha mengalah.
"Carilah... kau takkan jumpa. Sebab dia tak ada dalam gambar tu." Isha mengangkat keningnya.
"Ha!" Isha tersentak. "Aku jumpa!" Debar jantungnya kembali melaju. ‘Siapa yang dia jumpa?’ Resah mula menapak. Fatiha merenung Isha. Mengecilkan anak matanya ke arah Isha. "Dan aku kenal dia...!" Jari telunjuk Fatiha dihalakan ke muka Isha.
"Siapa?" Soal Isha bernada separuh getar.
"Dia adalah..." Wajah Isha terus ditenung. "Baik kau mengaku. Sebelum aku teka, siapa mamat tu. Mengaku cepat."
"Kaulah kena teka. Bu... buat apa pula aku nak mengaku?"
"Ha! Memang sah! Memang dialah orangnya!" Isha mengerutkan kening. "Abang Zarith kan?" Isha tercengang. Tekaan yang tepat! "Betul kan?" Isha tiba-tiba terdiam. Terkelu lidahnya mendengarkan tekaan Fatiha yang begitu tepat. "Isha..." Bahu Isha dipeluk. "Aku dah tahu semuanya." Isha menoleh. Merenung tepat ke wajah Fatiha. "Abang Zarith pernah cerita pada mama. Ada seorang perempuan yang dah betul-betul menawan hati dia. Dan perempuan itu adalah seseorang yang dah lama dia kenal. Mula-mula tu, aku tak dapat teka. Tapi bila aku tengok dia pandang kau semacam saja masa mula-mula kau datang ke sini hari tu, aku dah mula syak. Kaukah orangnya? Tambahan pula, kau rakan sekolah dia dulu. Dan dah lama kenal. Dan sekarang, gambar dia ada dalam foto ni. Memang sahlah kau orangnya!" Isha tertegun. Menundukkan mukanya. "Mama aku juga tahu." Isha mengangkat semula wajahnya. "Isha, aku bukan nak marah kau. Abang Zarith kata, dia ada buat salah pada perempuan tu dan sampai sekarang dia masih belum dimaafkan. Jadi aku harap kesalahan dia tu akan dimaafkan." Isha membuang pandangan ke lantai. "Ya?" Perlahan-lahan dia mengangguk. Fatiha tersenyum. "Jadi... aku nak beritahu kau something..." Isha mendongak memandang Fatiha. ‘Apa?’
*********
Isha terus berlari. Langkahnya dilajukan sepantas mungkin. ‘Zarith, jangan pergi dulu...!’ Dia memandang sekeliling. Tiada langsung kelihatan kelibat lelaki itu. ‘Zarith, tolonglah... kita perlu jumpa. Jangan pergi dulu!’ Isha membuka langkah sepantas yang mungkin. Degup jantungnya begitu mengganas. Air mata yang tumpah tidak terasa. Hanya sebak yang menyesakkan dada. Tiba-tiba langkahnya terhenti tatkala terdengar pengumuman masa berlepas untuk satu penerbangan. ‘Seoul...?’ Isha terpaku di situ. Nafasnya tercungap-cungap. Orang ramai yang berpapasan bagai bumi berputar pantas tanpa henti. Matanya terus meliar mencari kelibat Zarith. Air jernih itu terus-menerus meniti di pipinya. Isha teresak-esak. Terasa lemah seluruh sendi tubuhnya. Dia terduduk. Mencangkung sambil memeluk tubuh. Membuang pandangan ke lantai. Tangisannya menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di situ. Masing-masing tidak berani hendak mendekati. Hanya melihat dari jauh. Isha terus menangis. Semahu hatinya. Sedih itu bagai mencalar luka yang baru dirobek. Luluh jiwanya mengenangkan pemergian Zarith. Meninggalkannya tanpa sebarang pesanan.
"Ehem-ehem..." Isha terpempan. Tangis sendunya terhenti. Sebak di dada terasa menghilang. Aku kenal suara itu! Jerit hati kecilnya. Debar jantungnya kembali menggila. Namun dia tidak berani mendongakkan kepala. ‘Ini bukan mimpi...?’ "Ehem-ehem...!" Sekali lagi suara itu berdehem. Isha memejamkan mata. ‘Ini bukan mimpi...?’ "Saya dah nak pergi... awak masih tak nak layan saya?" Segera dia mengangkat mukanya. Matanya tertancap pada wajah lelaki itu. Wajah itu tersenyum padanya. Lelaki itu turut mencangkung. Berhadapan dengannya. Isha masih kelu. ‘Betulkah apa yang aku lihat ni? Zarith...?’ Zarith menggawangkan tangannya di hadapan mata Isha. "Hello... anybody here...?"
"Awak... bukan ke...?"
"Bukan ke apa?" Zarith merenung ke dalam mata Isha. "Awak ingat saya dah pergi?" Dia tersenyum. "Tengok sana." Jari telunjuknya dihalakan ke arah papan pemberitahuan waktu berlepas. Isha menoleh. "Penerbangan tertunda." Zarith berpaling ke arah Isha. "Itu penerbangan saya. Ditunda ke pukul sepuluh." Dia melirik jam di tangan. "Em... lagi empat puluh lima minit..." Zarith mengangkat kening. Isha terdiam. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dia tidak berani memandang wajah lelaki itu. Rasa tidak keruan tiba-tiba hadir. Dia tertunduk.
"Saya... sa... saya..."
"Awak nak hadiah katak lagi?" Isha mendongak. Zarith terkekeh. "Kalau awak nak lagi, saya boleh redah semak untuk cari anak-anak katak, mak-mak katak... saya letak dalam kotak, balut cantik-cantik... dan... aduh!" Lengannya dicubit. Isha merenung tajam.
"Sukalah kenakan orang...?" Zarith tergelak kecil. Mereka tertawa bersama. Zarith mengangkat tangan kanan. Meluruskan lima jarinya.
"Lima tahun saya ke sana. Saya akan rindukan awak." Isha berhenti tertawa.
"Ya." Mereka khali seketika. "Saya... saya... saya takkan maafkan awak, selagi awak tak pulang ke Malaysia. Awak mesti janji, awak akan pulang dengan selamat." Zarith menguntum senyum. ‘Saya janji.’
"Aduh...!"
"Kenapa?" Soal Isha. Dalam nada sedikit cemas.
"Lama sangatlah mencangkung... kaki saya dah kebas..." Zarith tersengih. Isha terus tertawa. ‘Saya dah lama maafkan awak. Pulanglah dengan selamat. Bawa balik kejayaan awak menuntut di negara orang. Jangan lupakan saya.’ Senyuman terus mekar di wajahnya. Zarith curi-curi memandang Isha. ‘Rupa-rupanya... inilah bidadariku. Bidadari yang sentiasa di sisiku sejak dahulu. Aku janji. Kasih bidadari ini akan membawa kejayaan kepadaku. Aku janji, Isha.’

54 ulasan:

  1. ala.....lame........5 taun....bt la 1 hari je die g seoul..hehe

    BalasPadam
  2. hehe..5thn agk lamerla..
    sbr la yea..hehe..

    ***nur***

    BalasPadam
  3. sweet gak..tp aku bce xde perasaan r sbb hati tgh riso..nnt i bce lg ye penulis..sbb citer ni best..huhuhu..

    -miss_purple-

    BalasPadam
  4. a'ah lah, lame sgt 2 lima tahun..,klu de smbungn lagi menarik kn..

    BalasPadam
  5. waa...knape xbuat ending dye dyeorg kawen ke..
    hehe..
    pe2 pun besh2...

    BalasPadam
  6. ya allah!!
    nama aku tuh..

    BalasPadam
  7. bestnye cte ni..

    BalasPadam
  8. sweettt...n ending pon best..da smbungan x...
    -ikagenit-

    BalasPadam
  9. sweet sgt...

    BalasPadam
  10. apesal aku x phm citer nih?

    BalasPadam
  11. best cite nie..
    aku suke.

    BalasPadam
  12. hmm..boleh la...tp pnjg la palk
    nagntk sket...sowi

    BalasPadam
  13. uikk..
    lma gila 5 taun..
    adezzzzz

    BalasPadam
  14. ok kot..

    BalasPadam
  15. um. boleh la..=)

    cuma plot kurang menarik. tajuk best =)

    BalasPadam
  16. best gak

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama15/4/10 4:22 PG

    x larat nak baca.... akhirnya baca ending je....kui3

    BalasPadam
  18. Tanpa Nama14/5/10 2:24 PG

    bessstttttttttttttt

    BalasPadam
  19. aku tak paham cerita ni....sorrylah..

    BalasPadam
  20. nak kata menarik sangat x jugak..nmpk jalan cerita dah menarik tapi cara penyampaian tu boring la, kdg2 langsung x faham..aper2 pun not bad

    BalasPadam
  21. best...cme cite x baper kne dgn tajuk sgt...anyway,tros kn usaha anda....

    BalasPadam
  22. haha sowie sy pon xbape fhm cite nie
    agak keliru cket nape ade kate besh
    hehe sowie yea.PEACE.

    BalasPadam
  23. cter nie best gler..
    sye ske sngt..:)

    BalasPadam
  24. jalan crita yg menarik....terskn berkarya....

    BalasPadam
  25. sesungguhnya maaf adalah sstu yg paling indah

    BalasPadam
  26. asu critane kakean..........aq ngoleke sing setitek

    BalasPadam
  27. bajingan critane mlecot kaya lonthe

    BalasPadam
  28. sing coment asu kbeh...............

    BalasPadam
  29. kalu sambung mesti best kan..
    pegi seoul...belajar apa??
    bestnyerrrrr

    BalasPadam
  30. takder cerpen pendek ker..

    BalasPadam
  31. bole thn ar citer ni. tapi sy rse kalo dipanjgkn lg, mestilag best. coz citer ni cam lompat2. sory erk, ini dri pandangan sy. sy pown kekeadang ta phm gak. tp secara keseluruhan sy memahami jln citer awak. so teruskan berusaha. chaiyok!! chaiyok!!

    BalasPadam
  32. Tak tau nk ckp pe coz mls nk bce smpai abis..

    BalasPadam
  33. arChyiez boY10/12/10 1:12 PG

    mak aii..2 nama awek aq lah pula.besnyer.pa2 pon kongratez

    BalasPadam
  34. mmg ssuaitjk ctenk katak....
    coz jln cte lmpt2...
    x smpat nk hyti pn....
    :(-H33 Yn6mT-

    BalasPadam
  35. wah cite ni mmg menarik..but u must be careful at the beginning..permulaannye mesti menarik minat pembaca..n evrything its ok..i know u can do better than this..aza aza fighting..:)

    BalasPadam
  36. sedap cerita ni!!!<3

    BalasPadam
  37. Tanpa Nama5/4/11 1:32 PTG

    laaa....sape yg ckp citer ni best? msti x tau menghayati ni...kompius ar bc citer ni..mcm cikgu bhs melayu aku dulu ckp, x cukup tatabahasa...anyway congrat sbb brani mencuba...

    BalasPadam
  38. Tanpa Nama7/5/11 5:51 PTG

    xtau nk ckp pe....
    xfhm ne...
    kuikuikui

    BalasPadam
  39. Tanpa Nama8/6/11 4:33 PTG

    berrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrjembot laa klaw cmpai 5 taon na tgu . .hugahuga

    BalasPadam
  40. Tanpa Nama24/7/11 9:32 PG

    best gak tapi citer ni...lompat2 mcm katak,sesuai ngan tajuk..satu lgi lama sangat la 5thn..hmmm

    BalasPadam
  41. nak kate best....x ad lah best sangat pown,,,not bad lah!! g seol 5 taaon duh lame giler,,,5 taon macm2 leh jadik,. buat lah 1minggu or 1 bulan maybe..hehe!! kalo setakat katak seorang pompuan x bole maapkan llaki 2,macm x logik lah sangat,,,tapi x tahu r kalo pnulis 2 sndiri yang alami... hehe!! sory to say.. juz comment only.

    BalasPadam
  42. best citer ni..tapi lame sngat la laki tu kena g seoul..5 taun tu..tapi still enjoy bace story ni..tahniah wat penulis cerpen ni...

    BalasPadam
  43. mla2 bca ta phm sgt...tpi at the end bwu phm...
    ap pown keep it up!!!
    ganbateh!!

    BalasPadam
  44. Tanpa Nama7/1/12 5:22 PTG

    citer best...walaupon ade yang cam keliru x bape nak pham..tp ttp best kalu jdkn novel pon ok gak...imprvekn lg gaya pnulisn anda

    BalasPadam
  45. Tanpa Nama1/3/12 4:21 PTG

    interesting story ..
    but ..
    I do not understand is this story ... hehe
    for the best for the future,,
    do not be too proud to just one work,,

    BalasPadam
  46. Tanpa Nama21/4/12 4:52 PG

    5 tahun.... mmg lama pon.. teringat pula kisah 3 thn dulu.. heheh.. best ceta dia.. feeling habis.. tetiba miss kat my lover.. to owner, sambung la g ceta ni.. ^_^

    BalasPadam
  47. menrik,best.i love ending cite ni

    BalasPadam
  48. ahaks.. sy ska ngan wtak zarith 2..
    sweet sgt cos dia nkl..
    dh la sy ska org yg mcm 2 jg...
    huhuhuhu.....
    :)

    BalasPadam
  49. best lh citer ni..i like it.. so sweett..:)

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan