Nama Pena : Shasha
Izah mencari-cari gambar pasportnya yang diletakkannya di dalam laci sebelum ini. Sekilas matanya memandang ke arah jam locengnya yang terletak di atas meja buatan Italy pemberian arwah ayahnya kira-kira setahun yang lalu. Jarum jam kini tepat menunjukkan jam 8.00 pagi.
Hari ini dirasakan hari yang sungguh bermakna buat dirinya. Berdebar-debar hati Izah untuk menghadiri temuduga di Syarikat Jasa Holding sebagai juruaudit dalaman syarikat tersebut. Izah termenung sendirian. Dia kesal akan sikapnya yang tidak menyediakan keperluan dirinya lebih awal. Entah apa yang dilakukannya semalam sehingga terlupa menyediakan maklumat peribadinya. Tiba-tiba kedengaran suara ibunya memanggilnya dari tingkat bawah.
"Zah, apa yang kau buat lagi tu? kita dah lambat ni... Ibu pun dah nak masuk office dah ni."
Izah segera keluar dari biliknya. Wajahnya muram.
"Bu, Zah tak jadilah nak pergi interview, Zah tak jumpa gambar pasport Zah."
Ibunya hanya menggelengkan kepala kemudian tersenyum memandang Izah, satu-satunya zuriat yang dimilikinya bersama suami tercinta yang kini sudah kembali ke pangkuan-Nya.
"Zah, kenapa kau tak cakap dengan ibu dari tadi? Kan gambar kau tu ada ibu simpan kat dalam kereta.."
"Eh! Betul ke bu? Baguslah kalau macam tu, jomlah kita jalan bu, dah lambat ni.."
Ibunya tersenyum lagi menampakkan barisan giginya yang memutih. Dilihatnya anak kesayangannya itu melangkah keluar dari banglo mewah milik mereka. Izah anggun bergaya dengan baju kurung moden berwarna merah hati dipadankan pula dengan tudung litupnya yang berwarna putih. Keserian wajah Izah nyata terserlah pada hari itu. Wajahnya yang cerah sedikit kemerah-merahan apabila terkena sinaran cahaya pada pagi itu.
**********
"Izah, awak nak pergi makan tak? Jomlah kita pergi sama, boleh juga kita berkenalan dengan lebih rapat. Nanti tak lah kita janggal sangat bila bekerjasama kan?", ajak Syamsul.
Izah menghadiahkan senyumannya dan kemudian menolak pelawaan Syamsul.
"Syam, sorrylah..Izah dah janji dengan ibu nak temankan dia pergi lunch hari ni."
Syamsul hanya membisu kemudian segera meninggalkan Izah. Bengkak hatinya kerana tidak dapat menyelami hati gadis pujaannya itu. Wajahnya masam mencuka. Selama ini, tidak pernah dia menaruh hati pada sesiapapun. Namun, hatinya tewas dan telah tertawan sejak pertama kali Izah menjejakkan kaki ke syarikat milik ayahnya itu sebagai salah seorang calon temuduga sejak sebulan yang lalu. Sememangnya ramai pekerja syarikat yang meminati Izah dan cuba memikatnya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya. Syamsul yang sedang asyik mengelamun terkejut apabila terdengar suara gadis pujaannya memanggilnya dari belakang.
"Syam, jomlah kita keluar nak tak? Ibu Izah tak jadi nak keluar..baru je dia call tadi. Izah pun dah lapar ni..kita keluar lah ek?"
Syamsul tersenyum gembira lalu menganggukkan kepalanya tanda setuju. Hatinya terasa bagai sedang memecut mengejar sesuatu. Inilah saat-saat yang dinantikannya sejak dirinya mula terpaut pada gadis yang berkebaya hijau di hadapannya itu.
Syamsul membawa Izah ke Desa Jue Cafeteria yang terkenal dengan makanan ala timur yang sering menjadi tumpuan ramai tidak kira orang tempatan mahupun para pelancong yang ingin mencuba makanan tempatan. Dia memilih tempat duduk yang berhampiran dengan landskap cafe tersebut. Dilihatnya wajah manis Izah yang tersenyum dan terpegun dengan keadaan cafe yang digemarinya itu.
Semasa sedang asyik bertukar-tukar cerita dengan Izah, tiba-tiba Syamsul disapa seseorang jejaka. Orangnya berdada bidang dan tampan memakai kemeja berwarna hitam. Lesung pipitnya nyata terserlah ketika dia tersenyum.
"Wei Syam! Mama call tadi. Mama pesan pulang awal sikit. Hari ni, papa dah pulang dari Europe..kau jangan pulang lewat pulak nanti mama bising kat aku."
"Emm okaylah aku pulang awal nanti..kau ni cuba bagi salam dulu kalau ya pun nak bagitau kat aku..,"jawab Syamsul.
Syamsul kemudiannya memperkenalkan abangnya , Shahril kepada Izah. Shahril terpesona melihat wajah Izah yang manis bertudung. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang apabila bersalaman dengan Izah. Bibir Izah yang menguntum senyuman mendebarkan naluri kelakiannya. Tiba-tiba suatu perasaan yang aneh terbit dari lubuk hatinya.
**********
Izah sedang berbaring di dalam kamarnya. Sudah dua hari dia asyik mengelamun. Hatinya seringkali berasa resah apabila terkenangkan Shahril pada pertemuan pertama mereka di Desa Jue Cafeteria. Memorinya sedikit terganggu ketika telefon bimbitnya berlagu riang. Terpapar wajah kesayangan ibunya pada skrin telefon Nokia yang dimilikinya itu.
"Hello bu..", jawabnya ringkas.
"Hello sayang..anak ibu ni dah sampai kat rumah ek? Zah tolong ibu sediakan makanan sikit..kita ada tetamu hari ni..boleh kan sayang? Jap lagi ibu sampai.."
"Okay bu..bye"
Izah segera menuju ke ruang dapur yang terletak di tingkat bawah. Lantas tangannya menyediakan bahan-bahan untuk membuat sphagetti. Selama lebih kurang tiga puluh minit dia sudah berjaya menyediakan sphagetti yang sememangnya menjadi hidangan utama kepada tetamu yang bertandang ke rumah mereka.
"Ding! Dong! Assalammualaikum!", kedengaran bunyi loceng rumah ditekan beberapa kali. Dia segera menyambut kedatangan ibunya di muka pintu. Seperti biasa, Izah menyalam dan mencium pipi ibunya. Ibunya tersenyum dan kemudian menyapanya.
"Zah dah siap sediakan makanan? Zah masak apa? Emm jap lagi sampai lah tetamu kita tu.. ibu nak mandi dulu lah."
"Yalah bu...Tadi Zah buat sphagetti la..macam biasa..". Izah tertawa kecil kemudian menuju ke dapur setelah bermesra dengan ibunya, Datin Norish.
Sekali lagi bunyi loceng nyaring kedengaran di dalam rumah mewah dua tingkat itu. Ibunya yang sudah siap berpakaian menyambut kedatangan tetamu yang di katakannya tadi. Ketika dia sedang menyediakan minuman untuk para tetamu, tiba-tiba kedengaran..
"Assalammualaikum mak cik..", sapa jejaka itu kepada ibunya. Dia cuba mengamati suara tersebut. Suara jejaka itu terngiang-ngiang beberapa kali di telinganya. Bagaikan menggamit pandangannya untuk melihat wajah di sebalik suara yang merakamkan sejuta persoalan di dalam dirinya ketika itu. Namun, pandangannya terhalang oleh rak tempat menyimpan souvenier yang sengaja diletakkan berhampiran ruang tamu mereka yang berkonsepkan Inggeris klasik tersebut.
"Zah!!..",panggil ibunya. Dia segera datang menuju ke arah ibunya. Sungguh tidak disangka rupanya putera hati datang bertandang. Shahril dan Syamsul tersenyum simpul memandangnya. Begitu juga kedua ibu bapa beradik itu. Datin Norish segera memperkenalkan anaknya kepada keluarga Shahril.
"Inilah anak kesayangan saya,Nurul Izah Nadieya,Qis.."
Puan Qistina menganggukkan kepalanya. Dalam hatinya memuji kecantikan yang dimiliki Izah.
"Kalau mama nak tau Izah ni kerja kat syarikat papa..satu kerja dengan Syam ma..",tambah Syamsul pula.
"Betul ke Syam? Eh tak sangka pula kan Nor..abang ni pun tak bagitau kat Qis..", kata Puan Qistina kepada suaminya.
"Ala Qis, abang tak ingat lah..Abang bukan selalu kat pejabat pun..anak kita si Syam ni yang urus syarikat tu."
Setelah itu, Izah segera mengajak keluarga Shahril ke meja makan. Petang itu berlalu dengan begitu pantas. Ternyata keluarga Shahril amat menyenangi dirinya. Sebelum mereka pulang, Shahril sempat meminta nombor telefonnya. Senyuman Izah bertambah mekar apabila Shahril berbisik manja di telinganya.
"Cantik..", bisik Shahril.
Malam itu, Izah tidur dengan nyenyak. Wajah Shahril bermain-main di fikirannya sebelum dia terlelap.
**********
Hati Izah berbunga. Malam ini terlalu istemewa baginya. Dia memilih blaus berwarna ungu dan seluar hitam sebagai penyeri tubuhnya pada malam itu. Tudungnya digayakan ke arah belakang kepalanya. Hatinya berdegup kencang menunggu kedatangan Shahril untuk mengambilnya.
Setelah beberapa minit menunggu, kelihatan kereta Perdana V6 milik Shahril. Shahril terpukau melihat kecantikan Izah. Malam ini merupakan kali pertama mereka keluar bersama. Shahril bercadang membawa Izah untuk menikmati makan malam di Late Nite Cafe.
Tapi ku sabar,
Nanti jawabmu,
Jawab cintaku,
Jangan kau beri harapan padaku,
Seperti ingin tapi tak ingin,
Yang aku minta tulus hatimu,
Bukan pura-pura,
Jangan pergi dari cintaku..
Terngiang-ngiang di telinga Izah lagu yang diputarkan di radio semasa berada di dalam kereta Shahril tadi. Liriknya yang sungguh tulus mampu mencengkam jiwa si gadis yang mendengarnya. Lamunannya terhenti apabila Shahril menyedarinya.
"Zah, kenapa termenung ni? Zah tak suka ke makan kat sini?"
"Bukanlah Shah..Zah cuma teringat lagu kat radio tadi..sedap kan?"
"Ohh..dia ni layan jiwang pulak ek? Memang sedap pun lagu tu,Shah suka.."
Izah hanya tersenyum mendengar kata-kata dari bibir Shahril. Mulutnya mula menyuap makanan yang telah dipesannya tadi.
"Zah..",panggil Shahril penuh manja.
"Shah sayangkan Zah..",sambungnya.
Izah tertunduk malu mendengar luahan hati Shahril. Pipinya mula memerah.
"Zah, kenapa ni? Zah malu ke dengan Shah..cakaplah Zah.."
Izah hanya membisu. Hatinya sungguh bahagia saat ini. Dia tidak mampu berbicara perihal hatinya kepada Shahril.
"Zah, Shah rasa Shah tak bertepuk sebelah tangan kan? Betul tak?"
Izah masih membisu. Bibirnya terasa berat untuk menjawab setiap kata-kata Shahril. Dipandangnya Shahril agar Shahril memahami perasaannya yang turut bergelora. Shahril akhirnya mengeluh panjang.
"Baiklah. Shah faham..hati Zah bukan milik Shah..maafkan Shah atas kata-kata Shah yang mengganggu fikiran Zah tadi.."
Izah terkejut mendengar kata-kata Shahril sebentar tadi. Dia tidak menyangka bahawa Shahril tidak dapat membaca perasaan hatinya. Lantas dia meluahkan isi hatinya yang tersusun kemas selama ini.
"Shah, maafkan Zah..Zah cuma malu nak mengaku dengan Shah..Zah..". Bicaranya terhenti seketika. Kemudian dia tersenyum memandang Shahril.
" I love u,Shah.."
Shahril memaut kemas jari jemari Izah yang lembut. Hatinya kini terubat. Mata mereka bersatu. Malam itu, kisah cinta dua pasangan sejoli bermula lagi di Late Nite Cafe. Sememangnya cafe tersebut terkenal sebagai tempat ‘first date’ bagi ramai pasangan sebelum ini.
**********
Hari berlalu begitu indah sekali bagi Izah dan Shahril. Cinta mereka semakin erat terjalin dari hari ke hari. Walaupun kisah cinta mereka sudah hampir sebulan berlalu namun ia masih tersimpan kemas di luar pengetahuan keluarga masing-masing. Kedua-duanya masih belum bersedia untuk menyatakan hubungan sebenar mereka.
Jam menunjukkan pukul 3.00 petang. Izah masih lagi berteleku di mejanya. Fikirannya melayang jauh teringatkan kekasih hati yang juga sedang bekerja saat itu. Dilihatnya akaun syarikat yang perlu diaudit.
"Banyak..", bisiknya dalam hati.
Izah segera menyambung kembali kerjanya yang terhenti sebentar tadi. Dia tidak menyedari mata Syamsul yang sedang tajam melihatnya. Syamsul tersenyum melihat Izah yang sedang tekun membuat kerjanya di atas meja.
"Rajinnya Zah...", tegur Syamsul sambil tersenyum memandang Izah. Tidak tertahan hatinya memandang wajah gadis pujaannya itu.
"Alah Syam.. dah memang kerja Zah memanglah Zah rajin..apalah Syam ni..", jawab Izah memandang adik kekasihnya itu.
"Zah, jomlah kita keluar.. Syam nak keluar dengan Zah..dah lama kita tak keluar kan?", ajak Syam penuh mengharap. Matanya memandang tepat ke arah Izah.
Izah menolak ajakan Syamsul dengan segera. Dia tidak mahu Shahril tersinggung akan perbuatannya nanti. Syamsul kemudiannya berlalu pergi. Di telinganya masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Izah sebentar tadi.
"Sorry la ek Syam.. Zah banyak kerja ni.. Syam tengoklah ni.."
Izah hanya memandang Syamsul berlalu pergi dengan keluhan lega. Terdetik dihatinya untuk memberitahu Shahril tentang perangai Syamsul yang kerap mengganggunya baru-baru ini. Namun, dia segera melupakan hasratnya itu. Bimbang dirinya hanya akan mendatangkan masalah kepada dua beradik tersebut. Izah tidak menyedari bahawa Syamsul turut menaruh hati terhadapnya.
**********
"Cantiknya baju ni Shah..tengoklah..sesuai tak dengan Zah?"
"Cantik sayang..kalau sayang Shah yang pakai mesti cantik", jawab Shahril sambil mencubit lembut pipi kekasihnya itu.
Izah segera mengelus pipinya yang mula memerah. Shahril tersenyum riang melihat Izah yang sedang merengek manja memandangnya.
"Okay sayang..dahlah tu..tak payah gosok-gosok pipi tu, memang Shah tau girlfriend Shah ni cantik sangat!!",kata Shah dengan nada bergurau.
"Bukanlah..Shah tu kejam sangat, Zah tak buat salah pun kena cubit..", rengek Izah manja.
"Dah tu siapa suruh buat muka cute sangat..Shah geram tau?..".
Syamsul yang sedang berjalan-jalan di Mega Mall Parade ketika itu, terkejut melihat kemesraan abangnya dengan Izah, gadis yang dipujanya selama ini. Bungkam hatinya melihat Izah sedang melayan mesra abangnya. Nafasnya mula terasa sesak untuk mengakui kenyataan sebenar yang sedang dilihatnya. Bibirnya kelu untuk berbicara. Dia segera keluar meninggalkan tempat tersebut tanpa disedari Izah dan abangnya.
Ditekannya pedal minyak keretanya sekuat hati. Kereta Waja miliknya itu memecut laju di atas jalan raya. Hanya kekecewaan yang menemani dirinya saat ini. Di fikirannya terbayang-bayang wajah Izah yang sedang ketawa melihat dirinya yang telah tewas di tangan abangnya dalam merebut cinta Izah. Tiba-tiba, kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar pokok besar di tepi jalan. Matanya mula berpinar-pinar, bibirnya hanya menyebut-nyebut nama Izah sebelum pengsan di tempat kejadian.
**********
Syamsul terbaring lesu di atas katil. Tangannya disambung tiub yang berisi air. Ditepinya, emaknya sedang memandangnya resah sambil mengusap-usap tangannya. Dia cuba untuk melihat seluruh ruang di dalam bilik tersebut. pandangannya sedikit kabur sebelum dia dapat melihat jelas keadaan di dalam bilik hospital yang didiaminya itu. Matanya tertumpu pada Shahril yang sedang menggenggam erat tangan Izah. Kemudian, Syamsul memalingkan kepalanya kepada emaknya.
Emaknya membisu seketika sebelum memulakan bicara setelah memberi isyarat kepada Shahril dan Izah untuk meninggalkan mereka berdua.
"Syam..mama tak nak anak mama jadi lemah macam ni.. itu hak Izah sayang.. Syam kena terima hakikat Izah sayangkan abang dan begitu jugak perasaan abang Syam terhadap Izah..Syam sabarlah..mama yakin Syam pasti dapat bertemu jodoh Syam sendiri nanti.."
"Tapi mama, Syam sayangkan Izah dari dulu lagi..Syam tak sanggup nak terima hubungan Izah dengan abang..Syam tak sanggup ma..",jawab Syamsul. Tanpa disedari, air matanya mula mengalir.
"Syam,dengar sini sayang..Syam kena kuat..Syam tak boleh jadi macam ni..Syam tak boleh kalah pada perasaan Syam sendiri..mama nak Syam terima ketentuan-Nya sayang..",pujuk emaknya lagi.
"Baiklah ma..tapi dengan satu syarat..Syam tak nak tinggal kat sini, Syam nak pergi jauh..Syam nak sambung belajar..biarkan Syam hidup jauh dari family kita..bila Syam dah dapat kekuatan diri untuk menerima hubungan abang, Syam janji, Syam pulang jenguk mama..boleh?". Sebak hatinya mengeluarkan kata-kata tersebut kepada emak kesayangannya itu.
Puan Qistina mengangguk lemah membenarkan pemergian anaknya itu. Baginya, Syamsul memang berhak mengambil keputusannya sendiri.
"Mama,jangan bagitau kat abang pasal ni..Syam tak nak abang rasa bersalah..Mama tolong jelaskan dengan papa tentang keputusan Syam ni..Syam tak nak papa tanya Syam macam-macam.."
"Baiklah Syam..biar mama uruskan..Syam boleh pergi selepas Syam sembuh.."
Syamsul memandang wajah emaknya. Emaknya mula mengalirkan air matanya. Hatinya sebak melihat keadaan emaknya. Diusapnya air mata emaknya sambil menggelengkan kepala. Segera tangan emaknya dipegang erat untuk memujuk hati emaknya ketika itu.
**********
Sudah dua tahun berlalu kisah hatinya pada Izah, gadis yang dipujanya dahulu. Dia kini sudah mula menerima kenyataan bahawa Izah bukan miliknya. Panggilan telefon yang diterimanya sebentar tadi mengimbau kenangannya pada Izah. Perkahwinan antara abangnya dan Izah akan diadakan sebulan lagi. Dia tersenyum sendirian mengenangkan nasib dirinya yang kini menjadi penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Ketika sedang dalam perjalanan menuju ke cafeteria, tiba-tiba dirinya disapa seseorang.
"Abang, maaf mengganggu. Saya penuntut baru kat sini. Boleh tak abang bagitau kat saya di mana Dewan Pertama?", tanya gadis itu.
Hatinya tiba-tiba berdebar. Wajah gadis itu mengingatkannya pada Izah. Raut wajah gadis tersebut memang seiras dengan gadis pujaannya dahulu. Bibirnya kelu. Hanya senyuman yang mampu diberikannya pada gadis yang sedang berdiri dihadapannya itu. Mungkinkah hati Syamsul tertawan kembali?
cerita terlalu biasa...
BalasPadamcintanya pada gadis pujaan tidk kesampaian bila gadis y di pujaan di miliki abgnya...tapi ketabahan hatinya telah menemukan dirinya dengan seseorang y seiras izah....
BalasPadampenympaian cerita yang menarik..
truskan usaha dalm penulisan k..
:)
nOr_1804
haah..citer ni biase sgt..
BalasPadamwell..ayat tu jge2 skit..sbb ade yg terlalu skema..smpi rse bosan nk bce..tp overall nice..
gud job n try again k..
-miss_purple-
nice cerpen...
BalasPadam=p
nice story.tp cite mcm tergantung je.
BalasPadamSalam,
BalasPadamKesiannyer. Macam cite hindustan lak.
Nasib baik, dia tak cuba rampas Zah dari abangnya
satu cerita yg agak menarik untuk dikongsi namun perlu ada pembaikan dari segi pengolahan ayat.....
BalasPadamyang penting keep up with good job
ALA....ENDING X BESH..HIK2
BalasPadamjauhnye syam bwk dri...ingatkn g overseas ke..rupe2nye g sabah je..huhu..anyway cte ni leh thn la..
BalasPadamSALAM....CTER NI OK R.TERUSKAN BERKARYA....MUDAH MUDAHAN SUKSES DALAM HIDUP...AMIN
BalasPadamsalam penulis cerita ini...pada saya cerita yg baik dan sedap di baca tp kalo letak syamsul pergi belajar d oversea lagi nampak menarik...aper2 pon god job..teruskan berkarya yer
BalasPadamfaizie_uum@yahoo.com
ending syamsul supposed to be dipanjangkan sikit.
BalasPadambaru ade feeling sikit camne dia ubati hati yg luka.
at least sampai dia dh falling in luv ke.
anyhow, gud story!!!
kesian juga kat syamsul tu,tapi apa2 pun citer ni mmg best.aku yg baca citer ni pun nagis cian kat syamsul.
BalasPadamcian kat syamsul,tapi apa2 pun citer ni mmg best.
BalasPadamstereotype...
BalasPadamoverall its ok..luv ur set up of scene..hehe..ketabahan syam akhirnyer berbaloi x???kan mcm tergantung rite??
BalasPadam~~lock_fira~~
cite ni mmg bez tp kne ade olahan cket ..
BalasPadambut,,cte ni mmg bezzz,,keep it up..
sweet la..kasihan syamsul,cintanya x kesampaian..apakan daya,izah mencintai syahril bkn syamsul..
BalasPadamnice st0ry.....
BalasPadamwell d0ne...
jalan cerita yang menarik..namun dialog setiap watak dalam cerpen ini perlu diolah dengan lebih berkesan dan mantapkan lagi gaya bahasa..tahniah shasha dan teruskan berkarya.
BalasPadamnice story.....tp kat UMS xda Dewan Pertama....apapun tahniah....
BalasPadamape2x pown best gak arr..cian syamsul kan...npe shahril salam izzah??kn haram..cmtu baek xyh pkai tdung kn..N cter trgntung larh..MAAF YERK..
BalasPadamCiter die best tapi citer dye mcm tergantunng la.. anyway, nice cerpen. sian syamsul.. dugaan dye..
BalasPadamcrita nih best...tpi sian lak si syam tuh...abg dia lak yg dpt si izah tuh....anywhere,knpa citer nih trgantung?
BalasPadam-TaUrUz GuRlz
citer best tp biasa jee
BalasPadamnice st0ry but simple and n0 climax..
BalasPadamkata pkai tudung . . apesal pulak pegang2 tgn . .
BalasPadamciter ni terlalu biasa . . sye takde feel pun masa bca . .
sorry erk . . apepon . keep trying .
dari mula hingga tengah citer ade persamaan dgn kisah saya (lebih kurangla hehehe) so layannn jugaklah perasaan saye tapi bila dah nak ending rasenyer kurang sikit hit die ape2pun teruskan berkarya ye;)
BalasPadamkenapa cam tergantung jer
BalasPadamtak best la camni
bese jer.l.huhu
BalasPadamap2 pn good job:)
salam.....story nie best sgt!!qasey suke....tahniah....
BalasPadamlyke2!! truskn usaha anda!!!!!! bulih t0e... yakin sak.... kmiey urank sabah sukunk k0e... patsak palak seypa yg mngutuk y0e arrr
BalasPadamterbaik..thumbs up..
BalasPadamhermm ok lah jgk
BalasPadamending ta best
BalasPadam