Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"macamana?" Tanya zikri. Wajah keruh Iskandar sudah menjawab segala soalannya.
"haiii awek sikit punya banyak berbaris tunggu kau tak akan seorang pun tak sangkut kot?" peril Zikri, sengaja membakar hati sahabatnya.
"masalahnya semua yang tersangkut dekat aku, semua spesies tak boleh nak dibawa berunding"
"sofia?"
"dia mintak 15 ribu"
"mak aiiii 15 ribu? Dia ingat dia cantik macam erra fazira ke nak mintak banyak macam tu..hishhh buang masa betul"
Iskandar tersenyum pahit. Baru dia tahu selama ini dirinya dikelilingi wanita yang tiada bezanya dengan kaca. Tiada harga kalau pecah berderai. Nampak cantik tapi..
"yang lain?"
"entahlah Zik, aku dah mati akal ni.. mana boleh main redah macam tu je, ni kes melibatkan mama, aku kalau boleh tak nak dia terluka "
"aku ada cadangan.." dia membisikkan sesuatu kepada Iskandar.
Dahinya berkerut-kerut memikirkan cadangan gila zikri. Iskandar terdiam. Kejap dia duduk sekejap dia bangun. Kalau terus macam ni memang alamatnya sampai esokpun tak selesai masalah berat yang dihadapi. Wajah tua milik mak palsu syamin terlayar di mindanya.
"apa kau fikir lagi ni?"
"kau biar betul Zik, nanti kalau mama tahu kerja kita ni…tak pasal-pasal masuk ICU" Zikri ketawa kuat.
"ala…tak akanlah Mak engku nak buat kau macam tu..kau tu anak kesayangan dia" tenang Zikri membelek majalah di tangannya.
Iskandar mengigit bibir. Geram. Matanya merenung tajam lagak zikri yang selamba. Macam tak ada masalah. Aku macam nak pecah fikir masalah ni dia boleh pulak senang lenang baca majalah entah apa-apa tu. Tengku Mariam bukan boleh dilawan cakapnya sesuka hati silap hari bulan mengamuk. Siapa yang susah nak pujuk? aku juga. Kalau nak harapkan si zikri ni menambahkan masalah lagi adalah. Kenapalah mamanya beriya-iya sangat nak dia memilih calon isteri buat masa terdekat ni? Pelik. Kalau ikutkan umur memang arr dia dah wajib mendirikan rumah tangga tapi kalau nak ikutkan zaman sekarang masih banyak lagi masa. Baru 30 tahun bulan 7 ni. muda lagi.
"kenapa mama paksa aku…kenapa kau dia buat bodoh je?" Tanya Iskandar tak puas hati. Zikri tersenyum. Macam muka hensem senyum macam tu. Herdik Iskandar dalam hati.
"kau kan dah wajib…lagipun kau bukan muda lagi"
"amboii!! Cara kau cakap tu macamlah kau muda dari aku. Kau jangan nak buat hilang ingatan yang umur kau tu tua setahun dari aku tahu tak" kini giliran Iskandar pula senyum sinis.
"ooo..ye ke..lupa pula..maklumlah jiwa muda"
"muda konon.." Iskandar kembali ke mejanya. Kalau dilayan Zikri sampai esok kerjanya tak siap.
"habis apa keputusan kau?"
"entah aku pun tak tahu zik..tapi cara terbaik sekarang ni aku ikut cadangan gila kaulah"
"cadangan gila konon tapi ikut juga"
"tapi kau kena pastikan budak yang akan berlakon jadi bakal ‘calon isteri’ aku tu senonoh sikit, jangan kau cari yang macam si syamin tu sudah"
Zikri terdiam sempat matanya memandang ke arah pintu, mana tahu kalau tiba-tiba syamin muncul. Kemudian matanya kembali kepada Iskandar. Diam. Akhirnya kedengaran gelak kuat dari dua lelaki pujaan Malaya itu. Tangannya terhenti dari menulis sesuatu. Dia pantas berpaling ke arah pintu bilik Encik Iskandar yang tertutup rapat. Apahal bos-bos aku tu gelak macam tak ingat dunia? Bahaya ni mesti mengumpat..tak pun cerita pasal benda bukan-bukan. Hishhh..Ya Allah selamatkanlah hati bos-bos aku. Dia mengangkat tangan mendoakan sesuatu.
"apa awak doakan tu syamin?"
Tiba-tiba wujud satu suara di depannya. Pen yang dipegangnya terpelantik entah ke mana.
"opppocot mak kamu berdoa untuk bos aku.."
"doa apa?"usik zikri lagi.
"doa untuk bos..ehh bukan doa kesyukuran ehh bukan doa cepat dapat jodoh bos-bos" syamin mengaru kepalanya. Hah dah datang penyakitnya. Zikri ketawa hampir menitis air mata.
"apa ni Encik Zikri…" syamin bangun tak puas hati. Nasib baik bos kalau orang lain dah lama aku sekeh kepala dia.
"awak ni kelakarlah syamin, saya baru sergah macam tu awak dah melatah macam ni sekali"
"penyakit keturunan Encik Zikri.. "
"apa awak doakan tadi? Panjang je saya tengok"
"tak ada apa-apa..kawan saya kata kita kena selalu berdoa, dalam apa yang kita buat kita kena sentiasa berdoa untuk diminta perlindungan, mana tahu kot-kotlah ada yang mengumpat kita waktu ni tak adalah kita cepat terasa"
Zikri tersenyum. Alamak dia dengar ke aku dengan Is mengumpat dia? Hahh ni Iskandarlah punya kerja. Wajah syamin dipandang lagi, dia selesa dengan syamin walaupun otaknya gila-gila tapi boleh dibawa kemana saja. Pandai sesuaikan diri dengan keadaan.
"saya ada hal nak bincang dengan awak ni"
"hal apa Encik Zikri? Nak kahwin ke?" syamin tersengih.
"hishhh tu satu bab lain tapi ada sangkutan jugalah.. tapi bukan saya tapi bos besar kita tu?" muncungnya dihalakan kearah bilik Iskandar yang tertutup rapat.
"hah!!! Encik Iskandar nak kahwin???" Tanya syamin separuh menjerit.
Biar betul tak pernah pulak dia melihat bosnya itu melayan mana-mana perempuan semuanya tahap kawan biasa. Kalau lebihpun tak sampai nak kawin kot, Malah dengan dia sendiri hanya bercakap mengenai benda yang penting saja. Betul ke apa yang dia dengar ni?.
"hishhh awak ni syamin cuba rendahkan sikit volume suara tu..nak bagi tahu satu syarikat ke?"
"biar betul Encik Zikri ni..jangan main-main benda macam ni. Siapa perempuan malang tu?" bulat mata Zikri mendengar soalan yang lahir dari mulut pekerjanya.
"oppsss sorry. siapa perempuan yang bertuah tu?" syamin menyedari keterlanjurannya. Cepat-cepat dia membetulkan. Mulut tak ada insurans macam tulah.
"awakpun kenal siapa dia dan hanya awak yang boleh tolong"
"siapa? Saya kenal?"
Anggukkan zikri menambahkan lagi suspen. Hishh macam cerita detective conan pulak main suspen-suspen ni. Siapa yang dia kenal? Budak syarikat ni ke?
"siapa encik Zikri? Milah? Kak Yam? Dewi atau Mizrah budak baru tu?" satu persatu nama pekerja wanita disebut. Namun Zikri tetap mengelengkan kepala.
"habis siapa?" syamin bertanya separuh geram. Main teka teki pulak Encik Zikri ni ingat ni ‘roda Impian ke?
"entah saya pun tak tahu nama dia. Tapi saya yakin awak tahu"
"hishhh apa ni encik Zikri main-main pulak…cuba cakap betul-betul siapakan gerangan wanita tu?"
"mak awak"
"hah??!!!mak saya!? Encik Iskandar dengan encik Zikri ni gila ke apa? mak saya dekat kampong tu dah sebaya dengan tengku Mariam. Lagipun saya tak rela nak biarkan Encik Iskandar jadi bapa tiri saya. Walaupun dia hensem tapi tak semestinya mak saya yang jadi pilihan.. saya tak boleh terima kenyataan ni encik Zikri….tolonglah.." syamin bersuara keras. Sampai hati mak buat Mimi macam ni. Sejak bila mak kenal Encik Iskandar ni. mak..tiidakkk…
"apa awak merepek ni syamin?..bukan mak awak yang dekat kampong tu"
"habis tu?"
"Mak awak yang datang ke pejabat hari tu… pelakon terbaik tu"
"hah Mazliana?"
"Mazliana ke nama dia?emmm sedap juga"
"maksud encik Zikri..mazliana?"
"yup!..kawan awak yang datang menyamar jadi mak awak tu" Zikri tersenyum. Jelas wajah terkejut beruk Syamin.
"bilanya mereka bercinta?"
"lepas ni"Zikri menjawab perlahan. Dia memberi isyarat kepada Syamin supaya memperlahankan suara. Bimbang kalau ada mata-mata FBI Tengku Mariam yang terdengar.
Dia tahu mak Engku banyak pasang spy di syarikat mengintip pergerakan dia dan Iskandar. Hati ibu itulah yang membuatkan dia sentiasa menyayangi Tengku Mariam lebih dari segalanya. Melebihi kasih seorangnya pada seorang ibu yang tak pernah dirasai.
"panjang ceritanya..lepas ni awak masuk bilik saya. Saya akan ceritakan dari A to Z"
Zikri meninggalkan syamin dalam keadaan tertanya-tanya. Mazliana? Hishh apa pulaklah plan bos-bos aku ni. tapi kenapa Mazliana? mungkin Encik Iskandar jatuh cinta pandang pertama kot. Ehhh tapi tak mungkin, bukan senang nak tackle hati si Maz tu. Hati keras macam konkrit syarikat 24 tingkat.
Bukan satu dua lelaki di kampus dulu kecewa dengan Maz, malah Dr amir lecture Act and Designnya pun boleh tersangkut dengan temannya itu. Buktinya setiap kali waktu Dr amir pasti nama Mazliana akan meniti dibibirnya, dalam satu masa boleh kata 10 kali nama mazliana. tapi yang peliknya mazliana buat muka tak tahu apa-apa setiap kali ada lamaran datang kepadanya. Tak ada perasaan. Mazliana..mazliana..
***
Langkahnya Nampak sumbang, memang sumbangpun. Walaupun pemegang tali pinggang hitam tapi tak bermakna dia akan melibas kepala orang sesuka hati tanpa belas kasihan. Dia memandang wajah sayu budak lelaki yang masih memegang beg sandangnya. Aku baru nak bersuka hati jalan-jalan cari makan, budak ni sesuka dia cilok beg aku dari belakang. Nasib baik tak makan tendangan penjurunya, kalau tak mesti tidur hospital budak ni. dahlah masa minum tadi asyik tersedak, entah siapalah yang asyik sebut nama aku. Ni boleh pula beg aku kena curi.
"maaf kak saya tak sengaja"
"mencuri kau kata tak sengaja? Ingat ini peraduan gores dan menang ke?" eh..ada kaitan ke? Hentam jelah labu.
"saya orang susah kak, dah 2 hari adik tak makan "
"siapa nama kau?" Tanya Mazliana ada sedikit keraguan dengan kata-kata budak lelaki di depannya itu. Tapi dari cara mencuri yang tak berapa professional dia tahu memang budak ini tak berpengalaman.
"Taufiq" katanya takut-takut.
"mengikut pengiraan aku tak berapa pandai mengira ni kau masih sekolah kan? Tak sekolah ke? Ponteng?" hahhh soalan bertubi-tubi. Budak tu tunduk buat muka bersalah.
"saya tak sekolah kak?"
"kenapa tak sekolah?" suaranya sengaja ditinggikan. Dari tadi budak itu masih tunduk.
"tak mampu, mak tak ada duit..lagipun adik-adik nak sekolah lagi"
Mazliana terdiam. Tersentuh pula hati kecilnya. Aduhhh asal tiba-tiba masuk cerita sedih ni, macam nak nangis pula rasanya. Taufiq didepannya diteliti dari atas ke bawah. Mata bundar itu semakin mengecil mungkin takut sebab dianalisis begitu sekali.
Mazliana tersenyum, dia menarik keluar telifon bimbit buruknya. Nokia 3310 tu, mana ada insan di zaman sekarang ada telifon tu lagi. Ada ke? Tak adakan. Budak sekolahpun paling koman ada 3G.terasa dirinya serba kekurangan.
"akak, saya minta maaf tolonglah jangan panggil polis, saya minta maaf saya sujud kaki akak"
"siapa kata akak nak call polis? Akak nak buat panggilan sekejap. Kau tunggu situ" dia mendail nombor Syamin memberitahu kelewatannya.
"rumah dekat mana?" Mazliana bertanya lagi.
"dekat-dekat sini kak…" jelas masih lagi ketakutan.
"Mazliana meraba poket seluarnya, lama dia terdiam tapi matanya masih memandang ke arah taufiq. Anak muda yang dirasakan malang, kalau tak dibentuk dengan baik akan sesat entah ke mana. Dua keping duit RM50 ringgit dihulurkan, taufiq terkejut. Wanita didepannya dipandang tak percaya.
"apa ni kak?"
"laaa duitlah…" aduhh lagi mahu Tanya.
"tapi kenapa akak…"
"tak apalah kira akak bagi upah dekat kau sebab bagi akak senaman ringan hari ni, bukan senang tahu tak akak nak lari sejauh ni tapi disebabkan kau terambil beg akak jadi terpaksalah buat senaman sikit"
"tapi…" Taufiq serba salah. Sekali lagi dia tunduk kesal. Sungguh dia tak pernah mencuri tapi kali ini dia terpaksa adik adik perlukan makanan. Mak sudah dua hari demam.
"anggap saja akak belanja taufiq makan" kepingan wang kertas itu bertukar tangan. Akhirnya terselit juga senyuman di wajah muram taufiq.
"kali ini akak lepaskan kau, tapi ingat walau susah macamanapun kita jangan rendahkan maruah kita dengan kerja yang salah…jangan sampai akak Nampak lagi kau kena tangkap macam ni" satu ingatan, ugutan atau nasihat dia sendiri tak pasti.
"terima kasih kak.."
"kak Maz, panggil kak Maz je"
"Kak Maz memang baik. Taufiq minta maaf sebab curi beg akak"
"emm..it ok, lagipun bukan ada apapun buat penat kalau kau dapat beg ni" Mazliana tersenyum. Memang beg sandangnya itu tiada apa yang berharga, Cuma ada kunci rumah dan sebuah buku zikir cinta. Paling mahalpun Nokia 3310nya. Ehh mahallah sangat.
"hebat juga akak lari tadi ek"
"ahh baru kau tahu, jangan nilai orang melalui luaran " sekali lagi dia memberi amaran kepada taufiq. Hishhh dah rasa macam ustazahlah pula. "oklah taufiq akak ada hal ni..nanti kalau ada apa-apa call akak" Mazliana menghulurkan kadnya. Dia menghadiahkan satu senyuman manis kepada Taufiq.
"terima kasih kak" ada sayu di hujung kata-katanya. Sekali lagi Mazliana berpaling. Rasa simpatinya tumpah.
"jangan buat lagi ek" dia terus meninggalkan Taufiq. Satu lagi peristiwa berlaku dalam skrip hidupnya hari ini. Mazliana tersenyum.
*** "mananya kawan awak ni syamin?" Zikri sudah gelisah, panas hatinya terpaksa menunggu sebegini lama.
"nantilah bos tadi dia dah call kata lambat sikit"
"ini bukan lambat sikit tapi lambat banyak..dari awak minum satu gelas sampai dan tiga gelas "
"hai…Encik Zikri ni merungut Nampak? Bukan Encik Zikri ke yang suruh tambah?"
"saya suruh tambah sebab awak bising nak tambah"
"hishhh kedekut punya bos" bisik syamin perlahan.
"apa awak kata syamin?"
"ehhh..tak de apa, saya kata takut..takut kalau Maz buat hal" dia melihat jam di tangannya. Mana pulak minah ni. tadi kata pukul 4.
Mazliana melajukan langkahnya, dari jauh dia Nampak kelibat wajah resah milik Mimi. Ni mesti kena marah sikit lagi baik kau tadah telinga Maz..jam ditanyanya dilihat sekali lagi..alaaa bukan lewat sangatpun baru lambat 3 jam. Hah 3 jam?? Mak aiiiii lama ye aku lepak dengan taufiq tadi. Aik siapa pula mamat dekat Mimi tu? Tak akan dia bawa pak we sekali dalam acara lepak santai ni?
"hoiii" jerit Mazliana
"hoiii mak kau kapal terbang jatuh…lari bos kapal terbang terbang" Mazliana ketawa kuat. Sengaja dia mengusik ratu latah.
Memang sejak di kampus lagi syamin terkenal dengan Latahnya. Sampai satu ketika dia melatah dalam bilik kuliah ketika exam final. Semuanya gara-gara kerusi jatuh. Apa lagi satu kelas keras perut ketawa tak henti-henti. Cuma sejak bertugas di MM holding penyakitnya itu dapat dikawal.
"kau ni nak makan kasut aku ke?" sinis wajah Syamin membuatkan Mazliana tersenyum.
"aku datang sini nak makan roti canailah bukan nak makan kasut kau"
Zikri dari tadi hanya diam. Wajah wanita di depannya dipandang lama. Doktor? Ehh diakah orangnya? Tapi dia doktor yang sama. Dia keliru sendiri. Wajah putih bersih itu dipandang. Tapi dulu wajahnya sedikit gelap.
"ehemm…emmm" zikri berdehem.Syamin menepuk dahinya, macamana dia boleh lupakan Encik Zikri yang duduk di depannya.
"ehh…Encik zikri kenalkan ini Mazliana Hj Nordin, dialah yang kita tunggu. Maz ini bos aku Encik Zikri, dialah yang nak jumpa kau tu"
"boss…aku ingat kekasih gelap kau tadi" dia berpaling ke arah lelaki di tepinya.
Dahi mazliana berkerut, nak jumpa aku haiii kenapa pulak. Senyuman yang tadi mekar mati tiba-tiba. Ehhh alaa mamat ni ke?, mazliana berpaling semula kearah syamin. Dia tahu rahsianya akan bocor sebentar lagi.
"ehhh bukan awak doktor yang…"
"ehhh bukan-bukan Encik salah orang kot" "tak mungkin saya salah orang, saya pasti awaklah orangnya"
Senyuman Mazliana membuatkan dia bertambah yakin yang ada didepannya adalah orang yang sama mengurut kaki Iskandar dulu, juga orang yang sama bersama Mak engku. Tapi diakah orang yang sama menyamar jadi mak syamin?.
"siapa sebenarnya awak?" soalan cepu emas pertama lahir dari mamat di depannya.
"haiii apa ni syamin aku nak duduk pun tak sempat lagi bos kau dah terjah aku. Ingat ini terjah melodi ke?"
Zikri serba salah. Merah padam mukanya ditegur begitu, pantas dia menarik kerusi di sebelahnya mempelawa puteri entah datang dari mana duduk. Wanita itu nampak santai dengan seluar jeans biru dengan t-shirt saiz XL warna biru gelap lengan panjang . Baju abang dia ke?. Mazliana tidak duduk di sebelah syamin. Sikap romantik zikri sia-sia. Syamin hanya senyum melihat wajah kantoi bosnya.
"saya Mazliana Nordin" sekali lagi Maz memperkenalkan namanya.
"zikri" "bos aku ada sesuatu nak minta tolong kau"
"aikkk biar betul bos, saya ni bukannya kaya macam bos nak mintak tolong..duitpun ada sepuluh ringgit" terang mazliana, hishh yang si Mimi ni pun satu ingat aku ni pusat kebajikan masyarakat ke nak mintak tolong segala ni. nak kena budak ni!!
Zikri tersenyum terasa kelakar bila mendengar Mazliana turut memanggilnya bos.
"saya nak tawarkan awak jadi perlakon"
"watak apa?" Tanya Mazliana lagi dia membetulkan gaya duduknya yang tadinya macam nak terkam orang.
"heroin"
"hah??? Biar betul bos, saya memang minat berlakon tapi tak pernah bermimpipun nak terjun ke dunia glamor tu. Lagipun saya ni manalah ada rupa nak harapkan bakat yang tak seberapa, setakat tipu si syamin ni oklah"
"tapi saya rasa awak berbakat"
"tu bos rasa, saya tak rasapun" ketawanya lagi.
Memang banyak berita kelakar dalam skrip hidup Mazliana hari ni. lama mazliana memandang wajah macho didepannya itu. Tiba-tiba dapat tawaran berlakon ni kenapa? Angin tak ada ribut jauh sekali tiba-tiba hujan. Sepanjang sejarah keturunan aku tak ada lagi yang jadi pelakon. Buatnya Haji Nordin tahu hishhh boleh kena kurung aku dekat setahun dalam bilik.
"tak bolehlah bos..lagipun kalaulah Hj Nordin tahu saya jadi perlakon boleh putus kepala, dia bukan suka dunia artis ni..terdedah sana sini" terbayang wajah ayahnya.
Walaupun Nampak selamba tapi kami adik beradik dididik dengan didikan agama yang kuat. Cuma aku je yang tak makan ajar sikit, dia tersenyum. Kakak-kakaknya semua memakai tudung tapi dia hampeh.. hishh apa nak jadi kau ni mazliana? tiba-tiba dia menasihati dirinya sendiri.
" tapi dunia ni tak glamorpun, kita tak akan filemkanpun lakonan awak"
Mazliana mengaru kepala sekali lagi, persis terasa kebodohan dengan kata-kata yang masuk ke telinganya. hishh ni lawak gila-gila ke versi ujang bos si syamin ni?
"ini nak buat lawak tak kelakar ke?" tanyanya bodoh. Dipandang wajah syamin yang tersenyum dari tadi tapi diam membisu.
"awak berlakon dalam dunia realiti"
"maksud bos ni apa sebenarnya? Dunia realiti? Ala-ala pilih kasih ke Akademik Fantasia ni?" "ala-ala versi kita cipta sendiri" jawab Zikri yang dari tadi hanya tersenyum.
"Ya Allah mimi mana kau dapat bos kau ni? cakap terbelit-belit aku dah pening ni sikit lagi kalau aku pengsan aku tahu kau yang jadi penyebabnya"
"apa pula aku?" "habis yang kau kenalkan aku dengan bos kau ni buat apa? Boleh mental aku dekat sini tahu tak? Aku belum lagi nak join kawan-kawan kau yang dekat tanjung rambutan tu" ketawa zikri kedengaran kuat mematikan kata-kata Mazliana. ehh aku buat lawak ke dia suka sampai macam tu?
"macam ni…."
Zikri menceritakan dari A to Z kepada Mazliana semua diceritakan termasuklah kisah iskandar yang merangkap bos dan teman baiknya. Permintaan ini juga merupakan satu pengharapan dia sendiri untuk membantu seorang kawan. Hasrat mak engku juga diceritakan.
"Gila!!!" Mazliana bangun dari duduknya. Rupanya itulah tawaran yang dimaksudkan ‘calon Isteri’. Suka suki hati dia nak suruh aku jadi calon isteri ingat aku ni apa? Marah mazliana dalam hati namun dia bijak mengawal perasaan.untuk apa dia melatah lagipun itukan baru tawaran bukan paksaanpun. Boleh jawab ya boleh jawab tak. Ada talian hayat lagi. Cool Maz, cool…
"saya bagi dua ribu?"
"tak nak!"
"bolehlah mazliana" rayu Zikri.
"tak boleh!"
"bolehlah…."
"eiiii bos ni gila ke apa? ingat ini cerita kartun ke? Saya tak boleh buat"
"saya yakin awak boleh buat"
"saya tak yakin" "awak boleh."
"tak boleh!!!!!!!" jerit Mazliana kuat. Meja di depannya di tepuk sekali sambil matanya terpejam.
Tiba-tiba suasana sunyi. Tiada satu suara. Perlahan matanya dibuka semua mata memandang ke arahnya. Termasuklah mamak yang menebar roti canai. Ehhh alamak tempat awam ni.. aduhhh malu!! Malu!! Mana nak sorok muka ni?. dia tersenyum lalu duduk kembali ke kerusinya.
Wajah pengharapan zikri dan syamin di pandang.
"aku bukan nak kenakan kau Maz tapi tiada orang yang lebih layak selain kau" syamin cuba memujuk temannya. Kesian pula dia melihat bosnya yang terlampau mengharap.
"kau ni kawan akukan…" suaranya diperlahankan, bimbang kalau-kalau jadi perhatian seperti tadi.
"Encik iskandar tu baik orangnya, lagipun bukan kau kena berlakon lama Cuma malam tu je" .
Dua wajah didepannya dipandang lama. Hishhh ni yang aku lemah ni buat muka kesian pulak dua mahkluk ni. Mazliana meneliti jam tangannya, konon-konon membiarkan waktu terus menjawab persoalan yang bermain di minda dua insan di depannya itu. Kalau nak difikirkan tak adalah payah sangat watak itu nak dibawa. Lagipun malam tu je hishhh kacang goreng je tu.
"kau ingat muka kau cantik buat macam tu?" syamin tersenyum. Kalau ayat itu yang lahiir dari mulut Mazliana, mesti ada harapan cerah.
"cantiklah juga.."
"oklah saya terima, itupun bukan sebab duit tapi atas rasa kesian saya pada muka minah ni dan muka bos yang tak berapa hensem ni"
Zikri tersenyum, tak hensem dia kata aku, tapi tak apa janji dia sudah mendapatkan pelakon terbaik untuk menjalankan Misi berat malam tu. Sekali lagi wajah itu dipandang, comel pula budak ni. bisik hati kecilnya.
"terima kasih, saya tahu awak tak akan kecewakan saya" zikri yakin. Mazliana mencebik. Poyo je ayat.
"terima kasih bukan kenyangpun bos, kalau kena milo ais dengan roti canai ni best juga" syamin menggeleng dia tahu niat temannya itu. Habislah bos aku lepas ni kena dengan Maz..
"hah!! Ehh..orderlah, saya bayar"
"yalah tak akan saya pulak yang bayar" zikri terkedu. Amboii boleh tahan juga minah ni. syamin hanya tersenyum. Mazliana ni agak-agaklah. Zikri tersenyum satu masalah dah selesai, matanya menilai kembali wajah milik wanita di depannya. Macam dialah tapi….kenangan di klinik terimbau kembali. Dia ke?...
menulis di penulisan2u. peluang untuk diterbitkan lebih besar. sebab penerbit, editor dan pihak penulisan2u sedang memerhati karya yang bagus untuk diterbitkan. penulisan2u satu2 nya blog yang bekerjasama dengan penerbit novel. kalau menulis hanya di blog sendiri, bagi pembaca senang nak baca.. tapi bagi penulis, peluang dan ruang tidak sebesar peluang menulis di penulisan2u yang novel menarik pastinya diberi peluang untuk diterbitkan.. sepatutnya pembaca menyokong, memberi semangat kpd penulis dan juga komen membangun untuk penulis memperbaiki penulisan dan menaikkan semangat penulis untuk menulis yang terbaik
mesti sat g zikri ni gaduh ngn shah sebb nak kan maz..heheh best arr cite ni nak lagi...cepat sikit ekk.. tak sabar nak tau apa jadi kat diorang ni.. hehehe:)
setuju ngn nur adilin suka arrr ngn zikri si iskandar tu cam belagak semacam je..heheh pape pun suka DR.Cinta...next N3 plz..klau bukukanpun mesti best kan cite ni..tapi kena tunggu lama arr plak.. go..go...dyadila...:)
awak.....awak....bila nak terbit novel nie...cepat2kan siapkan sampai abis novel awak nie...i nak tempah...memeng banyak best.....lama dah tak baca sesuatu yang leh buat air mata i keluar coz kelakar.....huhuhuhu..anyway...cepatlah sambung wg episod akan datang...please....
hai nak tnya..dr.cinta tu saper sbnarnya tngku iskandar or zikri..sbb dlm buku tu ada part tulis zikri ada bnyak kad warna2..so saper yg hntar sbnarnya??
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahaha...lawak sangat..
gud job..
next pliz.