Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Suasana sepi mencengkam lagi.Yang kedengaran hanyalah bunyi-bunyi haiwan yang saling bersahutan.Yang pasti hanya haiwan-haiwan tu ajer yang faham.Agak-agaknya,apalah yang dibualkan haiwan-haiwan kat hutan ni ye.Ada tak macam manusia?
"....Cantik juga sarang kau ye,tapi cantik lagi sarang aku!"
"Banyak juga makanan kat sana tapi kena hati-hati dengan cik rimau.Kang naya jer kena buat lauk."
"Eleh,ingat bulu pelepah dia lawa sangat?Aku lagi lawalah."
"Ibu...nak main kat kat luar,asyik duduk dalam sarang jer.."
Huhu,agaknya macam tu lah agaknya perbualan haiwan-haiwan ni.Manalah tahu kan?Aku dengan Rizkin masih lagi berjalan.Badan aku ni,rasa sakit semacam.Dalam erti kata lain,aku betul-betul dah tak larat giler!Mana tak nya,selama terperangkap kat ini,asyik makan benda yang sama.Tak ada lansung nak makan nasi.Macam mana badan aku ni tak lemah.Huh..Muka aku tak payah cakaplah,comot kemain lagi.Dah tu,tak cuci muka.Hai kalau macam ni,memang kena reject dari jadi duta produk.
"Apasal ni?Dah tak larat ker?"Rizkin berpaling menghadap aku yang jalan kat belakang dia.Kening dia terangkat.
Aku lepas nafas kasar. "Penat.Pancit."
"Kau ni lemah betullah.Cuba kuat sikit.Macam mana nak cari jalan keluar kalau macam ni?Cuba tengok aku ni,kuat jer.."Nada Rizkin keras.Aku tarik kening keatas.
Weh,kalau ye pun tak payahlah nak marah aku macam tu.Hak elah. "Awak tak apalah.Saya ni,kaki pun sakit!Jalan terhinjut-henjut macam orang tua.Nak banding saya dengan awak memanglah lain.Saya perempuan,awak laki.Laki memanglah kuat dari perempuan!"ha...jawab jangan tak jawab!
Rizkin mula geleng kepala. "Aku cakap sikit patah,kau balas banyak patah!"
Aku telan air liur.Aduhai,ingatkan baru nak berbaik.Ni mula balik nak gaduh.Aduhai,ni tak syok ni.. "Emmm..minta maaflah.Tapi betul,saya dah tak larat sangat ni.Betul-betul penat.Boleh tak kita rehat dulu?"Aku menagih simpati.Dalam keadaan macam ni,aku rasa elok beralah sikit.Setakat minta maaf,tak ada rugi pun.
Riak muka Rizkin yang keras tadi berubah riak. "Okeylah,kita berhenti kat sini dulu.."Dia menyeluk kocek mencari waktu. "Ni pun dah nak senja.Hutan pun dah gelap."
Senyum mula terukir dari bibir aku.Aha...yes!!!!
"Y’know what?"
Aku angkat kening. "Menda?"aku pelik bila nampak senyuman nakal dari Rizkin.Eh...lain macam tu.
"Aku memang nak berhenti tadi.Tapi bila kau cakap dulu,saja eksen marah.Dengar kau minta maaf,lawak!"ketawa mengejek.
Mata aku terjegil. "Awak Rizkin....Memang!"
"Ye,aku memang kacak.Tak payah cakap molen.."
Dasar Rizkin alias mafia jeruk!Kurang asam tahap hiperbola+hiperbola+hiperbola!!!Na...aku pula dah terkena.Dan dia terus buat muka bodoh melangkah duduk kat batang pokok.
Rizkin masih sengeh bila pandang muka Hana yang masam tu.Macam budak umur 3 tahun yang tak dapat cokie-cokie jer gayanya.Tak padan umur lansung.Ni dari berhenti tadi sampai habis solat isyak,Hana lansung tak cakap hape.Marah sungguh ka?Setahu dia,Hana ni hati keras batu.Tak mudah tersentuh.Ker tiba-tiba manustrasi?Hok-hok.Ajak makan pun,Hana diam jer.Tapi diam-diam pun,sumbat juga makanan dalam mulut.Heh..
"Woi,kau marah aku ker weh?"
Diam.
"Hello,dah jadi patung?"
Kaku.Mata masih lagi hadap unggun api.
"Nilah perempuan,sensitif.Susah aku nak paham!"
"Ooo,sebab tu lah nak jadi gay?"Hana terus menembak kata tanpa perasaan dalam nada ataupun di wajahnya.
Rizkin mula kaku.Keluhan kasar dilepaskan. "I’m not gay Hana."
"Weh,kau ni nak period ker apa?Aku cakap sikit tadi dah marah sangat?Selalu aku kutuk kau,tak ada pula kau nak marah?"Rizkin bersuara lagi bila tengok Hana diam.
Keluhan keluar dari rongga hidung.Huh.. "Okey lah.Fine!Aku minta maaf..."
Bulat mata Hana dengar kata-kata Rizkin.Dia cakap apa tadi?Cepat kepalanya pusing memandang Rizkin.Tak lama,dia bangkit melompat. "Yabedabedu.....!!!!!Aha!Gotcha!Seri!0-0.."Muka Hana berseri mengalahkan sportlight.
Rizkin garu kepala yang tak gatal.Pekes ni?Jangan cakap yang Hana ni dah kena sampuk dengan semangat hutan..Mak aih..
"Kita seri!Ucapan maaf saya tu dah ditebus dengan kata maaf dari mulut awak!"kening angkat tanda ejek.
Saat tu,tangan Rizkin dah naik tampar dahi sendiri.Bodoh!Aku terkena.Alahai budak kampung ni,memang!Apasallah aku tak terfikir yang dia memang nak kenakan aku.Huh.. "Sekurang-kurangnya aku tak merayu kat kau!"masih lagi nak tahan ego.
Hana buat muka tak kisah. "Tak heran.Sekurang-kurangnya,awak dah ucap maaf.Pada saya,bila perkataan maaf tu keluar dari mafia dari awak..tu kira pecah rekod!!!!"semangat gila Hana cakap.Gaya macam dah menang loteri.
Rizkin telan air liur.Jatuhlah ego aku weh.Memang..bagi lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ego sebesar gajah,perkataan MAAF aka SORRY dan sewaktu dengannya adalah sangat mahal.Kalau nak cakap perkataan tu,memang kena berhati-hati.Tapi kali ni,adusss...Tewas kat budak kampung ni.Asallah aku ni lemah sangat depan Hana ni?Damn!
Kening Hana pula tak sudah-sudah terangkat berkali-kali.Aha...the best win...Hohohoho..
"What ever!"Rizkin mengalah.Malaslah nak cakap dengan budak kampung ni.
Hana pula dah angkat bahu.Dia kembali duduk menghadap unggun api.Sambil tu,tangannya ligat garu kepala yang dilitupi tudung ni.Mana taknya,selama duduk dalam hutan ni,berapa kali jer dia boleh bagi pernafasan kat rambut ni.Habis tu,takkan nak bukak depan Rizkin?Huh!Tak sanggup nak tanggung azab neraka weh..Takut.
"Kau ni kena jangkit kutu babi ker apa?"Rizkin dah mula dah...Dah keluar aura nak cari nahas.
"Suka hatilah saya!Memang pun ada kutu babi.Nanti awak pun ada juga sebab dekat dengan saya.."
Secepat itu Rizkin meraba kepalanya. "Huh,tak mau aku!Jatuh standart.."Hana gelak dengar Rizkin cakap.Lawak betul mafia ni.
"Saya nak bicara hati dengan awak sikit.."suara Hana kembali bergema bila sunyi mula melingkari.
"Shoot!"
"Awak kan yang dajal saya hari tu?"
Kening Rizkin terangkat tanda tak faham. "Buat dajal yang mana?Sebab aku ni banyak buat dajal kat kau.."pengakuan secara tak lansung..
"Letak julap dalam kuah sup saya!"
"Bukan aku..."
"Bukan awak tapi upah Zarra.Ingat saya tak tahu?"sinis nada Hana.
"So?"tanpa perasaan.Seolah-olah macam tak ada apa-apa kesan pun dalam hati Rizkin.Dari posisi duduk,dia mula baring.Namun matanya masih terbuka.
"Kenapa mesti nak dajal saya?"
"Bukan dajal..Just nak Bang Bang Boom dengan kau.But,y’know..Bukan niat aku pun nak kenakan kau..It’s Zarra.When I know that she did it,i thanked to her.So sweet right?Thanked for those help me very well."
"Sweet...very sweet tahap planet pluto!Tapi saya ni merana..Kena cabut rumput.."Nada geram.Heh..dahlah buat dajal,lepas tu tanpa perasaan bersalah pula tu.
"Relax molen..."pale lutut kaki hang!Relax..huh.Nasib baiklah hati ni dah sejuk. "Aku nak tidur kejap.Ngantuk.Kau jaga dulu.Nanti kejut aku.."Rizkin tak tunggu apa yang Hana nak cakap,terus letakkan lengan nak tutup mata.Badan dia memang dah penat gila.Tak tahulah kenapa hari ni rasa penat sangat.Kalau tidur kejap,boleh caj tenaga.
Hana tercengang.Wa...dia ni!Huh.Dasar mafia hati kayu.Dahlah mengaku buat salah tapi tak keluar pun maaf dari mulut dia.Tak maaf,sorry pun okey juga.Tak sorry,cakap arab pun boleh.Asif...ha,maaf...okey apa.Ni?Huh...masuk reban ayam lagi bagus kalau perangai macam tu.Lepas tu?Tidur.Tapi elok juga dia tidur..aman dunia ni.
Tangan Hana masih lagi sibuk garu kepala.Agak-agak berapa banyak perkampungan kelimumur yang dah ada kat atas kepala ni ye?Rasa macam nak bukak jer tudung ni.Aha,bukak tudung!!!!!Yup!!!!Rizkin kan tengah tidur sekarang.Aha..boleh bukak tudung.
Baru jer tangan nak tarik tudung,terfikir pula sesuatu.Macam mana kalau mamat ni tak tidur lagi?Hm..Hana bangun dan mendekati Rizkin.Dia membongkokkan badannya dan mengawang-awangkan telapak tangannya kemuka Rizkin.Hm..tak ada tindak balas.Nampaknya sungguh Rizkin dah tidur mati.Tambah meyakinkan bila dengar deru nafas Rizkin.Huh...cepat gila dia tidur.Macam Nobita!
Dia kembali ketempat asal dan mencabut tudung dikepala.Nak tahu rasa cik Hana sekarang?Bebas weh!Huh...mesti rambut-rambut ni gembira dapat bernafas.Nasib baik rambut ni pendek jer.Tak sampai cecah leher pun.
Memang dari kecil dia tak suka bela rambut panjang.Rimas!Selalu budak-budak perempuan kampung lebih suka simpan rambut panjang.Ayu..tapi tak Hana.Heh,ayu tu subjektif.Tak adanya rambut panjang kelutut tapi perangai macam hantu,dipanggil ayu.Lainlah kalau nama dia memang Ayu.
Niat nak lelap mata sat.Nanti baru kejut Rizkin.Bolehlah.Kejap jer ni.Kejap.
Malu!Malu!Malu!Segan!Segan!Segan!Aduhai..aku memang selalu malang kalau dengan Rizkin ni!Malang.Dia yang berjalan sebelah aku ni muka macam tak ada apa-apa tapi tak tahulah apa yang difikirnya.Huh..ni semua sebab kebodohan sendiri.Konon nak lelap mata sekejap.Ha...padan muka.
Mari kita flash back balik apa yang berlaku.....
"Hana!"
Rasa bergegar otak aku ni.Ntah sape ntah yang menjerit ni.Aku duk syok tidur tapi ada jer yang nak ganggu.Perlahan aku buka mata.Wa..huh!Muka Rizkin terpampang kat depan mata.Eh..apasal dia tak pakai baju ni?Tak senonoh!
Aku bangkit.Eh...rasa berangin semacam.Tudung!Ke..na..pa.. aku tak pakai tudung?Aku pandang tudung yang selamat kat tanah.Kemudian aku pandang Rizkin.
"Apa yang awak dah buat kat saya?"aku menjerit kuat.Nada suaraku juga bergetar kuat.Tudung aku ambil dan pakai cepat.
Rizkin geleng tak faham sambil sarung baju melayu kat badan. "Buat apa?"
"Jangan buat-buat bodoh!Kenapa tudung saya boleh tercabut?Awak buat tak senonoh kat saya!"aku mula menghembur kata.Geram!Tak sangka Rizkin sanggup...arh!Aku tak tahu apa yang dia buat.
Wajah Rizkin mula bertukar riak. "Apasal kau tuduh aku ni?"
"Awak!Tak berbaju.Dan tudung saya ni dah terlucut.Tak senonoh!"mataku mula berair.Kalau pasal maruah....memang kena sensitif.
"Oh..kau nak cakap aku ringan-ringan kat kau? Rubbish!Aku tak pakai baju sebab baru balik dari sungai.And for your information,aku tengok tudung kau tu memang dah terlucut.Cuba fikir,kalau aku buat tak senonoh kat kau,tak kan kau tak sedar?Use mind Hana..Not your emosion.."
Pap!!Kata-kata Rizkin mula menyedarkan aku.Sangat logik.Takkan aku tak sedar.Tapi tudung aku?Allah mak!Pak pandir!Kan semalam aku yang tanggal.Konon nak bagi rambut bernafas.Ha...bernafas sungguh.Dapat malu.Dah tu,percuma jer Rizkin dapat tengok rambut aku.
"Aaaa.."tu jer yang aku mampu nak cakap.
"Heh..lain kali jangan sesedap limpa jer nak tuduh orang.By the way..rambut aku rasanya lagi panjang dari rambut kau!"
Wa....malu gila!!!!!!!!!Huh...wajiklah kalau aku ada selimut halimunan Harry Potter,aku dah invisible.Rasa muka ni dah cukup malu nak hadap Rizkin.Dan cara yang selamat..diam jer lah.
Dahlah dia dah nampak rambut aku.Huwarh.dah tak eksklusif dah.Huh..memanglah dia kena minta maaf banyak-banyak kat bakal suami aku nanti.
Tak sedar,langkah aku dah terlebih laju dari Rizkin.Mana taknya,kaki aku ni dah hilang sakit.Rasanya kalau jalan cepat dari Rizkin,tak payah nak pandang dia.
Berjalan laju membuatkan aku dah tak tengok bawah dah.Tengah asyik berjalan,aku dapat rasakan yang kaki aku tergelincir masuk kedalam lubang.Badan aku pun turut sama.Ya Allah!Tak mau mati....
"Hana!"Ingatkan aku dah tak ada peluang dah.Tapi Rizkin sempat sambar pergelangan tangan kanan aku.Sekarang ni,elok jer aku tergantung.Huwarh...berapa dalamlah agaknya lubang ni?
"Rizkin...cepat tarik saya!"Aku jerit kuat.Aku dapat rasakan cengkaman tangan Rizkin yang kuat kat lengan aku. "Cepat Rizkin.Saya takut!!!"aku dah mula pejam mata.
"Sabar Hana.Relax.Aku tengah cuba ni."sedaya upaya Rizkin cuba nak tarik Hana. "Hoi,kau makan apa ha?Berat sangat ni!Ada bela ker?"Ya Allah..waktu macam ni pun boleh lagi dia nak kutuk aku?Saat aku tengah dalam kecemasan ni?
"Eh...kalau susah sangat ni..Lepas jer lah!"
"Betul?Okey juga tu."
Bulat mata aku bila rasa cengkaman tangan dia longgar. "Rizkin!Tak lawak okey."aku geram.Serius,sekarang ni kepala aku dah mula rasa pening-pening.Dahlah tadi aku tak makan apa.Konon malu.Ha sekarang?
Rizkin ketawa.Dan seketika,dia tarik tangan aku sekuat hati.Alhamdulillah..Selamat!Badanku terangkat keluar dari lubang entah-berapa-dalam ni.
Kepala aku berpinar-pinar.Rizkin yang kat depan aku ni dah jadi 2.Tangan aku memicit kepala.Sakit.Pandangan kat depan makin kabur dan....aku dah tak sedar.
"Hana!"
Langkah yang diayun Rizkin perlahan.Mana taknya,tengah cempung anak dara orang!Entak kenapalah waktu ni juga Hana ni nak pengsan?Nasib baiklah tak berat mana.Serius!Minah ni memang ringan gila.Kesian tengok dia.Muka pucat semacam.Ni mesti sebab tak nak makan tadi.Mesti sebab malu.
Serius!Memang terkejut bila bangun tengok Hana tak pakai tudung.She’s very cute!!Walaupun berambut pendek.Malah rambut Hana tu lagi pendek dari rambut dia sendiri.Rambut aku ni panjang macam Faizal Tahir tapi rambut dia pula sikit punya pendek macam Sharifah Amani.Huh..
Mata Rizkin melilau.Perasaan dia atau betul sebenarnya hutan ni dah makin nipis?Rasa macam...Hurm,teruskan perjalanan kau.Tiba-tiba telinga menangkap bunyi kenderaan.Bunyi kenderaan?Ya Allah!Dada Rizkin berdebar.Minta-minta betullah.Tubuh Hana dibaringkan ketanah.Dia kemudian berjalan lagi beberapa kaki kedepan.Betul!Bukan mimpi!Jalan besar!Ya Allah....
Secepat kilat dia kembali pada Hana.Kembali cempung dan terus menuju kejalan.Mana kereta ni?Tadi nak lalu,sekarang tak mau pula.Mata Rizkin melilau.Ya Allah..hantarkanlah seseorang untuk membantu.
Bulat mata Rizkin bila nampak sebuah kereta dari jauh.Gayanya macam kereta kancil.Cepat dia baringkan Hana dan mengawang-awangkan tangan berharap pemandu tersebut akan bersimpati dan berhenti.
Memang kereta Kancil tu berhenti!Tingkap dibuka.
"Rizkin!"
"Ayob!"
Serentak mereka bersuara.Ayob yang terkejut terus keluar menghampiri Rizkin.
"Ya Allah..Rizkin!Ha..na.Hana mana?"kalut.
Rizkin menjuihkan mulutnya kearah Hana yang terbaring.Secepat itu Ayob menghampiri Hana dan mengangkat sepupunya masuk ke seat belakang.
"Jom naik!"
"Syukur..."Ayob bersuara bila mereka dah mula masuk dalam kereta. "Dah berapa hari korang hilang!Mak Hana ni dah macam cacing kepanasan..."
Rizkin sengeh kelat.Kepalanya enak bersandar. "The story telling will come.Now,pergi hospital dulu.."Rizkin dah mula pejam mata.
Ayob angguk.Faham.Rizkin tentu penat.Dengan serabainya pakaian dan muka Rizkin dah cukup nak ceritakan apa yang berlaku.
Memang kebetulan!Dia yang baru balik dari rumah kawannya kat KL ni terserempak dengan diorang.Syukur..Syukur..
Aku buka mata perlahan-lahan.Kat mana ni?Amenda dalam hutan rasa selesa sangat ni?Syiling?Dalam hutan ada syiling?Pula tu aku baring atas katil?Wa....ajaib.Ker aku dah kena selamat dengan orang bunian?
Mataku menala pada orang yang duduk tidur menangkup kat tepi katil aku.Aku angkat tangan ku dan menggoyangkan bahu.
Dia angkat muka dan...Mak!
"Hana...Hana dah sedar!"mak terus peluk badan aku cepat.Erat.Hangat.Selesa.Aku balas pelukan mak.Aku dapat rasakan bahu aku basah.Dan sebenarnya,air mataku pun dah pecah.Jumpa mak...maksudnya aku dah selamat.
"Hana tahu tak betapa mak risau sangat bila Hana hilang?Syukur sangat Hana selamat.."
Aku angguk. "Hana tahu mak..Hana tahu."
Dah lama tak rasa pelukan mak macam ni.Betul-betul buat aku rasa lega.Seketika kemudian pelukan terlerai.
"Hana kat mana?Macam mana Hana boleh ada kat sini.Mak..mak macam mana sampai sini?"bertalu soalan keluar dari mulutku.
Mak mengelus rambut aku perlahan. "Hana kat hospital sayang.Ayob jumpa Hana dengan Rizkin kat tepi jalan.Pemandu Tengku Rubiah terus jemput mak bila tahu Hana dah selamat.."tenang mak jawab.
"Hana tahu tak siapa yang culik Hana tu?"serius wajah mak.
Aku geleng. "Yang pasti dia nak Tengku Rizkin.Hana kena sekali sebab waktu tu Hana ada dengan Rizkin..."seketika aku terdiam. "Mak..Rizkin macam mana?"
"Tengku Rizkin okey.Dia berehat kat rumah sekarang ni."ringkas jawapan mak membuatkan aku menarik nafas lega.Syukurlah kalau selamat.
Mulut aku ternganga sebesar-besar alam.Mata aku membulat sebulat-bulatnya.Muka aku pucat selesi-lesinya.Aku telan air liur.Gulp!Pahit...sangat pahit.Aku...Aku...tak boleh nak percaya.Aku pandang mak yang duduk kat sebelah aku tapi cepat mak larikan pandangan kat arah lain.Muka Tengku Rubiah yang tengah duduk bertentangan dengan aku pun aku pandang.Rizkin yang kat sebelahnya pula aku kerling.Dia pun 2x5 dengan aku.Terkujut!!!!Tengku Hasful dengan Tengku Mariah pula,relaks semedang.Aaaahhh...ruang tamu villa ni yang besar rasa macam makin menyempit.
"Lawaknya!"sepatah perkataan tu terkeluar dari mulut aku.Aku harap sangat seisi ruang tamu ni akan gelak dan cakap,Bang bang Boom!Anda terkena!Tolonglah...
Tengku Rubiah geleng lanjut. "Tak ada masa nak melawak Hana"
"No nenek!No way!"Rizkin sudah bangkit dari tempat duduknya.Muka dia yang tadinya lesi tak berdarah dah tukar jadi merah.nampak marah tu. "Nonsense!I don’t want!"tinggi suara Rizkin bergema.
"Tak cukup lagi ke berapa hari Riz terperangkap dengan budak kampung ni?Ni tiba-tiba nak kahwinkan Riz dengan dia.Such a stupid things."
"Rizkin!Shut up!"Tengku Hasful bersuara."How rude you to nenek?"
Dada Rizkin berombak. "Enough!I’m tired for all this.Asyik-asyik Riz kena dengar cakap nenek.I’m off!Marry with this village girl?I don’t want!Dahlah selekeh,tak reti bergaya,buruk pula tu!"
Tersirap darah aku. "Ingat saya nak kahwin ker dengan gay macam awak ha?"kali ni aku mula bersuara.Heh,sesedap rasa limpa jer nak kutuk aku.Apa ingat tinggi sangat daulat tu.
Seisi ruang tamu diam tersampuk. "Gay?"Tengku Rubiah riak tak percaya.
"No nenek!"Rizkin meningkah.
"Orang berak tepi jalan,mana nak mengaku."tajam sindiran aku.
"Now nenek ada lebih banyak sebab untuk kahwinkan Riz dengan Hana."
"What?!"
"Apa?!"
Serentak kami bersuara.Aku telan air liur.Aku cakap dia gay sebab tak mau kahwin dengan dia tapi sekarang,lain pula jadi.Mak!Aku goyangkan lutut mak.
"Mak Hana tak mau kahwin dengan Rizkin mak.Dia gay!Hana tak mau..."aku mula merengek.
Mak geleng kepala. "Ini yang terbaik sayang.Mak buat ni untuk kebaikan Hana."
Buat pertama kalinya aku rasa mak dah berlaku kejam kat aku.Yang terbaik?Terbaik apanya?Aku kena kahwin dengan gay!Aku akui aku dengan Rizkin dah baik sikit tapi tak adalah sampai nak kahwin dengan dia.Dahlah mulut dia tu8 laser memanjang!Aaaahhhh!!!!!!!!!!!!!
Aku bangun dari sofa dan lari menuju keluar.Aku benci!!!Baru sampai kat tangan,aku dapat rasakan lengan aku direntap.Rizkin!
"Kau nak pergi mana?"
"Nak pergi buat bodoh!Nak lari!Saya tak mau kahwin dengan awak!"aku jerit kuat.Lantaklah siapa pun nak dengar.
"Memang kau dah buat benda bodoh tadi!"Rizkin bersuara keras. "Kalau kau tak cerita aku ni gay,tak adanya lagi beria nenek nak kahwinkan kita.Ni semua kau punya pasal!Ker kau memang teringin nak kahwin dengan aku?Nak kikis harta?"tajam berduri kata-kata Rizkin.
Mataku yang merah lagi rasa berbara.Atas dasar apa sesedar oren jer dia tuduh aku? "Memang!Memang saya nak kikis harta awak!Puas hati??"berombak dada aku menahan amarah.
"Hana...!!"panggilan nama.Aku kalih kebelakang.Mak datang.Aku tarik muka.Buat masa sekarang...aku tak lalu nak cakap dengan mak.Ampun!Aku tak mau jadi anak derhaka tapi perasaan aku ni tengah terbakar.
"Awak sihat?"suara Hazrik lembut menyapa anak telingaku.Aku bangun dari pembaringan.
"Sihat.."sepatah aku jawab.Serius,aku tak rasa nak bergurau lebih-lebih.
"Mana awak menghilang Hana?"resah kedengaran suara Hazrik. "Betul ker awak nak kahwin dengan Rizkin?"
Aku terdiam.Aku kalau boleh memang nak cerita apa sebenarnya yang terjadi kat Hazrik tapi tak boleh.Aku dah terikat dengan perjanjian.Perjanjian paling bodoh!
"Tak kemana pun Hazrik.Tak kemana.Ada jer kat sini..."lemah suaraku.
"Awak tak jawab lagi soalah saya yang kedua.Betul awak nak kahwin dengan Rizkin?"nada Hazrik dah bertukar rentak.Seolah mendesak.
Hazrik....Awak nak tahu,saya bukan NAK tapi TERPAKSA!!!!Huh..kalaulah boleh aku cakap macam tu kat Hazrik.Tapi tak boleh.Memang awalnya aku tak hingin lansung nak kahwin dengan Rizkin tapi...
"Mak tak pernah minta apa-apa kat Hana kan?"itu kata-kata mak semalam.Saat aku memberontak tak mahu kahwin dengan Rizkin.
"Mak boleh minta apa jer mak.Apa jer tapi bukan ni.Hana tak mau kahwin dengan Rizkin mak..Hana muda lagi.Hana tak bersedia.Hana tamau..."air mata aku dah jatuh kat pipi.Harap yang mak akan faham keadaan aku.
"Mak tak mahu yang lain Hana.Mak nak Hana kahwin dengan Tengku Rizkin.."
"Kenapa mesti dia mak?Kenapa?Kenapa bukan orang lain?Dia gay mak!Gay!"aku tekan perkataan gay.Berharap mak sedar yang anak dia ni nak kena kahwin dengan gay.
"Sebab dia gay,Hana mesti kahwin dengan dia..Demi mak..demi Ayob.."
Bulat mataku.Apa pasal pula nak sabit Ayob. "Apa kaitan dengan Ayob ni?"
"Hana tahukan yang Rizkin dengan Ayob saling kenal..Dan...Hana kena faham tu.Hana kena selamatkan Ayob..dengan kahwin Rizkin."
Allah..kenapalah aku yang mesti korban?Kenapa aku?Kenapa bukan orang lain?Aku tak mau pertaruhkan nasib aku kat tangan mafia tu.
"Hana..tolonglah.Mak Cuma minta ni jer.."
Dan dengan semangat yang lemah,aku angguk kepala.
Dan aku tak tahu pula kenapa Rizkin boleh setuju nak kahwin dengan aku.Tapi aku dapat rasakan sebab dia tak mau hilang harta Tengku rubiah.Huh...demi harta.Tak kisahlah!
"Hana!"Sergahan suara Hazrik mengembalikan aku ke alam nyata.
"Ye...ye..Sorry.."aku ketuk kepala perlahan.Uh...sempat lagi nak berangan!
"Betul awak nak kahwin dengan Rizkin?"kali ketiga soalan diulang.
Aku tarik nafas perlahan.Tarik lagi...lagi dan lagi..Tarik lagi.. "Ye!Saya nak kahwin dengan Rizkin!"
Serentak dengan itu aku matikan talian dan terus matikan telefon bimbit.Tak kuasa dah nak bersoal jawab dengan Hazrik.Dan...telefon ni akau akan pulang kat Hazrik.
"Aku terima nikahnya,Hana Humaira’ binti As-Saidin dengan mas kahwinnya RM80 tunai!"
Sah!!!!
Dan....mimpi ngeri dalam hidup aku akan bermula...........Huwarh!!!!!!!!!
Tiga minggu sudah berlalu sejak Shuhada pulang dari Perak dan sudah hampir tiga minggu juga, Ikhwan tidak menghubungi Shuhada. Sengaja dia tidak menghubungi gadis itu, sekadar ingin menguji. Tetapi mesej yang di terimanya daripada Shuhada semalam seakan memberikan lampu hijau kepadanya. Walaupun teragak-agak, namun jarinya tetap menekan butang panggilan. Seketika kemudian terdengar suara yang dirinduinya. "Assalamualaikum.." "Err… Waalaikumsalam.. apa khabar?" Ujarnya dalam suara tersekat-sekat, tiba-tiba dia berasa gementar apabila bercakap dengan gadis itu. "Emm.. baik, siapa ni?" "Ini Wan, apa khabar sekarang, macam mana dengan study" "Oh.. Wan, ingat siapa tadi. Alhamdulillah, okey. Ish.. kenapa slow sangat suara awak ni, line tak clear ke.." "Oh, ye ke? saya dalam office la" "Oo.. lama tak dengar khabar, tiba-tiba call pula, kenapa dah lama menyepi?" "Err.. saya sibuk lah. Err.. saya ingat nak ajak awak keluar hari sabtu ni boleh?" "Aik.. tiba-tiba saja ajak saya keluar ni, ada hal apa?" "Tak boleh ajak keluar ke? Sajalah, kita pun dah lama tak jumpa." "Emm.. nantilah saya confirm kemudian, tak tahu lagi saya free atau tak." "Kalau macam tu nanti inform saya ye, ok, bye and take care.." "Nak tanya itu saja ke?" "Itu saja, ok lah saya ada kerja nak buat ni, bye.." Ikhwan tersenyum puas, walaupun belum ada persetujuan daripada Shuhada, tetapi dia yakin gadis itu akan bersetuju. Shuhada memandang telefon di tangannya, pelik dengan perangai Ikhwan. "Kalau setakat nak ajak keluar, mesej kan ada? Buat apalah membazir kredit nak call pulak?" Tetapi jauh di sudut hatinya terselit rasa gembira apabila mendengar suara lelaki itu. "Wei.. apa yang kau membebel tu? Siapa yang call tadi?" Tiba-tiba Shuhada mendapat idea, dia memandang Nabila. "Yang kau tengok aku semacam saja ni kenapa? Aku tanya, siapa yang call tadi?" "Wan.. saja nak bertanya khabar." "Lama tak dengar cerita, tiba-tiba timbul balik pulak, dia nak apa?" "Dia ajak aku keluar sabtu ni." "Itu sudah bagus, dah tu, kau setuju ke tak?" "Aku tak setuju pun lagi.." "Ish.. apalah lembab sangat kawan aku yang seorang ni, apasal pula kau tak setuju? Tolak tuah betullah kau ni" "Segan lah, kalau kau boleh teman, aku pergi lah.." "Mana boleh, takkan aku nak kacau daun pulak?" "Kacau daun pasal apa pulak, lagipun kitaorang ni bukan loving couple lah." "Eleh.. tak mengaku pulak, entah-entah korang dah lama bermesej-mesej, cuma aku saja yang tak tahu." "Apa lah yang kau merepek ni Nab? Dah dekat tiga minggu kita balik dari Perak. Kalau kau nak tahu, selama itu juga lah aku dengan Wan tak berhubung." Nabila mencebik bibirnya, tanda tidak percaya kepada Shuhada. "Eh, tak percaya pulak? Last aku hantar mesej kat dia, sehari selepas kita balik dari Perak. Tak percaya sudahlah, kau nak teman aku ke tak sabtu ni? Kalau aku seorang je, tak nak lah." "Yelah, yelah.. aku teman, tapi dengan satu syarat." "Apa syaratnye?" "Aku nak bawa Azmi sekali boleh? Nanti taklah aku keseorangan bila kau berdua-duan dengan Ikhwan tu. Kau tu bukan boleh percaya sangat." "Banyak la kau punya berdua-duaan.. aku tak kisah lah, janji kau ikut." Shuhada kembali menyambung menaip assignment nya selepas menghantar mesej kepada Ikhwan untuk menyatakan persetujuannya. Tiba-tiba telefon nya berbunyi lagi. Tertera nama Ikhwan di atas skrin. "Err.. assalamualaikum.." "Waalaikumsalam, dapat tak mesej saya tadi?" "Dapat, tapi kenapa awak nak bawa Nab dengan kawan dia pula? Kita berdua saja tak boleh ke?" "Ish.. segan lah, alah tak kan awak tak biasa dengan Nab kot, tak boleh ke kita keluar sekali?" "Emm.. bukan tak boleh.. tapi, err.." "Kalau tak boleh, tak jadi lah.." "Eh, jadi, jadi, saya tak kisah.." Shuhada menahan ketawa mendengar suara Ikhwan yang kedengaran sedikit gementar. "Emm.. nak jumpa kat mana nanti ni?" "Terpulang pada awak lah, saya ikut saja" "Sekejap ye, Nab, nak pergi mana nanti?" "Times Squera lah, senang, nanti turun kat Chow Kit, terus saja naik monorail, lagipun aku dah lama jugak tak pergi sana." "Wan, kita pergi Times Squera boleh? Nabila ni, teringin sangat nak pergi sana." "Eh, aku pulak..!" Shuhada mematikan talian selepas Ikhwan menamatkan perbualan mereka. "Ish.. ish.. tak siap-siap lagi ke assignment kau tu? Itu lah, buzy sangat melayan bakal pakwe, hehe.." "Diam lah, sibuk je. Mengata aku, yang kau punya dah siap ke?" "Hei.. ini Nabilah lah, kalau tak buat sehari sebelum deadline, bukan aku lah tu, hehe.." "Cis.. !" "Hai, awal korang berdua balik hari ini?" "Ish..! kau ni Rina, masuk bilik orang tak tahu nak bagi salam ke?" "Sorry lah, yang lain mana? Senyap saja?" "Kak Eri dengan Iza tak balik lagi, Fidah biasa la, keluar dengan buah hati dia, baru balik kelas, terus keluar." "Korang berdua dah makan ke?" "Sudah, makan kat kolej tadi, Rina, kau nak tahu tak, sabtu ni ada orang nak dating." "Siapa?" "Kawan kita ni lah," "Huda? Dengan siapa?" "Itu rahsia, kau tanya lah dia sendiri." "Dating apa pula, kau percaya sangat lah cakap Nab tu, dia pun iku sekali, kalau kau nak ikut sekali pun boleh, ramai-ramai baru meriah." "Aku pun ada date juga sabtu ni, kau keluar dengan siapa Huda, aku tak tahu pula kau ada pakwe baru." "Pakwe baru apa pula, Nab pun kenal dengan mamat tu, satu kampung dengan dia." "Alah korang ni, cerita sikit kat aku Nab, siapa dia, nak berahsia sangat, aku kenal ke?" "Ok, aku nak bagitahu lah ni." "Oo.. macam tu rupanya, kau rasa mamat tu suka kan Huda ke?" "Aku rasa memang dia suka dengan kawan kita ni, layan baik punya. Tapi aku tak boleh lupa lah masa dia tuduh Huda mencuri, kelakar gila, hehe.." "Ish.. jangan lah ungkit lagi cerita tu, malu lah aku. Rina, kau jangan percaya cakap tukang tilik karut ni, padai-pandai saja kata mamat tu suka kan aku." "Betul lah, korang tunggu lah, mesti korang couple nanti." "Yelah tu.. makcik.." ***** "Eh, cepat sikit lah mak nenek, nanti lambat pulak sampai." "Lebih-lebih pulak cik kak sorang ni, aku yang nak jumpa dia ke, atau kau?" Tergesa-gesa Shuhada menyarung kasut apabila melihat Nabila sudah bercekak pinggang di depan pintu rumah. "Relax lah cik kak oii.. aku tau lah kau tu nak pergi dating, tak kan lari gunung di kejar..Nak lari ke mana lah abang Azmi kesayangan kau tu." "Banyak lah kau punya relax, ni dah pukul 12.30 tau, janji dengan diorang pukul 2, nak naik bas lagi. Kesian kat Azmi, kena beli tiket wayang." "Yelah, aku tau, jom lah nanti tertunggu-tunggu pulak buah hati kau tu." "Mak aihh.. panjangnya orang beratur nak beli tiket. Azmi dah belikan tiket wayang ke?" "Sudah, tadi dia bagi mesej kata movie start pukul 4, sebelum tu bolehlah kita makan-makan dulu." "Kau ni, ingat makan je, yang aku hairan tu, tak jugak gemuk-gemuk. Petua apa kau pakai ha?" Shuhada berdiri di sebelah Nabila, cuba membandingkan badan mereka berdua. "Kau nak tahu buat apa? Badan kau tu dah cukup slim dah, tak payah la nak cari petua untuk kuruskan badan lagi. Nanti kalau dah tinggal rangka siapa yang nak kau?" "Ye lah mak nenek." Shuhada tertawa besar melihat wajah Nabila yang berubah apabila di panggil mak nenek. "Gelak, gelak lah puas-puas, nanti siap lah kau." "Eleh, gurau sikit nak marah, Azmi mana? Tak nampak dia pun." "Nanti dia datanglah tu, aku dah bagitau dia, kita ada depan panggung ni. Ikhwan mana? Sibuk je tanya pakwe kita." "Tak kan marah kot? Entah lah, tapi aku dah hantar mesej bagitau kita kat sini." "Hai, lama dah tunggu?" "Eh, Wan. Tak lah, kitaorang baru sampai je. " "Nak keluar, tak ingat nak ajak aku ye, nasib baik ada Huda tau." Ikhwan tersenyum malu mendengar kata-kata Nabila. "So, kita nak pergi mana dulu ni?" "Emm.. sekejap lah, nak tunggu boy Nab ni, tak sampai lagi." "Itu pun dia sudah sampai" "Sorry, sorry, lambat sikit." "Kenal kan, ini Wan, Wan, ini lah Azmi, boy aku." "Tak payah lah bagitau status sekali, nanti ada awek dengar, jatuh lah saham." "Amboi, tak dengar lah, ulang sekali lagi, mengada-ngada.!" "Aduh..! sakit lah." Satu cubitan hinggap di pinggang Azmi, Shuhada dan Ikhwan sekadar ketawa melihat gelagat sepasang kekasih itu. "Tiket yang saya suruh beli tu dah beli ke?" "Sudah, penat tau beratur tadi." Nabila segera mencapai tiket dari tangan Azmi, apabila Shuhada hendak mengambilnya. Shuhada memandang Nabila yang tersenyum-senyum, lagaknya seakan cuba menyembunyikan sesuatu. "Biarlah aku simpan dulu tiket ni, nanti nak masuk sama-sama juga kan?" "Suka hati kau lah." Selepas menjamu selera, mereka kembali semula ke panggung wayang. Nabila tersenyum-senyum sambil memandang tiket di tangannya. Memang dia sengaja merancang dari awal untuk membeli tiket yang berlainan cerita. "Eh, nak kemana tu Nab? Movie nak start dah ni." "Aku punya movie kat panggung tiga lah, kau dengan Ikhwan panggung lima." "Hah?" Terkejut Shuhada apabila mendengar penjelasan Nabila. Nabila pula segera menarik tangan Azmi dan berlalu. Tinggallah Shuhada terkulat-kulat di depan Ikhwan. Ikhwan tertawa kecil melihat wajah kelat Shuhada. "Tiket sudah beli, tak kan tak nak masuk, membazir saja nanti, jom lah." Shuhada mengikut Ikhwan dari belakang, di dalam hatinya dia menyumpah-nyumpah Nabila. Dia tahu kawannya itu memang sengaja mahu mengenakannya. "Senyap saja awak ni, tak seronok ke cerita ni?" "Memang lah senyap, mana ada orang bersembang tengok wayang." "Emm.. saya tak paksa kalau awak tak nak keluar dengan saya." Shuhada mengeluh kecil, kasihan pula dia kepada lelaki itu, terpaksa menjadi tempat melepaskan geramnya. "Sorry lah awak, saya bukan tak suka keluar dengan awak, tapi saya geram kan Nabila ni." "Kalau macam tu, awak suka lah keluar dengan saya ni?" Terdiam Shuhada mendengar soalan yang tidak disangka-sangka daripada Ikhwan. Dia terperangkap dengan jawapannya sendiri. "Suka atau tak, keluar dengan saya ni?" Ikhwan mengulangi soalannya. Kerana tidak tahu ingin memberi jawapan apa, Shuhada sekadar mengangukkan kepalanya sambil memandang ke arah skrin wayang. Cerita baru saja hampir separuh selesai, tiba-tiba suasana panggung yang gelap itu di kejutkan dengan nada dering suara kanak-kanak ketawa. Tergesa-gesa Shuhada mengambil telefon bimbitnya, entah kenapa dia terlupa pula untuk menukarkan silent mode untuk telefon bimbitnya. "Aku balik dengan Azmi, kau balik sendiri lah ye.. lupa pula, enjoy your movie, hehe.." Shuhada segera mematikan telefon bimbit nya selepas membaca mesej yang di hantar oleh Nabila, hilang mood nya untuk menonton filem. Berkali-kali Shuhada cuba menghubungi Nabila, tetapi panggilannya tidak berjawab. Jam sudah menunjukkan pukul tujuh malam, nampaknya Nabila benar-benar serius. "Dapat call Nab?" Shuhada sekadar menggeleng kan kepalanya, "Err tadi dia ada hantar mesej, dia bagitahu dia balik dengan Azmi." "Laa.. habis tu Huda call dia nak buat apa?" "Saya ingat di main-main." "Saya hantar awak balik lah." "Eh, tak apa lah, saya balik sendiri." "Bahaya lah awak balik sendiri, sekarang sudah pukul tujuh, nanti mesti sampai malam ke rumah, atau awak takut nak balik dengan saya?" "Bukan lah, saya.." "Kalau macam tu, saya hantar ok?" Shuhada terperangkap lagi, akhirnya dia akur dengan permintaan Ikhwan. "Awak lain lah sekarang." "Lain macam mana pula?" Shuhada berasa hairan dengan kenyataan Ikhwan. "Tak berapa mesra." "Tak mesra?" "Ye lah, cakap dengan saya pun macam nak tak nak saja. Dulu, nak ajak bergaduh pun boleh." Shuhada memandang Ikhwan yang sedang memandu, timbul rasa bersalahnya kepada lelaki itu. "Sorry kalau awak rasa macam tu. Mungkin sebab kita dah lama tak berjumpa kot." "Awak malu dengan saya?" "Ish.. apa pulak, mana ada." Shuhada segera mengalihkan pandangannya ke arah luar apabila Ikhwan memandangnya. "Betul lah tu, tengok muka saya pun tak nak, malu lah tu." Ikhwan ketawa besar melihat wajah Shuhada yang sudah merah. Suka benar dia melihat wajah Shuhada yang malu-malu itu. "Tak lah, buat apa saya nak malu dengan awak pulak?" Shuhada cuba menafikan kata-kata Ikhwan, walaupun hakikatnya ada kebenaran kata-kata itu. "Nanti saya nak jumpa awak lagi boleh?" "Tengok lah." "Macam tak sudi saja nak jumpa saya." "Ish.. awak ni macam budak kecil lah, kuat merajuk. Patutnya saya yang kuat merajuk, ini terbalik pula." "Ok lah tu, saya merajuk, awak pujuk.." "Tak kuasa lah, kalau pakwe sendiri tak apa juga." "Oh, kalau macam tu saya kena jadi pakwe awak dulu lah?" "Tak nak lah," "Kenapa, saya tak cukup hensem ke?" "Saya tak cakap apa pun, awak yang mengaku sendiri." "Nanti lah saya buat plastic surgery, bagi hensem. Lepas tu mesti awak sudi jadi awek saya." "Merepek saja awak ni. Berdosa tau mengubah ciptaan tuhan." "Hai, bertuahnya saya dapat bakal isteri solehah." "Ish, malas lah bercakap dengan awak ni, dari tadi merepek saja." Mereka membisu seketika, Ikhwan tenang memandu mungkin sudah kehabisan idea untuk mengenakan Shuhada. "Emm.. ni nak masuk jalan mana satu ni?" "Masuk sebelah kiri, lepas tu kiri lagi." "Eh, tadi kata tak nak cakap dengan saya." "Awak ni..!" "Okey, okey, sorry.. Saya gurau saja." Ikhwan meminta maaf setelah melihat wajah masam Shuhada. "Sampai sini sajalah." "Saya nak hantar sampai dalam rumah tak boleh ke?" "Ish.. tak payah la, tak elok kalu orang nampak, lelaki masuk rumah anak dara." "Okey lah, selamat malam, assalamualaikum, tidur nanti mimpi saya." "Ah, mengada-ngada.. waalaikumsalam, thanks sebab hantar saya." "Untuk awak, apa saja saya sanggup, hehe.." "Ye lah tu.. okey, bye.." Selepas menghantar Shuhada, Ikhwan memandu pulang ke rumahnya, hatinya berbunga riang kerana telah bertemu dengan Shuhada, dia bernekad untuk memiliki hati gadis itu. Pertemuan mereka tidak boleh dibiarkan tamat setakat ini sahaja. Ikhwan sudah mula merancang beberapa pertemuan lagi bersama Shuhada. Shuhada segera mencari kelibat Nabila sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. "Kak Eri, Nabila dah balik?" "Belum lagi, eh, bukan korang keluar sekali ke tadi?" "Memang lah, tapi dia tinggal kan saya, lepas tu dia balik dengan Azmi." "Ha..? biar betul Nab tinggalkan kau, tahu pula kau balik sendiri?" "Kawan hantar tadi." "Kawan mana pula ni?" "Kawan, ada lah.. Ha.. dah balik pun kawan kita ni, tak guna punya member, kau kenakan aku ye? Siap kau, mana kau nak lari.. !" "Relax lah Huda, aku cuma bagi peluang kat korang berdua saja. Aduh, sakit lah, dah la, jangan lah cubit aku. Tolong saya Kak Eri." "Akak tak nak masuk campur. " "Banyak la kau punya peluang..! lepas ni aku tak nak ajak kau keluar lagi." "Oh, lepas ni kau keluar berdua sajalah dengan si Wan?" "Ish.. kau ni kan..!!" satu lagi cubitan halus hinggap di lengan Nabila. Dia menjerit kesakitan apabila di cubit oleh Shuhada. "Wan mana pula ni?" "Pakwe baru Huda, sekarang ni Huda dah ada pakwe baru Kak Eri," "Jangan percaya cakap dia ni Kak Eri." "Apa-apa saja lah korang ni, Nab, nanti ada apa-apa berita jangan lupa bagitahu akak sekali tau, hehe.." "Ish.. sama saja orang dalam rumah ni, malas lah nak layan." "Malas layan sudah, akak nak layan cerita ni, korang berdua pergi mandi lah, dua-dua dah bau masam." "Akak, saya guna bilik air kat bilik akak ye." "Aku nak guna lah, kau guna lah bilik air luar ni." "Ah.. aku tak peduli, siapa cepat dia dapat, hehe.." Shuhada segera berlari menuju ke dalam bilik air di bilik utama, puas hatinya kerana dapat mengalahkan Nabila.
Kebelakangan ini Shuhada jarang dapat bertemu dengan Ikhwan, dia kini semakin sibuk dengan peperiksaan akhirnya. Begitu juga dengan Ikhwan yang semakin bertambah beban kerjanya. Sedang Shuhada sibuk menelaah pelajaran, telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej masuk. Tertera nama Ikhwan, Shuhada tersenyum girang, hilang segala penatnya. "Assalamualaikum, tgh study ke? Dah makan? saya ada kat kg ni. Saya rindu lah, hehe.." Shuhada tersenyum sendiri membaca mesej daripada Ikhwan, seringkali lelaki itu menghantar mesej sebegitu, tetapi sehingga kini Shuhada masih belum pasti perasaan Ikhwan terhadap dirinya kerana lelaki itu tidak pernah berterus-terang dengannya. "Saya pun rindu jgk dengan awak.." Sengaja dia membalas mesej itu kepada Ikhwan, sekadar ingin menguji. Beberapa minit kemudian telefonnya berbunyi lagi tanda mesej masuk. "Awak rindu dengan saya? Macam tak percaya pulak, hehe.. kalau awak ada kat depan saya sekarang ni, dah lama saya peluk tau.. Miss u very much..!!" Buat pertama kalinya dada Shuhada berdebar membaca mesej daripada Ikhwan, selama ini tidak pernah Ikhwan menghantar mesej seperti itu. dia tidak membalas mesej itu dan menyambung menelaah pelajaran. Bukan tidak mahu membalas, tetapi dia tidak tahu apa yang harus di katakan. Tiba-tiba telefon nya berbunyi, tertera nama si pemanggil, segera Shuhada menjawab panggilan itu, bimbang menggangu tidur Nabila. "Assalamualaikum.." "Waalaikumsalam.." terdengar suara garau di hujung talian. "Awak marah ke dengan apa yang saya hantar tadi?" Shuhada mendiamkan diri, dia kehilangan kata. "I’m sorry," mendatar sekali suara Ikhwan berharap agar Shuhada tidak menyangka yang bukan-bukan. "It’s okey. Saya tak marah lah," "Emm.. nasib baik, ingat awak marah tadi, tak balas pun mesej saya." "Tadi saya pergi toilet, baru saja baca mesej awak ni." Ujar Shuhada berbohong. "Oh.. ok lah, saya tak nak ganggu awak study, good night, jangan tidur lewat sangat. Miss you…" Belum sempat Shuhada membalas, talian telah di mati kan. Terngiang-ngiang ayat terakhir itu di telinga nya, "Miss you.." Entah kenapa lain benar dirasakannya pada malam ini. Bukan dia tidak pernah mendengar kata-kata itu daripada Ikhwan. Tetapi malam ini suara lelaki itu kedengaran begitu romantik sekali. Hilang tumpuannya untuk belajar, akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur saja. *************************************************** Terasa bagai satu beban terlepas dari bahunya sebaik sahaja melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Shuhada menanti Nabila di luar dewan, seketika kemudian kelihatan Nabila dengan wajahnya tersenyum girang. "Ahh.. lega nya dah habis exam, kalau tak, tak senang tidur aku." "Lambat keluar? Mesti dapat skor tinggi nanti." "Eleh, kata kat aku, kau tu? Eh, dah lah, aku lapar ni. Pagi tadi tak makan lagi" Nabila segera menarik tangan Shuhada menuju ke arah kafeteria. "Bila kau nak pindah barang balik rumah?" Soal Nabila sambil mulutnya mengunyah bihun goreng. "Mulut penuh jangan bercakap la.." Nabila sekadar tersengih mendengar nasihat Shuhada. "Abang aku cakap nak datang lusa, kalau ikutkan mama aku, hari ini jugak dia suruh aku balik. Mana lah sempat, nak kemas barang lagi." Tiba-tiba telefon Shuhada berbunyi, segera dia menjawab panggilan itu sebaik sahaja tertera nama Ikhwan. "Assalamualaikum.." "Waalaikumsalam.." "Dah habis exam?" "Emm.. dah, tengah teman Nab makan ni." "Teman Nab makan saja? Awak tak makan sekali ke? Nanti masuk angin perut tu." "Dah makan, sebelum masuk exam tadi. Kenapa call ni?" "Tak boleh call ke?" Ujar Ikhwan seakan merajuk. "Bukan tak boleh, sekarang ni kan office hour, nanti orang kata curi tulang pulak." "Okey lah, saya nak ajak awak keluar malam ni boleh?" "Err.." "Ada hal sikit saya nak minta tolong, bolehlah." Huda mendiamkan diri seketika, teringat dia pada barang-barangnya yang masih belum dikemas satu pun. Namun memikirkan permintaan Ikhwan, tidak sampai hati pula hendak menolak. "Hello, awak ada lagi ke ni?" "Ada, ada, okey lah, nanti awak nak datang pukul berapa?" "Pukul 8 boleh?" "Okey lah." Nabila tersenyum-senyum memandang Shuhada sebaik sahaja dia menamatkan perbualannya. "Buah hati ajak keluar ke?" "Ada pulak? Bukan buah hati lah, pandai-pandai saja kau ni." "Eleh, hari-hari mesej, call, pun tak mengaku lagi? Bila korang declare hah?" "Apa kau merepek ni Nab? Declare apa?" "Kau ni kalau aku kata lembab, marah. Tapi memang pun, harap saja belajar tinggi-tinggi, slow betul. Kau dengan Wan lah, takkan aku dengan Wan pulak, nanti mana aku nak campak Azmi?" Shuhada tertawa mendengar bebelan Nabila, bukan dia tidak mengerti maksud sahabatnya itu, tetapi dia sengaja buat-buat tidak faham. "Kitaorang tak ada apa-apa lah, still friend." "Still friend? Ya Allah, apa punya lembab lah si Wan ni? Muka dah jiwang karat, tapi hampeh je.." "Ish, tak baik kau cakap macam tu, kalau dia dengar kecil hati dia." "Peduli apa, kau pun satu, tak bagi hint kat dia ke?" "Hint apa pulak?" "Alahai penat aku di buat kau ni Huda. Korang berdua ni kan suka sama suka, sampai bila nak still friend?" "Pandai-pandai saja kau ni, entah-entah dia tak ada hati kat aku pun." "Ha.. orang buta saja yang cakap macam tu, tau tak? Kau ingat aku tak perasan ke macam mana dia layan kau? Kalau bercakap, lembut bukan main, bila dia pandang kau, aku pun boleh cair tengok panahan mata dia tau tak? Nasib baik aku dah ada Azmi." Shuhada tersenyum lagi, terbayang renungan mata Ikhwan yang redup, kadang kala dia sendiri hanyut dengan renungan lelaki itu. "Senyum sorang-sorang tu, tengah teringat si Wan lah tu." "Eh, mana ada lah." Senyuman di bibir Shuhada segera mati mendengar kata-kata Nabila. "Malam ni korang nak keluar kan? Apa lagi, masuk daun lah." "Gila apa? Kalau aku lelaki tak apa lah jugak." "Cik Huda, zaman sekarang ni orang tak pandang dah semua tu, nanti melepas baru kau tahu. Aku tak kira, malam ni aku nak dengar good news dari kau." "Eh, ni macam nak ugut aku saja?" "Memang pun.." ********************************* "Saya tunggu kat bawah." Tegesa-gesa Shuhada keluar dari rumahnya sebaik sahaja mendapat mesej daripada Ikhwan, bimbang pula jika lelaki itu menunggu lama. Dari jauh kelihatan kereta Ikhwan yang terletak di tempat meletak kereta. "Lama tunggu?" "Tak lah, saya baru saja sampai." Shuhada segera memasuki perut kereta sebaik sahaja melihat pak guard yang memandangnya dengan pandangan yang kurang menyenangkan. "Kita nak pergi mana ni?" "Kita pergi makan dulu lah." "Kata nak minta tolong, nak minta tolong apa?" "Sabar lah, nanti saya bagitahu." Kereta Ikhwan bergerak laju meninggalkan kawasan apartment Shuhada . Selepas menjamu selera, Ikhwan memandu ke satu tempat. Shuhada pula merasa hairan dengan sikap lelaki itu. Sejak tadi tidak banyak bercakap, selalunya ada saja ideanya untuk mengenakan orang. Kereta Ikhwan berhenti di sebuah kawasan tanah tinggi, Shuhada mula merasa curiga, tambahan pula keadaan di situ yang tidak berapa terang. "Saya tak buat apa-apa lah, jangan risau. Saja nak ambil angin kat sini." Shuhada malu sendiri apabila Ikhwan dapat mencium rasa curiganya. "Jom keluar," Shuhada akur dengan kehendak Ikhwan, namun rasa bimbangnya masih belum berkurang. "Sini tak ramai yang dating, Jakim tak datang, saya selalu pergi sini." Sekali lagi Shuhada malu sendiri, namun tidak salah andainya dia merasa bimbang. "Saya ada benda nak minta tolong dengan awak." Ujar Ikhwan membelakang Shuhada, dia memandang suasana KL yang dipenuhi dengan beraneka lampu dari atas bukit itu. Shuhada pula sekadar menyandarkan tubuh di kereta sambil memeluk tubuh. "Apa dia? Kalau saya boleh tolong, saya tolong." "Saya sebenarnya dah jatuh hati dengan seseorang, tapi tak tahu nak cakap macam mana dengan dia." Dada Shuhada berdebar mendengar kata-kata Ikhwan. Ternyata dia telah tersalah anggap dengan layanan Ikhwan selama ini. Mungkin Ikhawan sekadar menganggapnya sebagai seorang kawan sahaja. Shuhada merasa terlalu bodoh kerana jatuh hati dengan lelaki itu. "Kenapa senyap saja?" Soal Ikhwan seraya berpusing memandang wajah Shuhada. "Tengah tunggu cerita awak lah," Suara Shuhada sedikit bergetar menahan sebak di dada. "Oh, ye ke? Hehe.." "Wahai air mata, janganlah kau keluar.." Bisik hati kecilnya, sedaya upaya dia cuba menghilangkan sebak di dadanya. "Dah lama saya kenal dia ni, kami pun dah semakin mesra sekarang ni, tapi saya tak tahu lah dia ada perasaan pada saya atau tak." "Kenapa tak berterus-terang saja?" Shuhada sudah berjaya mengawal perasaan sebaknya. "Saya segan lah, ini lah saya nak tanya pendapat awak, macam mana ye?" "Apalah awak ni, mengenakan orang pandai, nak luahkan perasaan tak pandai pula. Kalau malu nak berdepan, cubalah telefon atau mesej. Lagipun kalau kena tolak, tak lah malu sangat." "Betul juga, kenapa lah saya tak pernah terfikir. Thanks awak." Tanpa berlengah Ikhwan mengambil telefonnya, dia bergerak sedikit jauh daripada Shuhada. Saat itu Shuhada sudah mula menangis, air matanya seperti tidak dapat di tahan lagi. Tiba-tiba telefon nya berbunyi, tanpa melihat si pemanggil, dia menjawab panggilan itu. "Assalamualaikum.." Suaranya sedikit bergetar kerana menahan tangisan. Hatinya sakit kerana ada pula yang menelefon pada saat ini. "Hello siapa ni?" Soalnya lagi apabila si pemanggil mendiamkan diri. "Intan Shuhada, sudi tak awak jadi teman hidup saya ?" Hampir melayang semangatnya apabila mendengar suara garau itu, bertambah kuat esakannya. Ikhwan segera mendapatkan Shuhada apabila melihat gadis itu sudah terduduk di sisi keretanya. "Eh, kenapa menangis ni? Saya Dah kena reject ke?" Ujar Ikhwan cuba membuat jenaka, tetapi makin kuat pula esakan Shuhada. Hampir sepuluh minit kemudian tangisan Shuhada sudah mula reda. Ikhwan tersenyum sendiri, dia sendiri bingung melihat Shuhada menangis sebentar tadi. "Dah okey?" Ikhwan turut duduk di sebelah Shuhada, dia menghulurkan tisu kepada Shuhada. Tanpa berpaling, Shuhada mencapai tisu daripada Ikhwan, timbul pula rasa malu terhadap Ikhwan, menangis tanpa sebab, macam budak-budak. "Awak ni jahat lah," "La.. saya tak buat apa-apa pun pada awak." Shuhada masih tidak memandang wajah Ikhwan, namun hatinya berbunga riang kerana sangkaannya sebentar tadi nyata tidak benar. "So, terima atau tak ni?" "Terima apa?" Soal Shuhada seakan tidak mengerti. "Emm.. saja nak kena kan saya ye? Tadi saya dah cakap, nak ulang lagi ke?" Shuhada sekadar diam membisu, dia kehabisan kata. "Okey lah, saya dah lama pendam kan. Awak pun dah habis exam, sebab tu lah saya berani cakap." Shuhada masih diam membisu, Ikhwan pula yang buntu. "I love you so much…" terasa begitu dekat suara lelaki itu di pendengarannya, begitu romantik sekali. Spontan dia berpaling, wajah lelaki itu begitu hampir dengannya, pandangan mereka bertemu. Buat seketika mereka kehabisan kata-kata, masing-masing diam membisu. "Saya masih menunggu jawapan awak." Ikhwan bersuara memecahkan kesunyian. "Agak-agak awak, sebab apa saya menangis tadi?" "Emm.. sebab apa ye?" Ujar Ikhwan jujur, dia masih tidak memahami situasi Shuhada. "Sebab saya ingat awak nak telefon orang lain." Perlahan sekali suaranya, tetapi masih dapat di dengari oleh Ikhwan. Ikhwan tersenyum girang, ternyata selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan. "Apa dia, tak dengar lah, perlahan sangat awak cakap, saya tak dengar lah." Sengaja dia ingin mengusik gadis itu, jika keadaan terang, pasti dia dapat melihat wajah Shuhada yang sudah merona merah. "Tak dengar sudah..!" Shuhada cuba untuk bangun tetapi segera di tahan oleh Ikhwan, pantas jemari Shuhada di genggam erat. "Saya dengar." Nada suaranya bertukar serius, tangan Shuhada masih belum di lepas kan. "Saya betul-betul ikhlas dengan awak, saya janji tidak akan mensia-sia hidup awak. Pertama kali jumpa awak, saya dah jatuh hati, kalau ada jodoh, saya nak menyunting awak sebagai suri hidup saya." Shuhada seakan berada di awang-awangan apabila mendengar kata-kata Ikhwan. Tidak dapat digambarkan perasaannya saat itu, dia membalas genggaman Ikhwan. "Emm.. bukan kali pertama, tapi kali kedua kita berjumpa saya jatuh hati dengan awak, sebab kali pertama tu kan awak nak mencuri helmet saya, hehe.." "Teruk lah awak ni..! tapi masa tu awak garang betul, takut saya." "Yelah, saya pantang betul kalau ada orang nak mencuri ni, awek cun pula tu, itu yang saya marah sangat." "Bukan nak tanya baik-baik, main serang saja." "Sorry lah ye, awak terasa lagi ke?" "Emm.. tak lah." "Tapi awak memang dah curi barang saya pun." "Curi apa pula ni?" "Awak dah curi hati saya.." Shuhada tersenyum malu mendengar ucapan Ikhwan. ***** Wajah Shuhada kelihatan berseri-seri ketika mengemas barangnya. Nabila pula sudah tidak sabar ingin mendengar cerita daripada Shuhada. Bukan dia tidak perasan perubahan pada diri sahabatnya itu. Dari pagi tadi dia menggesa Shuhada menceritakan kejadian semalam, baru sekarang Shuhada mahu membuka cerita. "So, macam mana semalam?" Nabila memula kan perbualan, "Amboi, tak sempat-sempat, nanti aku cerita lah. Ini nak tolong aku ke atau nak bergosip?" "Dua-dua, hehe.." Sambil mengemas barang, Shuhada mencerita kan kembali kejadian semalam kepada Nabila. Terlopong Nabila mendengar cerita Shuhada. "Alahai, romantiknya, boleh tahan juga Wan ni ye, pandai dia mengenakan kau." "Cantik tak?" Shuhada menunjukkan gelang tangan pemberian Ikhwan, kepada Nabila. "Cantiknya, Wan bagi ke?" "Shuhada sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum." "Boleh tahan jiwang karat juga Wan ni, dia tahu tak kau nak pindah ni?" "Tahu." "Hai, sedih pula bila tengok kau berkemas ni, sedar tak sedar dah habis belajar pun kita. Lepas ni bila pula lah kita dapat berjumpa." "Wei, emosinya, kau bukan nak balik Perak lagi kan? Nanti kita boleh la jumpa lagi. Lagipun bukannya aku nak pergi ke luar negara la." "Ye tak ye juga, tapi kau tak nak sambung master kat oversea ke?" "Emm.. tengok lah dulu, kau rasa mama aku bagi ke aku belajar kat oversea?" "Ye tak ye jugak.." "Dari tadi asyik ye tak ye saja, tak ada ayat lain ke?" "Ye tak ye jugak.." "Dah lah tu, kena sawan ye tak ye pulak nanti." Mereka sama-sama ketawa, terserlah kemesraan yang terjalin hampir empat tahun di antara mereka. "Emm.. Huda, dah habis kemas barang?" "Banyak lagi ni, tak nak tolong ke?" "Datang nak tolong lah ni." "Rina, aku ada berita baik lah." "Berita baik apa?" "kawan kita ni, dah ada pakwe baru." "Ye ke? Mamat yang kau cerita hari itu ke?" "Ha’ah, betul tak cakap aku? Budak tu memang tangkap cintan dengan Huda ni, semalam diorang declare." "Oh.. patut lah balik semalam tersenyum saja, tengah angau rupanya. Tengoklah sekarang pun, tersenyum saja." "Sudah-sudah lah mengata aku, korang tolong aku kemas barang lagi bagus." "Kami tolong kemas lah ni, korang berdua nak keluar rumah, kena cari orang baru lah lepas ni." "Tanya la Kak Eri, mana lah tahu kalau kawan tempat kerja dia nak cari rumah sewa." "Yelah, nanti aku tanya kan." **************************************
"Sepupu abah dari Kedah datang semalam meminang untuk Ain, abah dan emak dah pun setuju." Berderau darah Ain masa dapat panggilan daripada abah hari tu. Masakan emak dan abah boleh terima je pinangan macam tu tanpa tanya Ain dulu. Dimanakah hak Ain? Atau Ain memang tiada hak dalam hal ni. Mungkin betul. Dulu ustaz pernah kata, ayah dan datuk adalah wali mujbir. Maksudnya mereka boleh mengahwinkan anak gadis mereka tanpa meminta persetujuan gadis tersebut asalkan dengan niat yang baik. Tapi inikah yang terbaik untuk Ain?
Ikmal, Ain minta maaf. Bukan niat Ain untuk menduakan cinta Mal. Tak sedikit pun pernah terlintas di hati Ain. Kita sama-sama menganyam angan-angan untuk bersatu dalam ikatan suami isteri. Tapi apakan daya semua ini bukan dalam perancangan kita… ini rancangan emak dan abah Ain. Dan mungkin juga perancangan Allah. Ain sendiri belum pasti apa yang harus Ain lakukan sekarang ni. Apakah Ain patut menderhakai keputusan emak dan abah demi menyelamatkan cinta kita ini?
Mungkin salah Ain. Ain yang tidak berterus-terang dengan emak dan abah tentang hubungan kita. Tapi Mal sendiri maklum kan tentang amaran abah, "Jangan bercinta waktu belajar". Abah garang. Ain takut dengan setiap amaran daripada abah. Kalau abah kata abah akan buat, pasti abah akan benar-benar akan buat. Samalah dalam hal ni, Mal. Ain rasa Ain ingin lari dari semua ni. Lari selaju dan sejauh mungkin walaupun Ain tahu dengan ‘lari’ masalah ini tak akan selesai juga. Tapi selain daripada lari, Ain dah tak tahu macam mana lagi nak buat untuk menyelamatkan cinta kita ni.
Tapi, betapa mulianya hati Mal. Mal nasihatkan Ain. Mal ajar Ain tentang redha. Walaupun Ain dengar suara Mal menangis dari hujung talian sana. Dalam sedu-sedan tu, Mal masih rasional. Bukan macam Ain. Ain pun pelik kenapa Ain boleh berfikir sampai ke situ. Padahal selama ni Ain sedaya upaya menjaga perilaku seperti yang diamanahkan oleh emak dan abah. Ain sentiasa ingin menjadi anak yang terbaik untuk mereka, insan yang melahirkan dan mendidik Ain untuk menjadi yang terbaik.
Tapi macam mana dengan Mal? Adakah Mal benar-benar ikhlas melepaskan Ain? Mal yakin dengan keputusan yang Mal ambil ni? Ain belum yakin, Mal. Benar-benar tak yakin. Ain tak yakin yang Ain boleh hidup dengan insan yang Ain tak kenal, yang Ain tak cinta. Ain tak yakin, Mal. Ain perlu Mal. Ain cinta Mal seorang saja. Kalaulah Mal tahu betapa hati Ain menjerit, meronta-ronta untuk lepas dari sengsara ni. Dahsyat Mal. Lebih dahsyat daripada tangisan hebat yang Mal dengan dekat telefon tadi. Lebih dahsyat daripada rebut tsunami. Lebih dahsyat daripada gunung berapi yang memuntahkan lavanya. Dahsyat. Membuak-buak. Ain tak ada siapa untuk meluahkan apa yang Ain rasa. Kalaulah Mal ada di sisi…..
Mal tahu tak? Semua persiapan untuk majlis perkahwinan Ain ni emak dan Kak Long yang uruskan. Ain sikit pun tak ambil kisah. Emak membebel dan memarahi Ain tapi dalam hati Ain kata, ‘Siapa suruh nak kahwinkan sangat Ain dengan Amin anak Pak Lang Uteh tu? Ain nak kahwin dengan Ikmal!’. Tapi Ain tak berani nak cakap dengan mak. Pengecut kan Ain? Kak Long je yang tahu tentang cerita kita, Mal. Kak Long je yang faham sebab dulu pun dia alami benda yang sama. Bercinta dengan orang lain akhirnya berkahwin dengan orang lain. Tapi Kak Long yakinkan Ain yang Ain akan bahagia juga nanti akhirnya. Tapi Mal, Ain tetap tak yakin. Ain tak tahu Mal, Ain tak kenal dia, Ain tak cinta dia!! Ain cinta Mal.
Ain tak pernah tengok muka dia dan tak pernah teringin pun nak tengok muka dia. Banyak kali Kak Long datang bilik Ain nak tunjuk gambar Amin, tapi Ain tak teringin pun. Ain simpan je gambar dia dalam envelope tu dan sorok dalam laci. Memang Ain tak sudi Mal. Ain lebih rela menatap gambar-gambar Mal dalam laptop Ain. Hari-hari Ain tengok. Waktu pagi, waktu tengahari, waktu petang, waktu malam, sampai tertidur-tidur. Semua ni kerana Ain cintakan Mal seorang, tiada dua, tiada tiga.
Walaupun hari-hari Kak Long mengumpan Ain dengan cerita-cerita pasal Amin, tapi hati Ain ni sikit pun tak terusik. Ain lebih berminat nak ingat Mal. Ain cuma berminat nak baca semula sms dan email yang pernah Mal beri pada Ain dulu. Cuma yang Ain ingat Kak Long kata Amin juga tinggal di kolej yang sama masa kita di universiti dulu. Entah, manalah Ain nak perasan dan tak pernah rasa rugi pun tak perasan dia dulu.
Mal, Ain tak tahu kenapa Ain jadi macam ni. Ain rasa sendiri dengan perubahan sikap Ain. Ain tiba-tiba jadi tak kuat macam dulu. Bila teringat Mal, Ain menangis. Ain rasa bersalah sangat dengan Mal sebab akan kahwin dengan Amin walaupun semua tu bukan atas kerelaan hati Ain. Ain nak sangat Mal tahu yang Ain cintakan Mal dan Ain tak rela atas semua ni. Tapi mujur Ain selalu teringat pesan Mal. Mal suruh Ain redha. Berat Mal, memang berat untuk Ain lunaskannya.
Lusa hari pernikahan Ain dengan Amin. Semua persiapan dah tersusun indah dalam bilik Ain ni. Semua ni bukan Ain yang buat. Ain menangis lagi tengok baju, hantaran, tempat nikah…semuanya…. Ain sedih sangat Mal. Kalaulah pengantin lelaki tu nanti tiba-tiba bertukar jadi Mal, alangkah bertuahnya Ain. Mesti Ain akan rasa macam cerita fairy tale, tapi ini dunia realiti Mal. Ain tau semua tu mustahil. Amin tetap Amin, Mal tetap Mal dan Mal tetap di hati Ain.
Malam sebelum nikah, abah datang dekat Ain. Abah usap kepala Ain. Abah tinggalkan amanat, "Esok, Ain akan abah pertanggungjawabkan kepada Amin. Jadilah isteri yang solehah.." . Air mata abah jatuh. Pertama kali Ain tengok abah macam tu. Ain terharu tapi bila teringat dekat Mal, perasaan Ain jadi bercampur-baur. Amin tu baik ke tak orangnya? Kenapa abah menangis? Atau abah rasa bersalah sebab tersalah pilih calon suami untuk Ain? Atau mungkin abah benar-benar sedih ingin melepaskan tanggungjawabnya ke atas Ain? Serius, Ainlah orang yang paling tak pasti sekarang ni.
Selepas akad, itulah kali pertama Ain tengok muka Amin. Biasa je orangnya Mal, Mal jauh lebih kacak dari dia. Waktu dia hulurkan tangannya itulah kali bertama Ain menyentuh lelaki lain selain abah. Kenapa tangan tu bukan milik Mal? Kenapa? Ain minta maaf, Mal. Ain terpaksa. Ain terpaksa sentuh tangan lelaki lain selain daripada Mal. Sebab dia dah sah jadi suami Ain, Mal. Suami …walaupun bukan kerelaan Ain.
Di majlis persandingan Ain, Ain berharap sangat Mal datang. Ain nak sangat tengok muka Mal. Ain nak tengok muka orang yang selalu bagi Ain semangat. Sebab sesungguhnya Ain tengah sangat tak bersemangat. Kalau bukan kerana menjaga air muka keluarga, Ain tak tahulah apa yang Ain akan buat sekejap lagi. Ain tunggu. Ain tunggu Mal datang. Setiap orang yang masuk ke ruang pelamin ni Ain amati. Ain nak pastikan Mal ada atau tidak. Ain tunggu, Mal. Tapi…sampai petang bayang Mal langsung Ain tak nampak. Kenapa Mal tak datang? Ain menangis lagi Mal. Mungkinkah Mal telah redha dengan perpisahan ini? Atau Mal sendiri tak sanggup melihat Ain? Kenapa Mal? Ain menantikan jawapan.
Sekarang, Ain dan sah menjadi isteri kepada Amin, bukan isteri Mal seperti yang kita angan-angankan dulu. Mungkin Mal telah merelakan Ain memegang status ini kan? Tapi, Ain belum bersedia. Belum Mal. Ingatan Ain masih kuat untuk Mal. Sayang Ain masih utuh untuk Mal. Cinta Ain masih teguh untuk Mal. Tak mungkin Ain dapat menghapuskan semua tu dan menggantikannya untuk insan lain. Insan yang tak pernah Ain tahu dirinya, hatinya….
Mal, tolonglah Ain. Ain tak tahu macam mana nak mengharungi hidup di hari-hari mendatang dengan suami yang bukannya Mal. Bagaimana Mal? Ain tak pernah bersedia untuk ini. Tak pernah sekali pun. Adakah Ain tewas? Tiupkanlah Ain kekuatan Mal.
Benih cinta yang kita semai dulu, tak sempat kita petik, Mal.
BAB 3 Aku leka membaca buku pemberian Prince Aries ketika Zana memasuki kamarku. Hari ini hari Ahad, kami hanya melepak dirumah bila tidak bekerja.Rumah teres setingkat di seksyen 18 shah alam ini sudah hampir setahun dihuni kami berdua. Walaupun bekerja di lain pejabat, namun hubunganku dengan Zana sangat rapat. Lebih-lebih lagi aku sudah mengenalinya sejak di zaman universiti lagi. " Amboi..layan sedih nampak.."Aku tersenyum mendengar kata-kata Zana. " Eh, mana ada. Aku baca buku ni supaya aku tak sedih lagi dah…" Zana mengambil buku ditanganku. " Bila kau beli ni? Macam best ajer.."Soal Zana. " Tak belipun.ada orang hadiahkan.Tapi aku tak kenal. Dah orang bagi aku ambiklah..Tapi memang best giler..aku rasa tenang je baca buku ni.Kau bacalah.Tapi, tunggu aku habis baca dululah.." Aku memberi ruang kepada zana untuk duduk disebelahku. Zana terdiam sambil memandang coretan di belekang buku berwarna merah jambu itu. " Hm..orang yang bagi buku ni macam tahu-tahu je kan kau tengah sedih? Agaknya, peminat kau tak?" Soal Zana.Aku sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu. " cepatnya kau ni..baru lepas clash dah ada orang masuk jarum..hehe..orang cantiklah kan.."Aku tidak menjawab pertanyaan Zana sebaliknya buku ditangannya kuambil kembali. " Isya, kau tahu tak masa kau pengsan dekat tepi tasik hari itub terlalu risau fikirkan kau. Dia yang hantar kau balik kerumah. Tapi, kau jangan risau, aku dah ucapkan terima kasih.."Aku sekadar tersenyum. " thank’s Zana.." Melihatkan aku yang leka menatap buku, Zana bangkit dari katil menuju kepintu bilik. " Aku nak keluar ni..jumpa Adam.Maybe malam kot baru balik. Kau jaga diri tau. Apa-apa hal sms atau call aku" Aku mengangguk lemah. " Bestnya kau.Adam tak macam Zack.." Suaraku kedengaran perlahan.Menahan sebak didada mengenangkan cinta kami dulu. " Ini aku tak suka ni..dah,dah..jangan fikirkan hal yang dah lepas.Baca buku tu..jangan bersedih.."Zana menutup kembali pintu kamarku.Biarpun aku mula mendapatkan semangat, namun bila melihat pasangan kekasih, sedikit sebanyak hatiku turut terasa.Apatah lagi aku ditinggalkan tanpa mengetahui apa salahku.Lagu Hallo dari telefon bimbitku mematikan lamunanku.mesej dari Prince Aries. " Salam.Semoga hari-hari awak semakin indah dan membahagiakan.Jangan menoleh kebelakang lagi.Hadapi hari depan dengan sejuta impian..Awak pasti Berjaya" Siapalah lelaki yang tidak putus-putus memberikanku kata-kata semangat ini? Walaupn mesejnya tak pernah kubalas, namun Prince Aries setia menasihatiku.Terasa seperti dia memahami perasaan dukaku.Aku menyambung bacaanku tanpa membalas mesejnya seperti biasa.
Petang itu aku ke SACC mall untuk membeli novel di MPH Book store.Satu kelaziman pada diriku untuk membeli novel dan buku motivasi setiap bulan. Aku menaiki Escalator untuk ketingkat atas yang menempatkan kedai buku kegemaranku itu.Namun jantungku berdegup kencang saat melihat sepasang kekasih yang asyik berpelukan dan ketawa riang tanpa mempedulikan orang amai yang memerhati kearah mereka. Zack ! Nama itu tercetus dibibirku.Aku benar-benar tidak percaya lelaki itu adalah Zakri, lelaki yang paling aku cintai.Kurang percaya dengan pandangan mata, aku menghampiri pasangan kekasih itu.Memang ternyata lelaki itu adalah Zakri. Gadis cantik berambut panjang itu ketawa riang disamping Zakri. " Zack!" panggilku. Zakri menoleh kearahku. Wajahnya pucat melihat aku dihadapannya.Namun gadis disebelahnya hanya tersenyum memandangku.Memang gadis itu cantik Cuma sayangnya pakaiannya terlalu seksi.Jauh beza dengan diriku yang bertudung litup. " Sapa ni Zack?" Soalku.Cuba menahan getaran di dada. Aku takut untuk menghadapi kenyataan ada gadis lain di hati Zakri sekarang.Aku inginkan jawapan Zakri berhubung perpisahan kami dulu. " Girlfriend I, Julia..You buat apa dekat sini?" soalnya. Betapa pedihnya hatiku saat itu,hanya Allah sahaja yang tahu.Terasa ingin pecah dadaku menanggung rasa terkejut. Teringat kembali lafaz cintanya dahulu. Semudah ini diriku dilupakan. Sedaya upaya aku menahan air mata ini dari gugur. Aku tidak mahu lemah dihadapan mereka. " Zack..apa salah Isya? Apa silap Isya sampai Zack sanggup curang dengan Isya? Cakap Zack!" Marahku.Gadis disebelah Zakri hanya mendiamkan diri sambil merangkul erat pinggang Lelaki yang banyak memberi kenangan manis dalam hidupku. " I dah tak ada rasa cinta dengan you. Bersama you, I tak dapat apa-apa melainkan cinta you yang mungkin ikhlas atau tidak.Tapi, dengan Julia, I rasa lain.I dapat apa yang I tak pernah dapat dari you. Dia buktikan cintanya pada I.But, with you, what can I get? Nothing!" Dengan angkuh, pipi Julia dikucupnya dihadapanku. Jelik mataku melihat kemesraan mereka.Zakri terlalu banyak berubah. Sejak menetap di KL dan menjawat jawatan baru di sebuah syarikat besar di sana, sikapnya berubah benar. Tidak seperti dulu lagi. Aku mengangguk perlahan, Manahan sebak di dada. " Dari mula kita kenal dan bercinta.Zack tahu pendirian Isya macam mana.Zack tahu tubuh badan Isya takkan Isya berikan selagi kita tak berkahwin.walau tangan sekalipun Isya tak izinkan Zack sentuh, apatah lagi bahagian yang lain? Isya taknak cinta kita bertuankan nafsu, zack. Dulu, zack tak macam ni. Zack tak pernah paksa Isya, tak pernah minta yang bukan-bukan dari Isya. Tapi, kenapa baru sekarang Zack nak persoalkan cinta Isya?Bukan itu ukuran cinta Isya pada Zack..Zack kejam!"Nada suaraku bergetar menahan tangisan dan rasa sakit hati yang membukit didada.Apatah lagi melihat gadis lain erat memeluk lelaki yang sangat aku cintai suatu ketika dulu. " dahlah Isya. It’s over. Nothing between us…I dah tak ada perasaan pada you. Cinta tak boleh dipaksa. Please stop from loving me…I tak mungkin kembali pada you lagi." Mendengar kata-katanya, satu tamparan kuhadiahkan kepipinya. Tamparan sulung dariku. " Dengar sini Zack..kalau Zack fikir Isya ni lemah, hati dan perasaan Isya mudah dipijak dan dipermainkan, Zack silap.Zack sedar taka pa yang Zack buat? Sedar tak? Yang Zack mainkan ni hati Isya! Bukan barang mainan.Isya sakit tau tak? Hati Isya ni sakit sangat..Ni balasan yang Zack beri pada Isya. Isya benci diri Isya kerana pernah menyayangi dan menyintai Zack..Isya menyesal mengenali lelaki bernama Mohd Zakri Fitri Ahmad.Isya benci Zack!" serentak melafazkan kata-kata itu aku berpaling. Tidak lagi ingin menoleh. Biarpun banyak mata yang memandang kearahku, aku tidak peduli. Biarlah orang fikir aku lemah. Mereka tak tahu apa yang aku rasa. Bertahun aku setia, menjaga cinta kami, ini yang aku dapat. Pedih mengenangkan cinta yang tidak kesampaian, pedih lagi mendengar kata benci dari orang yang kita cintai. Air mata yang kutahan sedari tadi menitis juga. Aku berlari masuk kedalam kereta.Aku menangis sayu. Sampai hati Zack..hanya kerana aku tidak membenarkan dia menyentuhku seperti gadis tadi aku ditinggalkan sedangkan sejak 4 tahun kami bercinta dia begitu menjaga maruahku.Telefon bimbitku berbunyi tanda ada panggilan telefon. Namun tidak kulayani.Mungkin Zana.Aku rasa ingin bersendirian ketika ini. Aku memandu keretaku menuju ke taman tasik Shah Alam. Disinilah tempat aku selalu mencari ketenangan ketika bersedih. Duduk di bangku sambil memandang pemandangan tasik yang tenang dan mendamaikan hatiku.Aku menyapu air mata yang mengalir dipipi. Sedaya upaya aku menahan diri dari terus mengeluarkan air mata yang terlalu murah harganya bila memikirkan tentang Zakri.Sudah terbukti, dia bukanlah lelaki terbaik untukku.Sekali lagi telefon bimbitku menjerit minta diangkat Aku segera mematikan talian. Ya Allah..kuatkanlah semangatku, doaku tidak putus-putus.
***************************
" Assalammualaikum.Isya" kedengaran lembut suara umiku di hujung talian.Ketika itu aku baru menghidupkan telefon bimbitku. Hampir 3 jam aku di tasik, aku mengambil keputusan untuk pulang kerumah. Ketika aku tiba, Zana belum lagi pulang. " Waalaikummussalam..umi" sedaya upaya aku mengawal suaraku " Isya nangis ke? Lain je umi dengar suara tu..tadi banyak kali umi call,nape tak jawab?" " Taklah Umi. Isya selsema. Maaflah umi tadi bateri phone habis.Umi dengan walid apa khabar? Sihat?" soalku. Aku terpaksa menipu kerana tidak mahu umi risau dengan keadaanku. " Umi Alhamdulillah sihat. Isya macam mana?" " Isya pun sihat umi. Cuma sibuk sikit. Banyak kerja di pejabat" terasa ingin mengadu pada umi perihal Zakri tetapi mendengarkan suara umi yang ceria aku mematikan niatku. Umi tak perlu tahu. Cukuplah umi tahu kami sudah tiada jodoh. " Umi ada benda nak cakap ni. Ada orang dari Johor datang merisik Isya. Anak kawan walid masa time askar dulu. Tapi Umi dengan walid tak bagi keputusan lagi.Nak Tanya Isya dulu.." Berdebar dadaku saat mendengar penjelasan umi.Sudah 3 kali pinangan orang terpaksa mereka tolak atas alasan aku sudah berpunya. "Nantilah umi Isya fikirkan.." " Lelaki ini baik orangnya. Bersopan dan hormat orang tua. Umi dengan walid berkenan betullah.Namanya Aidil Iqbal. Tak silap umi dia keja sebagai engineer dekat KL." Kata umi lagi.Aku hanya mendengar. Sebenarnya, kepalaku sudah terlalu berat untuk berfikir.Mengenangkan peristiwa tadi aku sudah terasa hendak pitam, inikan pula untuk memikirkan soal jodoh.Selepas berbual seketika dengan Umi, aku menamatkan panggilan. Terasa rindu pada Umi yang tinggal di Pahang. Sudah sebulan aku tidak pulang ke kampung kerana kesibukkanku dengan kerja. Tersenyum memkirkan hanya aku dan abang Faizal yang menjadi permata hati kedua orang tuaku. Abang Faizal sudah berumah tangga dan menetap di Terengganu bersama isteri dan 2 anaknya. Hanya aku sahaja yang belum berkahwin.Lagipun usiaku baru menganjak 24 tahun. Masih muda..fikirku didalam hati.
Zila memandang jam yang tergantung di dinding ruang tamu kemudian beralih memandang jam di tangannya. Sudah hampir satu jam setengah dia menunggu Maya di situ. Rasa malu dan segan mula menguasai diri. Mujurlah Puan Suria ramah orangnya. Sedari tadi juga dia cuba menghubungi Maya namun gadis itu tidak menjawab panggilannya.. "Kenapa? Risau je nampaknya," tegur Puan Suria. "Eh, tak delah mak cik. Cuma.......dah lama saya kat sini. Maya pun tak balik-balik." Zila memaksa dirinya mengukirkan senyuman. "Saya rasa saya nak minta diri dulu." "Assalamualaikum…." Terdengar suatu suara dari luar. "Waalaikumsalam." Mereka berdua menjawab serentak. "Zila tunggu dulu. Mak cik pergi tengok. Rasanya Maya tu......" Puan Suria melangkah bangun. Jangkaannya tepat. Kelihatan Maya berada di muka pintu sedang membuka kasut. Di tanggannya menggenggam beberapa beg plastik. "Pergi mana tadi?" Maya berpaling mendengar suara di belakangnya. "Ah, mak," dia tersenyum. "Pergi kubur.......lepas tu singgah kedai buku," ujarnya sambil menunjuk buku-buku yang dibelinya. Puan Suria menggelengkan kepalanya. Memang dari dulu anak gadisnya minat membaca. "Engkau ni. Baru sampai tu, bawak-bawaklah berehat dulu. Ini tidak." Puan suria menggelengkan kepalanya. "Baru lima hari kau sampai, pagi tadi dah hilang." "Alah mak ni. Maya tak ke mana-mana mak. Lepas melawat kubur arwah Mak Cik Salmah, Maya singgah kedai buku je. Kan Maya dah minta izin semalam." "Zila ada di dalam. Dah lama dia tunggu kau." "Zila?" keningnya berkerut. Maya bangun mengangkat punggung lalu beredar ke ruang tamu. Puan Suria membontotinya di belakang. "Zie!" panggil Maya. "Kenapa kau tak call aku dulu? Kalau tak aku dah balik awal." "Apasal pulak aku tak call? Engkau yang tak jawab fon!" beritahu Zila. Maya segera mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg galas. "Empat belas missed call!!" Maya tercengang. "Sorry…aku on silentlah." Maya memohon maaf setelah menyedari kesilapannya. Puan suria berlalu meninggalkan mereka berdua. Maya menghampiri Zila dan duduk berhampirannya. "Ada apa kau datang cari aku ni?" "Tak de apa yang penting. Cuma……Adam," ayat Zila mati di situ. Wajah Maya mula kelihatan garis-garis kekeliruan. "Apa sebenarnya ni?" "Tadi, aku pergi shopping di Gama. Aku singgah Prangine Mall. Aku nampak Adam." Kali ni, Maya memang benar-benar terkejut. Mulutnya ternganga sedikit. "Kau nampak Adam di Prangine Mall?!" Dia terdiam seketika. Bibirnya ditarik cekang. "Aku ingatkan dia takkan datang ke sini lagi," ujarnya perlahan namun masih boleh didengar. "Aku pasti, lelaki yang aku nampak di sana tadi adalah Adam," tegas Zila. "Dia masih macam dulu. Tak berubah." Maya hanya terdiam tidak membalas kata-kata Zila. "Sebab tu aku datang sini. Nak beritahu kau." "Kau jumpa dengan dia?" tanya Maya. Zila menggelengkan kepala. "Hanya dari jauh." Zila memandang wajah sahabatnya yang mula kelihatan murung. "Maaf, aku bukan sengaja nak tambahkan penderitaan kau. Cuma, aku rasa kau perlu tahu. Aku nak kau bersedia." "Tak pe, Zie. Kau tak perlu nak minta maaf. Cuma, kalau boleh aku nak jauhkan Adam dari minda aku." Maya memandang wajah Zila. Zila menghembuskan nafasnya. Bolehkah Maya buang Adam dalam ingatannya. Sedangkan lima tahun dia membawa diri ke negeri orang pun, Adam masih belum hilang dari kenangannya. "Ah.....sebenarnya kau ke mana tadi Maya?" tanya Zila mengubah tajuk perbincangan apabila melihat Maya kelihatan sedikit runsing. "Aku ke kedai buku Popular. Saja beli buku sikit," jelasnya. "Kat mana?" tanya Zila lagi. "Prangine Mall," jawab Maya ringkas. "Kau tak terserempak dengan Adam?" tanya Zila pantas. Maya menggeleng. Mujur dia tak terserempak dengan Adam di sana. Dia belum bersedia menghadapi kenangan silamnya sekali lagi. "Zie!" Maya menarik nafasnya. "Aku dah tak nak ingat pasal Adam. Kerana dia aku jauh dari keluarga aku!" Maya bersuara sedih. "Aku menyesal sebab terlalu ikutkan perasaan." Zila mula rasa bersalah melihat keadaan Maya. Kalaulah dari dulu Maya bertegas untuk melupakan Adam, sudah tentu perkara sebegini takkan berlaku. "Maafkan aku Maya." Dia menyentuh tangan Maya. Cuba untuk menenangkan sahabatnya itu. "Aku sentiasa menyokong kau dan keputusan kau untuk melupakan Adam memang tepat! Tak guna kau masih ingatkan Adam. Nanti kau juga yang merana." "Aku benar-benar menyesal. Mujurlah keluarga aku masih terima aku walaupun aku dah banyak lukakan perasaan mereka." "Baiklah Maya. Aku janji. Aku takkan sebut apa-apa tentang Adam." Maya mengukirkan senyuman padanya. "Okeylah. Aku balik dulu. Kalau ada apa-apa, call aku." Maya mengangguk. Setelah menghantar Zila hingga ke muka pintu, lantas Maya berlalu ke kamar tidurnya di tingkat atas. Dia menutup pintu dengan rapat lalu merapati tilam empuknya dan berbaring. Setiap butir kata-kata oleh Zila satu persatu terngiang-ngiang di telinganya. ‘Kenapa Adam perlu kembali lagi?’ Dia melepaskan keluhan. Sekilas dia teringat kembali pertemuannya dengan Kak Laila sebentar tadi sewaktu di kedai buku. Laila adalah kakak angkat dan juga teman rapatnya sewaktu dia berkerja separuh masa di sebuah pasar mini yang terletak di Bandar Bayan Baru. Sedang dia membelek buku-buku yang terdapat di kedai tersebut, dia ditegur oleh seseorang. "Eh, Kak Laila!" ujar Maya separuh menjerit. Terpancar cahaya kegembiraan diwajahnya. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Laila. "Akak ingat kau dah lupakan akak." "Mana boleh saya lupakan akak," balas Maya. Setelah penat berpusing-pusing sambil bergelak ketawa di sekitar pameran, mereka berhenti rehat di sebuah gerai berhampiran. "Kau hilang macam tu je. Kau balik pun tak beritahu. Sampai kenduri akak pun akak tak tahu macam mana nak jemput kau," ujar Laila. "Akak ke rumah kau, tanya dengan mak kau. Katanya, kau dah lama tak balik Penang." "Saya bukan tak nak balik kak. Tapi saya sibuk." Maya memberi alasan. "Sibuk sampai langsung tak de masa nak balik?! Banyak sangat ke kertas kerja yang kau kena buat?" Laila menggelengkan kepalanya. Maya hanya mendiamkan diri. Mungkin ini adalah balasan padanya yang menghilangkan diri selama lima tahun. Ke mana-mana saja dia pergi, pasti orang yang mengenalinya akan mengutarakan pelbagai persoalan. "Atau.....kau masih ingat peristiwa lama?" Laila cuba menjerat Maya. "Perkara tu dah lama berlaku, kak. Saya dah tak ingat lagi tentang semua tu." "Betul ke?" Laila cuba merenung mata Maya. Maya memandang ke arah lain. "Tapi.......Maya yang ada di depan akak sekarang adalah Maya yang akak jumpa lima tahun dulu. Sikit pun tak berubah." Maya membatu. "Akak tahu apa yang ada dalam hati kau, Maya." "Kak," Maya mengetap bibir menahan perasaan. "Saya tak nak ungkit kisah silam. Semuanya dah berakhir. Antara saya dan Adam tak mungkin lagi. Saya pasrah," ujarnya. "Biarlah yang lepas tu lepas." Laila memerhatikan Maya yang sedang merenung ke tempat lain. Dia tahu dan dia yakin dengan gerak hatinya bahawa gadis itu masih kecewa dengan kisah lalu. "Apa rancangan Maya?" Laila menukar topik perbualan. "Buat masa ni, saya nak rehat dulu. Lepas tu baru saya nak atur perjalanan hidup saya," balasnya. Maya meletakkan tangannya di atas kepala. Otaknya masih ligat memikirkan tentang Adam. Dia tahu, dia tak berhak lagi untuk berfikir tentang lelaki itu. Namun, fikirannya masih diganggu dengan percintaan mereka. Dia menghembuskan nafas sebentar. Dia memandang sekitar bilik tidurnya. Tiada satu pun peninggalan Adam yang masih tersimpan. Semuanya telah dibuang sebelum dia berangkat ke Johor Bahru. Tapi kenangan bersama Adam masih tersimpan kemas dilubuk hatinya. Dia beristighfar sebentar. ‘Maya! Kau harus bakar semua kenangan kau dengan Adam! Mesti! Mesti! Mesti!’ Hati kecilnya memberi semangat.
BAB 5
Wes memandu perlahan. Seawal jam tujuh pagi begini, jalan raya masih lengang. Mudah baginya memandu dalam keadaan begitu. Sesekali matanya melirik, memandang matahari yang mula kelihatan di balik bukit. Dia tersenyum. Wajah Farahymma bermain di ruang mata. Dia bukanlah seorang pecinta alam sebenarnya. Namun, Farahymma yang membuka matanya untuk melihat jauh keindahan alam ciptaan Illahi. Farahymma memang gemar bercerita tentang keindahan bulan dan bintang. Dia juga gemar melihat matahari terbit dan terbenam. Secara tidak langsung hatinya juga tertarik pada unsur alam. Wes memerhati keadaan sekeliling. Sebaik saja sampai di simpang Jalan Sultan Azlan Shah, Wes membelok ke selekoh kiri menuju ke arah yang ingin ditujunya. Setelah sampai dia mematikan enjin. "Assalamualaikum......." Dia memberi salam sambil terjengok-jengok ke dalam untuk memastikan rumah itu ada penghuninya. Laila yang kebetulan sedang menyiapkan anaknya ke sekolah, bangun lalu membuka pintu. "Waalaikumsalam.........Wes!!" jerit Laila. Sebentar kemudian Danial, anak Laila yang berusia tujuh tahun datang dan mencium tangan ibunya. Kemudian dia berlalu memasuki perut bas sekolah yang berhenti di hadapan rumahnya. Laila melambai-lambai kepada anaknya sehingga bas sekolah itu hilang dari pandangannya. Kemudian dia beralih kepada Wes. "Masuklah Wes," jemputnya. "Tapi kita duduk di luar saja yek. Suami aku tak de kat rumah." "Tak pe. Kat sini pun dah cukup," ujar Wes sambil melabuhkan punggungnya di kerusi halaman. Setelah itu, Laila masuk ke dalam dan kembali dengan secawan kopi di tangannya. Wes mengucapkan terima kasih. "Bila kau pulang dari Sabah?" tanya Laila. "Baru seminggu. Maaflah, tak sempat nak beritahu. Busy!" Laila menganggukkan kepalanya. "So, macam mana dengan kau?" "Macam yang kau lihat sekarang." balas Wes. Laila memerhatikan Wes dari atas ke bawah. Lelaki ini sudah jauh berubah. Semakin kurus dan tak terurus. Jika dulu, misai dan janggutnya sentiasa dicukur bersih, tapi kini dibiarkan begitu sahaja. "Kenapa kau sebenarnya? Kau dah tak macam dulu." "Kau tanya pada aku soalan yang sememangnya kau dah tahu." Wes tersenyum sinis. "Setelah lima tahun kau masih tak boleh terima pilihan keluarga kau dan tak dapat lupakan Emma?" soal Laila sambil merenung tajam lelaki di hadapannya. "Aku dah cuba Laila. Tapi aku tak mampu nak tukar kasih sayang Emma dengan wanita lain. Aku masih sayangkan dia. Aku cintakan dia Laila!" Dia memandang Laila sayu. "Melakukan sesuatu tanpa ada kerelaan, takkan ada kebahagiaan menanti di hadapan." Wes menarik nafas sebentar. "Aku dah cuba untuk rela." Laila memandang jauh ke dalam anak mata Wes. Ada garis-garis kelukaan. Ada sinar keredupan yang terselindung dibalik wajah yang bersahaja. Wajah kemurungan dan kekecewaan yang sama dilihat dalam diri Maya sewaktu mereka terserempak di kedai buku. "Aku kembali ke sini pun untuk cari dia Laila. Tapi, dia dah pindah. Aku tak tahu kat mana lagi nak cari dia." Wes bersuara kesal. Dua hari lepas dia ke Taman Metropolitan untuk mencari Farahymma. Tapi malangnya penduduk di situ memberitahu Farahymma telah lama berpindah ke tempat lain. "Minggu lepas aku jumpa dengan Emma." Pantas sahaja Wes memandang wajah Laila sebaik sahaja dia berkata begitu. Laila memandang wajah Wes yang penuh dengan harapan. "Kat mana dia sekarang?" "Aku tak tahu. Aku ingatkan dia masih tinggal di Taman Metropolitan. Aku tak tahu yang dia dah berpindah. Dia pun tak cakap apa-apa dengan aku. Nombor telefon pun dia tak beri pada aku." "Kenapa?" tanya Wes. "Entahlah. Mungkin juga dia tak mahu diganggu." balas Laila. "Tapi, untuk apa kau nak cari dia lagi. Sedangkan kau sendiri tak mampu menolak pilihan orang tua kau." "Aku bukan macam dulu. Aku akan berjuang demi cinta aku. Aku perlu jumpa dengan Emma." Kenyataan Wes membuat Laila sedikit keliru. "Kau dah berkahwin, kan?" soal Laila. "Tak. Aku masih belum berkahwin." Laila kelihatan terkejut dengan kenyataan Wes. Dia menyangka Wes sudah pun mendirikan rumahtangga. Malah, semua orang menganggap begitu termasuk Farahymma. "Kau masih belum berkahwin?!" Laila menghembuskan nafas yang panjang. "Kalau aku tahu lebih awal, pasti aku beritahu Emma." Mereka diam sebentar. "Kau tak ubah macam adik angkat aku." Wes mengerling Laila. "Ya, dia pun macam kau juga. Pecinta setia yang kecewa. Kebetulan dia baru balik dari Johor, aku terserempak dengan dia. Masih setia dengan cinta lama. Kalau kau tak dapat Emma, kau kahwin saja dengan dia." seloroh Laila. "Boleh juga. Tapi dia nak ke kahwin dengan aku?" Laila ketawa kecil mendengar seloroh Wes. "Kau dengan dia kena register dalam persatuan orang-orang yang kecewa bercinta."sambung Laila lagi. "Yelah tu. Aku tengah frust tak dapat cari Emma kau buat lawak pulak. Ada ke patut." Laila diam seketika. Kasihan melihat Wes. Dia teringat pada Maya. Ya, gadis itu juga menderita kerana cinta. Betapa besarnya kekuatan cinta pada manusia. "Dari dulu aku dapat rasakan yang.....Emma tak dijodohkan dengan aku. Tapi, aku tak tahu kenapa sampai sekarang aku masih belum dapat melupakan cintanya. Gila! Tapi itulah yang aku rasakan. Cinta yang tak pernah padam." Ada sayu dari nadanya. Memang benar, selama dia bersama dengan Farahymma sehinggalah sekarang, dia tak pernah merasakan yang mereka berdua akan bersama. Tetapi dia tetap mahu berusaha untuk mencapai cita-citanya yang ingin sehidup semati dengan gadis itu. Setiap malam dia sentiasa berdoa memohon kepada Illahi agar ditemukan semula dengan gadis itu. "Kalau macam tu, kenapa kau masih mengharap pada dia?" Laili mengerutkan keningnya tidak memahami apa yang dirasakan lelaki itu. Wes mengalihkan pandangannya kepada Laila sambil tersenyum lalu mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu. "Mungkin kerana aku terlalu cintakan dia."
Aku teringat peristiwa semalam.Malam yang larut buat aku jadi tak menentu apabila Ida diruang mata.tadi,aku tak menumpukan perhatian.Penat...itulah ungkapan dari minda aku.Letih.Letih berkerjakah?aku rasa letih berkerja tidak seperti letih masalah yang aku hadapi.Aku rasakan dunia tidak adil. Aku mengeluh berat.Bagai terhimpit beban di dada aku.Rasa semuanya mahu salahkan aku. Membenci aku..Kalaulah aku mampu putar kembali apa yang berlaku tak mungkin semua ini terjadi.Semua ini bukan aku nak.Tapi semua macam tak puas hati apa aku buat.Aku harap Ida dapat perbetulkan segalanya.Aku malu pada mak,pada ayah.Aku malu pada keluarga,teman aku.Ida...tolonglah kau jangan hukum aku atas kesalahan orang lain...aku Cuma berharap sangat kau tak menghampakan aku.Tahukah kau aku sayangi kau lebih segalanya.
Potret Ida aku tenung sepuasnya.Ida berbaju kurung dan berselendang tersenyum.Betulke keputusan aku ni?Kenapa soalan itu aku selalu ujarkan dalam hati..sedangkan aku tak tahu apa jawapannya.Ida yang dahulu benar-benar lain.Ida yang dahulu buat aku berubah dari seorang pemarah kepada penyabar..Ida yang dahulu tak pernah guna kata kesat dan marah aku,malukan aku depan teman aku.Ida dahulu manja dan memahami.Kemana Ida dahulu aku tu? Entahlah...jawapannya masih tiada.
Aku memandang sepi,mungkinkah Ida benci dengan kedudukan aku?Mungkinkah kerana aku hanya pengajar memandu ini amat hina pada pandangan Ida?Tak pernah pulak aku tanya.Entahlah.Hanay Ida sahaja tahu mengapa.
Tok!tok!Tok!... Ketukan pintu memeranjatkan aku.Mau tidak terperanjat,bunyinya sahaja bagai nak roboh pintu.Nasib baiklah pintu kayu jati.Ni mungkin emak. "Fieq...bukak pintu ni!"emak melaung.Sudah...sah dah.Marah sungguh suaranya. "ea...bukaklah ni..."aku menjawap malas. Pintu terkuak,muncul mak memandang aku dan terus menarik tanagn aku. "Mari..bincang dengan ayah kau.Apalah budak-budak niTak faham aku lah.."ngomel orang tua itu.aku pun diam membisu.Aku pun tak faham apa algi nak bincangkan,macam ada sesuatu aje.Kes aku ni besar sangat ke??Mau tidak,boleh membunuhkan bapak aku jugak.sudahlah Ustaz Salleh tu sakit jantung.Mau-mau kena serangan miokardial infarct pulak karang.Hai,nanti aku jugak jadi anak derhaka.Aku dah bercita-cita tak nak jadi macam tu.Hish.....aku mengawal hati.Assabarulminnal iman...Berdebar-debar rasanya.Macam nak sesak nafas. Ayah duduk sofa hijau tahi lembu,atas meja ada sedulang air kopi.Misai ayah yang dahulu berpintal ala-ala sarjan misai dah potong dah.Hai imej baru kot... "Fieq....ayah nak tanya kau ni.Ida cakap kau nak putuskan pertunangan.kenapa?Menangis budak tu kau tahu.Tapi semalam kau cakap dia yang beriya hendak putuskan.Kau boleh terangkan tak kenapa kau nak buat ayah malu?" Shafiq rasa bagai ada panahan petir.Apa pulak bala kali ni.Apa si Ida ni dah buat?? "Ayah...Fieq tak ada pulak minta.Ida-" "Kau ada buat apa kat dia?kau jangan Fieq.Ingat hal kahwin main-main ke?" "mana ada yah.Fieq dah sedia.Semalam Fieq jumpa ida nak settlekan hal ni lah.Dia cakap nak putus." "Kau ni buat mak dengan abah pening aje.Pagi tadi Ida talifon mak kau,dia cakap dia sayang kau.Kau yang nak putus sangat.Kau semalam tinggalkan dia ke tepi jalan?Kenapa kau tak hantar dia balik?"sergah ayah apabila dia sedar aku sedang mengelamun. Haish...apa ni.aku tak faham..Aku rasa bagai Ida mahu bermain dengan api. Aku teringat apa sepupu nasihatkan aku.’Kau cubalah fahami dia.Cuba belajar dia’,tapi kalau macam ni,dia dah paksa aku untuk teruskan majlis akad nikah kami.Aku tercabar dengan permainan Ida.Setelah hamipr 2jam setengah aku dibebel oleh ayah yang bagaikan aku yang bersalah semuanya aku diminta menelifon Ida.Meminta maaf.Kata emak,Ida mahukan majlis akad nikah kami diteruskan biarpun aku menghalang.Namun dalam hati aku jadi geram.Kenapa Ida mahu baut macam ni?Apa yang dah berlaku?Sedangkan apa yang berlaku disebaliknya.Aku menundukkan egoku dihadapan emak,mahu buat kedua ibubapa ku senang hati.Mahu mereka tak pening-pening dengan masalah antara aku dengan Ida.
Aku masuk bilik dalam langkah yang malas.Suasana yang bagai 2012.Kecamuk...haru biru rasanya.Entah apalagi aku harus katakan.Sungguh aku rasakan dunia ini menghukum aku.Sedangkan bukan aku bersalah.
Aku memandang set dulang hantaran yang emak bertunggus lums bersama jiran siapkan.15 dulang semuanya.15 dulang itu dah cukup bahagia tak untuk Ida?aku nak dia tahu bahawa dia beruntung dapat aku.
Deringan lagu I’m Yours kedengaran.Dari....IDA. serta merta tahap amarah ku menuju puncak gemilang. “apa semua ni?"soalan itu aku tak tahu dia faham atau tidak. Soal ku tanpa sempat dia bersuara. "Ida minta maaf" Aku tak pasti benarkah apa yang diungkapkan. "Habis...kenapa buat ayah dengan mak macam tu?menipu…membohong.." "Maaf...Ida tengah kusut" Bagaikan bunyi tangisan sayu.Ahh..adakah aku sudah buat dia menangis??Rasa bersalah menyelinap segenap hati. "cuba Ida bagitahu Fieq,kenapa buat macam tu?" “Ida takut…lelaki semua sama…" Aku diam,bagai mencari kata-kata.Apakah maksud dia? sedangkan aku cuba bahagiakan dia,mahu dia jauh dari terjebak dari aktiviti kurang moral.Apa,tak nampak lagi ke apa aku dah korbankan.Butakah dia? "Fieq..maafkan ida.Terimalah Ida.." Entahlah,bersatu semuanya.Bertambah serabut.Bagikan ada penyempitan salur darah diotakku buat aku sesak.Apakah ayat ingin ku lontarkan?saat ida mula menagih kembali hati aku sudah tawar.Ida sendiri paksa aku tawar.Namun tangisannya memaksakan aku memaafkannya.Mungkin barangkali benar,dia sedang serabot.adakah wajar aku menghukumnya?Buaknkah aku mahu ini semua?Mahukan ida kembali? "Fieq maafkan.Dah pergi rehat,Fieq yang salah.Dah lewat ni."aku memberi alasan,aku mahu masa untuk berfikir. "Maafkan ida.." "ea...Fieq dah maafkan sayang." "selamat malam.."ujarnya.talian terputus,aku sengaja putuskan. Dugaan apakah ini?.
******************** Siulan dari Azfar buat aku menoleh. "wei,mu ni...jale pandang mano?"tegur azfar.aku hanya tersenyum. "aku pandang jale lo...." "mu ni gapo??Ghiso aku deh.." Ah dia ni bila dah slang kelantan pekat sudah.Aduhai,namun Azfar tidak lokek memberi kata nasihat.Itu satu buat aku kagum tu. "wat lolok lah" "mu jange tipu..hok ni mesti Ida kan?" "udah lah tu...nate gapo laie?" "mu tak tubik dengan midah?" Saje aku ubah topik. "aku tanya mu ni...ngapo muke mu macam tapai basi ni deh..." "ada gaya tapai basi ke azfar?"malas aku slang kelantan.Aku pon bukan pandai pon,hentam keromo aje.Si Azfar ni bukan tak tahu guna Bahasa Malaysia tapi mengada aje.Tapi slang dia pekat..aku pun kadang-kadang naik juling kena fahamkan. Mahu jadi cerita satu hari dia kelewatan kekelas.Masa tu aku dengan dia belajar lagi.Tapi bukan lama sangat pun insiden tu..dalam setahun lepas. Sesuatu yang aku nak pecah perut bila ingat. Masa tu subjek Bahasa Inggeris.Kebetulan cikgu tu cina,dan subjek pulak awal pagi Bahasa Inggeris.Dia kelewatan.Jarak rumahnya memang jauh dengan sekolah.Di jadikan cerita,musim pulak tengkujuh biarpun kami buka bersekolah di Kelantan. (Apa ingat kelantan aje ada tengkujuh.....) Cikgu tu pon tanya dengan Azfar.. "Why you late Azfar?" Dia dengan basah kuyup tersengih.Dalam hati aku geram gak ngan cikgu yang garang macam singa tu,kalau boleh nak punctual.Tak fikir orang.Dah tahu hujan lagi mau tanya.Kalau aku gerenti jawab hujan aje.tapi si Azfar ni buat aku dan sekelas gelak.dan guru subjek Bahasa inggeis tu pun tergelak.First time aku tengok cikgu tu gelak sakan. nak tahu jawapan si Azfar ni apa.. "Sorry mem,I\'ll wek fa a bah,bat da bah diden cae" faham tak??? Ni slang kelantan dan english.Ni lah masalahnya apabila kena sepekang london. Cikgu cina itu memandang Azfar bagai nak telan.Mungkin dia fikir azfar main-mainkannya.Kami tercengang,dan bunyi kertawa selang 5 minit.cikgu memandang tanda soal. Meminta diam sambil memukul pembaris kayu didinding. "Pardon..what u say Azfar?" Azfar diam,merah padam mukanya.aku pun mula-mula tak faham,kenapa kawan aku tergelak besar.Pending lagi macam cikgu cina ni jugak.Apabila azfar ulang balik aku baru faham,bagai pecah perut aku. "I\'ll wait for a bah,but da bah diden cae" gelak tawa satu kelas bermula lagi.Cikgu garang tu tak kami indahkan. "class can you tell me what he said?" aku mengangkat tangan. "Mem,he say \'I\'ll wait for a bus,but the bus didnt come." selepas itu cigu Cina itu pon tergelak.Kami pun terkejut,gelaknya menakutkan.Kami tercengang seketika.Dan gelak.Kalini bukan gelak paasl azfar,tapi gelak cikgu cina tu.Gelaknya macam lelaki menampakan giginya yang ronggak.Patutlah selalu kontrol gelak.Buruk sungguh amoi tu gelak.
"woi mu...mu gelak gapo?" "i\'ll wait for a bah,but da bah diden cae.." "&^%&%^%^$#%"ternyata isu sensitif tu jadi bahan aku kenakan dia.Menceriakan suasana yang muram. Seketika sudah aku jadi muram kembali selepas bagai pecah perut aku gelakan mamat disebelah ku. "ha...ha..touchung balik...nyampoh aku" "ida...dia buat aku jadi keliru.." "Gini...mu dengar ni...Adam hawa dijadikan sepanasang untuk menemani satu sama lain.Berbeza jantina tapi mampu jadi teman yang rapat.Biar terpisah kerana cinta yang kuat bertemu kembali mereka.Kalau aku jadi kau,aku akan tinggalkan ida.Biarpun aku tahu aku tak patut,tapi aku kena fikir jugak masa depan aku.Kalau dia dah tunjuk belang sekarang tak mustahil dia boleh pijak kau nanti.." "tapi aku tak nak kecewakan mak aku..." "aku faham Fieq...luah mati mak,telan mati bapak.." "aku buntu.." "tabik aku kau ni...Biarpun Ieda dah taka dara kau masih nak terima dia..\' "Azfar..kau kena faham...dara tu hanya satu lapisan nipis...apa yang ada pada dara,bagi aku sama." "murni sungguh pengorbanan kau tu,tapi aku takut balasan tak sama dengan apa kau dah buat.." "habis kau nak mak ayah aku bising?aku kesian dia nak sangat anak.." "kau nak kahwin dengan ida sebab anak yang mak kau mahu?" "bukan tu aje...aku nak tolong dia tutup aib.." "Tapi kenapa,sedangkan bukan kau yang rosakkan dia?" "aku tahu Far..tapi,aku nak dia tahu tak semua lelaki macam tu.." "habis kau rasa dengan buat ni kau yakin dia cakap kau bukan lelaki macam tu?" "entahlah...aku tak ada jaawpan.Aku serabut fikir." "kau yakin dia maampu bahagiakan kau?" "tu pon aku tak ada jawapan." "entahlah aku pun tak faham apa kau cari...kau sendiri tak tahu hala tuju kau.Macam mana aku nak tolong." "aku serabut far.." "Kau fikirlah masak-masak.." "aku balik dulu,karang pak sudin mengamuk pulak."dia mematikan perbualan aku.Mungkin hanay alasan mahu biar aku sendiri. Azfar berlalu.aku pandang lesu.Bagai teringat soalannya tadi.Tuhan berikan aku jawapan...
"LEEYA, kau ingat tak time kita form two,"soal Fatin kepada Aleeya yang khusyuk menulis sesuatu di atas buku. Mereka berada di meja bulat tepi padang sekolah.Banyak pelajar sekolah yang sudah pulang, jadi suasana agak lengang dan sesuai untuk belajar kerana periksa akan menjelma dua hari lagi setelah seminggu cuti raya. "Mana satu?" Soal Aleeya kembali tanpa memandang wajah Fatin. "Time dalam train, waktu cuti balik Perak."Balas Fatin.Aleeya tergamam, mengarahkan matanya memandang muka Fatin.Buku physics di depan matanya tidak lagi dipandang. "Kenapa?" Fatin mengeluh berat.Ingin memberitahu tetapi bibirnya enggan berkata. "Aku jumpa Farouq semalam." Aleeya membulatkan matanya. "Serious?Waktu hari raya, aku ada jumpa gambar dia.Tak sangka kau jumpa dia face to face pulak,"ujarnya.Fatin senyum paksa. "Aku jumpa dia dekat Jaya Jusco.Gila handsome mamat tu.Mujur aku tak terpikat."Beritahu Fatin lagi.Aleeya senyum sinis. "Kau memang, semua muka macam Captain Iqram kau tu, semua handsome."Sempat Aleeya memerli.Fatin tersengih.Okey, memang betul pun! "Alah, kau macam tak tahu aku.Hem, nak dengar tak hikayat aku ni?"Tanya Fatin.Aleeya mengangguk. "Cerita la cepat, aku tengah tunggu la nie."Ujarnya.Fatin menghela nafas, bersedia untuk bercerita. Imbas kembali.. "Ibu jangan lah jalan cepat sangat, semput angah,"ngomel Fatin.Puan Norizan terhenti. "Angah yang jalan lambat, salahkan ibu pulak.Cepatlah sikit awak tu pun!Kata nak bagi surprise dekat ayah.Ni, kejap lagi ayah balik la, tak sempat ibu nak masak!"Rungut Puan Norizan.Aduh, kena marah pulak!Fatin mengeluh. "Ibu, sekarang baru pukul 12 tengah hari.Ayah balik pukul 8 malam.Ada 8 jam lagi ibuku yang tercinta,"balasnya. "Ish, yelah,yelah!Kamu ni, tak sah ye kalau tak menjawab, ikut perangai sapalah!"Ait, salahkan keturunan pulak! "Ikut ibulah ni,"usik Fatin, nakal.Cepat sahaja pinggangnya dicubit. "Gatal ya!" Fatin ketawa bahagia.Dirinya dan Puan Norizan memang tak dapat dipisahkan.Apatah lagi dia adalah anak sulung perempuan, jadi agak rapatlah dengan ibunya yang seorang itu. Lama berjalan, akhirnya sampai juga ke Secret Recipe yang bertempat di Jaya Jusco.Puan Norizan memilih chocolate fudge kesukaan Encik Zulkafli.Sementara menunggu, Fatin meminta diri ke kedai buku MPH yang berada di sebelah.Seperti biasa, tempat yang akan dituju ialah bahagian novel melayu yang memang menjadi kegilaannya dan Aleeya dari sekolah rendah.Novel Mikhail dicapai. "Wah, novel baru ni!Kena kumpul duit nak beli,"monolog Fatin sendiri.Apatah lagi karya Ramlee Awang Mursheed memang menjadi kegemarannya dari dulu.Fatin meninjau novel lain, tanpa menyedari ada mata memerhati. "Assalamualaikum." Fatin terkaku.Er, rasanya telinga dia tak pekak lagi.Perlahan-lahan dia berkalih ke kanan di mana arah suara itu datang.Seorang lelaki berketinggian 5 kaki 7 inchi,sedang memandang tepat mukanya.Muka lelaki itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini.Cuma dia tak pasti di mana. "Ya, boleh saya bantu?"Soal Ftain teragak-agak.Mungkin ada bakat kerja dengan kedai buku MPH nanti sewaktu tunggu result SPM tahun depan!Sempat pula Fatin berangan. "Awak ni, Fatin.Kan?"Perkataan yang keluar dari bibir lelaki itu agak mengejutkan Fatin.Fatin hamper ternganga.Matanya sudah membulat. "Kita pernah jumpa ke sebelum ni?"Soal Fatin.Terukir sebuah senyuman dari lelaki itu. "Saya Farouq, lelaki yang awak jumpa dalm train dua tahun yang lepas.Ingat tak?"Fatin mendiamkan diri atau lebih tepat mengerahkan otaknya untuk berfikir setelah lama tak study semenjak cuti! "Time tu, kawan awak hampir jatuh atas saya.Waktu tu kita semua sama-sama dalam train dari Perlis."Jelas lelaki yang menggelarkan namanya Farouq. Gotcha! "Ohh, Captain Iqram!"Fatin berkata perlahan, namun dapat ditangkap oleh Farouq. "Captain Iqram?"Soal Farouq, tidak mengerti.Fatin menguntumkan sebuah senyuman. "Nothing, forget it.So Farouq, what are you doing here and macam mana awak boleh still cam saya?"Soal Fatin, tiba-tiba menjadi peramah. ".Saya study dekat Politeknik Tungku Omar. Saja, keluar dengan kawan,that’s why I’m here.Erm, saya ada gambar awak dengan kawan awak tu.Aleeya, kan?"Balas Farouq.Fatin kagum sendiri.Hebat betul ingatan mamat ni! Teringat sewaktu di dalam train, dialah yang gatal memperkenalkan dirinya dengan Aleeya selepas Farouq mengintroducekan diri.Puas dia dimarahi oleh Aleeya selepas itu.Mujur marahnya tidak berpanjangan! Mereka bertukar cerita seketika sebelum Fatin mendapat mesej daripada ibunya. Angah, ibu dah siap ni.Sudah2 lah tu dkt kedai buku tu.. Fatin tersenyum kecil. "Erm, okeylah Farouq.I got to go,"ujarnya.Farouq mengangkat kening. "Kalau ada apa-apa, contact saya.Nombornya…"Pantas sahaja Fatin mengsave nombor Farouq sebelum pergi. "See you!" Fatin sempat melambai Farouq sebelum dia melangkah pergi.
"SYOK lah tu?"Ejek Aleeya.Sememangnya, itulah sikap Fatin yang Aleeya paling tak gemari.Sikap suka menggatal dengan lelaki yang tak pernah berubah dari sekolah rendah! "Biasa je.Well, dia yang bagi nombor.Aku ambek jelah,"selamba Fatin membalas. "Tak kisahlah."Aleeya sudah malas bercakap.Tiba-tiba moodnya hilang.Fatin juga membisu.Akur dengan salahnya yang membangkitkan tentang lelaki.Dia tahu, Aleeya tak larat mendengar tentang lelaki apatah lagi ada lima orang lelaki di rumahnya yang terpaksa dilayan!Lainlah dirinya yang Cuma ada seekor je dekat rumah.Tu pun kadang-kadang sahaja Nampak batang hidung memandangkan abangnya, Nabil Luqman yang tua 2 tahun darinya berjaya menempatkan diri di Kolej Politech Mara di Johor. Kereta Avanza milik Encik Zulkafli sudah menunjukkan diri. "Aleeya, ayah aku dah sampai tu."Ujar Fatin.Mereka cepat-cepat mengemaskan buku,nota dan peralatan menulis di meja.Hari ini Aleeya terpaksa menumpang Fatin kerana ayahnya ada kursus di Pulau Langkawi manakala ibunya ada mesyuarat penting dengan pekerjanya. "Hari Sabtu ada kenduri dekat Simpang Pulai, angah nak pergi ke?"Encik Zulkafli membuka bicara.Mata Fatin sudah bersinar.Dia, bab makan ni memang nombor satu! "Boleh aja!"Jawabnya pantas.Encik Zulkafli ketawa kecil, arif dengan perangai anaknya yang kuat makan.Aleeya mendiamkan diri.Malas mencampur urusan anak beranak orang lain. "Leeya tak nak ikut ke?"Soal Encik Zulkafli kepada Aleeya.Pelik juga melihat kawan balik anaknya itu mendiamkan diri, tidak bising seperti selalu. "Tak pasti lagi pakcik.Tengoklah dulu, kalau Fatin bagi, saya boleh je."Ujar Aleeya, agak sopan. "Kenapa cakap macam tu?"Kegusaran mula menakluki hatinya.Tanda-tanda Aleeya sedang merajuk sudah ada.Wah..bikin gempak ni! "Takde apalah.Tiba-tiba bad mood, nak datang bulan kut,"bisik Aleeya di telinga Fatin.Fatin ketawa kecil. Mujur! "Kalau nak pergi, siap-siaplah hari sabtu ni.Pukul 8.30 pagi."Ujar Encik Zulkafli. "Hah?Cepatnya ayah?"Fatin terkejut. "Anak Pakcik Kamal la yang nak kahwin.Saja je datang awal, tak salah kan?"Balas Encik Zulkafli lagi.Fatin mengangguk, akur.Pakcik Kamal ialah kawan baik ayahnya dari masuk university.Selalu juga dia berkunjung ke rumah lelaki itu. "Fatin takpe ayah..ni, anak ayah lagi sorang ni yang suka bangun lambat.Sama macam abang-abang dia tu,"usik Fatin.Aleeya membeliakkan mata.Merona merah mukanya.Encik Zulkafli tersenyum. "Jangan salahkan kawan awak tu Cik Fatin, tengok awak juga.Pagi-pagi bangun pukul berapa?Tak sah kalau bukan pukul 6.30 pagi, kan?"Encik Zulkafli membela Aleeya.Fatin ketawa besar, tak tercuit langsung dengan kata-kata ayahnya.Kereta Avanza biru sudah berhenti di hadapan rumah. "Thanks pakcik.."Ucapnya sebelum berlalu.Encik Zulkafli tersenyum. "Jumpa kau esok!"Aleeya mengenyit mata kepada Fatin.Fatin membuat thumbs-up.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Kaki Novel Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KN untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
admin@kakinovel.com
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei