Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Deras air matanya mengalir kini, kali ini memang dia tidak mampu sembunyikan rasa hatinya sendiri, sedih sayu, terkilan segalany menjadi satu, bercampur aduk... aku sedar aku bukan siapa-siapa pun, hadir hanya menambahkan beban, memang hanya tahu menyusahkan je aku ni.... bisik hatinya
"Saya dah penat, dah jelak memandang muka budak tu, awak tahu tak? dia hanya menyusahkan kita jea, takda untung langsung menjaga dia" masih terngiang-ngiang lagi ungkapan kasar yang terlahir daripada bibir Mak Sunya...
Sampai hati Mak Su... Air matanya mengalir lagi, kalaulah aku tahu benda ni terjadi, aku rela tinggal sendiri di rumah tu, mati kering pun tak apa asalkan aku tak menambahkan bebanan kalian..
"Eh awak ni ada ke kata macam tu, kalau bukan kita yang menjaga dia siapa lagi yang nak jaga dia? dia kan satu-satunya anak kakak saya, takkan awak nak tengok budak tu merempat merata-rata? hidup tak terurus macam tak berwaris??"terdengar suara Pak Sunya pula menegur perlahan.
Kalaulah aku tahu hadirnya aku hanya mehuru harakan keadaan, memang aku takkan setuju tinggal di rumah pak su. Maafkan aku Pak Su, dia bangun mencapai beg pakaian usangnya, mengutip pakaian-pakaiannya, biarlah aku pergi dari terus menjadi bebanan kalian, putus hatinya
3 bulan dahulu dia kehilangan ibu tercinta akibat penyakit barah hati, ayahnya pula telah lama pergi menghadap ilahi akibat di tembak perompak ketika sedang menjalankan tugasnya sebagai anggota polis. Semenjak hari itu disinilah dia tinggal, menumpang kasih, tapi sayang rupanya dia menumpang kasih pada yang tak sudi, hanya ungkapan manis dibibir semata, selebihnya mereka hanya berpura-pura. Betullah kata orang, kalau baru-baru memang orang akan sayang kita, belai kita, tapi bila dah lama, orang mula jemu, sayang entah melayang pergi kemana.
Langkah kaki di atur longlai, tak ketahuan ke mana arah yang perlu di tuju, sesekali air mata yang mengalir dipipi di sekanya dengan hujung lengan baju kurungnya yang lusuh itu.. Dia tak kenal sesiapa, di sini tempat yang terlalu asing baginya. Gelap malam diredah perlahan, membawa hati yang membusung lukanya. Penat berjalan dia berhenti. Aku hanya berserah pada takdirMu tuhan. Bissmillahitawakaltu alallah....doanya dalam hati. Teringat tika zaman kanak-kanaknya, dia terlalu takut sendirian dan uminya selalu menasihatnya, memberitahunya yang dia tak pernah sendiri hakikatnya sebab kata umi malaikat di kiri dan kanannya sentiasa ada menemaninya walaupun tak mampu dilihat oleh mata kasarnya. Semenjak itu cuba ditanamnya sifat berani dalam dirinya.
Nur Iman Aliya itulah nama yang diberi, yang tertera di dalam surat kelahirannya, kata orang makna namanya itu indah, ya... yelah cahaya iman yg satu, lebih kurang begitulah maknanya, dia mensyukuri nama yang di beri padanya, sentiasa dia berdoa yang perangainya, perlakuaannya seindah namanya.
Azan yang berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat subuh, memecah sepinya kini.. Marilah menunaikan solat.... marilah menuju kejayaan.... mendayu sekali sahutan itu di pendengarannya, menusuk sanubari, menggamit kakinya melangkah menuju ke sebuah surau yang dia baru perasan akan kewujudannya. Ah sesukar mana dugaanMU aku percaya terselitnya sebuah hikmah, malah bertambah mendekatkan diriku kepadMU kerana KAUlah satu-satunya tuhan yang layak dan wajib kusembah... bisik hatinya.
Usai solat subuh, dia bersandar seketika pada dinding surau itu hajat hatinya mahu melepaskan lelah yang bertandang, tapi tiba-tiba dirinya di sapa oleh seorang wanita separuh umur, yang kalau tak silapnya antara yang turut berjemaah dalam solatnya tadi...
**********
"Tulah awak..! cakap tu ikut sedap mulut jea, entah ke mana budak tu dah pergi sekarang, agaknya dia dengar apa yang awak cakap, tu sebab dia pergi dari rumah ni.." bentak Pak Su kasar, penat seharian mencari anak saudaranya yang satu itu, tapi tak ketemu.
"Owh semua salah saya ya? bagus jugak budak tu berambus, ada pun menyusahkan kita jea.." sambil lewa Mak Su meluah bicara, sedikit pun tak peduli akan perasaan Pak Su yang sedang berserabut itu.
Pak Su diam, tak kuasa meneruskan bicara, sebab dia tahu jawapan yang keluar akan hanya menyakitkan telingannya sahaja. Dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal, adeyy manalah budak Iman ni pergi, sihatkah dia? selamatkah dia? makankah dia? hatinya bertanya sendiri..
Maafkan saya kak long, saya cuai menjaga amanah kak long... hiba hatinya, mengenangkan dirinya tak mampu memikul amanat arwah kakaknya.. Arghh aku mesti cari Iman sampai dapat.. itu azamnya kini.
*************
Iman mencangkung sambil matanya tak lepas memerhati jari jemari Mak Wan yang begitu lincah menyisir daun kelapa, diasingkan dari lidinya untuk dibuat penyapu dan dijual, teringat dia akan arwah ibunya, mereka menjadikan apa sahaja di sekeliling sebagai sumber rezeki, hatta kangkung yang tumbuh meliar pun mereka kutip dan dijual sebagai sumber rezeki, terasa seperti kembali ke zaman seperti dulu, ketika bersama Mak Wan. Mak Wan, wanita yang menegurnya ketika dia di surau hari tu, dan akhirnya membawa dia tinggal bersama wanita telah kematian suami itu. Dia senang dengan wanita itu, pandai mengatur bicara, tegurannya lembut penuh kiasan, dan dia mengagumi wanita itu dan mula mengasihi wanita itu.
"Iman fikir apa ni nak.. sampai Mak Wan cakap pun macam tak dengar jea?"
Terhenti lamunannya, akhirnya dia hanya mampu melorek sengih pada wajahnya, adeyss asyik sangat mengelamun, tak sedar pulak yang Mak Wan dok cakap dengan aku.. hati kecilnya berkata.
"Takda apa-apa Mak Wan, cuma Iman rasa sangat bertuah, bersyukur dapat kenal dengan Mak Wan, kalau Mak Wan takda tak tau lah entah ke mana Iman merempat ....."
"Isk ada ke kata gitu, semua tu takdir ALLAH nak, DIA yang mengkehendaki kita bertemu, lagi pun Mak Wan ni dah lah duduk sorang-sorang, ada Iman ni terubat sikit rasa sunyi Mak Wan..." lembut bicara wanita itu penuh keibuan dirasakan.
"Iman tak tau macam mana nak balas jasa Mak Wan, Iman dah takda sesiapa kat dunia ni.." bertukar lirih nada bicaranya kali ni.
"Tak payah fikir macam mana Iman nak balas jasa Mak Wan, sekarang ni Iman ada Mak Wan, InsyaALLAH Mak Wan sentiasa ada di sisi Iman, susah senang, makan ke tidak bersama-samalah kita...rezeki, ajal pertemuan semua tu ketentuan dan kehendakNYA"
" Iman ada saudara, tapi saudara sendiri merasakan Iman ni membebankan, Iman kalau boleh tak mau membebankan Mak Wan pulak.."
"Takdanya membebankan nak... ALLAH telah menentukan setiap rezeki hambaNYA di muka bumi ni, telah diatur sebaik mungkin.."
"Lagipun Iman kena ingat setiap ujianNya tentu ada hikmahnya, DIA takkan memberi ujian yang takkan mampu di tanggung oleh hambanya sebab DIA lebih mengetahui..." sambung Mak Wan lagi.
Iman tertunduk mendengarnya, terasa sedikit malu, yelah baru diuji dengan ujian yang sedikit dia sudah terasa terbeban sedangkan dia sepatutnya bersyukur menjadi insan yang terpilih untuk menerima ujianNYA.
"Dahlah Iman, anak gadis semanis Iman tak sepatutnya sentiasa berwajah gundah, Mak Wan dah siap meraut lidi ni, lepas ni moh ikut Mak Wan pegi kebun belakang rumah nu.. Mak Wan ingat nak cabut ubi, lepas tu bolehlah kita buat bingka ubi, esok boleh jual kat warung Pak Saman yang kat simpang tiga tu...."
Iman mengangguk, cuba diukir wajahnya seceria semanis mungkin, biar yang melihatnya yang gundah menjadi tenang, yang duka menjadi riang...
**********
Pak Su termenung di balkoni rumah mewahnya, sudah puas di cari merata-rata tempat, rasanya segenap ceruk sudah di jelajah, namun bayang jejak Iman langsung tak ditemui. Dia meraup wajahnya berkali-kali, sungguh!! dalam hatinya kini hanya ada seribu kekesalan yang menggunung tinggi, sebuah kekesalan yang melaut banyaknya. Dia kecewa dengan dirinya sendiri, yelah... dahlah tak punya zuriat penyambung legasinya, dan kini satu-satunya anak saudara yang dia ada telah pun pergi menghilangkan diri tanpa jejak.
"Ya ALLAH kenapalah aku terlalu lemah, kenapalah amanah ini aku tak mampu nak pikul sedangkan dia satu-satunya pewaris keturunan keluarga kami..."
***********
"Mak..! oh Mak...! " dengan terkocoh-kocoh dan dengan salam yang tak diberi dia meneriak memanggil Mak Wan, panggilan yang telah berubah atas pemintaan wanita itu sendiri dan dia sendiri menyenanginya.
"Ada apa Iman sampai tak sabar-sabar ni, sampai salam pun lupa nak diberi? mak kat dapur ni", terdengar laungan suara Mak Wan dari arah dapur rumah papan itu.
Ops lupa... Iman menekup mulutnya selepas mendengar teguran Mak Wan...
"Maaf Iman lupa, Assalamualaikum mak..." hehehe dah kena tegur baru nak bagi salam tulah aku excited sangat sampai terlupa yang kebiasaannya.
"Waalaikumussalam wbt, ha apanya Iman sampai tak menyempat-nyempat ni?"
"Mak teka surat apa kat tangan Iman ni??" dengan senyuman yang makin melebar dia mengunjukkan sekeping sampul surat kepada Mak Wan.
"Sampul surat apa tu Iman?" Hairan bin pelik, takkan setakat dapat surat Iman dah sebegitu gembira, tentu surat tu istimewa, getus hatinya.
"Iman dapat tawaran belajar mak, ya ALLAH alhamdulillah syukur sangat-sangat mak.." Lantas tubuh tua Mak Wan diraih, terasa terlalu banyak budi wanita itu padanya..
"Ya ALLAH betul ke nak? alhamdulillah syukur dengan rahmatMu... mak gembira untuk Iman.."
"Lepas ni mesti mak tinggal sorang-sorang kalau Iman takda, siapalah nak jadi kawan mak berborak nanti..." bertukar sayu pula nada bicara Mak Wan kali ni.
" Mak jangan cakap macam tu, Iman janji akan selalu balik jenguk mak kalau Iman ada cuti, yelah mak kan tau Iman cuma ada mak jea satu-satunya kat dunia ni, lagipun tanpa mak takdalah Iman seperti hari ni..." digenggam erat tangan Mak Wan dan dibawa kemulut di kucup penuh kasih dan hormat.
Mak Wan mengangguk, dia rasa sangat bertuah punya anak seperti Iman, walaupun bukan anak yang di kandung sendiri... diusap lembut kepala anak itu...penuh kasih yang tak berbelah bagi.. tak sangka pejam celik pejam celik sudah setahun lebih Iman hidup bersamanya.
***********
Pak Su terbatuk-batuk perlahan, dia mengusap dadanya yang terasa perit, kesihatan yang tidak berapa stabil akhir-akhir ini, dengan keadaan perniagaan yang semakin merudum dek kerana tekanan ekonomi, segalanya berkumpul menjadi beban berat yang termampu ditanggungnya kini.
Perniagaannya bila-bila masa sahaja akan diisytiharkan muflis, entahlah mungkin itu balasan Tuhan ya mungkin, yelah kita jarang mensyukuri nikmatNya bila kita didalam ruang zon yang selesa, dan bila nikmat itu telah ditarik balik, barulah kita belajar menghargai.
***********
Iman memandang sayu pada rumah papan yang akan ditinggalkan sebentar lagi, ah... hidup perlukan pengorbanan, seperti juga kalau kita ingin belajar berjalan kita kena rasakan sakitnya jatuh itu dulu....
Mak Wan menepuk perlahan bahu Iman, agak sayu melepaskan anak itu pergi, tapi demi sebuah masa depan yang cerah dia kena akur, sebab dia sendiri tahu dia takkan selamanya sentiasa gagah berdiri di sisi anak itu, sebab sampai masanya nanti dia tetap akan pergi tinggalkan anak itu sendiri dan pada masa itulah harta yang paling berharga adalah ilmu, yelah dia bukan orang senang yang punya longgokan permata sebagai warisan, yang punya segunung intan sebagai simpanan.
"Iman kat tempat orang nanti jaga tingkah laku, jangan sesekali mencari masalah, biar orang buat kita, tapi jangan kita buat orang, jangan lupa solat..." hiba dia menitipkan pesan.
"Iman tau mak, insyaALLAH Iman akan ingat pesan mak tu, mak pun dah dok sorang-sorang ni janganlah keja kuat sangat sangat, Iman jauh nak jaga mak kalau mak tak sihat nanti..." tubuh tua itu dipeluk erat, hisy rasa beratlah pulak hati ni nak tinggalkan mak sorang-sorang bisik hati kecilnya. Ah aku perlu berkorban demi masa depan, ingat Iman ni untuk masa depan kau dan mak jugak.... pujuk hati kecilnya.
"Iman pergi dulu mak, insyaALLAH Iman akan selalu kirim surat kat sana nanti, mak tak perlu risau, pandai-pandailah Iman bawak diri nanti...." walaupun berat kaki melangkah untuk pergi tapi tetap digagahkan diri...
************
"Awak ni cubalah kurangkan sikit perangai boros awak tu..." tegur Pak Su bila melihat Mak Su yang baru pulang dengan barang penuh kiri kanan di bimbit.
"Eh awak ni kenapa? biasanya tak kisah pun saya beli macam-macam seperti ni, tapi hari ni lain macam pulak..." Mak Su kehairanan,kurang senang ditegur begitu.
"Yelah awak tu, rumah kita ni cuma ada awak dan saya jea, yang awak beli macam-macam, seperti ada sepuluh penghuni dalam rumah ni..." Pak Su menjawab perlahan.
"Hey awak ni kenapa sebenarnya hah? tiba-tiba jea nak bising-bising ni?" bertukar nada keras bicara Mak Su kali ni, hey kita dahlah balik penat-penat dia pulak nak membebel...
"Awak boleh tak kalau saya tegur tu terima jea, company saya tu dahlah tengah bermasalah, lepas tu awak pulak tak reti-reti lagi nak sedar diri, masih lagi berbelanja sakan macam seluruh shopping complex tu awak nak borong..." Pak Su mula berkeras.
Terdiam Mak Su mendengarnya, dia mencebik bibir... huh.. company dia bermasalah marahkan kita pulak..
"Dahlah saya malas nak layan awak," Mak Su bingkas berlalu, malas nak berlama mengadap Pak Su, karang makin panjang pula bebelannya.
"Oh yea kejap lagi saya nak keluar pegi rumah Datin Syariza..ada jamuan teh.." sambungnya lagi dan terus berlalu.
Tulah dia, cakap sikit kata kita bising, tapi bila tak dicakap aku yang sakit menanggungya.. bisik hati kecil Pak Su, dia hanya mampu mengelengkan kepala melihat atur langkah isterinya yang makin menghilang ke tingkat atas.
*********
Mak Wan termenung panjang di beranda rumahnya, dah dua bulan Iman pergi tapi satu surat pun tak sampai ke rumahnya.
Kenapalah kau diam jea seribu bahasa kini nak, sihatke kau Iman? makan ke tidak kau di sana nak.... hati kecilnya tertanya-tanya.
Ah ... mungkin dia sibuk, lagipun kan masih baru, mungkin Iman masih belajar menyesuaikan diri di sana..
Hurm daripada aku melayan menung yang tak sudah-sudah ni baik aku ke kebun, mungkin ada cili-cili yang dah boleh dipetik, boleh juga dijual di kedai Akob nanti, dapat juga dikirim sikit pada Iman.... bisiknya sendirian.
Kain batik lusuh yang tergantung di dinding dicapai, dililit ke kepala di jadikan tengkolok untuk melindungi kepalanya dari terik matahari petang.. bakul kecil di capai...
"Assalamualaikum....mak..." dia disapa tiba-tiba ketika sedang asyik terbongkok-bongkok memetik cili...
"waalaikumussalam wbt..." pantas Mak Wan menoleh dia kenal suara itu...
"Ya ALLAH Iman, anak mak..." pantas dia memeluk tubuh itu.. 2 bulan dirasakan terlalu lama memendam rindu..
"Hehehe... saja jea nak buat kejutan untuk mak..." melebar senyuman di wajah Iman..
"Nakal...! saja jea buat mak risau.." berpura marah nada Mak Wan dan Iman hanya ketawa mendengarnya.
**********
Berjuta bintang di langit malam menjadi santapan matannya kini... pejam celik pejam celik tak sedar yang masa itu terlalu pantas berlalu..
Iman yan dulu dan sekarang juga telah terlalu jauh berbeza, Iman yang dulu seorang anak miskin yang comot, Iman yang dulu seorang anak gadis yang tak tahu apa-apa... tapi Iman yang sekarang anak gadis yang penuh karisma, yang sentiasa cekal dan berkeyakinan diri.. Iman bersyukur kepahitan yang dulu menjadi kemanisan buat dirinya kini.. dan yang paling dia gembira dengan titik peluhnya dia mampu membuka sebuah cafe...dan yang pasti salah satu menu di cafe itu ialah bingka ubi buatan maknya iatu Mak Wan.
Hari-hari yang menyakitkan telah berarak pergi meninggalkannya... Rasa mengantuk yang bertandang menyebabkan dia menguap berkali-kali, langkah kakinya diatur masuk kedalam, sebelum kebiliknya sendiri, sempat kakinya dilencongkan kebilik utama, tombol pintu dipulas perlahan takut mengganggu lena penghuninya...
Dia menghampiri katil itu... Selamat malam mak, bisiknya perlahan, dikucup lembut dahi wanita tua itu... dibetulkan selimut yang membaluti tubuh wanita kesayangannya itu sebelum dia berlalu ke kamarnya sendiri...
***********
Hari ini dia tak menang tangan, melayan pelanggan yang tak putus-putus berkunjung ke cafenya, kebetulan seorang pekerjanya bercuti sehinggakan Iman sendiri terpaksa turun padang sekali..
Tiba-tiba matanya terpandang kepada seorang wanita separuh umur yang berpakaian separuh lusuh yang berdiri berhampiran muka pintu cafenya, kelihatan teragak-agak untuk memasuki cafenya..
Macam pernah lihat perempuan tu, hatinya berbisik... lama dia cuba mengingati... hingga hatinya berdetik... darahnya berderau tiba-tiba... Mak Su....!! ya wanita tu adalah Mak Su... dia pasti... tapi.... kenapa dia kelihatan tak berapa terurus, apa yang terjadi padanya? Iman tertanya-tanya.. Iman kembali memandang kearah tadi, tapi sayang wanita itu telah pergi... ke mana dia?? dia tercari-cari... pantas di atur kakinya ke muka pintu, di toleh kiri kanan, melilau matanya, sehinggalah matanya ternampak kelibat wanita itu di celah orang ramai di kaki lima..
"Mak Su...!" dia memanggil dan wanita itu menoleh, kelihatan riak terkejut terukir diwajahnya.. Wanita itu cuba melarikan diri tapi Iman pantas mengejar... akhirnya dia berjaya memegang lengan wanita itu...
"Mak Su ini Iman..." dia meperkenalkan diri dan wanita itu kelihatan gelisah dan seolah-olah cuba berlalu pergi...
**********
"Ya ALLAH kenapa sampai jadi macam ni Mak Su?" Iman bertanya terkejut selepas mendengar cerita dari Mak Su...
Tak tersangka macam-macam terjadi semenjak dia pergi dan yang paling dikejutkan ialah bila melihat kawasan rumah yang didiami Mak Su dan Pak Sunya itu... sangat daif... macam rumah entah.... rasa macam tak layak dipanggil sebuah rumah...
Iman menggetap bibir menahan sebak, melihat raut wajah tua Pak Su yang terlantar lesu kerana strok..
Menurut cerita Mak Su, bila company Pak Su diisytihar muflis, wang mereka habis untuk membayar hutang, dan tak cukup dengan itu mereka terpaksa menjual pula rumah tanah dan segala harta yang ada untuk melangsaikan semuanya....
Pak Su pula, mungkin terlalu tertekan, sehingga mendapat serangan jantung dan strok, semenjak itu, Mak Sulah yang menjaganya, kawan-kawan yang dulu di sekeliling mereka juga menghilangkan diri selepas itu, yelah kawan waktu senang biasanya memang ramai, tapi waktu susah... semuanya lesap entah ke mana...
Iman rasa sangat bersyukur dengan nikmat yang dimilikinya kini, apabila dia mengenangkan nasib Mak Su dan Pak Sunya, dia berasa sangat gerun, yelah semua yang dimilikinya hanya pinjaman, milik ALLAH, bila-bilanya jika DIA mengkehendakinya, segalanya akan hilang sekelip mata..
*********
"Iman, semua barang-barang dah siap ke nak? tak da yang tertinggal ke? kita ni nak pergi jauh, nanti kalau ada yang tertinggal susah kita nak berpatah-balik.." tanya Mak Wan prihatin.
"InsyaALLAH mak, semua dah ada, Iman dah periksa semuanya tadi, pasport Pak Su, Mak Su dan mak punya pun Iman dah cek sekali..." jawabnya sambil mengukir senyum manis.
Sebentar lagi mereka akan berangkat menunaikan umrah... tak sabar rasanya menjejakkan kaki ke tanah suci... umi.. Iman rasa bersyukur sangat dengan apa yang Iman miliki sekarang, abi.. Iman bahagia sekarang, dengan insan-insan yang Iman sayang sentiasa mengelilingi Iman, memberi dorongan dan menyokong Iman... terima kasih Ya ALLAH, mengajar aku tentang pahitnya hidup ini, mengajar aku menjadi kental, membuat aku merasa manisnya hidup ini... bisiknya perlahan...
7 bulan lalu.....
"Maafkan Mak Su Iman, Mak Su tahu Iman terasa hati dengan Mak Su, yelah Mak Su banyak kali lukakan hati Iman dulu, agaknya sebab tulah ALLAH bagi balasan macam ni kat Mak Su" pohon Mak Su padanya sambil menggenggam jari jemarinya erat.
"Iman dah lama maafkan Mak Su, Iman tak pernah marahkan Mak Su dendam dengan Mak Su ke, semua tu tak pernah terlintas dalam hati Iman ni..." ungkapnya perlahan...
"Ya ALLAH Iman, kenapa baik sangat hati mu nak? sampai Mak Su rasa malu dengan apa yang Mak Su lakukan...." hiba hatinya menuturkan, tak sangka dia punya anak buah seluhur Iman.
"Dah lah Mak Su, kita lupakan apa yang terjadi, apa yang penting bagi Iman sekarang, nak lihat Pak Su sembuh... lagi satu Iman nak Pak Su dengan Mak Su duduk dengan Iman, Iman nak jaga Pak Su dengan Mak Su, Iman taknak tengok Pak Su dan Mak Su hidup macam ni lagi..." Iman menyuarakan rasa hatinya..
"Kenapa Iman baik sangat dengan Mak Su??? sedangkan Mak Su yang membuatkan Iman menderita dulu??" soal Mak Su perlahan..
"Iman bukan siapa-siapa untuk menghukum silap orang Mak Su, lagi pun semua orang pernah buat silap, bezanya antara sedar atau tak.." jawabnya..
"Iman mari kita pergi nak... sekejap lagi pesawat nak berlepas dah..." ajak Pak Su sambil menepuk bahunya perlahan, terpecah pergi lamunannya kini...
Dia menganggukkan kepalanya... tersenyum mesra memandang wajah tenang Pak Su yang semakin sembuh dari penyakitnya itu...
"ya... mari mak, Mak Su, Pak Su..." ajaknya..
Aku bukan siapa-siapa untuk membiarkan dendam terus beraja di hati ni, untuk membiarkan marah terus melara dalam jiwa ini.. bisiknya perlahan... Moga kebahagian ini sentiasa mengiringi mereka, insan-insan yang aku sayang dan cinta, bisik hatinya sambil merenung sekilas pada wajah Mak Su, Pak Su dan Mak Wan..
Mereka beriringan langkah menuju ke balai berlepas.... Tanah Suci.. tak sabar aku menjejakkan kakiku ini di bumimu....
Akim meneguk air botol disisinya.Tekaknya yang kering memang dah parah.Mana taknya,dari pukul 10 pagi tadi sampai pukul 2 sekarang ni,duduk memancing.Memang badan rasa sengal.Baldi berisi ikan tangkapan dikerling.Ehem..punyalah lama memancing,tapi ikan yang ditangkap tak sampai separuh baldi pun.Hm..sungai sekarang dah tak banyak ikan..Tenat!
Geng sebelah dipandang.Oiii!Dia buat apa tu?Tangannya ditongkatkan kebelakang,mata pula tertutup.Chait!!!Dia tidur??
"Aril!"Akim membaling batu kecil.
"Hoi superman datang tak bagi salam,salam tak sambut superman melayang?Eh..ada aku kesah??Ye??Aku bukan azwan eh ali ali!"Aril yang tersedar melatah.Dari posisi duduk tadi,dia dah bangun buka langkah silat.Hah hah,Akim gelak..
"Aril.."Akim bangun mencapai lengan Aril."Woi,dah dahlah tu..Teruklah kau ni!"
Aril masih mamai.Mukanya Nampak tak berdosa.Suci macam bayi.Tapi bila jer roh dia dah sepenuhnya masuk dalam badan..Pap!!Belakang badan Akim dipukulnya.
"Pinggan mangkuklah kau ni!Kenakan aku pula..Aku bagi karang!"Aril menunjukkan sikunya.Ada ker kawan tengah tidur,dia pi kacau?Aril kembali duduk.Begitu juga Akim namun sisa tawanya masih ada.
"Yang kau pergi tidur tu sape suruh?Aku ni yang susah payah nak tunggu ikan.."Akim mencapai tali pancing.
Aril berdengus."Penatlah weh.Nama jer memancing tapi aku rasa macam masuk formula one!Lama sangatlah kita memancing ni..Aku nak balik ar..Dah tengah hari,Zohor pun kita tak buat lagi.."Aril mengurut tengkuknya perlahan.
"Awal lagi.."jam ditangan dikerling."Lagi setengah jam,kita baliklah.."Akim memberikan cadangan.Aril hanya angkat kening tanda setuju.
"Aril.."
"Hm.."
"Lepas SPM ni,kau nak buat apa?"mata Akim masih pada sungai.
"Apa pasal keluar soalan cepu-perak ni?Dah tak ada cepumas?"Aril ketawa.Akim geleng."Entah..kahwin?"tanpa perasaan Aril menuturkan.
Akim pusing kepala 90 darjah kekanan.Matanya bulat. "Wow!Ni biar betul ni..Hahaha..cucu wak Seman nak kahwin dah..Kalah anak dara sopan kat kampung ni!"Ketawa Akim kuat.
"Weh..tengok kakilah..Asal?Tak percaya kalau aku kahwin awal?"
"Bukan tak percaya tapi tu kira spesis luar semesta dah tu..Aril kahwin??Huwarh..Siapalah malang dapat kau.."kali ni ketawa Akim makin menjadi..
Aril buat gigi arnab."Malam ni aku cakaplah dengan atuk aku..Mesti dia seronok dapat menancu.."
"Menancu?"
"Lam-pi betullah kau ni!Aku kan cucu dia..Menantu tak sedap..Menancu baru kelas.."
"Ohhhh..macam taucu?"
Sesaat.Dua saat.. Kah!Kah!Kah!Kah!
"Arila!"ketawa mereka mati bila suara yang seperti kilat menyambar..Aril telan air liur.Suara guruh tu,memang dah tahu dah.
Wak Seman cekak pinggang.Muka pucat Aril dan Akim dipandang. "Tengah-tengah hari buta,tak tahu nak balik rumah?Apa nak jadi?Balik!"Wak seman menghampiri Aril.Telinga comel Aril dicapai dan ditarik membuatkan Aril terdiri.
Aril menekan alat kawalan jauh.Ahhh..bosannya,tak ada cerita best ker ha?Semua cerita sepesen jer.Pula tu banyak cerita Indon jer.Aku ni kat Malaysia ker Indonesia?
"Ya Allah.."Wak seman tepuk dahi."Apa anak dara tengok TV kangkang macam ni?Kamu ni tahu sopan tak?"Wak seman menghampiri Aril.
Aril telan air liur. "Ala Atuk ni..tak sporting lah!"kakinya yang ngebat mengangkang tadi,dibetulkan.Mata dari skrin TV dialihkan pada wajah Wak seman.Kang tak pandang waktu cakap,kena bebel lagi.
"Apa tin-tin?Tin kat belakang rumah tu,adalah!"
Aril ketawa.Adeh atuk ni..Sporting pun tak tahu.Er..kena takallam dalam arab kot,baru atuk faham.
"Tu lagi satu!Gelak macam lelaki.Ila oh..sedar tak yang kamu tu perempuan ha?Bukannya lelaki..Ni perangai tak serupa perempuan.Mengalahkan lelaki.Apa nak jadi.."wak seman menggeleng.Aril hanya diam.Malas nak jawab sebab dah banyak kali benda yang sama jadi topic.
"Atuk ingat..lepas kamu SPM ni,kahwin terus. Setuju tak?"
Aril angguk tapi kemudian matanya bulat. "Kahwin tuk?"tak percaya.Eh..baru tadi aku main aci nak kahwin dengan Akim,ni termakbul.Alemak..janganlah..
"Yelah..Atuk rasa cara tu jer yang boleh ubah kamu jadi perempuan asli.."
"Ish..buat apa nak jadi perempuan asli..orangkan melayu.."
Wak seman hembus nafas. "Apa-apa lah Ila oii..Atuk dah tekad,memang nak kahwinkan kamu.Ingat tu.Kalau kamu tak mau pun,atuk tetap akan kahwinkan.Ingat,atuk ada hak nak kahwinkan kamu tanpa persetujuan kamu.Hak arwah abah kamu tu dah jatuh kat atuk "
Wak seman bangun.Mulut Aril masih nganga tak bertutup.Masuk lalat pun redha punya.Beruk pun tak terkejut macam ni!!!Huwarh..
Akim menekan perutnya yang terasa senak ya amat akibat gelak yang melampau-lampau.Memang rasa tak cukup nafas.Aril disebelahnya mencuka.Memanglah kesian tapi lawak!
"Tulah kau!Doa lagi!Adeh..Ni boleh masuk lawak antarabangsa tau!"Akim mengesat air matanya yang menitik.Ni air mata lawak antarabangsa..
Lengan Akim ditolak kasar."Weh..aku cerita kat kau sebab aku nak luahkan perasaan,bukannya nak bagi kau gelak macam orang tak cukup wayar!"
"Weh..rileks lah.Apasal pula kau nak marah-marah ni?Sejak bila Aril sensitive ni?Oooo..sejak Aril dah jadi Arila kan.."ketawa lagi dan lagi.
"Geramnya dengan kau ni!"Aril jerit.Satu kelas memandang.Pe kes?Tapi dah maklum,Aril dengan Akim memang macam tu,selalu tak cukup wayar.Entah wayar apa yang lupa nak pasang hari ni.
"Ok lah Aril sahabatku.Habis,kau nak buat apa?Apa yang aku boleh tolong?"Akim kembali normal.Walhal dalam hati,rasa nak hantuk jer kepala kat meja sebab nak gelak lagi!!!
"Ermm"jari telunjuk Aril bergoyang didagu.Keningnya pula terangkat-angkat."Kau jerlah jadi laki aku!"
"Wah!!!!!!!Tak mau!!!!!!"kali ni,jeritan Akim membuatkan satu kelas terkejut.
"Aril!Akim!"suara Joe,ketua kelas kedengaran.Kedua-duanya memandang Joe yang duduk dibelakang."Sejak bila praktis jadi pasangan Tarzan ni?"dengar jer Joe cakap,satu kelas ketawa berdekah-dekah.Jarang nak dengar Joe bagi humor macam tu.Akim dan Aril tarik muka.
"Tak payahlah kau nak terkejut sampai macam tu sekali.."Aril memdatar.Akim senyum.
"Sorry ar..Tapi aku terkejut sangatlah.Ada ker kau nak aku jadi laki kau?Weh..huhu!You’re not my taste ok!Kau Cuma akan jadi BFF aku sampai bila-bila tau!"
"Oh..kau ingat aku ni nak kat kau?Cekadaklah..Aku Cuma merepek tadi."Aril melepaskan keluhan.
Akim pandang Aril.Alahai,kesianlah pula kat dia.Bukannya Aril ni tak cantik..Cantik tapi kasar.Kalau kat sekolah,ok lah sebab Nampak dia pakai baju kurung dengan tudung.Tapi kalau kat luar,dressing macam laki.Rambut pendek.Kasar.Nama sedap,Arila Insyirah Iffani..tapi nak orang panggil Aril.Dari kecik lagi macam tu.Pantang kalau orang panggil dia dengan nama dia.Cuma orang tua jer yang dapat daulat panggil dia Ila dan seangkatan dengannya.
"Weh..dah waktu rehat ni.Jom pi library.."Akim bangun.Aril pun ikut sama.
Hari terakhir SPM!!! Hoyehaho… Hoyah!!!! Merdeka!!!! Joe selaku ketua kelas melaungkan tanda kemenangan.Semua orang keluar dari dewan dengan wajah yang lega.
"Petang ni pukul 3.00,kita berkumpul kat padang!"Joe mengingatkan.Semua ahli 5 Sc 1 angguk faham.
Petang tu,tepat jam 3.15,perbincangan dimulakan.Bukan study group tapi steady group!Hahaha..bala dah lepas,apa nak hairan. Semua 19 orang berkumpul kat bawah pohon rendang.
"Jadi,apa perancangan kita?"Ashin si penolong ketua membuka kata.Sambil tu mulut dia penuh dengan makanan.Entah mana dapat.Patutlah badan mantop.
"Kita akan buat jamuan.Minggu depan.Kena jemput semua cikgu yang pernah ajar.Budget kita rasanya cukup.Tapi bab jemputan tu kena smooth sebab susah ni.Kan waktu cuti."Joe garu hidung tanda fikir.
"Makan tempah mana?"Ashin semangat.
"Asal bukan kau yang masak,aku makan jer."Ashin masam bila Joe mengenakannya."Kat Mak milah lah.Lagipun dia kan rapat dengan aku.Boleh minta kurang harga."
"Tempat?"
"Aku ingat nak guna dewan sekolah.Amacam?Berdaulat tak?"kening terangkat.
"Hoyahhh!!!"Satu kelas setuju.Joe memang boleh dapat anugerah ketua terbaik.Memang berdedikasi.
"Kalau gitu,sekarang ni kita lantik AJK.Nanti tak adalah kelam kelibut ye.."
"ok.."
Lantikan AJK jamuan dibuat.Al-maklumlah,kenalah buat meriah macam kenduri kahwin sebab last year nak duduk kat sekolah.Bezanya,tak ada pengantin jer.Hurm..kalau nak pengantin,ambik jer Faza dengan Amir tu.Masing-masing tengah angau cintun.
"Okey..perlantikan dah tamat.Aku rasa,kita tamatkan jer lah mesyuarat kita ni kalau tak ada apa-apa dah."Joe sudah bersiap mahu bangun.
"Joe,kejap!"Aril menahan.Semua mata memanah kearah Aril dan Akim.Aril cepat-cepat menyiku Akim yang tengah cuba buka kilang tahi mata kat sebelah.Akim bangun.Aril bagi isyarat mata dan mulut.Yang lain nganga tak faham.Pe ke hel lagi ni??
Mulut Akim membentuk O bila faham isyarat Aril. "Kitorang nak minta tolong.."
17 pasang kening yang lain terangkat tertanya-tanya.
Berita jam 8.00 malam menarik perhatian Aril.Tekun matanya memanah TV.Muncul Wak seman dengan baju solatnya.
"Atuk tak solat isyak ker kat masjid?"Aril bertanya pelik.
"Dah habis pun.Kan dah pukul 8.45.Isyak kan masuk awal sekarang."wak seman duduk kat sebelah Aril."Ha..kan bagus duduk sopan macam ni.Pakai kain batik.Baru macam perempuan."Wak seman mengusap bahu cucunya.Satu-satunya cucu yang dia ada.Mana tak sayang.
"Atuk tak perasan ker yang Ila dah banyak berubah?"Aril menduga Atuknya.Wak Seman hanya angguk.Memang dia perasan perubahan Aril sejal 5 bulan yang lepas.
Agak banyak walaupun tak drastic.Duduk dah sopan.Boleh masuk dapur.Boleh pakai kain batik.Boleh pakai baju kurung pergi kelas tambahan.Cakap pun dah lembut.Kalau dulu bahasakan diri ‘orang’,sekarang dah boleh guna Ila.Tak ada nak merambu memancing sampai 2,3 jam.Semua tu berlaku bila dia cakap nak kahwinkan Aril.Tanpa sedar,Wak Seman mengoyak senyuman.
"Wah atuk.Tu makruh kalau senyum sorang-sorang.Ingat makwe baru ye?"
Wak Seman gelak."Mana adalah.Pandai-pandai jer cucu atuk ni.Hm..Atuk belum lupa lagi kata-kata atuk nak kahwinkan Ila.."
Muncung Aril muncul."Tuk..janganlah.Kan Ila dah banyak berubah.Takkan atuk tak Nampak?"
"Kalau dah berubah,maknanya Ila dah boleh jadi isteri orang!"kali ni,wak seman lebih seronok mengusik.
Aril menarik-narik hujung bajunya."Kalau dah tu cakap atuk,ila nak buat apa kan?"nada sedih.
Tangan Wak Seman mencapai tangan Aril. "Cucu atuk ni dah pandai nak merajuk.Okeylah sayang..perkahwinan dibatalkan.."
Mata Aril bulat.Wak Seman angguk. "Yelah..atuk tak ada calon pun.."
"Yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"Aril lompat.Seronoknya tak terkata.
"Hai..mana sifat ayu tu?"
Aril sengeh. "Tapi tuk..perkahwinan tetap ada!!"
Wak seman kerut muka tak faham tapi Aril sengeh muslihat.
Jamuan tingkatan 5 sangat meriah.Macam-macam ada.Semua datang dengan pelbagai ragam.Tapi,ramai orang terpaku tengok Aril ataupun lebih tepat…Arila Insyirah Iffani!!Cantik sangat..Dia pakai tudung dengan kebaya.Mau taknya terjojol mata kaum Adam.
"Sekarang!"Akim meyakinkan.Mereka saling berpandangan sebelum masing-masing naik keatas pentas.Semua hadirin tertanya-tanya.
"Saya Arila,cucuk wak seman.."
"Saya pula Hakim Irfan,anak Wan Munah.."
Terkejut beruk Wak Seman dan Wan Munah bila terdengar nama disebut cucu dan anak masing-masing.Dahlah duduk semeja.Pandangan mata masing-masing menghantar ‘pekehelnyer?’
"Saya dah lama tak ada opah.."Aril kembali ambil mikrofon.
"Saya pula dah lama hilang abah.."Akim pula.
Muka cikgu-cikgu berkerut tapi geng 5 sc relaks jer sebab masing-masing dah tahu.
"Jadi…."kata-kata Akim mati disitu.
"Siapa setuju kalau Wak seman dan Wan munah nikah?"bersepadu suara Akim dan Aril.
Bulat mata Wak Seman.Bulat lagi mata Wan munah.Budak-budak ni.Seisi dewan hinggar bingar.
"Aku terima nikahnya Wan Maimunah bt Ali dengan mas kahwin RM65 tunai.."
"Hak elah..Eh,atuk kau dah kahwin,lepas ni kau nak balik ke imej lama kau ker?"
Aril angkat kening.Ni perli akulah ni. "Tak..Aku dah tekad nak teruskan imej aku sekarang ni.Bertudung,sopan,lemah lembut.."
Akim sengeh."Bagus!"
"Nampaknya kisah kita ni lengkap kan?"
"Maksud?"
"Tak semestinya persahabatan lelaki dan perempuan akan berubah kepada cinta..Kita dah buktikan.."
"Hurm..betul..Kisah Aril dan Akim kan?"Akim senyum.Aril angguk.
Pengakhiran sebuah cerita yang indah.Atuk dah selamat kahwin dengan mak Akim.Aku dengan Akim pula,lulus cemerlang SPM.Dapat 10 1A.Siap dapat biasiswa ke Ireland.Nak lepas??Takkan..Hurm..Hati Aril tersenyum puas.Inilah,Aril dan Akim……
Aida Nasuha melangkah perlahan-lahan sebaik keluar daripada lif untuk menuju ke pejabat peguam Allahyarham Ikhwan. Keadaan ketika itu agak sunyi kerana hari sudah menjelang petang. Hati tidak langsung mahu masuk ke dalam bilik itu. Dia tahu, dugaan yang lebih hebat berada di dalam sana. Yang pasti, segalanya akan lebih menyakitkan berbanding apa yang sudah dia alami selama ini!
Semakin dekat dirinya dengan pintu bilik encik Izham, semakin kuat debaran jantungnya. Semakin susah hatinya. Semakin takut! Sekelumit rasa gerun singgah dalam diri. Ya, dia takut untuk berhadapan dengan...lelaki itu! Lelaki yang pasti amat membenci dirinya kini!
Sepasang mata Aidil Zafran tidak berkalih dari muka pintu. Dia tahu, sebentar lagi sekujur tubuh itu akan tiba. Dia pasti, wanita itu akan hadir juga. Tentu sahaja wanita tamak itu tidak mahu melepaskan peluang untuk mendengar bacaan wasiat arwah Ikhwan. Tentu juga, dia mengharapkan ada yang lumayan menanti dirinya! Arghh, dasar perempuan...
Pandangan bertembung! Dua pasang mata saling bertatapan. Milik si lelaki penuh amarah, penuh kebencian. Milik si wanita penuh kesedihan, penuh pengharapan! Apakah yang diharapkan Nasuha saat ini? Bahawa Aidil akan memberikan secebis simpati? Atau dia mahukan Aidil memberi peluang untuk dia kembali?
"Puan Nasuha dah sampai. Jemput duduk, puan!" Pelawa encik Izham tanpa mengetahui ada ketegangan di wajah kedua-dua mereka.
"Izham, now that she is here, awak baca ajelah wasiat Ikhwan tu cepat-cepat! Tentu janda dia ni tak sabar-sabar nak tahu banyak mana yang jadi hak dia! Itu yang tak menyempat-nyempat dia mintak supaya wasiat Ikhwan dibaca. Orang tamak, macam tu lah!" Bagai peluru ayat-ayat dituturkan oleh Aidil tanpa mengambil kira perasaan Nasuha.
Nasuha tunduk memandang lantai. Segala tuduhan dan kata-kata nista itu ditelan. Walau pahit tetap diserap juga. Kerana dia tidak mahu bergaduh. Dia sudah terlalu penat bergaduh dengan lelaki yang seorang ini!
"Puan nak minum? Boleh saya minta Rozi sediakan." Encik Izham cuba mententeramkan keadaan.
Nasuha menggelengkan kepala. "Tak payahlah, encik. Lebih cepat encik baca, lebih cepat..."
"Lebih cepat awak dapat harta tu, kan! Ok, Izham. Baik awak baca sekarang. Saya pun nak tahu apa yang Ikhwan bagi pada isteri kesayangan dia ni!" Tingkah Aidil sambil menarik kerusi di sebelah Nasuha dengan kasar untuk dia duduk.
Encik Izham membelek-belek fail di hadapannya. Dengan cermat ia dibuka. Dia berdehem sebelum memulakan bacaannya.
"........... Abang Aidil, abang pun tahu bahawa selama ini bahagian saya dalam syarikat tidak pernah saya usik. Saham sebanyak 30% itu, saya harap sangat agar abang berikan kepada Aida Nasuha. Abang mungkin tidak pernah menghargai dirinya, tapi saya ingin jelaskan di sini bahawa, saya sayang dia. Jasa dia pada saya terlalu besar. Tanpa dia.... saya pasti ‘hilang’.
......... Wang simpanan saya dalam bank juga, saya amanahkan kepada Su.
......... Su, ambillah wang itu untuk Su membesarkan anak kita nanti. Su jangan keras kepala nak menolak! Su jugak jangan pedulikan marah abang Aidil pada Su. Dia tak tahu apa-apa! Ingat, Wan dah tak ada. Su kena besarkan anak kita sendirian. Wan nak dia jadi manusia yang berguna satu hari nanti. Kalau Su tak terima wang yang Wan amanahkan, macam mana Su nak besarkan dia dengan baik?
........ Abang Aidil, maafkan saya. Saya tahu, abang sukar nak lakukannya maklumlah, bagi abang, saya ni perampas! Saya rosakkan rumah tangga abang! Saya musnahkan kepercayaan abang pada Su. Saya..."
"Cukup, Izham! Saya tak mahu dengar lagi! Cukup!" Kepada Nasuha dia ucapkan, kasar sekali. "Dengar sini, Aida Nasuha! Kau boleh ambik semua harta dan duit laki kau tu! Aku tak kisah! Cuma, aku harap, lepas ni kau berambus dari hidup aku! Aku tak nak tengok muka kau tu lagi! Aku benci!"
Dan Aidil tidak menunggu lagi. Dia terus berlalu. Menunggu bererti luka lama itu akan diguris kembali. Bila tersentuh, darah merah pasti mengalir dari luka itu. Sakit! Sakit sangat! Dia tidak mahu! Kenangan itu amat menyakitkan! Sehingga hari ini, luka itu tidak pernah sembuh. Sampai kini, dendam dan sakit hati meniti bersama kebencian terhadap Aida Nasuha. Ia tidak pernah surut! Tidak pernah padam! ..............
2 Setahun terdahulu
"Makcik harap, kamu jaga Nasuha ni baik-baik, Aidil. Dia sayang kamu. Jadi, sebagai suami, kamulah tempat Nasuha nak berlindung. Tempat dia menumpang kasih."
Aidil Zafran memandang wajah mulus isteri yang baru dinikahi dengan penuh kasih sayang. Gadis yang berjaya mengetuk pintu hatinya dan membuat dia jatuh cinta pandang pertama. Gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh seorang ibu angkat dengan penuh rasa tanggungjawab.
"InsyaAllah, makcik. Saya akan jaga Su baik-baik. Dia ni nyawa saya. Permata hati saya." Janji Aidil kepada makcik Zauyah membuat orang tua itu menarik nafas lega.
Ketika itu Nasuha baru menamatkan pengajiannya di universiti dalam bidang komunikasi massa. Pertemuan di sebuah majlis memulakan bibit-bibit cinta. Nasuha merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki hati lelaki yang bernama Aidil Zafran itu. Kerana itu, bila Aidil melamarnya, terus sahaja dia menerima. Dia yakin pada cinta mereka!
Aidil membawa Nasuha berbulan madu di Langkawi. Memadu kasih di Pelangi Beach Resorts, hotel bertaraf lima bintang yang indah dan terpencil. Menikmati makan malam hanya bertemankan dian dan lilin serta gesekan biola yang merdu. Pantai Chenang, tempat mereka bermain air. Di situ, tubuh isteri didakap erat ketika Aidil memecutkan ‘jet ski’ melawan gelombang air laut yang terbentang luas.
Sesungguhnya, memanglah bulan madu itu indah. Bak kata ‘Amy Search’:
Bulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu.... Bulan madu di atas pelangi, hanya kita berdua.... Mengecap nikmat cinta, yang suci tak terbanding, Sesuci embun pagi.... Andai dipisah, laut dan pantai.... Musnahlah ilham hilang pedoman Andai dipisah, cahaya dan bulan.... Gelap gelita, punah asmara .............
3
"Aida? Aida Nasuha?"
Nasuha cuba mengamati wajah lelaki di hadapannya betul-betul. Cuba mengecam siapakah dia. Yang pasti lelaki itu mengenalinya. Amat mengenali dirinya kerana lelaki itu kini sedang tersenyum manis sekali.
"Su, Su dah kenal...."
Ayat Aidil mati bila lelaki itu menyampuk. "Abang Aidil, tentulah Su kenal saya. Kami ‘classmate’ dan Su was my girl friend masa kat sekolah dulu. Kan, Su?"
Perlahan-lahan Nasuha mengulum senyum. Wajahnya jadi ceria setelah ingatan kepada lelaki itu kembali di minda. Aduhai, Ikhwan Zamani Anuar rupa-rupanya! Pelajar lelaki yang suka sangat mengusiknya sewaktu bersekolah dahulu.
"Ikhwan Zamani...." bisiknya mesra. Kepada Aidil dia berpaling menyebut, "Kita datang ke airport nak sambut dia ni? Dia adik abang rupa-rupanya!"
Wajah Aidil sedikit berubah melihat keceriaan seraut wajah Nasuha. Riak cemburu hadir tiba-tiba. Apatah lagi dengan sikap Ikhwan yang tanpa segan silu terus sahaja memeluk isterinya.
"Macam mana girlfriend Wan jadi isteri abang Wan pulak ni, hah? Cuba cerita sikit!" Pinta Ikhwan sebaik sahaja pelukan dileraikan. Dia kemudian menarik Nasuha untuk berjalan bersama-sama, meninggalkan Aidil di belakang untuk membawa bagasinya. ......................
"Betul Su bercinta dengan Wan masa sekolah dulu?" tanya Aidil malam itu. Sepanjang hari, persoalan itu asyik menghantui dirinya.
Nasuha yang sedang menyisir rambut segera merenung wajah kelat suaminya melalui cermin hias. Tidak mengerti mengapa persoalan itu ditimbulkan. "Ala..abang percaya sangatlah cakap adik abang tu! Dari dulu, daripada sepuluh yang dia katakan, cuma dua sahaja yang boleh diterima. Takkanlah itu pun abang tak tahu? Dia kan adik abang?" ujarnya.
Aidil masih tak berpuas hati. "Memang dia adik abang. Tapi kami bukannya rapat sangat. Masa tingkatan satu, abang dah ke sekolah asrama, balik sekali sekala. Habis sekolah gi oversea pulak. Bila abang balik sini, dia pulak ke luar negara. Tak mesra langsung!"
Nasuha mendekati suaminya. "Kalau macam tu, Su tak mahulah hantar anak-anak Su ke sekolah asrama. Nanti dia orang jadi macam abang dengan Wan. Like strangers! Sampai gambar adik sendiripun tak ada dalam album abang."
Aidil diam.
"Pelik betul Su tengok keluarga abang ni. Dengan papa, dengan mama pun macam orang asing aje. Nak pergi rumah dia orang pun kena buat appointment. Abang sibuk di sini, mama sibuk dengan persatuannya, papa sibuk main golf! Entahlah, bang. Anak yatim piatu macam Su ni teringin sangat nak manja-manja dengan mak dan ayah. Tapi abang? Masing-masing bawa haluan sendiri. Ganjil betullah!" Panjang lebar Nasuha mengkritik keluarga suami sehinggakan berkerut dahi Aidil mendengarnya.
"Kami sibuk!" Hanya itu jawapan yang dapat diberi.
"Sibuk? Buat apa? Cari harta dunia? Abang, harta dunia ni...makin dicari, makin kita rasa tak cukup-cukup! Makin tamak kita jadinya. Su takut nanti, disebabkan terlalu sibuk mencari harta, kita lupa pada mati. Tahu-tahu dah tak ada. Apa nanti bekal abang bila Allah jemput untuk jumpa Dia? Harta ni ke? Atau amalan yang baik di dunia?"
"Su ni macam ustazahlah pulak!" Aidil mengusik, meraih tubuh isteri ke dalam pelukan.
"Tapi,abang kena ingat. Sehari berlalu, bermakna kita sudah kurang sehari untuk hidup. Kalau asyik bekerja sampai tak ingat nak mati, tak sempat nak buat amal ibadat, tak sempat nak bertaubat, macam mana?" Soal Nasuha.
"Hmm, macam mana, ya?" Balas Aidil mesra. Dalam fikiran, tidak ada lagi persoalan tentang mati atau Ikhwan. Bau rambut Nasuha yang harum mengetepikan semua persoalan. ..................
4
Sejak kembali ke tanah air, Ikhwan selalu bertandang ke rumah abangnya. Dia gembira dapat bertemu semula dengan Nasuha. Semakin gembira kerana kini Nasuha ialah kakak iparnya. Sikap Nasuha yang mudah mesra membolehkan mereka berbual-bual berjam-jam lamanya. Segala kenangan lama sering menjadi bahan gurauan. Bukan setakat kenangan dulu malah kepada Nasuha dia sering meluahkan apa yang terbuku dalam dada.
Bagi Nasuha pula, dia semakin gembira dengan kepulangan Ikhwan. Kini dia mempunyai seorang teman untuk berbual-bual. Tidaklah kesunyian apabila ditinggalkan Aidil yang ‘workaholic’ sehari suntuk. Begitupun, dia tahu batas pergaulan di antara mereka berdua. Aurat tetap perlu dijaga.
Bagaimanapun, ada sesuatu yang merunsingkannya. Ikhwan selalu benar datang di siang hari. Bukan dia tidak suka tetapi dia bimbang akan berlaku fitnah pula. Bila diberitahu kepada lelaki itu, Ikhwan hanya ketawa. Aduhai, Ikhwan memang mengambil mudah semua perkara. Baginya, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.
Sebaliknya pada Nasuha. Dia ingin sahaja memberitahu kepada Ikhwan bahawa Aidil amat cemburukan lelaki itu. Entah apa yang hendak dicemburukan, Nasuha tidak tahu. Tidakkah Aidil dapat melihat bagaimana selama ini dia terlalu menjaga diri dan adab sebagai seorang kakak ipar? Mengapa harus curiga?
"Abang, esok kan...Wan ajak Su temankan dia gi shopping. Dia kata, dia nak beli baju baru sebab minggu depan dia nak mula kerja kat pejabat abang tu. Boleh tak Su pergi?"
Mata Aidil buntang mendengar permintaan isterinya. Hatinya sakit. Sudahlah berhari-hari Nasuha meladeni Ikhwan di rumah, kini hendak pergi membeli belah bersama-sama pula. Dia mengetap bibir.
"Abang?"
Fail di atas meja kerja dihempas.
"Su, tak cukup-cukup lagi ke Su dengan dia? Dah jumpa hari-hari. Dia tidur, makan, minum kat dalam rumah ni. Sekarang nak jalan sama-sama pulak? Siapa suami Su sebenarnya? Dia ke abang?" Marah Aidil. Suaranya keras sekali.
Nasuha memandang wajah suaminya. Geram dia ditengking begitu. "Abang ni... dengan adik sendiripun abang fikir yang bukan-bukan. Kita orang bukan nak gi dating. Cuma...."
"Su, jangan degil. Abang cakap, jangan! Maknanya, jangan! Dan satu lagi...., cakap juga pada dia, toksah berulang-alik ke sini, abang tak suka!" Aidil menekankan suaranya.
"Kenapa Su pulak yang kena beritahu dia? Abang cakap sendirilah!" Balas Nasuha sambil berlalu meninggalkan Aidil terkulat-kulat memandangnya. .....................
5
"Su...."
"Wan? Kenapa tu? Wan kat mana?"
Suara Ikhwan yang lemah merisaukan Nasuha. Mungkinkah demamnya belum kebah? Soal di hati.
Sejak dia menolak untuk menemani Ikhwan, lelaki itu seakan-akan memahami pergeseran yang berlaku di antara Aidil dengan Nasuha. Dia sudah jarang datang. Hanya sesekali dia akan menelefon.
Sewaktu mengunjungi rumah mentuanya semalam, Puan Nora memberitahu bahawa Ikhwan demam. Nasuha risau sangat tetapi sepasang mata Aidil yang tajam merenung menghentikan niat untuk dia menghubungi. Ikhwan ialah tajuk pertengkaran mereka dan dia tidak mahu terus-terusan begitu.
"Su, Wan...."
Kerana risaukan Ikhwan, Nasuha segera bersiap. Dia ingin segera mendapatkan lelaki itu. Kalau perlu, akan dibawanya Ikhwan ke hospital. Manalah tahu, kut-kut Ikhwan dijangkiti gejala H1N1, fikirnya. Saat itu, dia terlupa pada kemarahan Aidil.
30 minit kemudian dia sudah berada di hadapan pintu apartment Ikhwan. Berkali-kali loceng ditekan namun tiada suara menyuruhnya masuk. Tombol pintu diputar.
"Wan..." Panggilnya sambil menolak daun pintu yang tidak berkunci.
Tiada jawapan. Malah bayang Ikhwan pun tidak kelihatan. Nasuha semakin risau. Beg tangan segera dicampak ke atas sofa. Matanya liar memerhati sekeliling.
‘Isk, mana Wan ni?’ soalnya.
Ketika berdiri di pintu dapur, dia terpandang sekujur tubuh lelaki sedang terbaring. Tidak syak lagi, itu ialah Ikhwan. Wajahnya pucat dan dia sedang mengerang kesakitan. Ada darah sedang menitis dari hidungnya.
"Ya, Allah! Wan? Kenapa ni, Wan?" Nasuha cuba menerpa ke arah adik iparnya.
Ikhwan mendepangkan tangan, mengarahkan Nasuha supaya berhenti. "Jangan dekat, Su!"
"Tapi....."
Ikhwan menuding lemah ke arah suatu laci. Memahami apa yang tersirat, Nasuha segera membuka laci itu dan memakai sarung tangan yang memang sudah tersedia ada di dalamnya.
"Macam mana boleh jadi macam gini, Wan? Kan Su dah pesan jangan banyak bergerak? Kan Su dah pesan, kalau tak larat, telefon Su! Su boleh tolong!" Marahnya.
Dengan kudrat yang ada, Ikhwan didudukkan.
"Wan terjatuh." Tangan Nasuha yang ingin mengelap darah di hidungnya ditolak perlahan. "Jangan, Su. Nanti darah ni kena tangan Su pulak. Meh sini tuala tu, biar Wan kesat." Pintanya.
Nasuha tidak mempedulikan kata-kata Ikhwan. Dia terus sahaja membersihkan muka lelaki itu. "Tangan Su tak luka. Jadi, tak ada masalahlah kalau kena darah Wan ni."
"Hati-hati, Su..."
"Hmm...dah ok dah. Wan ni pun satu, kan doktor dah pesan jangan banyak bergerak? Kenapa degil?" Marah Nasuha.
"Wan lapar." Bisik Ikhwan lemah.
"Dia mana?"
Mata Ikhwan bulat merenung wajah kakak iparnya. "Kan Su jugak yang suruh Wan putuskan hubungan kami? So hari tu, kami dah clash! Wan dengan dia dah tak ada apa-apa dah. Habis!"
"Betul ni? Jadi sekarang Wan tinggal sorang-soranglah, ya?" Nasuha benar-benar ingin tahu.
"Dia mengamuk sakan, tau!" Ikhwan memberitahu.
"Hai..nampak sedih aje tu? Menyesal?" Nasuha tersenyum mengejek. Sempat lagi mengelak tangan Ikhwan yang ingin menyinggungnya. "Isk...isk, sakit-sakit pun ada hati nak pukul orang, ek?"
Ikhwan tersengih.
"Alhamdulillah, Su lega dengar berita tu. Sekarang ni, Su harap, Wan berusahalah untuk berubah. Masih belum terlambat, Wan."
"Tapi, Wan takut. Masih sempat ke, Su? Masih ada ruang ke untuk diri ini balik ke pangkuanNYA? Sudikah DIA menerima diri ini yang dah banyak sangat berdosa?" Soal Ikhwan bersama manik-manik penyesalan yang menitis di pipi.
"Allah itu maha pengasih, maha penyayang kepada hambanya. Apa yang penting, Wan kena berubah dan bertaubat nasuha. Jangan ulang perbuatan itu lagi."
"Betul cakap Su tu. Masa untuk Wan pun bukan lama lagi. Wan tak mahu mati dalam kekufuran. Wan nak balik ke pangkal jalan. Wan..."
"Apa ni, Wan? Tiba-tiba pulak cakap fasal mati. InsyaAllah, umur Wan panjang lagi..." Marah Nasuha.
"Dengan penyakit Wan yang tak ada ubat dan penawar ni? Su ni betul ke tidak?"
"Dah, jangan nak mengarut. Mari Su tolong angkat Wan duduk kat sofa. Wan rehat kat situ. Su masakkan bubur. Lepas tu kita boleh makan sama-sama."
Kini, Ikhwan sudah terlena di atas katil. Nasuha merenung dengan penuh rasa kasihan. Perlahan-lahan, tubuh kurus itu diselimuti. Melihat jam di tangan, dia tahu bahawa dia harus pulang. Bukan dia takut Aidil memarahinya, cuma dia tidak mahu suaminya salah sangka. ................
6
"Dah puas?"
Soalan penuh sindiran itu benar-benar membuat Nasuha terkejut. Wajahnya pucat demi terpandang Aidil yang sedang tercegat berdiri di muka pintu bilik. Aidil dengan wajah yang amat tegang!
"A.....abang?"
"Cakap! Dah berapa lama Su buat perkara ni, hah? Dah berapa lama Su menduakan abang? Dah berapa lama dia ni ambil alih tempat abang!" Soal Aidil bertubi-tubi.
"Hah?...Apa abang ni? Su tak buat apa-apa pun. Cuma...."
Tiba-tiba Ikhwan terjaga. "Su...., abang Aidil? Apa abang...."
"Tak buat apa-apa? Su dalam bilik Ikhwan. Su dengan Ikhwan! Tak buat apa-apa? Boleh percaya ke?"
Nasuha sudah menangis. Sedih kerana suami mencurigai dirinya. "Demi Allah, Su datang sini sebab.."
Aidil segera memberi amaran."Jangan nak bersumpah...."
"Aku dah penat bersaing dengan kau, Wan. Sejak kau balik, aku tak ada lagi dalam hati dia ni. Asyik nama kau aje yang dia sebut. Ikhwan itu, Ikhwan ini...Aku dah penat. Dah letih. Jadi, sekarang ni, aku dah nampak dengan sepasang mata aku ni. Aku tak nak sisa kau, Wan."
"Abang Aidil, jaga mulut abang tu sikit!" Marah Ikhwan. Dia cuba bangun namun kudrat yang lemah tidak memungkinkannya.
"Hah? Tau marah? Habis, aku? Nasuha ni bini aku, Wan! Kau tahu tak apa perasaan aku sekarang? Aku rasa macam nak bunuh kau!" Tengking Aidil.
"Sampai hati abang tuduh Su dengan Wan. Wan sakit, Su cuma..."
"Kau ingat aku ni buta ke apa, Aida Nasuha? Tu, cuba tengok diri kau tu? Baju kau yang berkedut-kedut tu? Ikhwan yang atas katil tu? Itu bukan bukti ke?" Aidil semakin tidak boleh menahan suara. Tidak ada rasional dalam pemikiran yang sudah dikuasai rasa tidak percaya.
"Saya sakit, bang!" Terbatuk-batuk Ikhwan cuba membela diri.
"Yalah tu!" Aidil mencebik.
"Jadi, apa yang abang nak buat sekarang?" Nasuha bertanya.
Satu soalan yang tidak patut ditanya kerana bagi Aidil, soalan itu mencabar kelelakiannya.
"Aku bukan dayus, Aida Nasuha." Aidil menatap wajah Nasuha yang basah dengan air mata lalu dia melafazkan, "Aida Nasuha binti Abd Rahman, aku ceraikan kau dengan talak satu mulai saat ini."
"Abang!" Nasuha mengejar Aidil yang sudah melangkah laju meninggalkannya. "Abang, jangan buat macam ni! Percayalah! Su tak buat semua tu!"
Tubuh suami dipeluk erat, tidak mahu dilepaskan namun Aidil seolah-olah sudah jijik disentuh oleh Nasuha. Tubuh Nasuha ditolak sehingga jatuh.
"I’m not your husband anymore!" .....................
7
Sudah tujuh tahun peristiwa itu berlaku. Namun ia bagai baru sahaja berlalu. Hati masih terluka. Ingatan masih ada. Yang manis dibawa pergi oleh yang pahit. Amat memilukan.
Nasuha kini bekerja sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah resort di Morib. Minggu ini, resort tempat dia bekerja agak sibuk. Mereka akan menguruskan kehadiran sekumpulan pekerja yang meraikan hari keluarga di situ. Sebentar lagi, rombongan dari Kuala Lumpur itu akan sampai. Dia harus memastikan bahawa segala-galanya memenuhi kehendak pelanggan.
Sejurus, telefon bimbitnya berbunyi.
"Assalamualaikum, sayang. Dah makan?"
"Dah. Aman dah kenyang. Tok Mah bagi Aman makan nasi dua pinggan." Keletah, suara di hujung talian bercerita.
"Mmm, nanti gemuklah anak mak, ya? Sayang, mak tak boleh cakap lama-lama ni."
"Ok!"
"Hei, jangan nakal.." Namun pesannya sudah terbang di angin lalu.
Nasuha tersenyum. Aidil Zamani...kini berusia 6 tahun. Buah hati, pengarang jantungnya. Anak kesayangannya.
Resah itu datang kembali. Rasa sayu kerana anak kecil itu tidak pernah berpeluang mengenali ayahnya. Ayahnya telah pergi.
"Argghh, kalaulah Wan masih hidup!" keluhnya sambil meraup muka.
"Kak Su, dia orang dah sampai." Sapaan Zarul, pembantunya membantutkan segala angan-angan. Menarik nafasnya dalam-dalam, kini mereka berjalan seiringan untuk menyambut ketibaan rombongan.
Nasuha memerhati seorang demi seorang menuruni bas. Tiba-tiba dia terpandang suatu tubuh tegap yang amat dikenali. Yang tidak pernah dapat dilupakan. Dada berdegup kencang. Segera, kertas yang dipegang dilihat.
Aduh! Dahi dipukul. Kenapa dia tidak perasan? Syarikat Zamani Holdings!
"Zarul, kakak sakit perutlah! Zarul tolong uruskan mereka ni, ya! Selesaikanlah! Jangan tunggu kak Su!" ..................
Nasuha mengambil cuti kecemasan selama tiga hari. Sengaja dia mengambil cuti itu bagi mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan bekas suaminya. Pesanan Aidil masih terpahat di hati.
"....kau berambus dari hidup aku! Aku tak nak tengok muka kau tu lagi! Aku benci!..."
Itulah yang dilakukannya. Menjauhkan diri dan mengelak. Agar dia tidak nampak kebencian di wajah itu terhadapnya. Agar dia tidak melihat kemarahan dalam pandangan mata lelaki itu lagi.
Dia kini berada di ‘front desk’. Dirinya sedang membelakangi kaunter ketika suatu suara garau berkata, "Cik, ini kunci bilik saya."
Nasuha terkaku seketika. Ingin sahaja dibiarkan malangnya tiada sesiapa di situ bertugas selain dirinya. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia berurusan dengan lelaki itu.
Aidil melepaskan keluhan sebaik Nasuha memandangnya. Tidak sia-sia dia menunggu, fikirnya. Memang benarlah Nasuha yang dilihatnya tempoh hari. Wajah yang dalam sekejapan waktu lenyap dan tidak ditemui sepanjang dia berada di resort itu.
Dalam rasa kekok ditenungi sepasang mata Aidil, Nasuha berjaya juga membereskan kerjanya. Dengan cermat, bil diletakkan di atas talam kecil dan ditolak perlahan-lahan di hadapan lelaki itu.
"Semuanya, RM 310.00." dia memberitahu.
Tanpa suara, Aidil mengeluarkan kad kredit. Dia kelihatan sabar menanti Nasuha menyudahkan kerjanya.
"Abang nak cakap dengan Su sikit. Abang tunggu dalam kereta."
Aidil tidak menunggu lagi. Dia terus sahaja menuju ke arah kereta yang dibawa oleh Pak Ali, pemandunya, pagi tadi. ...............
"Su sihat?"
Nasuha tersenyum sinis mendengar soalan itu. Dibiarkan sahaja.
"Lama kita tak jumpa...." keluhan Aidil menyebabkan Nasuha berpaling memandang seraut wajahnya. Namun dia terus diam.
"Abang jumpa Izham."
Nasuha mula berdebar bila nama peguam itu disebut.
"Selama ini abang tak tahu pun yang saham Ikhwan tak berusik. Duit dia Su tak sentuh. Hanya bila pihak juruaudit menunjukkannya pada abang, baru abang sedar."
Nasuha melepaskan keluhan.
Lama Aidil merenungi wajah bekas isterinya sebelum dia bertanya lagi, "Dah jelas, Su tak mahukan harta dia. Dan abang juga tahu, Su tak kahwin dengan dia."
Kali ini, Nasuha tersentak. "Macam mana abang tau?" Soalnya.
"Abang pergi tanya Mak Ani." Mak Ani ialah pembantu rumah yang Ikhwan upah untuk mereka dahulu. Dan dia masih tinggal di apartment itu.
"Apa semua ni, Su? Apa yang abang tak tahu yang Su sorokkan daripada abang? Su rahsiakan daripada abang?" Soal Aidil galak.
Nasuha ketawa. Baginya, lelaki di hadapannya ini sedang berkata sesuatu yang lucu. Selepas tujuh tahun baru dia ingin mengetahui segala-galanya?
"Rahsia yang abang nak tahu tu dah berkubur bersama-sama arwah Ikhwan. Tak payahlah diungkit. Tak payahlah dikenang."
"Tapi abang perlu tahu..."
Nasuha menjegilkan matanya. Marah! "Su tak ada apa-apa nak cakap pada abang. Waktu dulu, bila Su nak cakap, abang tak nak dengar. Abang tuduh Su yang bukan-bukan. Abang tak bagi peluang pada Su untuk membela diri pun!" Dia membidas.
Aidil tunduk menekur. Kesalahannya, kegopohannya kembali menggamit memori. Rasa menyesal segera hadir.
"Su nak balik." Nasuha memberitahu tanpa berpaling ke arahnya.
Tidak jauh mengatur langkah, suatu soalan bergema. "Anak kita? Boleh abang jumpa dia?"
Nasuha menoleh. Wajah penuh mengharap itu ditatap. "Abang tahu..."
"Abang baca balik wasiat Ikhwan tu!"
Nasuha duduk semula di atas bangku panjang yang menghadap ke laut itu. Fikirannya kacau. Perlukah dia mengizinkan? Bagaimana kalau pertemuan sekali ini menemukan mereka lagi dan lagi? Bagaimana hatinya nanti? ......................
8
Hubungan di antara Aidil, bekas suaminya dengan Aidil Zamani, anaknya semakin hari semakin rapat. Lelaki itu terlalu kerap datang menemui mereka sekarang.
Nasuha jadi serba salah. Hendak ditegah, wajah Aman yang riang terbayang. Tidak sanggup dia membuat anaknya sedih. Hendak dibiarkan pula, dia bimbang pada bisikan hatinya. Bimbang dia jatuh cinta kepada lelaki itu semula.
Suatu hari, Encik Anuar dan isterinya, Puan Nora datang. Pasangan mentuanya itu ingin benar bertemu dengan cucu mereka. Nasuha menitiskan air mata bila melihat kedua-duanya memeluk dan merangkul tubuh comel itu dengan penuh kasih sayang.
"Su, mama dengan papa nak mintak maaf pada Su sebab biarkan Su membesarkan Aman sorang diri kat sini."
"Su dah biasa, mama, papa." Jawabnya tenang.
"Su, Su masih marah pada Aidil?"
Soalan puan Nora membuat Nasuha tersenyum. "Su tak pernah marah dia, mama. Kecil hati tu adalah. Tapi, itu kan dah lama? Lupakan ajelah!" Pintanya.
"Kami datang ni, nak pinang Su untuk Aidil. Dia perlukan Su, Su. Dan mama rasa Su dengan Aman perlukan dia jugak. Dulu, masa kamu berdua kahwin, mama dengan papa tak ambil kisah pun. Kami sangat berharap supaya sekali ini, Su sudi terima pinangan kami ni. Mama dengan papa nak mencuba semula menjadi ibubapa, mentua dan datuk serta nenek yang baik untuk kamu semua. Yang sebelum ini tak sempat kami buat!" Ujar mama dalam tangisan menyebabkan Nasuha segera memeluk wanita anggun itu. ................
"Aku terima nikahnya Aida Nasuha binti Abd Rahman dengan mas kahwin 101 ringgit, tunai!"
Dalam satu nafas, kini Aidil dan Nasuha kembali bersatu. Suatu perasaan halus mengusik sekeping hati Nasuha bila dia tunduk mengucupi tangan suaminya. Jiwa tersentuh menatap wajah penuh keriangan ketika Aidil mengucup dahinya. Lama!
"Terima kasih sebab Su sanggup terima abang semula dalam hidup Su." Bisikan itu syahdu membelai jiwanya.
"Boleh abang tanya sikit?"
Nasuha mengangguk.
"Mengapa Su tak pernah beritahu tentang penyakit Wan? Kalau Haris tak cerita pada kami....." Aidil sengaja membiarkan ayatnya tergantung. Berharap Nasuha akan menyambung ayat itu.
"Wan dah tak ada, bang. Biarkanlah dia aman di sana. Dia pun dah bertaubat. Kita doakan sahaja semoga Allah memberkati rohnya." Hanya itu yang Nasuha katakan. Dia tidak mahu mengungkit kisah lama itu.
Untuk apalah keburukan itu diperkatakan? Ya, memang dia tahu, Ikhwan mengidap AIDS, akibat pergaulan bebasnya sewaktu belajar di luar negara. Malah bila kembali ke tanah air pun tabiat itu berterusan kerana dia masih tinggal serumah bersama-sama Haris, kekasih gelapnya. Namun, tazkirah yang Nasuha berikan kepadanya tiap kali mereka bertemu, menimbulkan kekesalan dalam jiwa arwah adik iparnya itu. Sehinggalah Ikhwan akhirnya sanggup memutuskan perhubungan dengan Haris.
Apabila Aidil menceraikannya, Ikhwan meminta Nasuha tinggal bersama-sama dengannya. Untuk tidak dipandang serong oleh masyarakat sekeliling, mereka menjemput Mak Ani tinggal dengan mereka. Pada waktu inilah, Ikhwan semakin cuba mendalami Islam. Cuba mendekatkan dirinya kepada Allah. Sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya.
"Abang berdosa pada Wan. Abang tuduh dia yang bukan-bukan!" bisik Aidil lemah.
Nasuha memeluk Aidil penuh kasih sayang sambil berbisik, "Dia dah maafkan abang. Dia tahu, abang sayang sangat pada Su, sebab tu abang cakap macam gitu."
"Dan abang dah buang banyak masa kita berdua, sayang. Kalau tidak, entah-entah anak kita dah empat orang sekarang." Usik Aidil nakal.
Nasuha terkesima. Menatap wajah penuh keriangan Aidil dengan hati yang berbunga. Dengan penuh kasih sayang. Perlahan-lahan, senyuman terukir di bibir.
"Betul tu..." balasnya manja sambil membiarkan diri diraih kembali ke dalam pelukan seorang suami.
Berharap agar segala yang terjadi tidak berulang lagi. Berharap agar sekali ini, dia seorang isteri yang jauh lebih baik daripada dahulu. Seorang isteri yang tidak membelakangi kehendak suaminya. Seorang isteri yang tahu menjaga diri dan batas agar suami tidak lagi mempunyai prasangka buat selama-lamanya.
Aidil tersenyum lebar memerhati gadis yang terbongkok-bongkok membersihkan skuter pinknya di rumah sebelah. Dari satu lagu ke satu lagu dinyanyikan oleh gadis itu.Siap menari-nari lagi. Nak jadi penyanyi agaknya budak ni.
Sejak tiga bulan lalu, setiap hari Sabtu sudah tidak sesunyi dahulu. Setiap pagi hari Sabtu akan kedengaran suara gadis yang baru berpindah di sebelah rumahnya menyanyi sambil membasuh skuter. Pada mulanya dia terasa ingin marah. Mana tidaknya , hari-hari cuti begitulah dia mahu mengambil peluang untuk bangun lewat daripada biasa. Tetapi sudah dikejutkan dengan suara orang menyanyi-nyanyi. Kalau perlahan tak apalah juga. Ini punyalah kuat. Siapa yang tidak marah. Tetapi sebaik terpandang gelagat gadis itu yang menari-nari sambil menyanyi ketika membasuh skuternya membuatkan dia ingin ketawa. Hilang marahnya.
"Dah habis basuh skuter kak?" Aidil terus menyapa sebaik gadis itu selesai membasuh skuter.Warna pink lagi.
Namun gadis itu tidak sedikit pun menoleh ke arahnya. Masih leka mengelap skuternya. Mulutnya masih belum berhenti menyanyi. Mak ai minah ni pekak ke?Pandang aku pun tak.Owh! pakai MP3 patutlah tak dengar. Nantilah kau. Aidil memandang sekitar halaman rumah sewanya. Cuba mencari-cari sesuatu yang boleh digunakannya. Seketika dia tersengih tatkala ternampak bola tenis Zuhair di atas rak kasut. Siaplah kau budak!
"Gosok gosok jangan tak gosok..gosok lagi sampai berkilat..eh gosok la " Aidil ketawa besar melihat gadis itu menyental kuat cermin sisi skuternya. Melatah rupanya minah ni.
"Oi!Kau ke yang baling bola ni kat aku?Tak ada kerja ke?Nasib baik tak kena skuter aku.Kalau kena siap la kau." Aina Shauqina merenung garang. Bulat matanya memandang Aidil yang tersengih di sebelah pagar rumahnya.
"Apa?" Keningnya dikerutkan tanda tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Aidil. Apa mamat ni nak pulak? Dia hanya melihat mulut Aidil terkumat-kamit tetapi dia tidak mendengar sebarang suara. Bisu agaknya mamat ni. Sayang betul. Muka boleh tahan. Terkebil-kebil matanya memerhati lelaki itu yang menggerakkan tangannya pelbagai gaya. Namun satu pun dia tak faham. Aku mana pernah belajar bahasa isyarat. Apa mamat bisu ni nak?
"Sini kau." Aidil menggamit gadis itu supaya menghampirinya yang sedari tadi berdiri di tepi pagar. Rumah mereka hanya dipisahkan oleh pagar yang setinggi bahu. Aidil menunjuk ke telinga gadis itu tanpa mengeluarkan suara. Hanya mulutnya sahaja yang memuncung ke arah telinga gadis itu. Bengap betul budak ni.
"Dah boleh dengar?" Aina tersengih mendengar pertanyaan itu. Tak bisu rupanya mamat ni. Aku rupanya yang tak dengar. Lupa pulak tadi dia pakai earphone.
"Kau buat konsert ke pagi-pagi minggu ni?" Aina mencebik. Mamat ni nak peril aku lah tu. Kuat sangat ke aku menyanyi? Rasa – rasa macam slow je aku nyanyi. Dengki dengan akulah tu.
"Kenapa?Ada masalah ke?" Saja dia buat-buat garang. Bukan boleh bagi muka sangat. Biar dia tahu aku ni bukan mudah dibuli.
"A’ah. Masalah sangat sebab kau ganggu aku nak tidur. Setiap hari Sabtu mesti aku terpaksa bangun awal disebabkan konsert mini kau tu. " Sengaja Aidil ingin membakar hati gadis itu. Padahal bukanlah masalah besar baginya kalau terpaksa bangun awal pun. Sejak duduk bujang inilah dia belajar bangun lewat di hari minggu. Masa duduk dengan keluarga dahulu jangan mimpilah nak tidur balik lepas subuh. Kalau tak mahu telinga bernanah dengar ‘khutbah’ pagi dek Uminya janganlah tidur lepas solat Subuh.
"Peduli apa aku. Orang lain tak kisah pun. Lagipun tak elok bangun lambat. Rezki susah nak masuk." Selamba sahaja Aina berkata. Alasan sama yang selalu digunakan oleh ibunya jika dia bangun lambat.
"Eh budak. Kau apa tahu. Aku kerja sampai malam. Penat tahu tak.Hari-hari minggu ni la nak cuti nak rehat cukup-cukup."Aidil tidak mahu mengalah pada gadis itu.Dia ingin lihat sejauh mana akal gadis itu.
"Apa budak-budak? Aku bukan budak lah. Aku dah 25 tahun. Aku pun kerja jugak apa. Tapi gunalah hari-hari cuti ni dengan aktiviti bermanfaat. Buat taik mata tu tak bermanfaat langsung. Dahlah malas layan kau. Aku nak masuk mandi . Nanti nak keluar pulak. Layan kau satu kerja pun tak jadi. " Aina terus berlalu. Sudah malas melayan jirannya itu.Buang masa je.
*********************************
"Hoi! Buta ke?" Aina menjerit geram ke arah sebuah kereta Myvi berwarna merah yang meluncur laju dan melanggar lopak air sehingga menyimbah ke seluruh tubuhnya. Blaus pink ,tudung pink dan seluar putih yang dipakainya sudah bertukar warna. Kotor dek air lopak.
Melihat kereta Myvi itu berhenti di bahu jalan, segera Aina menghampiri. Ingin dihambur rasa marahnya terhadap pemandu yang tidak bertimbang rasa itu. Mentang-mentanglah naik kereta.Aku yang naik motor ni dia buat tak nampak je. Memang nak cari gaduh dengan aku betul .
"Kau?" Aina membulat mata merenung lelaki yang tersengih memandangnya itu.Wajah jiran sebelah rumah itu dipandang geram. Memang mamat ni sengaja nak cari gaduh dengan aku.Takpe..tahulah kau aku nak ajar.Hari-hari ada sahaja yang ingin digaduhkan dengan lelaki itu.Apalah malang nasibnya berjiran dengan orang begitu.Tak aman hidup.
"Ala.sorry la aku tak sengaja.Aku tak perasan ada lopak air tu tadi."Tak perasan ada lopak air?Macam mustahil je.Takkan dia tak nampak sedangkan orang lain boleh nampak. Jangan nak kelentong aku la.Ini Aina Fatiha.Silap oranglah kalau kau nak kelentong.
"Banyaklah kau punya tak perasan.Nih siang hari bukan malam.Orang lain boleh nampak takkan kau sorang je tak nampak. Kau memang saja nak langgar lopak air tu kan?" Aidil menggaru kepala yang tak gatal.Bijak jugak minah skuter pink ni.Memang Aidil sengaja melanggar lopak air itu apabila melihat Aina di hadapannya.Sengaja dia ingin mencari gaduh dengan gadis manis itu.Entah !Dia rasa seronok melihat wajah comel itu merah menyala menahan marah dan mulut itu cukup becok menghamburkan kemarahannya.
"Habis tu aku dah tak nampak nak buat macamana." Aidil mencebik geram.
"Aku tak kira.Kau kena basuh Cik Moon sampai bersih.Aku tak nak tengok sebarang kotoran pun ada kat badan Cik Moon."Aina berkata tegas.
"Cik Moon?" Aidil mengerutkan kening.Cik Moon mana pulak?Siapa Cik Moon?
"Yelah Cik Moon aku tu." Aina menunjukkan ke arah skuter kesayangannya.
"Skuter kau tu?Tu Cik Moon?"Aidil bertanya sekali lagi.Biar betul minah ni.Skuter pun ada nama?Cik Moon?Tak komersial langsung.
"Yerlah.Skuter aku tu nama Cik Moon." Aidil ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata gadis itu. Kelakar betul minah ni. Ada jugak orang macam ni dalam dunia ni.
"Apa gelak-gelak?Kau kena cuci skuter aku tu sampai rumah nanti. Aku tak suka badan Cik Moon kotor." Aina berkata tegas. Dia tidak suka membiarkan skuter kesayangannya itu kotor.
"Yelah balik nanti aku cuci."Aidil mengeluh. Tak ada kerja cari kerja. Tak pasal aku kena cuci skuter minah tu. Silap aku jugak yang cari pasal. Teruk betul minah ni. Baju dia kotor dia tak marah tapi skuter dia pulak yang dia kisahkan.Pelik!Malanglah siapa yang kahwin dengan minah ni.Alamat terpaksa bermadu dengan skuternya la.
**********************************
"Umi dengan Abah mana boleh buat macam tu. Aidil belum bersedia nak pikul tanggungjawab sebagai suami.Lagipun Aidil tak kenal dia.Macamana Aidil nak hidup dengan orang yang Aidil tak pernah kenal ." Aidil merasakan kepalanya sesak tiba-tiba.
Petang tadi dia bergegas pulang ke kampungnya di Parit Buntar,Perak setelah mendapat panggilan dari Uminya yang memintanya pulang.Kata Umi ada hal mustahak yang mahu di bincangkan.Umi tidak mahu berbincang di dalam telefon sebaliknya menyuruh dia pulang ke kampung.Rupa-rupanya inilah perkara mustahak yang ingin dibincangkan oleh kedua orang tuanya.Kahwin!
"Aidil dengar dulu apa Abah nak cakap.Abah bukan nak paksa tapi Abah cuma minta pertolongan dari Aidil. "Ah!Apa bezanya pertolongan dengan Abah menyuruh aku berkahwin?Bukankah namanya paksaaan jika itu terjadi diluar kemahuanku?
"Pakcik Hamzah tu dulu kawan baik Abah. Kami dah macam adik-beradik. Dulu keluarga dialah yang selalu tolong kita. Kamu pun tahu Abah adalah bekas tentera. Masa Umi nak lahirkan kamu dulu,dialah yang bersusah payah tolong Umi sebab masa tu ayah terpaksa bertugas di Johor . Ayah berjanji dengan dia untuk jodohkan anak ayah dengan anaknya. Tetapi kami telah terputus hubungan sejak 25 tahun lalu kerana tugas Abah sebagai anggota tentera menyebabkan kita terpaksa berpindah ke banyak tempat.Bulan lepas Abah bertemu kembali dengan Pakcik Hamzah dan kali ini Abah tak mahu hubungan kekeluargaan kita terputus lagi."Aku mengeluh perlahan mendengar cerita Abah.Kenapa mesti aku yang terpaksa menggalas tanggungjawab ini?Kenapa tidak Kak Ima atau Afif sahaja?
"Anak Pakcik Hamzah tu semua perempuan. Ada tiga orang sahaja.Tinggal yang bongsu je yang belum kahwin.Nak jodohkan dengan Afif tak sesuai pulak.Afif tu masih belajar.Baru umur 20tahun.Si Aina tu dah 25 tahun. Kamu jelah yang sesuai.Kamu pun bukan muda lagi.Dah 27tahun." Bagaikan dapat membaca apa yang tersirat di minda anak terunanya Haji Ismail menerangkan keadaan sebenar.
"Sebulan lagi."Aidil terasa bagaikan dunianya gelap tiba-tiba. Sebulan lagi?Sebulan lagi dia bakal menjadi suami orang?Suami pada seorang gadis bernama Aina.Siapa Aina?Bagaimanakah rupa gadis itu?Dan paling penting bagaimanakah sikapnya?Dapatkah mereka hidup bersama?Rasa gerun menular di dalam hatinya.Gerun memikirkan apa yang akan terjadi dikemudian hari.
*********************************
Hari ini. Tempat : Masjid Jamek Ad-Diniah,Kampung Seri Kinta,Perak. Masa: 11.30 pagi
Aidil gementar menunggu upacara akad nikahnya. Sebentar sahaja lagi dia akan bergelar seorang suami. Namun sehingga kini dia masih tidak mengetahui siapa yang bakal menjadi isterinya itu. Sejak berita itu disampaikan oleh Umi dan Abahnya sebulan lalu, sedikit pun dia tidak mengambil tahu. Kononnya sebagai tanda protes. Segala urusan dari barang hantaran sehingga ke majlis perkahwinannya semuanya di uruskan oleh Umi dan kakak sulongnya Nazatul Shima. Kini dia gementar sendiri.
Semakin ramai yang mengelilinginya sehinggakan dia terasa bagaikan sukar untuk bernafas. Hawa di dalam masjid itu terasa bagaikan berbahang.Peluh sudah merenik di dahinya.Baju melayu biru lembut yang dipakainya juga sudah terasa basah dibelakang.Sesak nafas.Senak perut.Segala macam perasaan mula menjengah.Jangan aku pitam kat sini sudah.
"Aku terima nikahnya Aina Fatiha Binti Hamzah dengan mas kahwinya 80 ringgit tunai."Aidil menarik nafas lega setelah berjaya melafazkan akad dengan hanya sekali lafaz.Kini dia sudah sah bergelar suami kepada Aina Fatiha .Suami?Aidil menarik nafas panjang.Bagaikan tidak percaya dengan statusnya kini.
"Aidil sarungkan cincin pada Aina untuk batalkan air sembahyang."Aidil menyambut cincin yang dihulurkan Uminya sebaik sahaja selesai menunaikan solat sunat nikah.Dia hanya mengikut langkah kaki Uminya yang menghampiri seorang gadis yang manis berbaju sedondon dengannya.Cantik!Tapi macam pernah nampak je budak ni.Lama Aidil merenung wajah itu.Ketika itu gadis itu memandang tepat ke wajahnya.Seketika matanya terbeliak.Minah skuter!
"Tunggu apa lagi Aidil.Sarungkanlah cincin tu ."Aidil tersenyum senang.Tak sangka dia berkahwin dengan minah skuter tu. Aina Fatiha rupanya nama dia.Silapnya juga sudah hamper setahun berjiran dengan gadis itu malah sering dia menyakat anak gadis itu, tetapi sekalipun dia tidak pernah bertanya namanya.Kecilnya dunia.Nampaknya terpaksalah aku bermadu dengan Cik Moon.Cik Moon pun Cik Moon lah.Aku suami apa Cik Moon boleh buat.Tetap duduk luar.
"Lepas ni Aina kena letak Cik Moon nombor dua.Abang jadi nombor satu. "Aidil mengenyit mata pada isteri yang baru dinikahinya itu.Aina tersipu malu.
Namaku Nurul Huda. Berusia 27 tahun pada tahun ini. Sekarang aku dah berkerja di Ampang sebagai Ekskutif Jualan di sebuah syarikat menjual kereta di Ampang juga. Aku merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia di kampus Bangi. Sudah tiga tahun lebih aku menamatkan pelajaranku di sana.
Dalam keluarga aku dipanggil Huda saja. Merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik. Kakakku bernama Haida dan abang pula bernama Hanif. Masing-masing sudah berkahwin dan dikurniakan sepasang anak dengan pasangan mereka. Hanya aku saja yang belum berpunya.
Aku punya kisah yang ingin disampaikan pada semua. Mungkin ada yang akan simpati dan mungkin juga ada yang akan menghinaku. Kerana aku seorang perempuan. Insan yang paling lemah dan tidak berdaya untuk menangkis semua dugaan yang mendatang.
****************
27 November 2007
Hari ini genap usiaku 25 tahun. Saat yang menggembirakan kerana dengan penambahan usia ini , ia sekaligus mematang fikiran. Sempena ulangtahun kelahiranku ini, dua majlis telah diadakan. Sambutan hari lahirku dan juga majlis pertunangan yang diadakan serentak pada hari yang kukira sudah cukup menggembirakan hati orang tuaku.
Ibu dan ayah adalah orang yang paling bertungkus lumus mengadakan kedua-dua majlis ini. Aku sebagai anak bongsu hanya menurut saja. Tidak mampu membantah walaupun dalam hati telah berdetik rasa kurang senang. Tak tahu kenapa tetapi sejak dari malam tadi, seusai aku solat istikharah, hatiku mula rasa kurang enak. Seakan-akan ada sesuatu akan berlaku.
Aku hanya mampu berdiam diri. Takkan hendak kukhabarkan rasa kurang senang itu pada ibu dan ayah. Setiap kali aku memandang wajah kedua-duanya, senyuman tidak lekang dari bibir mereka. Aku tahu ibu dan ayah amat gembira dengan pertunangan ini. Mereka gembira kerana bakal berbesan dengan sahabat lama mereka. Aku sendiri tidak kenal dengan bakal tunangku. Tidak pernah berjumpa walau sekalipun. Cuma aku kenal wajahnya melalui gambar yang ibu tunjukkan padaku pada minggu lepas. Yang kutahu, dia bekerja sebagai engineer di Klang.
"Huda!! Wah berseri-seri wajah kau ye..! Al-maklumlah dah bergelar tunangan orang sekarang ni.." tegur Amira lantas memeluk erat bahuku.
Aku tersenyum. Cincin yang tersarung di jari manis sebentar tadi kupandang. Sesuai benar dengan jari manisku. Pandai pula tunangku mencari cincin yang muat dengan jariku ini.
Amira adalah teman serumahku di Ampang. Kami juga bersahabat baik. Amira datang ke rumahku di Melaka ini bersama teman lelakinya, Ariffin. Ariffin yang berada di sebelah Amira turut mengucapkan tahniah padaku seraya menghulurkan sekotak hadiah yang berbalut cantik dan kemas. Apalah agaknya isi didalam kotak ini?
"Biasa sajalah, Amira!" aku merendah diri.
Padaku tiada apa yang istimewa tentang diri ini. Mungkin kerana kesan solekan di wajahku merubah penampilanku pada hari ini.
"Betul lah! Wajah kau cantik sangat hari ni. Sebelum ni, kau mana pernah bersolek kan? Kalau bersolek pun, nipis sangat! Tak nampak kecantikan kau yang sebenar. Aku fikir kalau bakal tunang kau tengok ni, sure lentok habis! Mesti dia puji kau nanti.. Oh ye… bakal tunang kau datang tak majlis ni..?" Amira memujiku. Ariffin sudah pun keluar meninggalkan aku dan Amira berbual-bual.
"Entahlah.. aku tak tahu pun.. Kau bukan tak tahu kan, lelaki mana ada datang waktu majlis tunang.."
"Zaman sekarang dah lain la.. Lelaki boleh datang time majlis tunang. Tak macam dulu, lelaki kena tinggal di rumah. Kau tak contact dia..?"
"Nombornya aku tak tahu pun.."
"Hah??"
"Majlis ni my parents aturkan. Aku ikut saja. Baik pada mereka, baik juga pada aku.." jawabku.
"Laa.. aku ingat kau kenal dia. Kau pernah jumpa dia tak ni..? Habis, dia memang setuju ke dengan pertunangan ni..?"
"Ibuku kata dia setuju. Aku tak pernah jumpa pun.. Ala.. lama-lama nanti, kami kenal lah. Ada tempoh setahun untuk kami kenal satu sama lain."
"Tak sangka pula aku masih ada jodoh yang diaturkan famili. Kalau aku, cinta sebelum kahwin tu penting juga. Sebab masa tu kita dah kenal dan yakin dengan kasih sayang dia. Kau yakin kau akan cintakan dia kelak?"
"Masa akan tentukan.."
"Apapun, aku doakan kebahagiaan kau. Tahniah dari aku!"
Aku tersenyum lagi. Ya.. masa akan tentukan kasih sayang antara kami. Bukankah kata orang, pertunangan ini adalah saat terbaik buat kita mengenal pasangan kita sebelum melangkah ke alam rumah tangga kelak?? Alhamdullillah..sebaik selesai majlis tersebut, tiada perkara buruk yang berlaku. Itu hanya perasaanku sahaja barangkali.
**************
Tepat jam 5 petang, aku dikejutkan dengan panggilan telefon..
"Huarghhh….! Siapalah yang kejutkan aku time-time macam ni? Langsung tak kasi can untuk aku berehat. Dah lah hari ni hari Ahad."
Aku mengomel sendiri sambil menguap. Aku menggeliat cuba membetulkan tulang di badan yang telah kurehatkan atas katil tengahari tadi. Aku mengambil handphone yang diletakkan atas meja.
"Assalammualaikum..!"
Opss!! Suara lelaki lah.. Siapalah agaknya ni..? Suaranya langsung aku tak kenal. Tak cam pun. Tak pun salah nombor kot..?
"Waalaikummussalam.. Cari siapa?"
Aku bertanya sebaik mungkin. Ingatkan nak tengking sebab mengejutkan aku petang begini tadi tapi bila dengar suaranya bagi salam, terus sejuk hatiku. Agaknya inilah kebaikan memberi salam. Yang dimulakan dengan kalimah suci.
"Cari Cik Nurul Huda!"
Cari aku? Kenapalah agaknya..? Takkan aku ada buat salah dengan lelaki semalam? Semasa aku pergi shopping semalam, tiada pula aku terlanggar orang atau memaki orang lain..
"Saya ni tunang awak! Awak dah lupa yang awak ada tunang iaitu saya??" sedikit tegas.
Hah??
"That’s mean selama kita bertunang ni, awak langsung tak ingatkan saya, kan??"
"Ape awak cakapkan ni?"
"Baguslah!"
Apa yang dia maksudkan ni? Tak faham aku. Bagus? Sangat baguskah kalau aku langsung tak mengingati dia? Pelik betul pemikiran dia ni. Hospital manalah yang dia ni terlepas agaknya..? Tapi…..
Iya lah.. Aku memang lupa yang aku ada tunang. Selain tak pakai cincin tunang yang disarungkan ke jari manisku dulu, aku sendiri tak ingat tarikh bertunang. Aku buat tak kisah saja. Sebab pertunangan ini bukannya atas kerelaanku. Sebab itu, apa saja yang berkenaan dengan lelaki itu aku letak di suatu tempat yang memang dikhaskan. Aku tak mahu mengingati status aku sekarang ni. Tiada maknanya buatku.
"Saya nak jumpa awak! Sangat penting! Petang ini awak free tak??"
"Aaa…. Saya fikir dulu lah.."
Huh, malasnya aku nak keluar hari ini. Penat shopping semalam pun tak habis lagi ni.
"Saya rase awak free, jadi awak bersiap-siap lah sekarang. Lagi setengah jam saya sampai rumah awak!" Klik!
***************
Senangnya dia menyuruh aku bersiap-siap. Entah hal apa agaknya sampai nak ajak aku keluar hari ini. Sejak pertunangan itu, aku dan dia tidak berhubung. Dating pun jauh sekali. Masing-masing sibuk tambahan kerjaya dia memerlukan dia kerja lebih masa.. Mana lah ada masa nak jumpe denganku. Aku saja yang berharap. Itu dulu lah.. Enam bulan lepas. Akhir-akhir ini, hati ku tawar dengan hubungan yang terikat ini. Mahu saja aku leraikannnya namun memikirkan ibu dan ayah yang akan mendapat malu, aku biarkan saja.
Baju apa lah yang aku nak pakai ni? Baju blouse kah? Atau baju kurung? Tak pun pakai skirt labuh? Atau baik aku pakai simple saja?? Ahh.. mana-mana sajalah. Yang penting jangan seksi. Tergugat iman tunang aku tu nanti.. Tak pasal-pasal pernikahan kami dipercepatkan pula.. Hehe..
**************
Bukit Menara Tinjau, Ampang menjadi tempat pertemuan kami buat kali pertama. Dapatku lihat ramai anak muda yang melepak di sini. Pemandangan seluruh Kuala Lumpur juga dapat dilihat di sini. Dan tempat ini, juga menjadi tempat aku dikecewakan oleh seorang lelaki.
Aku tergamam. Tak sangka ini yang dimintanya. Apa salahku sampai dia sanggup buat begini? Tak ingatkah dia pada keluarga kami yang bersusah payah menyatukan kami? Kalau kutahu begini akhirnya, mengapa tidak dikatakan dari dulu lagi? Kalau tidak, aku takkan bergelar tunangan dia sekarang.
"Please.. saya mintak sangat awak yang putuskan pertunangan ni! Kalau saya yang mintak putus, parent saya akan salahkan saya. Meraka akan marah dan halau saya dari rumah nanti. Mereka takkan mengaku saya sebagai anak mereka. Keluarga kita berkawan baik, itu saya tau. Saya tak mahu kahwin dengan awak. Saya dah jumpa kekasih hati saya yang menghilang dulu tu. Dia accident dan hilang ingatan. Saya cuba cari dia merata tempat. Keluarganya pun tak tahu dia di mana masa tu. Bulan lepas saya jumpa dia. Ingatan dah pulih semula. Saya cintakan dia. Cuma dia seorang. Dan.. saya mahu dia jadi suri di hati saya ni.." beritahu Akmal memegang dadanya, erat.
Aku terkesima. Rasa nak gugur jantung ni. Akmal sudah mempunyai kekasih? Kenapa tidak dikhabarkan dari dulu. Mengapa Akmal tidak membantah pertunangan ini? Kalau lah boleh kuputarkan waktu itu.. Aku ke yang mesti putuskan pertunangan ni? Tidakkah nanti keluargaku akan malu dengan tindakanku? Lagi pula bukan aku yang beria-ia mahukan pertunangan ni. Ahh.. serabut kepalaku.
Sewaktu mataku tadi ternampak wajahnya buat pertama kali, hati ini rasa nak melonjak-lonjak. Kacaknya dia. Matanya yang redup dan hidungnya yang tinggi membuatkan aku terpesona dengan dia. Dengan T-shirt putih lengan panjang yang dipakai menambahkan kekacakan dia. Ahh.. memang betul-betul buat aku jatuh cinta. Dia lelaki yang berkarisma. Punya kerjaya yang menjadi idaman semua orang. Dengan kerjayanya, pasti ramai gadis-gadis yang menghimpit dia. Bertuahnya aku bergelar tunang dia.
Tapi.. itu beberapa minit yang lalu. Sekarang, hatiku sudah dirobek rakus. Tanpa belas kasihan. Tanpa dia memikirkan perasaanku. Kenapa Tuhan memberi aku dugaan sehebat ini?
"Please..saye mintak tolong sangat dengan awak ni.. Cakap kat parents awak, yang awak nak mintak putus. Awak dah ade calon yang lain. Awak takkan rugi ape-ape. Cume belanja hantaran yang saye berikan separuh tu harap dipulangkan semula.. Saye tau famili awak tak keluarkan belanja untuk majlis kite dulu.. Semuanya parent saye yang tanggung…"
"What?? Saye tak rugi ape-ape? Awak sedar tak ape yang awak cakap ni? Kalau pihak perempuan putuskan pertunangan, maknanya segala belanja hantaran yang pihak awak hantar dulu tu, terpaksa dipulangkan semula pada awak. Kalau pihak lelaki yang putuskan, itu dah dikira hangus! Awak ingat, saye ni bodoh ke? Awak tahu tak, berapa belanja yang parent saye keluarkan dulu. Beribu-ribu, awak tau?? Awak tau berapa ramai tetamu yang datang..? Semua tu perlukan duit! Parents awak hanya keluarkan sedikit belanja yang selebihnya parents saye yang tanggung!" jeritku.
Sakitnya hati ini. Sudahlah terluka. Dia siap minta pulangkan duit hantaran pula. Dia ingat aku ni tak tahu adat Melayu ke? Dia yang nak putuskan, aku pula yang kena tanggung segalanya. Famili aku mengadakan majlis secara sederhana namun ramai yang datang waktu itu. Ayah mengajak semua rakan dan saudara menghadiri majlisku. Barangkali ayah gembira kerana anaknya yang terakhir akan melangkah ke alam baru. Beban yang ditanggung sebelum ini akan beralih kepada orang lain.
"Heii… susah sangat ke awak nak mintak putus? Ke awak memang nakkan saye? Awak cintakan saye ke? No wonder la, jejaka macam saye memang membuatkan semua gadis kat luar sana akan terpikat, tak terkecuali, awak!!"
Cis.. mamat ni berlagak sungguh! Ingat dia handsome sangat ke? Rupa setakat harga market, aku tak kisah la.. Perangai hodoh macam cipan. Nak berlagak pula dengan aku. Ingat aku yang hingin sangat ke kat dia? Dia fikir aku terhegeh-hegeh nakkan dia sebagai suami aku..?
"Awak yang nak putus, awak sendiri yang cakap kat ibu dan ayah saya! Saya tak mahu masuk campur. Bukan saya yang nak bertunang dengan awak dulu. Kalau awak fikir awak seorang yang rugi, saya lagi rugi banyak. Malu pun saya yang dapat! Awak lelaki, apa yang awak tahu? Awak ingat perempuan kat luar sana nak sangat dengan awak ke? Mereka tu semuanya nak kikis duit awak! Sedar lah diri sikit!" aku dah mula membebel. Tak terlawan rasa sakit di hatiku ini.
"Awak ni kan….! Ishh…! Baiklah, awak ingat saya tak berani ye..? Ok, hujung minggu saya datang rumah awak. Kita putuskan secara adat.."
Akmal memberi kata putus. Akmal rasa tercabar agaknya dengan kata-kataku tadi. Aku pun dah malas nak fikir. Aku masuk semula ke dalam keretanya.
"Baiklah. Hantar saya balik sekarang. Dah lewat ni.."
Akmal bergerak ke tempat pemandu. Baru saja Akmal mahu menghidupkan enjin keretanya, cermin kereta diketuk dari luar. Akmal memandang ke luar..
‘Siapa ni?? Tak kenal pula aku.’
Akmal bermonolog sendiri. Diriingi rasa hairan, Akmal menurunkan cermin kereta. Tanpa disangka, satu tumbukan mengenai muka Akmal. Akmal terkejut. Terus darah keluar dari hidung. Akmal cuba membalas semula tumbukan tadi namun apakan daya kekuatannya yang seorang untuk melawan tiga lelaki di hadapannya kini. Lelaki yang berada di luar membuka pintu kereta dan menarik Akmal keluar. Kepala Akmal dihentak dengan helmet mereka. Aku sangat terkejut melihat adegan tersebut lalu cuba menjerit namun ada lelaki lain yang membuka pintu disebelahku lalu menarik aku keluar.
Eh?? Apa yang berlaku sebenarnya ni..? Mulutku ditekup dengan lelaki yang berbadan kurus itu. Aku cuba meronta-ronta. Menjerit-jerit minta dilepaskan. Lelaki yang berbadan sedikit gempal itu memeluk aku sambil menyuruh aku diam. Akmal pula memandang aku dengan lemah. Perutnya telah ditendang beberapa kali. Aku dapat melihat darah yang keluar di anggota badan Akmal. Akmal barangkali tidak berdaya untuk membantu aku.
"Hei, perempuan cantik! Kau tak nak layan aku ke malam ni..? Dari tadi aku dok tengok kau dengan lelaki tu kat tempat gelap ni.. Kau buat apa dengan boyfriend kau kat sini. Nak beromen erk..? Rugi rasanya kalau tak dapat ‘merasa’ kau sama malam ni.. Jom, beb! Kita ‘try’ perempuan ni.." kata salah seorang pemuda tersebut.
"Aku?? Ok saja..!"
Gerun betul aku mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulutnya. Dasar mat rempit! Tak ada kerja.. Hanya tahu merosakkan anak gadis orang.. Dan sekarang aku….. akan jadi mangsa mereka?? Tidakkk!!!
************
Menangis air mata darah sekalipun takkan mampu mengubah kenyataan yang terjadi. Aku telah dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki mat rempit! Memang tak kusangka perkara buruk ini akan terjadi padaku. Selama ini aku membaca berita di dada akhbar mengenai kejadian rogol ini.
Amira sudah keletihan mengetuk pintu bilikku. Aku pula tidak mengendahkan jeritannya yang memanggil namaku berulang kali. Amira jadi risau mendengar tangisanku. Amira cuba menghubungi keluargaku di kampung.
"Huda! Buka lah pintu ni. Janganlah menangis macam ni. Setiap masalah boleh diselesaikan. Kita berbincang ye, Huda??" pujuk Amira dari luar. Tangan Amira masih mengetuk pintu bilik. Sebelah tangannya lagi laju menekan nombor telefon.
"Ariffin, you boleh datang rumah I sekarang tak? I ada masalah ni.. I perlukan pertolongan you sangat-sangat!" Amira bersuara sebaik yang dipanggil menyahut. Tiada seorang ahli keluargaku di kampung yang mengangkat panggilan Amira. Entah ke mana mereka semua tu pergi.
Aku kebingungan bila diberitahu oleh Amira.. Huhu..siapalah yang sudi mendengar masalah yang membelenggu diri ini. Hendak ku luahkan pada Amira, aku malu. Aku perempuan yang sudah tidak bermaruah. Sanggupkah Amira menerima aku sebagai sahabatnya setelah mengetahui aku telah ternoda kini??
"Huda, please!! Bukalah pintu ni. Kita kawan kan?? Tak guna kita berkawan kalau kita tak mampu tolong kawan kita tu.. Mana sikap kau yang selalu mengalah tu? Bukalah! Demi aku sebagai sahabat kau.. Dengarlah cakap aku ni, Huda!!"
Fikiranku keliru. Aku tak tahu sama ada aku perlu mendengar kata-kata Amira atau tidak. Aku malu. Aku sendiri jijik dengan diriku.
Akhirnya aku buka juga pintu bilik. Amira menerpa ke arahku. Seraya memelukku.
"Kau kenapa, Huda? Kau ada masalah ke? Kongsikan dengan aku.. Aku sudi pinjamkan telinga aku ni untuk kau.."
"Aku.. aku… Ahh…!"
Bibirku terketar-ketar untuk memulakan ayat. Rasa takut yang merantai hati cuba aku leraikan. Amira yang seakan memahamiku menggenggam erat tanganku.
"Aku.. aku ..kena rogol!"
"What??" jerit Amira. Amira mengucap panjang mendengar ayat-ayatku. Sudahnya, aku juga yang malu. Tak tahu mana nak letak muka ni.. Dah tentu Amira pandang serong padaku. Dahi Amira kelihatan berkerut seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"Siapa yang buat? Bila kau kena rogol ni? Kau tak lapor pada polis ke? Kau tak check di klinik?" soalan Amira yang tiba-tiba dan bertubi-tubi seakan menyerang mindaku untuk memberi jawapan.
Dahiku berkerut. Mengapa perlu check ke klinik?
"Kau perlu bersihkan rahim kau, Huda! Aku tak mahu ada nyawa bernafas dalam rahim kau. Seboleh mungkin jangan sampai famili kau tahu. Apa perasaan mereka kalau tahu anak mereka dah menconteng arang ke muka? Nanti mereka juga yang malu. Kau check saja.. Ini untuk kebaikan masa depan kau. Aku bukannya jahat sampai nak suruh kau gugurkan kandungan. Aku fikir tidak salah. Kau masih muda. Perjalanan kau masih jauh. Siapa yang lakukannya? Tunang kau ke?"
Aku mengerti niat baik Amira namun aku takut. Bagaimana agaknya penerimaan Akmal? Akmal kini terlantar di hospital. Aku sempat melawatnya semalam. Kepalanya berbalut. Nasib baik juga lah kecederaannya tak berapa teruk.
"Kau okey tak ni? Kita pergi klinik sekarang ye..?"
Aku gelengkan kepala. Aku tak mahu. Perasaan takut itu berlegar-legar di minda. Pengakhirannya belum tentu Akmal akan menerimaku semula. Mana mungkin dia akan terima aku yang sudah jadi ‘sisa’ orang. Tapi… itu bukan salahku!
**************
"Saya tetap tak mahu terima awak! Awak dah jadi’bekas’ orang. Saya bukannya lelaki yang akan menjilat semula ‘ludahan’ orang. Saya tak mahu isteri yang bukannya anak dara lagi semasa saya kahwin dengannya kelak! Dan awak bukan isteri yang sesuai untuk saya! Baik awak keluar sekarang! Saya kata keluarrr…!!!!"
"Akmal! Awak kena bertanggungjawab atas saya. Awak yang bawa saya ke tempat tu. Awak langsung tak selamatkan saya! Inikah sifat seorang lelaki? Lepaskan tanggungjawab awak sedangkan sepatutnya awak yang menjaga saya. Awak tunang saya! Semasa kejadian ni berlaku, saya di bawah jagaan awak.."
"Eh, perempuan! Awak ingat saya ni lelaki apa, hah?? Saya takkan ambil ‘bekas’ orang! Saya bukannya Akmal kalau bukan mencari perempuan yang sempurna dan terbaik untuk jadi suri hati saya! Entah-entah awak upah orang untuk rogol awak dan paksa terima awak. Awak ingat semudah itu awak nak dapatkan cinta saya?? Jangan harap!!"
‘Ya Allah! Kenapa lelaki ini bersikap biadab padaku! Bukan aku nak semua ni terjadi. Aku sendiri tak rela tubuhku dimamah lelaki lain melainkan lelaki yang bakal menjadi suamiku kelak..’
Aku terkejut mendengar kata-kata yang terlontar dari bibir Akmal. Ya Tuhan! Hinanya aku di depan dia. Akmal tak mahu bertanggungjawab. Akmal tetap tak sudi menerima aku kembali. Memang dia yang mahu aku pergi dari hidup dia.. Tak mengapalah..
Aku tanggalkan cincin pertunangan yang tersarung di jari manis. Aku letakkan atas meja kecil yang ada di tepi katil hospital itu. Tanpa kata-kata, segera aku beredar dari situ. Aku tidak mahu terhegeh-hegeh lagi memperjuangkan hubungan kami yang pastinya bukan berlandaskan cinta. Biarlah apa nak jadi selepas ini, aku tetap akan teruskan hidupku. Bukannya mati pun kalau aku tak dapat Akmal!!
*************
Dua tahun sudah berlalu. Dan dalam dua tahun itu juga hidupku tidak lagi dibayangi dengan wajah Akmal. Aku redha andai bukan dia yang tercatat di Loh Mahfuz sebagai pasanganku.
Aku tersenyum mendengar hilaian gelak ketawa anakku, Fatihah! Wajahnya persis suamiku, Ariffin. Ah.. memang hidup ini tak dapat nak dijangka. Aku tak menyangka akan menerima lamaran dari Ariffin, teman lelaki merangkap kekasih Amira sendiri enam bulan selepas peristiwa itu. Apa sudah jadi dengan hubungan mereka??
"Huda! Bukannya aku tak sayang pada Ariffin. Aku sayangkan dia.. tapi aku seorang perempuan.. sangat memahami hati perempuan lain. Lebih-lebih lagi setelah kau dikhianati oleh Akmal. Aku juga sayangkan hubungan persahabatan antara kita. Rela aku korbankan cinta aku demi melihat kau bahagia. Aku tak sanggup lagi melihat kau berendam air mata menangisi perkara yang dah terjadi. Hari-hari aku mendengar esak tangis kau. Aku tahu kau terseksa. Sudahlah kau putus tunang, maruah kau pula dah tercalar. Maaf kalau ayat aku ni kasar pada kau. Tapi ini hakikat yang tak boleh nak dielakkan. Aku dah bincang dengan Ariffin. Dia bersetuju untuk menerima kau. Dia juga bersedia untuk melindungi dan menjaga kau macam dia jaga aku dulu.. Terimalah Ariffin, Huda!"
Aku terkesima mendengar kata-kata Amira. Terpegun aku dibuatnya. Aku tak sangka Amira akan bertindak sejauh ini. Mengapa dia sanggup berkorban sehingga begini??
"Aku percaya Qada’ dan Qadar, Huda! Perbuatan baik, insyaAllah, Tuhan akan balas baik pada kita. Seminggu aku fikirkan tentang ini. Selama itu juga aku buat solat Istikharah. Aku tahu apa yang aku buat adalah betul dan ia berlandaskan naluri aku. Aku tak ragu-ragu untuk menyerahkan Ariffin pada kau. Kau juga mampu beri kasih sayang pada dia sama sepertiku. Hati kita sama, Huda! Sebab tu aku rela buat begini.."
Genggaman tangan Amira di tanganku erat sekali. Air mataku menitis saat aku khabarkan tentang keretakan hubunganku dengan Akmal pada keluargaku. Ayah dan ibu terkejut dengan tindakan Akmal. Mereka tak sangka Akmal sanggup melepaskan tanggungjawabnya padaku sedangkan perkara ini terjadi saat aku bersamanya. Kesudian Amira memberikan hati Ariffin dan kerelaannya melepaskan kekasih yang disayangi membuat ibu dan ayahku sangat terkejut. Mereka tak sangka masih ada insan semulia mereka berdua.
Aku dikahwinkan dengan Ariffin beberapa bulan setelah pertemuan aku, Amira dan Ariffin dengan keluargaku untuk menerangkan segala hal yang terjadi. Saat itu, aku bersyukur sangat kerana dikurniakan seorang sahabat yang mempunyai hati mulia dan juga seorang lelaki yang redha dan sanggup menerimaku seadanya. Di dalam hati, aku panjatkan beribu kesyukuran kerana dikelilingi orang-orang yang berhati baik.
Aku tidak lagi mengetahui khabar tentang Akmal. Kali terkahir aku mendengar dia sudah bernikah dengan wanita pilihannya. Aku mampu berdoa dari jauh agar dia bahagia dengan hidupnya. Aku tidak akan berdendam dengan Akmal.. Seperti kata Amira,
"Tiada guna kita berdendam dengan dia, Huda! Memang pedih hati ini bila dilukai namun pasti ada yang akan menyembuhnya. Maafkan atas kesalahan dia yang lalu. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Kita tak tahu akan takdir kita.."
"Tapi Amira…? Hatiku sakit. Pedih. Sampai nyawa tercabut dari badan pun, aku akan ingat perbuatannya yang menyiksa jiwa ragaku. Mana mungkin aku mampu maafkan dia." rintihku.
"Jadilah seperti aku! Seorang insan yang mampu memaafkan kesalahan orang lain. Aku juga pernah terluka. Bukan Ariffin yang lakukan tetapi orang lain. Aku maafkan kesalahan dia. Dan Tuhan membalasnya barangkali. Tuhan temukan aku dengan Ariffin. Layanan Ariffin memang baik. Sebab tu aku tak teragak-agak untuk berkorban kasih pada kau. Aku juga percaya pada jodoh yang Allah dah tentukan buat aku. Kau tengok ni.." Amira menunjuk cincinnya.
"Kau dah kahwin??" Tergamam aku seketika. Amira tak jemput aku ke majlis kahwinnya kah??
"Semalam aku dah bertunang. Alhamdullillah, dalam masa terdekat ni, aku akan berkahwin. Aku juga nak merasa macam yang kau rasa sekarang…" Amira tersenyum manis. Ikhlasnya senyuman dia. Amira memang ikhlas berkorban kasih padaku. Sanggup dia menyerahkan Ariffin buatku saat aku dilanda kecewa yang amat sangat.
"Aku percayakan Ariffin.Aku juga harap kau percaya pada dia."
***********
Hari ini, hari perkahwinan Amira dengan seorang lelaki yang kukira baik orangnya. Pernah kami bertemu. Layanan lelaki itu pada Amira memang ikhlas. Aku tahu lelaki yang bernama Nizam itu menyayangi dan mencintai Amira. Sama seperti Ariffin.Aku memang tahu sahabat baikku ini pasti akan mendapat suami yang baik juga kelak. Bukankah lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik??
Saat aku melihat Amira dan Nizam berada di pelamin yang dihias indah, Ariffin menggenggam tanganku sambil tersenyum manis. Di sebelahnya, anak kami dikendong dan bermain rambut Ariffin.
Benar kata orang, kadang-kadang seorang sahabat baik sukar nak dicari. Tetapi sahabat yang jahat dan sanggup menikam dari belakang memang ramai. Aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti Amira. Tak mampu aku nak balas kebaikan dia. Cuma mampu mendoakan agar dia bahagia dengan hidupnya.
"Abang teringat saat kita berada di singgahsana seperti itu. Saat itu hati abang sudah terpaut pada Huda. Kelembutan hati Huda. Kesudian Huda menjamah cinta abang. Terima kasih sayang kerana memberi abang permata yang tiada ternilai itu.." bicara Ariffin menusuk ke kalbu sambil bibirnya menjuih ke arah anak kami yang kemudiannya leka bermain dengan beberapa orang budak sebayanya.
Aku tersenyum. Ya Allah! Indahnya rasa cinta itu. Aku bersyukur padaMu kerana mengurniakan perasaan indah ini dan menjadikan hidupku lebih baik dari dulu.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Kaki Novel Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KN untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
admin@kakinovel.com
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei