BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Rabu, Oktober 07, 2009
Novel : Dibius Cinta 19
Nama Pena : Jeje a.k.a Siti Maziah

BAB 28

"Apa kau buat kat sini?" Daniel Hariz menyoal Amir Fahmi.

"Oh, Ice bagitahu along ada kat sini. So, Am datanglah sini," selamba sahaja Amir Fahmi menjawab pertanyaan Daniel Hariz. Pasti abangnya menyumpah di dalam hati saat mukanya terjengul di balik pintu. Padan muka. Kantoi dah ada awek. Aku akan sebarkan kat semua orang. Amir Fahmi ketawa riang di dalam hatinya.

"Kalau nak bincang hal pejabat, sini bukan tempatnya. Lagipun kalau ada apa-apa masalah, kau boleh rujuk dengan Ice. Kau memang sengaja datang sini kan?" Ayat yang terakhir kedengaran perlahan di telinga Amir Fahmi.

Amir Fahmi tersenyum sinis melihat muka abangnya yang menyinga.

"Eh, takdelah. Am datang sebab risaukan abang,"

Kata-kata yang diucapkan Amir Fahmi membuatkan darahnya meyirap serta merta. Rasa nak lepuk sahaja muka selamba ayam adiknya.

"Adik you rupanya," Cazlin Amalina menyampuk setelah bosan melihat kedua beradik tersebut bertelingkah.

Belum sempat Daniel Hariz menjawab, Amir Fahmi terlebih dahulu menghulurkan salam perkenalannya tanpa diminta.

"Iye kak. Saya adik kepada lelaki ini. Nama saya Amir Fahmi. Panggil Am je. Am risaukan abang bila dapat tahu dia ada kat hospital. Ingatkan dia yang sakit. Rupa-rupanya tengok buah hati…" Ramah sahaja mulut Amir Fahmi memperkenalkan dirinya. Tangan Danial Hariz pantas sahaja mendarat di telinga Amir Fahmi.

"Kau jangan nak mengarut macam mak nenek kat sini. Lin, ni adik I. Dia memang suka mengarut dan cakap yan bukan-bukan. Hah, Am. Ni kawan abang. Isteri kepada Pengarah Urusan Naza Corporations, Cazlin Amalina binti Cazlan Shafie,"

Mata Amir Fahmi terbeliak.

"What?"Amir Fahmi tidak mampu menghabiskan kata-katanya.

"What?" Daniel Hariz menyoal adiknya pula.

"Along main suap-suap dengan dia…" Amir Fahmi masih menahan rasa terkejut dan tidak percayanya. Abangnya ada skandal dengan bini orang. Huh, gila.

"Kepala hotak ko. Along suap orang sakit. Salah ke?"

"Memanglah salah. Kalo Am ni suami dia, Am tumbuk muka along. Lepas tu, Am belasah along cukup-cukup. Along … kak Cazlin… insaflah. Tak baik buat macam ni. Sejak bila along jadi macam ni? Am patut haling masa along tinggalkan family kita dulu. Kalau tak along tak jadi macam ni… skandal dengan isteri orang," Amir Fahmi menunjukkan muka seriusnya. Sememangnya dia serius. Mungkin dia suka menghabiskan duit mak bapak. Berpoya-poya dengan kekayaan ayahnya. Tapi dia masih tahu soal halal dan haram.

Serentak itu juga Daniel Hariz menyekeh kepala adiknya. Bukan sekali tetapi dua kali.

"Dah habis membebel?"

Amir Fahmi menganggukkan kepalanya laju-laju. Bimbang disekeh untuk kali ketiga.

Daniel Hariz memeluk bahu adiknya.

"Lin, excuse us. Have a rest. I’ll be back soon,"

Cazlin Amalina cuma mampu menangguk-anggukkan kepalanya melihat Daniel Hariz menarik secara paksa adiknya keluar dari biliknya. Belum sempat dia mahu merehatkan tubuhnya yang masih lemah, telefon bimbitnya pula berbunyi.

"Assalamualaikum, Lin."

"Waalaikumussalam, mama." Cazlin Amalina menjawab salam dari ibu mertuanya. Apa yang harus dijawabnya jika mama bertanya tentang peristiwa tempohari? Pasti mama akan memarahinya. Ya tuhanku, aku sayangkan wanita ini.

"Lin sihat? Mama rindu sangat dengan Lin."

Hampir terlepas telefon bimbitnya dari pegangan tangannya. Benarkah apa yang didengarinya? Mama bertanya khabar tentang dirinya.

"Er, Lin sihat. Lin pun rindukan mama. Mama sihat kan?"

"Mama sihat. Mama risaukan Lin. Lin pergi mana, nak? Bila Lin nak balik? Mama rindu. Mama faham apa yang berlaku ni amat berat buat kamu."

"Lin minta maaf atas apa yang telah terjadi…"

"Tak mengapa. Adam dah jelaskan segala-galanya pada mama."

Jantung Cazlin berdegup kencang. Jelaskan segala-galanya pada mama?

"Adam dah jelaskan pada mama?"

"Adam bagitahu yang kamu pergi bercuti. Kamu nak tenangkan fikiran.Takpelah. Mama faham. Kamu balik cepat ye. Mama risau kamu sorang-sorang kat sana," Cazlin Amalina mengesat air matanya yang mengalir laju membasahi pipi. Sucinya kasih wanita ini padaku.

"Lin janji akan balik, mama. Lin pun rindukan mama. Mama sihat kan?"

"Lin jangan risaukan mama. Lin tu yang kena jaga kesihatan diri. Jangan fikir sangat benda yang dah lepas. Mama, papa, dengan semua orang dalam rumah ni rindukan Lin. Kami akan sentiasa di sisi Lin. Kami takkan tinggalkan atau biarkan Lin hadapi semua ni seorang diri. Kita kan satu keluarga,"

"Terima kasih, ,ma. Lin akan balik secepat yang mungkin. Lin janji."

Panggilan telefon dimatikan. Cazlin Amalina mengesat air matanya. Dia harus pulang ke rumah itu. Demi mama dia harus pulang juga. Adam Shafiq? Cazlin Amalina memejamkan matanya. Mampukan dia berhadapan dengan lelaki yang terang-terangan telah memusuhi dirinya. Lelaki yang kini membencinya dengan sepenuh hati.

Serentak itu juga Daniel Hariz dan adiknya masuk kembali ke dalam biliknya.

"Kak, maafkan Am ek. Am tak patut cakap macam tu dengan akak.Maafkan Am sangat-sangat kalau kata-kata Am tadi mengguris hati dan perasaan akak. Am tak patut cakap bukan-bukan tadi. Lepas apa yang along cerita tadi, Am janji akan tolong akak!"

"Tolong? Tolong apa lagi? Am dengan abang Am dah banyak tolong akak,"

Daniel Hariz menyiku adiknya. Boleh pulak dia bocorkan plan telah dirancangnya dengan teliti. Adoi, budak ni.

"Err, saling tolong menolonglah kak. Kalau akak ada apa-apa nak mintak tolong dengan Am, bagitahu je. Am sedia membantu,"

Cazlin Amalina tersenyum sahaja mendengarkan kata-kata Amir Fahmi.

Daniel Hariz menarik nafas lega. Nasib baik budak ni pandai ‘auta’.

"Saya nak balik rumah," ujar Cazlin Amalina.

"Balik rumah? Tunggulah sehari dua lagi. Sampai Lin betul-betul sembuh. Bila Lin dah sihat, Dan bawa Lin balik, okay."

"Saya mesti balik. Lagipun saya bukan nak balik rumah awak. Saya nak balik rumah Adam."

"Buat apa akak nak balik sana? Am tahu Am tak layak nak halang akak. Cuma sebagai manusia Am tak nak apa-apa yang buruk jadi pada akak lagi. Along dah cerita semua pada Am. Malah, Am rasa kalau sesiapa kat tempat Am akan buat apa sahaja untuk melindungi akak. Am rasa keluarga tu dah terlalu banyak menyusahkan akak,"

Cazlin Amalina tersenyum.

"Terima kasih atas perhatian kalian dua beradik. Tapi saya dah buat keputusan yang saya mesti kembali ke rumah tu. Dan saya pasti saya takkan dapat berada lama di rumah tu. Saya juga tak boleh biarkan hubungan saya dengan Adam berterusan tanpa titik noktah. Segala-galanya perlu diselesaikan. Saya pasti jawapan kepada semua masalah ada di dalam rumah itu sendiri."

Amir Fahmi dan Daniel Hariz terdiam lama. Tidak tahu apa yang harus dijawab lagi.

"Tapi Lin kena janji dengan Dan yang Lin akan jaga diri Lin setiap masa Lin berada di rumah itu. Dan Cuma tak nak apa-apa yang buruk terjadi lagi pada Lin. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada Lin sekali lagi, Dan akan bawa Lin pergi jauh dari sini. Itu janji Dan,"

Cazlin Amalina tersenyum lagi. Mindanya tidak menumpukan perhatian pada kata-kata Daniel Hazri sebaliknya dia sudah pun membayangkan dirinya berada di rumah itu. Rindunya pada Adam Syafiq menggebu lagi.

Adam Shafiq cuba menumpukan perhatian kepada kerjanya. Namun fikirannya berasa begitu terganggu. Wajah Cazlin Amalina berada di mana-mana. Wajah sedih yang berlagu sendu itu bagai menggamit dirinya mencari Cazlin Amalina. Argh… kenapa dia yang harus aku ingatkan lagi? Adam Shafiq teringatkan lelaki yang menemani iste rinya ke tanah perkuburan. Perasaan marah dan benci kembali menguasai dirinya. Siapakah lelaki tersebut? Curangkah Cazlin padaku? Hati kecilnya berkata-kata. Sebahagian dirinya masih ingin mempercayai isterinya. Manakala sebahagian lagi hatinya mula meragui isterinya. Tambahan pula kes keguguran isterinya akibat keracunan masih lagi dalam siasatan polis. Semuanya begitu mengganggu ruang fikirannya kebelakangan ini.




BAB 29
Ayuni berlari mendaki anak tangga sebaik sahaja mendapat tahu kakak ipar kesayangannya telah kembali pulang. Dia memeluk erat Cazlin Amalina seakan enggan dilepaskan.

"Ayun ingat akak dah tak nak balik lagi…,"

"Mana boleh akak tak balik rumah ni lagi.. rumah ni penuh dengan kasih sayang dari Ayun dan keluarga yang lain. Akak takkan mampu hidup tanpa kasih sayang dari kamu semua la,"

Ayuni memeluk kakak iparnya lagi. Gembira sungguh kakak ipar kesayangannya telah pulang. Ingatkan sudah merajuk membawa diri dan tidak mahu kembali lagi.

"Abang Adam tahu tak akak dah balik?"

Cazlin Amalina tergagap-gagap mahu menjawab pertanyaan adik iparnya. Demi mendengarkan nama itu sahaja dadanya sudah berkencang dengan hebatnya.

"Er..akak.."

"Oh.. akak nak surprisekan abang Adam ek?"

Cazlin Amalina menganggukkan sahaja wajahnya.

"Romantiklah akak ni. Untung abang dapat isteri macam akak,"

Cazlin Amalina tersenyum lagi. Romantikkan dia? Sedangkan Adam sendiri tidak tahu akan kepulangan dia ke rumah ini.


Tatkala mereka sekeluarga sedang sibuk menyiapkan makan malam. Adam Shafiq pulang dari tempat kerja. Cazlin Amalina dan Adam Shafiq seakan terpaku apabila mata mereka bertembung antara satu sama lain.

"Tuhanku..rindunya aku pada dia," kata-katanya hanya mampu terucap di lubuk hati Cazlin Amalina.

Cazlin Amalina menyambut beg kerja Adam Syafiq dan menyalami tangan suaminya. Adam Syafiq menarik tubuh isterinya ke dalam dakapannya. Tubuh itu dipeluk erat. Segala beban rindu pada isterinya bagai berlalu pergi. Namun apabila teringat peristiwa tempohari, hatinya membengkak secara tiba-tiba. Dengan selamba dia berbisik sesuatu di telinga Cazlin.
"Semua ni cuma sandiwara sahaja. Demi mama, kau dan aku harus menjadi pelakon terbaik!"
Cazlin Amalina terkedu mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Adam Shafiq. Sesak nafasnya seketika. Perlahan Adam Shafiq melepaskan pelukan dan menarik tangannya menuju ke meja makan. Penuh tertib Adam Shafiq melayan isterinya di hadapan ahli keluarganya. Jiwa Cazlin pula yang semakin terseksa dengan lakonan mereka sendiri.
"Syukurlah. Senang hati mama lihat kamu berdua kembali bersama. Ini tak seorang kat sana. Seorang kat sini. Kamu tu suami isteri. Mesti sentiasa bersama,"
"Hah, macam papa dengan mama kamu nilah. Mama kamu tu memang tak boleh jauh dari papa. Papa hilang sekejap je, dia dah rindu macam tak jumpa setahun,"
Puan Sri Saleha mencubit lengan suaminya. Adam dan Cazlin cuma tersenyum melihat kemesraan papa dan mama mereka. Ayuni pula tersenyum sumbing sahaja sejak dari tadi. Cemburu pula melihat kemesraan dua pasangan di hadapannya. Hai, bila agaknya aku nak jadi macam diorang ek?
"Mana Ayuna?"
"Dia keluar dari petang tadi. Sampai sekarang tak balik lagi."
Tan Sri Latif menggeleng-gelengkan kepalanya.

Cazlin Amalina melipat telekungnya. Kebetulan pula Adam Syafiq baru sahaja keluar dari bilik air. Cazlin Amalina kelu untuk memulakan bicara. Lama kelamaan dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
"Siapa lelaki yang bersama dengan kau hari tu? Kekasih lama?" tiba-tiba Adam Shafiq bersuara.
"Dia bukan kekasih Lin. Dia juga tak pernah jadi kekasih Lin."
Adam Shafiq ketawa.
"Tapi ada potensi nak jadi kekasih kau kan?"
"Abang.. Lin bukan seperti yang abang sangka kan. Lin tak sehina tu. Lin masih menghormati ikatan perkahwinan kita."
"Oh, hormat?? Kalau hormat, Lin takkan tinggalkan hospital. Lin takkan menghilangkan diri. Sebab kau masih bergelar isteri aku yang menghalang kau dari terus bersama dengan bakal kekasih kau tu kan!!!" Adam Syafiq menengking isterinya.
Cazlin Amalina memberanikan diri merenung wajah suaminya.
"Lin tahu yang memang salah Lin pergi tanpa izin abang. Tapi Lin ada sebab Lin sendiri buat semua tu."
"Sudahlah, Lin. Aku ingat kau perempuan baik-baik. Rupa-rupanya aku silap. Aku dah buat silap paling besar dalam hidup aku dengan mengahwini perempuan macam kau,"
"Cakaplah apa sahaja yang abang suka. Lin terima. Tapi Lin akan buktikan pada abang yang setiap kata-kata abang tu tak benar dan abang tak pernah silap mengahwini Lin. Lin tak sehina yang abang fikirkan,"
"Buatlah apa kau nak sekalipun. Aku dah tak nak ambil peduli. Aku cuma ambil kisah tentang kesihatan mama sahaja. Kalau ada apa-apa jadi pada mama dan penyebabnya adalah kau. Kau takkan pernah terbayang apa yang akan aku buat," Adam mengambil bantal dan selimutnya lalu beralih ke sofa.
Cazlin Amalina memandang sahaja perbuatan suaminya. Dia dan Adam Shafiq memang semakin jauh. Ya tuhanku, berikan aku kekuatan menahan dugaan dariMu.
Cazlin Amalina menarik selimut menyelimuti tubunhnya. Mala mini dia tidur berendamkan air mata lagi.
posted by Penulisan2u @ 3:02 PG   16 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Dr.Cinta 8
Nama Pena : Dia Adila @ Dyadila


Suasana bilik yang agak suram dipenuhi bauan Lavender, wangian kesukaannya sejak dari bangku sekolah lagi. Sejak kecil lagi dia di ajar untuk berdikari. Walaupun satu-satunya anak tunggal tengku Mazlan dan Tengku Maznah tapi dia sudah biasa melakukan semua kerja sendiri. Tapi sejak kedatangan Zikri dalam keluarganya dia rasa ada tempat bergantung sehinggakan kadang-kala semuanya dilakukan oleh Zikri. Berlemaklah katakan.

Nasib baiklah mama tangguhkan makan malam perdana yang dirancang dengan anak Datuk mana entah. Sekurang-kurangnya ada masa lagilah dia mencari jalan keluar dalam kemelut paksaan mamanya sendiri. Rancangan gila si Zikri juga berjalan lancar Cuma dia belum berjumpa dengan bakal calon Isterinya untuk satu malam tu.

"hai anak mama termenung jauh nampak?" Tengku Mariam tersenyum melangkah merapi anak kesayangannya.

"bukan termenung tapi berfikir"

"fikir pasal apa? Pasal bakal menantu mama ke?"

"Mama ni ke situ pulak dia" Iskandar duduk di depan meja tulisnya.

"Mama berkenan betul dengan Natasha tu, cantik, baik, bahasapun bagus, hormat orang tuan.." Iskandar mencebik. Mula dah promosi hebat, tawaran beli satu dapat satu.

"Is dengar tak apa mama cakap ni?"

"emmm...dengar" jawabnya malas. "ala mama is muda lagilah, masa depan Is masih jauh"

"muda? Is kalau zaman Mama dulu sebaya Is ni dah ada anak 5 orang tahu tak" bulat mata Tengku Mariam memandangnya anak lelakinya. Degil macam papa dia.

Memang Iskandar lebih mirip wajah suaminya. Mata yang sama, bibir yang sama, hidung yang sama. Apa yang pasti Iskandar lebih ke arah wajah melayu bukan sepertinya melayu+ baba nyonya, ibu kepada tengku mariam seorang wanita keturunan baba dan orang putih yang berkahwin dengan lelaki melayu. Jadi tak hairanlah jika wajahnya lebih ke arah nyonya melaka. Pertemuaan dengan Tengku Mazlan juga banyak mengajarnya kembali ke adat melayu yang lama ditinggalkan. Sejak mengikut papanya berhijrah ke Indonesia dia lebih terdedah dengan adat yang bercampur.

"haiii mama ingat papa ke?"

"30 tahun mama tak pernah berpisah dengan papa siapa kata tak ingat" akui tengku Mariam.Iskandar tersenyum.

"papa pergi seminggu je mama..jangan risau kalau tak esok maybe lusa dia sampai" . Wanita seperti mamalah yang dicari selama ini. setia dan jujur dalam melimpahkan kasih sayang. Cuma suis mulut saja yang tak boleh nak off.

"dahlah mama nak masuk tidur..jangan lupa makan malam nanti..mama tak suka orang yang mungkir janji.. mungkir janji tu makna ye...."
"orang munafik.." sambung tengku Iskandar. Tengku Mariam tersenyum.

"Zikri jangan lupa ajak sekali, budak tu kalau tak ada hal mustahak susah sangat nak jumpa batang hidung dia" rungut Tengku Mariam.

"emmm dia sibuk mama.."

"sibuk dengan apa?"

"cari calon isteri.." kata-kata Iskandar terhenti. Aduhhh terlepas pula.

"Calon isteri? Maksud Is"

"hah?? Ehhh tak adalah dia tengah nak mencari calon isteri untuk dialah mama"

"betul ke...Ya Allah itulah yang mama doakan selama ni, terbuka juga hati Zik tu" melihat mamanya yang tersenyum gembira membuatkan Iskandar tersenyum. Memang mama sayangkan zikri. Tapi bukan calon isteri tu untuk aku ke? Hehehe..

"dah jangan tidur lewat sangat"

"aik mama..nite. sayang mama" bisiknya perlahan sambail mencium dahi Tengku mariam. Itulah rutinnya setiap malam, kalau dulu dahinya dicium lembut tapi kini giliran dia memberi kasih sayang kepada mamanya.

***

Langkahnya semakin laju. Alamak dah lambat ni. Kalau aku tahu macam ni tadi baik naik teksi. Ini semua driver bas punya pasal, bawa macam siput. Kalau lumba dengan kura-kura gerenti kalahnya. Boleh buat cerita teladan baru ‘kura kura dengan bas 67’.. nasib baik jugalah perut aku pagi ni tak meragam kalau tak mesti selamat dalam bas. Nokia 3310 dikeluarkan. Baru dia ingin mendail destinasi pilihan... debummm...satu rempuhan kuat dari depan. Nokia 3310 kesayangannya terpelanting...Tidak!!!...

"hoiii tak nampak orang ke? jalan pakai mata ke pakai telinga!!" aduhhh...mana sayang aku ni. Dia mencari-cari sesuatu.

"pakai kaki.." jawab lelaki itu selamba. "awak yang jalan pakai mulut tu pasal apa?" sambungnya lagi, hahh!! Berdesing telinga..macam nak jatuh segala kesabaran yang ada di dada. Kalau aku ada kuasa laser dah lama mulut mamat ni terbakar.

"ehhh..saudara, encik, tuan...sesuka hati sedara je terjah orang, bukan nak minta maaf" marah Mazliana.

"saya tak minta maaf kalau bukan salah saya.."

mamat tu blah macam tu je, tanpa ucapan selamat tinggal. Tanpa sedikit senyuman..ehhh pasal apa pulak nak senyum dengan aku?. Mazliana mengutip Nokia 3310nya. Hah??...sayang....tanpa perasaan bersalah dia tinggalkan tempat kejadian dengan sumpah seranah yang berbakul-bakul. Harap muka saja ajer kelas A+, perangai E-. Hampeh...

MM holding berdiri megah didepannya. Menyesal pula dia menapak ke sini kalau lepak dekat rumah tadikan best. Hari ni ada tanyangan ‘bujang lapok’.hishh rugi betul. Perlu ke ada pertemuan dengan calon suami dan calon isteri ni. Namapun drama pendek tak akan nak buat versi episod bersiri sampai suruh aku datang jumpa dia dekat sini. Memang mainan orang kaya macam ni kot?..jangan jadi sinetron sudah sampai seratus episode tak habis. Gerenti penonton bosan..

Wajah tersengih Syamin menyambut kedatanganya. Mazliana mengisi bangku bertentangan dengan Syamin. Marahnya masih belum reda.

"ehhh...awalnya kau sampai? Tak sabar nak jumpa calon suami ke?"

"Mimi nanti kalau aku tertampar muka kau, aku minta maaf ek" syamin tersengih macam biasalah tayang muka ala-ala blurnya. Ada tak ena nada suara kawan baiknya ni..

"kenapa muka macam baru bercerai je. Bukan kau baru nak dapat calon suami ke?"

"aku panas betullah, ada sorang mamat ni tadi langgar aku sampai bersepai sayang aku ni cium jalan, dia boleh blah macam tu je, siap buat muka tak bersalah tu..kalau ikutkan hati aku dah lama aku backhand mamat tu"

"baguslah..aku nak sangat jumpa mamat tu?"

"kau nak buat lawak antarabangsa ke lawak dalam negara?.." tanya Mazliana tak puas hati. Bukan dia tak tahu tahap kecemburuan Mimi dengan 3310nya. Dasar perempuan tak boleh bermadu..ehhh ada kaitan ke??...

"sepatutnya dari dulu lagi kau buang sayang kau tu..mana ada orang pakai lagi dah 3310 kau tu, dah boleh letak dekat mezium tahu tak. Habis tu ok tak?"

"nasib baik ok" Nokia 3310 ditayang ke kiri ke kanan. Syamin mencebik.

"alaa kalau ‘sayang’ kau tu kena langgar dengan lori 10 tayar pun ok lagi. Inikan baru tercium jalan.."

"haii...tu ayat versi menghina ke apa?"

"bukan hinaan tapi kenyataan, bilalah kau nak buang fon kau tu dalam sungai..aku tak sabar-sabar nak tunggu waktu tu" hisshhh sungguh laju mulut minah ni, apalah dosa Nokia 3310 aku ni dekat dia.

"kalau kau nak semua tu terjadi kau hanya sekadar bermimpi sayang"

Syamin tersengih-sengih mendengar kata-kata Mazliana. Tangannya menongkat dagu memandang ke wajah temannya. Satu-satunya sahabat yang suka cari pasal, memang betullah hobi dia ‘Jalan-jalan cari pasal’. Sampai sekarang Mazliana tak ada kerja tetap. Semua tak kena dengan jiwa kata dialah.

"kau analisis aku ni semata-mata nak tayang gigi kau yang cantik tu ke?"

"ehhh lupa pula kau nak jumpa bos, kejap ek Maz" Maz mengelengkan kepalanya. Mimi..mimi....orang suruh makan nasi pergi makan semut buat apa dah dapat penyakit pelupa.

"bertuah kau lepas ni dapat bakal suami tengku lagi" tambah Syamin.

"kau jangan sampai aku tarik balik persetujuan MOU aku tu"

"ok..ok aku gurau jelah...sejak bila pula Mazliana Hj Nordin sensitif ala-ala perempuan melayu terakhir ni?"

"kau ni kalau si erma fatimah tu dengar mesti dia saman kau.. cerita perempuan melayu terakhir tu satu-satunya filem melayu yang baik tahu tak. Kesenian melayu yang diketengahkan, kita kena berbangga" aduhh...silap time lah kutuk filem melayu depan Mazliana.

"ala aku tahulan kau subjek Kritikan seni dapat A++, janganlah marah"

"bukan marah tapi nasihat..kalau bukan kita sokong filem kita siapa lagi, tak akan nak suruh bibik sumanti kau "

Syamin tersenyum. Bibik sumanti orang gaji dari indonesia yang sudah lama berkhidmat untuk keluarganya. Baru beberapa kali bibik dan Mazliana berjumpa tapi mulut bibik tak habis-habis bertanyakan keadaan kawan baiknya itu.

"hahh..sebut pasal bibik, dia dah banyak kali tanya aku bila kau nak datang rumah lagi.. entah ayat apa kau baca dekat dia asyik nama kau je dia sebut"

"ayat-ayat cinta.. bibik tu dah jadi geng aku, kalau aku ada masa nanti aku lepak rumah kau. mana bos kau?" tanya Mazliana selamba.

"ada dalam bilik Encik Iskandar"

"bagi tahu aku dah sampai... " satu arahan, lagaknya macam baru dilantik jadi CEO MM holding semalam.

"amboiii...arahan ke apa tu?"

"akukan bakal ‘calon isteri’ bos besar kesayangan kau tu.. cepat-cepat"

"baik Madam besar...." Syamin memberi tabik hormat. Gaya macam askar pencen. Mazliana ketawa perlahan. Senggal punya budak..

***

Kakinya berhenti di depan pintu sebuah pejabat bilik yang agak jauh dari bilik-bilik yang ada di MM holding. Emmm biasa arr bos mestilah tempat istimewa sikit, memang dah tradisi orang dekat malaysia ni kot asal bos je mesti bilik ala-ala rumah gitu. Cantik. Mewahlah serba serbi. Mungkin sofa ni buatan Itali yang harganya mencecah ribuan ringgit bukan rupiah ek. Matanya terhenti pada lukisan seorang wanita cantik di atas kulit lembu mungkin.. cantik. Unik. Tapi kenapa wajah wanita tu macam menangis?. Dia terus meneliti makna di sebalik lukisan di depannya. Belum pernah dia melihat lakaran seunik ini mesti karya ini boleh menceceah jutaan ringgit.

"ehemm..ehemm.." zikri berdehem beberapa kali.

"ehhh bos bila masuk, jemputlah duduk buat macam bilik bos" laju ayat itu keluar dari bibir Mazliana. Ketawa Zikri pecah.

"memang bilik saya pun"

Mazliana menyelak juntaian rambut yang menutup matanya. Ditolak ke belakang telingan. Cuba menutup ke’kantoi’kan yang berlaku. Dia tersenyum lagi tapi senyuman itu tak lama. Mati. Darah merah dalam sisitem salur darah seakan terhenti. Matanya digosok berkali-kali..Ya Allah betul ke apa aku lihat ni? Ehhh..ini ke mamat yang akan jadi ‘calon suami’ aku ni?. Bukan mamat ni ke yang redah aku pagi tadi. Hishhh ini betul-betul lawak antarabangsa versi tak berapa kelakar. Tetiba je rasa macam sakit perut.

"awaaak???" mereka berkata serentak.

Berkerut dahi Iskandar. Sedari tadi matanya tak lepas memandang wajah di depannya. Perempuan ni jugalah yang melanggarnya pagi tadi. Nyaris dia terlamabat untuk masuk ke bilik mesyuarat mendengar amarah dari mulut yang tak berhenti itu. Dia berjalan mengelilingi ‘calon isteri’ didepannya. Memang penipu betul.

"ini dia yang kau cerita tu?." Mazliana tersentak. Cishhh!! Terasa terhina mendengar soalan dari Calon Suaminya. Dia berpura-pura menyelak majalah entah apa nama di depannya. Diorang ni kalau nak diognosis akupun biarlah aku tak ada dalam bilik ni. Senggal betul!!.

"dialah calon yang paling layak".

"kau tak jumpa perempuan yang baik sikit ke?" bisiknya perlahan tapi dia yakin wanita itu mendengarnya. Sesuatu yang disengajakan. T-shirt hitam dan jeans hitam yang tersarung di tubuh kecil itu membuatkan dia meneliti sekali lagi. Hishhh macam tangkap muat je perempuan ni. Ada sesuatu yang menarik ingatannya tapi apa??....

Mazliana mencebik. Dia tetap berlagak tenang. Satu hinaan sepanjang keturunan aku. Ingat aku ni jahat ke? Kalau setakat kena gantung sekolah tu pernahlah tapi belum lagilah tahap membunuh. Tapi macam akan ada je yang kena bunuh dengan niat sikit lagi. Wajah Zikri jelas serba salah.

"alaaa..kau jangan banyak ragam, aku dah dapat ni dah cukup bagus dah" bisik zikri geram.

"aku tengok lain macam je?"

"apa lagi ni Is... kau jangan sampai aku batalkan segala plan kita ni"

"masalahnya Zik, budak tu boleh ke?..kau tengoklah jeans yang dia pakai dengan baju saiz sama macam kau.. mama boleh terima ke?"

"alaaa nanti kita Make overlah dia" kata Zikri tegas. Wajah Mazliana dipandang lagi. Buta apa si Is ni punya comel budak Maz ni. Cuma....perangai je sikit kureng... dia tersenyum.

Mazliana mengigit bibirnya. Hishh panas hati aku dengar ayat mamat dua ekor ni. Ada pulak yang makan bubur sepanjang hayat kang!!.

"helloo...bos kalau nak mengatapun belakang-belakang arr.. ni mengata depan dah lama hidup ke?" matanya masih tak beralih dari Majalah yang di pegang. Memang nak cari nahas! Bisik hatinya.

Zikri tersenyum sumbing. Dia menampar perlahan bahu Iskandar. Iskandar mencebik.

"Mazliana ini saya kenalkan Tengku Iskandar, is ini mazliana Hj Nordin" mereka hanya bertukar pandang. Maz tetap menyangkan muka selambanya. Perlu ke aku salam? Hishh mak aku kata bukan Muhrim tak boleh salam.

"so inilah ‘calon suami’ saya itu?"

"yup.." jawapan lahir dari mulut Zikri.

"saya rasa Zikri dah terangkan tugas awak yang sebenar, so saya harap awak jalankan tugas dengan baik"

Mazliana tak terus menjawab. Dia hanya mengangkat keningnya, tak puas hati. Poyonya mamat ni!!..kalau aku tahu dulu masa kaki kau sakit aku urut sampai terpusing segala sendi baru padan muka. Dahlah rempuh aku tadi tak minta maaf langsung. Memang gagal subjek tatasusila betul.

"lagi satu nanti malam tu tolong jangan makan benda dalam mulut awak tu" arah Iskandar. Serius.

Kunyahannya berhenti. Maz memandang sekali imbas wajah di depannya. Ehhh belum apa-apa lagi nak mengajar aku nampak. Gula-gua getah atau nama omputihnya chewing gum tetap dikunyah, tanda dia tak kisahpun dengan arahan itu.

"apa faedahnya makan getah macam tu?" soalan pertama lahir dari mulut Bos besar tanpa mempersilakan tetamu duduk. Memang tak sopan. Dia ni mesti nak balas dendam dekat aku sebab kes pagi tadi. Sengaja!!

Mazliana tetap diam menahan perasaan. Kalau ikutkan hati muda dah lama dia angkat kaki keluar. Tapi mengenangkan MOU dah ditandantangani dia berserah. Satu persatu kritikan tak membina dari Bos besar ditelan mentang-mentang. Kedengaran ketawa kecil dari Encik Zikri yang duduk di sofa sambil relax santai.

"kalau betul pun nak scan pakailah antivirus yang power sikit bos..kalau setakat pakai mata bulat tu susah sikit nak detect perangai saya ni"

"maksud awak?" tanya Iskandar tak puas hati.

"sepajang hidup saya nilah..kalau tak silap saya dah dua orang masuk hospital sebab terlepas cakap..."

"kenapa pula masuk hospital?" tanya Zikri bersungguh. Menarik pula cerita Maz di telinganya.

"sebab saya pun tak sengaja terlepaskan penampar" Iskandar tersenyum sinis. Berani ke? tanyanya dalam hati. Zikri tersenyum.

Terbayang aksi Mazliana menampar muka Tengku Iskandar Tengku Mazlan, fuhhh..mesti front page metro esok.. Pecah tradisi ke’macho’ an Iskandar kalau macam tu. Pewaris MM Holding ditampar di syarikatnya sendiri. Ohh sesuatu yang sangat memalukan.

Iskandar menjeling sekali lagi ke paras milik wanita di depannya. Boleh tahan juga melawannya. Mazliana berjalan menuju ke arah Zikri. Dia duduk di sofa yang tak jauh dari lelaki itu. Senyuman zikri dibalas dengan jelingan tajam, secara outomatik mematikan senyuman manis Zikri.

"ada saya suruh awak duduk?" Tanya Iskandar.

"ada saya kisah Bos besar suruh saya duduk ke tak? Yang penting saya dah lenguh berdiri. Bos besar nak apa jumpa saya"

"don’t call me Bos besar..just Encik Iskandar" satu amaran kad kuning dikeluarkan.

"Macam ni sajalah Bos besar saya ada banyak hal ni, kalau ada apa-apa nanti kita bincang kemudian lagipun saya dah maklumkan segalanya pada bos ni" matanya terarah kepada Zikri yang dari tadi hanya menjadi pemerhati bebas. Dia bangun dari sofa ingin melangkah keluar.. tapi langkahnya terhenti dia berpaling kembali mendapatkan Tengku Iskandar yang sedang berdiri memandangnya.

"ini untuk Bos Besar...baik untuk sistem pernafasan supaya tak berbau busuk bila cakap dengan orang ramai, lagi satu baik untuk senaman mulut nanti kalau banyak bercakap tak adalah rahang tercabut ke jatuh ke"

Mazliana hilang di balik pintu. Zikri sudah ketawa kuat, tak tertahan rasanya melihat wajah kelat Iskandar di sindir face to face. gula-gula getah di atas meja Iskandar dipandang. Sempat juga Maz menyindir Iskandar.

"budak dari planet mana kau bawa ni Zik?" tanya Iskandar geram, dia kata mulut aku busuk?.

" kau tu main terjah sesuka hati siapa suruh, kan dah dapat sebijik. Nasib baik tak dapat buku lima." Senyum Zikri bersambung lagi.

Iskandar memegang kepalanya, banyak benda berat yang terpaksa difikirkan. Dia anak yang tak pernah ingkar kata kedua ibu bapanya tapi bila urusan masa depan ini dipersoalkan dia jadi serba salah.

"boleh ke budak tu? Kau tahukan mama aku"

"sebab aku kenal Mama kaulah dia yang aku pilih. Kau jangan risau aku akan bereskan". Iskandar tahu apa yang dimaksudkan Zikri. Memang kadang kala mamanya lebih mendengar nasihat Zikri. Apa ilmu yang mamat ni pakai dia pun tak tahu.

Mazliana menapak ke meja Syamin yang sedang asyik bermain mouse di tangan. Mata tekun memandang skrin di depannya. Konon-konon kerjalah tu. Meja syamin diketuk perlahan dengan tangan. Pantas temannya berpaling.

"aik sekejapnya?" tanya Syamin.

"bos kau tu mamalia spesies apa ek?"

"kenapa?" tanya Syamin pelik. Melihat muka asam keping Mazliana dia tahu ada yang tak kena.

"dia suka telan minyak urut ke? Angin satu badan? Macam bagus"

"apa yang dia buat dekat kau?"

"ada ke dia pertikaikan aku ni boleh ke tak.. memang pantang datuk nenek aku kalau orang jeling tak puas hati macam tu, nasib baik MM ni papa dia punya, kalau Haji Nordin punya dan lama aku suruh dia balik kampung tanam jagung"

"amboii...marah nampak?"

"cik Syamin Bos besar kau tulah mamat yang rempuh aku pagi tadi lepas tu buat muka tak bersalah" ketawa Syamin meledak juga.

"patutlah kau hangin sangat.. macam ada jodoh je kau dengan dia ek"

"banyaklah kau jodoh..gado-gado adalah...oklah aku nak blik dulu lagipun panas dekat sini"

"nak balik dah...lepaklah dulu"

"lepak.. pergi setapaklah kawan"

Mazliana meninggalkan syamin. Kalau lagi lama dia dekat situ alamat boleh terbakar MM holding ni. Siapa juga yang susah kalau tak mereka dah keluarga mereka. Belumpun selangkah kakinya keluar dari lobi MM Holding kedengaran ada suara yang memanggil namanya.

"suara sumbang siapa pulak tu" pantas dia berpaling ke belakang. Zikri sudah termengah-mengah di belakangnya.

"emmm...nasib baik awak tak balik lagi"

"kenapa bos? Kena kejar hantu ke puteri bunian?" pertanyaan Mazliana dijawab dengan senyuman meleret. Mak ioookkk senyuman pembunuh betul kalau hari-hari senyum dekat aku macam tu boleh tergugat Iman.

"jom saya hantar awak balik"

"kenapa pula bos kena hantar saya balik?"

"arahan Bos besar, dia tak nak bakal isteri dia jalan kaki" Mazliana mencebik.

"saya jadi calonk isteri dia sehari saja bos.. sampaikan saja terima kasih dekat bos besar tu, lagipun selama ni saya jalan kaki tak ada pulak apa-apa" mazliana terus berjalan keluar. Tapi Zikri tetap mengekornya dari belakang.

"itu selama ni..tapi sekarang saya kena hantar awak balik"

Selepas sepuluh minit bersidang di tepi jalan akhirnya dapat juga persetujuan untuk naik kereta mewah milik Zikri. Yalah kalau fikir-fikir balik daripada menapak turun bas naik LRT baik naik kereta. Bak kata orang dahulu rezeki jangan ditolak maut jangan dicari. Padahal ajal,maut, rezeki semua terletak pada empunya skrip dunia Dia yang maha mengetahui.

"lapar" satu perkataan keluar dari mulutnya secara tak sengaja.

"kenapa awak lapar ke Mazliana?" Zikri memandang sekilas ke arah wanita yang duduk di sebelahnya.

"nampak gayanya perut ni dah berbunyi juga"

"oklah kita makan dulu lepas tu saya hantar awak balik..awak nak makan dekat mana?"

Dia diam sejenak memikirkan persoalan yang sebentar tadi lahir dari mulut Encik zikri. Jari telunjuknya dimainkan ke bibir seolah memikirkan sesuatu yang berat.

"macam nilah bos jalan dulu depan tu ada gerai bos berhenti dekat situ" arah Mazliana sambil tangannya menunjukkan araj jalan yang dimaksudkan.

Tidak sampai 10 minit mereka sampai di tempat yang dimaksudkan. Zikri menarik tali lehernya lalu dicampak ke dalam kereta. Terasa agak formal bila dia mengenakan tali leher di tempat macam ni.. Mazliana terus melulu masuk ke dalam gerai kecil itu. Zikri hanya mengekornya dari belakang. Jual apa dekat gerai sekecil ini. ingatkan restoran besar mana yang dicadangkan Maz rupanya gerai tepi jalan.

"awak memang suka makan benda ni ke?"

"emmm...suka tapi tak selau seminggu sekali kalau tak sibuk" burger daging special dihulurkan kepada Zikri.

"sedap ke?"

"bos tak pernah makan ke?"

"pernah tapi dekat McDonalds itupun masa belajar dulu" Mazliana menganggukkan kepala.

"kalau macam tu bolehlah makan, sedap tahu tak rugi siapa yang tak makan" bueger ditangannya digigit, matanya terpejam kononnya menikmati keenakkan burger ditangannya. "kenapa bos tengok saya? Kenapa tak makan?"

"tak adalah saya tengok awak makan semangat sangat"

"mestilah kita kena makan dengan perasaan barulah perut ni kenyang" ujar Mazliana.

Zikri membuka perlahan bungkusan burger ditangannya. Memang dia bukan dari anak orang berada tapi sejak bersama dengan keluarga Tengku mazlan dia diberi layanan yang sama seperti Iskandar. Kalau ada anak yatim piatu sepertinya tak makan dan ada yang menahan kelaparan . dia bersyukur kerana bertemu Iskandar sekeluarga.

"awak jangan ambil hati kata-kata Tengku Iskandar tu, dia memang macam tu tapi hati dia baik"

"baik?? Saya dah lama hidup dengan manusia bos saya tahu sangan bos besar tu spesies yang macam mana. Lagipun saya tak kisah kalau tak kerana janji dah lama saya blah macam tu je tadi"

"dia insan yang mengajar saya erti kasih sayang.. dia juga satu-satunya teman yang sangup berkongsi apa saja dengan saya"

"baguslah tapi pandangan mata saya jelas melihat perangainya yang sebenar"tegas mazliana.

"mungkin awak belum kenal dia lagi, orang kata tak kenal maka tak cinta"

"manalah pulak kaitannya kenal maka tak cinta ni..."

"awak kerja apa sebenarnya Maz?" tanya Zikri lagi.

"kenapa?"

"saya pasti awak bukan seorang doktor" duga Zikr lagi. Mazliana menelan air liurnya perlahan. Kantoiii.

"kenapa saya tak ada kriteria seorang doktor ke?"

"emmm...bukan tapi hati saya yakin awak bukan doktorkan" anggukan Maz menjawab segala persoalan di mindanya.

"jadi betullah awak orang yang sama mengurut kaki Iskandar dulu?"

Dari jauh dia dapat melihat kelibat Taufiq yang melambai-lambai ke arahnya. Yes... peluang ni nak larikan diri. Bungkusan burger yang sudah licin di masukkan ke dalam tong sampai. Mestilah kena sambut kemen kerajaan jangan buang sampai merata-rata.

"ehhh..taufiq.." sengaja dikuatkan panggilan itu.

"siapa?" zikri turut melihat pemuda yang melambai ke arahnya.

"itu tunang saya.." jawabnya selamba.

"Tunang??!!!!!" terlopong mulutnya.

"mudanya tunang awak betul ke dia? "

"muda tak bermaksud dia tak boleh bersama saya.. cinta tiada ukuran umur Bos, oklah bos saya gerak dulu.. burger tu kira saya belanjalah ek.. kalau nak bungkuskan untuk bos besarpun boleh juga..biar dia tahu orang miskin pun boleh makan sedap"

Mazliana mendapatkan taufiq yang tersenyum manis kepadanya. Zikri hanya memerhatikan gelagat mereka persis pasangan kekasih. Laju langkahnya masuk ke dalam kereta. Ada perkara yang perlu disiasat. Iaitu segalanya tentang Mazliana Haji Nordin.
posted by Penulisan2u @ 3:01 PG   31 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Tak mampu ku hindari 11
Nama Pena : sofi

Sejak peristiwa itu, Hisyam menolak setiap kali Salina mengajaknya keluar makan bersama. Dia tidak mahu isterinya cemburu lagi. Walau dia dengan Salina tidak mempunyai sebarang hubungan, dia tidak mahu mengecilkan hati Maria.

Pada suatu hari, Salina memasuki bilik pejabat Hisyam dengan wajah yang sedih.

"Apa salah I pada you, Syam? Kenapa you dah tak mahu temankan I lagi?" Soalnya.

Bila Hisyam hanya mendiamkan diri dan tidak mempedulikan soalannya, dia bertanya lagi.

"Apa yang terjadi, Syam? Takkanlah bini you cemburu pada I? Dia tu tak yakin pada you ke?"

Hisyam mengulum senyuman mendengar kata-kata Salina.

Salina sakit hati melihat senyuman itu lalu dia meneruskan soalannya.

"Dah lama kahwin pun masih tak percayakan suami? Pelik betul perangai dia! Kalau I, I tak akan meragui you sebab I tahu you jenis yang setia!"

"Dia cemburu sebab dia sayangkan I, Lin. Sebab tu I nak kita jumpa di pejabat aje. No more lunch or dinner. I tak nak dia kecewa dengan I. I tak nak dia fikir yang bukan-bukan." Hisyam berkata sambil tersenyum.

Kecewa sungguh perasaan Salina! Kata-kata Hisyam seperti menabur garam ke atas lukanya, pedih dan menyakitkan. Bencinya kepada Maria semakin bertambah.

"Ala, you tu bagi muka pada dia sangat. Ikut aje cakap bini. Syam, kita bukannya bersama sebab kita bercinta. Kita bersama sebab hal kerja. Banyak lagi yang kita kena bincangkan. Yang kita kena buat. You tak cakap pada dia ke?" Soalnya sambil menatap wajah Hisyam lama-lama.

Hisyam tersengih. "Lin, I tak nak kelahi dengan Lia sebab you. Tak berbaloi! Untuk pengetahuan you, hari tu, dia nampak kita di Carrefour. Tiga hari dia balik kampung. Sunyi betul hidup I. Boleh you bayangkan? Selama kami kahwin, kami tak pernah berenggang dalam keadaan dia marah macam tu. Tiba-tiba dia merajuk balik kampung, tinggalkan I seorang diri. I nak tidur pun tak boleh, rindukan bau rambut dia. Rindukan dia! I dah tak boleh tidur sendirian, nampaknya. Tak sanggup!"

Salina semakin marah. "Ala, macamlah you sorang aje yang ada bini?" Bentaknya.

Hisyam ketawa. "You kena kahwin, Lin. Bila you dah kahwin, baru you tahu apa yang I cakap ni. Baru you faham."

Hisyam bangun mengemaskan beberapa dokumen untuk dibawa ke bilik mesyuarat. Dia perlu membentangkan kertas kerja projek Taman Seroja kepada ahli lembaga pengarah dalam masa sepuluh minit lagi. Melihat Salina yang masih termenung, dia mengomel, "Lin, I rasa kalau you kahwin pun, you takkan mampu melayan suami you seperti Lia melayan dan memanjakan diri I ni!"

Ketawanya lepas bila dia mengelak pemadam yang Salina lemparkan kepadanya.

Salina merasa panas hati. Dia ingin menghubungi Maria.
.......................

Maria mendengus kasar. Sesiapa yang melihat dia saat ini tentu tahu bahawa dia sedang marah. Sesungguhnya, Maria tidak dapat lagi bersabar. Ketenangannya diganggu lagi. Kata-kata Salina masih terngiang-ngiang.

"Hai, Maria. Apa khabar?"

Dia ingin menghempaskan telefon demi mendengar suara itu tetapi kata-kata Salina menahannya. "Seronok balik kampung?"

"Tentulah seronok. Saya jumpa mak saya. Tapi, sekarang saya lebih bahagia. Sebab saya dah dapat suami saya semula." Fikirnya, dengan berkata begitu, Salina akan tewas. Tapi keadaan jadi sebaliknya.

"Awak dah dapat suami awak semula? Mimpilah tu! Maria, kenapa awak tak tanya Hisyam di mana dia tidur selama awak tak ada? Dengan siapa? Hmm, awak rasa dia nak berterus terang, tak? Tentu tidak, kan. Nanti, tentu dia akan tuduh awak tu cemburu sangat. Dan awak pun merajuk semula. Kelahi lagi. Siapa yang untung? Saya juga."

Maria marah. "Awak jangan nak buat cerita, Salina…."

"Wow! Awak dah tahu siapa saya, rupanya." Teriak Salina.

"Tentulah! Awak ingat saya ni bodoh? Perampas macam awak…."

Salina segera memotong, "Weh! Engkau tu yang rampas Hisyam daripada aku!"

Maria terkejut dijerkah Salina tetapi belum sempat berkata apa-apa, suara perempuan itu kedengaran lagi.

"Okey, balik ke soal tadi. Dengar sini, Maria. Kalau pun berkali-kali Hisyam kata yang dia sayangkan awak, semua tu bohong aje. Dia cakap macam tu sebab dia tak mahu gaduh-gaduh. Dia kesiankan awak. Cinta dia tak ada pada awak dah. Kehangatan cintanya, di sini, pada saya ni."

"Mengarut!" Maria menjerit.

"No, sweet heart. I’m not lying. Kalau awak nak bukti, apa kata awak datang ke apartmen saya, No 18, Bayu Suite, Seri Hartamas. Datanglah pukul enam nanti."

Setelah beberapa ketika hatinya damai, dia diserang resah dengan kata-kata Salina. Betapa dia sudah berusaha untuk melupakan tapi gadis itu mengganggu lagi. Kata-katanya bagai duri yang mencucuk hati. Pedih.

Rasa diri bagai dibahagi dua. Sebelah ingin mempercayai Hisyam. Tidak mahu meragui. Tidak juga mahu menuduh.

Hisyam menyayanginya. Sudah berkali-kali dia diberitahu.

Tapi di sebelah yang lain, dia keliru. Bingung. Kata-kata Salina begitu meyakinkan. Kecurangan, ketidaksetiaan, bukan perkara yang boleh dimain-mainkan. Salina tidak mungkin berani menuduh Hisyam jika ia bukan satu kebenaran.

Apa yang harus dia lakukan? Perlukah dia pergi? Tapi, apa nanti? Macam mana kalau Hisyam memang ada di sana? Macam mana kalau benar Hisyam menduakannya? Apa akan terjadi kepada perkahwinan mereka ini nanti? Bagaimana dia? Sanggupkah dia menghadapi?

Namun, dia perlu tahu. Dia tidak boleh membiarkan dirinya berteka teki. Dia sudah tidak dapat bertahan lagi.
....................

Maria menunggu penuh sabar di dalam kereta. Dengan debaran di dada. Dengan jantung yang berdegup kencang. Sesekali, jarum jam yang bergerak dipandang. Lambat sungguh dirasakan.

Saat dia terpandang kereta Hisyam membelok ke arah bangunan 20 tingkat itu, hati dicuit kesayuan. Kereta diparkir tidak jauh dari keretanya. Hisyam turun membuka pintu di sebelah. Tubuh Salina kelihatan. Maria terpana memerhati. Masakan tidak! Ketika itu, Hisyam memeluk Salina erat-erat. Kini mereka sedang berjalan perlahan-lahan dengan Salina menyandarkan kepala di bahu suaminya.

Bukti? Dia sudah melihatnya sendiri. Salina tidak menipu. Hanya dia yang tidak mahu percaya.

Perlukah dia balik? Tidak. Alang-alang dia sudah berada di sini, lebih baik dia teruskan niat di hati. Dia ingin bersemuka. Dengan Hisyam. Dengan Salina. Kebenaran harus diketahui.

Lama dia berdiri termangu di luar rumah. Menarik nafas panjang-panjang. Bila sudah bersedia, loceng pintu ditekan.

"Ya, nak cari siapa?"

Maria terpempan mendengar soalan itu. Dahi berkerut-kerut memerhati Salina.

"Lin, apa yang you buat? Kenapa you bangun? Kan you….." Hisyam tidak dapat meneruskan kata-kata demi terpandang Maria berdiri di muka pintu. Wajahnya jelas menunjukkan rasa tidak percaya.

"Lia, apa Lia buat di sini?" soalnya.

"Sepatutnya, Lia yang tanya abang soalan tu, tahu!" Maria membalas. Wajah suami direnungi dengan rasa marah yang tidak dapat digambarkan.

"Abang hantar Lin balik. Dia sakit." Hisyam memberitahu. Dia menyambung, "Lia belum jawab soalan abang. Apa Lia buat di sini?" Dia bertanya sekali lagi.

"Syam, maafkan I. Tapi, siapa dia ni? You kenal ke?" Salina tiba-tiba mencelah. Memandang wajah Hisyam dengan penuh tanda tanya. Sikapnya itu menyebabkan kemarahan Maria memuncak semula.

"Jangan nak berpura-pura, Salina. Jangan nak berlakon. Jangan kata awak tak kenal saya. Awak cukup…."

"Lia!" Pintas Hisyam. Bulat matanya memandang isteri. "Apa yang Lia merepek ni? Bila masanya Lia berkenalan dengan Lin? Setahu abang, Lia tak pernah jumpa dia. Tak begitu, Lin?"

Salina merenung Hisyam dengan wajah penuh hairan.

"I tak kenal dia ni, tapi bila you panggil dia, Lia, I dah boleh agak. Ini isteri you, ya, Syam? Maria?" Soalnya.

Hisyam mengangguk, "Lin, kenalkan Maria. Isteri I."

"Tak payah abang nak kenalkan dia ni pada Lia. Kami dah kenal." Maria tidak berpuas hati dengan situasi itu. Sikap Salina membingungkan dirinya.

Tiba-tiba Salina ketawa. "Hmm, memang rasanya macam saya dah kenal awak, Maria. Melalui Hisyam. Dah banyak tentang awak yang dia puji dan cerita. Akhirnya dapat juga kita jumpa, ya. Selamat berkenalan." Kata Salina sambil menghulurkan tangannya.

Maria segera menepis tangan yang dihulur. Kasar perlakuannya. "Jangan nak berlakon. Awak dah lama kenal saya. Tadi, awak yang suruh saya datang sini. Awak yang kata…."

Terhenti segala apa yang ingin diluahkan bila Salina tiba-tiba bersuara dalam nada yang sedih. Wajahnya seperti ingin menangis.

"Kenapa awak cakap macam gitu? Saya tak kenal awak langsung. Masa awak dengan Hisyam kahwin, saya di England. Saya balik sekejap, lepas tu saya balik ke Manchester semula. Ni, baru dua bulan saya balik, itu pun selepas ayah saya suruh. Sumpah, ini kali pertama kita jumpa. Sumpah, Syam!" Bisiknya lemah.

Hisyam menggelengkan kepala. Dia juga bingung dengan sikap Maria.

"Lia, apahal ni? Macam mana Lia tahu alamat rumah Lin? Siapa yang beri? Apa dia kata?" soalnya ingin tahu.

"Dia ni lah yang bagi. Abang ingat siapa? Dia ni yang suruh Lia datang tengok apa abang buat dengan dia!" Jawab Maria sedih.

Tiba-tiba Salina memaut lengan Hisyam sambil menangis. Sungguh-sungguh menangis sehingga air mata mengalir deras menuruni pipi.

"Kenapa dengan isteri you ni, Syam? I tak kenal pun dia. Ini kali pertama kami bersua muka. Macam mana dia boleh tuduh I macam tu? Apa maksud dia? Dah tu, datang aje, marah-marah. Kenapa?" rintihnya.

Maria benar-benar tidak menyangka Salina akan berkata begitu. Menangis? Pandai sungguh gadis ini berpura-pura. Di hadapan Hisyam, baiknya bukan main. Panas hati Maria. Geram betul dia. Gadis itu ditengkingnya, "Kenapa? Awak tanya kenapa? Awak tu nak rampas Hisyam dari saya!"

"Maria!" Jerit Hisyam.

Tiba-tiba Salina mencelah, "Sampai hati awak tuduh saya nak rampas Hisyam. Syam, you percaya ke? I dah lama tahu yang I dah kalah. I dah lama tahu yang you tak sayangkan I. Tapi kenapa isteri you datang tuduh-tuduh I ni?" Kepada Maria, dia merintih, "Siapa yang menghasut awak yang bukan-bukan ni? Dah lima tahun awak kahwin dengan Syam tapi awak tak percayakan dia?"

"Awak siapa nak mempertikai kepercayaan saya pada suami, hah? Pandai sungguh awak berlakon. Berpura-pura! Memang awak perempuan tak tahu malu. Perempuan…. Aduh!"

"Jom kita balik!" Hisyam menarik Maria keluar. Dia malas hendak melihat isteri yang kesakitan akibat ditamparnya tadi. Bagi dia, Maria sudah melampau. Menuduh Salina yang bukan-bukan.

"Abang, sakitlah!" Maria merintih.

Hisyam tidak peduli. Dia sedang terlalu marah saat itu!
posted by Penulisan2u @ 2:58 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Rahsia Rindu 7
Nama Pena : missnera

Tengah hari itu, aku singgah di Desa Rasa. Sikap membisu Mukhris semalam mengundang perasaan kurang enak padaku. Sampai sahaja ke restoran masakan melayu itu, aku diberitahu Mukhris mengambil cuti kecemasan. Bila aku menghubunginya, telefon bimbitnya dimatikan. Apalah kecemasan yang dihadapinya sehinggakan telefon bimbitnya dimatikan. Aku kembali ke pejabat dengan seribu satu pertanyaan.

Mukhris menutup telefon sehingga ke malam. Entah berapa puluh kali aku mendail nombornya tetapi yang menjawab adalah operator telefon. Kerisauan aku terhadap Mukhris membuatkan aku membohongi Faris. Menyatakan aku kepenatan untuk berbual dan bersms dengannya. Alasan aku itu diterima Faris tanpa banyak soal. Rasa bersalah aku terhadap Faris.

Apasal you kol I? You sorg je dah 20 missed call. Ada benda penting ke?

Akhirnya ketika hampir sahaja aku terlelap aku menerima sms daripada Mukhris. Aku tersenyum menerima sms itu walaupun pesanannya itu kelihatan sedikit kasar.

Xadalah. You smlm tetiba wat hal. I gi DS, budak you bgtau you EL. I call, hp off. You buat I risau.

Smsnya aku balas. Tanpa selindung aku meluahkan kerisauan yang bersarang. Serasanya bukan sesuatu yang salah aku risaukan Mukhris.

Sori k. I ada hal. Tp dh settle dh. You risau mcm bini I lar pulak. Dr you risaukan I baik you risaukan bf you.

Aku mencebik membaca sms yang dibalasnya. Mukhris dah mula kembali kepada sikapnya yang dulu. Sikapnya yang suka mengenakan aku. Malam tu sehingga hampir pukul dua pagi kami bersms. Aku ceritakan berkenaan dengan Faris kepadanya. Itupun dengan berat hati setelah Mukhris mendesak. Aku tidak tahu perasaan Mukhris ketika itu dan entah kenapa aku ingin sangat reaksi wajahnya.

You jgn kecewakn dia, Ira. Mcm yg you ceritakn td, dia ptt dpt seluruh cinta you. I bkn nak you bezakn dia dgn Haizal. But trust me, you akn bahgia dgn Faris.

Sms itu entah kenapa membuatkan aku rasa kecewa. Rasa kecewa kerana keyakinan Mukhris aku akan bahagia bersama Faris?! Patutkah aku rasa kecewa sedangkan dia mendoakan kebahagiaan aku.

--------------------------------
Hujung minggu itu aku menerima kunjungan Faris tanpa pengetahuanku. Oleh kerana, aku sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama Mukhris dan Syafikah, aku mengajak sekali Faris ikut serta.

Mulanya aku diberitahu Haizal tidak dapat mengikut serta. Namun, bila aku sampai sahaja ke Desa Rasa bersama Faris wajah itu yang mula-mula aku nampak. Tanpa sepalit pun senyuman dia memandang aku tajam. Semacam aku melakukan kesilapan. Aku tidak ambil peduli dengan pandangannya. Lantas menyambut huluran tangan Syafikah dan Mukhris tika aku menghampiri meja mereka. Syafikah dengan senyuman nakalnya sambil menjeling Faris disebelahku. Pandangan mengusik sebenarnya. Mukhris? Senyuman tetap mekar dibibirnya. Malah disuakan tangannya kepada Faris. Tanpa teragak-agak Faris menyambut salam lelaki itu. Kemudian, Faris menyalami Haizal. Nasib baik huluran tangan Faris bersambut.

"Aku kenalkan ini Faris. Faris, ini saya kenalkan Ika, Mukhris dan Haizal."

Mereka bertukar senyuman. Aku mengambil tempat disebelah Syafikah dan Faris duduk bersebelahan dengan Mukhris. Seketika kemudian, muncul Nathan membawa buku menu.

"Hari ni I belanja. Makan sebanyak mana yang korang mahu. Faris, jangan malu-malu."

Sempat Mukhris mengusik Faris. Aku tersengih bila Mukhris memandangku. Mungkin Mukhris sengaja menduga akan sikap Faris. Nyata Syafikah silap selama ini. Langsung tiada riak cemburu yang terkesan di wajah Mukhris. Melainkan aku nampak riak cemburu di wajah suami kesayangannya. Ah, lantak kaulah Zal!

Oleh kerana Mukhris sudah memberi kesempatan untuk makan apa sahaja, penuh meja kami tengah hari itu dengan pelbagai aneka makanan. Sambil makan kami berborak. Aku lihat Faris selesa berbual dengan Mukhris. Haizal sahaja yang membisu seribu bahasa. Sesekali sahaja mencelah itupun bila ditegur isterinya.

"Handsome juga Haizal tu ya? Patutlah dulu Maira jatuh hati dengan dia!" Faris memecah kesunyian bila kami sama-sama membisu ketika meninggalkan Desa Rasa. Aku mengerut dahi sambil memandang Faris. Lelaki itu tersenyum sambil tangannya spontan mengelus lembut pipiku.

"Ada pula ke situ. Saya bercinta dengan dia dulu bukan sebab dia tu handsome ke tak!" balasku. Pura-pura marah sedangkan hatiku sedikit terkesan dengan perbuatannya tadi. Serasa sayu dan terharu.

"Ris tahu sebab apa. Jannah selalu beritahu Ris apa yang Maira nampak pada Haizal tu. Dulu Ris memang cemburu sangat tapi sekarang Ris betul-betul bahagia sebab Maira akan jadi milik Ris satu hari nanti."

Aku mencebik mendengar kata-kata Faris. Sengaja mahu membuat Faris marah bila aku mempersendakan dirinya.

"Buatlah muncung macam tu. Nanti Ris ikat kat pokok rambutan kat rumah tu. Biar bengkak kena gigit kerengga." Faris ketawa kecil. Kata-katanya membuatkan cepat sahaja tanganku menampar kuat bahunya. Bertambah kuat gelak Faris. Nasib baiklah berada di dalam kereta. Kalau tak buat malu jer! Getusku.

"Sakitlah, sayang! Erm, Mukhris tu tak ada awek ke?" Pertanyaan Faris kali ini membuatkan aku terdiam. Entah aku sendiri tidak pasti perasaan apakah yang aku alami kini.

"Sayang, Ris tanya ni. Kenapa diam tiba-tiba?"

"Er... er… manalah saya tau. Tak pernah pulak dia bawak awek dia. Alah lelaki macam dia tu, otak dok fikir pasal bisnes je!" akhirnya lancar juga aku bersuara.

"Ris tengok dia tu ok jugak. Macam pernah tengok tapi lupa kat mana. Tadi sebelum balik dia ada cakap dengan Ris sesuatu."

Kata-kata Faris terhenti di situ. Mungkin sengaja mahu melihat reaksiku. Aku pura-pura tidak bereaksi dengan kata-katanya. Aku menoleh memandang Faris. Lelaki itu tersenyum manis.

"Mukhris minta pada Riz supaya jaga Maira baik-baik. Dia kata Maira ni sensitif. Hati senang terusik walaupun nampak luaran kuat."

Aku jadi sebak tiba-tiba. Serasa mahu menangis. Aku raih jari jemari Faris. Aku genggamnya kejap. Tidak mampu kutafsir akan permintaan Mukhris itu. Dari seorang kawan atau dari seorang yang menyintaiku secara senyap. Atau adakah aku yang terlebih memikirkan perasaan Mukhris terhadapku sedangkan lelaki itu belum tentu ada perasaan terhadapku lebih dari seorang kawan?!

"Kenapa ni? Janganlah sedih. Ris janji Ris akan pastikan Maira bahagia dengan Ris. Walau apa pun yang terjadi, Ris janji akan pertahankan cinta kita sebaik mungkin. Ris tak akan ulangi kesilapan yang sama Haizal lakukan."

Lembut sahaja kata-kata Faris, dekat dengan telingaku. Kereta aku yang dipandunya sudah diberhentikan di bahu jalan. Aku menunduk. Tidak mampu untuk memanggungkan kepala. Jari jemari Faris yang bertaut dengan jari-jemariku, kuletakkan dekat dengan dada. Serasa ada kekuatan di situ.

"Maira janganlah menangis. Ris faham apa yang Maira rasa. Faham sangat-sangat. Maira cintakan Ris kan?"

Cepat sahaja aku mengangguk. Tunas cintaku untuk Mukhris kini mati dan tunas cinta untuk Faris mulai subur di hati. Aku tidak mahu berlaku kejam terhadap Faris dengan memikirkan Mukhris.
"Kalau macam tu, janji dengan Ris. Maira tak akan menangis lagi depan Ris. Ris tak sanggup air mata Maira mengalir kerana Ris." Aku angguk pelahan. Tangan kanan Faris mengelus pelahan kepalaku.

"Dah kesat air mata tu." Segera sahaja aku mengesat air mata dengan tangan kiriku sedangkan tangan kananku masih kejap mengenggam erat jari-jemari Faris.

"Ris ada permintaan ni…"

Aku menoleh memandang Faris. Wajah itu nampak muram. Membuatkan aku tertanya-tanya.

"Lepaskan tangan Ris boleh? Nak drive ni." Faris tersenyum nakal dihujung kata-katanya. Sekali lagi mengundang tanganku dibahunya. Suka benar dia mengenakan aku. Sebaik sahaja kereta kembali di jalan raya, Faris meraih jari-jemariku. Aku sekadar tersenyum dengan tindakannya itu.

Moga jodoh antara kami berpanjangan. Doaku sekadar di dalam hati.
posted by Penulisan2u @ 2:53 PG   2 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Pion oh Pion 1
Nama Pena : Benangmas

"Ala lembab lah dia ni. Siot betul, ingat bapak dia punya jalan ke, sekejap ke kiri sekejap ke kanan macamlah JKR tu dia punya.
"Pinnnnnnnnnnn!!!.. Aku mula naik geram dengan telatah pemandu kereta yang tidak berhemah itu. Keretanya dah la rupa macam roti ada hati pulak nak cronker jalan sesorang, ingat orang lain tak nak guna jalan agaknya. Dengan wajah merah membara aku memandang tepat ke wajah pemandu yang sedikit kelam kabut itu. Mulanya aku ingatkan perempuan yang memandu.
"La jantan rupanya dia ni, sewel betul lah mamat ni." aku mula menyumpah dalam hati.. Mamat yang berkacamata hitam itu mula ketepi memberi laluan kepadaku setelah melihat rupa aku yang sedikit bengang. Dan dengan kuasa laluan yang diberikan aku mula memulas minyak motor beberapa kali sebagai tanda kebengangan yang aku rasai. Apa ditunggu lagi mengaum lah kapcai aku yang baru ni. Aku tak pedulikan beberapa pasang mata pengguna jalan raya yang sedang memerhati tingkahku, yang penting hatiku lega apabila mempamerkan rasa marahku tadi. Sebelum aku memecut laju sempat aku mengangkat tangan yang tergengam erat kepadanya, sebiji macam penyangak jalanan. Aku tengok mamat tu mengangkat tangan dan sedikit terangguk-angguk mungkin sebagai tanda minta maaf agaknya. Dengan kuasa pecutan aku kerahkan kapcai kesayangan mendesup pergi seperti lipas kudung meninggalkan mamat yang terkial-kial memandu keretanya.Dapat lesen terbang agaknya dia ni.Terlalu sangat melayan perasaan geram akhirnya sampai juga aku dengan selamat ke tempat kerja.
"Ni kenapa lambat?.."En. Ahmad muncul ketika aku baru aja menyimpan helmet di tempat biasa. Terkejut juga sebenarnya dengan kemuculannya secara tiba-tiba, selalunya dia yang masuk lambat hari ni awal pula. Aku tersengih-sengih.
"Sorry bos tadi ada mamat sorang tu terhegeh-hegeh bawa kereta. Macam mak dia punya jalan pulak lagaknya". Aku bagi alasan yang sememangnya benar-benar alasan.
"Awak ni ada-ada saja jawapannya, kalau nak memonteng ada-ada saja kan, itu lah ini lah." En. Ahmad memandang tepat ke arahku kecut juga perut seketika tapi aku buat muka seposen aja.
"Dah bos tanya."
"Ha tengok tu.."
"Opss!..Sorry bos.." Aku mengangkat tangan tanda hormat seperti tentera. En. Ahmad berlalu dengan hadiah gelengan kepala. Aku mematikan sengihan. Mengamuk pula oarng tua tu hari ni. Datang bulan agaknya. Walaupun garang En. Ahmad ni hensem juga orangnya, tengah mencari calon isteri. Jangan tersilap na, dia tengah duk mencari calon isteri kedua tu. Miangnya boleh tahan juga. Tapi hati dia manyak baik..aku suka kerja dengan dia. Tak pilih kasih macam rancangan pilih kasih tu..haha.sempat lagi mengutuk.
"Awat hang duk tersengih kat situ, takde kerja!.."En Ahmad berpatah semula apabila melihat aku masih lagi tercegah ditengah-tengah ruang pejabat.
Aisey sempat lagi aku mengelamun ditengah-tengah ruang pejabat tu. Suzana, Helmi, Salmah dan beberapa lagi kakitangan tersengih memandang. Aku buat muka poyo kembali ke meja yang dikhaskan untuk aku, mak aii meja aku aku dah macam stor lah, sana sini dipenuhi dengan kotak kosong. Diorang ni memang suka campakkan kotak-kotak kosong atas meja aku, mentang-mentang lah aku ni despatch sesuka hati diaorang aja nak sepahkan meja aku. "Menyampah betul lah aku." Dalam pada menyumpah-nyumpah sempat lagi aku mencapai coklat Sal yang terbuka luas dia atas meja lalu aku ngap masuk ke mulut. Sal menjeling geram. Tapi aku tahu dia halalkan sebab aku pernah bagitahu dia kalau biskut dia hilang ke dah habis ke maknanya aku yang ngap dan aku minta dia halalkan. Hik..hik..
"Ada surat nak kena hantar tak ni..kalau ada cepat." Teriak aku apabila gelak-gelak kecil tadi bertambah besar. Mereka yang mendengar teriakan aku yanga ada iras-iras serupa suara singa mengaum mula menyambung keja semula. Sepi!
"Ada...ada.. nanti kejap kak tengah nak siapkan sikit aja ni. tunggu sekejap yea." Suara Kak Munah yang terkocoh-kocoh membawa mug berisi air. Mungkin tak sempat keluar makan agaknya tadi itu pasal Kak Munah makan kat pantry mungkin terdengar suara aku yang bagaikan halilintar, dia tak sempat nak minum kat situ. Aku tersenyum menghampiri Kak Munah.
"Takpe Kak Munah, buat pelan-pelan yea. Kita tunggu Kak Munah." Kak Munah yang berbadan gempal itu tersenyum sambil mencubit pipiku.
"Adoiii!..Kak Munah ni sakit lah." Marah aku pada Kak Munah walaupun dia hanya bergurau.
"Sorry..sorry akak tak sengaja." suranya sedikit kalut.
Aku mula mundar mandir di dalam pejabat. Apa kerja aku nak buat petang ni, nak hantar surat, tukang buatnya tak siap-siap lagi, nak keluar minum kat kedai bawah takut kantoi dengan bos pulak, baru tadi dapat ceramah percuma, tak nak aku diceramah lagi. Aku menghampiri komputer lama yang masih boleh dipakai. Lalu suisnya aku hidupkan tapi kenapa tak keluar apa-apa, kosong aja nampak muka aku aja kat screen tu. Sebenarnya aku ni buta IT. Tak tahu langsung nak guna komputer kekadang seronok juga tengok diaorang duk ketuk mengetuk pada sekeping papan leper, alih-alih dah jadi ayat kat screen komputer. Nak juga pandai macam diorang. Tapi pelik juga diaorang ni bila time blackout semua menjerit macam histeria sebab tak boleh nak tekan papan-papan tu. Selalu aku dengar dioarang merungut tak sempat nak save. Nak selamatkan apa. Dah api takde balik aja lah. Aku mula mengelengkan kepala apabila mengingati kembali insiden yang berlaku beberapa bulan lepas. Sal yang paling kuat menjerit siap menangis lagi. Bila aku tanya dia kenapa dia jawab "kau apa tahu" memang lah aku tak tahu sebab dia tak nak kasi tahu. Apa punya cerdik jurutera tu. Sekolah tinggi-tinggi tapi tak berapa nak cerdik. En. Ahmad pun tension semacam aja bila blackout. Yang happynya akulah terus cabut balik rumah tak payah nak keluar pergi mana-mana, surat tak sempat nak siap. En. Ahmad tak boleh nak kata apa lagi dah. Dia tengok aku cuma geleng kepala aja dah tak boleh nak cakap
"Macam mana nak buka ni."
"Psst!.."aku panggil Suzana perlahan yang kebetulan lalu hendak ke bilik air agaknya.
"Pastttt!.."semakin kuat pula aku panggil tak pasal-pasal semua mata memandang aku. Suzana berpaling.
"Kau pangil aku ke?"..tanya Suzana seperti orang kebingungan.
"Yea lah.."
"Habis tu kenapa tak pangil nama aku, ni kau duk psstt..pstt tu kenapa datang bulan erk nak pinjam kotek erk"..semburnya perlahan. Nasib baik perlahan tak sayang betul mulut dia yang kecil molek tu, boleh pulak keluar ayat macam tu. Kalau adik aku dah lama kau sepak.
"Apa.."
"Ni ha.."
"Ni ha apa?.."
"Ni macam mana nak buka benda alah ni.." Suzana mengelengkan kepalanya. Dia tahu sememangnya buta IT.
"Suis dah hidup belum?.."
"Dah.."
"Kau tekan butang ni.." arahnya lalu aku tekan perlahan butang power yang ditunjukanya.
"Kau nak buat apa?.." wajahnya sedikit hairan
"Aku saja nak belek-belek.."
"Ohh.."
"Tunggu 5 saat dia tengah run tu.."
"Nak lari ke mana pulak.."
"Apa lah kau ni..jap lagi keluar lah tu.."
"Dah arr aku nak ke tandas jap. Dah nak terkucir ni." jawab Suzana selamba.
"Thank" kataku perlahan. Suzana hanya tersengih dan terus berlalu.
Screen komputer yang berwajah hitam tadi mula bertukar wajah. Macam-macam tertera di screen komputer, aku sudah mula tersenyum panjang. Apa aku nak buat ni. Aku hanya memerhatikan beberapa minit tidak tahu nak buat apa lagi. Sesekali aku menjenguk melihat Sal yang sedang leka menaip dan sesekali dia memegang sesuatu lalu digerak-gerakan. "Apa benda pulak ni." Aku cuba memegang benda kecil yang boleh digerakkan itu. aku cuba gerakkan selaju yang mungkin.
"Oh! ada roda lah..aku cuba mengangkat benda kecil yang entah dipanggil apa."
"Hei kau buat apa tu?"
"Apa benda ni? Aku mula bertanya sambil tersengih busuk"
"La kau tak tahu ke?..."Suzana sedikit hairan.
Ah lantaklah dia nak kata apa pun yang penting aku memang tak tahu dan sekarang aku nak tahu.
Aku gelengkan kepala. Suzana mula menerangkan kepadaku apa benda kecil yang beroda yang selalu digunakan.
"Ni mause atau dalam bahasa melayunya tetikus. Kau nampak tak anak panah tu.." Suzana mengerakkan mause dan jejari kirinya ditunjukkan ke arah anak panah yang kelihatan di screen monitor.
"Kau guna ni, kau boleh klik mana-mana kau suka. Kau cuma gerakkan aja. Ala budak darjah satu reti lah guna ni takkan kau tak reti.."
Aku angguk faham dengan ajaran Suzana. Aku mula mengerakkan tetikus itu ke my komputer. Apa sahaja yang ada didalamnya aku klik lepas tu aku buka yang lain pula sehingalah komputer itu jem dengan sendirinya. Berasak-asak dengan fail yang aku buka. Aku panggil Suzana yang sedang leka berbual dengan Helmi.
"Apa lagi kau ni.."
"Aku nak buka yang lain tapi entah la. Langsung tak boleh la.."
"La kau buka banyak-banyak buat apa dol..kalau dah tak guna tutup lah, ni ha pangkah kan aja." terang Suzana.
"kau buka banyak sangat sebab tu lah lembab. Faham!.."sambung Suzana lagi yang aku rasa sudah mula naik angin.
"Aku anguk laju. Aku pangkah semua sekali. Last sekali aku off kan aja suisnya.

************************************************************************
"Muka monyok aja ni banyak kerja ke? Biasanya balik senyum aja memanjang." Tegur kak Ayu yang tinggal bersama denganku.
Aku mencampakkan beg sandang di atas kerusi, dengan lagak ala superman aku terbang merebahkan badanku ke kerusi empuk. Kak Ayu menjeling geram dengan gelagatku hari ini.
"Kau ni apa kena, perangai tu eloklah sikit macam jantan lah."marah kak Ayu. Aku hanya memekakkan telinga, memang itulah yang selalu dileterinya jika aku melakukan aksi-aksi kurang sopan.
"Kau masak apa kak, laparlah.." leterannya tidak bersambut, malah terus aku bertanya kerana perutku mula berdendang.
"Ha itu ajalah kau tahu..makan..makan..aja. Masaknya tak nak.."
"Ala kak kalu aku tahu masak dah lama aku masak.."
"Nak tahu macam mana kalau kau tu memeng cari asalan aja bila aku suruh ke dapur." Kak Ayu mula membebel.
"Kak..lauk apa kau masak...dengan lemah aku bertanya.
"Ayam masak merah." jawan kak Ayu selamba.
"Hah!..ayam kak..woww! bestnya." Aku menjerit riang sambil membalingkan bantal kecil ke arahnya. Kepalanya tertunduk ke bawah akbibat hentak bantal yang ku baling tadi. Dia membesarkan biji mata yang sudah tersedia besarnya.
"Terima kasih kak..."aku bingkas bangun lalu menuju ke dapur.
"Eee..tak senonoh punya anak dara." Biarlah kak Ayu nak kata apa pun aku anak dara ke anak kena dera ke janji aku dapat makan masakan kegemaranku .
"Kakkkkk!....kenapa kaki ayam aja yang tinggal,kau jahat lah kak". Aku menjerit nyaring apabila melihat lauk dibawah tudung saji hanya tinggal sebelah kaki ayam tak perasan pula kaki sebelh kanan atau kiri..
"La tadi kau tanya aku masak apa kan..Aku jawab aja masak apa yang aku masak tak pulak aku cakap ada lagi..." kak Ayu membalas pertanyaanku dengan suara selamba. Aku menutup tudung saji dengan persaan geram. Dah la perut lapar balik-balik tiada lauk.
"Kau ni teruklah kak..."
"Teruk tak teruk mulai hari ni kau kena belajar memasak." Kak Ayu tersengih mengenakan aku. Dengan muka cemberut aku masuk ke bilik. Airmata macam dah nak terkeluar tapi cepat-cepat aku sapu nanti kalau kak Ayu nampak dia kata apa pula gadis brutal tapi cenging. Dengan malas aku mencapai tuala mandi. Usai aja mandi aku keluar ke ruang tamu, siaran tv yang sedang ditonton kak Ayu aku tukar sesuka hati. Mengamuk kak Ayu marahkan aku. Aku hanya tayang muka selamba.
"Kau ni kenapa dik merajuk erk.."
"Ee perangai macam jantan tapi cenging." Aku tak peduli apa kata kak Ayu yang penting aku berjaya menyakiti hatinya. Sampai hati dia masak tak tinggalkan untuk aku.
"Kau merajuk ke.."sindir kak Ayu sambil ketawa kecil setelah aku diam membisu.
"Lauk kau tu aku taruk kat dalam periuk lah. Aku dah panaskan. Patik dah siap hidang pun, pergilah makan wahai puteriku." Kak Ayu datang memujuk ku. Agaknya dia siap hidangkan untuk aku masa aku mandi tadi kot. Mula-mula nak juga aku merajuk lama-lama tapi bila difikirkan rugi betul nanti ayam masak merah masakan kegemaranku terlepas pulak. Aku bangun lambat-lambat saja nak tunjuk protes. Kak Ayu datang mencucuk pingganku apa lagi gamat lah satu rumah dengar suara aku menjerit kegelian. Akhirnya aku dapat juga makan ayam masak merah dari air tangan kak Ayu. Ermm best!.
posted by Penulisan2u @ 2:50 PG   11 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Ku Terima Seadanya 3
Nama Pena : ZuLyaN RamSaR

"Fi,Fifi!"jerit Yazid dari jauh. Fifi menoleh. Sudah faham dengan panggilan Yazid itu. Pasti mahu bertanyakan perihal Wanda. Kasihan jejaka itu. Setianya pada insan yang salah.
"Kau dari mana ni?" soal Fifi setelah melihat Yazid termengah-mengah. Pasti penat mengejarnya tadi. Yazid memberi isyarat sebentar sebelum menjawab soalan Fifi tadi. Perlahan-lahan dia menarik nafas lalu dilepaskan.
"Aku dari sana. Nampak kau, tu yang aku panggil."jawab Yazid sambil menunjuk ke arah perpustakaan.
"So,apahal kau cari aku ni? kau ni, kalau tak ada hal, nak jumpa kesan tapak kaki pun payah."bebel Fifi. Entah dari mana dia belajar istilah tersebut. Yazid hanya tersengih-sengih diperkatakan begitu. "Ni apa fasal tersengih-sengih macam kerang busuk?sambung Fifi lagi.
"Fifi,sebenarnya aku...aku nak tanya fasal...fasal Wanda..." teragak-agak Yazid bertanya. Khuatir juga jika Fifi memarahinya pula. Kerap juga dia dimarahi oleh Fifi kerana bertanyakan perihal yang sama. Namun,dia tetap tebalkan muka untuk mengetahui khabar berita buah hatinya itu daripada Fifi. Hendak ditanya kepada Yati, pasti gadis itu akan mengutuk Wanda sesedap hatinya. Yusliza pula, mudah sahaja jawapan yang selalu dia dapat. Tak tahu. Pelik,masakan tidak tahu sedangkan mereka berkongsi bilik yang sama. Hanya Fifilah harapan yang dia ada. Walaupun sering dimarahi, gadis itu pasti akan memberitahu sedikit tentang khabar Wanda.
"Aku dah agak"ujar Fifi. Dia terus memandang Yazid, menanti soalan-soalan daripada Yazid tentang Wanda.
"Dia okey ke? Sihat? Banyak kali aku called dia. Tapi dia tak angkat. Mesej pun dia tak balas. Dia tiada kredit ke?"bersungguh-sungguh Yazid bertanya. Semakin simpati Yusliza melihatnya. Kenapalah, Wanda tergamak buat kau macam ni,Yazid?soalnya sendiri. Fifi serba salah untuk menjawab. Terkebil-kebil dia memandang Yazid.
"Fifi,kau dengar tak apa yang aku tanya tadi? Apa,handsome sangat ke aku hari ni sampai kau pandang aku macam tu sekali."sempat lagi Yazid bergurau. Sebagai penghargaan,satu tumbukan hinggap di lengannya.
"Aku…aku tak tahu nak jawab. Setakat apa yang aku lihat, dia okey aje. Tapi fasal mesej dan panggilan telefon kau tu,aku tak tahu."jawab Fifi seadanya. Hanya itu yang mampu dia beritahu. Hendak cerita lebih-lebih, takut nanti jadi pergaduhan pula.
"Kenapa,ya? Sejak akhir-akhir ni, dia macam nak elak daripada aku aje. Dia ada boyfriend lain tak?" Yazid terus mengasak Fifi dengan soalan lain.
"Yazid,macam inilah. Apa kata,kau jumpa dia,tanya dia sendiri. Aku tak tahu macam mana nak jawab soalan kau ni. Kalau salah nanti,aku juga yang kena marah. Korang settlekan sendiri,ya. Aku nak balik ni. Dah janji dengan Yati nak keluar beli barang. Assalamualaikum." Fifi terus pergi meninggalkan Yazid sendirian. Yazid terpaku. Daripada apa yang dia dengar tadi,macam ada sesuatu yang tidak kena. Pasti Fifi menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dia akan siasat!


Fifi memberi salam sebelum masuk ke bilik. Kelihatan Yati baru selesai solat Zuhor. Setelah meletakkan begnya dia atas meja, dia mencapai tuala lalu menghilang ke bilik air. Sepuluh minit kemudian,Fifi masuk semula ke dalam bilik. Dia memerhatikan keadaan biliknya."Mana yus dan Wanda?"
"Wanda date dengan Abang Anwar dia tu..."balas Yati. Fifi menggeleng. Baru tadi Yazid bertanya perihal gadis itu."Aku nasihat dia tadi,dia buat pekak aje. Yus pula,balik rumah. Kan dia ada beritahu ayahnya suruh balik rumah hujung minggu ni. dia kirim salam kat kau." Beritahu Yati.
Fifi menepuk dahinya."Alamak...aku lupalah. Waalaikumussalam. Tapi aku peliklah. Lagi beberapa hari kita nak exam. Kenapa ayah dia gesa dia balik,kan? Ada apahal?" Fifi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Ha...aku tahu jawapannya..."sorak Yati. Teruja Fifi ingin mengetahuinya. "Apa kata dia balik nanti,kau tanya. Kau tanya aku ni, macamlah aku ni PA Yus." Fifi geram dipermainkan. Sikap Yati sama seperti Yusliza. Cuma Yati lebih kasar, berterus-terang dan kata-katanya lebih berbisa. "Dah, siap cepat. Dah pukul berapa ni. cepat pergi,cepatlah kita balik."gesa Yati. Mencebik Fifi mendengarnya.
"Boleh percaya ke keluar dengan kau ni, boleh balik cepat?" sindir Fifi. Yati tersengih. Yati kalau bershopping, jangan haraplah nak balik awal kecuali jika Yusliza menyertai mereka. Sekali digesa oleh Yusliza,terus dia mahu pulang.
" Tunggu kejap. Aku nak solat dulu." Ujar Fifi lagi.


Yusliza termenung di mejanya. Yati pula sedang meringkuk menahan kesakitan. Sakit orang perempuan... Fifi pula sedang khusyuk menatap skrin laptopnya. Tersengih-sengih... Entah apalah yang dibacanya. Masing-masing bagaikan berada di dalam dunia sendiri. Suasana sunyi sepi.
Wanda menapak masuk ke dalam bilik sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Mula-mula perlahan. Namun, lagu ’Bila Terasa Rindu’ yang dinyanyikannya menjadi semakin kuat. Memecahkan suasana sepi tadi. Sakit hati mereka dibuatnya. Yusliza bengang. Namun dibiarkan sahaja. Terus dia berbaring menekup telinganya dengan bantal. Fifi mengeluh kecil. Dicapainya earpnone lalu disumbatnya ke dalam telinga. Yati semakin geram.
"Wanda,boleh tolong senyap tak? Bisinglah! Kalau suara sedap tak apalah juga. Suara keldai lagi sedap daripada suara kau."selamba Yati memarahinya. Dia menjeling sekilas ke arah Wanda.
"Biarlah. Aku nak nyanyi. Yang kau sibuk kenapa?" Wanda menjawab. Dia mencebik kea rah Yati sambil merungut- rungut sesuatu. Tidak puas hatilah tu.
Baran Yati mendengar jawapan itu. "Bising kau tahu tak! Aku sakit perut ni. tak ada mood nak dengar suara kau yang sumbang tu. So, janganlah nak memekak. Ada juga yang makan penampar aku nanti." Yati memberi amaran.
Wanda masih tidak berpuas hati. Dia berdiri sambil bercekak pinggang di hadapan Yati. "Hei, kau sakit perut ke, apa ke, aku peduli apa. Aku nak nyanyi. Suka hati akulah. Aku pun bayar yuran kolej tau. Kau ingat, bapak kau seorang aje yang bayar? Bilik ni bukan bilik kau seorang. Bilik aku juga!" balas Wanda pula.
"Wei, bapak-bapak jangan main eh... kau..." Yati sudah bangun dari pembaringannya. Jari telunjuknya hanya satu inci daripada wajah Wanda.
Fifi tidak tahan. Jika dibiarkan, pasti berlanjutan. Bukan sekali dua mereka berdua bertangkar. Boleh dikatakan hampir setiap minggu. Pernah dulu, mereka ditegur oleh jiran dari bilik sebelah kerana bising. Fif menanggalkan earpnone ditelinganya. Dia berpaling. "Wei korang! Boleh diam tak? Nanti tak pasal-pasal kena tegur dengan orang sebelah. Tak malu ke? Wanda, kalau nak nyanyi, slow la sikit. Kau Yati, sakit buatlah cara sakit. Jangan nak marah-marah orang sesedap rasa. Tegur elok-elok. Semua orang ada perasaan."
"Entah...ini tidak, terus nak marah-marah orang." Wanda menyokong kata-kata Fifi.
"Kau tu, tak bising tak boleh ke? Melampau pula tu. Sampai main bapak." Yati masih memarahi Wanda. Dia begitu geram dengan gadis itu. Kesabarannya benar- benar tercabar.
Yusliza menolak kuat kerusinya. Dia berdiri. "Ah...sudah,sudah! Aku tensionlah dengan korang ni!" tengking Yusliza lalu keluar dari bilik. Pintu bilik dihempas kuat. Masing-masing tergamam. Yusliza yang kurang bercakap sejak akhir-akhir ini tiba-tiba menengking mereka. Suasana bilik sepi semula. Tidak pernah Yusliza menengking mereka seperti itu. Biasanya kalau gadis itu marah, mereka akan disindir atau diberikan kata-kata yang menyakitkan hati.


Yusliza duduk termenung lagi. Menyaksikan ikan-ikan yang berenang-renang di dalam kolam. Duduk di bawah pancaran lampu, dan keadaan sekeliling yang terang membuatkan dia tidak takut bersendirian di situ.Terasa dirinya tenang kembali.
"Eh, Yus. Kau buat apa sorang-sorang kat sini? Nak join ikan tu?" tegur satu suara. Yusliza menoleh. Kemudian, tersenyum melihat mereka. Semuanya berkain pelekat. Ada tokoh bapa-bapa orang ni. Dia ketawa sendiri.
"Uiks…ketawa sorang-sorang? Gila ke."pintas Hafiz.
"Cakap baik-baik sikit. Aku tarik kain tu nanti."ugut Yusliza. Sengaja dia berkata begitu. Sekadar menakut-nakutkan. Masing-masing tergelak.
"Kotor la kau ni."tutur Hafiz kasar. "Tapi alang-alang ’anak ikan’ dah ada kat sini, bolehlah aku ngap kau je terus."tambahnya lagi.
Terjerit Yusliza mendengarnya."Kau lagi kotor plus lucah!" dia cuba menyepak Hafiz. Namun, lelaki itu sempat mengelak. Bergelak sakan mereka melihat muka Yusliza yamg merah menahan malu.
"Ganas la kau ni. cancel la plan aku tadi" Hafiz masih terus mengusik. Walaupun dia hanya mengenali Yusliza melalui Zaidi dan Hakim, dia tidak kekok untuk bergurau-senda bersama gadis itu.
"Hafiz!"marah Yusliza lagi. Tamparannya hinggap dilengan lelaki itu. Hafiz mengadu kesakitan. Yusliza berpuas hati. "Ni, korang dari mana ni?"
"Dari kafe. Pekena teh tarik sikit. Kau pula, buat apa kat sini?"tanya Hakim. Tidak puas hati apabila soalannya tadi tidak dijawab.
"Aku memancing"gurau Yusliza. Mereka saling berpandangan. Pelik dengan jawapan itu. Memancing? Malam-malam macam ni, di kolam,tapi…mana pancingnya? "Of course la aku lepak sini,release tension. Kau ingat aku bodoh, nak pancing ikan dalam kolam aje? Tak ada tempat lain?" Yusliza merungkai kebingungan mereka. Kasihan pula apabila melihat mereka melopong mendengar jawapannya.
"Aku ingat kau memang macam tu" selamba Basir menjawab. Geram juga apabila dipermainkan tadi.
"Ada mamat yang nak kena sekeh dengan aku ni."seloroh Yusliza. Basir hanya mencebik. Berani ke?
Hafiz merupakan pelajar jurusan undang-undang sementara Basir pula dalam jurusan pendidikan. Mereka berdua merupakan teman sebilik Hakim dan Zaidi. Dari situlah mereka mengenali antara satu sama lain. Hafiz seorang yang selamba. Hobinya, suka menyakat. Lebih-lebih lagi dengan Fifi atau Yati, pasti disakatnya. Ada sahaja jawapannya apabila berlawan mulut dengan mereka derdua. Bakal peguamlah katakan. Basir pula mempunyai sifat pendiam. Sukar mahu diajak berbual. Tetapi, bila sudah berbual, susah pula hendak berhenti. Bila datang anginnya, suka buat lawak kongkang yang entah apa-apa.
"Asyik-asyik minum teh tarik. Tak kira pagi petang siang malam."tegur Yusliza.
"Untuk kesihatan."balas Hafiz sambil tersengih-sengih. Geli hatinya melihat jelingan tajam daripada gadis itu.
"Ni,pak cik. Budak sekolah rendah pun tahu tak elok untuk kesihatan. Lainlah air suam."jelas Yusliza. Main-main pula pak cik-pak cik ni!
"Eh, suka-suka aje panggil kami pak cik. Eleh…perempuan pun sama aje. Kalau shopping, tak ingat dunia. Boleh bawa penyakit juga. Penyakit pening bila duit dah pokai." sampuk Basir pula.
"Ni apa hal ni? Aku cakap pasal teh tarik. Pasal sejenis minuman. Yang kau merapu sampai masuk bab shopping ni kenapa?"bidas Yusliza. Kenapalah,mereka ni jauh menyimpang dari tajuk asal?
"Eh,sudah…sudah… sampai bila nak habis ni?"Hakim meleraikan keadaan. Jika dibiarkan,pasti jauh berlanjutan. Mujurlah tiada Fifi dan Yati bersama. "Yus, kami balik dulu. Nak study. Kau pun,jangan lama-lama kat sini. Pergi balik study. Lusa ada paper. Assalamualaikum."pesan Hakim.
"Korang baliklah dulu. Aku nak borak dengan Yus kejap kat sini"ujar Zaidi. Yusliza sedikit hairan. Lelaki yang diam sejak tadi tiba-tiba menyatakan ingin berborak dengan dia? Ada masalah dengan Anisa,kah? Menjadi kebiasaan, selain abangnya, Zaidi akan meminta pendapat daripada Yusliza atau Fifi sekiranya hubungannya dengan Anisa bermasalah.
Hakim,Hafiz dan Basir meninggalkan mereka berdua. Yusliza duduk semula. Zaidi mengambil tempat di sebelah gadis itu. "Kau okey ke?"
Tersentak Yusliza mendengarnya. Dia memandang ke arah jejaka di sebelahnya. "Kenapa? Muka aku macam student yang bermasalah ke?"
"Apa yang aku nampak,macam itulah."jawab Zaidi tenang. Yusliza tersenyum paksa. Dia mengembalikan pandangannya ke arah ikan-ikan yang sedang berenang-renang di dalam kolam.
"Nothing. Cuma tension sikit..."balas Yusliza. Segala apa yang berlaku di dalam bilik tadi diceritakan kepada Zaidi. Lelaki itu hanya tersenyum mendengarnya. Yusliza menjadi pelik dengan senyuman itu. Namun, dia meneruskan juga ceritanya.
Zaidi memberikan sedikit nasihat agar segalanya pulih seperti sediakala. Yusliza lega. Terasa kurang sudah beban difikirannya. "But I still don’t get it…" ujar Zaidi tiba-tiba.
"Maksud kau?" Yusliza memandang Zaidi. Meminta kepastian tentang kata-kata lelaki itu.
"Aku tak rasa itu aje problem kau. Aku rasa kau ada simpan problem yang lagi besar..."jawab Zaidi. Terkedu Yusliza seketika. Mati senyumannya.


Jam sudah menunjukkan tepat pukul 12.15 pagi. Yusliza pulang ke bilik. Kelihatan Yati dan Wanda sudah hanyut dibuai mimpi. Cuma Fifi yang masih setia di meja belajarnya.
Yusliza duduk di birai katilnya. Sesekali, dia memandang Fifi. "Fifi,aku mintak maaf sebab menengking korang tadi." Yusliza memulakan bicaranya. Entah kenapa, dia tidak dapat mengawal amarahnya tadi.
Fifi berpaling. Dia bangun lalu duduk di sisi Yusliza. "Kau kenapa,Yus? Ada problem ke? Kalau kau sudi, ceritakanlah pada aku" Fifi memeluk bahu sahabatnya itu. Yusliza hanya menggeleng perlahan. ’Belum tiba lagi masanya,Fifi. Maafkan aku’ bisik hatinya sendirian.
"Tak mengapalah kalau kau tak mahu bercerita. But remember, kita start exam lusa. Jangan kerana masalah kau tu, exam kau terabai. Now,forget about your problem. Tumpukan pada exam dulu,ya. And then, baru boleh fikir hal lain."nasihat Fifi. Terharu Yusliza mendengarnya. Dia mengangguk lemah.
"Thanks sebab ingatkan aku."ucap Yusliza. Fifi tersenyun lalu beredar semula ke meja belajarnya. Memberi ruang kepada Yusliza untuk menenangkan dirinya. Yusliza berbaring di atas katilnya. Dia perlu merehatkan fikirannya seketika. Melupakan segala masalah yang dibawanya dan membawa masuk ilmu ke dalam otaknya agar dia memperoleh kejayaan kelak. Matanya dipejam rapat-rapat.
posted by Penulisan2u @ 2:48 PG   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Kisah Maharani 2
Nama Pena : s.hanna

"Maharani, panggil jer Wany."

Maharani memperkenalkan dirinya pada guru-guru yang bertugas di Tadika Sri Kiambang sambil tersenyum.

"Apesal mamat tue menyemak kat sini?"

Gerutu Maharani di dalam hati sambil tersenyum plastik pada Luqman Hafizi. Takkanlah dia nak tunjuk tak suka depan semua orang di sini.Dahlah first day dia bekerja pula tue.

"Ayuni."

"Zulaifah..panggil Ipah jer."

"June."

Eh, gediknya minah nie..takde rupa seorang guru pun.Dengan make up tebal dua inci, cantiklah juga, bisik hati Maharani. Dressing pun ala-ala model tak menjadi.

"Maharaja..panggil jer Raja."

Luqman Hafizi memperkenalkan diri sedangkan dia bukannya ada kaitan pun tapi saja nak melancarkan perang dalaman la tue..

"Cipanzi punya mamat. Nak memperli akulah tue, mentang-mentanglah nama aku Maharani..aku pun tak minta nama aku Maharani tau tak bengong.."

Maharani bersuara perlahan. Luqman Hafizi dapat menangkap ayat yang terkeluar di mulut Maharani. Maharani yang menyedari pandangan berbisa Luqman Hafizi segera menutup mulutnya, baru tersedar dia terkeluar di mulut, ingatkan dalam hati aje mengutuk mamat sengal nie.

"Eyeh, mulut cik Maharani nie..berbisa betul!"

June menyindir dengan gedik dan lagak mengada-adanya. Yalah, dapatlah dia markah dari sikap baik hatinya menolong Luqman Hafizi mengenakan Maharani. Bukan apa sebenarnya, dah lama dah dia usha si Luqman Hafizi tapi segala taktiknya tak pernah disambut oleh Luqman Hafizi.

"Okaylah all…Man ada meeting lepas nie..I"ve got to go..Maharani, I"ll see you when you see me."

"Maharani..Maharani…Wanylah bengong."

Maharani memang pantang sungguh nama dia disebut-sebut. Dahla dari tadi dia menahan hati yang menggeledak panas.Langkah yang baru diatur oleh Luqman Hafizi terhenti. Berpaling. June, Ayuni dan Zulaifah terkejut sakan. Well, mereka semua tahu betapa keras kepala dan sikap tak nak mengalah Luqman Hafizi. Kalau dia kata putih, putihlah jawabnya. Kalau dia kata hitam, hitamlah keputusannya.

"Maharani.."

"Wany bangang!"

Maharani dah bertentang mata dengan Luqman Hafizi. Sama-sama tak nak mengalah. Walaupun ketara Maharani tak setinggi Luqman Hafizi tapi pandangan beracun yang dilontarkan sama tinggi tarafnya.

"Wany..Wany..kalau tak juga nak sebut..meh.."

Diambil pen yang terletak di meja di situ dan selamba jer Maharani menconteng tangan Luqman Hafizi dengan mengeja namanya di situ. Tersenyum puas tapi wajah Luqman Hafizi sudah panas bagai udang kena bakar pula.

"Maharani..awak akan terima padahnya."

Dirempuh tubuh Maharani dan melangkah pergi. Maharani hanya tergelak kecil.

"Padan muka. Maharaja konon!Piraahhh!!"

"Wah..Yuni salute kau la Wany.."

Ayuni mengenggam tangannya dengan mata yang bersinar-sinar.Tak pernah ada yang berani melawan kata-kata Luqman Hafizi selama ini.

"Ipah pun."

"Menyampah aku."

June atau nama sebenarnya Junariah..dalam diam Maharani bantai gelak mendengar nama sebenar June..lagi kampong dari nama aku daa…Hanya memandang June yang berlalu dengan lenggang lenggok yang dibuat-buat.

"Dah habis ker sesi perkenalan?"

Ann Nurissa yang baru menjenguk di situ menanya.Disambut oleh anggukan Maharani.

"Nanti Yuni dan Ipah ajar Wany apa yang patut..akak ade hal kat luar."

"Line clear kak."

Ann Nurissa meminta diri. Maharani tersenyum senang. Segalanya akan baik-baik saja selagi mamat cipanzi tue tak menayang mukanya di sini.


posted by Penulisan2u @ 2:38 PG   4 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group