Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
DRAMA bersiri Korea bertajuk “My Girl” tidak sedikit pun menarik perhatian Rosalina walhal dia tidak pernah terlepas menonton drama menarik itu. Kisah seorang gadis yang gemar berbohong yang jatuh hati pada seorang lelaki kaya namun terpaksa berlakon menjadi sepupu lelaki itu demi menjaga kesihatan datuk lelaki tersebut. Rosalina lebih memikirkan tentang kata-kata Hafiz Hakimi beberapa hari yang lepas. Apakah lelaki itu akan melakukan perkara yang cuba dihalang oleh Rosalina dari terjadi? Tidak! Hafiz Hakimi sudah berjanji untuk tidak membongkarkannya kalau dia tidak berkahwin dengan Farhan Hasri. Hafiz Hakimi tidak boleh memungkiri janji. Serta-merta peristiwa pertemuannya dengan Hafiz Hakimi beberapa minggu yang lalu terbentang di layar mindanya.
“Jangan berkahwin dengan Farhan Hasri kalau awak tak mahu dia masuk penjara,” kata-kata Hafiz Hakimi berbaur ugutan.
“Maksud awak?”
“Tentu awak terkejut kalau saya beritau lelaki yang awak cintai tu tak adalah sebaik yang awak sangkakan,”
“Jangan berkias lagi Hafiz, straight to the point please,” desak Rosalina.
“Farhan terlibat dengan rasuah,”
Dum! Hati Rosalina terasa bagai baru dihujani bom tatkala mendengar kata-kata lelaki di hadapannya ini.
“Awak jangan nak buat kelakar,”
“Saya ada buktinya. Farhan telah melakukan rasuah untuk mendapatkan tender projek pembinaan landskap di salah sebuah kawasan perumahan di Lukut. Kawan saya yang beritahu saya tentang ni,” beritahu Hafiz Hakimi.
“Tidak! Awak tipu!”
“Saya tahu awak pasti terkejut. Tapi ini hakikat. Farhan telah melakukan jenayah,”
“Dan... jangan kata awak...” ujar Rosalina seakan mengetahui apa yang Hafiz Hakimi akan lakukan.
“Tepat sekali! Saya akan laporkan perkara ni pada polis dan biar dia meringkuk dalam penjara,”
“Don’t you dare to do it,” Rosalina memberi amaran.
“Terpulang... awak boleh selamatkan dia. Dan saya rasa awak tahu apa yang perlu awak lakukan,”
“Awak memang kejam Hafiz!”
“Saya hanya kejam untuk mendapatkan apa yang seharusnya menjadi milik saya!”
“Saya tak akan tinggalkan Farhan!”
“Kalau itu yang awak inginkan, lebih baik awak bersedia untuk menerima khabar tentang kekasih hati awak yang bakal meringkuk dalam penjara,” sinis nada suara Hafiz Hakimi.
Rosalina terasa badannya menggigil. Hafiz Hakimi memang sudah gila!
“Apa yang awak dapat dengan buat begini?”
“Saya dapat awak,”
“Tak mungkin!”
“Saya rasa mungkin. Tinggalkan Farhan dan terima saya. Selesai masalah,” ujar Hafiz Hakimi.
“A... a... awak memang tak guna!” bentak Rosalina.
Kokokan ayam di belakang rumah mengejutkan Rosalina dari lamunan. Begitulah perihalnya. Dia meninggalkan Farhan Hasri kerana tidak mahu lelaki itu menderita. Dia tidak sanggup melihat Farhan Hasri dipenjarakan. Selebihnya, dia menjauhkan diri kerana mahu menyiasat keadaan yang sebenar tetapi dia tidak tahu dari mana dia hendak mulakan langkah. Rosalina kembali mengalihkan pandangannya pada kaca televisyen namun mindanya tidak berada di situ. Dia berfikir dan terus berfikir sehingga tanpa sedar dia terlena di atas kerusi beralaskan kusyen nipis itu.
* * * * *
“APALAGI yang awak nak Hafiz? Saya kata saya tak mahu, saya tak mahulah!” bentak Rosalina sejurus keluar dari kereta Gen-2 milik Hafiz Hakimi.
Hafiz Hakimi turut keluar dari kereta. Dia mengekori langkah Rosalina yang menuju ke sebuah pangkin di bawah pokok rambutan yang rendang. Mereka berdua melabuhkan punggung di situ. Dia dan Rosalina baru pulang dari menikmati makan tengah hari di bandar. Itu pun setelah puas didesak, barulah Rosalina bersetuju. Sudah lama mereka tidak makan berdua. Hajat Hafiz Hakimi adalah untuk melamar Rosalina sebenarnya namun belum sempat dia membuka mulut, gadis itu sudah menolaknya mentah-mentah.
“Susah sangat ke awak nak faham apa yang saya rasakan?” soal Hafiz Hakimi.
“Dan susah sangat ke awak mengerti yang saya hanya cintakan Farhan?” soalan Hafiz Hakimi dijawab oleh persoalan oleh Rosalina.
“Kenapa tak boleh terima saya?”
“Sebab saya cintakan Farhan,”
“Kalau begitu, saya minta diri dulu,” ujar Hafiz Hakimi lalu bangun.
Rosalina tersentak. Ah, sudah! Hafiz Hakimi bukan boleh diteka orangnya. Pasti dia sudah merancang sesuatu.
“Tunggu dulu! Apa yang awak nak buat?”
“Awak takut?” duga Hafiz Hakimi.
“Apa yang awak nak buat?”
“Kalau awak takut, terima saya sebagai kekasih awak,”
“Itu tak mungkin!”
“Jangan cabar saya Lina,”
“Saya hanya cintakan Farhan, Farhan dan Farhan!” tegas Rosalina.
“Awak sedang menguji kesabaran saya Lina,”
“I hate you so much!!!”
“Lina!”
Bergegar jantung Rosalina mendengar jeritan Hafiz Hakimi. Dia mula diselubungi gusar.
“Kalau aku tak dapat kau, jangan harap orang lain akan dapat!” bentak Hafiz Hakimi lalu menerpa ke arah Rosalina.
“Apa ni Hafiz? Lepaskan saya! Lepaskan!”
Hafiz Hakimi sudah tidak mampu mengawal nafsu dan amarahnya lagi. Rakus dia mencumbui Rosalina. Dia sudah tidak kisah akan dosa, akan perikemanusiaan. Apa yang dia tahu, Rosalina akan jadi miliknya selepas ini. Rosalina meronta-ronta minta dilepaskan namun pegangan Hafiz Hakimi terlalu kuat. Dia tidak menyangka lelaki itu akan jadi seperti seekor binatang!
“Lepaskan saya! Lepaskan saya!”
Hafiz Hakimi langsung tidak mengendahkan teriakan Rosalina. Hanya deraian air mata yang mampu Rosalina luahkan. Sampai hati Hafiz Hakimi!
“Hasri!!!” jerit Rosalina.
Tiba-tiba satu penumbuk singgah ke muka Hafiz Hakimi membuatkan lelaki itu jatuh terduduk di tanah. Rosalina membuka matanya. Alangkah terkejut melihat wajah lelaki yang dirindui saban waktu kini berada di depan mata.
“Lina tak apa-apa?”
Ah, suara tu kembali bergema di telinganya. Suara yang menemani lenanya setiap malam.
“Ha... Hasri...” ucap Rosalina lemah sebelum dia terkulai layu dalam dakapan Farhan Hasri.
* * * * *
MATANYA dibuka perlahan-lahan. Bunyi deruan kipas syiling menampar pendengarannya. Apakah yang telah berlaku?
“Lina dah sedar?”
“Hasri?” nyata Rosalina terkejut.
“Saya di mana?”
“Ruang tamu. Awak pengsan tadi,”
Rosalina cuba menyusun peristiwa yang berlaku satu persatu dalam lemah. Dari makan tengah hari bersama-sama Hafiz Hakimi sehinggalah... Ya Allah! Pantas Rosalina menekup dadanya.
“Lina selamat. Jangan risau,” ujar Farhan Hasri.
“Mana lelaki tak guna tu?”
“Dia dah pergi,”
“Hasri...” ucap Rosalina lalu segera mendakap lelaki di hadapannya.
Air matanya mengalir laju. Farhan Hasri mengeratkan pelukannya. Rindu di hati terurai sudah. Rosalina berasa tenang dan selamat dalam pelukan lelaki itu. Hanya lelaki itu yang menghadirkan perasaan begini kala mereka bersama. Rasa tenang. Rasa hangat dan dilindungi.
“Saya rindukan awak,” ucap Rosalina.
“I miss you too so much!” balas Farhan Hasri.
Perlahan-lahan pelukan dileraikan. Farhan Hasri menyeka air mata Rosalina dengan jemarinya. Tidak semena-mena Rosalina kembali mendakap Farhan Hasri. Dia dihambat kerinduan.
“Lina...”
“Sekejap, biarkan saya begini sekejap,” pinta Rosalina.
Farhan Hasri membelai lembut rambut Rosalina. Terasa kasih sayang yang melimpah meresap dalam sanubari Rosalina. Serta-merta dia dihambat rasa bersalah. Lelaki ini masih sudi menerimanya setelah ditinggalkan oleh dirinya.
“Maafkan Lina, Hasri. Maafkan Lina...”
“Sudahlah, awak berehat. Nanti kita berbual lagi,” ujar Farhan Hasri lalu segera meleraikan pelukan Rosalina kerana dia tahu tidak manis mereka buat begitu tanpa ikatan yang sah.
Rosalina kembali merebahkan tubuhnya ke atas kusyen. Wajah Farhan Hasri ditatap. Senyuman lelaki itu masih lagi manis seperti dulu. Cuma pipinya agak cekung. Apakah kerana kesalahan yang dilakukan oleh dirinya pada lelaki itu? Perlahan-lahan, mata Rosalina kembali terkatup rapat.
* * * * *
HABIS barang-barang dalam biliknya bertaburan. Apa sahaja yang dicapai dek tangan dilemparkan tanpa arah tuju. Hafiz Hakimi bengang. Perasaannya berbaur. Ada marah, ada kecewa dan ada serba-salah. Marah dengan kehadiran Farhan Hasri. Kecewa dengan Rosalina dan serba-salah atas tindakannya pada gadis itu. semuanya kerana Rosalina yang tidak putus-putus menguji kesabarannya. Nampaknya, Hafiz Hakimi perlu bertindak. Dia sudah tidak boleh bertangguh lagi. Farhan Hasri harus lenyap. Dia menaip mesej lalu dihantar pada Hasliza. Kemudian, dia menelefon seseorang.
"Now tell me why do you love music so much?"tanya Syukri apabila Aleya menyuarakan niatnya hendak menukar jurusan ke aliran muzik.
Senyuman terukir di bibir Aleya.
"Music is great daddy, dengan muzik Leya boleh lupakan semua masalah Leya, Leya rasa lebih enjoy and it makes me happy,sometime I think that no music no life for me,"ucapnya.
Syukri tergamam mendengar butir bicara Aleya ‘no music no life’ frasa yang sering disebut Shahida kini diulang oleh Aleya.
"Daddy, daddy,"Aleya mengoncangkan tangan Syukri apabila Syukri tidak memberi tindakbalas sebaliknya hanya merenung kosong ke mukanya.
Syukri sedikit terkejut, namun pantas dihilangkan riak wajah terkejut dari mukanya.
"Wieso?"pertanyaan itu mengukirkan senyuman nipis di wajah Syukri, muka Aleya yang berkerut sambil matanya disepetkan amat mirip dengan Shahida, persis sekali,imbauan zaman lalu datang tanpa diduga, namun pantas ditepis kenangan itu.
"Tak ada apa-apa, daddy tak halang Leya nak tukar jurusan, you know that, if that makes you happy I’m happy,"mata anak yang berusia 10 tahun itu bersinar girang apabila dia menyatakan persetujuannya.
"Thanks daddy, I love you,"serentak tubuh Syukri dipeluk erat dan dicium pipinya.
*********
"Leya, Kak Su ada berita untuk Leya,"
"Ada apa Kak Su,"
"Ingat tak Kak Su ada cakap nak tolong Leya cari ayah Leya, tadi Kak Su jumpa kawan Kak Su yang kerja dekat Jabatan Pendaftaran Negara, dia cakap dia boleh tolong,"
"Betul ke Kak Su? Tapi dia nak buat macam mana?"
"Macam ni, Leya kan lahir dekat Malaysia, tapi jadi penduduk tetap Switzerland kan? So kita boleh guna sijil lahir Leya track balik alamat rumah, and kalau nasib baik dapat track ayah Leya sekarang tinggal di mana,"
"Thanks Kak Su, Leya terhutang budi dengan Kak Su,"
"Tak ada apalah Leya, kita hidup mesti saling tolong menolong,"
Aleya memeluk tubuh Suhana dengan erat, khabar berita yang diterimanya amat menggembirakan hatinya, ayah, akhirnya dia dapat bertemu dengan ayah kandungnya.
************
"I’ve already mention it, if you want to know anything wait until the press conference,"suara lantang Miss Ivy kedengaran apabila sekumpulan wartawan mengerumuninya bagi mengetahui khabar mengenai Lacey Evans yang semakin melonjak namanya setelah membintangi iklan Swiss Watch, jenama jam tangan terkemuka di Switzerland.
Dengan campur tangan pengawal keselamatan, kumpulan wartawan itu bersurai, Aisyah yang berada di bilik persalinan hanyah mengeluh kecil, atas nasihat Khairul Arshad dia menyibukkan dirinya dengan mengambil tawaran iklan yang agak menarik bagi membuatkan dia melupakan kesedihannya.
"What a mess, Lacey you just got 1 preview and a bunch of reporters are already covering the door, I wonder what happen if you be an actress in film?"keluh Miss Ivy, Aisyah hanya tertawa kecil.
"Let them be, all the matter for me now is the championship, I need to catch up so many things, and I’ll work hard for that,"
"Okay now, lets get started, I want you to practice the simple move like the waltz jump and the triple Salchow, you got that,"
"Yes it fine with me,"
Kejohanan Nebelhorn Trophy 2009 yang akan diadakan di Oberstdorf, Germany menjadi rebutan semua peluncur kerana kejohanan yang bertaraf dunia itu melahirkan ramai peluncur yang hebat, Aisyah tidak mahu melepaskan peluang bagi menyertai kejohanan tersebut.
Tepat jam 10 malam latihannya tamat dan Aisyah berjalan kaki menuju ke rumahnya yang terletak berhampiran dengan gelanggang ais, ketika melintasi taman permainan pinggangnya terasa dirangkul lembut pantas dia menoleh dan wajah Khairul Arshad terbias di matanya.
"Abang, buat apa dekat sini?"
"Saja nak jemput Aisyah, rindu lah,"
"Mengada-ngada kan kita baru saja jumpa tadi,"muka Aisyah sudah merona merah.
"Tadi yang Aisyah cakap pagi sekarang dah malam, lama tau,"tangan Aisyah digenggam dan mereka beriringan pulang ke rumah.
"Macam mana latihan Aisyah?"
"So far so good, cuma letih sikit, dah lama Aisyah tak berlatih and badan pun dah manja kerja kuat sikit mulalah letih, tapi lama-lama biasalah tu,"
"Don’t try push your self so hard, practice is good, tapi jangan sampai abaikan kesihatan,"nasihat Khairul Arshad.
"I’ll keep that in mind,"
************
"Leya, berita baik, kawan Kak Su cakap dia dah dapat alamat rumah lama Leya, dia cari guna nama ibu Leya, so dapat alamat terakhir arwah ibu Leya,"
"Betul ke Kak Su, Ya Allah, syukur Alhamdulillah, terima kasih banyak Kak Su,"
"Ayah Leya pula, ambil masa sikit sebab, kawan akak tengah usahakan,"
"Tak apa Kak Su, ini pun dah banyak Kak Su tolong, maybe Leya boleh cari dari situ,"Suhana hanya tersenyum.
"Cari apa?"tegur satu suara membuatkan senyuman Aleya mati, lambat-lambat dia berpaling, sah Arif Fikri sedang berdiri dibelakangnya.
‘Mamat ni hantu ke? Suka suki dia ja nak muncul dekat mana-mana?’ gumam Aleya di dalam hati.
"Tak ada apa-apa Fik, hal orang perempuan, awal kamu balik hari ni, selalunya malam baru nampak batang hidung,"
"Malam ni ada annual dinner syarikat so syarikat half day sebab tu Fik sampai awal,"jawab Fikri namun matanya sekali-sekala menjeling Aisyah yang sudah bangun bagi memberi ruang untuk dia duduk.
"Dinner? Fik tak cakap apa-apa pun?"
"Ala benda biasa je Kak Su tak penting pun,"
"Kenapa Fik tak nak pergi ke?"
"Malaslah, lecehlah, nanti mesti Izz mengendeng-ngendeng dekat Fik rimas tau tak?"
"Ish mana boleh macam tu, Fik kan dalam management team so kenalah pergi tak elok Fik buat macam tu nanti apa kata Dato’"
"Memang la, tapi rimas la kalau pergi sana ada orang meliuk lentok macam ular sawa kena palu, "
Suhana hanya terdiam mendengarnya, memang dia maklum betapa Fikri tidak gemar dengan anak pemilik syarikat yang terover sangat, dia menebarkan pandangan ke ruang dapur, lama dia berfikir tiba-tiba
"Hah, Kak Su tahu apa yang Fik kena buat nak elakkan Izz,"
"Macam mana?"
"Fik bawak Leya pergi dinner tu pastu cakap kata Leya ni tunang Fik habis cerita,"
"Apa pulak babit dengan Leya ni Kak Su, Leya tak nak lah, lagipun dia nak ke Leya temankan dia?"dahi Aleya sudah berkerut, ‘Kak Su ni, idea tak boleh pakai langsung, apasal tiba-tiba aku terbabit sama ni, isy’ dipandang Fikri di sebelah namun dia terkedu melihat senyuman terukir di bibir pemuda itu.
"Fik tak ada masalah Kak Su,"tergamam Aleya mendengar jawapan Fikri, biar betik?
"So masalah dah settle, Leya jom ikut Kak Su gi butik, kita pergi cari baju untuk malam ni, Fik ada tema tak untuk majlis malam ni?"
"Merah Hitam, ladies in red, mens in black,"
"Orait, Leya jom kita pergi nanti lambat pulak,"
Aleya bagai dipukau menurut arahan Suhana, diheret ke butik dan mencuba pelbagi jenis baju sehinggalah Suhana berpuas hati. Lepas itu dia disolek Suhana dan hanya menurut kehendak Suhana, dress merah garang melepasi lutut dan berlengan jarang dipandangnya, tak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi malam ini.
"Amboi-amboi, bukan main lagi orang tu. Nak dating la katakan," Ikmal di muka pintu mengusik. Melihat Qalif yang bersiap-siap.
Qalif menjungkit keningnya. "Tengok orang la…"
Ikmal mencemik sedangkan Qalif tersenyum senang.
"Kau tak keluar ke? Selalu hilang je malam minggu. Hani mana?"
"Dia cuti. Balik kampung. Tinggal aku sorang-sorang kat sini,"
"Ooo patut muka macam tu. Ayam berak kapur. Kena tinggal bini rupanya,"
"Cis… mulut. Ada yang tak jadi keluar date karang,"
Qalif ketawa kuat. Sesekali mengusik teman serumahnya. Memang seronok.
"Oh ya! Aku lupa la. Tadi Sabrina datang sini. Cari kau,"
Qalif buat acuh tak acuh. Malas nak menjawab.
"Kau dengar ke tak ni Iz?"
"Dengar…" gumam Qalif perlahan.
"Dah tu?" Ikmal buat muka pelik. Hishh, tak faham aku si Iz ni. Buat dek je.
"Dah tu kau nak aku buat apa? Bentang karpet merah mengalukan kedatangannya?" suara Qalif dingin.
Ikmal menggeleng kepala. Payahnya nak melembutkan hatinya. "Iz… bukan sampai macam tu. At least tanya apa sebab yang bawa dia ke mari…"
Qalif menarik nafas. "Dia nak apa?"
"Dia bilang Mama kau sakit. Tekanan darah tinggi. Banyak kali dia call handphone kau. Tapi kau tak angkat,"
Qalif terdiam. Walau hatinya membenci namun ada rasa kasih yang terikat. Argh… kenapa?
"Kau dengar apa yang aku cakap ni. Sudah la tu. Pergi balik. Jenguk Mama kau. Dia perlukan kau Iz. Lupakan yang sudah-sudah," lembut Ikmal memujuk.
"Aku tak boleh Mal… kau lupa? Dia dah halau aku dulu. Dia haramkan aku jejakkan kaki ke rumah tu Mal. Dan kalau aku jejak… maksudnya aku…" kata-kata Qalif terhenti di situ. Tak sanggup lagi meneruskan apa yang didengarnya dulu. Sungguh memilukan.
Pantas Ikmal dapat mengingat tragedi itu. Masakan dia lupa. Kisah yang membawa Qalif lari jauh dari keluarganya sendiri.
"Iz… walau apa pun. Dia tetap Mama kau. Pulanglah… or at least give her a call. Ibu mana yang sanggup buang anak Iz…"
Qalif diam membatu. Cuba mencerna tiap-tiap patah yang dilafazkan. "Aku gerak dulu,"
Ikmal terpinga. Hanya dapat memandang pemergian Qalif tanpa sempat dihalang. Kerasnya hati Qalif. Siapa yang bisa melembutkannya?
Qalif menggeleng. Tak sedar yang dirinya larut. "Tak ke mana,"
"Ek? Tapi dari tadi bukan main dia khayal. Kenapa? Ada masalah?" Alia merenung Qalif lama. Cuba menyelami hati jejaka di hadapannya.
"Nothing…"
"Betul? Kalau ada masalah, ceritalah. I’ll lend you my ears," Alia tersengih.
Qalif tersenyum. Alia mengajuk kata-katanya dulu. "Nakal ya orang tu sekarang,"
Alia tertawa kecil. Matanya kemudian dilarikan pada pentas di hadapannya. Seorang lelaki memegang mikrophone menarik perhatiannya. Selang beberapa minit lagu My Baby You mengisi ruang.
"Sedap suara dia,"
"Eleh… bukan boleh makan pun…" Qalif mencebik.
"Eee… kira ok la tu. Tak macam orang tu belum tentu boleh nyanyi,"
"Ooo Cik Alia pandang Encik Qalif sebelah mata ya. Silap besar la…"
"Uishk… terasa ya. Tapi ada berani ke?" usik Alia. Keningnya saja dijungkitkan.
"Ok… we’ll see. Excuse me, toilet kejap…"
Alia tersenyum senang. Dapat mengusik Qalif memang seronok. Selalunya dia yang dibuli.
"Tuan-tuan dan Puan-puan. Minta perhatian sebentar," suara pengacara pentas menarik perhatian.
Namun Alia buat tak tahu. Dia lebih rela menyisip baki jus oren di meja.
"Malam ni ada seorang tetamu yang ingin berkongsi rasa dengan hadirin sekalian. Dan dengan ini dipersilakan Encik Qalif Izhan…" ucapan itu membuatkan Alia hampir tersedak. Pantas kepala dipusing ke hadapan. Matanya dapat menangkap wajah Qalif.
Qalif tersenyum. Kepalanya ditundukkan bila mendapat sorakan dari pengunjung. "Lagu ini khas untuk bidadari saya. Cik Alia Zahra…"
Alia rasa bagai nak pengsan. Namanya disebut di atas pentas. Dan dapat dirasa mata-mata sekalian pengunjung yang beralih kepadanya.
"Jadi terimalah… dari saya, Aku Mau…" serentak itu bunyi muzik berkumandang. Qalif tenang melagukan bait-bait lagu sedang Alia di kerusi dah tak senang duduk.
Kau boleh acuhkan diriku Dan anggap ku tak ada Tapi takkan merubah perasaanku Kepadamu
Hati Alia makin kuat debarannya tapi matanya tidak dapat lari daripada pentas. Bait-bait lagu dihadam satu persatu. Bertentangan begitu tiada cuak yang bertandang, cuma satu rasa… It’s more than LIKE! Seriously Alia, apa yang kau rasa?
"Saya Qalif Izhan. New P.A. Cik Alia Zahra,"
Kuyakin pasti suatu saat Semua kan terjadi Kau kan mencintaiku Dan tak akan pernah melepasku
"Janji awak tak bawa laju?"
"Ya… bring my lady’s home so I will handle with care…"
Aku mau mendampingi dirimu Aku mau cintai kekuranganmu Selalu bersedia bahagiakanmu Apapun terjadi Kujanjikan aku ada
"But I prefer sayang…"
Kau boleh jauhi diriku Namun kupercaya Kau kan mencintaiku Dan tak akan pernah melepasku
"Tak… saya suka. Kalau boleh tiap hari tiap saat saya nak tengok muka awak,"
Aku mau mendampingi dirimu Aku mau cintai kekuranganmu Aku yang rela terluka Untuk masa lalu
Alia makin hanyut dalam irama lagu. Kalau itu luahan hati Qalif, maka ia benar-benar menusuk ke hatinya.
Qalif sendiri sudah lama hanyut dibuai rasa. Mendendangkan lagu untuk Alia dan matanya yang tidak lepas dari pandangan Alia. Terasa kini mereka berdua berada di dalam dunia ciptaan sendiri. Hanyut mengungkapkan rasa, larut dalam perasaan indah yang tak bertepi. Hanya mata yang berkongsi rasa. Benarlah dari mata turun ke hati. Dan hati pasangan sejoli ini makin terikat, bersatu tanpa perlu melafazkan madah pujangga.
Johan termenung seorang diri di dalam pub yang agak sunyi. Mungkin kedatangannya ke pub tersebut agak awal jika mahu dibandingkan dengan pengunjung yang lain. Entah mengapa hari ini dia lebih suka bersendirian. Biasanya kalau hari minggu dia akan menemani tunangnya Erin ke mana sahaja gadis itu pergi, tetapi hari ini pelawaan gadis itu ditolak lembut dengn alasan dia terlalu penat dengan kerja sepanjang minggu ini.
"Mama dengar Nadia dah balik Malaysia…betul ke?" Tanya Puan seri Normah kepada anak lelakinya.
"Betul mama…siapa cakap kat mama? Erin?" tanya Johan. Roti bakar di dalam mulutnya dikunyah perlahan.
"Yalah…ingat Joe…mama tak suka Joe rapat dengan Nadia…Joe sendiri tahu bagaimana keluarga dia dengan keluarga kita kan…lagipun mama tak suka dengan gadis kasar dan biadap macam Nadia….harap muka saja cantik tapi perangai…samalah macam keluarga dia semua tu," bebelan mamanya hanya dibiarkan sepi oleh Johan. Perasaannya tak menentu di kala itu.
"Joe…kamu dengar taka pa yang mama cakap ni?"
"Dengar la mama…mama tak payah risau la…Joe tak akan baik balik dengan dia…she’s mean nothing for me ok!" jawab Johan ingin puaskan hati mamanya. Betul ke Nadia sudah tak bermakna apa-apa dalam hidupnya. Dia sendiri masih belum mengerti bagaimana dia boleh berubah hati terhadap gadis tersebut. Takkanlah disebabkan gambar yang diterimanya dari orang yang dia langsung tak kenali telah menyebabkan dia meninggalkan gadis itu sedangkn pada masa itu dia tak mahu langsung percayakan gambar yang dilihatnya. Dia kenal Nadia, malah dia mengenali Nadia lebih dari orang lain yang rapat dengan Nadia. Satu-satunya gadis yang paling tahu dan faham dengan kehendak dan kemahuannya.
"Woit…sorang je ke hari ni? Erin mana?" tanya Patrick. Bar tender yang berada di pub tersebut. Johan terus tersentak dari lamunanannya.
"Erin? Entah…aku pun tak tahu…keluar shopping dengan kawan-kawan dia kot…malaslah asyik berkepit je 24 jam…rimas tau tak," jawab Johan tersenyum.
Patrick hanya tersenyum mendengar alasan yang diberikan oleh salah seorang pelanggan tetapnya. Tangannya pantas menyusun gelas-gelas yang ada di tempat yang sepatutnya memandangkan dia baru sahaja masuk kerja.
"So..anything you want? Alcohol or without alcohol?" Tanya Patrick sekali lagi.
"No alcohol today…aku sorang hari ni, aku kena drive….nanti tak pasal-pasal aku kena saman…mengamuk papa aku nanti anak tunggal dia ni kena saman…nanti jatuh pulak air muka dia," bicara Johan penuh dengan maksud tersirat.
"Oo…so coc boleh?"
"Ok," jawab johan pendek.
"Rick…can you help me?" Tanya Johan tiba-tiba. Fikirannya berserabut. Wajah Nadia sering muncul dalam benaknya di kala itu. Tambahan pula dengan peristiwa yang berlaku padanya minggu lepas. Perasaannya langsung tak tenang. Seakan-akan baru semalam dia berpisah dengan Nadia.
"Anything for you…just tell me," jawab Patrick sambil meletakkan minuman yang dibuatnya tadi kepada pelanggan yang berada di sebelah Johan di kala itu.
"Kalau aku mabuk lepas ni..boleh tak aku tumpang rumah kau malam ni…kau bawak aku balik lepas kau habis kerja," pinta Johan.
"So..kau nak minum apa?" tanya Patrick tersenyum faham dengan permintaan Johan sebentar tadi.
"Assalamulaikum cik,……………cepat turun,dah sampai dah". Aku kaget bila namaku dipanggil oleh seseorang,namun begitu diriku yang masih mamai sekadar memandang lelaki itu dengan seribu pertanyaan Aku mengaru-garu kepalaku yang tak gatal. "Cepatlah…………dah lewat ni,abang Cuma ada satu jam setengah je. Pukul lapan nanti abang masuk kerja". Aku membiarkan abang Zaky membebel seorang diri. Ku perhatikan emak dan abah telah tiada di dalam MPV Estima Kak May May,begitu juga dengan Imam Basri dan Mak Eton."Kak May May mana?". Abang Zaky terseyum mendengar pertanyaanku. "Dia ke butik,katanya klien menunggu dia sejak jam 5 petang lagi. Tu yang abang pandu MPV dia. Tadi masa kita sampai rumah,Amani tidur nyenyak. Tak tergamak rasanya nak mengejutkan puteri kesayangan abang. Lepas hantar orang tua kita,abang hantar pula kak May May ke butiknya. Orang terakhir………Amani le"
"Abang……….terima kasih banyak-banyak sebab memahami keadaan Amani saat ini. Tak terbalas rasanya segala budi baik abang selama ini.Kalau abang tiada…………tak tahulah macam mana Amani nak teruskan hidup ini". Abang Zaky berterusan memandangku sambil tersenyum. "Senang aja nak balas jasa abang……….".Aku terpegun mendengar jawapan abang Zaky yang kedengaran agak pelik."Apa dia….?" "Tepuk dada,tanyalah diri sendiri !!!, Eh…..abang balik dulu ya,sekarang pun dah dekat pukul 7 malam. Pukul 8 malam nanti dah kena ada di hospital. Ni pun ntah sempat mandi entahkan tidak,selamat tinggal buah hati abang. I love you". Aku tersenyum mendengar ucapan terakhir abang Zaky. Aku memandang MPV Estima Kak May meninggalkan perkarangan rumah kami ketika senja mula berlabuh.
Selepas solat isyak,aku rebahkan badan di atas katil pemberian abah lewat musim lalu. Dapat kurasakan,seluruh urat sarafku bagaikan mahu tertanggal. Alangkah damainya hati ini seandainya saat ini aku dikelilingi orang tersayang,namun apakan daya hajatku sering kali hampa bila kebahagiaan mula melemparkan senyumannya. Aku mengurut-urut dadaku. Ada rasa sebak yang masih bersarang. Terasa diri ini begitu sunyi. Ku lihat bulan dan bintang yang berkerdipan menghias dada malam seolah-olah mentertawakan diri ini. Sebak ku mula bertandang dan tanpa diundang air mataku tumpah sendiri. "Abang Zaky…………alangkah indahnya jika saat ini abang ada disisi Amani menghibur hati yang semakin lara. ". Aku cuba membayangkan keletah nakal abang Zaky agar kesunyiaanku terubat,apakan daya memori bersama Amirul gagal ku hapus walau untuk sesaat. "Amirul…………Amani derita,Amani rindu……………….."
Ku capai senaskah Al-Quran. Ku buka Surah Maryam. Terasa damai saat ku alunkan bacaan Al-Quran. Rasa sebak mula berlalu. "Abang Zaky……..Amani perlu kuat kan !!!!,Amani tahu…….abang akan sentiasa bersama Amani menempuh hari-hari mendatang". Entah mengapa saat ini aku amat memerlukan abang Zaky. Telatah lucunya sudah pasti akan membuatkan aku tertawa gembira.
Telefon bimbitku berbunyi dengan begitu kuat sekali. Alunan lagu "Cahaya Hati"nyanyian Aqasah membuatkan lamunanku berhenti. "Assalamulaikum…………….buah hati abang dah makan ke belum?". Aku kaget bila mendengar suara abang Zaky dihujung talian. "Eh……….abang tak kerja ke !!!" "Cik adik sayang,tak tengok ke jam pukul berapa?. Kan sekarang dah pukul 2 pagi,abang breek kejap. Alangkan mesen pun boleh jem,inikan abang. Boring pulak melanguk tak tentu arah. Buat penatkan mata je. Telefon Amani lagi best. Terubat sikit rindu abang pada gadis pujaan. ". Aku tersenyum mendengar penjelasan abang Zaky yang disulami tawanya yang memikat hati "Abang ni macam tahu-tahu je Amani teringatkan abang." "Apa Aman cakap tadi,cuba ulang semula………." "Amani kata abang tu miang,gatal,birah…………"Abang Zaky diam membisu. Aku tahu saat ini pasti dia sedang tersenyum puas. "Abang……….Amani sunyilah,hidup terasa kosong. Kalau abang tak ada,tak tahulah macam mana Amani nak teruskan perjalanan hidup yang semakin mencabar." Aku dan abang Zaky diam seketika.
"Amani esok free tak" "Free,kenapa" "Kalau free abang nak ajak Amani pergi ke majlis perkahwinan kawan abang Kat Jasin. Lama betul abang tak jumpa dia. Sudi ya……………".Rayuan abang Zaky membuatkan aku gagal menolak tawarannya. Lelaki itu terlalu baik kepada ku. Selama ini,dialah yang sering meniup kata-kata semangat saat kegagalan mengetuk pintu kejayaan. Adalah tidak wajar aku menolak undangannya setelah terlalu banyak budi yang ditaburkan untuk ku. Budinya yang melangit tinggi,belum pasti mampu ku bayar walau mata tertutup rapat.
"Nanti Amani tanya abah. Kalau abah bagi,ada le peluang abang nak berpasangan dengan Amani kan!!!!" .Abang Zaky tertawa kecil. "Pandai gak buah hati abang buat lawak ya,Esok abang akan hantar baju yang abang tempah kat butik Kak May May. Harap sudilah memakai baju yang mungkin tak cantik di mata Amani. Tapi kata Kak May May,Amani suka warna tu!!!". Aku tersenyum kembali. Ternyata dia tidak mahu menyusahkan aku. "Amani………dah ya,tinggal 2 minit lagi. Abang nak sambung kerja balik. Assalamulaikum puteri Aisyah Amani. I love you". Belum sempat aku memperkatakan sesuatu,abang Zaky cepat-cepat mematikan telefon bimbitnya,namun begitu panggilan abang Zaky sebentar tadi sedikit sebanyak berjaya menampal kesedihannya.
Aku cuba melelapkan mata,namun kata-kata abang Zaky yang kelihatan amat berbeza kini membuatkan aku berfikir berkali-kali. Mungkin sudah masanya Tuhan mengutuskan seorang lelaki semulia Zaki@Zaky@Zakry Zakwan untuk menyiram benih cinta yang mula layu. Aku tidak pasti,adakah aku telah bersedia menerima lelaki lain sebagai pengganti Amirul biarpun semua orang tahu antara aku dan Amirul sudah tiada jodoh lagi. Aku semakin keliru dengan semua ini. Kubur Amirul masih merah lagi. Ya……biar kenangan cinta telah menguncup,namun bekasnya masih melekat di dinding-dinding memori.
Aku memusing-musingkan tubuhku di atas katil. Entah mengapa aku gagal untuk melelapkan mataku biar cuma seketika. Aku semakin keliru dengan diri sendiri. Di kiriku memori bersama Amirul masih berbekas walau ia sekadar suam-suam kuku. Di kanan ku pula senyuman dan gurau senda abang Zaky yang mencuit hati kewanitaanku mula bertapak kuku. Ternyata aku gagal membuat keputusan saat aku berada di persimpangan . Haruskah aku menyambut cinta abang Zaky ?. Fikiranku mati seketika. Ibarat kata perpatah"ditelan mati emak,diluah mati bapak". Sanggupkah aku membuang kenangan demi memperjudikan perjalanan cinta yang belum pasti menguntungkan diriku sendiri.
Akhirnya………..mataku terpejam jua. Saat Azan subuh berkemundang,aku terus bangkit menunaikan solat. Bagiku……….soal solat sudah menjadi keutamaan,seteruk dan sesakit mana diri ini,kewajipan sebagai hamba mesti dilangsaikan terlebih dahulu. Sesudah subuh,aku kemas bilikku. Aku perlu kuatkan diri sendiri,membenam memori bersama Amirul jauh ke dasar kenangan. "Amirul……………..doakan kebahagiaan Amani,kenangan bersamamu akan ku simpan kemas dalam kotak kehidupan cinta kita yang tidak akan Amani buka sampai bila-bila. Titik dan mukhtamat keputusan Amani kali ini Amirul."
Tanpa membuang masa,aku terus ke dapur untuk membuat sarapan. Ku lihat emak sedang sibuk menjerang air. Abah pula sedang sibuk menyiapkan cangkulnya untuk di bawa ke bendang. Ternyata rutin abah tidak pernah berubah sejak dulu lagi. Pantang cuti sekolah bermula,pagi petang bertamu di bendang. Mungkin untuk membuang rasa hati yang bernanah jauh dari hidupnya. Kematian abang Jasmee,kegagalan pernikahanku dulu masih mekar subur diminda abah. Sewajarnya ………….abah berkelana lama di bendang. Aku pasrah.
"Assalamulaikum mak". Emak memandangku dengan pandangan yang amat berlainan. "Apa mimpi anak mak ni,gembira semacam je". Aku memandang emak dengan senyuman yang amat manis. "Ni tentu ada apa-apa. Kalau tak ……tak kan terkesing-kesing macam kerang busuk". Aku memeluk tubuh tua emak. Lama benar aku tidak memperlakukan emak seperti itu. "Mak………..abang Zaky………..". "Kenapa dengan abang Zaky. Dia nak pinang anak emak ke !!! Kalau Zaky tu yang Amani pilih,emak dan abah akan restu. Sudah masanya Amani teruskan hidup dengan lebih sempurna lagi.". Kata-kata emak yang serkap jarang membuatkan aku gagal menahan tawa."Apa ke hal dua beranak ni,pagi-pagi buta dah mengilai macam pontianak". Suara abang tiba-tiba kedengaran di balik pintu. Emak memandang wajah abah. "Awak ni…………..kalau tak curi dengar tak boleh ke!!! Tak sudah-sudah nak jadi telinga kuali. Ni hal orang perempuan le" . Abah tersenyum mendengar kata-kata emak. Sudah lama benar keceriaan itu hilang dalam kamus hidup kami. Sikap abah dan emak tidak ubah seperti anjing dan kucing.
"Ni hah…………ada orang nak pinang anak awak,orang dekat je". Mulut abah terlopong besar. "Tak kan cepat sangat,Amani dah fikir masak-masak ke!!!. Abah tak nak Amani merana lagi. Cukuplah sekali Amani menerima dugaan yang begitu hebat sekali. Tak tergamak rasanya nak tengok Amani tersiksa lagi". Ku peluk tubuh abah. Luhur benar hati seorang lelaki bernama abah. Tawaku semakin besar. Emak dan abah berpandangan sesama sendiri.
"Mak……………….apalah yang mengarut pagi-pagi ni. Tak sudah-sudah serkap jarang. Amani belum habis cakap,mak dah potong kata-kata Amani". Ada kerut diwajah emak. Ku tutup mulutku. "Mak……………abang Zaky, nak ajak Amani gi Jasin. Kawannya nikah hari ini. Emak dan abah izinkan tak?". Abah memandang muka emak. "Tulah mak engkau ni Amani…….suka sangat menyampuk cakap orang. Sudahnya malu sendiri.". Emak memandang abah dengan perasaan yang geram. Emak cepat-cepat menghalakan tangannya di perut abah. "Ah…………sedap betul cubitan awak. Lama betul awak tak buat macam tu. Terkenang pulak masa muda-muda dulu.". Muncung emak panjang sedepa. Aku bahagia melihat gurau senda mula berputik di dalam rumah kami."Abah,mak………….boleh tak Amani temankan abang Zaky?" Emak dan abang mengangguk serentak. Ada senyuman manis terukir diwajah mereka dan hatiku mula berbunga riang.
Beberapa hari telah berlalu sejak pertemuannya dengan Rehan. Setelah dapat mengesan punca perubahan yang berlaku pada Dania, Azril seakan cuba lagi untuk memberi ruang buat Dania menenangkan fikiran. Kerana dia tahu sikap Dania, Dania tidak mungkin akan membuka cerita kepadanya. Lewat petang itu dalam perjalanan pulang ke rumah setelah kerjanya selesai, Azril bertekad..masalahnya harus diselesaikan. Dia perlu berterus terang dengan Dania dan dia harus mengembalikan senyuman di wajah isterinya itu.
Sebaik tiba di rumah, Azril mendengar bunyi di dapur. Terbau keharuman masakan Dania dari ruang tamu. Awal dia balik hari ni..Azril tersenyum. Dan tiba-tiba Dania keluar dari dapur..
" Abang dah balik?" lantas Dania menyalam tangan Azril dan seperti biasa Azril akan mengucup dahi isterinya penuh kasih. Tidak tergambar selautan kasihnya buat Dania. Baginya Dania adalah anugerah terindah yang telah dikurniakan oleh ALLAH. Bagaimana kalau suatu hari nanti Dania telah tiada untuk menemaninya? Isy..apa aku merepek ni..
Dania tersenyum gembira dengan perlakuan suaminya. Sehingga hari ini dia masih dapat melihat kasih Azril yang begitu mendalam buat dirinya..Dania bersyukur..
" Sayang masak apa?" tanya Azril sambil mengekori langkah Dania ke dapur. Dania hanya membiarkan sepi pertanyaan Azril sambil tangannya pantas membancuh air untuk Azril. Azril pula sudah mengintai-ngintai periuk yang masih menyala di atas dapur..Dania pantas mencuit tangan Azril bertujuan untuk mengelakkan Azril daripada terus mengintai-ngintai dan dia menghulurkan segelas minuman buat suaminya..
" Daging cicak masak sambal dengan daun lalang masak lemak.." Dania dengan selamba menjawab sambil memerhati wajah suaminya namun Azril yang ketika itu sedang minum hampir tersembur mendengar jawapan isterinya..Dania lantas tertawa melihat suaminya..
Azril menjeling geram mendengar jawapan isterinya apatah lagi melihat bibir mungil isterinya masih terus-terusan mentertawakannya. Dania yang kemudiannya berpaling untuk meneruskan kerjanya pantas ditarik ke dalam pelukan suaminya dan Azril pantas megucup bibir isterinya lembut tapi lama..
Dania yang kejap berada di dalam pelukan suaminya meronta meminta untuk dilepaskan tapi ternyata tenaga lelaki sukar untuk dilawan.. " Abang!" Dania menjerit kecil namun baru seketika dia terlepas bibirnya sekali lagi menjadi sasaran bibir Azril.. Setelah seketika barulah Azril melepaskan Dania dengan wajah kemenangan..Dan dia pantas tersenyum lebar.. " Padan muka! Siapa suruh main-mainkan abang?" Azril berkata dengan wajah tidak bersalah. " Abang ni.." Dania menjeling geram
Azril lantas mengusap-ngusap kepala isterinya. " Jangan marah-marah sayang..nanti suami sayang lari.." Azril masih galak menyakat Dania. " Abang naik dulu ye. Panaslah sayang. Abang tunggu sayang solat maghrib nanti. Kita makan lepas maghrib aje.." Azril pantas meninggalkan Dania namun dia masih sempat menghadiahkan sebuah ciuman di pipi isterinya..
Dania hanya memerhatikan Azril hilang dari dapur namun bibirnya masih sempat mengukir sebuah senyuman tanda kebahagiaan. Adakah kebahagiaan ini akan berpanjangan? Hati Dania tiba-tiba terdetik…
Maghrib itu untuk yang kesekian kalinya Azril mengimamkan solat Dania. Setelah doa yang panjang selesai dibaca..Azril menghulurkan tangannya untuk disalam namun apabila Dania ingin bangun dan membuka telekung Azril masih kejap memegang lengan isterinya yang masih dilapik oleh telekung. Dania tidak jadi untuk bangun..
" Kenapa bang? Tadi abang kata nak makan lepas maghrib?" Dania bertanya pelik. " Kita baca Yasin dulu ye? Hari ni Khamis malam Jumaat..kita makan lepas Isya’ je.." Azril mengajak lembut. Dania mengangguk dan tersenyum.
Lalu di rumah teres dua tingkat sederhana besar itu kedengaran alunan suara seorang hamba ALLAH bergelar suami membaca surah Yassin bersama isterinya. Dania sebak melihat suaminya. YA ALLAH! AnugerahMU begitu berharga..susah untuk mencari seorang suami sebaik Azril. Kalau ada pun ianya hanya akan dijumpai di dalam drama di kaca tv. Tapi hakikatnya di dunia nyata? Susah!
Setelah selesai membaca Yassin Azril menarik tangan Dania untuk duduk dekat di sisinya. Azril rasa hatinya kini lebih tenang untuk berbicara dengan isterinya.. " Nia..sayang ada simpan sesuatu tak dalam hati? Yang selama ni sayang tak pernah cerita dengan abang?" tanya Azril sambil menggenggam erat jemari isterinya.
Dania terkesima mendengar pertanyaan suaminya. Dan dia hanya mampu menggeleng. Azril tersenyum. Lantas dia memeluk erat bahu isterinya. " I wanna tell you something..Masa abang terima lafaz akad dulu, hati abang tenang sangat. Tapi abang sedar mulai saat itu abang mempunyai tanggungjawab yang besar ke atas Nia. Abang juga sedar suatu saat nanti abang akan ditanya. Adakah abang telah berjaya untuk mendidik Nia menjadi seorang isteri yang sentiasa berpegang teguh pada landasan agama." Azril memulakan bicara. Dania tersentuh mendengar pengakuan suaminya.
" Kalau boleh abang nak berkongsi seluruh hidup abang dengan Nia. Sama ada susah atau senang. Abang nak Nia lah orang yang pertama menjadi peneman saat abang gembira juga peneman untuk abang berkongsi segala masalah. Selama ni abang tak pernah rahsiakan apa-apa dari Nia kan?" Azril bertanya
Dania menggeleng sekali lagi. " Jadi Nia rasa Nia anggap abang macam tu tak? Maksud abang, abanglah orang yang Nia nak untuk selalu berkongsi segala masalah Nia. Ada Nia fikir macam tu?" Azril bertanya lagi. Seboleh mungkin Azril ingin Dania sendiri yang berterus terang dengannya.
Dania tertunduk dan lantas semangatnya dikumpul.. " Macam mana kalau Nia tak boleh bagi zuriat pada abang?" akhirnya Dania bersuara sebak dan Azril lega mendengarnya. Yes, that’s the point sayang! Akhirnya sayang cerita juga pada abang..Azril berkata dalam hati
" Nia kecik hati dengar umi tanya pasal anak pada abang hari tu ya?" Azril menambah lagi.. " Mana abang tahu Nia terdengar?" Nia tidak berpuas hati.. " Abang ada pasang spy! Spy tu berkerja untuk melaporkan segala tindak tanduk Nia. Bulan-bulan abang bayar mahal tau!" Azril masih sempat bergurau di saat-saat seperti ini. Namun setelah melihat wajah Dania yang semakin keruh, dia lantas memeluk erat isterinya..
" You know that I met Rehan juz a few days ago, is it?" Azril bertanya dan dia dapat merasakan anggukan Dania di bahunya tanda dia mengetahuinya. " He told me everything. He said that he saw you cried in the kitchen. He asked whether I had a problem with you. But suddenly I realize what was the causes actually..Because masa tu Nia ada terdengar pasal apa yang umi tanya kan?" Dania akhirnya mengangguk sekali lagi sambil mengalirkan air mata.
Azril melepaskan pelukannya dan memandang tenang wajah isterinya. " Nia! Abang tak nafikan abang teringin untuk menimang cahaya mata dengan Nia. Siapa yang taknak anak. Tapi abang sangat-sangat tahu yang Nia percaya dan yakin tentang satu perkara kan?" Dania memandang Azril sebagai tanda ingin mengetahuinya
" Takdir dan apa yang telah tersurat buat kita! Apa yang sememangnya terbaik buat kita tapi kita sendiri tak tahu apa!" Azril menekan kata-katanya agar Dania lebih memahaminya.
" Abang bukan berkahwin dengan Nia semata-mata untuk dapat anak je. Tapi sebab abang sayang Nia..abang tahu Nia perempuan baik-baik. Abang juga yakin tulang rusuk abang yang digunakan untuk DIA mencipta Nia..Nia faham kan?" Dania mengangguk untuk yang kesekian kalinya sambil menangis teresak-esak.
" Mungkin sekarang bukan masanya. Abang yakin suatu saat nanti kita pasti akan menimang cahaya mata. Nia percaya dengan abang kan? Doa! Doa yang penting sekarang nie. Lagipun kita bukanlah dah terlalu lama menanti..baru setahun kita berkahwin..panjang lagi masa kita.." Azril merenung isterinya.
Nia pantas memeluk erat suaminya..Azril terkesima! Namun dia membalas erat pelukan isterinya..
" Abang…." Dania menangis teresak-esak.. " Ya sayang?" Azril bertanya sambil mengusap lembut kepala isterinya. " Sebenarnya bukan tu sebab utamanya.." Dania semakin mengeratkan pelukannya. Azril mengerutkan dahinya..dah tu? Dia bertanya di dalam hati.. " Nia dah pergi buat medical check up..dokter panel Nia beritahu yang Nia memang susah nak mengandung..rahim Nia tak kuat!" Dania semakin kuat menangis di dalam pelukan Azril.
Nisa’ sedang leka menonton televisyen apabila deruman enjin kereta kedengaran di hadapan rumah Mak Su. Nisa’ bingkas, menjengahkan kepala. Irfan. Dia mencapai tudung lalu disarung ke kepalanya. Duduk kembali. Sudah seminggu peristiwa di restoran itu berlalu, dan Nisa’ semakin pasti bahawa dia tidak akan mampu berpisah dengan Hana walau sekejap.
Seminggu juga Nisa’ dan Mala ketawa acap kali mereka mengimbas kembali peristiwa di restoran itu.
Irfan memberi salam, Nisa’ menjawab perlahan. Menghadiahkan segaris senyuman kepada Irfan yang baru melangkah masuk.
"lama tak Nampak tokey lori ni? sibuk ke?" Nisa’ beramah. Irfan senyum nipis. Dia melabuhkan punggungnya di sofa tunggal.
"biasalah, making a comeback is not that easy if you have to start it all over again." Nisa’ sengih mendengar kata-kata Irfan. Tumpuannya kembali pada televisyen.
Sudah menjadi tabiatnya pula berlama di rumah Mak Su sebelum pulang ke rumah, sejak hubungan dia dan Daniel ternoktah. Daniel. Nisa’ mengeluh perlahan.
"nothing, hal office." Bohong Nisa’. Dia masih belum bersedia mendedahkan semuanya kepada Irfan biar dia menyenangi kehadiran Irfan di situ. Sekurang-kurangnya, ada teman berbual.
"ha, Irfan, baru sampai?" tegur Mak Su yang datang dari belakang membawa sebakul baju yang baru diangkat dari ampaian. Mak Su duduk di atas lantai di tengah-tengah ruang tamu itu.
Nisa’ turut turun dari sofa dan duduk di sisi Mak Su. Tidak manis orang tua di bawah sedang yang muda di atas. Dia memanjangkan tangan mengambil sehelai pakaian untuk dilipat.
"eh, Nisa’, tak apa. Sikit saja ni." tegah Mak Su.
Nisa’ senyum nipis.
"tak apa, sikit saja. Bukan banyak pun," dia memulangkan kembali ayat Mak Su.
Mak Su tersenyum saja mendengar usikan Nisa’.
Irfan turut tersenyum mendengar ayat Nisa’. Pandangannya jatuh pada Nisa’, dan dia khayal dengan wajah itu. Tiada siapa tahu tujuannya pulang setelah seminggu hilang. Selain dari Mak Su sebagai ibu saudaranya, ada tujuan lain yang lebih membuatkan dia sesak nafas sekiranya dia tidak pulang.
Rindunya pada sekujur wajah itu. Sekujur wajah yang beriak tenang, dan memancarkan ketabahan yang menggunung. Dia rindu mahu mendengar bicara gadis itu. Entah bila hatinya terpaut, dia tidak sedar, dia tidak pasti. Yang pasti, rindunya terubat setiap kali bersua dengan gadis itu.
Puas dia cuba menidakkan rasa hati, sedar kedudukan dirinya yang tidak menyenangkan mereka yang mengetahuinya. Bimbang juga kasih pada insan lain yang telah lama bertapak di hatinya terkikis digantikan kasih dan cintanya pada gadis itu. Dia tidak mahu itu terjadi, namun bicara hatinya lebih kuat dan lebih meresahkan dari bicara akal warasnya.
Mengapa hati ini terpaut pada dia yang begitu mulia di mataku? Mengapa dia yang Berjaya membuka dan mencairkan hati beku ini selama ini? Mengapa dia? Puas dia bertanya, tiada jawapan yang pasti. Cuma dia tahu, gadis itu membuatkan tidurnya tidak lena, mandinya tidak basah, makannya tidak kenyang. Rasa yang sudah lama hilang, dan terkunci rapat di satu sudut hatinya terbit kembali.
Irfan sedar, dia sudah jatuh cinta lagi. Namun dia tahu cintanya takkan menghasilkan irama kerana dia bertepuk sebelah tangan. Status dirinya juga tidak memungkinkan mereka menjalinkan hubungan. Tak mungkin.
"Irfan, tengok tv tu," tegur Mak Su bersahaja, gerakan tangannya melipat kain masih lincah. Nisa’ mengerling Irfan yang gelabah mendengar teguran itu. Kenapa Mak Su cakap macam tu? Nisa’ tertanya-tanya sendiri.
"apa Mak Su. Irfan tengok tv lah ni," Irfan menyembunyikan kalutnya. Mak Su senyum penuh makna.
"hmm, yelah tu. Nisa’, Mak Su ke dapur dulu. Nak keluarkan lauk untuk makan malam. Dah siap nanti letak tepi ya," pinta Mak Su seraya bingkas, meninggalkan Nisa’ dan Irfan di situ.
"baik Mak Su." Nisa’ meneruskan kerjanya. Sekali-sekala dia menjeling tv. Irfan leka merenung tv, namun fikirannya kosong. Masih terganggu dengan teguran Mak Su sebentar tadi. Dia kalut sendiri. Mujur Nisa’ tidak menyedari tingkahnya. Jika tidak, berlipat ganda lah perasaan malunya.
"Irfan, tukar channel boleh? Saya teringat satu drama tv la. Nak tengok kejap." Pinta Nisa’, tiada jawapan.
Nisa’ mengerling Irfan sekilas.
"Irfan, tukar tv3 kejap." Pinta Nisa’ lagi. Sangkanya Irfan membantah, kerana itu dia meminta lagi. Masih tidak bertukar siaran.
Nisa’ meletakkan baju yang hendak dilipatnya. Dia menatap Irfan, beralih ke televisyen. Iklan. Khusyuk betul dia tengok iklan. Apa yang bestnya? Eh! Nisa’ tutup mulut. Iklan tuala wanita!
Nisa’ bingkas, mencapai remote tv di sisi Irfan, menukar siaran. Irfan tidak berkutik.
Nisa’ duduk kembali. Matanya tidak lekang dari Irfan. Hairan, pelik, aneh. Dia tak tengok tv.
"Irfan," panggil Nisa’. Tiada respons.
"Irfan," diam.
"Irfan!" sedikit kuat, dan serentak itu, rengekan Hana kedengaran dari dalam bilik.
Irfan seakan tersedar dari lamunannya, pantas menoleh ke Nisa’.
"eh, Hana nangis." La, dia terkejut Hana nangis, bukan sebab aku panggil. Hampeh betul.
Nisa’ menggeleng perlahan, senyum sendiri. Luculah dia ni.
"awak senyum kenapa?" manis. Pujinya di dalam hati.
"ha, tak ada apa-apa." Dalih Nisa’. Malas hendak berbicara panjang.
Nisa’ meneruskan kerjanya, tidak menghiraukan Irfan yang sudah bingkas.
"nak ke mana?" Nisa’ hairan.
"saya nak buat susu Hana." Ujar Irfan seraya berlalu. Nisa’ terdiam seketika, sebelum mengukir senyum kembali.
Menghantar kelibat Irfan sehingga hilang dari pandangannya.
Umur macam dah awal 30-an. Kenapa agaknya dia tak kahwin lagi? Nak kata tak suka komitmen, rajin pulak nak susukan Hana. Hairan aku.
Nisa’ meneruskan kerjanya, sehingga selesai. Mak Su datang menjenguk.
"dah siap? Terima kasih Nisa’."
"sama-sama."
Nisa’ menggeliat kecil. Irfan keluar dari bilik Hana, duduk kembali di sofa. Dia menyandarkan tubuhnya. Sesekali matanya melirik Nisa’ yang tersandar di sofa, di atas lantai.
"Mak Su, Irfan ingat nak buat makan-makan sikitlah. Sempena bisnes yang baru nak naik semula." Irfan memberi usul. Mak Su duduk di sisi Irfan.
"bila?" Tanya Mak Su. Irfan memandang Nisa’ dan Mak Su silih berganti, yang menanti jawapannya.
"Weekend ni?" dia melirik Nisa’ yang sudah menongkat kepalanya. Seperti tidak berminat mahu ikut serta dalam perbincangan itu.
"boleh. Nisa’ boleh datang?" soalan Mak Su yang mendadak itu membuatkan Nisa’ termangu-mangu seketika. Aku termasuk sekali ke dalam rancangan ni?
"err, weekend ni? saya free." Irfan bersorak di dalam hati mendengar jawapan Nisa’.
Mak Su menoleh kepada Irfan semula.
"nak buat apa? Soto?"
Mata Irfan bercahaya.
"boleh jugak. Lama tak makan soto Mak Su." Irfan bersetuju.
Mak Su menoleh pada Nisa’ pula.
"Nisa’ makan soto?"
Nisa’ terkebil-kebil lagi.
"err, makan, makan." Aish, aku dijemput ke ni? confuse betullah.
"Nisa’ datang ya, bawak kawan sorang lagi tu, siapa namanya? Mila?" telah Mak Su. Nisa’ senyum nipis.
"Mala, Mak Su. insyaAllah, kami datang."
Irfan tersenyum senang. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
"Mak Su, Irfan nak ajak abang ngah sekali lah." Irfan memaklumkan.
"ha, baguslah tu. Dah lama anak mak teh kamu tu tak jenguk Mak Su." Mak Su pantas bersetuju.
Nisa’ tidak menyampuk. Mengerling jam di tangan. Dah lambat. Nak balik lah.
*************
"Irfan ada hati dengan Nisa’ kan?" telah Mak Su tiba-tiba, tidak lama selepas Nisa’ pulang. Irfan menoleh melihat Mak Su sekilas sebelum sorotan matanya ke televisyen kembali.
"tak lah, Mak Su, ni pandai-pandai je." Mak Su senyum nipis.
Memandang Irfan yang jelas gelisah.
"Irfan, Mak Su ni dah jaga kamu dari kecik lagi. Mak Su tau apa yang tersirat di hati kamu. Walaupun kamu nafikan, tapi Mak Su faham sangat apa yang kamu rasa. Lagipun, ni bukan kali pertama. Dulu, masa dengan Zila pun kamu macam ni. Mak Su juga yang kena tolong." Leter Mak Su.
Irfan terdiam. Zila. Nama itu terbit kembali. Nama yang tersimpan kemas dalam lipatan sejarahnya, nama yang tak mungkin akan pupus dari ingatannya.
Mak Su yang menyedari perubahan Irfan mengeluh panjang.
"Irfan, yang sudah tu sudah lah. Kamu tak boleh terus macam ni. Zila dah lama pergi. Dah lama kamu berkabung. Kamu masih muda. Beri peluang pada diri kamu untuk terus menikmati hidup."nasihat Mak Su. Irfan tidak menjawab.
Wajahnya keruh, tidak seceria tadi.
"Mak Su percaya kalau Zila sedang melihat kamu sekarang, dia pasti takkan gembira melihat kamu begini. Yang pergi jangan diratapi, kita yang hidup ni harus teruskan hidup. Nisa’ tu, dia budak baik. Mak Su pun berkenan dengan dia. Tapi, tu lah kan, dia dah ada kekasih. Dengarnya, mereka bakal bertunang." Mak Su pula yang bersedih dengan keadaan itu.
Irfan masih diam. Mendengar sahaja bicara Mak Su.
"tapi kan, Mak Su hairan. Dulu, masa mula-mula Mak Su jaga Hana, dia selalu balik lewat. Sekarang, dia selalu awal, lepas tu, tak terkejar-kejar nak balik. Mak Su rasa dia ada masalah dengan bakal tunang dia kot." Mak Su membuat telahan sendiri.
Irfan kerling Mak Su.
"ish, Mak Su, tak baik fikir macam tu. Saya rasa diorang ok. Cuma mungkin Nisa’ keluar malam ke, lunch time ke jumpa bakal tunang dia, kita tak tau," Irfan menafikan.
Mustahil. Dari raut wajah Daniel ketika mereka bertemu di klinik tempoh hari, dia dapat melihat cinta Daniel untuk Nisa’ yang begitu mendalam. Kalau tidak, masakan api cemburu terbit di mata Daniel kala matanya disapa kehadiran Irfan di situ?
"hmm, sayang betul. Kalau dia tak berpunya, Mak Su sendiri akan risik dia untuk kamu." Bersemangat Mak Su berbicara.
"ish, Mak Su, siapa yang nak kahwin pulak ni?" Irfan mengusik.
"kamu kan suka dia? Apa salahnya?" Irfan telan liur.
"Mak Su, suka tak sepertinya memiliki. Sayang tak semestinya dihargai. Dengan status saya ni, Mak Su ingat Nisa’ tu nak ke?" Irfan meluahkan keraguannya.
"ish, Mak Su percaya Nisa’ tu tak macam tu. Dia tu baik. Kalau tak, dia takkan sanggup jaga anak yatim piatu sedangkan dia masih belum berkahwin. Susah tau orang nak berkorban macam tu." Mak Su memberi hujah, menolak dakwaan tidak berasas Irfan.
Irfan mengeluh panjang.
"hmm, suka hati Mak Su lah. Tapi saya nak minta tolong Mak Su boleh?" Irfan menggenggam tangan Mak Su erat.
"apa dia? Cakaplah."
"Mak Su jangan beritahu Nisa’ apa-apa? Irfan tak nak dia takut dan berhenti datang sini. Bagi Irfan, cukup hanya dengan melihat dia bahagia, Irfan akan bahagia."
Mak Su terdiam. Dia mengelus rambut Irfan penuh kasih.
Setelah sampai di rumah Warge Emas,mereka sekali lagi dibahagikan kepada dua kumpulan,tapi bukan lagi seperti kumpulan asal.Kini pelajar yang mendapat biasiswa dan tidak mendapat biasiswa akan dicampurkan.Kumpulan A akan tidur di vila milik keluarga Trisha,vila itu hanya berada diatas rumah Warga Emas,atas bukit.Manakala Kumpulan B pula akan tidur di dalam kemah dikawasan rumah Warga Emas.Cikgu Rohani sebagai pemantau Kumpulan A,Cikgu Jhul pula menjadi pemantau Kumpulan B.
Moon dan Trisha berada di kumpulan yang sama iaitu Kumpulan B,tapi Moon
terpisah dengan Mine.Mine berada di Kumpulan A,sama dengan Zero.Sungguh tidak disangka oleh Trisha, yang dia terpaksa tidur didalam kemah selama 3 hari,satu kumpulan pula dengan Moon.Tapi mereka berada dikemah yang berbeza.Satu petanda yang tidak baik bagi Moon,bagi Trisha itu adalah peluang yang dinanti-nantikannya.Walaupun terpaksa bertahan asalkan impiannya untuk membalas dendam tercapai.Itu sudah memadai.
AJK tertinggi dan Pengetua Alfred serta guru-guru sengaja mengasingkan mereka agar senang memantau dan memberi markah.Tujuan sebenar lawatan itu diadakan adalah untuk memupuk sikap prihatin pada semua pelajar.Itu juga kemahuan pengetua sendiri.
"Sayanglah tadi Zero..kau tak nampak The Mask masuk dalam bas kita tadi.Siap bagi sesuatu pada Moon lagi," Kata Nadal sebaik saja Zero sampai dibilik mereka.Zero tergelak kecil.
"Oya?" Kata Zero dengan senyuman berbunga dimatanya.
"Tapi kau pergi mana tadi?" Tanya Nadal pula.
"Oh..aku..aku tertinggal barang.Tapi aku dah minta izin dengan Cikgu Rohani sebelum pergi," Jawab Zero sambil mengemas barang-barangnya dan memasukkan kedalam almari yang sedia ada.
"Barang apa?Nampak tergesa-gesa aja aku tengok,"
"Benda penting untuk orang penting,"
"Orang penting?Siapa..girlfriend?"
"Girlfriend…girlfriend..untuk akulah..buat apa nak bagi benda penting untuk orang lain pula?" Kata Zero sambil keluar dari bilik selepas mengemas semua barang-barangnya.Nadal membuntuti Zero menuju ke ruang tamu untuk perjumpaan mereka.
Kelihatan beberapa pelajar sudah berada di tempat itu. Tapi hanya Kumpulan A saja.Zero dan Nadal mencari tempat duduk yang selesa.
"Malam ini,kita akan berkumpulan ditapak perkhemahan kumpulan B.Sebelum kita menjalankan tugasan untuk 2 hari ini,kami telah mengadakan satu permainan."
"Permainan apa cikgu?" Soal salah seorang pelajar di Kumpulan A.
"Kalau cikgu bagi tau sekarang,tak seronoklah malam nanti,"
"Cikgu,boleh tak kami keluar jalan-jalan disekitar sini?" Soal Arnold,pelajar yang mendapat biasiswa.
"Cikgu benarkan kamu semua keluar jalan-jalan tapi sebelum matahati terbenam,cikgu nak kamu semua mesti ada di ruag tamu..dan lagi satu,catat nama kamu sebelum dan selepas keluar.Cikgu taknak ada yang menyimpang.Kawasan ni memang banyak tempat tersembunyi." Kta Cikgu Rohani berseloroh.Pelajar-pelajar yang faham akan kata-kata cikgu itu tersengih-sengih.Bukan Cikgu Rohani tidak tahu dalam kumpulan itu ada banyak yang berpasangan,ada pula yang terpisah dengan pasangan.
"Zero?" Panggil Cikgu Rohani.Zero tersentak.
"You as a leader," Sambung cikgu pula.Zero hanya mengangguk faham.Sudah tugasnya sebagai President Persatuan Pelajar
******
"Mana Moon ni?boleh hilang macam tu aja.." Soal Stevey sendiri.Dia dan Moon sudah berjanji untuk membeli bahan makanan untuk mala mini,tapi Moon tiba-tiba saja menghilang.Mungkin dia dah terbang dengan broomsticknya.Stevey mendail nombor Moon denag telefon bimbitnya.Nasib baik ada yang menyambut panggilan.Kedengaran suara Moon dicorong telefon bimbitnya.
"Kau kat mana?Kiat kan nak beli bahan-bahan?"
"Eya..tapi boleh tak kita jalan 30 minit kemudian.Aku ada hal sikit,"
"Okey..dari kau saja Vice-President," Talian dimatikan.Stevey pun balik semual di kemah mereka.
"Adik nak pergi mana" Soal Moon sambil duduk mencangkung dihadapan budak seorang perempuan lingkungan 4 tahun.Budak itu kelihatan baru saja siap menangis.Matanaya merah membengkak.Budak itu menggeleng.Sah..sesat jalan.Anak siapalah ni..kenapa tinggalkan anaknya seorang kat sini?
"Nama adik siapa?" Soal Moon lagi.Namun budak itu masih tidak menjawab.Pandangan budak itu seakan takut dengan Moon.Takut dengan mata Moon.Moon mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya lalu menghulurkan pada
budak itu.
"Nah..gula-gula tangkai ni kakak punya,ambillah.Adik tahu tak,gula-gula tangkai ni dari pari-pari tau.Gula-gula tangkai ni adalah tongkat pari-pari," Kata Moon.Entah cerita dongeng mana yang diambilnya.
"Tongkat pari-pari?" Soal budak itu pula.Moon mengangguk pasti.Pasti?Hantam sajalah...
"Eya..lepas adik makan gula-gula ni..hajat adik akan tercapai.Nak cuba tak?" Pancing Moon lagi.Sebenarnya dia cuma ingin mengalihkan perhatian budak itu supaya tidak menangis lagi.Aku tak suka budak-budak menangis,sebab tu aku bagi dia gula-gula ni..jangan salah faham pula..
"Betulkah?" Soal budak itu meminta kepastian dari cerita karut Moon.
"Betul..tapi pari-pari tu kata,kalau nak hajat kita tercapai tak boleh menangis." Tambah Moon lagi.Semakin mengarut ceritanya.
"Kalau gitu aku makanlah," Kata budak itu sambil mengambil gula-gula
tersebut di tangan Moon lalu membukanya.
"Tapi perlukah kita bagitau hajat kita?" Soal budak itu pula.
"Tak perlu..Dia dah tahu hajat kita,Kita cuma perlu makan saja," Jawab Moon.Gula-gula itu pun dimasukkan ke dalam mulutnya.Eya..kita hanya perlu percaya..Moon berkata dalam hati.
"Morgiana!!" Moon tersentak.Moon dan budak itu serentak berpaling kearah suara pemanggil tersebut.Budak perempuan itu bingkas bangkit dan meluru kearah wanita yang memakai penutup muka.Mukanya ditutup dengan selendang hitam,hanya mata yang kelihatan.Moon turut bangkit.
"mama!" Kata budak yang dipanggil Morgiana sambil memeluk kaki ibunya.
"Gia pergi mana?Puas mama cari tau," Kata wanita itu pula.
"Mama..kenapa mama pakai selendang ni?" Soal Morgiada pelik.Mungkin pelik kerana kali pertama ibunya memakai penutup muka.
"Takda apa-apa..jom kita balik.Terima kasih!" Kata wanita itu sambil menundukkan kepala kepada Moon yang jauh beberapa tapak dari mereka.
"Kejaplah mama..Gia nak bagi tau sesuatu ni..mama tau tak pari-pari gula-gula tangkai tunaikan hajat Gia," Cerita Gia seakan teruja.Dahi wanita itu mengedut.Belum pernah dia mendengar cerita karut seperti itu
"Pari-pari..gula-gula tangkai?Benda apa tu?" Soalnya pelik.
"Mari mama..Gia tunjukkan pari-pari tu pada mama," Morgiana menarik tangan ibunya menuju kearah Moon.Moon terpinga.Aku bukan pari-pari tulah..Wanita itu berdiri dan berjalan sambil melarikan wajahnya dari terlihat Moon.Moon mengangkat kening.Apasal pula wanita ni?
"Mama..inilah pari-pari tu," Kata Morgiana sambil memasukkan gula-gula kedalam mulutnya.Moon tersenyum sumbing.Malu dengan cerita karutnya sendiri.
"Terima kasih..sebab tolong jaga dia," Katanya perlahan.Seakan wanita itu tidak mahu suaranya didengari oleh Moon.Moon mengangguk sambil tersenyum.
"It’s okey..orang lain pun akan buat macam tu juga,Okeylah..aku pun ada kerja ni..pergi gulu.Gia jangan tinggalkan mama lagi tau?Bye!" Pesan Moon sambil berlalu.Wanita itu hanya memandang pemergian Moon dengan pandangan berat.
"Kenapa mama tutup muka?" Soal Morgiana.Wanita it menggeleng lalu membuka selendang itu dari wajahnya.
"Jom..kita balik," Wanita itu menarik tangan Morgiana menuju kearah rumah mereka.Sekali lagi wanita itu memandang kebelakang.Moon lesap dari pandangan.
"Mama tau tak,gula-gula ni tunaikan hajat Gia?" Soal Morgiana sambil menunjukkan gula-gula berwarna merah jambu kepada ibunya.Wanita itu tersentak lalu memandang anaknya.
"Hajat?Hajat apa?"
"Tadi..Gia nak sangat mama datang pada Gia dan mama betul-betul
datang.Pari-pari tu kata,gula-gula ni akan tunaikan hajat kita,"
"Yalah tu.." Jawab wanita itu.Mengiyakan saja walaupun tidak masuk akal.
******
Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 8.00pm.Kumpulan A dan Kumpulan B sudah pun berkumpul ditempat yang dijanjikan.Mereka duduk mengelilingi api.Dalam masa yang sama mereka berbual kosong sambil menunggu kedatangan Cikgu Rohani dan Cikgu Jhul.Seketika kemudian,Cikgu Rohani dan Cikgu pun sampai.
"Mungkin permainan ada sedikit kebudak-budakkan,tapi cikgu harap kamu boleh memberi kerjasama yang baik," Kata Cikgu Rohani.
"Kita akan bercerita tentang kehidupan kita dan siapa diri kita sebelum kita berganjak kealam lain," Sambung Cikgu Jhul pula.Zero mengangkat tangan.
"Kalau kita bercerita tentang sesuatu di luar imagenasi kita,boleh?" Soal Zero.Cikgu Rohani dan Cikgu Jhul saling berpandangan lalu mereka mengangguk.
"Asalkan ia adalah perkara yang baik," Cikgu Rohani bersetuju dengan cadangan Zero.
"Tentulah sesuatu yang sangat baik," Jawab Zero pula sambil memandang kearah Moon dengan pandangan yang sukar ditafsir.
"Ia tentang seorang kawan yang dulunya sangat baik bak malaikat,namun dia berubah setelah terjadi sesuatu.Sesuatu yang boleh dianggap mengerikan.Dan baru petang tadi aku ternampak dia dengan sikapnya yang dulu," Sambung Zero.
"Siapa?" Tanya salah seorang pelajar dari Kumpulan B.
"Rasanya orang itu sendiri tidak mahu namanya disebut..tapi aku akan ceritakan kisahnya petang tadi.Dia buat seorang kanak-kanak perempuan berhenti menangis dengan ‘tongkat pari-pari’," Moon tersentak.Tongkat pari-pari?Bukankah…Dengan pantas kepala Moon berpaling kearah Zero.Anak matanya menikam anak mata Zero.Zero tersenyum sambil mengenyitkan mata.Moon tersentak buat kali kedua.Dia segera melarikan matanya.Apa motif Zero..takkan dia nak mengugut aku lagi,kot?
"Tongkat pari-pari?Benda macam tu mana ada kat dunia ni,orang yang hidup dalam dunia khayalan saja yang akan berkata begitu," Kata Andre.
"Then..kau tak tahu apa makna kepercayaan.Ya..it’s ridiculous..tapi orang itu menanamkan sikap kepercayaan pada seorang budak.Percaya kepada keajaiban." Balas Zero pula.Moon memandang Zero.Kalau kau sebut nama aku depan semua orang,aku campak kau kat laut mati.Baru puas hati aku.
"Keajaiban?korang masih percayakah pada keajaiban?Setahu aku..keajaiban is nothing," Kata Michael.Anak pengarah Skycraper High School.
"It’s exist..as long as we believe..Tapi,kalau kita tidak pernah mencuba,ia takkan datang dengan sendirinya," Balas Zero lagi.Masih mempertahankan kebenaran pada kata-katanya.
"Ya..whatever.." Katanya malas.
"Tapi,kau kata kawan kau berubah setelah sesuatu terjadi,apa yang terjadi?" Soal Stevey pula yang duduk bersebelahan dengan Moon.
"Cikgu,aku nak pergi tandas," Pintas Moon.Sebelum Zero memberitahu segala-galanya..lebih baik aku pergi.Moon bangkit dan beredar menuju kebelakang rumah Warga Emas.Semua memandang Langkah Moon.Betullah kata orang..she’s like a whether..
"Aku tak perlu ceritakan semuanya..cukuplah hanya dengan pengajarannya saja.Percaya pada sesuatu yang mustahil.Selagi kita percaya kita akan dapat benda yang kita mahu," Sambung Zero lagi.
"What a good lesion Zero,siapa lagi yang ada kisah seperti Zero?" Soal Cikgu
Rohani pula.Zero memandang ke belakang,risau menyelubungi dirinya..takut benda yang tidak diingini terjadi.
"Cikgu,aku nak pergi ke tandas juga," Ujar Umi pula,setelah Cikgu Jhul mengangguk,dia pun menuju ketandas.Seperti yang dijangkakan,Trisha sudah pun memulakan rancangannya..buktinya dia tak ada kat sini.I knew it.
Zero memandang pemergian Umi,saat itu dia dapat rasakan sesuatu yang buruk akan terjadi.Beberapa minit berlalu Moon masih belum muncul,begitu juga dengan Umi.Apa sebenarnya rancangan diorang?
***************
P/S : Mungkin post ni ada a little bit boring,so sorry..tapi sa arap kamu enjoy juga.And please komen,ya?
"Abang, usir perempuan tu dari sini! Perempuan tu bawa sial dalam keluarga kita! Perempuan tu dah malukan kita dan sekarang dia dah ragut nyawa satu-satunya anak lelaki kita! Usir dia, bang!! Saya benci diaaa….!" Datin Sofea memekik. Meraung dia di sisi jasad anaknya. Fahmi sambil cuba ditenangkan oleh suaminya. Tetamu yang hadir memandang cuma.
Tak disangka Fahmi akan meninggalkan mereka semua. Fahmi mengalami kemalangan teruk sewaktu mengambil pakaian pengantinnya. Keretanya berlanggar dengan lori minyak yang memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba. Kereta Fahmi terus mencium belakang lori itu menyebabkan separuh badan kereta masuk di bawah lori.
Semuanya persiapan yang dilakukan agak tergesa-gesa terpaksa dibatalkan.. Majlis akad nikah bertukar menjadi majlis tahlil arwah. Hati ibu mana yang tidak pilu mengenangkan satu-satunya anak yang lahir dari rahimnya meninggalkan dunia ini dengan keadaan begitu. Fahmi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat kehilangan darah yang banyak. Sedih hatinya mengenangkan Fahmi. Bacaan Yassin bergema ke seluruh rumah.
"Kau keluar!! Aku benci tengok kau!! Kau ingat kedatangan kau kat sini boleh rawat hati yang sakit ni, hah?? Pergi…!"
Datin Sofea bersuara keras untuk menghalau Safira dari rumah agamnya.. Nafasnya turun naik menahan marah. Betapa degilnya perempuan yang dicintai sepenuh hati oleh Fahmi ini. Biar diherdik berapa kali pun, Safira tetap tidak berganjak dari rumah itu. Air mata Safira semakin laju menuruni pipi halusnya. Dato’ Razali memandang ke arah Safira. Timbul perasaan belas kasihan terhadap perempuan muda itu. Kerana tidak mahu Safira berterusan menjadi mangsa herdikan isterinya, dibawanya Safira ke bilik bacaan.
"Maafkan papa, Safira! Papa rasa kehadiran Safira tak diperlukan di sini. Papa harap Safira boleh pergi dari sini…" pnta Dato Razali dengan lembut.
Mana mungkin dia berkata kasar dengan gadis yang sedang dirobek hatinya itu. Dato’ Razali tahu, hanya dengan kelembutan yang bisa mencairkan hati gadis itu sekarang. Hanya kelembutan yang boleh menghentikan tangisan Safira. Panggilan papa sudah lama digunakan sejak Safira bercinta dengan Fahmi lagi. Dato’ Razali mengusap lembut rambut Safira. Safira tidak ubah seperti anaknya jua…
‘Kasihan gadis ini… Hidupnya tiada berteman kini. Orang sekeliling mula mencemuh.. Safira anakku, sabarlah.. Papa tahu kamu tidak bersalah. Papa tahu..!!’ desis Dato’ Razali.
Dato Razali jadi kasihan melihat Safira. Walaupun Safira yang dituduh membuat onar bersama anaknya, Dato Razali tidak menyalahkan Safira. Wajah polos Safira seakan menceritakan bahawa Safira dan Fahmi tidak bersalah. Barangkali takdir yang mengkehendaki begitu.. Dan takdir juga yang membawa anaknya pergi untuk selamanya. Dato Razali redha dengan semua itu.
Beribu simpati terbit di hatinya. Dato Razali kasihankan Safira. Dato Razali tahu betapa anaknya, Fahmi begitu menyintai Safira. Dato Razali tahu Safira keseorangan sekarang. Tiada sesiapa di sisi gadis itu. Bagaimanakah kehidupannya nanti? Lebih-lebih lagi setelah kehilangan Fahmi?
"Safira, anakku! Andai papa punya seorang lagi anak lelaki, akan papa kahwinkannya dengan Safira. Papa kasihankan Safira. Bersabarlah menghadapi dugaan hidup ni.. Papa tahu perit untuk Safira tanggung semuanya tapi percayalah andai Safira tabah, kebahagiaan pasti muncul di kemudian hari. Papa akan sentiasa doakan Safira. Moga Safira bertemu jodoh yang lain.." nasihat Dato Razali lalu dikesatnya air mata gadis itu.
Safira membisu seribu bahasa sejak memasuki bilik bacaan itu.. Cuma kedengaran tangisan kecil yang tidak kuat sahaja. Cuba dikumpulkan kekuatan di dalam diri. Sudahlah kehadirannya tidak diundang, pandangan serong dari puluhan mata yang memandang seakan mencucuk hatinya. Sakit rasanya. Safira merenung jarinya yang berinai. Inai yang tidak sekuat mana pun warnanya. Warna inai yang merah itu seakan pudar, sepudar hatinya kini. Inai yang dibuat sendiri lantaran tiada siapa yang ingin membantunya.
"Tidak mengapa, papa! Safira… Safira sedar siapa diri ini. Hajat di hati nak menumpang kasih dengan keluarga ini tapi sayangnya ia tak kesampaian. Mungkin bukan di sini kebahagiaan yang Safira cari. Takpelah, papa. Bukan jodoh Safira bersama Fahmi. Jika itu yang ditakdirkan, Safira redha… Terima kasih, papa sebab kasihan pada diri ini. Tiada siapa yang beri kekuatan pada Safira melainkan papa seorang.."
Kolam mata Safira dilimpahi lagi dengan air mata. Mudahnya air jernih itu mengalir. Barangkali ia turut bersimpati dengan nasib Safira. Dato’ Razali memeluk Safira. Dia berharap pelukan itu mampu menenangkan kemarau yang melanda hidup gadis itu.
Dato Razali bangun menghampiri rak buku-buku bacaannya. Di situ terselit satu buku kecil berwarna merah. Diraih buku itu dalam pegangannya. Dato Razali memandang Safira.
"Sehari sebelum Fahmi accident, Fahmi minta diari ini diberikan pada Safira. Fahmi jelaskan pada papa yang kes hari tu memang bukan salahnya. Tidak terlintas pun di hatinya nak dapatkan Safira dengan cara kotor tu. Safira, papa minta maaf! Papa ada terbaca diari ni. Bukan papa berniat buruk, papa cuma mahu tahu bagaimana hati anak papa tu pada Safira. Kalau Safira baca diari ni, papa pinta janganlah Safira terkejut besar dengan tulisan Fahmi. Rambut manusia sama hitam tetapi hati lain-lain. Papa sendiri tak menyangka! Andai Safira bertemunya kelak, jangan ada dendam terbuku di hati."
"Jika Safira perlukan semangat dan nasihat dari papa, janganlah segan-segan menghubungi papa. Safira tahu nombor papa kan? Papa sentiasa ada untuk memberi semangat buat Safira. Papa dah anggap Safira macam anak papa sendiri," sambung Dato’ Razali.
"Terima kasih, papa!" ucap Safira perlahan lantas diambil diari itu. Mungkin di sini akan terungkai apa yang sebenarnya terjadi dulu. Dato Razali menepuk-nepuk bahu Safira.
‘Hai, anakku… bersabarlah. Papa doakan dirimu sentiasa diulit kebahagiaan. Biarpun lambat, pasti ia akan mencari kamu kelak!’
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Kaki Novel Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KN untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
admin@kakinovel.com
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei