Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Teguran Hisyam benar-benar membuat Maria terkejut. Tindakan refleks menyebabkan dia mengerling ke arah jam di dinding.
‘Dah pukul 1 pagi. Dia lewat lagi...’ bisik di hati.
Selalu benar suaminya itu balik lewat sekarang. Hati tertanya-tanya! Banyak sangatkah kerjanya? Sibuk sangatkah dia? Atau... selepas lima tahun, Hisyam sudah jemu untuk pulang awal ke rumah? Jemu melihat dirinya?
Wajah Hisyam direnungi. Dia ingin benar mengetahui sebabnya. Mengetahui jawapan kepada soalan-soalan yang berlegar-legar di ruang fikir. Lantas soalan itu ditanya.
"Abang sekarang selalu sangat balik lambat. Banyak sangat ke kerja kat pejabat tu?"
Soalan itu hanya dijawab dengan anggukan. Tanpa memandang ke arahnya, Hisyam merungkai tali leher dan membuka baju yang dipakai sejak pagi. Dia penat dan ingin membersihkan diri. Tuala dicapai dan dia terus berlalu ke bilik air untuk mandi.
Sedih sungguh rasa hati dengan sikap tak endah Hisyam terhadapnya. Hiba terasa dengan perangai Hisyam yang tiada kemesraan. Wajah itu mencuka sahaja. Riak ceria sudah tiada.
‘Mengapa? Apa yang tak kena? Apa salahku? Dia ada masalah ke? Tapi, kenapa diam aje? Kenapa dia tak kongsi masalah dia dengan aku? Macam dulu?’
Kalaulah mereka ada anak? Tentu dirinya tidak sesepi ini! Tidak sesunyi ini!
Kalaulah mereka ada anak? Kesunyian ini tentu tidak terlalu dirasai!
Selepas bersembahyang isyak, Hisyam mendapatkan Maria yang masih menyendiri di balkoni.
"Apa yang Lia menungkan ni? Tadi masa abang balik, abang tengok, Lia macam tak perasan pun? Kenapa?"
Jari-jemarinya merasa dahi isteri, bimbang kalau-kalau isterinya itu demam. Direnungnya pula wajah yang muram. Tangannya sudah meraih lembut pinggang Maria ke dalam pelukan. Wajahnya ditundukkan supaya matanya yang tajam itu dapat memerhati riak muka isterinya. Ada kesedihan pada wajah itu namun dia tidak mahu bertanya kerana dia sudah tahu jawapannya.
Maria menolak tubuh suami menjauh.
"Lia tak demam, bang. Lia sihat. Lia cuma susah hati tengok abang. Selalu sangat balik lambat. Bila Lia tanya, abang kata abang banyak kerja. Abang sibuk!"
Hisyam mengeluh. "Memang pun. Sekarang ni abang betul-betul sibuk!"
"Tapi, Yana tak pernah cerita pun tentang Azman balik lewat. Hari tu, masa Lia pergi rumah dia, Man dah ada kat rumah. Masa tu baru kul enam. Abang dengan dia sepejabat tapi dia boleh balik awal. Kenapa abang tak boleh?" Sanggah Maria.
Hisyam mengeluh lagi.
"Lia, abang sibuk sikit sekarang ni. Banyak kerja! Lia jangan bandingkan abang dengan Azman atau Amir. Syarikat tu milik abang. Jatuh bangunnya bergantung pada abang. Man cuma pekerja aje. Kalau jadi apa-apa pada syarikat, dia orang boleh cari kerja kat tempat lain. Tapi abang? Lingkup Jay Jaya Holdings, maknanya abang pun habis. Abang tak mahu itu berlaku."
"Apa maksud abang?"
Hisyam diam. Wajah dialihkan ke lain.
Maria segera memegang tangan suaminya. Dengan lembut dia bertanya lagi. "Kenapa abang diam ni? Cakaplah bang, bagitau Lia. Syarikat ada masalah ke? Kongsilah dengan Lia, bang!"
Hisyam tidak mempedulikan Maria dan kehendaknya. Dia sudah letih. Dia ingin tidur. Esok, dia ada hal penting untuk diselesaikan. Terus Maria ditinggalkan terkesima sendiri. Dia naik ke atas katil. Mata sudah dipejamkan.
Maria mengekori suaminya. Dengan tertib, diri direbahkan di sebelah Hisyam. Agak lama suasana bisu. Tapi hati tidak tahan menghadapi kebisuan ini. Lantas dia berbisik....
"Lia risau, bang. Sikap abang dah banyak berubah. Sekarang abang asyik mendiamkan diri. Dulu abang banyak bercerita tentang hal pejabat dengan Lia. Tapi sekarang? Abang dah tak mahu berkongsi apa-apa pun."
Hisyam membuka matanya semula. Wajah sedih isteri ditatap seketika.
"Sekarang dah dekat pukul dua, Lia. Lebih baik kita tidur! Kalau ada apa-apa yang Lia nak tanya, tanya pada abang pagi esok, ok!" Ujarnya.
Panas hati Maria mendengar kata-kata suaminya. Bertambah marah bila Hisyam berpaling membelakanginya.
"Pagi esok? Bila? Abang tu bila bangun aje dah kelam kabut. Minum pun kadang kala tak sempat."
"Lia, please....."
"Abang sengaja tak nak beritahu, kan? Suka hati abanglah! Nak cakap ke? Nak sorok ke? Malaslah Lia nak ambil tahu!"
Hisyam menelentangkan dirinya. Mata yang cuba ditutup, sudah hilang mengantuk. Kata-kata Maria dan rajuknya mengganggu fikiran. Fikiran yang berserabut semakin sesak. Rasa marah tiba-tiba.
"Tak boleh ke Lia bagi abang tidur dengan aman? Abang balik ke rumah ni nak berehat. Nak tenangkan fikiran. Tapi Lia? Lia tanya abang macam-macam! Nak kongsi masalah dengan abang, konon! Kenapa? Selama ini, Lia ke yang buat semua keputusan kat pejabat tu? Macam-macam! Hal pejabat pun Lia nak ambil tahu!"
Maria mengalihkan tubuhnya perlahan-lahan untuk merenungi wajah Hisyam. Hati terluka mendengar suara garang itu tadi. Terluka mendengar ayat-ayat yang terbit dari bibir. Mata suami sudah terpejam semula.
Hisyam segera membuka mata bila terasa Maria bangun dari katil.
"Nak ke mana pulak tu?" soalnya.
Tanpa menoleh ke arah suaminya, Maria menjawab, "Abang kan nak tidur dengan aman? Nak tenangkan fikiran? Lia nak turun ke bawah. Nak jahit baju sebab Lia tak dapat lena. Nanti kalau Lia asyik bergolek ke kiri ke kanan, abang marah pulak."
Belum jauh dia melangkah, Hisyam sudah bangun dan menarik dirinya kembali ke katil. "Sorry, ok." Bisiknya.
Maria diam.
Hisyam ketawa kecil.
"Merajuk, ya? Dahlah tu. Tak payah menjahit ke apa ke. Sekarang masa untuk tidur, tahu." Bisiknya lagi sambil hidung dibenamkan ke dalam rambut isteri yang harum.
Maria tidak mahu berkata apa-apa lagi. Tidak juga mahu berbuat apa-apa pun. Kalau Hisyam mahu tidur, itulah yang akan dilakukan.
"Hmm, wanginya rambut isteri abang ni."
Maria tidak mempedulikan godaan itu. Tubuh sengaja dikeraskan.
"Lia, abang….."
"Tidurlah, bang. Kan abang kata abang penat, tadi? Lia pun penat juga. Jadi, lebih baik kita tidur, kan?" Balas Maria sinis.
Hisyam mengeluh. Maria memulangkan paku buah keras kepadanya. Maria masih merajuk dengannya. Hati mendongkol geram. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia menarik selimut hingga ke kepala.
Tok-tok!Tok-tok!Ammar mengetuk perlahan pintu bilik isterinya.Tiada jawapan.Dicubanya lagi.Baru kini terdengar suara orang menyahut.Ammar membuka daun pintu itu sambil tangannya menatang dulang.
"Saya buatkan breakfast.Awak tak boleh jalan banyakkan?" Ammar bersuara.
"Oh ye ke?Breakfast on bed?Thanks."Ain mengukir senyuman. Ammar meletakkan dulang itu di atas katil.Ain membetulkan bantalnya lalu bersandar.
"Nanti bila awak dah habis makan,panggil saya.Saya ada dekat depan tu.Nanti nak bubuh ubat pulak."Ujar Ammar sambil membelek-belek kaki Ain.Ain pula hanya memerhati perbuatan lelaki itu.
"Saya keluar dulu."Ammar berlalu keluar beberapa minit kemudian. Ain tersenyum sendirian.Dia menatap dulang yang berisi bijiran yang dituang sedikit susu dan segelas kopi.Tangannya mencapai cawan itu lalu dihirupnya.Dia termenung.Keliru dengan perasaan sendiri.Kadang-kadang Ammar bersikap teruk.Tapi kadang-kadang baik pula.Adakah dia sudah jatuh cinta kepada lelaki itu?Cinta?Tidak!Tidak sama sekali!Hatinya sudah mati untuk cinta.Mungkin dia hanya terharu dengan apa yang Ammar lakukan.Biasalah perempuan,lembut hati.Perempuan,perempuan.
"Petang nanti saya ada flight.So pandai-pandailah erk nak jaga diri.Mungkin lagi tiga hari baru saya balik.Jangan lupa bubuh ubat ni."Kata Ammar setelah selesai dia membersihkan dan membubuh ubat di bahagian luka kaki Ain. Ain mengangguk-anggukkan kepalanya.Perlahan-lahan dia menarik kakinya untuk diletakkan ke lantai.Penuh berhati-hati.Dia mengangkat badannya dan berdiri.
"Awak nak pergi mana?"Tanya Ammar dengan kerutan di dahi.
"Nak pergi tandas.Takkanlah tak mandi kot?Rimaslah kalau tak mandi."Ain melangkah satu per satu seperti bayi yang baru hendak belajar berjalan. "Boleh ke tu?"Ammar curiga.
"InsyAllah.Awak keluarlah.Saya nak mandi.Tak faham-faham lagi ke?"Ain memegang dinding yang berdekatan dengannya untuk dijadikan sokongan. "Hei!Saya nak tak gatallah okey?Apa awak ingat saya nak sangat ke tengok badan awak tu?Tak hendaknya saya.Entah-entah badan tu penuh dengan panau!"Ammar menyindir perempuan itu diiringi tawa kecil.
"Suka-suki awak je kan cakap badan saya ada panau?!Badan saya bersih tak macam awak!Awak tu pengotor!Tak suka mandi!Bau longkang kat tepi jalan tu tahu tak?!"Walaupun dalam keadaan begitu Ain masih mampu bertikam lidah dengan Ammar.
"Eh!Badan saya bau longkang?Badan awak tu bau jamban tahu tak?!"Ammar melepaskan tawa besar. Ain melangkah laju ke arah Ammar yang sedang sibuk dengan tawanya itu tanpa mempedulikan kesakitan di kakinya.Kalau tengah marah sakit pun hilang!Ain sudah mengepal penumbuk dan dihayun penumbuknya ke perut Ammar.Hasilnya?Bukannya Ammar yang menderita sakit tetapi dirinya sendiri.Belum sempat tangannya berada di perut Ammar badannya sudah berada di rangkulan Ammar.Dia hampir sahaja terjatuh.Nasib baik Ammar sempat menyambutnya.Jika tidak bertambah pulalah sakitnya nanti.
"Haha!Nak pukul orang konon?Dia yang jatuh!Haha!"Ammar semakin galak ketawa.
"Ish!Dah lepaslah."Ain cuba meloloskan dirinya.Dia bangun dari rangkulan itu dan terus menolak lelaki itu keluar dari biliknya lalu ditutup pintu bilik itu.Ain bersandar di pintu.Menarik nafas panjang.Untuk hilangkan marahnya terhadap suaminya itu.Masih terdengar lagi gelak tawa Ammar dari bilik itu.’Sabar sahajalah Ain.’Hatinya memujuk. Deringan lagu ‘The Climb’ membuatkan Ain segera menekan punat hijau di telefon bimbitnya.
"Waalaikummusalam Mama!Mama Ain rindulah dekat Mama!"Gembira benar hatinya mendengar suara mamanya yang sudah hampir sebulan lebih tanpa khabar berita. "Ain tulah sibuk je memanjang.Sejak kahwin ni telefon Mama pun dah tidak!Kalau ya pun sibuk dengan suami janganlah sampai Mama pun lupa."Rajuk Datin Suraya.
"Ala Mama ni..Nak merajuklah tu.Sorrylah.Ain busy sikit lately ni.Tak ada masa nak telefon."Dia mencipta alasan yang boleh diterima dek akal.
"Apa-apalah.Ni bila nak datang rumah jumpa Mama dengan Papa?Papa Ain tu bukan main rindu lagi dekat Ain tahu tak?Hari-hari dok menyebut nama anak kesayangan dia ni.Bila nak datang?Datanglah dengan Ammar sekali.Kalau Ain nak datang Mama masak lauk kegemaran Ain."Pancing Datin Suraya.Mungkin umpannya mengena.Manalah tahukan?Belum cuba belum tahu. Ain mengira-gira.Bagaimana hendak dia lakukan?Dia tidak mahu orang tuanya tahu yang dia sedang sakit.Pasti mereka akan risau.Dia memerah otaknya.
"Mama dalam minggu ni tak bolehlah.Ammar kerja.Nanti kalau Ain tak mintak izin dia nak keluar rumah dosa pulakkan?Nanti minggu depan kami datang.InsyAllah."Ain mencuba nasib.Harap alasannya diterima kali ini.
"Minggu depan,minggu depanlah.Nak buat macamanakan?Kerja.Tak boleh nak buat apa.Nanti inform Mama bila kamu nak datang.Cakap awal-awal kang nanti tak sempat masak pulak."Pesan Datin Suraya. Beberapa ketika kemudian Ain menekan punat merah di telefon bimbit Nokia E63nya itu lalu diletak di atas meja sisinya.Ain merenung kehadapan.Ada televisyen di dalam bilik itu!Baru dia teringat.Dia mencari-cari remote televisyen itu di dalam laci.Dia menekan punat merah dan terpapar muka pelakon Jalaludin Hassan.Cerita itu menarik perhatiannya.Sedang asyik dia menonton tertera tulisan ‘bersambung’ di kaca televisyen itu dan tercetus satu keluhan kecil di bibirnya."Cerita bersiri ni yang malas aku nak tengok.Ish!"Ain berkata sendirian.Dia menutup kembali televisyen itu.Bilik itu kembali sepi.Sepi dan sepi.Apa yang boleh dia buat?Tidur sahajalah!
"Sayang!Kenapa you lama tak call I?Tiap hari I tunggu panggilan dari you tahu tak?"Syafira memarahi Ammar setelah hampir semua kakitangan di kapal terbang itu sudah jauh daripada mereka berdua.
\"Baby I’m really sorry...I never mean to do that to you.You tahukan I busy."Ammar memujuk wanita tinggi lampai yang anggun berpakaian pakaian pramugari itu di hadapannya.
"Busy?Busy dengan siapa?With your new wife right?Am i right?!"Tengking Syafira.Geram benar dengan kekasihnya itu.
"Pedulilah pasal perempuan tu!Dia tak ada apa-apa makna dalam hidup I.I only love you okey?"Ammar mengusap pipi wanita itu dengan lembut.
"Is it true?Betul you cintakan I seorang?"Suara lembut itu kedengaran beberapa ketika kemudian.
"Sumpah!"Ammar mengangkat tangannya menangkat sumpah.Sumpah tipu sebenarnya. Terukir senyuman di bibir Syafira.Ammar menarik nafas lega lalu merangkul pinggang wanita itu.Mereka berjalan menuju ke arah bangunan KLIA itu.
"Ni you balik dengan apa malam-malam ni?"Ammar mengerling jamnya.Sudah menjangkau pukul tiga pagi.
"Naik teksilah.Nak naik apa lagi?"Syafira meleraikan pelukan Ammar dan digenggam tangan lelaki itu.
"Naik teksi?Bahayalah!Nanti driver teksi tu buat apa-apa dekat you,siapa susah?I yang susah tahu tak?Biar I hantar je."Marah Ammar.
"Okey sayang.I sanggup buat apa sahaja untuk you.I akan ikut apa je yang you suruh."Syafira melangkahkan kakinya di atas escelator diikuti Ammar.Kerana sikap ambil berat lelaki itulah yang membuatkan dia terjatuh hati.Sungguh lelaki itu mempunyai sikap prihatin.Bahagiannya dia.
"Bila you nak ceraikan isteri you tu?"Tercetus persoalan itu kepada Ammar.
"Lebih kurang lagi 11 bulan lagi.Kenapa?You tak sabar nak kahwin dengan I ke?"Ammar mencuit hidung wanita itu.Segera Syahira menepis manja tangan Ammar. "11 bulan?Lamanya!Nanti kalau mak I suruh I kahwin dengan lelaki yang dia berkenan sangat tu baru you tahu.I tak mampu nak halang tingkah laku mak I tu."Syafira mendengus kecil.Dia cukup tidak suka dengan maknya itu.Semuanya hendak ikut cakap dia.Siapa yang suka?
"I dah ada perjanjian dengan dia yang kami akan kahwin dalam tempoh setahun.Kami dah sign dah pun kontrak tu.So I tak boleh nak buat apa.Jadi semuanya you kena main peranan.I tak boleh buat apa.Sorry."Bukannya dia peduli kalau wanita itu hendak kahwin dengan lelaki lain.Banyak lagi teman wanitanya yang ada.Mazni,Rose,Kay,Lydia.Semuanya tidak tahu status terbarunya.Jadi apa masalahnya?Satu pergi ramai lagi stok dekat belakang.
"Okey.I akan cuba okey?"Syafira mengukir senyuman lalu dikucupnya tangan lelaki itu.Harapannya untuk mengahwini lelaki itu teramat tinggi.Betapa dia mencintai lelaki itu. Seminggu bercuti di rumah merupakan satu penyeksaan bagi Ain.Teramatlah bosan baginya hanya terperap di dalam rumah itu.Dia melangkah ke Craft Design dengan penuh semangat.Semangat bekerjalah konon.
"Hai boss!Lama tak nampak?Amacam kaki dah okey ke?"Sergah Ashraf.
"Hai!Kaki dah okeylah.Kalau tak macamanalah aku boleh nak datang kerja ni.Tanya soalan bodoh.Apalah."Ain melabuhkan punggungnya di kerusi kerjanya lalu menekan butang buka tutup komputer ribanya. Ashraf ketawa kecil sambil menggaru-garukan kepalanya.Dia melangkah ke meja kerjanya.Dia mencapai pensil lalu disambungnya lukisan yang tergendala tadi.Tekun benar gamaknya dia melukis.Kalaulah salah lukis mesti kena bebel dengan Ain.Jadi kenalah dia berdisiplin sedikit.
"Ashraf nanti tolong jumpa arkitek Puan Azimah tu erk?Aku ada banyak kerja ni.Maklumlah cuti seminggu kan?"Ain bersuara tiba-tiba membuatkan Ashraf berhenti daripada melukis.
"Ahh?Okey.Beres boss."Ashraf menyambung kembali melukis rumah yang separuh siap itu.
Ain meneruskan kerjanya membina garisan-garisan yang bakal membentuk garisan rumah itu.Telefon bimbitnya berdering.Segera dia menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil.
"Ain awak dekat mana?"Tidak dijangka-jangka Ammar yang menelefonnya. Ain membetulkan duduknya.
"Err..Ada dekat tempat kerjalah.Kenapa?"Sedikit gagap dia menjawab soalan lelaki itu.
"Tak saya ingatkan nak ajak awak makan tengahari dengan saya hari ni.Boleh?Lagipun hari ni saya cuti.Itupun kalau awak sudilah."Pelik benar bunyinya di telinga Ain.Ammar mengajaknya keluar makan?Tak pernah dibuatnya.
"Apa?Awak nak ajak saya makan?Awak tak demamkan?"Ain curiga.Ya pelik benar perangai lelaki itu.
"Salah ke kalau nak makan dengan awak?Lagipun saya ada hal penting nak cakap.Bukan saja-saja jelah nak ajak makan tengahari.Buat apa nak makan tengahari dengan awak?Buat menghabiskan beras joo"Ammar mula menyakat.Dia tahu pasti Ain akan membalasnya dengan sindirian.
"Oh cakap jelah yang awak ada hal penting.Tak perlulah macam nak ajak kekasih keluar makan.Gelilah saya.Lagipun saya tak suka bazirkan masa saya dengan awak ya?Harap maklum."Ain membela diri.Benar,bukannya dia suka menghabiskan masa dengan lelaki itu.Semakin lama dia duduk berduan dengan lelaki itu semakin menyakitkan hati.Buat apa?
"Apa-apalah Ain.Nanti saya ambik awak dekat kedai.Ke awak nak datang sendiri?Datang sendiri jelah.Jimat minyak saya.Bye!"Ammar memutuskan talian.Ain mendengus geram.’Ada ke patut dia cakap macam tu?Cis!’Geram benar hatinya.
Seperti yang dijanjikan mereka bertemu di The Curve’ Damansara.Ramai benar manusia di situ walaupun hari itu adalah hari bekerja.Sedikit payah untuk Ain untuk mencari Ammar pada mulanya.Setelah lebih kurang 10minit dia mencari dengan penuh kesabaran dan kepayahan dia melihat Ammar sedang berjalan menuju ke arahnya.Pasti Ammar sudah dapat melihatnya dulu sebelum dia melihat Ammar.Lelaki itu mengenakan T-Shirt Polo berlengan pendek berwarna putih serta seluar jeans berwarna biru pudar.
"Dah lama ke awak sampai sini?"Haruman pewangi lelaki itu menusuk hidung Ain.
"Baru je.Ramai oranglah dekat sini.Nak makan mana ni?"Ain melihat sekelilingnya.Semua restoran dipenuhi dengan ramai orang.
"Makan dekat The Aparment ni jelah.Jom."Ammar melangkah menuju ke arah restoran itu diikuti Ain. Makanan yang dipesan diletak di meja setelah hampir 15minit mereka membuat pesanan.Ammar begitu berselera makan Sirloin Steak yang dipesan.Ain pula hanya memesan Jamie’s duck pasta.
"Apa yang hal penting awak nak jumpa saya ni?"Ain memulakan bicara lalu menghirup jus epal hijau.Ammar memandang ke arah Ain lantas berhenti daripada menjamu selera.
"Erm...Tak adalah penting mana pun.Saya cuma nak kita...."Percakapannya terputus apabila mendengar telefon bimbit Ain berbunyi.
"Helo,Assalamualaikum.."Ain memberi salam.Tidak tahu siapakah gerangan yang menelefonnya itu.Ammar pula bersandar di kerusi.Hajatnya untuk menyatakan sesuatu terbantut.
"Apa??!!"Jeritan Ain itu membuatkan Ammar sedikit terkejut.Dia menfokuskan pandangannya ke arah Ain.Seketika kemudian kelihatan butir-butir air jernih dari mata wanita itu menitis.Ammar kebingungan.
"Ain kenapa ni?"Namun tiada jawapan.Hanya esakan yang didengar.Hati Ammar mula tidak senang.Kenapa pulak ni?
"Ain?"Ammar memegang tangan wanita itu lalu diusapnya perlahan.Ain memandang ke arah tangannya yang dipegang lalu dia memandang tajam ke arah Ammar dan menepis kasar tangan itu.
"Awak tak faham ke perjanjian kita dulu yang awak tak boleh sentuh saya tanpa sebab?!"Marah Ain tiba-tiba.Ammar terpana.
"Saya tak ada niat pun..Saya tanya awak,awak tak jawab.Kenapa ni?"Ammar membela dirinya.Ain tidak mempedulikan lelaki itu lagi dan terus berlalu pergi.Ammar terpinga-pinga lantas dia menyelitkan beberapa keping not berwarna hijau pekat di pinggannya.Kakinya pantas mengejar Ain.
"Ain!Ain!Ain Alysa!"Laung Ammar.Dia mencapai tangan wanita itu.
"Awak ni kenapa?!Saya tanya awak elok-elokkan?"Kemarahan Ammar terhambur juga.Geram dengan sikap wanita itu.
"Let me go!Don’t follow me Ammar!"Ain menepis kuat tangan suaminya dan berlari-lari anak menuju ke tempat parkir keretanya.Ammar hanya melihat bayangan isterinya hilang di dalam celahan orang ramai.Dia menarik nafas dalam.Apa yang sebenarnya berlaku?Hatinya tertanya-tanya.
p/s:sila tinggalkan komen anda.thanx kepada siapa yg mengikuti dan support cerita ni.thanx a lott!!
"Syhh… Your place is with me, Adry. Be with me. Stay with me. Saya akan layan awak lebih baik dari Aril. Coz I love you… I love you so much… Lebih banyak dari apa yang boleh awak bayangkan…"
Aku tergamam. Sunyi seketika alam di sekelilingku. Ihsan cintakan aku? Lawak ape nih?
Dan bila Ihsan cuba merapati dan merangkul tubuhku, aku pantas menepis tangannya. Air mata di pipi sudah berhenti dengan sendirinya. Yang di pipi sudah habis ku kesat dengan tapak tangan. Aku segera menjarakkan kedudukan kami bila Ihsan cuba merangkulku sekali lagi. Jarak yang cukup untuk Ihsan tidak berbuat apa-apa di luar kewarasan fikirannya.
"Ihsan, banyak mana pun awak cintakan saya tapi tolong hormat status yang saya sandang sekarang!" Kataku tegas. Terkulat-kulat Ihsan mendengar. Ada riak kecewa di wajah kacaknya. Namun aku tidak peduli. Aku masih isteri Farriel, walaupun aku tak pasti sehingga bila gelaran akan aku pegang.
"Saya cintakan awak…" Ulangnya lagi.
"Maaf. Saya tak cintakan awak. Saya anggap awak macam kawan aje. Paling tidak pun sebagai abang…" Tegasku. Aku sudah masuk ke perkarangan rumah. Kini, pagar rumah menjadi pemisah kami.
"That’s hurt… Tapi itu lebih baik dari menipu, kan?" Ihsan tersenyum tawar. Cahaya di matanya sudah pudar. Tidak seperti ketika mula-mula dia meluahkan rasa hatinya. Namun, sinar harapan di matanya masih menyala.
"Saya isteri Farriel." Aku harap kenyataan itu akan memberi jawapan atas luahan hatinya tadi.
"Saya akan tunggu sehingga dia lepaskan awak."
"Saya tak cintakan awak!" Akuiku jujur.
"Saya akan tunggu sampai awak jatuh cinta pada saya!" Bersungguh Ihsan menegaskan pendiriannya.
"Kalo saya tak jatuh cinta pada awak sampai bila-bila?" Dugaku.
Riak kecewa semakin ketara di wajah Ihsan. Aku jadi belas melihatnya. Sungguh, jika aku punya kuasa untuk mengalihkan rasa cinta, sudah tentu aku akan mengalihkan rasa cintaku pada Ihsan. Tapi aku cuma insan biasa. Dan cintaku sudah dibawa pergi oleh seorang lelaki bernama Tengku Farriel Izumi.
"Saya percaya kalo saya ikhlas mencintai dan menyayangi awak, saya akan memperolehi cinta awak suatu hari nanti. Dan saya akan tunggu sampai hari itu tiba…" Perlahan kata-kata itu dilafazkannya. Namun ada harapan, keazaman dan keyakinan tersemat dalam kata-katanya.
"Ihsan…" Tak mampu aku mengungkapkan sebarang kata-kata lagi. Rasa bersalah dan simpati mula merajai hati.
"Jangan rasa bersalah. Dan jangan sesekali rasa bersimpati. Saya tak kan paksa awak untuk mencintai saya. Sebab saya nak awak ikhlas mencintai saya…"
Aku terdiam. Cuma mampu memandang ke arah Ihsan. Kejamkah aku menolak cintanya?
"Saya balik dulu…"
Seketika kemudian Ihsan berlalu pergi. Aku masih termangu-mangu dengan apa yang berlaku.
@~@~@~@~
Farriel masih memandu. Sekejap tadi dia dah berpusing-pusing di pusat bandar. Bosan dengan kesibukan yang tak pernah berakhir, dihalakan pula kereta ke pinggir bandar. Kepalanya masih ligat memikirkan perkara yang berlaku pada dirinya kebelakangan ini.
Kepulangan Marina yang pada sangkaannya akan melenyapkan segala kerunsingan dan kekeliruan dalam hidupnya. Kehadiran Marina yang pada perkiraannya akan menyemarakkan lagi rasa cinta antara mereka berdua. Namun sebaliknya yang berlaku. Dia sering berasa kehilangan di celah-celah momen-momen indah bersama Marina. Seperti ada yang tidak lengkap. Seperti makanan yang kurang rencah perisanya. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia berasa begitu. Yang pasti, AD selalu berada dalam ingatannya, walaupun ketika dia bersama Marina.
Apa yang dilihatnya petang tadi benar-benar membuatkan dirinya kecewa. Egonya calar. Sangkanya AD juga punya perasaan yang sama sepertinya. Sangkanya AD menyayangi dan menyintainya sepenuh hati. Sangkanya AD setia kepadanya.
Rupanya dia silap dalam membuat pertimbangan. AD juga punya kehidupannya sendiri. AD juga berhak punya kekasih hati; yang menepati citarasanya, yang sentiasa ada untuk dirinya, yang menyayanginya sepenuh hati. Lelaki pilihan hatinya adalah Ihsan, abang sepupunya sendiri. Ihsan, lelaki yang selalu ada untuk isterinya, terutama sewaktu isterinya dalam kesusahan.
Farriel mula menyalahkan diri sendiri. Dia sepatutnya tau yang Ihsan dan AD saling menyintai. Justeru itu mereka tampak serasi bersama. Mereka saling memahami. Tidak seperti dirinya dan AD yang sering bertelagah walaupun dalam hal sekecil hama. Dia juga kesal kerana hampir-hampir melanggar perjanjian yang telah mereka persetujui; mereka tidak boleh jatuh cinta antara satu sama lain, dan pihak kedua tidak boleh masuk campur dalam urusan hati pihak pertama.
Di akhir perjalanan tanpa arah itu, Farriel memasang tekad. Dia harus meneruskan hidupnya. AD berpijak di bumi yang nyata. AD sedar bahawa perkahwinan mereka tidak akan bertahan lama. Maka, AD telah memilih Ihsan sebagai pengganti dirinya. Justeru itu, dia juga akan meneruskan kehidupannya. Dia harus buktikan bahawa dia juga mampu hidup bahagia… tanpa AD…
@~@~@~@~
Bunyi loceng dari luar pintu apartmen membingitkan telinga sehingga memaksa Marina menekup kedua-dua belah telinganya dengan bantal. Malangnya usahanya tidak membuahkan hasil. Marina mula hilang sabar.
"My God! Orang giler mana yang datang malam-malam buta ni?" Jeritnya kuat. Bergema kamar tidonya seketika.
Tertekan dengan perangai giler tetamu tak diundang itu, Marina segera turun dari katil. Gaun tido satin dicapainya. Dipakainya agar penampilannya nampak sopan walaupun gaun itu sekadar mampu menutupi singlet tali halus dan seluar pendek yang dipakainya. Loceng yang ditekan bertalu-talu membuatkan Marina berkejar ke pintu.
"Kejap!" Jeritnya dari dalam. Selak pintu ditarik ke tepi. Tombol pintu dipulas. Dan demi dia terpandangkan wajah di hadapannya, dia terkejut.
"My God! Farriel?"
Tercengang-cengang Marina melihat wajah kekasih hatinya yang kelihatan tak terurus dan keletihan. Dirapikan rambut Farriel yang kusut-masai. Kemudian, diusap-usapnya ubun-ubun Farriel. Cuba menenangkan Farriel yang mengah. Cuba memberi semangat kepada Farriel yang kelihatan seperti sudah disedut keseluruhan semangatnya. Selebihnya, dia cuba menyakinkan diri sendiri bahawa Farriel yang berdiri di hadapannya kini. Yang menekan loceng apartmennya berkali-kali sewaktu malam sudah merangkak ke pagi. Sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh seorang Tengku Farriel Izumi.
"Farriel, are you okey? Kenapa ni? You nampak exhausted sangat and… terrible… awful…"
Farriel masih tetap begitu. Tetap berdiri sambil menundukkan kepala. Memandang sesuatu yang entah apa. Sebelah tangannya ditopangkan ke dinding, menahan berat badan. Marina panik.
"Farriel…"
Farriel mengangkat wajah kali ini. Memandang tepat ke arah Marina. Namun bukan wajah Marina yang terbias di retina mata dan di minda. Wajah AD dan Ihsan dalam keadaan ‘mesra’ itu yang tergambar.
Tenaga yang masih bersisa, dikumpulkan. Wajah Marina yang beriak terkejut, pelik dan penuh tanda tanya dipandang setepat-tepatnya.
"Marina…" Panggilnya antara dengar dan tidak.
"Yes…" Marina menunggu sambungan kata-kata dari mulut Farriel.
"Will you… marry… me…?" Tergagap-gagap Farriel menuturkan lamaran itu.
Membulat anak mata Marina. Kedua-dua belah tapak tangan ditekup ke mulut. Menutup mulut yang terbuka luas dek terkejut. Seketika kemudian pecah tawa gembira di mulutnya.
"Oh, my God! Farriel! You are proposing me, aren’t you?" Soalnya dalam nada teruja.
"Yes…" Wajah Farriel masih tetap begitu. Tak beriak.
"Yes! Yes! The answer is yes, Farriel! I agree to be your wife!"
Terlompat-lompat Marina menuturkan jawapan terhadap lamaran Farriel itu. Lamaran yang telah lama ditunggunya semenjak menjejakkan kaki kembali ke Malaysia. Lamaran yang tidak disangka-sangkanya akan dibuat oleh Farriel pada pukul 2 pagi!
"I gembira sangat! Finally… I janji, I akan jadi isteri yang paling baik untuk you. And I will be loving you forever!"
Marina pantas meluru ke arah Farriel. Dipeluknya Farriel erat-erat. Dan Farriel hanya berdiri kaku di situ. Tanpa emosi.
@~@~@~@~
"Sayang! Cantiknya cincin ni! I nak cincin ni jadi cincin kawin kita, boleh?"
Cincin emas putih bertatah berlian yang sudah tersarung di jari manis, ditunjukkan kepada Farriel. Farriel tersenyum cuma. Sebentar tadi, Marina berkenan dengan cincin emas bermata satu. Kemudian cincin yang tertanam beberapa biji berlian. Pada pandangannya, semua cincin sama sahaja. Cuma sekadar cincin bagi mengikat sesebuah perhubungan. Namun terlintas di fikirannya, bagaiman agaknya rupa bentuk cincin perkahwinannya bersama AD. Dia tidak pernah perasan akan rupa bentuk cincin tersebut di jari manis AD. Emaskah? Emas putihkah?
"Farriel, you ni kenapa? Asyik termenung aje. Ada masalah ke?"
Cincin di jari manis sudah dikembalikan kepada gadis di kaunter. Tumpuannya kini pada Farriel yang berwajah keliru. Farriel mengukir senyuman.
"Tak ade ape-ape la. I okey aje…"
"Okey you kata! Jasad you aje yang ada dengan I, tapi fikiran you entah melayang ke mana."
Marina berpaling ke arah bertentangan. Memeluk tubuh. Menandakan konfrontasi sudah bermula. Farriel tarik nafas panjang. Bahu Marina dipegang dan dipusingkannya agar mengadap ke arah dirinya.
"Marina, I’m sorry okey… You tau kan, I sekarang sibuk dengan projek kat JB tu. Terpaksa ulang-alik. So, I betul-betul letih."
"Tapi kita kan tengah wat preparation untuk wedding kita. Banyak lagi yang kita tak wat. Dewan, pelamin, baju lagi…" Rungut Marina.
"Ya. I tau. Kita bukan nak kawin esok pun… Paling cepat pun, tiga bulan dari sekarang. Kita wat slow-slow okey…"
"I tak tau kenapa. Tapi I dapat rasakan yang I sorang aje beria-ria wat preparation. You macam… rilek aje!"
"Iye la… I bersungguh la ni!" Farriel pura-pura sibuk menelek cincin yang ada di situ.
"Ye la sangat tu! Kalo you bersungguh, bila wakil papa dan mama you nak masuk meminang I?"
Farriel tergamam. Masuk meminang? Wakil dari papa mama? Maksudnya, aku kena cakap dengan diorang yang aku nak kawin lagi satu? Atau bagitau aku nak bercerai dengan AD? Berterus-terang yang AD tu isteri kontrak aku aje, dan Marina la kekasih hatiku yang sebenar? Tak pernah dia terfikir semua itu. Perkara ini lagi rumit dari apa yang dia bayangkan.
"Ler, I ingat you ni wanita moden. Tak pakai lagi dah upacara merisik meminang ni semua. Nak kena wat benda-benda tu juga ke?"
"Mesti la… I nak majlis bertunang dan kawin yang grand. Ada lot of roses, ada kereta kuda, ada macam-macam la… Biar terbeliak sket mata sedara-sedara I tu! Dan I dengan bangganya akan memperkenalkan you sebagai tunang dan bakal suami I. Mesti diorang jealous dengan I sebab dapat pikat lelaki hensem, kaya macam you… Keturanan tengku lagi!"
Mata Marina dah menala ke mana. Membayangkan majlis pertunangan dan perkahwinan impiannya.
"Fasal tunang kawin tu kita cakap lain kali aje la ek…" Kata-kata Farriel melenyapkan terus angan-angan Marina.
"Kalo you asyik tangguh nak cakap fasal benda ni, asyik tangguh nak bawa I jumpa mama papa you, sampai bila-bila pun kita tak akan kawin sayang…!" Bentak Marina.
"Rileks… Bila tiba masanya, I akan bawa you jumpa diorang okey! Seriously…" Janji Farriel. Hakikatnya, dia sendiri tak tau macam mana nak ‘mengadap dan menjawab’ soalan seisi keluarganya kalo hal ini diutarakan kelak.
Farriel senyum segaris. Marina kalo merajuk boleh berhari-hari lamanya, kalo tak kena cara memujuk. Kalo AD… AD lagi yang aku ingat! Kenapa susah sangat nak lupakan AD walaupun sehari? Macam mana la keadaan AD sekarang… Sejak Marina balik, jarang-jarang benar dia bersua muka dengan AD, walaupun mereka serumah. Dia keluar rumah, AD tengah sibuk kat dapur atau mandi. Masa dia balik rumah, biasanya AD dah tido.
Ahh…Wat ape aku nak sibuk-sibuk fasal AD. Dia kan dah ada Ihsan, playboy US yang dah jinak tu. Biar Ihsan aje la yang menjaganya. Tapi, tergamak ke aku nak lepaskan AD pada Ihsan yang aku tahu tahap ke-playboy-annya tu? Pompuan sebaik AD tu, kalo boleh biar la dapat kat lelaki yang baik-baik.
Bahu terasa ditepuk. Kuat. Sampai lenguh bahu dibuatnya.
"Tengok tu! You berangan lagi! Dah la!"
Terkedek-kedek Marina meninggalkan Farriel di kemas emas itu. Ahh… Aku mengelamun lagi! Menyedari kesilapan diri, Farriel pantas mengejar Marina yang semakin menjauh. Dipautnya bahu Marina. Marina menepis. Dicubanya lagi memaut bahu Marina. Kali ini disertakan dengan ayat-ayat cinta… Hati Marina mula cair. Terus hilang rajuknya. Mereka terus berdampingan ke butik pengantin berhampiran.
@~@~@~@~
"Isk, nenda ingat benar tempatnya! Sepatutnya kat tingkat ni, Rianna…" Rungut Nenda Nerrisa. Aku meninjau-ninjau ke sekitar aras tiga shopping complex itu. Mencari butik pakaian pengantin yang diceritakan oleh nenda sebentar tadi, semasa kami jalan perjalanan ke sini. Tak ada pun… Aku balik ke tempat nenda berdiri.
"Tak ada pun nenda. Mungkin kita salah level kot!" Telahku sendiri.
Wajah nenda nampak muram. Mungkin kesal kerana gagal mengingati lokasi butik rakannya, sehingga menyebabkan kami terpaksa berpusing di sekitar aras ni beberapa kali. Aku pimpin nenda ke bangku yang ada di situ. Kesian nenda… Dalam keadaan bertongkat macam tu, digagahkan juga kaki menapak dari satu shopping complex ke satu shopping complex yang lain semata-mata nak mencari baju pengantin terbaik untukku. Bila aku sarankan dia naik kerusi roda, dia menolak. Katanya dia nak exercise. Lagipun ada tangga bergerak dan lif. Tak la sesusah mana pun, katanya.
"Nenda duduk sini kejap, ek… Adry nak pergi beli air untuk nenda. Nenda nak minum air ape? Nak makan ape-ape?" Soalku prihatin.
"Nenda tak nak makan. Kamu beli air aje untuk nenda. Air ape pun nenda tak kisah."
Mendengar jawapannya, aku terus bergegas ke kiosk berhampiran. Buntu memikirkan air ape untuk nenda, akhirnya aku membeli jus untuk nenda dan diriku sendiri. Dan ketika itulah aku terperasan akan sepasang kekasih yang begitu asyik memilih pakaian pengantin di salah sebuah kedai di situ. Jus carrot yang aku sedut terasa seperti pasir. Cuma deria rasa pahit sahaja yang berfungsi ketika itu. Farriel kelihatan begitu mesra dengan gadis berwajah Pan-Asian itu. Tak perlu berteka-teki kerana aku sudah tau, itulah Marina Irriani. Gadis yang dikejar oleh Farriel di KLIA kira-kira tujuh bulan lalu. Gadis yang membuatkan lena Farriel tidak panjang. Gadis yang membuatkan tubuh Farriel kalis air. Gadis yang membuatkan Farriel mengambil tindakan drastik untuk mengahwiniku.
Aku segera mengalihkan pandangan. Enggan menyaksikan lagi kemesraan mereka berdua. Air mata yang bertakung di birai mata, aku kesat sepantas mungkin. Gusar akan dilihat oleh nenda. Dengan senyuman yang dibuat-buat, aku menapak kembali ke bangku yang diduduki oleh nenda. Dan tubuh yang semakin longlai cepat sahaja aku labuhkan ke bangku; bersebelahan dengan nenda.
"Kenapa muka kamu pucat sangat ni, Rianna?" Jus yang aku hulurkan, diletakkan di tepi bangku. Tubuhku diusapnya penuh kasih sayang.
Aku tarik nafas. Dalam-dalam. Sebelum ku lepaskannya. Senyum ku ukir buat nenda.
"Tak ada ape-ape, nenda. Tiba-tiba Adry lapar pulak! Kita berhenti makan dulu la nenda…"
"Kalo macam tu, jom kita pergi makan dulu! Lepas makan nanti baru kita cari butik tu. Kita mesti cari baju tu hari ni juga. Tak boleh tangguh-tangguh lagi. Majlis kamu tu lagi dua minggu. Banyak benda lagi yang tak ada." Katanya sewaktu melangkah.
Aku berasa lega bila kami mula beredar dari situ. Takut juga kalo-kalo nenda ternampak Farriel dengan Marina. Jenuh mulut aku menjawab soalannya nanti. Sebelum bergerak ke food court, sempat aku membuang pandang pada Farriel yang sakan berpelukan dengan Marina. Ada rasa pedih menjalar hingga ke ulu hati.
@~@~@~@~
"Baru balik ke?" Tegurku saat Farriel melangkah masuk ke dalam rumah malam itu. Jelas, Farriel kaget melihat aku masih duduk berjaga di sofa ruang tamu sedangkan jam sudah menginjak ke jam 2 pagi.
"Hmm…" Jawabnya malas. Tali leher sudah dilonggarkan. Cuma menanti untuk dileraikan dari batang leher.
"Kenapa? Ada hal penting nak dibincangkan ke?" Soalnya acuh tak acuh. Aku kira, aku sudah dibuang terus dari kamus hidupnya kerana dia langsung tak punya kesudian untuk berbicara denganku, apatah lagi memandang wajahku. Dari tadi dia lebih suka memandang hujung neck tie, hujung lengan kemeja atau apa sahaja asalkan bukan diriku.
"Ko tau kan yang majlis resepsi kita lagi dua minggu…"
"Ingat! Tiap-tiap hari nenda dengan mama cakap fasal benda tu. Mustahil aku tak ingat!" Balasnya kasar. Terguris hatiku mendengar nada suaranya yang semakin tinggi.
Sunyi mengisi segenap ruang.
"Kalo tak ada ape-ape, aku naik dulu…"
Farriel mula menapak ke tangga.
"Tadi aku nampak ko dengan Marina kat butik pengantin…"
Kaku langkah Farriel di situ.
"Jadi?" Soalnya garang. Dikerlingnya aku dengan ekor mata.
"Aku cuma nak ingatkan ko supaya tak terlalu ‘expose’kan diri bila dengan Marina. Nyaris nak kantoi dengan nenda tadi…"
"Jaga hal masing-masing cukup la… Yang ko sibuk fasal aku dengan Marina, apa hal?" Farriel mula bengang.
"Bukan aku nak sibuk! Tapi kalo nenda nampak tadi, aku yang kena bersoal-jawab dengan dia! Ko faham-faham aje la kan nenda tu macam mana!" Suaraku mula meninggi.
"Ooo… Ko risau fasal aku dengan Marina. Abis, ko dengan Ihsan tu ape ke hal? Bercengkerama kat depan pintu pagar rumah, tak pe pulak? Tak takut kantoi dengan nenda?" Balas Farriel sinis.
Terkejut aku mendengar kata-kata Farriel. Farriel nampak ke?
"Aku dengan Ihsan…" Tergagap-gagap aku cuba menjelaskan keadaan sebenar sebelum dipotong oleh Farriel.
"Aku tak kisah kalo ko dengan Ihsan nak bercinta ke, nak bercengkerama ke… Yang penting bagi aku, ko jaga nama dan maruah aku selagi ko masih bergelar ISTERI aku! Faham?"
Mencerlang mata Farriel memandangku. Dan dia terus berlalu ke tingkat atas.
…selagi ko masih bergelar isteri aku… selagi ko masih bergelar isteri aku…
Selagi bila Farriel? Selagi bila aku boleh bergelar isteri ko? Air mata mengalir laju menuruni pipi. Namun, cepat-cepat aku hentikan tangisan itu. Aku tak mahu menangis lagi. Menangis tak menyelesaikan apa-apa masalah! Menangis cuma menampakkan kelemahan diriku sendiri. Aku tak nak menangis lagi!
@~@~@~@~
Sunyi. Kosong. Tiada Farriel. Tiada lagi suaranya menjerit, membebel. Tiada lagi bayangnya. Tiada lagi aura kehadirannya di mana-mana. Semuanya tiada.
Sejak malam kami bergaduh tu, Farriel jarang-jarang balik ke rumah. Terfikir juga aku yang dia ada rumah lain. Tapi tak pernah pulak aku tau. Tak kan Farriel bermalam di rumah Marina? Tak mungkin! Tak mungkin sedangkal itu ilmu agama Farriel.
Entah apa yang merasuk minda. Entah apa yang mendorong tubuh badanku. Gerak langkah kaki terus aje menghala ke master bedroom. Menceroboh masuk ke bilik Farriel. Aku pandang sekeliling bilik itu. Masih seperti dulu. Bezanya, dulu Farriel selalu ada di meja kerjanya. Menyudahkan kerja-kerja pejabat yang bertimbun. Sekarang, tidak lagi…
Katil yang berselerak aku rapikan. Buku-buku yang elok tersusun, aku susun semula. Laptop di atas mejanya aku buka dan hidupkan. Koleksi lagu-lagu Melayunya, aku mainkan. Lagu-lagu yang aku paksa dia download di internet. Macam nak perang dunia ketiga waktu tu. Mengingatkan saat-saat itu membuatkan aku tersenyum sendirian.
Kemudian aku melangkah ke almari bajunya. Aku buka almari itu. Kemeja dan pakaian-pakaian Farriel tersusun rapi di situ. Tak pasti apa yang aku cari. Sekadar ingin merasakan kehadirannya di situ. Aku lurut satu persatu bajunya. Bila sampai giliran kemeja biru mudanya, aku tanggalkan baju itu dari penyangkutnya. Aku bawa ke hidung. Cuba menghidu bau badan Farriel yang masih bersisa. Seketika rinduku lerai.
Aku melangkah pula ke balkoni. Menengadah ke langit malam. Tiada bulan. Tiada bintang walaupun sebutir. Langit kelihatan mendung malam ni. Ruang bilik dilatari muzik dari laptop. Lagu Merinduimu dari D’Masiv mula bergema. Satu-persatu bait-bait lirik lagu memasuki ruang pendengaranku.
Saat aku tertawa di atas semua….
"Yang warna merah ni sayur ape?"
Sayur ape? Aku cuma wat sayur campur aje; kubis, kacang buncis, lobak, brokoli. Aku mencari ‘sayur merah’ yang dimaksudkan di pinggan makan Farriel.
"Itu cil…"
Belum sempat aku menegah, Farriel terus masukkan sayur merah ke dalam mulut. Dikunyahnya. Seketika kemudian mukanya bertukar menjadi merah padam.
"… li…" Aku menyambung kata.
Air dalam gelas diminumnya dengan rakus. Air di gelasku juga turut menjadi mangsanya.. Tak cukup tu, air masak dalam jug diteguknya juga.
"Pedas!" Ujarnya seraya menjelir-jelirkan lidah.
Dan kami sama-sama tertawa riang melihat gelagat masing-masing. Farriel dengan muka kepedasannya dan aku dengan riak mukaku yang kengerian melihat reaksinya.
Saat aku menangisi kesedihanku…
"Sudah la tu…" Pujuk Farriel.
Farriel duduk di sebelahku. Kotak tisu dihulurkan padaku. Aku tarik beberapa helai buat mengesat air mata dan hingus.
"Semalam baru aje dia dengan aku… Tup-tup hari ni dia dah mati kena langgar… Sedih la aku…" Aku menangis se’round’ lagi. Farriel hanya mampu mengeleng.
"Kucing aje, AD… Kucing jiran pulak tu… Rileks la…" Belakang badanku diurutnya perlahan. Cuba meredakan kesedihan hatiku.
Aku ingin engkau selalu ada…. Aku ingin engkau aku kenang…
Satu kucupan hinggap di belakang leher.
"No, I think the dress really suits you. You look beautiful in it. Really…" Suara garau itu singgah di cuping telinga.
Tangan Farriel melingkari pinggangku. Selama aku masih bisa bernafas Masih sanggup berjalan Ku kan selalu memujamu…
"Ko nak wat ape?"
"Nanti aku cium, baru ko tau…"
"Ci…um…?"
"Hmm… Cium! Macam ni…"
Bibir Farriel mendarat kemas di bibirku.
Meski ku tak tahu lagi Engkau ada di mana Dengarkan aku… Ku merindukanmu…
Kemeja Farriel aku ramas dan bawa lagi ke hidung. Mencari lagi aura kehadirannya di situ. Tanpa sedar air mataku mengalir.
Dengarkan aku… Ku merindukanmu…
Farriel menjenguk ke bawah. Menghayati pemandangan dari tingkat 10 di bilik hotelnya. Kenderaan masih bertali arus. Suasana di sekitar masih hingar-bingar. Namun kepalanya sunyi sahaja. Kepala ditala ke langit. Cuba mencari sang purnama dan bintang. Hampa. Tiada satu pun yang kelihatan. Dan ingatan pada AD menjelma…
Dengarkan aku… Ku merindukanmu…
@~@~@~@~
Tangan dah mula menggendang stereng kereta. Deretan kenderaan atas jalan dan cuaca panas mula meletihkan dirinya. Jam di tangan dipandang sekilas. Lambat lagi. Masih ada 2 jam sebelum temujanji dengan En. Shiroka dari Jepun. Lampu isyarat masih berwarna merah. Ah… Bosannya!
Tie tanpa corak terasa seperti menjerut batang leher. Pantas dilonggarkannya. Handphone yang berbunyi dipandang sekilas. Handfree Farriel lekatkan ke telinga. Butang hijau ditekan. Lampu isyarat bertukar warna. Serentak itu pedal minyak ditekan.
"Hello…"
"En. Farriel… Saya Erin… Adry… Adry… Dia sakit!" Suara cemas Erin menerpa di telinga.
Buntang mata Farriel mendengarnya. Hampir terbabas keretanya ke tepi.
"Korang kat mana sekarang?"
"Kampus…"
"Tunggu sampai saya datang!" Arahnya pada Erin.
"Okey…" Balas Erin.
Panggilan dimatikan. Melilau mata mencari tanda U-turn di sisi jalan. Pusingan U segera dibuat. Pedal minyak ditekan lagi. AD… Ko okey ke? Butang telefon ditekan.
"Hello, Sheila… Batalkan semua meeting dan appointment saya!"
"Tapi, tengku… Mr. Shiroka…"
"I said all, Sheila!"
Panggilan dimatikan. Handphone yang berkali-kali berbunyi tidak dihiraukan. Cuma ada satu dalam fikirannya. AD…
Sesampainya di kampus, Farriel terus berlari ke foyer fakulti. Melilau matanya mencari kelibat AD atau Erin. Tiada. Dia mula bertanyakan beberapa pelajar di situ.
"Adrianna? Erin dengan sorang lelaki dah bawa dia ke klinik rasanya…" Jawab sorang pelajar pompuan yang tadinya elok berdiskusi dengan rakan-rakannya.
Dan dari penerangan yang diberikan, dia tau sapa lelaki yang dimaksudkan. Ihsan…
@~@~@~@~
Melintas aje Ihsan depan biliknya, Farriel bingkas bangun dari kerusinya. Bilik Ihsan dijejaki. Tanpa ketukan, tanpa izin, tanpa salam, meluru dia masuk dan…
"Aril?"
Bukk….! Penumbuk sulung dihadiahkan pada Ihsan. Ihsan yang tadinya elok berdiri, terperosok di kaki kerusi. Ihsan mengaduh kesakitan. Darah di tepi bibir dikesatnya.
"Woi! Apa hal ko ni?" Soal Ihsan berang.
"Itu untuk ko yang ganggu isteri aku!"
Ihsan bangkit. Mengepal buku lima sebelum melepaskan tumbukan. Tepat mengenai pipi Farriel. Farriel terduduk di sofa.
"Itu khas untuk suami tak berperasaan macam ko!"
Farriel bangun. Pipi yang mula bertukar warna dirabanya. Gigi diketap.
"AD tu isteri aku. Jangan nak lebih-lebih dengan dia!"
"Isteri? Sapa isteri ko? Mana isteri ko? Isteri sendiri demam pun ko tak amik peduli!"
"Adrianna Mayesa tu isteri aku!" Farriel menunding jari ke diri sendiri. Ihsan ketawa mengejek.
"Isteri konon! Betul ke Adry tu isteri ko? Abis, kenapa ko layan dia macam sampah? Bila ko nak, ko datang. Bila ko tak nak, ko buang. Suami ape ko ni?" Tempelak Ihsan. Ditujah-tujah dada Farriel. Farriel menepis kasar jari Ihsan.
"Macam mana aku layan dia, itu hal aku. Ko tak usah amik peduli! Itu bukan urusan ko pun!"
"Ya! Itu urusan aku!" Bantah Ihsan.
"Sejak bila?"
"Sejak aku mula kenal cinta. Sejak aku mula jatuh cinta pada Adrianna Mayesa Ismail al-Hussein!"
Farriel terpempan mendengar pengakuan Ihsan. Kini dia tidak perlu berteka-teki lagi. Ihsan dengan rela hati sudah mengakui rasa hatinya.
"AD isteri aku…"
"Ya! Aku tau. Aku akan tunggu sampai ko ‘lepaskan’ dia!"
"Aku tak kan lepaskan dia!"
"Ko dah ada Marina. Dia tu kan buah hati ko! Now she’s back. Go and marry her. Jangan seksa Adry semata-mata demi ego ko. Dia manusia macam ko, macam aku. Dia juga ada perasaan! Lepaskan Adry!"
Farriel mengeleng kepala beberapa kali. Tidak percaya dengan permintaan yang dibuat oleh Ihsan. Melepaskan AD? Sesuatu yang tak pernah terlintas di fikirannya.
"Jangan ganggu AD lagi. Kalo sekali kali aku nampak ko wat tak senonoh dengan dia… Next time, aku tak tau apa yang aku akan wat pada ko!"
Farriel bergegas keluar dari bilik itu.
@~@~@~@~
Pintu bilik AD dibuka oleh Farriel perlahan-lahan. AD yang nyenyak tido diperhatikan dari dekat. Nafas AD teratur menandakan tidonya lena. Wajah tenang AD direnungnya. Mukanya pucat berbanding biasa.
"Lepaskan Adry!"
Dia teringat semula kata-kata Ihsan siang tadi. Hatinya berbolak-balik. Separuh hati mengejek perbuatan diri; mencintai dan melamar Marina tetapi tetap mahu AD di sisi. Separuh hati lagi menyokong perbuatannya itu atas dasar putik cinta yang baru bercambah. Dia mula terkeliru.
Dia tidak mahu menjadi manusia kejam dan mementingkan diri. AD sudah ada pilihan hati, mengapa harus disekat kebahagiaannya. Perjanjian yang dibuat sebelum ini juga ada menyebut bahawa kontrak perkahwinan mereka akan terbatal sekiranya salah seorang sudah memiliki kekasih dan ingin komitmen yang lebih serius bersama pasangan.
Aku ingin engkau selalu ada…. Aku ingin engkau aku kenang…
Melepaskan AD… Serasanya itu sesuatu yang mustahil untuk dilakukan pada ketika ini.
Selama aku masih bisa bernafas Masih sanggup berjalan Ku kan selalu memujamu…
Farriel meletakkan tapak tangan di dahi AD. Cuba menganggarkan suhu badan AD. Seketika kemudian dia menganggukkan kepala. Berpuas hati dengan suhu badan AD yang normal.
Meski ku tak tahu lagi Engkau ada di mana Dengarkan aku… Ku merindukanmu…
Ubun-ubun AD diusap perlahan. Rasa hangat itu menjalar di segenap tubuhnya. Ada satu perasaan halus menusuk terus ke hati dan jantungnya. Rasa dan perasaan yang hanya dapat dirasai bila bersama dengan seorang Adrianna Mayesa…
Ubun-ubun terasa diusap. Sapa? Kepala masih sekilo rasa beratnya, tidak ku hiraukan. Mata kubuka perlahan-lahan. Dalam samar cahaya, aku terlihat Farriel. Mimpikah aku?
"Iz… Izumi?" Panggilku.
"Syhh… Sorry wat ko terjaga. Just checking on you. Tido la balik…" Bisiknya perlahan. Selimut ditarik hingga ke paras dadaku.
"Iz…" Panggilku lagi. msih keliru antara mimpi dan realiti.
"I’m here… Syhh… Tido okey…"
Mata ku pejamkan semula. Jari-jemari Farriel tetap di situ. Membelai dan mengelus-ngelus rambutku. Rasa mengantuk kembali bertamu. Sebelum aku lena dibuai mimpi, dahiku terasa dikucup.
Aku harap sangat ini bukan mimpi… Jika mimpi, aku mahu terus tido... Tolong jangan kejutkan aku... Kerana aku ingin terus bermimpi... Kerana aku tak ingin keluar dari rasa ini… Rasa dimanja, disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki bernama Tengku Farriel Izumi… Rasa dimanja, disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki bergelar suami… Sungguh… Aku tidak mahu keluar dan rasa indah ini…
Bab 5 "Aku terima nikahnya Sarah Idora binti Zulkifli dengan mas kahwin yang tesebut "dengan satu lafaz saja Sarah dan Rayyan telah pun diijabkabulkan sebagai suami isteri. Di dalam bilik yang di hiasi indah dengan set cadar dan langsir yang berwarna putih.Serta ranjang mereka di penuhi dengan bunga ros berwarna putih. Bau haruman bunga ros tersebut mampu membuatkan sesiapa lena dengan haruman tersebut.Namun dengan keselesaan kamar yang dihiasi bunga ros tersebut,seorang gadis gempal sedang duduk diatas katil dia kelihatan resah gelisah.sekejap-sekejap dia bangun dari tempat duduknya kemudian dia duduk semula.pintu bilik tiba-tiba terkuak muncul seorang lelaki kacak dan kelihatan lebih segak apabila lelaki tersebut memakai baju melayu berwarna putih.Dia tersenyum melihat kelibat gadis itu diatas katil yang di hiasi indah.Sarah terkejut apabila melihat kehadiran rayyan.dia merengus kasar
"hish! Awak ni,kut ya pun ketuk la pintu tu dulu.jangan la main redah je.terkejut tau tak?"jerit Sarah sambil bangun dari katilnya tadi.Lalu dia berjalan menuju ke pintu bilik. Tiba-tiba dia ditahan oleh Rayyan.Rayyan menarik lengannya kasar lalu memandang dengan pandangannya yang tajam.Sarah berdebar-debar.
"apa awak buat ni?! Lepaskan saya!"jerit Sarah. Dia betul-betul gerun dengan Rayyan ¬. Dia menarik kasar lengan Sarah lalu menolak tubuh Sarah di atas katil.Dia memandang tajam kearah mata Sarah yang berwarna hazel itu.Kini tubuhnya berada di atas badan Sarah. Lengan Sarah di pegang agar Sarah tidak dapat melepaskan diri.
"lepaskan saya! Apa yang awk cuba buat ni Rayyan? Lepaskan saya.Awak dah lupa ke syarat saya!.awak dilarang menyentuh saya!"jerit Sarah sambil meronta-ronta untuk melepaskan dirinya. Rayyan mendekatkan bibirnya di telinga Sarah dia berbisik
"lupakan semua tu. I’m your husband.Aku boleh buat apa sahaja yang aku mahu.u better watch your mouth.jangan jerit-jerit like u did tadi .i really hate it.atau aku buat lagi teruk dari tadi.kau nak ke aku buat?"gertak Rayyan sambil menggigit telinga Sarah. Sarah terkesima dengan kata-kata Rayyan. Inikah akibatnya berkahwin dengan lelaki yang bernama Rayyan?. Rayyan akhirnya melepaskan Sarah.Dia melangkah ke bilik air.Cepat-cepat sarah bangun dari katil. Dia mengurut-ngurut lengannya yang sudah lebam akibat pegangan Rayyan yang begitu kuat.Namun ianya bukanlah kali pertama lengannya lebam begitu. Air mata Sarah mula mengalir.Dia takut melihat perubahan Rayyan yang secara tiba-tiba.Akhirnya,dia tertidur.
"sarah bangun sayang. Apa ni tidur pakai baju pengantin ni lagi. Bangun sayang"lembut saja kata Rayyan. Sarah membuka matanya perlahan-lahan.Dia meraup mukanya.
‘ceh! Tadi bukan main garang. Sekarang dah macam ‘angel’ aku tengok’detik hatinya.
"awak nak apa? Suka hati saya lah nak tidur pakai macam mana pun"kata Sarah sambil menanggal ikatan rambut yang sudah kusut masai.Rayyan tersenyum,kemudian dia mengambil lengan Sarah yang kian membengkak dia menyapu lembut minyak angin di tangan Sarah.Sarah terkesima dia membiarkan saja lengannya di sapu lembut oleh Rayyan. Dia akui sedikit sebanyak perasaan sayang timbul dalam hatinya.Sarah bukanlah seorang gadis yang mudah jatuh cinta terhadap mana-mana lelaki .
"once I’m sorry for not controlling my temper. From the beginning didn’t I told you that I don’t like your doing just now. I’m a hot temper. Walaupun awak Nampak saya macam gentle tapi saya kadang-kadang tu agak panas baran.heh!"kata Rayyan sambil mengurut lembut lengan Sarah.
"oh! Baru saya tahu. Sorry sebab saya tak pernah sedar semua tu"kata Sarah sambil tersenyum hambar. Rayyan tersenyum manis.
"okay! Dah siap urut. Now,pergi mandi lepas tu kita pergi sembahyang isyak sama-sama"kata Rayyan sambil meletakkan kembali lengan Sarah. Sarah tersenyum manis sehinggakan terserlah kedua belah lesung pipitnya.Rayyan terkesima,dia tidak pernah melihat Sarah senyum begitu
‘comelnya’detik hatinya. Lalu Sarah bangun meninggalkan Rayyan yang kelihatan termagu sorang.Sarah sempat mengambil baju tidur untuk di salin di dalam bilik air.’takkan la aku nak salin depan mamat ni’detik hatinya.Dalam masa yang sama dia tersenyum riang.entah apa la yang difikirkannya.Hatinya mula berbunga-bunga apabila mengingatkan peristiwa tadi.
"assalamuaikum warah matullah.asslamualaikum warah matullah"demikian sudah jemaah isyak mereka beribadah menghadap ilahi. Sedang Rayyan membaca doa,Sarah tersenyum dia begitu tidak menyangka bacaan surah yang dialunkan olah Rayyan tadi begitu merdu.Selama ini dia selalu berpandang rendah terhadap Rayyan yang seperti tidak melakukan ibadah islam namun dia silap besar ternyata pada malam itu dia dapat lihat sendiri Rayyan menjadi imam. Sedang dia mengelamun dia tidak sedar bahawa doa telah pun selesai di baca.Rayyan memusingkan badannya kebelakang menghadap Sarah.Sarah pula sedang tersenyum-senyum .Berangan!
"sarah?"kata Rayyan sambil melambai-lambaikan tangannya . sarah tersedar dari lamunannya "ha?"kata sarah dengan berwajah hairan padahal dia ingin menutup malu dengan lamunannya tadi. Rayyan tersenyum dia menghulurkan tangannya .Sarah menyambutnya. Dia menyalam dan mencium tangan suaminya dengan ikhlas. Rayyan pula mengucup dahi Sarah dengan penuh syahdu.Beralih pula ke kedua belah pipinya kemudian ingin beralih pula ketempat yang di tunggu-tunggu olehnya sejak hari itu.Sarah hanya memejamkan matanya.Dia tidak sedar Rayyan sedang asyik memandang bibir comel itu. Rayyan mendekatkan bibirnya dengan bibir comel itu.Baru sahaja Rayyan ingin mencium bibir itu.Sarah terlebih dulu menarik wajahnya. Rayyan membuka matanya.Dia termanggu hajatnya terbuku kembali.
"sorry,but I’m not ready for that"kata Sarah sambil melipat telekung dan sejadahnya tadi.Rayyan merengus halus. ‘cis! Terlepas lagi!’detik hati Rayyan.
"pasal syarat kita tu jangan lupa ya!"kata Sarah sambil mengukir senyuman yang begitu manis.Rayyan pula menarik muka masam.Ternyata apa yang diinginkan olehnya tidak Berjaya. ‘minah ni memang kasi aku hangin satu badan,kenapa la bila dengan minah ni aku tak boleh kawal diri aku. Cool Ray, ingat Kimi cakap, "kalau kau dapat tackle perempuan tu, aku bet kau lelaki yan paling hebat pernah aku jumpa,but kalau kau yang jatuh cinta dengan dia.Heh! aku terpaksa kata yang kau ni lelaki yang @#$%& pernah aku jumpa, sorry kawan tapi untuk menguji macam mana cinta kau terhadap adik aku Julia"kata Hakimi sambil memeluk bahu Rayyan yang terdiam sebaik sahaja Hakimi berkata begitu.
"so? Macam mana? Kau terima cabaran aku?"soal Hakimi sambil mengangkat kening nya. Rayyan memandang serius pada Hakimi.Linda dihadapannya kini tersenyum menggoda,dia begitu berharap agar teman lelakinya itu bersetuju dengan kata-kata abangnya itu.Dia terpaksa bersetuju dengan perkahwinan Rayyan dengan entah mana- mana wanita tu. Jika tidak sudah tentu dia tidak dapat menikmati kekayaan Rayyan .Rayyan telah pun memberitahu mereka tentang pembahagian wasiat tersebut. Terus linda memeluk lengan Rayyan sambil merengek manja
"b,you kahwin je dengan dia, I benarkan,but please don’t love her like you love me okay?"kata Julia sambil tersenyum menggoda. Rayyan memandang teman wanitanya itu,baginya Julia terlalu sempurna untuknya dan sangat sesuai jika dijadikan isterinya,tetapi dia harus juga berkahwin dengan Sarah. Atas permintaan terakhir arwah atuknya yang banyak membantu keluarganya walaupun mereka hanyalah keluarga angkat tetapi arwah atuknya melayan dan mendidik mereka sekeluarga seperti anak mereka sediri.Rayyan bukanlah seorang yang tidak kenal budi,dia tahu menghargai bantuan orang.Jika arwah atuknya itu tidak membantunya dari dulu tak mungkin dia akan hidup mewah seperti sekarang. Baginya menjalinkan hubungan dengan perempuan yang bernama Sarah Idora itu tidak membawa masalah pada dia.Akhirnya dia mengambil keputusan juga untuk berkahwin dengan Sarah setelah beberapa kali di ugut oleh papanya untuk merampas kereta Porshe yang baru di hadiahi oleh papanya.
"rayyan ?"satu suara lunak sedang memanggilnya sambil melambai-lambai tangannya. Lamunanya terhenti sebaik sahaja suara lunak itu memanggil. Dia terkejut apabila wajah Sarah kini berada seinci daripada wajahnya.
"oops sorry buat awak terkejut!. Awak nak tidur dekat mana? Kalau awak nak tidur dekat atas katil.awak tidur je lah.Saya nak tidur dekat bawah je.Awak ada tilam tak? Tadi saya tengok kat dalam almari tak ada.Awak boleh tolong ambil kat mana-mana tak? "kata Sarah sambil membuka lagi pintu almari.Rayyan masih lagi merenung gadis gempal itu.
"Rayyan,awak dengar tak?"kata Sarah lagi sambil membulatkan matanya.Rayyan tergamam ‘comelnya’detik hatinya.
"ya?apa awak cakap tadi?"kata Rayyan sambil mengangkat keningnya. Sarah merengus kasar,dia agak marah apabila dia bercakap dengan orang itu tetapi tak dengar.
"awak ni kan penat je saya cakap tadi.Tapi awak langsung tak nak dengar.Menyampah la kalau macam ni,kalau saya cakap awak buat tak tahu je.Awak tahu tak saya ni letih layan saudara mara awak tu tadi. Lepas tu nak tolong dia orang ni basuh pinggan semua.lepas tu yang awak duduk berlenggang je dengan sepupu awak semua.Awak ingat saya ni apa ha? Letih la kalau selalu macam ni.Kalau lepas ni kita duduk berdua nanti entah macam mana la agaknya.Saya tak rela nak jadi orang ga……."bebelan Sarah terhenti apabila bibir mereka bersatu ‘chup’.Sarah terkejut matanya bulat memandang perbuatan Rayyan itu. Dia cuba melepaskan pelukan yang kian ketat.Tetapi tidak Berjaya juga.Rayyan semakin ghairah memainkan bibirnya dengan bibir Sarah. Sarah sesak nafas. Setelah lima minit berlalu Rayyan akhirnya melepaskan pelukan dan ciuman. Sarah terus merengus kasar dan mengelap bibirnya.Rayyan pula tersenyum puas.Ternyata hajatnya itu terlepas juga.
"What’s that for?"kata Sarah sambil memandang tajam kearah Rayyan . Dia betul-betul tidak suka dengan tindakan Rayyan itu tadi.Sudah lupakah Rayyan pada perjanjiannya itu. Rayyan tersenyum nakal dia mendekati Sarah.Sarah kaget! Dia berundur setapak demi setapak ke belakang. Dia cuba berundur kebelakang lagi tetapi tidak boleh dia kini melekap di dinding. Tubuh Rayyan kini berada seinci dengannya. Rayyan memeluk pinggang Sarah erat.dia membisik di telinga Sarah
"sorry for doing that.Sometimes I cant controlled my self. Saya betul-betul tak tahan dengar awak membebel macam tadi tu.so,I kiss you,maybe lepas ni kalau awak membebel lagi .I have to kiss you tak kira lah kat mana-mana pun."kata Rayyan kemudian dia meniup lembut di cuping telinga Sarah dan mencium lembut leher dan bahunya.Sarah menggeliat geli.
"malam ni awak tidur la atas katil,biar saya tidur atas sofa.Good night!"kata Rayyan sambil mencium ubun-ubun Sarah.
"wait!"kata Sarah.Rayyan memberhentikan langkahnya dia memaling ke arah Sarah. "ada apa sayang?"soal Rayyan.
"awak sesuka hati je sentuh saya,tapi awak dah lupa ke perjanjian kita? Awak dah janji!"kata Sarah sambil memandang tajam kearah Rayyan. Rayyan memandang sinis.Sekali lagi dia berjalan mendekati Sarah.Kali ini Sarah lebih berhati-hati.Dia tidak akan biarkan Rayyan menyentuhnya lagi.Dia tahu Rayyan dan dia bakal bercerai,dia tidak mahu ada rasa suka jauh sekali untuk jatuh cinta terhadapnya. Perlakuan Rayyan yang begitu romantis mampu membuatkan mana-mana wanita jatuh hati.Sarah sedar dirinya siapa.Sedari dia tidak cantik malah gemuk pula masakan Rayyan akan membalas cintanya. Rayyan menarik lengan Sarah untuk di bawa ke katil.Sarah menepisnya dengan agak kasar.Rayyan kelihatan tenang.
"I just said that. Cant u realize?"kata Sarah sambil menarik muka masam.
"sarah,saya Cuma nak bincang pasal hal ni.pasal perjanjian kita tu kalau awak nak terus kan its okay w ith me,tapi saya Cuma mintak awak tolong tarik balik syarat awak yang mula-mula tu.Susah la kalau saya nak ikut.kita ni kan dah jadi suami isteri yang sah.Saya bebas memeluk awak,menyentuh awak mahupun mencium awak"kata Rayyan sambil mendekatkan dirinya dengan Sarah.Dia merenung anak mata Sarah. Sarah terdiam ada betulnya kata-kata Rayyan itu tapi dia takut dia bakal jatuh cinta dengan lelaki itu.dia tahu cintanya akan di tolak.
"saya takut!"
"awak takut apa Sarah?"soal Rayyan. "saya takut perasaan tu akan timbul. Jadi bila dah timbul saya tahu ianya tak akan dibalas dan akhirnya
saya akan di tinggalkan.saya sedar diri saya ni macam mana.dan saya tahu mana-mana lelaki pun tak nak kat saya. Jadi tolong la jangan buat saya menaruh perasaan"panjang lebar kata-kata Sarah. Rayyan tergelak besar Sarah merengus kasar! "awak ingat saya ni buat lawak ke?"marah Sarah. "tak tak .haha.sorry sangat! Tapi saya betul-betul tak sangka awak akan fikir sampai ke situ sekali. I mean kita baru je kahwin. Come on la Sarah dah tercatat dalam perjanjian kita tu yang awak akan saya ceraikan selepas lima tahun akan datang.Mana mungkin perasaan tu akan terbit dalam hati kita. Hard for me to say but I don’t think that I would fall in love with you.heh! sorry"kata Rayyan sambil tersengih pandangannya beralih keluar tingkap.runtun hati sarah mendengarnya. Begitu sinis sekali kata-kata Rayyan itu.Sampai hati Rayyan berkata begitu.angkuh sungguh.harap muka saja kacak tetapi hatinya… argh! Jahat! Air mata Sarah bertakung di kelopak matanya.Dia tidak menyangka Rayyan berkata begitu. ‘jadi apa maknanya ciuman tadi? Pelukan tadi? Pegangan yang membuatku selesa? .sampai hati kau buat macam ni’detik hatinya.
"fine! Kita mulai hari ini kita akan patuhi syarat-syarat perjanjian tu. Walaupun awak halal menyentuh saya! Tetapi saya tak akan benarkan atas sebab tidak mahu menimbulkan perasaan mendalam pada awak.Setuju?"kata Sarah penjang lebar.Mulai saat itu dia benar-benar tekad tidak akan tunduk dengan lelaki yang bernama Rayyan.Rayyan terdiam akhirnya dia bersuara
"baiklah saya setuju tapi saya ingin minta sesuatu boleh?" "apa dia?"soal Sarah serius.
"kalau depan Family saya harap awak berlakon macam awak ni isteri saya yang baik la.Maksud saya awak panggil saya abang. Saya tak nak famili dengan peguam hari tu syak apa-apa.tu je"kata Rayyan sambil tersenyum. Sarah terdiam dia memikirkan tentang kata-kata Rayyan tadi. ‘ betul jugak tu.nanti kalau peguam tu dengan mama dengan papa tahu,susah la’detik hatinya. "baiklah.Saya setuju. Dah la saya nak tidur"kata Sarah setelah memberitahu kata putusnya.terus dia ke katil dan tidur dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi.Dia cukup kecewa mendengar apa yang diperkatakan oleh Rayyan tadi. Rayyan termanggu sorang. Lantas dia mengambil telefon bimbitnya dan keluar dari bilik dan rumah itu.
"hello? Roy? Aku nak jumpa kau kejap. Dekat rumah kau la aku datang.bye"
"Lah. Kat sini rupanya budak ni?" rungut Azlin. Puas dia mencari Farahana. Akhirnya berjumpa juga. Dia melihat Farahana tersandar pada dinding. Azlin menghampiri Farahana. Dia melihat beg Farahana yang terbuka. Barang-barang milik Farahana semuanya berselerak.
"Wei, jumpa tak Ara?" soal Taufiq Asraf. Dia yang baru selesai mencari Farahana di tandas berdekatan menegur Azlin. "Lah. Kat sini rupanya?" ujar Taufiq Asraf setelah terpandangkan Farahana yang sedang tersandar di dinding. Taufiq Asraf menanggalkan kasutnya dan melangkah masuk ke dalam surau perempuan itu. Mujurlah, tidak ada lagi muslimah yang berkeliaran dalam surau itu pada ketika itu.
"Ara, bangun lah," pinta Azlin. Dia menampar lembut pipi Farahana. Farahana mulai terjaga. Pandangannya masih kabur. Setelah seketika, dia bingkas bangkit. Azlin dan Taufiq Asraf terpinga-pinga dengan tindakan Farahana.
"Aku kat mana ni? Mana semua orang?" soalnya tiba-tiba. Setelah mendapati dua sahabatnya itu diam, dia menoleh ke arah mereka. "Korang pergi mana tadi? Korang nampak tak crowd tu tadi? Puas aku cari korang tapi tak jumpa. Korang nak tahu ramai orang bersorak untuk aku tadi. Nasib baik concert master diorang sakit. Merasa aku jadi concert master," Semangat Farahana menceritakan suasana di DFP tadi.
"Hah," ujar Azlin dan Taufiq, hampir serentak. Azlin bangun dari duduknya disaingi dengan Taufiq. Azlin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Farahana memandang mereka dengan pandangan yang pelik.
"Lah. Ni apsal korang cam pelik je? Bukan korang ke yang suruh aku jadi concert master untuk orkestra Malaysia menggantikan concert master yang keracunan makanan tu?" Farahana menyoal mereka, meminta kepastian untuk meleraikan segala persoalannya.
Azlin dan Taufiq saling berpandangan. Mereka tersenyum sinis. Farahana bertambah pelik. "Kenapa korang macam tu?" soalnya lagi. "Dah lah. Aku nak keluar aku nak jumpa En. Jaafar ni," Farahana meminta diri.
"En. Jaafar? Siapa tu?" soal Taufiq.
"Takkan korang tak kenal kot. Dia kan konduktor terkenal di Malaysia," jelas Farahana.
"Ni kenapa pulak barang aku berterabur ni?" rungut Farahana. Dia mengemas barangnya yang bertaburan. Farahana memakai begnya yang berisi telekung lalu menuju ke tempat ruangan kasut untuk memakai kasut. Dia menyapu-nyapu seluarnya yang dirasakan berpasir dan menoleh ke arah kawannya.
"Jom lah. Tunggu apa lagi tu?" soal Farahana. Dia mengajak kawan-kawannya itu pulang ke rumah.
"Kau betul-betul tak ingat?" soal Azlin. Dia kehairanan. ’Takkan lah Farahana lupa bahawa dia langsung tidak munculkan diri semasa pertandingan itu berlangsung’ bisik hati kecil Azlin.
"Ingat apa?" Farahana menjawab soalan itu dengan persoalan lain.
"You did not turn up selepas kau pergi solat maghrib. Puas kitorang cari kau. Rupanya kau disini. Aku jumpa kau dengan tersandar dekat dinding. Dengan beg yang terbukanya. Apa sebenarnya yang terjadi?" soal Azlin, kehairanan.
Dahi Farahana berkerut seribu. Cuba mengingati apa sebenarnya berlaku. "Seingat aku, lepas solat aku terus cari dan terjumpa korang. Korang minta aku tolong korang jadi concert master sebab concert master orkestra Malaysia sakit...arghhhh," Farahana mengerang. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Dia terduduk.
Azlin dan Taufiq segera menerpa kearahnya sebelum dia rebah ke lantai. Farahana mengerang kesakitan. Azlin memangku kepala Farahana. Dia menarik semula tangannya apabila merasakan tangannya menyentuh sesuatu yang kering.
Ditolaknya Farahana ke hadapan sedikit. Azlin terperanjat apabila mendapati ada darah dibelakang kepala Farahana.
"Fiq, darah ni," Azlin mengunjukkan luka itu pada Taufiq. Taufiq turut tertanya-tanya.
"Jom kita hantar dia ke klinik," Taufiq mencadangkan. Azlin mengangguk tanda setuju. Dia bingkas bangun dan memapah Farahana menuju ke kereta.
******
Rihan tersenyum kecil mengingatkan peristiwa itu. Hatinya masih lagi berdebar-debar tatkala mengingatkannya. Mana tidaknya dalam ramai-ramai pelajar wanita di universitinya Farhan Ikhwan tetap memilihnya.
Rihan mengetuk dahinya tatkala fikirannya teringatkan Farhan Ikhwan. ’Mana mungkin aku ingat dia, aku kan tak suka dia’ hati kecilnya cuba menidakkan. Mana tidaknya, Rihan dan Farhan bukan setakat kawan, tapi musuh. Farhan Ikhwan suka sangat cari pasal dengan Rihan.
Rupa-rupanya pada hari itu, mereka sengaja mempermainkan Rihan. Di saat dia ingin berkata ’ya’, Farhan Ikhwan ketawa berdekah-dekah. Rupa-rupanya, jejaka itu sekadar mempermainkannya. Sekadar memperbodohkan dia di hadapan khalayak ramai. Tuhan sahaja yang tahu betapa sakit hatinya kala itu.
Apa yang lebih memeranjatkan Rihan lagi, sepulangannya dia dari kolej, ibunya menyampaikan perkhabaran bahawa keluarga Farhan Ikhwan telah pun masuk meminang. Marahnya tidak terkata. Bencinya melampaui batas langit ke tujuh. Sayangnya pada jejaka itu hanya sebesar kuman. Atas desakan ibunya, dia akhirnya bersetuju untuk bertunang dengannya.
*******
Taufiq berlari-lari anak mendapatkan keretanya. Erika membantu Azlin memapah Farahana masuk ke dalam klinik. Mujurlah mereka terserempak dengan Erika, ketika Azlin sedang memapah Farahana masuk ke dalam kereta. Kalau tidak mahu terkial-kial Azlin memapah Farahana seorang diri. Nak harapkan Taufiq, huh, batang hidungnya pun tak nampak.
"Kawan saya ni kenapa doktor?" soal Azlin setelah dia dapati doktor itu telah selesai memeriksa Farahana. Kelihatan jururawat itu sedang ligat membalut luka di kepala Farahana. Erika dan Taufiq hanya mendiamkan diri dan sekadar menjadi pemerhati.
"Owh, kawan awak ni menghidapi amnesia,"
"Amnesia?" ujar mereka bertiga serentak.
"Tapi kalau tak silap saya amnesia tu hilang ingatankan? Tapi dia kenal je kitorang," Taufiq mencari kepastian. Almaklumlah, dia sendiri pernah mengalami penaykit amnesia ini.
"Ya lor," sokong Erika.
"Amnesia yang kawan kamu hadapi ini adalah lacunar amnesia dimana dia terlupa sesuatu kejadian yang berlaku keatasnya terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh dia mungkin tidak ingat apa yang berlaku ke atasnya sepanjang dia pengsan," jelas doktor tersebut.
"Tapi doktor.....," Azlin mencari-cari nama doktor tersebut. "Doktor Imran," ujarnya setelah terpandangkan tag nama doktor itu. "Apa yang sebabkan keadaan itu berlaku?"
"Sebenarnya mungkin kawan awak ni terkena hentakan yang kuat. Kerana semasa saya memeriksa dia tadi, saya dapati di belakang kepalanya ada kesan hentakan. Mungkin itu yang berlaku menyebabkan otaknya menerima gegaran,"
"Oh, sebab tu dia seolah-olah tak ingat apa-apa, " ujar Azlin, perlahan.
"Tapi selepas dia sedar tadi doktor. Dia bertegas mengatakan bahawa dia menyertai satu pertandingan sedangkan tidak. Mengapa tu doktor?" soal Taufiq pula.
Mendengarkan soalan itu, doktor itu tersenyum. "Mungkin dia bermimpi agaknya. Maklumlah ingatannya pada waktu itu hilang. Jadi dia mengganggap apa yang di mimpinya itu betul."
"Boleh diubati tak perkara tu doktor?" soal Taufiq. Doktor Imran tersenyum lalu mengangguk perlahan. "Kita berdoa sahaja pada yang Esa."
"Kalau macam tu tak pelah doktor. Kami minta diri dulu,"
Mereka bertiga bangun dari kedudukan masing-masing. Farahana menuju kearah mereka. Sebelum pulang, mereka mengambil perkripsi ubat di farmasi.
*******
Drap! Drap!Drap!
Lamunan Rihan terhenti setelah telinganya menangkap bunyi derapan. Dia segera berpaling ke arah bunyi itu. Dia melihat sebuah lembaga hitam sedang menuju ke arahnya. Rihan ketakutan. Dia melihat lembaga itu menghampirinya.
"Pencuri," Rihan cuba menjerit tetapi suaranya langsung tidak keluar dari kerongkongnya. Setiap kali lembaga itu melangkah menghampirinya, setiap kali itulah dia berundur ke belakang. Langkahnya terhenti apabila dia merasakan dirinya melanggar pasu bunga milik mak cikya yang terletak berhampiran dengan koridor.
Pergerakannya terhenti. Mujurlah, pasu itu tidak jatuh dilanggarnya. Rihan terpandangkan kayu pemukul besbol milik Andre lalu segera mencapainya. Dia melihat lembaga hitam itu makin menghampirinya.
"Jan...gan da....tang de...kat. Kau.........dekat, a.......ku pukul dengan pe........mukul ni," Rihan memberi amaran. Ada getar dalam suaranya. Dia memegang pemukul itu seerat-eratnya. Dia memberanikan diri untuk memukul lembaga hitam itu jika lembaga hitam itu berani mendekatinya.
*******
"Apa halnya bising-bising ni?" soal Madamme Maurice. Bunyi pergeseran antara pasu bunga dan lantai tadi menarik perhatiannya.
Rihan berlari mendapatkan mak ciknya setelah terpandangkan kelibat mak ciknya disitu. Dia berlari sembunyi di belakang mak ciknya.
"Aunty, tolong Rihan. Rihan takut," pinta Rihan. Air matanya jatuh berguguran. Sesungguhnya dia takut dengan makhluk yang bergelar pencuri. Kerana manusia itulah, tercoretnya peristiwa hitam dalam hidupnya. Kerana pencuri jugalah, dia terpaksa melupakan sesuatu yang sangat diminatinya.
"Kalau berani kau keluar sekarang," perintah Madamme Maurice. Madamme Maurice memaksa pencuri itu keluar. Dia kaget melihat reaksi Rihan yang dalam ketakutan itu.
Rihan menggengam erat lengan mak ciknya disaat lembaga hitam itu ingin memunculkan diri. Madamme Maurice dapat merasakan betapa takutnya anak buahnya kala itu.
Madamme Maurice menarik nafas lega apabila dia mendapati bahawa lembaga hitam itu adalah Shahrul Irwani, anak kepada Pn. Suria.
"Dah tu Rihan. Tak de siapa-siapa. Erul je," pujuk Madamme Maurice. Dia menarik Rihan keluar dari persembunyiannya.
Rihan mengintai siapakah lembaga hitam itu dari belakang tubuh mak ciknya. Dia menarik nafas lega. Namun, kakinya mendorong dia meluru ke arah Shahrul Irwani lalu menampar pipi Shahrul Irwani dengan sekuat hati.
********
Telefon bimbit milik Black berdering. Black melihat nama yang tertera di skrin telefon itu lantas segera menjawab panggilan itu.
"Kau dah buat apa yang aku suruh?" soal suara itu. Kedengarannya seperti suara seorang perempuan.
"Dah puan," jawab Black. Dia mematikan puntung rokoknya.
"Kau pasti tak de orang nampak?" soal majikannya.
"Sure sangat puan. Malah saya sendiri dah check kepala dia..tak de kesan langsung puan. Saya juga dah punggah barang-barang dia untuk buat ia kelihatan seolah-olah dirompak puan," jelas Black.
"Baiklah, kalau macam tu. Kau tunggu arahan selepas ini," arah majikannya. Kedengaran gagang di talian sebelah sana dimatikan. Black mendengus kasar. Dia baru sahaja pulang dari melaksanakan misi yang diberikan majikannya. Dia dikehendaki memukul seorang gadis berusia 20-an di Dewan Filharmonik Petronas petang tadi.
"Wawa…" Panggil Iz perlahan. Wawa mengangkat kepalanya dari kertas kerja yang bertimbun di atas meja. Tidak perlu menunggu jawapan Wawa, Iz terus masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengan Wawa.
"Hmm…Ada apa?" Tanpa menoleh ke arah wajah ceria milik Iz, dia menyoal. "Amboi! Seriusnya dia." Gurau Iz. Dia sudah lali dengan perangai Wawa yang amatlah serius ketika bekerja.
"Waaa……" Panggil Iz lagi. Kali ini dia berharap Wawa akan memandang wajahnya yang tampan ini. Perasan lebih! Wawa meletakkan pen di atas meja dan memandang tepat ke mata Iz. Ada riak tidak puas hati di situ.
"Ok.Ok. Sorry…Iz tahu Wawa banyak kerja kan? Tapi takkanlah langsung tak ada masa nak bincang pasal kita?" Iz mula meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Sudah dua minggu berlalu tanpa apa-apa peningkatan sejak Wawa menerimanya. Tak pernah nak bincang apa pun. Nak balik Malaysia bila, nak kahwin bila lagilah. Jauh panggang dari api.
"Nak bincang pasal apa lagi? Kan Wawa dah setuju nak kahwin dengan Iz. So? Apa masalahnya lagi ni?" Wawa bingung! Apa pula masalah kali ni?
"Cik Nur Adhwa’ Insyirah oi! Ingat kalau Wawa dah setuju nak kahwin dengan Iz, kita dah sah kahwin la? Macam tu? Banyak lagi lah yang perlu kita bincangkan. Bila nak balik Malaysia? Bila nak buat persiapan? Hantaran lagi. Semua tu tak payah fikir ke?" Penat lah aku dengan Wawa ni! Nasib baik aku sayang, kalau tak dah lama dah aku lepuk!
"Kena bincang sekarang ke? Habis ni?" Tangannya diarahkan kepada kertas kerja yang belum selesai disemak. " Kalau nak ikutkan kerja, sampai bila pun takkan habis. Lagi-lagi syarikat besar macam ni, projek tak henti-henti." Bebel Iz.
"Kalau bincang kat sini boleh tak? Iz cakap la, Wawa dengar." Wawa menarik kembali kertas kerja menghampirinya. Iz sudah berasap kepala! Dia ni kan, kerja! Kerja! Kerja! Gaya tak ada esok dah nak sambung kerja.
"Sorry, permintaan anda ditolak!" Perlahan dan tegas kata-kata Iz. Tangannya ligat menyusun semua kertas di atas meja Wawa, kemudian pen di tangan Wawa ditarik dan disimpan. Wawa terpinga-pinga tetapi hanya akur. Gerun melihat riak serius Iz.
"Come!" Wawa mengikuti langkah Iz. Maaflah wahai kerja-kerjaku, balik nanti aku sambung key! Bisiknya dalam hati.
*
"Ok, boleh start?" Setelah pelayan pergi bersama order di tangan Wawa terus menyoal.
"Aik? Tak menyempat pula? Tadi orang ajak bincang bukan main banyak alasan dia." ‘Ni mesti kes ingat kerja kat pejabat ni’. Gerutu Iz. "Banyak kerja lar." ‘Kan dah agak’. Iz merenung wajah gelisah gadis di hadapannya. "Wawa, nak kata Wawa pekerja bawahan tak, penolong Iz. Nak kata Iz kasi banyak kerja kat Wawa, rasanya tak. Tapi Wawa ni sibuk semacam je. Gaya macam semua kerja Wawa buat."
"Wawa bukan CEO macam Iz. Goyang kaki je memanjang. Lagipun, Wawa tak sedap hati la kalau tak check balik kerja-kerja yang dah siap." Wawa membetulkan tudungnya yang ditiup angin.
"Hello Wawa! Ingat jadi CEO ni senang ke? Susah tau! Semua pekerja under Iz. Semua Iz perlu ambil tahu." Iz membalas kata-kata Wawa. "Yela-yela, apa-apa je lah. Asalkan Iz bahagia." Malas bertikan lidah dengan Iz. Sampai besok pun belum tentu habis. Teringat kembali waktu daddynya menyerahkan syarikat itu kepada mereka berdua. Hanya mereka berdualah harapan Encik Razlan. Abang angkatnya awal-awal lagi menarik diri. Tidak minat dalam bidang perniagaan katanya. Dia lebih minat dalam bidang perubatan. Encik Razlan tidak mahu memaksa anaknya membuat sesuatu yang tidak diminati. Kebetulan Iz dan Wawa mengambil jurusan perniagaan di universiti dahulu, terus sahaja Encik Razlan memberikan sepenuh kepercayaan kepada mereka berdua.
Kadang-kadang daddynya melawat keadaan syarikat yang ditubuhkan hasil titik peluhnya sendiri. ‘Mega Razi Holdings’. Syarikat besar yang mempunyai beberapa anak syarikat di negara-negara lain kini diusahakan oleh dua belia yang masih mentah dalam bidang itu. Dek kerana tidak mahu menghampakan daddy mereka. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk terus memajukan syarikat itu. Encik Razlanlah tempat rujukan mereka ketika menghadapi masalah. Syukur! Selama hampir dua tahun menguruskan syarikat ini, belum pernah masalah besar timbul.
"Wawa? Waaa?" Iz mengibas-ngibas tangannya di hadapan muka Wawa. "Pardon?" Wawa senyum, tahu kelalaiannya. "Jauh termenung? Ingat pakwe nombor berapa?"
"Nombor dua." Gurauan dibalas gurauan. Mata Iz tajam memandang wajahnya. ‘La, tadi tanya, orang jawab marah’. Dalam hati je berani cakap macam tu, kalau cakap betul-betul, mahu hangus makanan kat depan ni. "Ok, sorry. Just kidding. Back to our topic. What did you say just now?"
"Iz cakap, Iz bahagia kalau Wawa jadi milik Iz yang sah." Alamak! Dah masuk bab romantik la pula. Ni lemah ni. "Wawa…Dengar tak ni?" Iz kembali menyoal. "Erkk…dengar, dengar." Jawabnya sedikit gugup. Bukan sedikit la, banyak!
"Iz ingat kan Wa, kita balik Malaysia minggu ni. Amacam?" Iz memberi cadangan. "Minggu ni? Kerja kat ofis banyak sangat lah Iz sekarang ni. Takkan nak tinggal je, nanti apa pula kata daddy nanti." Wawa memberi alasan. "Kalau sehari tak fikir pasal kerja tak boleh ke?" Iz sudah mula bengang. "Pasal kerja jangan risau. Iz dah bincang dengan daddy, dia cakap tak apa. Staf lain boleh handle." Wawa mengangguk tanda paham.
"So, kita balik minggu ni key?" Iz meminta kepastian. Wawa mengangguk lagi. "Daddy, mummy, abang dengan kakak pun nak ikut sama." Mata Wawa bersinar apabila mendengar perkhabaran daripada Iz. "Really? Wah! Bestnya!"
"Ye lah, takkan dia orang semua tak nak tengok hari bersejarah kita." Iz menyedut jus mangga di hadapannya. "Waaa…" Wawa memandang Iz. "Kita balik minggu ni, kita kahwin minggu depan. Amacam?" Sekali lagi Iz memberi cadangan. "What? Are you crazy? Mana sempat nak buat persiapan. Hantaran tak prepare lagi." Cadangan Iz dibangkang seratus peratus.
"Wawa ingat tak, dua minggu lepas, Wawa suruh Iz tunggu sebulan je kan? Minggu ni dah masuk minggu ketiga, minggu depan ngam-ngam la sebulan." Iz mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.
"Alaaa… Tu kan masa Wawa tengah marah. Mana Wawa fikir apa Wawa cakap. Another one month?" Wawa cuba memujuk. "Waa… Lagi dua bulan je kita dah nak puasa. Kahwin bulan depan, tinggal sebulan lagi. Nak honeymoon macam mana?" Pecah tawa Wawa mendengar masalah yang dirunsingkan bakal suaminya itu.
"Apa yang kelakar sangat ni Wawa?" Iz mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti. "Tu ke yang Iz risaukan? Sebulan takkan tak cukup tuk honeymoon. Wawa rasa kan, paling lama orang honeymoon pun seminggu. Apatah lagi sebulan. Lebih pada cukup la Iz." Katanya bersama sisa tawa. Kelakar betul la!
"Ye ke?" Iz buat muka blurr. ‘Alasan aku tak cukup kukuh lah’. Sebenarnya bukan itu yang dirisaukan Iz. Dia hanya ingin ‘menambat’ Wawa secepat mungkin. Takut nanti dikebas orang.
"Then? Bulan depan? Tak ada talian hayat ke?" iz masih mencuba nasib. "Nope!" Putus Wawa.
*
Berita kepulangan mereka disambut gembira oleh keluarga di Malaysia. Maklumlah, sudah berapa lama mereka tidak pulang ke tanah tumpah darah mereka itu. Kadang-kadang, sampai keluarga di sana yang datang ke sini. Berita tentang perkahwinan mereka menambahkan lagi kegembiraan semua pihak. Akhirnya! Doa mereka untuk melihat Iz dan Wawa bersatu akhirnya dimakbulkan. Alhamdulillah!
*
"Iz, dah pack ke semua barang nak balik besok?" Iz yang khusyuk menonton televisyen menoleh ke arah mummynya. "Dah mummy! Semalam lagi dah beres!" Penuh ceria suaranya.
"Tak sabar-sabar nampak." Gurau Puan Maziah. "Mestilah mummy! Sapa tak seronok nak kahwin. Kan bang?" Soalnya kepada Razif yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Iz. Razif hanya mengangguk.
"Mummy, ada nampak tak tudung hitam adik?" Wawa yang muncul dari aras satu menyoal kepada mummynya. "Which one?" Tudung hitam anaknya itu bukan satu. "Yang ada bunga pink." Habis semua almarinya digeledah tetapi langsung tak nampak bayang.
"Ooo…Yang tu ke? Abang rasa Kak Anis pinjam lah. Ada kat bilik abang tadi." Razif menyampuk. "Ye ke? Akak pun satu, nak pinjam tak kasi tahu. Penat je orang cari." Rungutnya perlahan.
"Salah sendiri, besok nak bertolak malam ni baru nak pack barang." Sindir Iz. Saja nak bangkitkan kemarahan Wawa. "Orang punya sukalah! Sibuk!" Jelingan maut dihadiahkan sebelum melangkah ke tingkat atas. Destinasinya hanya satu, bilik Kak Anis!
"Tu la mummy, anak manja mummy. Tegur sikit merajuk." Kata Iz. Watak Wawa ketika bekerja dan berada di rumah totally different. Di rumah, dia sangat manja dengan ahli keluarga. Di pejabat, dia sangat tegas dengan staf-staf yang lain.
"Iz kena lah biasa-biasakan, tak lama lagi dah jadi isteri manja Iz." Seloroh Puan Mariah. "Dah terlebih biasa dah mummy." Pecah tawa mereka bertiga.
Menerima panggilan daripada Syafikah yang baru balik dari bulan madu sedikit membuatkan aku terasa cemburu. Riang benar Syafikah bercerita tentang percutiannya di negeri mat salleh. Entah kenapa akal jahatku menganggap Syafikah cuba menyakitkan hatiku. Semacam sengaja dia bercerita kepadaku perihal bulan madunya. Tidakkah dia tahu suaminya sekarang pernah menjadi kekasih aku dahulu? Tengah hari itu dengan separuh hati juga aku menerima ajakannya untuk makan tengah hari bersama. Tika aku tiba di Restoran Desa Rasa milik Mukhris, Syafikah dan Haizal sedia menunggu dalam senyuman. Aku sambut senyuman itu seikhlas mungkin. "Dah lama sampai?" tanyaku sekadar berbasa basi. "Baru ajer. Duduklah!" Aku mengambil tempat di sebelah Syafikah. Aku perasan akan lirikan mata Haizal yang memandangku. Namun, aku buat selamba seolah-olah pandangannya itu tidak memberi sebarang makna kepadaku. "You berdua duduk dulu. I nak pinjam you kejap boleh, Maira?" suara Mukhris yang kedengaran dari arah belakangku sedikit membuatkan aku terkejut. "You ni ada jerlah nak susahkan I. I baru jer sampai. Penat pun tak hilang lagi!" dengusku. "Jom ajerlah." Dalam marah, aku tetap bangun mengikut langkah Mukhris ke belakang. Beberapa pekerja Mukhris yang mengenaliku menyapa ramah. Mungkin kekerapan aku datang berkunjung mendekatkan aku dengan mereka. "Kenapa you nak ‘pinjam’ I ni? Tak cukup pekerja ker nak suruh I tolong?" "Hei, tolong sikit. Bankrupt I kalau you yang kerja kat sini. Masak jauh sekali pandai. Nak mop lantai pun tak tahu!" Terbelalak mataku mendengar sindiran Mukhris. Dia ingat aku ni perempuan jenis apa? Dia belum lagi rasa masakan aku! Kalau sekali rasa agaknya sampai tidur pun mimpikan masakan aku! "Mulut you laser mengalahkan mulut Azwan Ali. Habis tu you nak I buat apa kat sini?" "Duduk kat sini dulu. I tahu you tak senang duduk kat depan tu. So you duduk sini. Tolong I kemas meja I ni. Berselerak!" Melopong aku mendengar arahan Mukhris. Mejanya yang sememangnya berselerak aku perhati dalam geram. Dia ingat aku ni tukang cuci ker? "Sorry ya, Encik Mukhris. I rasa I bukan cleaner you jauh sekali kuli you. I dahaga sekarang dan I nak pergi minum. Meja you ni kemas sendiri ya?" Serta merta aku meninggalkan pejabat Mukhris yang terletak di tingkat atas restoran. Sesekali mengenakan Mukhris seronok juga. Aku turun ke bahagian dapur. Memerhati beberapa tukang masak yang sibuk menyediakan makanan yang di pesan. "Apa yang you buat kat sini. Tercongok macam patung. Nizam dah hantar air you kat depan tu. Pergi sekarang, nanti tak jadi kerja pulak budak-budak I dok melayan you!" Membulat mataku memandang Mukhris yang berdiri di belakangku. Dia ni semacam tidak punya perasaan. Cakap-cakaplah elok sikit! Tak pernah nak berlembut denganku! "I kata pergi depan sekarang. You nak I seret you ke depan ker?" Sebal aku mendengar ugutannya. Kak Nani dan Syidi yang hanya mendengar tersenyum-senyum memandangku. "I tahulah you jealous. Takut I mengorat si Nathankan?!" ujarku selamba, sambil memaut tangan Nathan yang terpinga-pinga dengan kelakuanku. "Nathan pun tak nak kat you tu. Girlfriend dia lebih cantik dari you. Betul tak cakap I Nathan?" Lelaki berbangsa India itu serba tidak kena. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Aku mencebik dalam senyuman. "I tak tahulah, boss. I tak ada girlfriend tapi kalau Cik Ira nak jadi girlfriend saya okay juga! Cantik pun cantik!" jawab Nathan lambat-lambat. Mungkin takut dengan Mukhris! Semakin melebar senyumanku mendengar pujian Nathan. Pekerja-pekerja Mukhris yang lain ketawa lepas. Mungkin tidak mengagak Nathan menyebelahi aku. "Okay. Bulan ni gaji you I potong seminggu!" Mukhris terus sahaja meninggalkan kami. Terkebil-kebil Nathan dengan keputusan Mukhris. "Don’t worrylah, Nat. Boss you tu bukan betul sangat. Kalau betul dia potong gaji you, beritahu I. biar I smash dia cukup-cukup." Aku kembali semula ke ruang hadapan. Menghampiri Syafikah dan Mukhris yang rancak berbual. Haizal kelihatan hanya mendengar dan tersenyum. "Asal you tak duduk jer kat dapur tu teman Nathan!" Sindiran Mukhris aku sambut dengan cebikan. Syafikah dan Haizal yang tidak tahu hujung pangkal memandang pelik ke arahku dan Mukhris. "Korang ni bergaduh lagi ker?" "Tak adalah. Ris ni jealous tak bertempat." "Aik, I pulak yang kena?!" "Okay, dah. Jangan nak bergaduh kat sini. Buat malu jer! Kami datang ni nak jumpa korang bukan nak dengar korang bergaduh!" "Betul tu!" Syafikah menyokong suaminya. Aku menjeling tajam Mukhris yang mencebik. Geram dengan sikapnya yang sering kali menyakitkan hatiku. "So, macam mana honeymoon? Seronok ker pergi tempat orang?" Tanyaku kepada Syafikah. Seboleh mungkin aku akan tenang dan ceria mendengar cerita bulan madu Syafikah dan Haizal. "Ish you ni takkan honeymoon orang pun nak ambil tahu!" Aku menjeling Mukhris yang tersenyum nakal. Lelaki ini kalau tidak mengenakan aku sehari tak boleh ker!? Ada sahaja benda yang dia nak kacau aku! Jelingan aku singgah ke arah Haizal yang asyik merenungku sedari tadi. Ada bini kat sebelah, boleh lagi renung aku macam tu! Apa kena pula dengan lelaki ni?! "Alah, Ris bukannya ada apa-apa pun. Macam pergi bercuti jer. Seronok sangat. Erm, aku syorkan korang kalau ada masa pergilah bercuti kat sana." "Aku ni bukan nak tak teringin nak bercuti tapi kerja aku bertimbun. Nak balik kampung pun susah." Keluhku pelahan sambil tanganku terus menyelak helaian album yang Syafikah hulur kepadaku. "Itulah kau, aku suruh tukar kerja kau nak juga kerja kat situ. Kerja ngan syarikat luar negara memang macam tu!" Aku menggeleng mendengar omelan Syafikah. Kalau ikutkan hati memang sudah lama aku ingin menukar kerja tapi bila memikirkan betapa susahnya nak mencari kerja sekarang ni niatku itu terbantut. Tambahan pula, aku pula menanggung tiga orang adikku yang masih bersekolah. Emak dan abahku pula semakin hari semakin tidak sihat. Dah tak boleh membuat kerja-kerja berat. "Susahlah, Ika. Sekarang ni susah nak cari kerja. Kau bayangkan berapa ramai yang duk menganggur sekarang ni!?" Aku masih tidak memanggung kepala. Masih menatap gambar perkahwinan Syafikah dan Haizal. Entah kenapa, perasan sebak dan sedih tadi hilang serta merta. Hadir perasaan seronok melihat gambar-gambar pengantin yang cukup cantik. Pandai jurugambar yang dipilih! "Erm, I ada satu kerja untuk you. Itupun kalau you naklah kerja dengan I." Mukhris tiba-tiba bersuara. Aku memaling memandangnya. "You nak bagi jawatan apa? Tukang masak you? Atau tukang kebun you?" tanyaku menyindirnya. "Jadi isteri I." Terbeliak mataku mendengar kata-kata Mukhris. Merah padam mukaku. Lagi pula, Mukhris berbisik pelahan di telingaku. Aku menelan air liur, kesat! "Direct you purpose kawan aku ni, Ris! Romantikkan, bang!" Kali ini aku memalingkan muka memandang Syafikah yang duduk di hadapanku. Wanita itu terseyum tapi aku tidak melihat garis senyuman di bibir Haizal. Keruh! Apa maksud riak muka itu? "You nak tak, Maira. Kerja dengan I?" "Tak ingin I! Dari I kahwin dengan you, baik I tak payah kahwin. Buat terseksa jer!" aku mencebik. Aku tahu Mukhris tidak serius menuturkannya. Bukan sekali dua dia bergurau begitu denganku. Berkali-kali. "Jual mahal! You buatlah jual mahal nanti jadi andartu padan muka!" Usikan Mukhris aku sambut dengan cebikan. Makin aku layan nanti, makin menjadi-jadi perangai tak betulnya! Deringan telefon bimbitku bagaikan penyelamat. Segera aku menjawab panggilan setelah melihat nama Sean tertera di skrin. "Weh, you kalau nak curi tulang pun janganlah lama-lama. Boss cari you, server down ni. Huru hara satu office. You sedap-sedap jer dating!" Belum sempat aku bersuara, Sean terlebih dahulu ‘menyembur’. Sakit telingaku mendengar suara jantannya yang garau. "Yalah, I balik office sekarang. You ni pakai main sembur jer! I baru keluar tak sampai dua jam you nak bising. Amoi you tu sampai ke petang tak nampak batang hidung, you diam jer!" sengaja aku menduga reaksi Sean. "Perempuan tu kalau tak datang langsung pun tak apa. Ada pun sakitkan hati jer. Kalau you tak ada, kaki I ni hilang sebelah tau!" Aku ketawa mengekek mendengar kata-kata Sean. Langsung tidak menghiraukan Mukhris dan Haizal yang masih merenungku. Ah, depan lelaki-lelaki ni aku tak payah berlakon jadi perempuan Melayu terakhir. Buang karan jer! "Okaylah, kesian you nanti cacat pula. I balik sekarang. You nak order apa-apa tak? I kat restoran kawan I ni!" "No, thanks. You balik office pun dah mengeyangkan I. Okaylah, orang tua you dah pandang I semacam tu. Kalau amoi I tahulah sebab apa!" pelahan suara Sean. "Okay. Dalam setengah jam I sampai." Ujarku dalam ketawa yang masih bersisa. Dalam marah Sean sempat juga dia buat lawak! "Amboi, seronok you ya! Ketawa tak ingat dunia. Terus reject jadi bini I!" Aku mencubit kuat lengan Mukhris. Semacam rasa puas dapat melihat mukanya yang merah padam menahan sakit. "Sakitkan, cik abang! Lepas ni, sebelum you kutuk I, you ingat lebam ni ya!?" "Kau ni, kesian Mukhris tu!" "Biar, padan muka dia. Okaylah, aku terpaksa pergi ni. Erm, you belanjakan air I ni! Thanks ya!" Aku menyalami Syafikah sebelum menghulur tangan kepada Haizal. Tidak mahu terus merasa kekok dengannya. Hakikat tetap hakikat. Dia sekarang suami kawanku. Haizal menyambutnya. "Ehem, dengan I tak nak salam?" "Dengan you? Lain kalilah!" Segera aku meninggalkan mereka. Sempat aku melambai ke arah mereka apabila keretaku mula bergerak meninggalkan kawasan restoran milik Mukhris. Syukur, aku mampu hadapinya. Terima kasih, ya ALLAH!
Aleeya dan Zackry berpindah kerumah baru mereka. Aleeya menyukai rumah tersebut. Bilik mereka dipisahkan. Aleeya mahu mempunyai bilik sendiri. Zackry juga tidak kisah. Selama seminggu bergelar suami isteri, belum pernah mereka bersama. Zackry tidak kisah, asalkan di mata kedua-dua orang tuanya mahupun Aleeya, mereka menjalankan kehidupan sebagai suami isteri. Bilik mereka bersebelahan. Aleeya seronok mempunyai bilik sendiri. Apa yang lebih menyeronokkan, pada keesokkan harinya dia akan mendaftar di Kolej Metropolitan dlam jurusan Pengurusan Perniagaan. Memang itu yang diidamkan selama ini. Mungkin itu hikmahnya dia berkahwin dengan Zackry. Hari pertama Aleeya di kolej Metropolitan, dia mendapat dua orang kawan iaitu Suzanna dan Mardiana. Kedua-dua mereka mengambil jurusan yang sama dengan Aleeya. Suzanna menetap di Taman Chempaka yang berhampiran dengan rumah Aleeya manakala Mardiana di Shah Alam. Aleeya tidak memberitahu statusnya. Itula perjanjiannya dengan Zackry. Dia mahu masing-masing mempunyai hidup sendiri. Kelas pertama Aleeya adalah kelas intensif. Aleeya masuk ke bilik kuliah. Mengikut jadual, mereka akan diperkenalkan dengan penyelaras jurusan masing-masing. Aleeya mengambil tempat paling hadapan bersama Suzanna dan Mardiana. Semangat berkobar-kobar sebagai pelajar barulah katakan. Sedang Bilik Kuliah itu hingar bingar dengan suara penghuninya yang masih dalam sesi perkenalan, masuk seorang lelaki. Dia memperkenalkan diri " Saya Zackry Syafiq Bin Zabidin, penyelaras kursus pengurusan perniagaan anda sepanjang enam semester anda disini. Ternganga Aleeya apabila melihah insan yang berdiri dihadapannya itu adalah suaminya. Namun, sikap bersahaja Zackry membuatkan Aleeya membuat endah tak endah. Kelas seramai 40 orang itu mampu dikawal dengan baik oleh Zackry. Aleeya sedikit mengagumi kebolehan suaminya itu. Namun, anak mata Zackry yang kerap tertumpu kepadanya membuatkan dia kurang selesa. Sesi memperkenalkan diri dimulakan. Selepas satu persatu memperkenalkan diri, akhirnya tiba masa Aleeya iaitu orang terakhir. "Saya Nurul Nazzatul Aleeya Binti Ahmad Nazim, berasal dari sabak bernam, berusia 20 tahun dan.." Belum sempat Aleeya menghabiskan, terdapat suara nakal yang mengusik " Status???" Kata mereka. Aleeya kaget. Dia memandang Zackry. Zackry juga sedikit gelabah. Dia cuba mengawal keadaan. " Cukup Aleeya, okey kelas, saya rasa cukup sampai sini untuk sesi hari ini. Selepas ini, ketua setiap subjek akan memberi taklimat dan penerangan yang lebih kepada kamu. Harap kamu enjoy belajar di sini. Assalammualaikum" Kata Zackry lalu melangkah keluar dari bilik kuliah itu. Bilik kuliah itu kembali hingar. " Wah… handsome la penyelia kita.." Kata Mardiana. " yela.. kau agak-agak berapa umur dia ye. Dah kawin ke belum. Dia cam tak aku?" Gurau Suzanna pula. Aleeya tidak mengendahkan dua temannya itu. " eh leeya, kau ni… kau tak terpikat ke dengan kehandsoman En. Zack tu? " Mardiana menyoal. " Apa lah korang ni.. aku tak kisah la.." Aleeya endah tak endah. Tidak lama kemudian masuk beberapa Pensyarah lagi yang menyampaikan taklimat kepada mereka. Hari pertama hanya menadah telinga untuk mendengar taklimat. Namun, semua taklimat itu berguna kepada mereka bagi menempuhi hari-hari yang mendatang. Aleeya seronok, dia bersemangat. Dia yakin, cita-citanya pasti akan berjaya digapai.
************************************** Kini, genap seminggu Aleeya belajar di Kolej Metropolitan itu, dia mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran di situ. Dia seronok belajar disitu. Masa seminggu tersebut diperuntukan oleh kolej bagi mengorentasi pelajar baru. Jadi, kelas sebenar belum bermula. Pagi itu Aleeya bangun seawal 6 pagi. Setelah selesai solat subuh, dia menyiapkan dirinya. Hari itu kelas bakal bermula, dia harus bersedia. Selesai segalanya, dia keluar dari kamarnya. Aleeya dan Zackry bertembung. " Morning.." Tegur Zackry bersahaja. Aleeya membalasnya dengan senyuman. Mereka ke kolej bersama namun, bagi mengekalkan rahsia mereka, Aleeya meminta Zackry menghentikannya di luar pagar kolej. Itu juga adalah perjanjian mereka. Sebelum keluar dari kereta, Zackry menghulurkan dua keeping not RM50 kepada Aleeya. " Nak buat apa?" Aleeya hairan. " Untuk belanja la.. and untuk beli buku dan apa yang patut." Ujar Zackry. " Hmm… Thanx, tapi saya ada lagi duit yang ayah and my bro bagi tu.." Kata Aleeya. Dia teragak-agak mahu mengambilnya. " Aleeya, I’m your hubby.. take it.." Pinta Zackry. Dia tidak mahu dilabelkan suami yang tidak bertanggungjawab. Walaupun perkahwinan mereka hanya sekadar zahir, namun bagi Zackry dia perlu bertanggungjawab ke atas Aleeya. " Hmmm… okey.. thanx" Aleeya mengambil wang tersebut dan keluar dari kereta Zackry. Dia berjalan menuju ke kolej. Hati kecil Aleeya tersentuh dengan sikap baik Zackry terhadapnya. Namun, egonya yang tinggi tidak boleh diruntuhkan. Mungkin Zackry Cuma berlakon baik. Aleeya cuba menyedapkan hatinya. Sampai sahaja di kelas dia sudah melihat kelibat Suzanna dan Mardiana. "Awal korang sampai" Tegur Aleeya. " Semangat beb.." Ujar Suzanna. " Ye la leeya, kitorang tak sabar nak belajar ni… eh, ape subjek first ek.." Mardiana menggaru-garu kepalanya yang tidah gatal itu. " Ceh.., semangat konon.. schedule pun tak tahu.." Aleeya mengomel. " First ari ni Math For Business." Ujar Aleeya. "Siapa lectrure ek.." Suzanna tertanya. Tidak lama kemudian Zackry masuk ke kelas Aleeya. "Kelas, I’m your Math Lecturer." Kata Zackry. Aleeya kaget. Suzanna dan Mardiana gembira. Kelas pertama bermula. Selama hampir dua jam Zackry mengajar. Sekali lagi Aleeya kagum dengan kebolehan suaminya itu. " Okey class.. sampai sini dahulu, hope kamu boleh siapkan assignment yang saya bagi and submit to me tomorrow morning." Kata Zackry sebelum melangkah keluar. " Pergh.. gila banyak latihan dia kasi.. hari first dah bagi macam ni.. matilah.." terdengar suatu suara merungut. " Susah la math ni.. entah sempat ke tidak aku siapkan semua ni.." Suzanna pula merungut. " InsyaAllah boleh." Kata Aleeya. Dia juga sedikit geram. Namun dia hanya bersabar. Aleeya,Suzanna dan Mardiana berjalan seiring ke cafeteria Kolej. Setelah tiga kelas berlalu, otak masing-masing sudah tepu. Mereka mempunyai masa 1 jam untuk berehat sebelum satu kelas lagi. " Aku lapar la.." Ujar Mardiana. " Jom la beli makanan." Ajak Aleeya. Aleeya dan temannya duduk di suatu sudut cafeteria tersebut sambil menikmati makanan yang dibeli. Sedang mereka menjamu selera, Suzanna menepuk meja. Jarinya menunjuk kearah seseorang. "Wei, tengok tu, tu senior kita, budak business gak, popular tau dia tu." Ujar Suzanna. Aleeya dan Mardiana menoleh. Mata mereka kini tertumpu ke arah seorang gadis yang sedang berjalan menuju ke cafeteria bersama dua temannya. " Siapa tu, aku tak kenal pun" Kata Aleeya. " Tu lah Sherry. Syarifah Sherina Datuk Syed Samad." Suzanna menyebut. " ish.. mana kau kenal dia?" Mardiana pula menyoal. " Entah, siap nama penuh sekali, kau pernah jadi maid dia ke?" Sambung Aleeya. " Bukan,dia memang famous la kat Kolej ni, ayah dia tu majority syer dalam kolej ni, takkan korang tak kenal, lambat la korang ni.." Ujar Suzanna panjang lebar. " Hmm.. lantakla, aku tak tahu dan tak nak tahu pun.." Kata Aleeya lalu menghabiskan makananya yang masih bersisa. " Tapi.. cantikkan dia tu, tengoklah, ada karisma.." Mardiana pula menambah. Suzanna mengangguk tanda setuju. Bagi Aleeya itu semua tidak penting, dia di situ hanya mahu belajar. " And… lagi satu beb, aku dengar dia rapat dengan En. Zack, ada yang kata diorang bercinta" Sambung Suzanna. Hampir tersembur air yang diminum Aleeya. " La… yeke.. punahla impian aku untuk bercinta dengan En. Zack, the most Handsome and famous Lecturer." Mardiana Menyambung. Aleeya sekali lagi menoleh ke arah Sherry. " Hmm.. dia dengan Zack?, Zack tak pernah cerita pun," Kata Aleeya di dalam hati. Selesai makan, mereka kembali ke kelas untuk menghadiri kelas seterusnya. Aleeya masih dalam dilemma memikirkan kata-kata Suzanna sebentar tadi. "Biarlah, walaupun dia Hubbya aku, aku bukan sayang pun. Desis hati kecil Aleeya.
********************************
"Hish… susahnya soalan ni.." Aleeya mengeluh. Dia cuba membuang soalan Math yang diberikan. Zackry yang ketika itu baru pulang dari kedai berhampiran untuk membeli makanan. Selama mereka berkahwin, tidak pernah Aleeya memasak untuknya. Masing-masing dengan kehidupan sendiri. " Leeya.. Saya dah beli makanan, jom makan" Zackry tiba-tiba muncul di muka pintu bilik Aleeya. Aleeya terperanjat. " Oii.. Kalau masuk ketuk dulu boleh tak." Marah Aleeya. Dia bengang dengan kelakuan Zackry yang sesuka hati masuk kebiliknya. " Err.. sorry" Zackry meminta maaf. Aleeya yang ketika itu lebih bengang dengan soalan Math yang susah itu sengaja melepaskan amarahnya. " Banyak awak punya sorry, this is my privacy space, tolong hormat, ayah ibu saya pun ketuk dulu, awak siapa? Sesuka hati masuk bilik saya." Ngomel Aleeya lagi. "I’m your husband. And.. your lecturer." Ujar Zackry selamba. " Dalam kontrak sahaja okey.. and lecturer di kolej sahaja." Aleeya semakin berang. " Dah la, tak payah nak marah-marah, bukan dapat pahala pun, berdosa lagi adalah.. derhaka pada suami.." Sambung Zackry. Aleeya memandang tajam mata Zackry. " Gurau je.. jom makan." Zackry menarik tangan Aleeya. "Dot touch me!!!" jerit Aleeya. Zackry terpana. Aleeya tunduk, air matanya mula menitis. Zackry semakin gelisah. "Ala… Janganla macam ni.. jom makan" Pujuk Zackry. " Keluar!!!.. Awak pergilah makan sorang-sorang. Tak payah nak berlagak baik.." Aleeya meninggikan suaranya. Zackry akhirnya akur. Dia serba salah. Sebaik sahaja Zackry keluar, Aleeya terus menghempas pintunya. Dummm!!. Zackry sekali lagi terpana. Dia terus ke dapur. Nasi bungkus yang dibeli untuk makan bersama Aleeya ditenung. Seleranya berkurangan. Perasaan serba salah menghantuinya. Dia tidak berniat menyakiti perasaan Aleeya. Aleeya di bilik menangis teresak-esak, ada sedikit perasaan bersalah dalam hatinya. Namun, dia tidak mampu mengawal amarahnya. " Ibu… Leeya nak balik…" Tangis Aleeya. Dia terkenang keluarganya di kampong. Buku Math ditenung, terbayang wajah Zackry di situ. Aleeya menutup bukunya, dia merebahkan diri ke atas tilam empuknya. Akhirnya dia terlena.
***************************** Aleeya kelam kabut menyiapkan diri, dia terlewat bangun pagi itu. Zackry pula tidak mengejutkannya. Bukan sengaja, kata-kata Aleeya beberapa hari lalu mengubah perlakuan Zackry terhadap isterinya. Kini, dia benar-benar membiarkan Aleeya dengan kehidupan peribadinya. Ke kolej juga tidak bersama. Aleeya lebih kerap menaiki teksi. Berjumpa di rumah juga hanya kadang kala. Masing-masing duduk di bilik untuk melakukan hal peribadi masing-masing. Aleeya perasan dengan perubahan itu, namun dia tidak mengendahkan. Dia lebih selesa begitu. Tidak perlu menghadap muka dan loya buruk suaminya lagi. Mereka hanya berkomunikasi di kelas. Ternyata Zackry seorang yang professional dalam kerjayanya. Soal tugas danperibadi dipisahkan. Di kolej Aleeya adalah pelajarnya. Aleeya juga begitu Cuma kadang kala dia ada menunjukkan sifat antagonisnya terhadap Zackry. Zackry pasrah. Kelas bersama Cik Embun sudah bermula hampir setengah jam. Aleeya yang tiba lewat itu mengetuk pintu. Suzanna dan Mardiana gelisah. Sudah pasti Aleeya akan dihukum. Cik Embun terkenal dengan sikap garang dan tegasnya. Jolokan Anak Dara Tua diberikan kepadanya kerana walaupun usia sudah menginjak 35 tahun, wanita itu masih belum bersuami. Ada ura-ura yang mengatakan dia menyimpan perasaan terhadap Zackry. Al maklumlah, orang kacak. " Aleeya, Kenapa lambat?" Soal Cik Embun. "Bangun lambat" Ujar Aleeya sambil menelan air liur. Bimbang didenda Cik Andartu itu. " huh.. alasan tak masuk akal.. kenapa bangun lambat? Kamu susukan anak ke semalam?" Perli wanita itu lagi. Aleeya hanya diam. Terdengar tawa beberapa teman sekelasnya. "Today for first time I’ll forgive you.. duduk" Kata Cik Embun. Aleeya menarik nafas lega. Dia mengambil tempat, dalam hatinya dia geram. Geramkan Zackry yang menjadi punca segalanya. Tamat sahaja kelas Aleeya diserbu Suzanna dan Mardiana yang menyoalnya bermacam-macam perkara. Aleeya penat melayan karenah mereka. Sedang mereka berbual, kelibat Zackry melintas di kelas Aleeya. Zackry berjalan seiring dengan Sherry. Aleeya dan temannya tergamam. Zackry langsung tidak menoleh kearahnya malah begitu leka berbual dengan Sherry. Aleeya geram. Bebola matanya berapi. " Ha… kan betul aku kat, lagipun, pagi tadi aku Nampak En. Zack datang sama-sama ngan minah tu." Ujar Suzanna. Aleeya cepat-cepat menoleh kea rah Suzanna. " Cis, aku lambat kau sedap-sedap pergi kolej ngan pompuan tu.." Aleeya merungt geram didalam hati.
Kini, tiada maaf lagi buat Zackry. Dia nekad, pulang dari kolej nanti, Zackry akan dileteri. Biar segala kemarahannya lepas. Seperti yang dirancang, Aleeya yang sedang menonton televisyen menunggu kepulangan Zackry. Zackry pulang agak lewat hari itu. Sebaik masuk ke rumah, Aleeya menyerang. " Amboi, lambat balik" Kata Aleeya, matanya masih tertancap pada skrin televisyen. Zackry tidak mengendahkan. "hoi, saya cakap dengan awak." Aleeya menambah. Langkah Zackry terhenti. Hari tersebut adalah hari yang memenatkan baginya. Dia berang dengan panggilan Aleeya terhadap dirinya. " Kalau panggil elok-elok boleh tak?" Zackry mula bersuara. "Suka hati lah.. " Aleeya ketawa kecil. Zackry semakin baran. Sabarnya ada batasan. "Nazzatul Aleeya, kau ni kenapa? Apa yang tak puas hatinya ha?" Suara Zackry sedikit tinggi. Aleeya bertambah bengang mendengar herdikan suaminya. " Memang aku tak puas hati, sebab kau aku lambat pergi kolej, sebab kau aku kena ketawa,kena perli.. kau tahu tak?!!" Aleeya semakin meninggikan suaranya. Gaya bahasa yang digunakan turut berubah. " Hey, itu semua kau punya pasal lah.. kau yang pilih cara hidup macam ni, lantak KAULAH!!" Kata Zackry. Air muka Aleeya berubah. Tidak pernah dia melihat Zackry sebegitu baran. Namun dia tidak mahu mengalah. " Hey, kau jaga sikit kata-kata tu!! Kita sama-sama yang pilih.. dah la tu, menggatal pula dengan Sherry" Aleeya semakin geram. " Hey Aleeya, suka hati akulah… kau tu siapa nak tentukan hidup aku?" Tengking Zackry. Dia sedar dia telah berkasar dengan Aleeya. Namun, Aleeya harus diajar. Aleeya tunduk, dia menyedari salah sendiri. " Ingat, kita kahwin atas kontrak sahaja, so, tak payah nak sibuk hal aku, and aku pun tak ingin nak ambil tahu hal kau!!" Zackry menambah. " Okey, so kalau macam tu.. Let me go.. Ceraikan aku, senang!!" Jerit Aleeya. Matanya mula berkaca. " Itulah kau, cakap tak pernah pakai otak" Zackry menghalakan penunjuknya ke kepala Aleeya. Aleeya menepis. " Kalau aku tak fikirkan papa and mama, kalau aku tak hormatkan ayah dan ibu, I’ll let you go.. but, aku tak boleh buat macam tu.. " Suara Zackry semakin rendah.
Dia tunduk merenung lantai. Aleeya juga terdiam, dia teringat janjinya terhadap kedua orang tuanya. " Aleeya, awak nak apa lagi? Apa yang saya perlu buat supaya awak bahagia, senang hati, apa?" Zackry menyoal. Aleeya masih diam. Dia mati kata. " Sudahla, kalau saya layan marah memang dah lama awak kena, but I respect you as my wife. Saya tak kisah awak nak anggap saya suami atau tak, terpulang kat awak.. tapi kalau awak mintak cerai, I’ll say NO" Tegas pendirian Zackry. Dia terus melangkah ke kamarnya. Aleeya yang masih berdiri kaku dibiarkan. Aleeya menitiskan air mata. Rasa bersalah mula menyelubungi. Aleeya melangkah ke kamarnya, dia menangis sepuasnya. Perasaannya bercampur baur. Penyesalan memilih perkahwinan itu mula menyelubungi.
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Kaki Novel Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KN untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
admin@kakinovel.com
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei