Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" I miss u syg" lina zahira hanya tersipu-sipu di talian. " Abang dimana? Malam ni sayang masak lauk kegemaran abang. Ketam masak lemak. Kita makan sama dengan anak-anak okay. Sayang ada ‘something special for u'"
arman mematikan telefon bimbitnya. Sambil memandu untuk pulang ke rumah, dia terkenangkan lina zahira yang di kenalinya 12 tahun yang lalu. Sepanjang 12 tahun itu jugalah dia bergelar suami kepada lina zahira. Pelbagai pahit manis kehidupan berumah tangga bersama lina dilaluinya. Kasih sayangnya juga tidak pernah luntur dari hari pertama mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri sehingga sekarang.
Lina zahira, Kecantikannya tidak pernah luntur walaupun dia kini bergelar ibu beranak dua. Cuma penampilannya sahaja berubah, jika dahulu dia akan memakai apa yang di sukainya tetapi sejak bergelar isteri kepada arman, dia amat menjaga penampilannya dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Memiliki rambut ikal mayang yang amat rapi, kulit yang mulus walaupun hitam manis, bibir yang munggil dan yang paling memikat, lina mempunyai sepasang mata yang bisa menggoda sesiapa saja yang memandangnya. Walaupun berumur 31 tahun dan mempunyai dua orang cahaya mata, tetapi tubuhnya seperti wanita yang pernah melahirkan anak. Kecantikan itulah yang mengikat dan membuatkan arman amat menyayangi isterinya. Tetapi kerana kecantikan itu jugalah kadang kala membuatkan rumah tangga mereka di landa badai. Walaupun begitu, baik arman mahupun lina zahira mereka berdua tetap cuba mempertahankan perkahwinan yang telah lama dibina atas dasar cinta.
Arman iskandar, Seorang usahawan yang amat berjaya dipentas perniagaan yang penuh pancaroba. Nama arman juga cukup gah dikalangan usahawan-usahawan terkenal di Malaysia. Zexseas holding, syarikat perkapalan yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan ke Negara-negara luar. Berusia 40an tetapi mempunyai penampilan yang amat kemas, sesuai dengan jawatan yang di pegangnya sekarang. Mempunyai paras yang sederhana.bermula dengan bertatih dari bawah untuk mengecap kejayaan seperti sekarang. Kejayaan arman juga adalah hasil daripada lina yang tidak pernah jemu memberi semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap suami tercinta. Lina zahira juga menjadi sumber inspirasi kepada arman iskandar.
********************************
bau hidangan yang di hidangkan oleh lina menarik perhatian seisi villa kaseh. Arman berjalan menuju kearah lina. Lalu memaut pinggang isteri yang dikasihinya. " wah, nampak sedap semua lauk-lauk yang sayang masak" dikukupnya belakang leher lina zahira.bau haruman hugo woman yang dipakai lina amat menusuk hidung arman. Cukup untuk membangkitkan ghairah seorang lelaki. haruaman itu jugalah yang mengulit malam-malamnya.
"ehem" deheman iman suhaila, kehadiran anak kedua kepada lina dan arman sedikit sebanyak meleraikan suasa romantik sebentar tadi.
" erm, ila mana kak ana? Kenapa tak ajak kak ana turun makan sekali?"
iman suhaila menarik kerusi menghadap lina dan arman
"alah mama, ila dah ajak tadi, tapi kak ana tu asyik sangat dengan homework dia."
" erm. Okaylah mama pergi tengokkan ana dulu ye. Abang makanlah dulu dengan ila"
arman hanya memandang dengan perasaan tidak puas hati.
**********************************
"sayang, kenapa tak turun makan. Kan tak elok makan lewat-lewat. Jom kita turun. Papa dengan adik sedang tunggu kita. Kan tak elok biar orang menunggu kita"
iman suzanna mengangkat punggung dengan lemah. Dia membontoti mamanya menuju ke bawah. Perutnya tidaklah menunjukkan tanda-tanda mahu makan. Tetapi dia tidak mahu menghampakan permintaan mamanya.
Iman suzanna mengambil tempat di sebelah iman suhaila mengadap mamanya. Makan malam mereka seperti hari-hari yang lain. Diam tanpa suara. Hanya bunyi sudu yang berdentingan dengan mangkuk-mangkuk kaca di atas meja. Selesai makan malam arman bangun lalu mengambil tempat di ruang tamu. Iman suhaila juga membontoti papanya. Manakala lina mengemas meja makan sambil dibantu oleh iman suzanna. Itulah rutin mereka sekeluarga. Bukan arman tidak mahu mengambil pembantu rumah, lagipun, sejak kebelakangan ini kesihatan lina tidak menentu. Dia juga sering keletihan dan pening-pening. Mungkin kesibukan menguruskan rumah tangga menjadikan lina zahira begitu.Tetapi lina zahira yang mahu melakukan semua kerja rumah sendiri. Lina zahira memang seorang wanita yang amat rajin. Apa jua masakan yang di masaknya tidak pernah dirungut oleh suami mahupun anak-anak. Dia juga seoarang yang lemah lembut dan juga penyabar melayan kerenah suami dan anak-anak.
Selesai berkemas iman suzanna menapak ke tangga menuju ke biliknya. Banyak lagi tugasan yang diberikan gurunya mahu disiapkan.
" ana nak pergi mana sayang, sinilah borak-borak dengan mama"
" tak mengapalah ma, banyak lagi kerja yang belum siap."
lina menganguk tanda faham. Kadang-kala terdetik juga naluri keibuannya apabila sikap suaminya yang acuh tidak acuh kepada anak sulung mereka. Arman lebih rapat dengan iman suhaila berbanding iman suzanna. Layanan arman amat dingin terhadap iman suzanna. Sejak kehadiran iman suhaila ke dalam hidup mereka, kasih arman seperti beralih kepada iman suhaila. Walhal sebelum kehadiran iman suhaila, iman suzanna di tatang bagai minyak yang penuh. Kasih sayangnya hanya tertumpah kepada iman suzanna. ************************************ " nak kiss baby" dengan sepantas kilat iman suzanna mencium adik kecilnya yang baru 7 hari. Tiba-tiba iman suhaila menangis.Iman suzanna tidak dapat mengawal imbangan badannya lalu kepalanya terhantuk ke atas kepala iman suhaila. Arman yang melihat kejadian itu tiba-tiba naik berang. Lalu di sentap tangan iman suzanna dan menolaknya ke tepi dengan kasar. Iman suzanna yang ketika itu berumur 4 tahun terdiam, mungkin terkejut dengan tindakan papanya. Arman mendukung iman suhaila yang menangis lalu di tinggalnya iman suzzanna yang terduduk apabila di tolak oleh arman.
Lina yang melihat kejadian itu tidak mampu berbuat apa-apa. Setelah arman berlalu lina mendapatkan iman suzanna.
"itu la, kan mama sudah pesan. Jangan kasar-kasar dengan baby. Kesian anak mama, meh sini mama tengok" lina cuba memujuk anak kecilnya itu. Apalah yang di tahu oleh anak sekecil itu. Mungkin bagi mereka itulah cara mahu mengekspresikan kasih sayang.
"cori mama, ana..." tutur iman suzanna dalam loghatnya " tak mengapalah, lain kali ana jangan buat macam tu lagi k. sudah, sayang tolong mama masak hari ni"
"yeyeye" sorak iman suzanna seolah-olah kejadian tadi tidak berlaku.
************************************
" ila, dah lewat ni. Esokkan nak ke sekolah. Sudah, pergi tidur ye. Papa ada hal nak di bincangkan dengan mama."
iman suhaila menurut perintah. Lagipun matanya juga sudah dihambat kantuk. Dahi papa dan mama di cium " selamat malam ma, pa" "selamat malam sayang" jawab arman dan lina serentak
arman mengangkat tangannya lalu di letakkan di atas bahu isterinya. " erm, apa benda yang special sangat sayang hendak beritahu abang ni?" tanya arman walaupun dia sedang asyik menonton rancangan di televisyen.
dengan penuh kasih sayang arman mengusap-usap rambut isterinya.lina hanya membiarkan arman melakukan demikian. Dia amat selesa dan selamat apabila arman melayannya begitu.
" abang.... sebenarnya....." kata-kata lina terhenti di situ. Tidak tahu bagaimanakah hendak mengkhabarkan berita yang baginya satu berita yang amat gembira. Tetapi bagaimanakan penerimaan arman nanti. Gembirakah dia bila mengetahui duduk perkara sebenar.
" sayang... cakaplah" arman mengucup dahi isteri yang dicintainya. Sambil menggenggam erat jari jemari lina. Dia mengalih pandangannya kearah wajah lina zahira
" abang... tadi pagi lina ke klinik. Doktor cakap 6 minggu bang...."
arman bagaikan tidak percaya. Dia faham apa yang di maksudkan isterinya. Dia tersenyum. Kali ini berkali-kali dia mengucup dahi dan tangan isterinya. Lina amat gembira kerana berita itu di terima baik oleh arman. Cuma sebelum ini arman pernah menyuarakan kapadanya yang dia tidak mahu lina mengandung lagi. Ini kerana arman kasihan melihat isterinya memboyot membawa perut ke sana sini.
" selepas ni bertambah meriahlah rumah kita"
arman tersenyum dengan penuh makna. Lina amat lega dengan penerimaan arman. Lina melentokkan kepalanya ke bahu arman. Tanpa sedar lina telah terlelap di situ. Arman mengendong isterinya ke dalam kamar beradu mereka. Perlahan-lahan arman membaringkan lina di atas katil. Takut-takut isterinya terjaga. Arman memadamkan lampu lalu menempatkan dirinya di sebelah isterinya. Tiba-tiba seperti ada tangan yang memeluknya.
" erm, nakal ye. Pura-pura tidur. Kesian abang terpaksa angkat isteri abang yang berat ni"
" lina sayang abang..." tiada apa yang lebih membahagiakan lina daripada berada di sisi suaminya yang di kasihi. Bagi lina malam itu adalah malam yang amat membahagiakan. Kehidupan mereka akan diserikan oleh kehadiran bakal cahaya mata mereka berdua.
*********************************
hari itu arman lewat ke pejabat. Sengaja dia berbuat demikian. Sebelum ke pejabat arman sempat membantu lina membuat kerja rumah. Lina zahira hanya tersenyum melihat gelagat suami kesanyangannya itu.
"abang ingat, selepas ni lina tak payah nak buat kerja rumah. Nanti abang bawakan seorang pembantu untuk membantu sayang di rumah"
"abang... kan lina boleh uruskan sendiri. Buat apa nak bazirkan duit.lina sudah biasa buat semua ni. Lagipun tak adalah banyak sangat."
"abang tak nak dengar alasan lagi. Hari ini abang akan ke agensi mencari pembantu rumah. Dalam minggu depan insyaallah abang akan bawa ke sini. Kali ini abang mahu sayang berehat sahaja. Jangan buat kerja berat-berat. Abang risaulah. Linakan tengah bawa budak. Okay sayang?" pujuk arman.
lina zahira hanya menganggup setuju. Biarlah kali ini dia dibantu melakukan kerja rumah. Lagipun sejak pembawakan budak, dia sering muntah-muntah dan pening-pening. Pagi semalam dia jatuh pengsan. Ketika itu arman tiada di rumah, manakala kedua-dua buah hatinya juga ke sekolah. Mujurlah ketika itu azman sampai ke villa mereka. Dialah yang membantu lina zahira dan membawa lina zahira ke klinik untuk melakukan pemeriksaan. Ketika itulah lina mengetahui yang dia mengandung. Pada waktu itu azman turut berada di dalam bilik doktor
" tahniah encik dan puan bakal menimang cahaya mata" azman hanya tersenyum. Bangga benar dia ketika doktor mengucapkan tahniah. Lina zahira seakan tidak percaya patutlah sejak kebelakangan ini dia sering muntah dan pening-pening. Tetapi ketika mengandungkan iman suzanna dan iman suhaila tidak pula dia mengalami loya-loya seperti ini.
**********************************
Azman iskandar, adik ipar lina zahira iaitu adik kepada arman iskandar. Masih menuntut di salah sebuah universiti tempatan. Azman amat rapat dengan kedua-dua anak buahnya, terutama iman suzanna. Dari segi fizikal iman suzanna mirip kepada lina zahira. Azman berusia 24 tahun. Pernah juga uminya menyuarakan hasrat untuk mencari jodoh untuknya. Tetapi di menolak cadangan itu mentah-mentah. Sebenarnya azman mahukan wanita seperti kakak iparnya, lina zahira. Dia amat tertarik dengan penampilan lina zahira. Baginya lina zahira adalah seorang wanita yang sempurna. Baik dari segi fizikal mahupun tingkah laku dan tutur kata yang lembut amat menarik perhatian sesiapa sahaja. Kadang- kala azman berasa cemburu apabila melihat kemesraan lina zahira bersama abangnya. Azman juga sering bertandang ke villa arman. Walaupun begitu, azman hanya bertandang ketika arman ataupun kedua-dua anak buahnya ada di rumah. Ini kerana dia masih lagi sedar dan hormat akan lina zahira dan abangnya. Cuma pada hari dia terjumpa kakak iparnya terbaring di ruang tamu itulah tiada sesiapa di rumah. Tetapi niatnya cuma untuk mengambil buku yang mahu di pinjam. Tetapi di sebabkan salamnya tidak di sambut dia memberanikan diri untuk masuk ke villa tersebut. Ketika itu lah dia melihat lina zahira terbaring dilantai tidak sedarkan diri. Lalu di kendongnya lina zahira ke kereta lalu membawanya ke klinik.
*********************************
tok...tok... "coming" " kat sini ada semua fail yang u minta. Anything yang tak cukup just let me know k. i\'ll be here for u dear" farrah adiba tidak pernah berubah. Seorang wanita yang tidak pernah putus-putus mengharapkan kasih daripada arman iskandar. Seorang gadis yang boleh dikategori fashionable. Sentiasa berpakaian seksi. Lenggoknya amat mengiurkan dan menggoda. Sudah enam tahun dia berkhidmat untuk arman sebagai setiausaha. Bukan tidak mempunyai tawaran yang lebih lumayan daripada syarikat lain. Tetapi hatinya telah terpaut kepada karisma yang dimiliki oleh arman sebagai seorang lelaki. Tetapi hati arman masih kukuh terhadap isterinya. Walaupun farrah adiba sering menggodanya dengan lenggok dan rengekannya. Pernah juga farrah menyuarakan isihatinya untuk menjadi isteri arman. Walaupun dia tahu arman tidak akan melepaskan lina zahira tetapi dia sanggup menjadi isteri kedua arman iskandar. Tetapi arman iskandar bukanlah seperti lelaki-lelaki lain yang mungkin akan menerima cadangan farah adiba. Baginya lina zahira tiada galang gantinya. Dia sudah berjanji akan menjaga isterinya hingga ke akhir hayat. Namun begitu farrah tidak akan berputus asa untuk cuba merebut kasih arman.
" 8 malam u ada majlis makan malam bersama dato kaiser di rumahnya.let me temankan u tonight?" farrah adiba memberikan cadangan. Dengan senyuman yang menggoda.
" no no, I akan bawa isteri I ke sana. Kalau u nak pergi u ajaklah orang lain k. i\'m so sorry, next time maybe"
" come on lah arman. Tak kan isteri u tu asyik nak ikut bontot u jer. Sekali sekala apa kata I yang temankan u. u ni kenapa? Selalu menolak kalau I yang ajak. Takkan u ni pun tergolong dalam laki yang takut bini." farrah senyum sinis seakan mengejek arman. Arman hanya menggeleng. Malas mahu bertekak dengan farrah adiba.
arman memang sudah merancang untuk membawa isterinya ke majlis tersebut. Kalau lina zahira keberatan untuk pergi sekali pun dia tidak akan mengajak farrah menjadi temannya.
" kalau tak ada apa-apa lagi u boleh keluar. Thank you so much"
farrah mencebikkan mukanya, lalu berlalu pergi. Sakit hatinya apabila arman menolak pelawaannya untuk ke majlis di rumah dato kaiser.
Dato kaiser adalah seorang usahawan yang sememangnya berjaya. Beliau juga merupakan pelanggan penting kepada syarikat arman. Dato kaiser amat di segani walaupun kadang kala perangai kaki perempuannya tidak dapat di bendung. Datin faridah, isteri kepada dato kaiser juga sudah lali dengan mata keranjang suaminya. Di sebabkan anak-anaklah yang membuat datin faridah kuat menjalani kehidupan sebagai isteri kepada lelaki yang mata keranjang.
*********************************
"lina letih lah abang, abang ajak je lah setiausaha abang tu. Tak mengapa saya izinkan." "erm, kalau sayang tak nak pergi abang pun malaslah nak pergi. Sayang tak takut nanti si farrah tu kebas suami sayang yang hensom nih?" arman cuba berseloroh dengan isterinya
lina menggenggam tangan suaminya.
" abang, lina tahu siapa suami lina. Lina percayakan abang. Abang.. terima kasih sebab abang sudi terima saya dan anak saya bang. Lina tahu, abang sudah banyak berkorban untuk saya. Lina sayang abang" lina tidak dapat membendung air matanya. Arman juga amat tersentuh dengan pengakuan isterinya. Dia menyeka manik-manik jernih yang menghujani lina zahira. " sayang" arman mengangkat wajah lina zahira mengadap mukanya. Naluri lelakinya sedikit sebanyak terusik apabila terpandang wajah lina zahira yang di selubungi sebak.
" abang pun sayang lina sangat-sangat. Pada abang linalah pelengkap hidup abang."
lina zahira yang diam dari tadi membuka mulut
" jom" "ke mana" tanya arman kehairanan " siaplah, kan tadi abang ajak lina." lina melemparkan senyum manis kepada arman. " erm. Nakal ye isteri abang ni, ingat ke mana la nak ajak abang tadi." kata arman tersenyum nakal kepada isterinya " ingat ke mana bang?" soal lina zahira sambil mengerutkan dahinya. semakin melebar senyuman arman apabila lina bertanya demikian. Arman mencuit hidung isterinya sambil menggelengkan kepala.
" tadikan sayang cakap taknak pergi. Abang tak kisah, majlis itu pun untuk menyambut anak dato kaiser yang baru pulang dari luar negara sahaja?" " sekarang sayang rasa macam nak pergi pula.. kita pergi ye. Lagipun baju yang abang belikan untuk saya hari tu pun tak pakai lagi. Sayang siapkan pakaian abang dulu ye. Sudah, sekarang ni abang pergi mandi dulu. Busuk la, dah taknak mengeram lagi" lina zahira segera menarik tangan arman yang masih berbaring di katil.
" sayang temankan abang mandi ek?" senyum arman
"sudah, jangan nak ngada, nanti lambat pulak kita ke sana bang" "erm, abang macam malas nak pergi la sayang. Kita makan di rumah jelah"
lina zahira menolak arman masuk ke bilik air. Arman cuba menarik lina zahira, tapi lina zahira cepat-cepat mengelak dan berlalu pergi. Dia mahu menyediakan pakaiannya dan juga arman.
*********************************
semua tetamu yang hadir seakan terpukau melihat penampilan lina zahira malam itu. Elegant! Arman juga seakan tahu yang hadirin yang hadir sedang memandang kearah isterinya. Kadang kala dia amat mencemburui wanita itu tetapi dia juga berbangga kerana memiliki isteri secantik lina zahira. Penampilan lina amat ringkas. Cuma berbaju kebaya merah yang di beli arman di medan ketika dia ke sana kerana mempunyai urusan perniagaan. Tetapi potongan baju itu amat sesuai dengan badan lina zahira. Solekan yang nipis juga menyerlahkan kecantikan semulajadi yang di miliki lina zahira.
" wah, cantik betul teman yang u bawa hari ini man! Setiausaha baru u ke? Tak mahu kenalkan dengan I" datin faridah yang berada di sebelah dato kaiser hanya tersenyum. Faham sangat dengan perangan suaminya. " dato, kenalkan ini isteri I, lina zahira" dato kaiser seakan termalu dengan apa yang di ucapkannya tadi. Datin faridah menghulurkan tangan ke arah lina zahira sambil tersenyum. Dia mempelawa arman dan lina untuk menjamu hidangan yang di sediakan. Dato kaiser hanya memerhati dari jauh. Beliau seakan kenal dengan isteri arman. Tapi dia lupa di mana dia berjumpa dengan perempuan itu.
*********************************
malam berganjak ke jam 10 malam.
" lina makanlah, saya mahu ke sana sebentar. Jemputlah" pelawa datin faridah. Lina zahira mengangguk.
lina zahira seakan mencari-cari kelibat arman. Sudah lah dia tidak mengenali tetamu yang hadir.
"hadirin sekalian" " malam ini saya amat gembira sekali kerana anak saya, zaiful arifin telah menamatkan pelajarannya di perth. Dengan itu saya mahu mengumumkan yang anak saya akan menggantikan tempat saya di sinar cempaka holding mulai esok."
semua hadirin menepuk tangan. Dato kaiser memeluk erat anak terunanya sambil menepuk-nepuk bahu zaiful arifin. Dada lina zahira seakan berdebar-debar apabila dato kaiser mengumumkan nama itu. Dia tercegat di situ. Apabila dia ternampak kelibat itu seperti semua darah yang ada di dalam badannya naik ke muka.
********************************* " sayang"
lina zahira seakan-akan bermimpi.
"abang" penglihatannya seakan berbalam-balam. Kabur. Tetapi dia tahu ada beberapa mata yang memandangnya.
"abang, kenapa dengan lina bang" dia cuba bangun " aduh" lina zahira mengaduh. Sakit betul kepalanya.berat. " bang, jom kita balik rumah kita bang." lina zahira seperti kanak-kanak malam itu. Dia perasan ada sepasang mata sedang merenung tajam ke arahnya. Dia tidak selesa dengan keadaan demikian.
" lina tidur jelah di sini, lagipun dah lewat sangat. Keadaan lina pun tak berapa baik lagi." datin faridah mencelah. Dia jatuh kasihan dengan keadaan lina zahira.
" terima kasihlah datin. Saya bawa isteri saya ni balik sajalah. Takkan saya mahu tinggal dia di sini. Menyusahkan datin sekeluarga pula."
arman mengangkat isterinya lalu membawa ke kereta. Lina zahira hanya menurut. ya. dia amat mengenali pandangan itu. Lelaki yang telah meninggalkan kesan yang amat dalam sepanjang hidupnya.
**********************************
"ira, percayalah ira lah wanita yang paling arif sayang. Arif janji, selepas arif tamatkan pengajian nanti kita kawin ye sayang. Arif tak akan lupa pada ira."
ira amat sedih ketika itu. Air matanya sudah tidak terbendung lagi. Lelaki yang telah di serahkan segala-gala yang sepatutnya menjadi milik suaminya sahaja. Mungkin ketika itu mereka berdua tidak dapat berfikir secara matang. Umur baru setahun jagung. Ketika itu ira dan arif sedang menunggu keputusan stpm. Mereka amat menyintai satu sama lain. Ira tidak dapat menahan arif dari menyambung pelajarannya ke luar negara. Itu juga untuk masa depan mereka bersama.
Selepas 2 minggu kepergian arif, kesihatan ira tidak menentu. Dia sering pening-pening dan kadang kala muntah-muntah. Ibu bapanya juga amat hairan dengan keadaan anak kesayangan mereka. Lalu mereka membawa ira ke klinik. Betapa hancurnya perasaan ibunya apabila doktor memberi tahu yang dia bakal menjadi nenek. Sejak hari itu ira di halau oleh bapanya sehelai sepinggang. Sejak itu juga dia tidak pernah lagi ketemu dengan keluarganya.
Pada hari dia di halau ketika itu sudah lewat malam. Dia tidak tahu ke mana mahu di tuju lagi. Dari pagi dia tidak menjamah walau sebutir nasi. Keadaan itu membuatkan badannya lemah. Pandangannya berpinar-pinar. Ketika dia tersedar cuma yang kelihatan seorang lelaki yang tidak di kenalinya.
" saya kat mana ni? Awak ni siapa? Macam mana saya boleh ada kat sini?"
"boleh tak awak diam. Awak tu bukannya sihat sangat. Awk jangan risau, saya bukan orang jahat. Awak rehatlah dulu. Esok baru kita cakap okay"
keesokkan harinya ira bangun. Dia melihat sekeliling. Cantik sungguh bilik tidur ni. Dia menuju ke tingkat bawah. Perabut di dalam rumah itu juga amat cantik. Mesti mahal harganya. Dia yakin pemiliknya juga bukan dari calang-calang orang. Ada sepasang mata sedang memerhatikan gelagat lina zahira ketika itu.
" dah, mari duduk sini, kita breakfast bersama"
ira hanya menurut perintah. Pemuda itu hanya memerhati gelagat ira yang sedang makan. Walaupun dia amat malu di tenung sedemikian tetapi perutnya yang lapar terpaksa dia membuang perasaan malunya ketika itu. Selepas makan ira membantu lelaki tersebut mengemas meja makan. Selepas itu lelaki tersebut mengajaknya berbual-bual di ruang tamu. Ira hanya menurut.
" saya arman iskandar. Awak?" " lina zahira" katanya pendek " owh.. sedap nama awak, macam tuan punya badan juga" " so,Lina.. semalam doktor yang merawat awak cakap awak memang tak sihat. Awak ada apa- apa nak cakap pada saya pasal tu?" dengan penuh hemah arman melayan gadis yang berada di depannya. Dari raut wajahnya juga dia yakin yang gadis dihadapannya itu seorang perempuan yang baik. Tetapi fikirannya amat kusut apabila doktor memberitahu masalah lina zahira kepadanya. Pada pendapatnya gadis tersebut terlalu muda untuk berkahwin apatah lagi untuk menjadi seorang ibu. Jadi sekarang dia mahukan penjelasan dari mulut gadis itu sendiri.
Lina zahira tersedu-sedu menceritakan masalahnya. Dia terpaksa membuang perasaan malunya jauh-jauh. Tambahan pula dia sudah tidak mempunyai sesiapa lagi selepas ibu bapanya tidak mahu menerimanya lagi, zaiful arifin pula telah terbang ke luar negara meninggalkannya. Arman jatuh kasihan terhadap gadis di hadapannya. Dia memikirkan apa yang perlu di buat dengan gadis tersebut. Sudahlah dia cuma tinggal seorang diri di rumah tersebut. Buatnya di tangkap bagaimana. Pasti umi akan melenting. Puas dia memikirkan masalah tersebut.
Setelah beberapa hari membuat pertimbangan baik dan buruk dia menyuarakan apa yang terbuku di hatinya kepada lina zahira. Dia mengajak lina zahira berkahwin. Lina zahira amat terkejut. Tetapi apabila memikirkan masalah yang akan mendatang dan apa tanggapan orang selepas anak ini lahir nanti dia pun bersetuju untuk berkahwin dengan arman iskandar. Maka arman memutuskan yang dia dia akan berkahwin dengan lina di thailand kerana lina zahira masih mempunyai wali tetapi bapanya berkemungkinan besar masih tidak dapat menerimanya. Jadi arman menikahi lina zahira di thailand berwalikan hakim. Selepas pulang ke kuala lumpur arman mendaftarkan perkahwinan mereka di jabatan agama islam. Dia juga membawa lina zahira ke rumah papa dan umi. Sewaktu memperkenalkan lina zahira sebagai isterinya uminya seakan tidak dapat menerima lina zahira kerana uminya sudah mempunyai calon menantu pilihannya, ditambah pula mereka berdua berkahwin di thailand. Sebagai seorang ibu, arman faham akan perasaan uminya. Tetapi semuanya berubah apabila lina zahira melahirkan iman suzanna. Uminya sedikit sebanyak mula menunjukkan sayang terhadap menantunya. Kadang kala umi datang ke villa mereka apabila arman sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menjenguk papa dan uminya.
Selepas mendirikan rumahtanggah, mereka berdua cuba menyesuaikan diri untuk bersama. Lina zahira sedikit sebanyak dapat melupakan bapa kepada anak yang dikandungnya. Dengan sifat tanggungjawab dan ambil berat arman membuatnya jatuh cinta dan redha dengan ketentuan illahi. Arman pula, pada hari pertama dia terjumpa lina zahira terbaring di jalan, dia sudah jatuh hati. Tetapi di pendamkan sahaja kerana waktu itu dia mengetahui yang lina zahira mengandung. Pelbagai persoalan timbul di benaknya, mungkin gadis tersebut sudah berkahwin. Pada waktu itu juga dia cuba untuk mengusir perasaan cinta terhadap gadis tersebut. Setelah mengetahui cerita yang sebenar, dia pun membuat keputusan untuk berkahwin dengan lina zahira. Walaupun dia mengatakan yang dia hanya kasihan tetapi dia tidak boleh menafikan perasaan cinta yang mendorongnya membuat keputusan tersebut.
Dia juga cuba untuk menerima anak yang di kandung lina zahira. Setelah anak itu lahir dia menjaga anak itu seperti anaknya sendiri. Tetapi selepas kehadiran iman suhaila, kasihnya seakan hilang terhadap iman suzanna. Arman menjadi semakin dingin terhadap anak sulung mereka. Walaupun begitu arman tetap mengasihi lina zahira. Cuma kadang-kala dia merasa yang dia tidak sepatutnya menyayangi iman suzanna kerana iman suzanna bukanlah anak kandungnya.walaupun begitu, apa jua barang yang dibeli untuk iman suhaila, arman tetap tidak melupakan iman suzanna. Cuma layanannya yang berbeza. Hal ini kerana arman sering merasakan yang iman suzanna hanyalah anak tirinya sahaja.
************************************
2 bulan kemudian.
Keadaan Lina zahira semakin baik. Dia kurang mengalami alahan pembawakan budak. Loya- loya juga sudah kurang. Dia semakin sihat. Villa itu juga telah mempunyai seorang bibik yang di bawa oleh arman untuk membantu lina zahira membuat kerja rumah. Bibik jah seorang yang ramah dan mudah mesra. Tugasnya di dalam villa tersebut hanyalah untuk membuat kerja rumah kerana lina zahira lebih suka memasak sendiri makanan untuk keluarganya. Bibik hanya membantu apa yang patut. Bibik jah juga tidak kekok untuk berada di dalam kelompok keluarga arman kerana mereka semua melayannya seperti keluarga sendiri. Lagipun bibik jah tidak mempunyai sesiapa lagi, suaminya sudah 2 tahun meninggal dunia. Tambahan pula mereka tidak mempunyai zuriat. Selepas kematian suaminya bibik jah datang ke malaysia untuk mencari kerja. Sebelum ini dia bekerja dengan majikan cina. Tetapi tidak bertahan lama kerana majikannya terpaksa bertukar ke luar negara untuk jangka masa yang panjang. Nasib baik dia ketemu dengan arman iskandar yang ketika itu memerlukan pembantu rumah. Jadi tanpa berfikir panjang dia pun membuat keputusan untuk bekerja di rumah arman.
"bibik, kejap lagi saya mahu ke pasar, bibik ada mahu pesan apa-apa?" tanya lina zahira kepada bibik jah. Lina menganggap bibik jah seperti ibunya sendiri. Kadang-kala memikirkan ibunya di kampung air matanya akan tumpah. Rindu. Sudah hampir 15 tahun dia tidak bertemu dengan ibu dan bapanya. Bagaimanalah keadaan mereka sekarang. Sihatkah mereka. Walaupun sudah lama tidak bertemu lina zahira tetap ingat akan asal usulnya. Doanya setiap kali mengadap yang maha esa, adalah kebahagiaan kedua ibu bapanya. Acap kali itu juga air matanya tidak pernah kering, pasti kerinduan itu sentiasa menerpa terhadap ibu bapanya. Dia belum mempunyai kekuatan untuk pulang ke kampung. Insyaallah, jikalau umurnya panjang pasti dia akan pulang ke kampung untuk bertemu ibubapanya. Cuma dia belum ada kekuatan untuk bertemu orang tuanya.
"enggak buk" balas bibik jah dengan dielek seberangnya. Lina juga tidak banyak soal. Pagi itu dia ke pasar seperti selalu. Segala macam dibelinya. Hari ini dia mahu memasak makanan kegemaran ibu mertuanya. Semalam umi ada menelefon untuk bertanya kesihatannya.umi akan datang bersama azman. Umi amat mengambil berat akan keaadaan lina zahira. Lina zahira amat bersyukur walaupun orang tuanya tiada di sisi, tetapi umi melayannya dengan baik. Tambahan pula umi tidak mempunyai anak perempuan. Walaupun di awal perkahwinan lina dan arman tidak di restui umi tetapi kehadiran iman suzanna telah merapatkan hubungan umi dan lina. Umi tidak tahu yang iman suzanna bukanlah cucunya. Lina zahira mahupun arman iskandar masing-masing cuba untuk menyimpan rahsia tersebut selagi termampu.
Tiba-tiba sebuah kereta memintas kereta yang di pandu lina zahira. Lina zahira terpaksa memberhentikan keretanya. Dadanya berdebar. Sekarang ini macam-macam kejadian rompakan dan samseng jalanan di paparkan di dada akhbar. Ada yang cedera, di rogol, juga di bunuh. Lina zahira menjadi seram sejuk apabila memikirkan hal demikian. Dia mula terfikirkan nasibnya, orang tuanya di kampung, papa, umi, arman, juga kedua-dua anak yang paling disayangi. Pemandu yang memintas keretanya mengetuk cermin kereta. Lina zahira tidak berani untuk keluar.
Ahh.... wajah itu. Kenapa tiba-tiba kau muncul balik. Setelah sekian lama. Setelah aku mempunyai keluarga yang boleh dianggap bahagia. Ahh.... lina zahira menguatkan semangatnya. Dia harus menampilkan perwatakan yang berani juga berkeyakinan.
" ira" lina zahira hanya mendiamkan diri, cermin kereta di bukanya setelah memastikan keadaannya selamat. " ira, boleh arif bercakap dengan ira sebentar" setelah lama membatukan diri lina zahira menganggukkan kepalanya. Mereka menuju ke kedai makan yang berdekatan. Hanya tuhan yang tahu bagaimanakah hati lina zahira ketika itu. Dia takut jika suaminya ternampak dia bersama arif.
" ira, arif minta maaf." arif cuba mencapai tangan lina zahira yang berada di atas meja. Cepat-cepat lina menarik tangannya. " arif nak tebus balik kesalahan arif dahulu. Arif mahu ira kembali pada arif."lina zahira nampak riak penyesalan di wajah arif. Namun apakan daya. Dia sudah mempunyai keluarga. Masakan dia mahu meningalkan mereka yang di sayanginya. Tambahan pula arman banyak berkorban untuknya selama ini. Masakan dia mahu meninggalkan lelaki tersebut semata-mata untuk bersama kekasih hatinya. Tidak. Kasihnya hanya pada suaminya.
" arif, ira sudah ada suami dan keluarga sekarang. Masakan ira mahu meninggalkan mereka?"
" ira, arif janji, arif akan terima anak-anak ira. Arif cuma mahu menebus kesilapan arif. Lagipun arif sayangkan ira. Selepas empat tahun berada di england arif pulang untuk bertemu ira, dan mahu mengajak ira kahwin." dia terhenti di situ. Biarlah lina zahira nampak dia menangis. Biar dia tahu sengsaranya apabila ketika dia ke rumah lina zahira tetapi orang tua ira memberitahu cerita sebenar. Mereka juga tidak mengetahui ke mana lina zahira pergi. Arif bagaikan orang gila ketika itu. Ada juga arif mencuba mencari ira di bandar tetapi menemui jalan buntu. Akhirnya dengan perasaan yang kecewa dia menyambung pelajarannya kembali ke luar negara.
"arif yakin ira masih sayangkan arifkan?" dia begitu berharap yang lina zahira menerimanya kembali. Dia juga telah nekad pada malam lina zahira pengsan di rumahnya. Walaupun dia tahu yang lina zahira sudah berkahwin dengan arman iskandar namun dia tidak akan berputus asa untuk merebut cinta wanita yang pernah bertahta di hatinya dahulu kembali. Dia akan cuba sedaya upaya walau apa cara sekalipun.
" arif, ira sayangkan arif. Tetapi ira amat pasti dengan perasaan ira yang kasih ira pada arif hanya sebagai kenalan lama. Mungkin dahulu kita pernah menyulam kasih bersama, tapi tidak semestinya kita dapat memiliki apa yang kita mahukan. Kita kena manerima hakikat itu."
lina zahira bangun lalu menuju ke kereta meninggalkan zaiful arifin di situ. Kalau boleh dia tidak mahu sesiapa tahu yang dia telah bertemu dengan zaiful arifin. Tiada apa yang perlu di kenangkan lagi ketika dia bersama arif dahulu. Kini hatinya hanya di penuhi oleh suami dan anak-anak. Kasihnya pada arif juga telah lenyap sejak dia bergelar isteri kepada arman. Namun begitu lina zahira tetap risau jika arman mengetahui hal tersebut. Bagaimanakah penerimaannya nanti. Walaupun sebelum mereka berkahwin arman sudah mengetahui sejarah hitamnya, namun arman tidak tahu yang anak lelaki kepada dato kaiser adalah bapa kepada anak sulung mereka, iman suzanna.
"tunggu" arif berlari mendapatkan lina zahira yang semakin hampir ke kereta.
" arif harap ira berterus terang, yang salah seorang anak ira adalah anak arifkan?" jika benar tekaannya dia mahukan haknya. Dia mahu menggalas tugas sebagai seorang bapa yang sudah lama tertangguh. Jikalau dia tahu yang lina zahira mengandung ketika itu pasti dia tidak akan meninggalkan lina zahira. Dia hanya tahu selepas pulang ke malaysia dan berita tersebut di sampaikan oleh orang tua lina zahira sewaktu dia mencari lina zahira di sana.
Langkah lina zahira terhenti di situ. Dia cuba mengumpul kekuatan. Haruskan dia memberitahu kebenarannya.
" arif, memang ira mengandung ketika itu. Tetapi ira keguguran. Anak itu tidak dapat di selamatkan" lina zahira menitiskan air mata. Dia tahu yang dia sudah berbohong. Namun hanya itu yang berputar di kepalanya. Suka atau tidak dia tidak mahu arif tahu yang iman suzanna adalah anak mereka.
dengan pantas lina zahira masuk ke dalam kereta lalu bergerak laju meninggalkan arif. ************************************* arif masih ragu-ragu dengan apa yang di beritahu oleh lina zahira. Dia yakin yang salah seorang anak lina zahira adalah anaknya. Dia amat pasti dengan hal tersebut. Zaiful arifin mengambil keputusan untuk berjumpa arman. Jika benar seperti yang di katakan lina dia tidak akan menuntut apa-apa tetapi jika seperti apa yang di fikirannya dia mahu mendapatkan haknya. Dia mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
Keesokan harinya, arif ke rumah lina zahira. Ketika dia sampai di perkarangan villa tersebut dia ternampak seorang anak gadis yang mungkin berumur lebih kurang 13 tahun. Asyik sekali dia dengan bukunya di satu sudut di taman yang ada di hadapan villa tersebut. Arman berjalan menuju ke arah gadis tersebut. Mata, hidung, bibirnya saling tak tumpah seperti lina zahira. Cuma yang membezakan mereka berdua adalah kulit gadis dihadapannya lebih cerah berbanding lina zahira. Terlintas di fikirannya. Mungkin gadis tersebut adalah anaknya, kerana kulit arman tidaklah secerah gadis tersebut. Gadis tersebut juga memakai cermin mata, sepertinya. Bertambah kukuhlah apa yang di fikirkan oleh arif selama ini.
"hello" arif cuba berbahasa terhadap gadis tersebut. Gadis itu senyum. Mirip lina zahira
"assalamualaikum" gadis itu ter senyum lagi. Arif terlupa untuk memberi salam. Dia juga tersenyum
" boleh uncle duduk sini" sambil menarik kerusi lalu arif duduk di hadapan mengadap anak gadis tersebut. "uncle cari siapa? Uncle kawan papa ye? Papa baru je keluar dengan mama. Tetapi kalau uncle nak tunggu, it\'s ok. Sekejap ana buatkan air" petah sungguh anak gadis di hadapannya bercakap. Tiba-tiba ada seorang budak dalam lingkungan 10 tahun keluar dari rumah lalu menuju ke arah mereka berdua
" kak ana, boleh tolong ila tak. Ila tak fahamlah. Pening kepala ila ni." iman suhaila mendapatkan kakaknya.
" uncle ini adik ana, iman suhaila" arif senyum " iman suhaila, cantiknya nama, macam tuannya juga" puji arif. Iman suhaila hanya tersipu malu. Iman suhaila mempunyai kulit yg sedikit gelap. Wajahnya juga lebih kepada arman. Cuma matanya sahaja seperti lina zahira. Ahh... mata itulah yang menawan hatinya. "ana pula?" tanya arif "iman suzanna" jawabnya pendek. "uncle duduklah dulu ye. Ana buatkan air" "tak payahlah ana uncle baru je minum tadi. Uncle nak jumpa papa ana. Ana tahu tak ke mana mereka pergi?" soal arif. "papa bawa mama pergi klinik" "mama tak sihat?" "takdelah uncle. Kiteorang nak dapat adik lagi"balas iman suzanna. Arif bagaikan tersentak. Perasaan cemburu turut menyelubungi perasaannya. Dia berkira untuk pulang sahaja. Baru mahu melangkah sebuah kereta meluncur masuk ke dalam villa tersebut. Arif yakin di dalamnya adalah arman dan lina zahira. Arman keluar dari kereta lantas menghulurkan tangan kepada arif. Dia mempelawa arif masuk ke dalam rumah. Jantung lina zahira berdegup kencang. Apa pula kali ini. Lina zahira mengajak anak-anaknya naik ke atas.
"ada apa encik zaiful cari saya sampai ke rumah ni?" tanya arman kehairanan. *******************************
lina zahira menanti penuh debaran di kamarnya dengan arman. Dia sudah memesan kepada kedua-dua anaknya supaya tidak turun ke bawah. Debaran makin terasa apabila dia mendengar derap kaki menuju ke biliknya. Lina zahira hanya menunduk. Dia pasti itu adalah arman.
"sayang" arman duduk di atas katil bersebelahan isterinya. Lina zahira hanya membisu. Air matanya jatuh mencurah-curah, bagaikan tidak di tahan-tahan. "sayang, kenapa ni?" arman menggenggam tangan isterinya. Arman cuba mententeramkan perasaan isterinya. Dia tahu lina zahira di landa masalah. Zaiful arifin sudah menceritakan hal yang sebenar kepadanya. Semakin kuat sendu lina zahira.
"sssshhh.... sayang. Pandang muka abang ni" pinta arman. Dia tahu hati lina zahira di rundung walang.
"lina minta maaf bang.." arman mengucup dahi lina zahira. "ssshhh... sayang... abang terima lina seadanya. Abang yakin lina adalah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup abang. Walau apa pun iman suzanna tetap anak abang. Abang tak akan serahkan dia pada arif. Lagipun arif memang tiada hak ke atas ana."
"abang janji tak akan ada sesiapa yang dapat pisahkan ana dari kita" arman iskandar memeluk erat isterinya. Lina zahira yakin dengan suaminya. Walaupun kadang kala sikap arman dingin terhadap anaknya yang seorang itu dia yakin arman masih sayang akan iman suzanna.
Lina zahira yakin esok pasti menjanjikan yang terbaik untuknya dan keluarga. Dia amat memerlukan sokongan arman iskandar dalam menghadapi hari-hari mendatang. Amin.
Vote tanda Sokongan dan Bantuan anda kpd Pesakit Kanser dan Majlis Kanser Nasional. Setiap 1 VOTE anda, DIGI akan menderma RM5 Kepada Masjlis Kanser Nasional ( MAKNA ). Hargailah nyawa mereka. Klik dibawah untuk vote
Agaknya aku dilahirkan tak cukup bulan. Tak pun lahir songsang. Sebab abah aku selalu cakap aku ni macam tak cukup wayar kat otak. Asyik menurut jer apa orang cakap. Tapi umur aku dah 25 tahun. Cuma perangai tu lah ada kurenggg sikit dari anak dara yang lain kot.. Entah-entah kalau orang cakap makan tahi tu sedap pun aku percaya. Mana taknya, aku pernah lihat Japanese Fear Factor dorang makan tahi..Uwekkkkk!! tak sememeh betul aku ni..kekeke
Abah kata, kawan yang baik tak akan mengkhianati kawannya dari belakang. Aku tanya abah balik, kawan kita macam main counter strike ke bah.. Boleh curi-curi tikam belakang. Abah tenyeh kepala aku sekuat hati..
Walaupun begitu, aku punya bf sejibi macam Adam AF2. Aku sayang sangat kat dia. Dia kata walaupun aku tak secantik Mirza, jiran sebelah umah aku tu, dia still sayang aku. sebab aku selalu support kewangan dia. Aku percaya jugak..
Kadang-kadang aku lihat, boyfriend aku ni kuar dengan Mirza. Pegang-pegang tangan..Picit-picit kepala..Betepuk bertampar..Aduss…pening kepala aku.. Tapi aku?? Still mcm ni gak. Sebab Adam(boyfriend aku ni) kata, dorang kawan jer.. Ye ke? Aku ok jee..
Aku duduk di beranda rumah. Sambil membaca novel Biarlah YM Yang Berbicara ciptaan Hanni Ramsul (siap promote lagi). Aku lihat kereta Adam berhenti didepan rumah aku. aku terkedek2 suka menahan gembira sebab buah hatiku datang. Agak-agaknya Adam nak bawa aku keluar kot.. Aku bersiap menukar baju. Aku pakai jeans dan baby T. Kiut..aku puji diri sendiri. Sebab Adam tak pernah puji aku..
"Hai ayang.." Aku sapa Adam. Ketika itu Adam sedang menyandar ditepi kereta. Tunggu akulah tu..hehehe "Ha..haiii.." Adam membalas balik. "Ayang tunggu sayang ke? Sayang dah ready ni..Jomlah…" aku ingin membuka pintu kereta tapi dihalang oleh Mirza. Eh..sejak bila pula minah ganyut ni ada kat sini.. "Cik Peeya.. Boleh tepi sikit.." Huh..berlagak!! "Adam nak keluar dengan aku.." dengan lurus bendulnya aku menjawap. "Oh..yeke? I tak dengar pun Adam nak ajak U keluar?" aku melihat Adam dan Adam senyum sinis.. "Ayang..Betul ke?" aku pulak terlebih manja. Aku ingatkan nak tiru gaya Mirza ni. Kot2 Adam berpaling balik kat aku.. "Please la Peeya..U sedar diri U dulu.." "Kenapa?" Bodoh tahap gaban punya soalan.. "From now on, we over..ok"
Dan..serentak itu jugak Mirza menolak badanku sehingga aku terjatuh. Aku terduduk lesu disitu. Sebelum mereka berlalu.. "Oh ya..My dear Peeya. Bak sini kejap purse U tu.."Adam memuncungkan mulutnya kearah purse aku. dan aku menghulurkan sahaja. Dan Adam dengan selamba badaknya mengambil duit aku. 5 helai not 50.
"Ni untuk I yer..Kalau I ada duit nanti, I belum comfirm nak bayar U balik..hahahahaha" Bagaikan ahli sihir Adam dan Mirza ketawa. Dan aku terus disitu menangis dan menangis….
Aku ada kawan baik. Nama dia Payus. Aku tak tahu pulak kenapa nama dia Payus. Dia penah cakap, mak bapak dia dulu suka mancing kat laut sebab mak dia mengidam nak makan ikan paus.
Eiuww…
Agaknya hajat mak dia tak sampai kot.. Sebab tu lahir-lahir je dia kedunia ni, mak bapak dia kasi nama Payus.hahaha Lawak sehh..
Payus ni pun macam aku jugak. Lurus bendul. Ikut je apa orang cakap. Agaknya sebab itulah kita orang boleh kamceng.
"Lebih baik Peeya putuskan aje hubungan Peeya dengan Adam tu." Payus memulakan bicara ketika kami sedang menikmati angin petang di tepi sungai. "Apesal plak?" "Sebab..Adam tak ikhlas mencintai Peeya…" " Siapa cakap? Adam sayang giler-giler dengan Peeya tau.." Aku memprotes. "Tapi..aku selalu terserempak dengan Adam dan Mirza. Dating kat bawah pokok depan umah Payus. Romantic lagi..Macam cerita Titanic.." "Payus jangan nak fitnah boyfriend Peeya. Peeya tahu, mesti Payus jeles kan sebab Payus takda girlfriend" Hati aku sudah bergelora. Bagaikan mesin gun yang bila-bila masa saja nak melepaskan das tembakan. "Huh!! Buat apa Payus nak jeles. Payus handsome lagi dari Adam tu.." Mulut Payus mencebik. Dan ketika itu juga aku menhentak kaki dan berlalu pergi. Merajuklah tu..
Sejenak aku terfikir.. Kan hari tu Adam ada cakap kita orang dah putus?? Alamakkkk!! Lupa pulak..hehehe Aku berlari-lari anak mendapatkan Payus yang masih setia menanti disitu. Dari jauh aku lihat Payus dah ready untuk membuka baju. Dia nak terjun sungai.. Dan kaki ku cepatkan lagi berlari..
"Payus..Payus.." Aku memanggil Payus. Dan apa yang kurangnya pada aku pun aku tak pasti apabila aku tidak mampu untuk memperlahankan gerak kakiku dari berhenti. Dalam kesamaran mataku yang bundar ini aku nampak Payus mendepangkan tangannya dan kekiri kekanan untuk mendakap aku yang sudah tiada kawalan had laju lagi. Dan akhirnya antara kami berdua, berlakulah adegan yang tidak sesuai dipertonton oleh kanak-kanak dibawah usia..huhuhu
GEDEBUSHHH!!!...Jatuh sungai daaa….
"Payus..tolong Peeya..Peeya tak pandai berenang.." Aku memaut badan Payus erat. Keadaan kami yang begitu rapat telah membuaikan perasaan kami seketika. Wahhh..seperti adegan filem Debu-Debu Kasih lakonan Aida Aris dan Sham Visa dulu-dulu. Romantic siot.
Aku memejamkan mataku disaat tangan Payus melingkari pinggangku. Dan tanganku berada diatas bahunya. Lagak seperti ingin menari tango. Aku memejamkan mataku rapat2. aku ingin terus dibuai perasaan Chenta ini sebentar. Ermm..Syoknyerrr….
Zupp!! Bagaikan tersedar dari lena yang panjang, aku membuka mata. Alangkah terkejutnya apabila aku lihat mulut Payus tinggal seinci lagi nak cium bibir mungil aku.. Dah betul-betul macam mulut ikan paus yang termakan umpan. Memuncung jee.. Eyarkkk… Sekuat hati aku menampar muka Payus. Payus terkejut bukan kepalang. "Payus bodoh! Payus gila!" Aku menjerit sesuka hati. Walhal pada hakikatnya Payus tak bersalah. Aku yang salah. Aku mengagahkan diri untuk berenang ke tepian. Ehh..air cetek je. Paras pinggang..hehe
"Maafkan Payus. Payus tak sengaja. Peeya yang beriya-iya peluk Payus.." Payus meminta maaf. Namun disebabkan ingin menutup malu aku terus berlalu dari situ meninggalkan Payus.
Di satu sudut yang lain, ada mata yang melihat adegan tersebut..
Aku menyandarkan kepalaku. Aku masih berfikir tentang adegan petang tadi. Disaat aku masih terbuai, tiba-tiba angan-anganku musnah jatuh berderai apabila hp aku Nokia 3315 berbunyi nyaring. Adam!!
"Hai, sayang.." Uuu..merdunya suara Adam. "Hai.." jawapku dengan gediknya.. "U belum tidur lagi ker? Ingat kat I ke?" Adam mengusikku.. "A..ah.. I rindu kat U." aduss..aku dah macam kucing siam dah kat atas tilam. Tunggu masa nak dibelai jee..hehehe "Actually, I ada problem ni, yang.. I tak tahu nak minta tolong kat siapa.." Adam memulakan mukadimahnya.. I sedia tolong U darling.. "Apa masalah U sayang..U sakit perut ke? Nak I hantarkan ubat ke?" fuhh..takda bernoktah aku tanya masalah Adam buah hatiku yang satu.
"Eh..eh..tak payah lah susah2. I tak ape2. Cuma….." "Cuma ape sayanggg…" gelojoh betol. "Cuma…masalah I ni tak lah rumit sangat. Sebenarnya, I ada plan nak kawen tapi duit I tak cukup.." Adam memulakan tutur bicaranya. Hai..kalaulah Adam boleh lihat pipiku yang sedang memerah ni mesti Adam akan usap-usap manja,dikucupnya perlahan agar dapat menurunkan suhu badanku agar kembali normal.. "Ayang nak kawen?? Dengan siapa?" suaraku antara dengar dan tidak. Bukan kerana aku sedih sebab aku malu sehhh… "Alalalala..busyuk..dengan buah hati I la..dengan siapa lagi.." "Berapa yang U nak? Demi U, I sanggup beri berapa pun sayang.. Lagipun itu semua untuk kita berdua jugak kan yang.." "A..ah. Pandai sayang ayang nii..hehehehe I nak RM7000" Aku dengar Adam ketawa. Manisnya ketawamu itu laling.. "Ok..beri I masa 3 hari. After that kita boleh jumpa k.." aku memberikan cadangan gilaku pada Adam. Alamatnya kopeklah duit aku nanti. Ahh..takpe, Adam nak pinang aku tu. Nanti aku dan Adam bolehlah buat harta bersama..Yeahhhhhh…
Di suatu sudut yang berbeza..Di sudut Adam…
"Amacam? Jadi tak?" Mirza bertanyakan kepada Adam. "Orait punyalah sayang..Cuma dia kasi tempoh 3 hari." "What?? Why took so long? Nanti kita nak makan apa?" Mirza memprotes. "sabarlah..lepas 3 hari dia datang jumpa I. U jangan risau lah. Peeya tu cinta mati kat I. Cinta simpul mati gitu.. Lagipun sekarang ni I masih ada sedikit simpanan. Cukuplah kot untuk 3 hari ni.." Adam senyum sumbing. Peeya..Peeya..kesian betul kat kau. Guman Adam.
Aku setia menanti Adam di tempat yang dijanjikan. Aku memakai dress paras lutut warna ungu. Warna kegemaran Adam. Ni mesti Adam suka..hehehe 1 jam menunggu.. Aku masih kat sini. Handbag aku pegang erat2. kot-kot ada peragut ke nanti. Kan tak naya aku kerugian..huhuhu Akhirnya aku lihat, kereta Adam dari kejauhan. Aku sudah melompat kegembiraan. Dah macam baby yang dah lama ditinggalkan ibu bapanya. Aku berlari-lari mendapatkan Adam.
Dan alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat Mirza pun ada sekali!! Apa minah ganyut ni buat kat sini? Bersama-sama dengan buah hatiku ini pulak! Nak beramas mesra la tuu..Huh!!
"hai ayang..Lama dah tunggu?" Adam mendekatiku. Matanya dari tadi melihat handbag aku. bukannya nak tengok aku pun.. "Tak lama pun. I baru je sampai.." demi Adam aku sanggup bohong u.. "So, U ada bawa tak duit tu?" gelojoh betol bakal suami aku ni..hehe "Ada..tapi kenapa Mirza pun ada sekali dgn U?" aku menjeling Mirza yang bertenggek kat atas kereta bakal husband aku ni. Dah macam burung hantu pun ada.. Menyampah! "OO..Mirza ikut sebab dia lah yang akan jadi Wedding Planner untuk perkahwinan kita nanti.." "Haaa…ye ke sayang?? Sukanya I…"Aku tanpa segan silu menjerit kat situ jugak.. "Ish..apa peluk-peluk ni.Malulah orang nampak. Kalau nak lebih2 tunggu malam pertama kita nanti.."
Auwwwwww… Aku pengsan kat situ jugak! Terlampau malu dan terlampau terkezutt.. Dah macam masuk pertandingan reality pun ada.. "Eee..tinggalkan aje la perempuan ni! Menyusahkan betul!" Mirza merungut. "Mana boleh tinggalkan aje, duit kita belum ambil lagilahh.." "Kalau macam tu, U bangunkanlah dia ni. Perasan nak mampus. Dia tak cermin muka dulu ke sebelum keluar tadi?" Mirza mehentak kakinya. Merajuk la tuu.. "Peeya..Peeya.." Adam memercikkan air ke muka ku. Aku terpisat-pisat. "Haa..I kat mana ni? Kat planet mana nii.." Pulak dah. Menggigau ke ape aku ni.. "Tak, U masih ada kat sini. Dengan i.." oh..Adam I sayangkan U.. " U ok ke? Kalau U dah ok, I nak duit tu sekarang. Sebab I dah janji dengan tokey butik tadi nak cuba baju.." "a..ah..ok. ni duitnya. Tapi..bila pulak giliran I nak try baju?" "nanti-nanti la I kol u lagi ekk.."
Adam sudah berkira-kira untuk pergi. Namun, sempat jugak aku tarik tangannya. Aku ingin bisikkan sesuatu. "Sayang..U janji jangan tinggalkan I k.." dengan puitis aku melafazkan kata-kata keramat itu. Aku lihat Adam agak terkesima. Dan untuk sekian kalinya aku melihat Adam tersenyum…
Dirumah….
Selesai aku memasak untuk makan malam, aku memanggil abah untuk makan. Aku lupa nak bagitahu, aku Cuma ada abah jee.. Adik beradik lain takde. Mak pun dah takde. Aku dapat duit dari mak. Mak tinggalkan aku sebahagian duitnya untuk aku. sebab tu aku ada duit nak beri pada Adam.heeeee..
Abah senyum-senyum.. Besar sungguh kemungkinan abah nak sampaikan khabar berita Adam yang nak kawen dengan aku tu.. "Abah ada benda nak cakap.." Abah dah mula dah.. Aku tunduk. "Petang tadi, ada rombongan datang nak pinang Peeya. Dari keluarga…." "Peeya setuju, bah.." Wah..gatal sungguh. Belum habis abah cakap aku dah cepat-cepat overtake. Memang tak siuman. "Amboi..tak menyempat-nyempat abah nak habiskan kamu dah potong kata abah yee.." "Ala bah.. Peeya dah tahulah bah.. Abah setuju aje la ya bah.." aku memandang abah dengan penuh keyakinan. Abah pulak memandang aku dengan pelik. "Peeya biar betul nak kawen dengan budak tu. Nanti tak pasal-pasal Peeya kecewa baru tahu.." Abah memberi amaran. Abah macam tak setuju je aku kawen dengan Adam. Adam cinta hati Peeya lah abah.. "Bila majlisnya bah??" aku menggedik nak tahu jugak.. " Hujung minggu ni. Kita buat apa yang patut je." Terang abah. Ahh..aku dah tak sabar nii…
Malam tu aku dah angan-angan. Aku nak pakai baju pengantin warna ungu. Warna kegemaran Adam. Aku nak pakai high heel 5 inci. Agar aku nampak setanding dengan ketinggian Adam yang 5 kaki 8 inci tu.. Aku nak mekap cantek-cantek.. Nanti mesti Adam makin sayang kat aku. dan lebih pasti Mirza akan lebih cemburu. Miahahahaha..
Aku dah tak sabar..nanti Adam akan menyarungkan cincin bertakhta berlian kat jari manisku. Dan nanti Adam akan kata SURPRISED!!!!! Wah..memang surprise. Sebab Adam buat perancangan diam2. Jahat betol Adam ni.. dia nak prepared majlis kita sorang-sorang.
Mesti kisah perkahwinan kami nanti seperti dalam novel-novel yang selalu aku baca tu.. Nak buat surprised kat bakal isteri. Si perempuan ingat dia berkahwin dengan orang lain, tp last-last kawen jugak dengan buah hati. Aduhhh…bahagianya rasa hati. Aku mesti berdandan cantek2. Biar Adam terpegun dengan kecantikkan aku. akhirnya aku terlena bersama angan2ku..
Esoknya, aku lihat dah ramai orang-orang kampung datang kerumahku. Ada yang memasak, ada yang potong buluh, ada yang kupas bawang, macam – macam ada… Aku yang masih berbaju tidur terpinga-pinga. Datang plak sorang mak cik ni. Ibu saudara Payus. Eh..dah lama aku tak jumpa Payus..
"Makcik, dorang buat apa kat sini?" "Eh..budak ni. Kan majlis kawennya harini. Biar betol budak ni.." Makcik tu menggaru kepala. Aku lagilah, sampai kusut rambut aku. "Siapa yang nak kawen makcik? Peeya kawen kan hujung minggu" tungkasku pulak. Heran..takkan abah pulak yang nak kawen ni.. " Awaklah yang kawen. Pengantin lelaki nak percepatkan majlis.." "Oo..yeke makcik.Syukurlah.. Ermm..Payus apa khabar makcik? Dia datang tak nanti? Dah lama Peeya tak jumpa Payus.." "Pelik bebeno la kamu nii.. Ada pulak nak banyak tanya.. Dah, kamu siapkan diri dulu.. Tak lama lagi mak andam nak datang siapkan kamu.."
Ahh..aku menanti dengan debar. Selesai dimake up oleh mak andam aku membelek-belek wajah didepan cermin. Fuyoooo…Cantekk juga aku ni ekk. Mesti Adam terpegun beruk..hehehe Aku duduk dibirai katil sambil ditemani makcik-makcik kat sini. Mereka bukan orang lain jugak dengan aku. Saudara mara jugak. Tak henti-henti mereka mengusikku. Kata mereka, muka aku bak bulan purnama. Malu sehh…
Jantung semakin berdebar-debar. Dah macam paluan gong. Peluh memercik diseluruh muka aku. Aircond dah set 18 celcius. Sejuk giler tapi masih berpeluh. Ahh..dah tak sabar rasanya nak jadi suri hidup Adam.. "Pengantin lelaki dah sampai. Diminta pengantin perempuan datang mengadap.." fuhh..tu dia..tu dia.. selangkah je lagi status aku akan berubah. Wajahku ditutupkan dengan selendang. Supaya tak hilang seri kata salah sorang makcik tu.. Ok aku ikut. Kepala lutut pun rasa dah nak goyang. Nak jatuh pun ada.
Disaat aku duduk bertentangan dengan "bakal suamiku a.k.a. Adam" hatiku semakin kuat berlagu hip hop plus keroncong. Aku masih lagi tertunduk. Malu beb nak angkat muka..hehehe
"Hulurkan tangan pengantin perempuan.." Aku menghulurkan tanganku seperti yang diarahkan oleh Ketua Kampung, Cincin pun disarung. Ahh..aku sudah sah menjadi milik Adam. "Pengantin lelaki.." Dan aku pun menyarungkan cincin kepada "bakal suamiku". Eyeahhh….kami dah sah menjadi suami isteri mengikut adat kepercayaan agama kami. Suamiku menyelak selendang yang menutupi mukaku. Aku masih juga kaku disitu. Masih malu untuk mengangkat muka.
Tiba – tiba….
"Payus..apa tunggu lagi. Ciumlah isteri kamu tu.." Gulp!! Zapp!! Sepantas kilat aku mendongak kepalaku. Payus!!!
"Hey..apa kau buat kat sini?!!" aku menengking Payus. Semua mata sudah memandang kami. Nak lihat telenovela sebentar. "Payus lah suami Peeya.." Payus terpisat-pisat. Terkejut agaknya dek pekikanku tadi. "Peeya sepatutnya kawen dengan Adam. Bukan dengan Payus! Abah..apa semua ni bah…" aku memandang abah yang dari tadi memerhatikan aku. betul-betul inilah surprised yang aku dapat. Segala impian aku hancur lebur. Pelamin anganku musnah. Huwaaaaa… Abah berdiri disebelahku.
"Dulu, Peeya juga yang setuju bebenar nak kawen.." Ahh..abah nak mengenakan aku plak. Peeya nak Adam. Nak Adam jugak! "Yee..memang. tapi bukan dengan Payus.." Aku merengek. "Nak ke tak nak, Peeya dah sah berkahwin dengan Payus. Iya sudah sah mengikut adat istiadat kita." Abah memujukku. Aku diam. Aku memandang Payus sekilas. Benci! Boleh ke dia jadi suami pada aku? Payus pulak tersenyum-senyum. Menampakkan baris giginya yang putih. Hensem jugak..walaupun lurus bendul macam aku.kekeke
Selesai majlis petang tadi, kini aku sudah boleh berehat. Selesai mandi aku terus masuk kedalam kamar tidurku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Payus sudah berada diatas katil. Siap memeluk batal busuk aku lagi tuu.. Perlahan-lahan aku mendekati Payus. Aku nak bikin surprised plak kat dia. Menyampah betul kena kawen dengan budak hingusan ni. Tapi hensem..hehehehe
"1..2..3..PAYUSSSSSS!!!!!!!!!!!" Sekuat-kuat hati aku menjerit ditelinga Payus. Padan muka. Nak sangat kan.. "Hah..hah..mana? Mana pencuri tu? Aku belah kepala dia?" Payus lantas berdiri dan sudah bersedia membuat pencak silat. Dan aku disitu pulak sudah mengkekeh ketawa..hahahahahahaha
"kenapa Peeya buat Payus begini?" "patutnya Peeya yang tanya Payus soalan tu.." "Apa salah Payus?" "Apa salah Payus.."aku mengejek soalan Payus. "Kenapa Payus nak kawen dengan Peeya? Payus tahukan yang Peeya cintakan Adam. Bukannya Payus? Adam dah janji nak kawen dengan Peeya. Peeya dah beri pun duit kepada Adam untuk meraikan majlis kami.." Panjang lebar aku terangkan pada Payus. Payus nampak blur. "Kenapa nak kasi duit kat Adam? Peeya tak tahu cerita ker?" "Cerita apa?" aku duduk mendekat pada Payus. Gossip ke? "Adam dan Mirza melarikan diri sebab parents mereka tak setuju dorang bersama. Sekarang ni, semua orang tak tahu mereka kat mana. Ada orang cakap mereka kat Thailand, kat Filipina.."
Melopong plak mulut aku mendengar cerita Payus ni. Rupa-rupanya aku kena tipu. Adam minta duit dengan aku dulu tu..sebab ni ke? Adam pura-pura mencintai aku ke selama ni? Aku diam seribu bahasa. Kini baru aku tahu Adam mengambil kesempatan terhadap kelemahanku. Walaupun aku ni lurus bendul tapi aku masih punya perasaan, maruah.
"Peeya ok ke?" Payus mengenggam tanganku. Dan aku dapat merasai ada sesuatu. "Payus ada kat sini dengan Peeya. Payus dah lama jatuh cinta dengan Peeya. Payus tak berani nak meluahkan takut Peeya marah. Lagipun Peeya kan tengah asyik masyuk bercinta dengan Adam.. "Tapi kenapa nak dengan Peeya? Peeya bukannya gadis idaman semalaya. Peeya ni bodoh..Tak cantik macam Erra Fazira..Kasar..Lurus bendul.." "Syyyhh.." Payus meletakkan tangannya ke mulutku. Naik juling aku melihat tangannya. Terkedu. Aku tak pernah melihat Payus romantic begini. "Kita sama-sama perbetulkan kelemahan itu. Payus pun ada banyak kelemahan. Dan kita perlu melengkapi antara satu sama lain, agar nanti anak kita tak lurus bendul macam daddy n mummy dia..Dan kita masih boleh bahagia, percayalah.." Aku tersenyum. Payus pun senyum. Lama aku belek muka Payus. Mata sepet macam Jackie Chan, badan kurang sasa macam Apek Senario, tinggi tak tinggi, rendah tak rendah..hahaha Walaupun tak terlebih hensem macam Adam, tapi Payus punya seraut wajah yang manis macam gula.
Payus memegang mukaku. Diusapnya kedua-dua pipiku. Dan aku lihat Payus semakin mendekat. Ku pejamkan mata dan akhirnya aku dapat merasa bibir kami bertemu. Sehingga itu, kami terus terlena dibuai rasa cinta yang sudah mula menapak dihati. Kami hanyut dibawa arus kebahagiaan. Peeya sayang Payus...
"Ain, kau nak lelaki macam mana?" tanya Fatin suatu hari. Semasa mereka sedang bersantai lepas siapkan assignment Dr. Krish yang membunuh, grammar. Haha. Ainur mengunyah buah epal tanpa memandang Fatin. Otaknya ligat berfikir.
"nak yang macam mana ya?" Ainur bertanya sendiri.
"hmm, yelah, setiap orang mesti ada criteria lelaki idaman kan? Bukan apa, aku tengok kau ni tak ada pakwe lagi. Orang kata, kalau keluar universiti ni, kalau tak ada pakwe lagi, alamatnya tak laku la nanti." Ujar Fatin bersungguh-sungguh. Ainur menjeling Fatin tajam. Celuparnya mulut tu. Aku cili kang.
"bukan aku memilih la Fatin, tapi susah la. Aku ni tak jumpa lagi yang menarik perhatian aku, nak buat macam mana?" tingkah Ainur. Geram juga dengan ayat Fatin yang tidak berlapik-lapik itu.
"hmm, yelah, aku tak kata kau memilih. Cuma aku nak tau, actually kau cari lelaki macam mana?" tanya Fatin lagi. Ainur menggigit epal di tangan.
"hmm, aku nak lelaki yang macam abang aku." Jawabnya ringkas. Fatin mengerutkan dahi mendengar jawapan itu.
"abang kau macam mana?" tanya Fatin lagi. Begitu bersemangat untuk tahu.
"hmm, abang aku, dari segi fizikal, dia cerah, ada janggut sejemput, pakai spek, memang nampak smart and intelligent. Perangai dia pulak, peramah, suka buat lawak, pandai ambil hati, tak kedekut, jaga agama, ha, macam tu la abang aku. Aku memang respect abang aku. So, if aku jumpa lelaki yang macam ni, memang aku rembat je. Tak tunggu lagi." Ujar Ainur bersungguh-sungguh.
"oo, macam tu ke?" Fatin mengangguk sendiri. Ainur terus sahaja mengunyah epalnya tanpa mempedulikan Fatin lagi.
**********
"Ain, raya cina ni aku nak balik Indonesia. Rumah makcik sepupu aku." Beritahu Fatin. Ketika mereka sedang beriringan pulang dari bermain bola tampar.
"ye ke? Kat mana rumah makcik kau?" tanya Ainur penuh minat. Sememangnya dia tahu Fatin mempunyai saudara belah ibunya di indonesia.
"Solo kat mana?" tanya Ainur lagi. Tak pernah dengar pun nama tempat tu kat Indonesia.
"Solo dekat dengan Jogjakarta. Aku pernah pergi dulu sekali." Terang Fatin.
"tapi kali ni aku pergi sorang je sebab family aku yang lain tak free. Aku je yang cuti tak ada kerja." Ujar Fatin lagi, sayu sedikit.
Ainur tidak menjawab. Tiba-tiba Fatin menoleh kepada Ainur, dipegang tangan Ainur. Langkah mereka terhenti.
"kenapa dengan kau ni?" tanya Ainur kehairanan. Pelik melihat Fatin begitu.
"jom pergi Solo dengan aku!" Ainur melopong.
"hei cik Fatin. Kau ingat pergi Solo tu macam pergi balik kampung kat Kedah ke hah? Sabah Sarawak pun aku tak pergi lagi, nak pergi Solo? Haraplah." Tingkah Ainur. Cadangan Fatin amat merapu pada pandangannya.
"ala, Ainur. Tambang murah je. Jomlah. Aku gerenti mak ayah kau bagi punya kalau kau dengan aku. Jomlah Ain. Bila lagi kau nak pergi tempat orang? Kan? Kan?" Fatin memujuk lagi. Ainur menjeling Fatin. Pergi Solo?
********
"wah! Solo! I miss you!" jerit Fatin sebaik kaki mereka mencecah lantai landasan kapal terbang meninggalkan kapal terbang Air Asia. Ainur Cuma tersenyum melihat telatah Fatin. Jakun lebih pulak dari aku.
Hmm, macam mana pula Ainur boleh tersesat ke situ dengan Fatin? Setelah Ainur meminta izin dari ibu dan ayahnya dan mereka mengizinkan, Ainur akhirnya membuat keputusan untuk mengikut Fatin. Soal tambang sahaja yang perlu dirisaukan kerana di sana mereka menetap di rumah makcik sepupu Fatin. Jadi hal penginapan dan makan sudah beres.
Maka tercangaklah Ainur dan Fatin di Solo pada hari itu dan bermulalah lawatan mereka selama 4 hari di situ.
"siapa yang sambut kita?" tanya Ainur. Mereka sedang beratur di laluan warga asing untuk pemeriksaan. Sempat Ainur menjeling warga Indonesia di lorong sebelah mereka. Hmm, di malaysia, korang jadi warga asing, sekarang, giliran aku lah pulak.
"anak makcik aku." Jawab Fatin bersahaja. Ainur mengangguk saja. Tidak pernah dia keluar dari malaysia dan ini kali pertama. Pada Ainur, Indonesia dan malaysia sangat mirip. Cuma bahasanya sahaja yang berlainan.
Sebaik Ainur selesai melalui pemeriksaan kastam dan imigresen, mata Ainur tertancap pada seorang lelaki lebih kurang beberapa meter jauh darinya berdiri di dinding seperti sedang menanti seseorang. Bercermin mata, tinggi lampai, berkulit cerah (lebih cerah dari Ainur) dan janggutnya sejemput. Alamak! Lelaki idaman aku dah jumpa! Handsomenya!
Jantungnya berdegup kencang. Lelaki itu sekejap-sekejap melihat jam di tangan. Aku sudah jatuh cinta! Eh, sekejap, sekejap. Luaran dah pass, dalaman macam mana? Agama dia? Perangai dia? Eh, tak boleh, tak boleh. Cepat Ainur menyedarkan dirinya kembali ke alam nyata.
Hmm, lupakan sajalah Ainur. Kau takkan nak pergi berkenalan dengan dia terus? Nampak sangat bukan perempuan melayu. Lagipun, sini Solo. Bukan Malaysia. Kalau kat Malaysia bolehlah. Melepaslah aku. Ainur mengeluh sendiri. Matanya masih merenung lelaki itu. Namun tidak terlalu teruja dan bersemangat seperti tadi.
"jom." Fatin yang baru selesai menjalani pemeriksaan menarik Ainur yang sudah longlai. Malas sahaja dia melangkah. Dia menunduk mengikut sahaja tarikan Fatin. Dan tiba-tiba mereka berhenti. Ainur mengangkat muka.
"hai." Ainur terkedu. Lelaki tadi. Di hadapannya, betul-betul di depannya. Fatin di sisi lelaki itu.
"Ainur, ni anak makcik aku. Indra." Fatin memperkenalkan mereka. Namun Ainur sudah tergamam, tidak mampu berkata apa-apa. Fatin yang melihat Ainur kaku begitu menepuk bahunya lembut.
"Ainur, kau ok ke?" Ainur tersentak. Malu bila menyedari dia terkaku begitu di hadapan lelaki itu.
"err, ok, ok." Cepat-cepat dia menjawab. Lelaki itu tersenyum sahaja melihat telatah Ainur. Fatin pula senyum penuh makna.
"jom, saya bawakan beg korang." Pelawa lelaki itu. Tiada loghat Indonesia langsung. Beg Ainur dan Fatin bertukar tangan. Alamak, gentlemannya! Ainur jatuh cinta sekali lagi.
Laju sahaja dia mengikut langkah Fatin dan Indra ke kereta Indra yang seakan-akan sebuah pajero.
Matanya tidak lepas dari memandang Indra curi-curi. Ada peluanglah aku nak tengok perangai dia ni. Ok ke tak? Ok, ujian bermula dari sekarang!
"apa nama kawan Fatin ni?" tanya Indra. Ainur di tempat duduk belakang dijelingnya. Ainur yang perasan dengan perbuatan Indra itu menjeling kembali.
"Ainur." Jawab Ainur sendiri. Fatin jelas tidak berminat mahu memberi jawapan.
"ooh, ingat dah bisu dah tadi." Ujar Indra. Ainur yang mendengar usikan itu menjeling di cermin. Terlihatlah riak wajah Indra yang tersenyum manis. Pandai engkau buat lawak ya. Hmm, lulus satu ciri.
Ada banyak lagi ujian untuk kau Indra. Getus Ainur sendiri. Hatinya berbunga.
"Ainur dan Fatin satu kelas?" tanya Indra lagi.
"haah. Satu kelas, satu bilik." Jawab Ainur lagi. Melihat cermin pandang belakang sekilas dan dia tahu Indra memerhatikannya.
"ooh. Satu bilik air?" tanya Indra lagi.
"hah, apa?" tanya Ainur kembali. Indra tersenyum kecil melihat Ainur terpinga-pinga.
"tak ada apa-apa." Jawabnya. Ainur mengetap bibir. Cis, pandai pula dia ni nak mengena aku. Hmm, memang perangai abang aku!
"hari ni nak pergi mana?" tanya Indra. Menoleh pada Fatin.
"hmm, Fatin rasa nak pergi tengok Istana Mangku Negara, ok?" tanya Fatin, meminta persetujuan.
"Indra ok je. Tetamu belakang macam mana?" tanya Indra. Ainur yang tidak sedar soalan itu ditujukan padanya tercengang-cengang apabila Fatin memanggil namanya.
"aku rasa aku ikut je because I really don"t know where to go." Jawab Ainur.
"ok. Sekarang kita pergi lunch dulu la Indra. Tak payah balik rumah dulu. Kita pergi terus." Cadang Fatin. Ainur mengangguk sendiri. Bersetuju dengan cadangan itu.
"ok," jawab Indra ringkas.
Mereka singgah di sebuah restoran tempatan. Makanannya lebih kurang masakan di Malaysia. Cuma teh yang dihidangkan sahaja yang tidak digemari Ainur. Teh hijau. Rasanya seperti teh cempaka sahaja. Pantas Ainur memesan air kosong sahaja. Indra tertawa melihat Ainur begitu.
"kenapa? Tak kena dengan tekak ke?" tanya Indra. Tersenyum sahaja melihat wajah kelat Ainur.
"haah. Tak sedap." Jawab Ainur laju. Tiba-tiba dia menutup mulutnya.
"ops, sorry Indra. Terkutuk. Tak sengaja." Ujar Ainur dengan rasa bersalah. Tersedar dia mungkin telah mengguris perasaan Indra dengan mencemuh rasa teh itu.
"eh, saya ni ada rupa pembuat teh ke?" tanya Indra kembali. Bersahaja. Ainur terdiam. Menggeleng. Fatin tersenyum sahaja. Tidak menyampuk langsung. Masih terus menyuap nasi di pinggan.
"so why must I feel offended? Actually, saya lagi prefer teh Malaysia." Ujar Indra lagi. Mata Ainur bercahaya mendengar pengakuan itu.
"ye ke? Awak pernah datang Malaysia ke?" cepat dia bertanya.
"banyak kali. Tahun ni saja dah 2 kali." Jawab Indra.
"oo, patutlah. Awak pandai cakap melayu kami ya? Fasih awak cakap bahasa malaysia." Puji Ainur. Indra tersenyum mendengar pujian itu. Matanya merenung ainur. Ainur menyambung suapan yang terhenti. Malu pula ditenung begitu.
********
Selepas makan, mereka melawat Istana Raja Mangku Negara. Istana itu milik seorang raja dan raja itu serta keluarganya masih menetap di situ. Ainur benar-benar kagum dengan istana itu. Dari apa yang dilihatnya, Indonesia seakan-akan ketinggalan dari seni binaan berbanding Malaysia namun hakikatnya, mereka tetap maju di samping usaha yang berterusan untuk mengekalkan ciri-ciri budaya mereka.
Sebaik mereka tiba di istana itu, mereka diberikan satu plastic hitam yang sederhana besar. Berkerut-kerut dahi Ainur menerima plastic itu dari Indra.
Apabila mereka tiba di hadapan istana, Indra dan Fatin masing-masing melabuhkan punggung di anak tangga.
Sekali lagi Ainur kehairanan.
"Ainur, tanggal kasut. Masuk dalam plastic tu." Arah Fatin.
Barulah Ainur mengerti. Indra Cuma tersenyum kecil melihat Ainur termangu-mangu. Ainur turut duduk di anak tangga lalu melabuhkan punggungnya. Kasut ditanggalkan lalu dimasukkan ke dalam plastic hitam tadi. Pantas dia menurut langkah mereka menaiki tangga.
"eh, mana plastic tadi?" Tanya Indra. Ainur menunjuk ke anak tangga.
"tu, saya letak kat situ." Jawab Ainur dengan selamba. Indra menepuk dahi.
"awak kena pegang kat tangan la. Sebab tu semua orang dapat plastic sorang satu." Indra menerangkan. Fatin sudah tersengih melihat Ainur yang malu sendiri. Cepat dia berpatah balik mengambil plastic berisi kasutnya dan berpatah balik kepada Indra dan Fatin. Mereka Cuma tersenyum saja melihat Ainur.
Kawasan itu umpawa sebuah dewan yang tidak berdinding, lapang selapang-lapangnya. Lampu-lampu chandelier kecil tergantung di setiap sudut. Di bahagian kiri ruang itu, terdapat set alat-alat muzik tradisional yang terdiri daripada gendang, rebana, gong dan banyak lagi.
"diorang guna lagi ke alat-alat ni?" Tanya Ainur.
Hairan melihat set rebana sebegitu banyak. Kalau di Malaysia, set begini hanya boleh dilihat di muzium. Sekali tengok, istana ini seperti muzium lama pula. Kelihatan usang dan tradisional.
"guna, kalau ada majlis besar, ruang ni akan digunakan." Ujar Indra yang entah bila berada di sebelahnya.
Ainur mengambil peluang bergambar dengan alat-alat muzik tersebut dengan gaya dia sedang bermain alat-alat muzik itu. Fatin juga tidak ketinggalan. Hampir di setiap penjuru ruang itu, terdapat patung-patung singa berwarna emas, kecil dan besar. Patung berupa perempuan membawa kendi di atas kepala pun ada. Patung-patung tersebut juga menjadi mangsa Ainur untuk bergambar.
"Ainur, cuba tengok atas." Arah Indra. Ainur pun mendongak melihat siling. Kagum dia apabila melihat siling itu mempunyai lapan bahagian bercorak berlainan warna.
"cantiknya!" ujar Ainur kagum.
"setiap warna melambangkan ciri yang berlainan. Ada rajin, malas, mengantuk, macam-macam lagi lah. Saya tak ingat dah. Dah lama tak datang sini." Terang Indra. Fatin juga turut mendongak.
"cantikkan?" puji Fatin pula.
Ainur mengangguk, mengiyakan. Mereka masuk ke dalam lagi, ke sebuah bilik tertutup. Ada kotak-kotak kaca berisi alat-alatan diraja yang tidak lagi digunakan. Melihatkan perhiasan-perhiasan diraja yang dibuat dari emas tulen turut dipamerkan, Ainur terfikirkan sesuatu.
"Indra, tak pernah ada cubaan merompak ke kat sini? Barang-barang emas ni dalam kaca macam tu je, lepas tu tak ada penggera pulak. Tak pe ke?" Indra ketawa kecil mendengar soalan Ainur.
"awak Nampak tak patung-patung banyak kat luar tu?" Tanya Indra. Ainur mengangguk. Apa kena mengena pulak?
"kat sini dah ada penjaga, tapi orang je yang tak Nampak." Ujar Indra separuh berbisik. Naik bulu roma Ainur mendengar kata-kata Indra.
"ah, awak ni saja je nak takutkan saya." Marah Ainur. Indra ketawa lagi.
Cepat-cepat Ainur meninggalkan Indra yang masih ketawa di belakangnya. Dia mendekati sekumpulan wanita dalam lingkungan 70-an masing-masing yang duduk di satu sudut berhampiran tangga ruang itu menjual jamu. Pelik. Mereka berjual di dalam bilik ini. Ainur duduk di anak tangga. Mengambil sebungkus plastic yang mengandungi biji-biji bulat.
"ibuk, ini apa?" Tanya Ainur. Nenek itu menjawab soalan Ainur tapi jawapannya buat Ainur garu kepala. Sepatah pun dia tak faham.
"itu jamu untuk kurus." Hampir melompat Ainur mendengar suara Indra yang entah sejak bila ada di sisinya.
"eh, awak ni tak bagi orang terkejut tak boleh ke?" marah Ainur. Indra tersengih-sengih sahaja. Dia mengambil sebotol ubat lalu dihulurkan kepada Ainur. Ainur menyambut botol itu dengan dahi berkerut.
"ni apa?" Tanya Ainur.
"minyak pengasih. Untuk awak. Dari saya." Selamba Indra bercakap, matanya merenung Ainur mesra bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Ainur terkedu seketika. Menyedari Indra masih di hadapannya, Ainur meletakkan kembali botol itu. Dia bingkas meninggalkan Indra. Jantungnya berdegup pantas. Oh tuhan, jangan kata aku sudah jatuh cinta padanya.
"Esok nak pergi mana?" Tanya Indra. Fatin tidak menjawab tetapi gayanya seperti sedang berfikir. Ainur terkial-kial memakai kasutnya kembali. Tadi, sepanjang masa dia mengelakkan Indra. Tidak mahu diusik lagi. Boleh luruh jantungnya bila berdepan dengan lelaki itu.
"entahlah. Kat Solo ni ada apa lagi?" Tanya Fatin kembali. Indra pula termenung sekejap.
"kalau kat Solo ni ada dataran je lah yang best lagi. Ok, macam ni. Esok, kita ke Jogjakarta. Nak?" cadang Indra. Sepasang matanya singgah pada Ainur yang termangu-mangu.
"err, saya tak kisah. Di Jogjakarta ada apa?" Tanya Ainur.
"banyak tempat best la dari sini. Solo ni kecil je. Kat jogjak ada candi Borobudur, Gunung Merapi, dan saya tahu satu tempat pembuatan perhiasan silver. Nanti kita pergi. Ok?" Ainur dan Fatin mengangguk bersama. Indra melihat jam di tangan.
"eh, dah pukul berapa ni, nak masuk asar dah. Korang tak solat zohor lagi kan?" Tanya Indra. Ainur terdiam seketika mendengar pertanyaan itu. Dia jaga solat. Itu kesimpulannya.
"belumlah, nak jama" je." Jawab Fatin.
"ok, kita ke Masjid Agung Surakarta, masjid tertua kat sini. Ok?" cadang Indra.
"ok," serentak Ainur dan Fatin menjawab.
*********
Keesokannya, awal-awal pagi lagi mereka sudah keluar untuk ke Jogjakarta yang bersebelahan dengan Solo. Perjalanan mereka dijangka mengambil masa lebih kurang sejam atau dua jam mengikut keadaan jalan. Itu kata Indra sebelum mereka bertolak.
Sebelum pergi juga, sibuk Indra mengingatkan supaya mereka membawa baju sejuk kerana di kaki gunung merapi, di pagi hari agak dingin. Ainur tidak begitu mengendahkan peringatan Indra kerana dia sememangnya membawa sweaternya ke mana dia pergi.
Destinasi pertama mereka di Jogjakarta ialah Gunung Merapi. Sebaik tiba setelah hampir sejam lebih perjalanan, di mana Ainur dan Fatin tertidur sehingga mereka tiba, mereka terus turun dari kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu Indra. Ainur terkaku seketika sebaik kakinya mencecah tanah.
Sejuknya! Terus dia memeluk tubuhnya.
"Fatin," panggil Ainur. Namun dia tergamam apabila dia dapat melihat asap keluar dari mulutnya.
"Fatin, asap keluar dari mulut aku!" jerit Ainur. Terkejut dan teruja. Indra yang sudah berbaju sweater tebal tersenyum sahaja melihat mereka.
"kan saya dah cakap, pagi-pagi memang sejuk kat sini." Ujar Indra. Dia juga memeluk tubuhnya.
"tengok, kabus pun tebal." Ainur memandang sekeliling. Dia sudah menggigil. Sememangnya dia tidak tahan sejuk. Fatin juga tetapi oleh kerana dia sudah memakai sweaternya, dia lebih kelihatan rileks daripada Ainur.
"eh, Ainur, mana sweater kau?" Tanya Fatin. Ainur pantas membuka kembali pintu kereta untuk mengambil sweaternya.
Fatin mendekat apabila melihat Ainur kaku di tepi kereta.
"kenapa?" Tanya Fatin. Ainur memandang Fatin dengan wajah sedikit cemas.
"alamak, aku tertinggal sweater aku." Ainur mengetap bibir. Baru dia teringat, dia keluarkan sweater tersebut sebelum bertolak, kononnya mahu dipakai tapi kemudian ditinggalkan saja di atas sofa rumah Indra.
"kenapa?" Tanya Indra pula yang turut menghampiri mereka. Fatin memandang Ainur dan Indra silih berganti. Ainur sudah menepuk dahi. Kesejukan makin terasa.
"hah? Laa, kan dah cakap tadi, bawa sweater?" suara Indra jelas kesal. Ainur menunduk. Tidak mahu bertentang dengan Indra. Lama mereka terdiam.
"nah," Ainur mengangkat muka. Indra menghulurkan sweaternya kepada Ainur. Ainur terkedu, tidak berkelip memandang Indra.
"eh, awak pakailah, nanti sejuk. Tak apa, saya tak apa." Ainur menolak. Indra menatap wajah Ainur tajam. "ambillah. Saya tak apa. Kalau saya sejuk, saya boleh berlari. Takkan awak nak berlari pulak?" tingkah Indra. Ainur terdiam mendengar nada suaranya.
"ambillah Ainur. Dia tak apa." Fatin pula menyokong. Akhirnya, Ainur menyambut. Indra memeluk tubuhnya yang Cuma dibaluti sehelai t-shirt berkolar. Dia mengatur langkah di depan, diikuti dengan Fatin dan Ainur yang sudah menyarung sweater Indra ke tubuhnya. Agak besar juga kerana Indra tinggi dan berbahu bidang. Mereka berjalan di atas tanah yang kehitaman. Ada kesan-kesan rumah yang dilanda lava Gunung Merapi 4 tahun yang lalu.
"4 tahun yang lalu, lava Gunung Merapi sampai ke sini. Penduduk di sini memang mempunyai tempat perlindungan dari asap dan awan Gunung Merapi. Nama tempat perlindungan tu, bunker. Tapi, hari tu, penduduk tak jangka lava akan sampai ke sini." Cerita Indra sambil mereka menyusur mendaki tanah yang landai ke atas.
"jadi, penduduk tak bersiap untuk berpindah. Tiba-tiba lava mengalir ke sini. Dalam kelam-kabut tu, ada 2 orang petugas yang ditugaskan untuk memberi amaran pada penduduk jika lava dijangka mengalir ke sini. Mereka berusaha memberi amaran kepada semua penduduk hinggakan mereka sendiri tidak sempat melarikan diri." Sambung Indra lagi. Fatin dan Ainur khusyuk mendengar.
"mereka berlindung di dalam bunker dan lava menutupi bunker keseluruhannya. Mereka terperangkap di dalam dan apabila lava sudah sejuk, mereka dijumpai mati di dalam bunker. Daging mereka masak akibat suhu terlampau dari lava yang memanaskan bunker tu." Ainur terharu mendengar cerita itu.
Begitu mulia mereka, menyelamatkan orang lain sehingga mereka terkorban.
"penduduk di sini menganggap mereka wira apabila mereka kembali. Rumah-rumah yang dibina juga musnah sama sekali. Sekarang, tidak ramai penduduk yang terus menetap di sini. Mereka bimbang, peristiwa itu akan berulang." Tambah Indra lagi.
"Gunung Merapi meletup setiap tahun ke?" Tanya Ainur.
"tak, Gunung Merapi meletup selang 4 tahun. Tahun ini, gunung ini akan meletup lagi." Ujar Indra. Ainur tergamam mendengar. Indra yang menyedari kerisauan Ainur menyambung lagi.
"jangan risaulah. Sekarang ni selamat. Kalau gunung merapi nak meletup, asap akan keluar dari puncaknya." Ainur menarik nafas lega. Fatin tersengih melihat Ainur.
"lagipun, kalau gunung ni meletup pun, kau ada hero yang nak selamatkan kau, dia mati kena masak pun dia tak kisah." Fatin tersenyum penuh makna. Matanya melirik pada Indra yang tersenyum kecil. Ainur yang melihat lirikan Fatin mencubit bahu Fatin perlahan.
"kau ni cari pasal ek?" Ainur separuh berbisik. Fatin mengaduh.
"eh, betul apa? Kan Indra?" Fatin melarikan diri dari Ainur. Malu Ainur diusik begitu. Tiba-tiba, matanya tertancap pada satu bangunan yang kelihatan agak pelik.
"Indra, tu apa?" Tanya Ainur, menunjuk ke arah yang dimaksudkan. Indra menoleh.
"ha, itulah bunker. Jom." Ajak Indra. Mereka menghampiri bunker itu. Di bahagian hadapan bunker itu, ada tangga yang dibuat menuju ke bawah, ke pintu bunker itu. Mereka turun dan bergambar di pintu hadapan bunker itu.
Selepas itu, mereka masuk ke dalam. Suasana sepi menyelubungi bunker itu yang Cuma diterangi cahaya dua mentol. Dingin bawah tanah mula terasa. Bunker itu tidak sebesar mana tapi agak luas juga. Ada timbunan lava di hujung bunker itu.
"di sini lah mayat kedua-dua orang sukarelawan yang meninggal tu ditemui. Sejak tu, bunker ni ditinggalkan dan dibuka kepada orang awam." Indra memijak-mijak lantai lava yang sudah berupa tanah gambut itu.
Ainur mendekat dengan Indra tanpa disedari. Seram juga melihat bunker ini, ditambah pula dengan cerita Indra, bertambah seram sejuk Ainur.
"Ainur." Ainur menoleh pantas. Kepalanya terlanggar bahu Indra lantaran dia menoleh terlalu cepat.
"aduh!" Ainur memegang dahinya yang sakit. Indra ketawa melihat Ainur.
"eh, awak yang datang dekat saya, bukan salah saya. Mujur saya tinggi, kalau tak tercium dah." Ujar Indra selamba. Tawanya masih bersisa.
Buntang mata Ainur mendengar ayat Indra yang penghabisan itu. Indra ketawa lagi. Fatin menarik tangan Ainur keluar dari bunker itu. Dia juga ketawa mendengar usikan Indra.
Indra mengikut mereka keluar. Mereka berjalan beriringan menaiki tangga ke atas kembali. Indra menghampiri Ainur, berbicara seakan-akan berbisik.
"kalau tercium pun tak apa Ainur, saya tak menyesal." Habis berbicara, terus dia melajukan langkahnya meninggalkan Ainur terpinga-pinga di atas tangga.
Ee! Geramnya aku dengan dia ni! Jeritannya memenuhi sanubari kala itu.
Agak lama juga mereka di kaki gunung merapi. Sehingga ke tahap di mana pengunjung dibenarkan naik. Mujurlah matahari semakin meninggi, jadi kesejukan pagi yang tadinya kian terasa sudah mula beransur hilang bergantikan udara yang semakin panas. Pemandangan di situ begitu indah terutamanya puncak gunung merapi yang jelas kelihatan dari tempat mereka berada.
Langit juga kelihatan dekat kerana kedudukan kaki gunung itu yang agak tinggi juga dari aras laut. Angin yang bertiup agak kencang membuatkan Ainur semakin menggigil walaupun matahari sudah hampir tinggi.
Ainur memeluk tubuhnya erat sambil meneruskan langkah kaki. Matanya terpaku pada Indra yang berpeluk tubuh di hadapannya. Rasa kasihan juga pada Indra kerana sweaternya tidak dapat dipakai. Ainur menghampiri Indra.
"Indra, awak sejuk ke?" Tanya Ainur. Indra menggeleng.
"tak lah." Indra menidakkan. Ainur terdiam seketika. Dia merenung tanah lava yang dipijaknya.
"Indra, thanks." Indra menoleh kepada Ainur sekilas.
"for what?" Tanya Indra.
"for this sweater." Ujar Ainur, tenang. Mata mereka bertentang seketika.
"hmm, don"t mention it. Saya tak nak awak sakit. Tu je." Ujar Indra bersahaja. Ainur terharu mendengar ayat itu. Bahagia terasa kerana ada juga yang kisahkan tentang dirinya di sini. Mereka beriringan sehingga tiba di tempat tertinggi pengunjung dibenarkan naik.
"Indra, Ainur, tengok sini." Panggil Fatin. Serentak mereka menoleh dan Fatin terus menangkap gambar mereka tanpa menunggu lagi, tanpa sebarang amaran. Ainur terkedu seketika. Indra tersenyum simpul.
"wah, cantiklah gambar ni. Sebab kat belakang tu Nampak puncak Gunung Merapi." Puji Fatin. Ditunjukkan gambar itu kepada Indra.
"nanti saya nak tau gambar ni." Pesan Indra. Fatin mencebik. Ainur malas hendak menyampuk. Lantak korangla.
"yelah, saya tau. Saya mesti bagi awak punya." Fatin mengusik Indra yang tersengih-sengih.
Ainur memusingkan badannya menghadap puncak Gunung Merapi. Cantik kerana puncaknya dilitupi awan yang berarak. Subhanallah. Dia memuji ciptaan Ilahi yang tiada tandingan.
Kelihatan dua orang wanita di awal 50-an sedang menarik rumput di atas papan beroda. Seorang menarik sedang yang seorang lagi menolak di belakang. Ainur kagum seketika melihat mereka.
Begitu gigih mereka memanjat kaki bukit ini untuk mendapatkan rumput kering.
"dah? Jom, balik." Ajak Indra. Fatin mengangguk. Ainur tidak memberi reaksi. Beberapa ketika kemudian baru dia berganjak dari tempatnya. Tidak pula dia perasan Indra yang menggigil kesejukan kerana Indra berjalan pantas meninggalkan Fatin dan Ainur di belakangnya.
**********
Genap hari ini, sudah masuk 3 hari mereka di Solo. Esok mereka akan pulang. Pagi itu, selepas bersarapan, Ainur menghampiri Fatin yang sedang melipat pakaian yang sudah dipakai untuk dimasukkan ke dalam beg meninggalkan pakaian bersih di sudut katil.
"hari ni kita nak pergi mana?" Tanya Ainur. Dia memandang Fatin yang khusyuk melipat pakaian. Dalam hatinya, ada rasa ingin tahu yang terbit. Di mana Indra? Sarapan tadi dia tak ada pun.
"kita tak pergi mana-mana kot." Jawab Fatin tanpa melihat Ainur. Ainur memandang Fatin tidak percaya.
"hah? Tak pergi mana-mana? Kenapa?" Tanya Ainur lagi. Takkan lah? Rugilah kalau datang jauh-jauh tapi duduk rumah saja. Baik aku pergi tengok twin tower je kalau macam ni.
Fatin memberhentikan kerjanya lalu memandang Ainur.
"Ainur, kita nak berjalan macam mana kalau driver tak ada?" ujar Fatin.
"eh, Indra mana?" akhirnya, tertanya juga soalan yang terpendam di lubuk hatinya.
"Indra demam la." Fatin kembali melipat pakaian. Wajahnya juga tidak ceria. Ainur terkedu. Demam?
Rasa bersalah mula menyelubunginya. Indra demam? Mesti sebab semalam sejuk sangat di Gunung Merapi.
"sebenarnya, dia tu tak tahan sejuk. Memang dia cepat demam kalau macam tu." Ujar Fatin. Dia sudah habis melipat pakaian. Ainur bertambah gusar. Dah tau macam tu kenapa bagi sweater tu pada aku semalam? Ainur marah sendiri.
"kau dah tau dia macam tu kenapa kau tak cakap kat aku semalam?" marah Ainur, tidak puas hati dengan Fatin. Fatin bingkas. Mahu keluar bilik.
"sebab dia tak bagi aku cakap." Jawab Fatin. Tombol pintu ditarik.
"la, kenapa pulak? Bukan aku nak marah." Ainur mengetap bibir. Memandang Fatin tajam.
"sebab dia suka kau!" selamba saja ayat itu diluahkan Fatin. Terus dia keluar meninggalkan Ainur yang tergamam mendengar ayat penghabisannya.
Ainur berdiri di depan pintu bilik Indra. Sudah berapa lama dia di situ tidak pula dia tahu. Teragak-agak mahu mengetuk. Akhirnya, tangannya digenggam juga lalu diketuk pintu bilik Indra perlahan. Aisey, malunya!
"masuk," kedengaran suara Indra di sebalik pintu. Ainur menekan tombol ke bawah dan menolak pintu kayu itu ke dalam. Matanya terpaku pada Indra yang meletakkan laptop di atas ribanya. Wajahnya keletihan, matanya yang tidak disangkut cermin mata itu kuyu sedikit. Terbit rasa kasihan di hati Ainur.
"boleh, saya, masuk?" Tanya Ainur, lambat-lambat. Indra mengukir senyum. Lega Ainur melihat senyuman itu, sekurang-kurangnya dia tahu kedatangannya diterima, mungkin.
"masuklah," ujar Indra.
"err, tapi, pintu tu jangan tutup." Pesan Indra pantas. Tisu di tangan mengesat hidung yang juga kemerah-merahan. Selesema.
Ainur mengangguk. Kalau tak cakap pun aku buat juga.
Pintu dibiarkan terbuka separuh. Ainur mengatur langkah perlahan mendekati Indra yang sibuk menutup laptopnya lalu diletakkan di sisi.
"duduklah." Pelawa Indra seraya mengunjukkan kerusi di sisi katil.
Ainur menarik kerusi perlahan dan melabuhkan punggungnya. Perasaannya bercampur-baur. Gelisah kerana ini kali pertama dia masuk ke dalam bilik lelaki ajnabi. Ainur menunduk apabila dia menyedari renungan Indra yang tertumpu pada wajahnya.
"awak tak sihat?" Tanya Ainur perlahan. Memulakan. Indra tersenyum kecil.
"bolehlah. Awak datang sebab tu saja ke?" Tanya Indra. Ainur mengangguk pantas.
"saya rasa bersalah, sebab saya tak bawa sweater semalam. Kalau tak, awak tak perlu pinjamkan sweater awak. Dan awak takkan sakit." Ujar Ainur. Nada kesal mengiringi bicaranya.
Mereka berbalas pandang sebelum Ainur mengarahkan pandangannya ke tempat lain.
"hmm, sebab rasa bersalah awak tengok saya? Bukan sebab rasa lain?" Tanya Indra nakal. Mahu mengorek isi hati gadis di depannya ini.
"sebab apa lagi?" Tanya Ainur pantas. Benar-benar tidak dapat menangkap niat Indra yang sebenar.
Indra tertawa kecil.
"tak ada apa lah." Ainur mengetap bibir. Dalam sakit tu mulut boleh tahan jugak. Geram dia mendengar tawa Indra.
"hmm, sebab awak dah datang, saya nak bagi something la kat awak. Actually, nak bagi esok je, sebelum awak balik, tapi, tak apa kot kalau saya bagi sekarang?" suaranya tidak pasti. Ainur mengerutkan dahi.
"bagi apa?" Indra bergerak ke hadapan sedikit, menarik laci di meja sisi katil. Dikeluarkan satu kotak kecil berwarna merah. Ainur kaku seketika apabila kotak itu dihulurkan padanya.
"nah, ambillah, saya harap awak sudi." Indra berbicara perlahan, menusuk ke dalam kalbu. Ainur menyambut teragak-agak.
"apa ni?" Tanya Ainur, jemarinya menggenggam erat kotak itu. Indra tersenyum nipis.
"bukalah," arah Indra. Ainur yang masih tertanya-tanya membuka kotak itu dengan cermat.
Ainur tergamam melihat isinya sebaik penutupnya dibuka sepenuhnya. Dia memandang Indra tidak percaya.
"it"s yours." Ujar Indra, seakan-akan berbisik.
Sebuah brooch silver berbentuk bunga mawar yang dilihatnya semalam semasa kunjungan mereka tempat perusahaan silver di Jogjakarta. Semalam, lama Ainur membelek brooch itu. Memang dia berkenan tetapi apabila melihat harganya yang lebih kurang mahalnya dengan barangan silver di Malaysia, Ainur melupakan niatnya dengan berat hati. Tapi, macam mana Indra tahu aku teringin brooch ni? Semalam, hanya Fatin saja yang ada dengan aku masa aku tengok brooch ni.
Ainur baru sahaja mahu bertanya apabila Indra bersuara terlebih dahulu.
"don"t ask any question please? Just take it, ok? It"s a gift from me." Ujar Indra, tegas namun tetap bernada lembut.
Ainur tidak jadi bertanya. Mata mereka bertentangan lama. Ainur benar-benar tidak tahu apa yang patut dikatakannya.
"thanks, a bunch." Tutur Ainur perlahan. Dia benar-benar terharu. Hati kecilnya yang sememangnya sudah goyah melihat Indra pertama kalinya bertambah resah. Resah dan gembira bersilih ganti. Inikah cinta?
"Indra, I have to ask this." Ainur bersuara dalam gementar. Should I ask him?
"hmm, ok, what is it?" suara Indra yang menusuk menambahkan lagi gementarnya mahu bertanya. Indra berpeluk tubuh, menanti bicara Ainur.
"err, why did you do all this?" terkeluar juga persoalan itu dari bibirnya. Indra terdiam mendengar soalan itu, dan dia tersenyum nipis.
"why? You know why." Ujar Indra bersahaja. Ainur mengerutkan dahinya.
"I do?" Tanya Ainur kembali. Dia benar-benar bingung. Dia perlu bertanya, sekurang-kurangnya, dia tidak terbuai oleh angan-angan.
Indra tidak terus menjawab sebaliknya dia merenung Ainur lama. Ainur tidak mahu mengaku kalah, renungan Indra berbalas. Dia masih menanti jawapan.
"Ainur, I want you to be my special one." Suara Indra singgah di telinga Ainur bagai angin yang amat menyenangkan.
Ainur kelu. Dia menunduk, tidak mampu lagi membalas pandangan mesra Indra. Kolam matanya sudah digenangi air mata. Dia menangis kegembiraan. Kerana suara hatinya dan Indra berbisikkan perkara yang sama. Aku cinta kamu.
"why are you crying?" Indra mendekat mendengar esakan kecil Ainur. Ainur mengesat air matanya pantas.
Dia mengangkat muka, mengukir senyum dalam tangis.
"awak sedih? Ainur, I will not force you to love me, whatever it is. I..." Indra kelihatan serba salah melihat pipi Ainur basah dek air mata yang masih bersisa.
"no, I am happy. Saya, saya gembira kerana awak ada untuk saya." Ainur bersuara dalam sendu yang masih bersisa, Indra pula terdiam. Tidak jadi menghabiskan bicaranya.
Sepi menyelubungi antara mereka. Tiba-tiba, Ainur ketawa.
"now, why are you laughing?" Tanya Indra, ingin tahu.
Ainur menutup mulutnya, cuba berhenti ketawa.
"because you look bad." Tutur Ainur dalam tawa yang masih bersisa. Indra turut ketawa mendengar ulasan Ainur.
"ok, now, because I look really bad, could you please get something for me to eat? I"m hungry. Saya belum breakfast lagi." Adu Indra, wajahnya sedih yang dibuat-buat, cuba meraih simpati Ainur.
Ainur berpura-pura tidak mendengar. Dia menjeling laptop Indra di sisi.
"hmm, tadi orang makan awak buat apa?" marah Ainur, sengaja mahu mengusik. Indra yang perasan Ainur menjeling laptopnya mengangkat laptopnya lalu diletakkan di sisi yang berdekatan Ainur. Dibuka skrin laptop itu dan diunjukkan kepada Ainur.
"nah, tengoklah saya tengok apa." Arah Indra. Ainur menjauhkan mukanya dari laptop itu. Tidak berniat mahu menganggu privacy Indra.
"tak naklah." Ainur menolak. Indra mengunjuk laptopnya lagi. Bersungguh-sungguh.
"tengoklah, Ainur, I"m serious. Take a look. I was looking at a very beautiful scenery." Ujar Indra lagi. Ainur terdiam, teragak-agak dia mendekat, melihat skrin laptop itu.
Ainur menutup mulutnya apabila melihat wajahnya yang terpampang di skrin itu. Gambarnya dan Indra yang ditangkap Fatin di Gunung Merapi semalam.
"you know something, I love this girl." Ujar Indra bersahaja. Ainur bingkas bangun. Malu dia diusik begitu.
"I"ll get your breakfast." Ujar Ainur seraya berlalu meninggalkan Indra yang sudah tertawa melihat gelagat Ainur yang spontan itu.
"and I"ll always be waiting for you!" jerit Indra. Ainur tersenyum malu mendengar jeritan Indra. Langkahnya bertambah laju menuju ke arah tangga. Tak sia-sia aku datang Solo!
*********
Ainur menatang dulang makanan dengan cermat untuk mengimbangi badannya. Dia memanjat tangga perlahan dan apabila dia menghampiri bilik Indra, dia perasan pintu bilik itu bertutup. Ainur meletakkan dulang makanan itu di atas meja perhiasan sementara dia mahu membuka pintu bilik. Namun niatnya terbantut apabila dia mendengar suara Fatin yang agak kuat berbicara. Ainur tidak jadi membuka pintu.
Mahu diganggukah mereka bersembang? Sedang dia berfikir di situ, telinganya menangkap namanya disebut Fatin. Hmm, mengumpat aku ya? Siap korang. Ainur melekapkan telinga di pintu, dengan niat mahu mengenakan mereka nanti.
"tak sia-sia Fatin beritahu Indra ciri-ciri lelaki idaman dia. Kalau dia tahu, habis Fatin tau." Ainur tersentak, namun dia tidak berganjak.
"janganlah beritahu, kalau tak plan kita yang dah dirancang berbulan-bulan ni gagal nanti. Tengok, sanggup tau Indra pakai cermin mata ni semata-mata nak mengorat dia. Janggut ni, Allah, rimasnya! Tapi kerana Ainur, tak pe la. Indra sanggup, asalkan dia terima Indra." Ainur terkaku di situ.
Apa semua ni? Plan? Jadi, kedatangan aku ke Solo ni satu plan diorang? Supaya Indra dapat mengorat aku? Cermin mata? Indra tak rabun? Dan janggut? Ainur menampar pipinya perlahan namun rasa sakit tetap ada. Ok, aku tak bermimpi. Dikerling pintu bilik, tidak percaya. Semua ni satu rancangan supaya aku jatuh cinta pada dia? Dengan semua ciri lelaki yang aku nak, dia mengorat aku? Ainur berasa tertipu dan dipermainkan. Kotak brooch yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan.
Air matanya menitis satu persatu, sudah tidak terbendung. Tidak dia sangka rupa-rupanya cintanya dirancang. Tapi kenapa Fatin sanggup buat macam ni? Ainur menggenggam kotak itu kuat dan dia tersandar di dinding. Lemah. Aku sudah jatuh cinta tapi kenapa ini yang terjadi?
Esakan kecil mula kedengaran. Tiba-tiba, pintu terbuka dari dalam. Fatin menjengahkan kepalanya. Ainur mengesat air mata yang sudah berlinang.
"eh, ain, kenapa?" Tanya Fatin. Dia menghampiri Ainur, mahu memegang bahun Ainur namun Ainur menjauh, menepis tangan Fatin.
"apa ni? Kenapa?" Tanya Indra yang baru muncul di sebalik pintu. Melihat Ainur berlinangan air mata Indra mendekat. Ainur melangkah menjauh. Tidak rela.
"jangan dekat dengan saya. Saya tak sangka, awak tak jujur dengan saya." Indra terkedu di situ, di sisi Fatin. Ainur memandang keduanya silih berganti.
"patutlah beriya kau ajak aku datang sini, beriya Tanya ciri lelaki idaman yang aku nak, supaya dia dapat ambil hati aku dan aku akan terima dia, macam tu? So, the whole trip is actually your plan, both of you?" tempelak Ainur, sinis.
Indra meraup wajahnya. Menyesal kerana berbicara terlalu kuat dengan Fatin. Jika dia mampu, mahu sahaja dia berpatah balik, di saat dia dan Ainur di dalam bilik, berbicara.
Fatin menghampiri Ainur dengan wajah bersalah.
"Ainur, niat aku baik. Indra, dia nak berkenalan dengan kau, sejak dia tengok gambar kau dalam handphone aku. Dan, aku Cuma nak tolong Indra, dan kau juga. Ain, janganlah marah aku." Pujuk Fatin. Ainur memalingkan wajahnya.
"but you cheated on me, Fatin, how could you?" air matanya bertambah laju. Indra pula menghampiri.
Ainur menjeling Indra tajam, mengesat air mata yang tidak malu-malu lagi mengalir.
"Ainur, I love you, with all my heart. Please, jangan burukkan keadaan. We both like each other, right? So our plan is no big deal, Ainur, please...." pujuk Indra. Ainur membeliakkan matanya mendengar bicara Indra.
"but my feelings for you were planned! You fake yourself! Spectacles, janggut. Huh, I can"t believe this." Ainur menutup mulutnya, sinis bicaranya. Dia rupanya boneka mereka di dalam permainan mereka.
Semuanya dirancang. Bertambah parah hatinya bila mengingatkan itu semua. Kotak di tangan dipandang dan dihulurkan kembali kepada Indra. Indra tidak menyambut.
"Ainur, please, it"s my gift for you." Indra berbicara lirih. Mengapa Ainur tidak memahami tujuannya berbuat semua itu?
"no, it"s not a gift. It"s a brooch, and no more than that. Saya tak boleh terima brooch ni." Ujar Ainur. Hulurannya masih tidak bersambut. Ainur menghampiri meja di mana dulang makanan diletakkan, dan dia meletakkan kotak itu di dalam dulang.
"Ainur, maafkan aku." Tutur Fatin dalam sendu. Dia memegang lengan kiri Ainur, dengan harapan Ainur akan memaafkannya. Ainur tidak menjawab. Sebaliknya dia merungkaikan pegangan tangan Fatin, memaksa Fatin melepaskan.
Ainur sudah mengatur langkah, mahu menuruni tangga, ke biliknya dan Fatin. Sebelum dia menuruni tangga, dia berbicara lagi tanpa menoleh. Hatinya rawan.
"I"m sorry Indra, you are sick because of me. It will not happen again. Forever and ever. Thanks anyway." Meninggalkan Indra dan Fatin yang menyesal tak sudah. Indra menghampiri meja dengan dulang berisi makanan itu diatasnya. Diambil kotak brooch itu dan digenggam, erat.
Ainur, I"ll always be right here waiting for you.
******
Sesampainya mereka di Malaysia keesokannya, Ainur masih tidak berbicara dengan Fatin sejak peristiwa semalam. Semasa mereka di airport, Indra juga cuba memujuk namun tetap tidak berhasil. Ainur tidak mengendahkan mereka langsung. Dia mengeraskan dirinya, membutakan matanya. Membisukan mulut dan memekakkan telinganya seolah-olah mereka tiada berdekatannya.
Dan sehingga mereka mahu masuk ke balai berlepas, Ainur masih mendengar suara Indra.
"Ainur, I"ll always wait for you." Ainur tidak berhenti, tetap melangkah. Selamat tinggal cinta Soloku.
3 tahun kemudian.....
Ainur ke pejabat seperti biasa. Sudah 4 bulan dia bekerja di syarikat penerbitan buku ini, sebagai editor dan penterjemah karya.
Hari ini, apabila dia datang, terdapat beberapa orang staff berkerumun di hadapan papan pemberitahuan. Dia juga turut serta, ingin tahu apa yang baru.
"apa ni?" Tanya Ainur secara rambang. Malek memandang Ainur sekilas.
"ada trip company ke Solo dan Jogjakarta. Nak join?" Ainur terdiam mendengar bicara Malek.
Solo?
Ainur kembali ke tempatnya, tidak jadi mahu melihat dengan lebih dekat.
Terkenangkan Fatin dan peristiwa 3 tahun lepas. Dan Indra.
Hubungannya dan Fatin memang dingin selepas itu namun tak siapa tahu puncanya melainkan mereka berdua. Ainur benar-benar kecewa dan patah hati. Habis belajar, mereka tidak pernah lagi berhubung. Tega Ainur menyepikan diri dari Fatin.
"siapa nak join trip ni, bagi nama kat Kak Murni ya." Kak Murni, ketua editor membuat pengumuman. Pandangan Ainur bertentangan dengan Kak Murni, pandangan yang hanya Ainur mengerti maksudnya.
*******
Ainur Cuma memerhati sahaja keriangan teman-teman yang lain bergambar berlatar belakangkan puncak Gunung Merapi. Tiada rasa ingin menyertai mereka.
Ingatannya kembali ke 3 tahun lalu semasa dia ke sini dengan Indra dan Fatin. Kenangan yang mengusik jiwa. Kenapa dia kembali ke sini? Kerana hatinya melonjak-lonjak ingin kembali. Entah apa yang dicari dia juga tidak pasti. Apa yang dia tahu, dia perlu datang.
Ainur melabuhkan punggung di atas sebuah batu yang agak leper permukaannya, sesuai dibuat duduk. Dia memeluk tubuhnya dengan sweater tebal membaluti tubuhnya.
Tiba-tiba, ingatannya kembali ke 3 tahun lalu. Saat di mana dia kesejukan dan Indra menghulurkan sweaternya. Kenangan lalu mengusik jiwanya yang tenang. Indra, aku harap kau berbahagia sekarang dengan dia yang lebih layak denganmu. Bicara terakhir Indra pula singgah ke kotak fikirannya.
"I"ll always wait for you." Ainur mendengus kecil. Will he wait for me when I myself am not sure whether I will come back for him or not?
Jadi mengapa dia kembali? Ainur sendiri tiada jawapan. Tiada bukti kenangannya dengan Indra, Cuma memori indahnya bersama Indra sahaja yang kekal di minda. Hanya itu yang tinggal. Tiada gambar, tiada brooch.
Marahkah lagi dia dengan Indra? Itu juga Ainur tiada jawapan. Angin dingin pagi menyentuh kulit pipinya yang terdedah, satu-satunya bahagian badannya yang terdedah kala ini. Ainur membetulkan duduknya.
"you didn"t forget your sweater." Ainur menoleh mendengar teguran itu. Lidahnya kelu. Wajah itu kembali, tanpa janggut dan cermin mata. Raut wajah itu tampak lebih matang, dan kacak.
Indra mendekat.
"may I?" Indra meminta izin untuk duduk di atas batu itu. Ainur tersenyum nipis. Debaran di dada semakin menggila.
"of course." Indra melabuhkan punggungnya di sisi Ainur yang cuba mengawal dirinya sebaik mungkin.
Sepi seketika antara mereka.
"why are you here?" Tanya Ainur, tanpa memandang Indra. Tiada rasa ingin tahu tentang kesihatan lelaki itu.
Indra menoleh, menatap seraut wajah yang amat dinanti.
"I should ask you that question. Why are you here?" Indra berbicara mesra. Masih seperti dulu. Ainur tersenyum.
"those are my colleagues. We are on a holiday here. Solo and Jogjakarta." Terang Ainur. Ditunjukkan teman-teman sepejabatnya yang lain, yang teruja di sana.
"oh, I see." Indra menoleh kembali.
"but I asked about you. Why, are you here Ainur?" Tanya Indra lagi. Jelas bukan jawapan yang diberi Ainur tadi yang dia mahukan. Ainur menoleh, mata mereka bertentangan seketika sebelum Ainur melarikan pandangannya.
"I, err, no good reason, just enjoying the holiday." Ainur memberi jawapan yang dia sendiri tahu tidak betul. Indra ketawa kecil.
"but you don"t seem like you are enjoying the trip." Indra membuat kesimpulan. Nadanya mendatar. Ainur mula tidak selesa.
"ok, now, why are you here?" tingkah Ainur. Sesak apabila diserang soalan Indra tadi. Indra tidak terus menjawab. Sebaliknya dia bermain dengan batu-batu kecil di kaki.
Lama Ainur menanti baru Indra berbicara.
"I come here always. Since that day." Tenang suaranya. Ainur terkedu. Benarkah? Ainur membuang pandang.
"I said I will wait for you, and I have been waiting until now, until this moment."
Tutur Indra, yakin dan seperti biasa, bicaranya menembusi kalbu Ainur. Ainur kaku, lidahnya kelu. Tidak tahu apa yang patut diucapkan. Thanks? Sorry? Atau saya memang menanti awak?
"where are you staying?" Tanya Indra. Membunuh sepi antara mereka. Ainur menoleh. Sekejap sahaja. Tidak mampu dia menatap wajah itu lebih lama. Wajah yang dirindui.
"Hotel Istana Batik." Jawab Ainur ringkas.
"Malioboro?" Tanya Indra. Ainur mengangguk.
"yup." Ringkas. Sepi kembali. Pertemuan semula yang tidak banyak bicara.
"saya hantar awak?" Ainur menoleh, mencari kepastian yang dia tidak tersalah dengar.
"will you?" Indra mengangguk.
"ok." Cepat dia bersetuju.
Selepas itu, sepi kembali. Hari itu, Gunung Merapi menyaksikan pertemuan semula mereka.
*****
Kenderaan yang dipandu Indra meluncur perlahan memasuki ruang letak kereta Hotel Istana Batik. Ainur membuka pintu. Namun langkahnya mahu keluar terhenti apabila dia melihat Indra mematikan enjin dan bersedia untuk keluar.
"awak nak pergi mana?" Tanya Ainur. Indra tersenyum.
"I will stay here." Jawab Indra seraya melangkah keluar. Ainur menurut dengan wajah berkerut.
"what did you mean by that?" Tanya Ainur, beriringan dengan Indra masuk ke lobi hotel.
"Ainur, I will stay here as long as you stay here, ok?" jelas Indra. Langkah Ainur terhenti.
"can you do that?" Tanya Ainur, tidak keruan sehingga bertanyakan soalan yang tidak berasas. Indra mengerling Ainur.
"why can"t I?" Indra terus ke kaunter dan mendaftar, bertanyakan bilik yang kosong. Ainur di sisi memandang Indra tidak percaya.
Lobi mula dipenuhi teman-teman sepejabat yang baru bersurai dari bas persiaran yang sepatutnya dinaiki Ainur juga. Ainur mula gelabah.
Tadi, semasa dia hendak meminta izin dikecualikan dari menaiki bas, yang ada Cuma pemandu pelancong mereka dan pemandu bas. Teman-teman lain tidak tahu mengenai Indra.
Malek yang baru masuk ke dalam lobi terpandang Ainur di kaunter. Pantas dia menghampiri.
"eh, Ainur, kau tak naik bas tadi?" Tanya Malek. Wajah Ainur berubah. Indra yang mendengar sapaan Malek turut menoleh seraya tersenyum sedangkan Ainur di sisi sudah tidak tentu arah.
"hai, saya Indra." Huluran tangan Indra bersambut. Malek tersengih-sengih.
"Malek. Oh, awak yang culik cik Ainur kami ya?" seloroh Malek. Indra tersengih saja mendengar usikan itu.
"yup! She"s mine." Ainur memandang Indra tidak berkelip, aku tenyeh jugak mulut tu karang.
Indra masih selamba. Malek ketawa kecil.
"oh I see. Kalau macam tu saya masuk bilik dulu la. Tak nak ganggu." Malek mengusik lagi. Dia mengenyit sebelah mata pada Indra dan Indra membalas dengan senyum lebar. Ainur di sisi menjeling geram.
"apa?" Tanya Indra, dengan raut wajah tidak bersalah. Dia mengeluarkan kad kredit dan membuat bayaran biliknya.
Ainur sudah berpeluk tubuh.
"awak ni tak berubah langsung! Suka buat ikut suka hati awak je tau!" marah Ainur. Indra yang terkejut dengan kemarahan Ainur menarik Ainur jauh dari kaunter.
"eh, awak ni nak marah kenapa? Saya bayar guna duit awak ke?" Tanya Indra. Ainur mendengus kecil.
"tak!"
"habis? Dah. Masuk bilik, solat. Lepas ni, kita pergi Malioboro, ok?" cadang Indra. Ainur mencebik.
"siapa nak pergi dengan awak?" getus Ainur. Indra tersenyum nipis.
"Ainur, tell me right into my face, that you hate me being here with you." Ujar Indra perlahan dan tenang. Pandangan mata mereka bertentangan.
Ainur melarikan pandangannya. Pantas dia mengorak langkah menuju ke biliknya, meninggalkan Indra yang tersenyum sendiri. Indra berlari-lari anak cuba menyaingi langkah Ainur.
Apabila melihat Indra di sisinya, Ainur menjeling.
"kenapa awak tak balik bilik awak?" Tanya Ainur. Indra tersenyum nipis.
"saya nak ke bilik saya lah ni." Ujar Indra selamba. Langkah Ainur terhenti. Dia menatap wajah Indra tajam. Indra juga berhenti.
"kenapa pulak ni?" Tanya Indra. Wajah Ainur yang gusar dipandangnya. Ainur tidak menjawab sebaliknya dia merenung Indra tajam.
"Ainur, if you are thinking about that, no ok? My room is just next to yours. Kan saya dah bayar bilik tadi?" jelas Indra. Ainur malu sendiri. Sangkanya, Indra mahu mengikutnya ke biliknya. "saya tak kata apa-apa pun." Ainur melajukan langkahnya kembali. Ish, kenapa aku asyik fikir yang bukan-bukan ni? Nak marah je. Indra, ni kau punya pasal! Sampai di bilik Ainur, Indra sempat berpesan.
"Ainur, see you nanti." Ainur tidak menjawab, ditutup pintu bilik dan dia tersandar di situ. Indra, I"m falling in love with you, again.
Selesai solat maghrib, Ainur bersiap ala kadar untuk ke Malioboro. Tempat membeli belah yang terletak di sepanjang kaki lima bangunan. Dia tidak pasti Indra mahu keluar pukul berapa kerana Indra tidak menetapkan masa. Jadi Ainur terfikir untuk menunggu Indra di kerusi yang disediakan di luar bilik Indra.
Apabila dia keluar, niatnya terbantut apabila melihat Indra sudah menanti di kerusi di hadapan biliknya dengan senyum lebar.
"dah lama tunggu?" Tanya Ainur seraya mengunci biliknya.
"jom," mereka beriringan berjalan di bahu jalan ke Malioboro.
Ainur berhajat mahu membeli cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan. Dengan adanya Indra, kerja tawar-menawar harga menjadi lebih mudah kerana Indra boleh berbahasa jawa. Orang Solo yang berniaga di situ tidak begitu menyukai orang melayu Malaysia kerana orang melayu suka mendapatkan harga termurah.
Akhirnya, mereka berhenti di pertengahan kerana Ainur sudah tidak mampu lagi berjalan. Terlalu banyak penjual dan barang yang dijual. Tangan juga sudah penuh dengan beg, baju, serta bermacam-macam barangan lagi.
"dah habis beli ke?" Tanya Indra.
Ainur mengangguk.
"saya dah tak larat la. Panjang sangat tempat ni. Barangnya sama saja kan?" Indra mengangguk.
"kita balik lah. Kesian awak. Saya bukan ada apa nak beli pun." Cadang Indra.
"ok."
"kita balik naik beca, nak?" cadang Indra.
"ok." Ainur bersetuju. Mereka keluar ke tepi jalan dan Indra menahan satu beca. Dia berbicara dalam bahasa yang memang Ainur tidak faham sebelum mereka naik beca tersebut.
"awak cakap apa dengan dia lama sangat?" Tanya Ainur separuh berbisik. Indra mendekat.
"sebenarnya, kalau saya tak ada dan awak naik beca dengan kawan-kawan awak, awak akan dibawa pusing ke kedai batik. Di sini memang diorang selalu buat macam tu. Diorang takkan hantar awak balik terus walaupun awak kata awak nak balik terus." Terang Indra. Ainur melopong.
"oo, ye ke?" barulah Ainur mengerti.
Pulang ke hotel, beberapa orang rakan sekerja Ainur berkumpul di lobi. Mereka Nampak tidak puas hati. Ainur dan Indra menghampiri.
"kenapa ni kak Murni?" Tanya Ainur.
"tadi kitorang naik beca lepas tu dia bawa kitorang ke lorong mana entah, hampir nak menangis akak tadi. Akak dah cakap akak nak balik tau. Memang geram betul akak dengan pengayuh beca tu." Ainur memandang Indra. Indra Cuma tersenyum sahaja.
"hmm, tulah. Lega tapi geram tak habis lagi ni." Kak Murni meluahkan geramnya. Ainur tersenyum saja.
"akak, saya masuk bilik dulu." Ainur meminta diri lalu dia dan Indra beredar dari situ.
"Ainur, nanti awak keluar ya. Kita duduk kat luar ni." Ujar Indra. Ainur mengangguk. "ok."
Setelah dia masuk ke dalam bilik dan meletakkan barang-barang yang dibeli, Ainur keluar semula dan seperti biasa, Indra sudah menanti.
"jom, duduk tepi kolam." Ajak Indra. Ainur menurut. Di tepi kolam renang yang dibina di tengah-tengah hotel itu ada disediakan sebuah meja dan beberapa buah kerusi. Mereka duduk di situ, menikmati keindahan malam.
Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Lama mereka mendiamkan diri. Masing-masing melayan perasaan.
"Ainur," panggil Indra. Ainur menoleh. "hmm," "pertama kali saya tengok gambar awak dalam handphone Fatin 3 tahun lalu, saya dah jatuh hati dengan awak, dan saya tahu, awak untuk saya." Ainur menatap wajah Indra tidak berkelip. Indra menelan liur.
"sebab tu, saya risik tentang awak dari Fatin, dan Fatin cakap, awak susah nak suka lelaki. Well, bila dia cakap macam tu, saya jadi susah hati Ainur. Macam mana baru saya boleh pikat awak?" Ainur menunduk. Menghayati bicara Indra. Mungkin sudah sampai masanya dia mendengar penjelasan Indra.
"then, Fatin kata nak Tanya pada awak tentang ciri-ciri lelaki idaman awak, dan saya cuba ikut guideline tu. Well, lepas tu, susah juga dia nak pujuk awak supaya ikut dia ke Solo, kan?" imbasan 3 tahun lalu kembali bermain di minda Ainur. Ainur tersenyum kecil.
"bila awak dah datang, saya risau juga, takut rancangan kami tak menjadi. But then, semuanya went smoothly as planned, until the day I was sick. Bila awak dah balik, tanpa memaafkan saya, saya memang tak keruan. Saya rasa bersalah sangat. Setiap hari, saya memohon di dalam doa saya, supaya saya berpeluang untuk mengubah kembali semuanya, especially your impression towards me, and there you were, sitting in front of me." Ainur mengerti yang Indra merujuk kepada peristiwa di Gunung Merapi siang tadi.
"mula-mula saya macam tak percaya dengan mata saya, because all this while, saya datang ke Merapi, dan saya hampir putus asa. Mungkin berkat sabar saya, you came here, finally, Ainur." Indra bersuara lega. Ainur tersenyum. Mungkin berkat doa Indra yang mencetuskan rasa ingin kembali di hatinya.
"Ainur, I always hope that I will be given second chance. This time, I will be the real me, not the fake me. Do I have the second chance Ainur?" Tanya Indra, penuh harapan.
Ainur membuang pandang ke tengah kolam. Sepi menyelubungi antara mereka. Indra menanti, dan tetap menanti. Ainur bingkas.
"you have already got your second chance, since we met earlier." Ainur terus melangkah pergi, meninggalkan Indra yang meraup wajahnya, gembira tak terkata. Ainur, I will not let you down!!
Sejak malam itu, sehingga hari terakhir lawatan Ainur, Indra sentiasa di sisi Ainur ke setiap tempat yang dilawatinya. Dan Ainur tidak menyuarakan apa-apa bantahan. Sememangnya hati kecilnya mahu Indra bersamanya, ke mana sahaja.
Pagi itu, Ainur akan berangkat pulang ke Malaysia. Namun hatinya gundah, kerana Indra tiada di bilik. Apabila Ainur bertanya di kaunter, dia dimaklumkan bahawa Indra sudah check out dari hotel itu. Remuk redam hati Ainur apabila mendapat makluman itu.
Indra, sampai hati kau pergi tak beritahu aku. Lupakah Indra yang dia sedang diberi peluang kedua? Ke mana dia?
Ainur resah sendiri sehingga mereka sudah sampai di lapangan terbang. Acap kali dia memandang pintu masuk. Mengharapkan Indra akan datang.
Akhirnya, Ainur pasrah. Indra tak akan kembali. Indra Cuma mimpinya. Tak akan pernah menjadi reality. Bersabarlah wahai hati.
Pengumuman sudah dibuat memanggil penumpang Air Asia ke Kuala Lumpur. Ainur bingkas, menurut langkah teman-teman yang lain.
Pemeriksaan pas penerbangan sudah dilepasi dan bagasi sudah dimasukkan ke dalam kargo. Ainur menoleh lagi, dengan harapan dia akan melihat Indra, namun hampa.
Sehingga mereka sudah masuk ke balai berlepas, Indra masih tidak kelihatan dan apabila mereka sudah dipanggil masuk ke dalam kapal terbang, Ainur tahu dia memang tidak akan bertemu Indra lagi. Selamat tinggal, cinta Soloku.
Hatinya menangis mengenangkan Indra. Air matanya masih dapat ditahan. Ainur tenang di tempat duduk, tali pinggang dipasangkan. Oleh kerana Air Asia mengamalkan prinsip free-seating, Ainur memilih untuk duduk jauh dari teman yang lain. Dia tidak mahu mereka perasan yang dia sedang bersedih.
Seat sebelahnya yang kosong telah mula diambil orang tanpa disedarinya. Ainur membuang pandang ke luar tingkap. Indra, I miss you already.
Kapal terbang telah mula bergerak laju dan terbang di angkasa. Ainur kesejukan. Sweaternya lupa mahu dikeluarkan. Ainur berpeluk tubuh. Cuba menghilangkan kedinginan yang dirasai. Dingin di dalam dan di luar.
"you forgot your sweater." Ainur terdiam. Ok, aku dah mula berkhayal tentang dia. Ainur menepuk pipinya perlahan.
Ainur, sedarlah. He will not come back for you. Ainur melihat ke luar tingkap kembali.
Tiba-tiba, dia hampir terjerit apabila sesuatu muncul di depan matanya. Huluran sweater. Dia menoleh pantas, mahu memarahi orang di sebelahnya yang padanya sangat biadap.
Lidahnya kelu apabila cermin mata hitam yang menutupi sepasang mata itu dibuka.
"Indra," kolam matanya mula panas. Perasaan bercampur baur.
"yes, its me." Ujar Indra selamba. Ainur teresak-esak di situ, tidak terbendung lagi perasaannya.
Indra mula gelabah.
"Ainur, please, why are you crying?" ujar Indra separuh berbisik.
"you left me." Ainur berbicara dalam sendu.
"yes, but I come back for you. Saya balik sebab nak pack baju dan uruskan tiket. I"m sorry for making you worried about me." Ujar Indra dengan rasa bersalah.
"don"t you ever do that again." Ainur memberi amaran. Indra tersenyum mendengar suara Ainur yang serak-serak basah itu.
"ok, I promise you, I will never leave you again, at least not without telling you first." Ujar Indra. Kalau diikutkan, mahu sahaja dia memeluk Ainur dan mengesat air mata itu namun masih ada agama yang membataskan.
Indra mengeluarkan saputangannya.
"nah, lap air mata tu. Tak comel la nangis." Usiknya. Ainur mencebik. Disambut sapu tangan itu lalu dikesat pipinya yang basah dengan air mata.
"I miss you." Ujar Indra, selamba. Ainur menjeling tajam.
"I hate you!" Indra ketawa bahagia mendengarnya. Dia menyeluk poket sweaternya. Diambil sesuatu lalu dihulurkan kepada Ainur. Ainur terpinga-pinga.
"it has been yours, always yours." Ainur menyambut kotak merah itu, kotak brooch silver yang dibeli Indra untuknya 3 tahun lalu. Ainur terharu. Menitis lagi air matanya.
Indra menghulurkan kembali sweater yang tidak bersambut tadi.
"nah, you will catch cold." Ujar Indra. Ainur menyambut. Tidak terkata lagi.
"Indra, thanks for everything." Indra tersenyum. Dia memejamkan matanya rapat-rapat. Akhirnya doaku terjawab. Ainur, you"re my destiny!
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Kaki Novel Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KN untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
admin@kakinovel.com
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei