Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Family Ko, Mahal na Mahal kita (Love You, so much My Family)
12 Disember 2009, satu tarikh keramat bagi Daniel yang tidak mengharapkan kehadiran tarikh itu walau sesaat menjelma. Ibu dan ayahnya bergembira kerana tahun ini baru dapat balik ke kampung setelah hampir 20 tahun tidak pulang. Daniel dan adiknya, Donald dibesarkan di Malaysia dan tidak pernah menjejakkan kakinya dikampung halamannya, Filipina. Ibunya, Mary dan ayahnya Richard telah berpindah dan berhijrah ke Malaysia dan membina kehidupan yang baru, setelah suatu ketika dahulu keluarganya menghadapi kesulitan dan kesengsaraan hidup. Ayah dan ibunya juga terpisah daripada adik beradik mereka, ada yang berhijrah ke Jepun, Brunei, Singapura dan Eropah. Akibat kekurangan tabungan dan modal, mereka tidak bertemu sekian lama. Dan setelah berkesempatan dan memiliki tabungan yang mencukupi, Mary dan Richard mengambil keputusan untuk menyambut Krismas di Filipina disamping melepaskan kerinduan dua puluh tahun terhadap ibu, bapa dan sanak saudara yang lain.
Pada awal usia perkahwinan ibu dan ayahnya, kehidupan mereka di Malaysia sangat daif dan sengsara dek kerana mereka dianggap sebagai pendatang asing walaupun mereka mempunyai pasport dan pengenalan perjalanan yang sah. Berhujan panas, berdepan dengan segala cabaran, dari satu tangga ke satu tangga, dari dasar hingga ke atas awan, semuanya bermula daripada bawah dan dari langkahan yang pertama. Kejayaan dalam perniagaan ayah dan ibunya ini adalah hasil usaha keras mereka sendiri. Jarang sekali, pendatang asing berjaya membina kejayaan di Malaysia. Semua ini berkat usaha dan sokongan daripada kedua-dua anaknya yang tercinta.
Daniel bermain dengan perasaannya, di dadanya penuh dengan tanda tanya dan persoalan. Tali yang disimpulkan ibu dan ayahnya tidak dapat dileraikan dengan tenang. Adakah keluarganya di Filipina tahu bahawa ayah, ibu, dia dan adiknya telah memeluk agam Islam setelah beberapa tahun menetap di Malaysia. Semuanya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga di Filipina kerana takut akan dimarahi dan mendapat tentangan hebat daripada mereka. Akibat perbezaan agama, mereka takut akan dipinggirkan dan dipulaukan.
Setelah mengetahui mereka akan pulang ke kampung untuk berhijrah dan menyambut krismas untuk keluarga mereka buat pertama kalinya setelah hampir 20 tahun terpisah, hati Daniel gusar dan resah. Dia bimbang sama ada dia dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar Santa Cruz, sebuah bandar yang berdekatan dengan Ibu kota Manila. Walaupun keadaan Filipina tidak seperti dahulu, tetapi apa yang membimbangkan Daniel adalah pengaruh orang di sana, dan yang paling penting, tidak mungkin mereka solat secara sembunyi daripada pengetahuan keluarga di Filipina. Sebagai pelajar dalam jurusan undang-undang di Universiti di Malaysia, Daniel bimbang keadaan politik di Filipina yang kucar-kacir dan fahaman agama yang berlainan akan mengganggu keberadaannya di sana. Pada masa yang sama, dia memang tidak suka dengan negara tersebut walaupun itu adalah kampung halamannya. Persepsinya berbeza kerana dia menganggap Malaysia adalah kampung halamannya.
Resah dan gelisah dalam hati Daniel semakin menebal dan membeku apabila tarikh penerbangan ke Filipina semakin hampir. Tiada apa yang perlu dibuat selain menurut kata-kata ibu dan ayahnya. Hatinya tidak boleh berbicara lantang, dan terpaksa dibius supaya pita suaranya menahan tutur bicaranya.
"Daniel, sudah kamu berkemas? Lusa kita akan bertolak" tanya Puan Mary kepada anaknya itu dalam bahasa Malaysia. Semenjak mereka menetap di Malaysia, penggunaan bahasa Tagalog jarang digunakan sebaliknya hanya berkomunikasi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Dilihat barangan Daniel tidak lagi disusun ke dalam bagasinya. Wajah Dainel dikerutkan, dahinya diangkat ke atas sebagai tanda menunjukkan dirinya tidak ingin ke Filipina.
"Daniel, look at me. Look into my eyes. Do you really love me and your dad?" Daniel memandang tepat ke arah bebola mata ibunya. Dirasakan satu kuasa ajaib yang tidak dapat dia menolak permintaan ibunya. Terbeku hatinya untuk menolak permintaan itu. Namun Daniel akur dengan semua itu.
"Of course, mum. Mahal na mahal kita. Only you, dad and Donald. Kenapa ibu tanya?" Wajah Daniel mula berubah, dia menatap sayu kelopak mata ibunya yang mula menakung air yang jernih. Tak tertahan hati Mary mendengar kata-kata anaknya itu yang memahami perasaan seorang anak yang merindui orang tuanya.
"Thank you, Dan. Ibu cuma mahu Daniel tahu, ibu dan ayah mempunyai orang tua, kami terpisah hampir 20 tahun. Dan ibu amat merindui mereka. Sekarang, kehidupan dan kewangan kita membenarkan kita kembali ke kampung. Inilah masanya" Puan Mary menjelaskan kerinduannya pada orang tuanya yang masih lagi hidup. Dia memegang rapat lengan anak sulungnya itu sambil perasaannya bercampur terharu. Hajat Puan Mary dan suaminya, Encik Richard adalah untuk memperkenalkan anak-anaknya kepada saudara-saudaranya di Filipina.
"Kalau itu kemahuan ibu, Daniel akan ikut sama. Daniel minta maaf kerana buat ibu bersedih" Daniel memeluk wanita berusia 42 tahun itu sambil menahan runtunan kesedihan dan menyesali perbuatannya sambil menahan dirinya daripada turut bersedih.
"Salamat anak." balas Puan Mary dalam bahasa Tagalog (Terima kasih anak).
"Ibu, ada satu kemusykilan yang Dan fikirkan selama ini" terpacul secara spontan soalan yang sering kali bermain di benak Daniel. Hatinya mula membuka isi yang tersirat yang selama ini menyelimuti pemikirannya.
"Apa dia Dan?" balas Mary dengan nada yang serius. Pandangan wajanya terus menatap vivir anaknya itu yang mula mengatur perbicaraannya.
"Atuk dan nenek serta keluarga lain di Filipina tahu ke yang kita ni muslim?" Daniel mula mengatur butir bicaranya. Matanya memandang tepat ke arah mata ibunya. Ibunya hanya menundukkan wajah dan menyembunyikan bebola matanya daripada menatap wajah anaknya itu.
"Takkan kita nak bersolat secara sembunyi dan makan makanan yang tidak sepatutnya kita makan ibu?" bertubi-tubi persoalan yang dipertanyakan oleh Daniel. Sesekali dia memandang redup wajah ibunya itu. Ibunya menundukkan kepalanya dan kemudian rintik-rintik jernih mula terbit daripada alis mata ibunya. Sebaik sahaja melihat rintik-rintik jernih itu, Daniel lantas menopang dagu ibunya dan jemarinya tangkas menyeka air mata Mary. Keputihan mata Mary bak salju, berubah menjadi berwarna merah saga, jelas terlihat oleh Daniel.
"Mum, I’m sorry. Dan minta maaf bu, Dan tak bermaksud nak buat ibu sedih. Tapi Dan keliru bu, Dan keliru dengan semuanya. Semua berlaku dengan tiba-tiba. Dan mula keliru bila ibu dan ayah menyatakan hasrat untuk pulang ke Filipina. Bukan Dan menolak atau tak nak ikut ibu dan ayah pulang, Dan teringin sangat tapi perkara inilah yang membuatkan Dan berfikir panjang." Sambung Daniel.
"Dan tak perlu risau, ayah akan uruskan semuanya" tiba-tiba suara Richard kedengaran di muka pintu. Rupa-rupanya Richard telah melihat dan mendengar perbualan di antara isteri dan anaknya itu.
"Kalau solat, kita akan solat di bilik dan kalau makan kita pilih makanan dan katakan yang ibu, ayah, Daniel dan Donald vegetarian. Ayah dah fikirkan segala-galanya dan semua itu memang berisiko. Tapi walaupun kami berlainan agama, mereka tetap ibu dan bapa kepada ayah. Dan mereka juga tetap saudara kita." Richard mendekati anaknya sambil mengatur butir bicaranya. Merungkai kecamuk fikiran anaknya sedikit demi sedikit secara logik akal dan berhemah.
"Ayah tahu, mereka akan marah dan kecewa dengan kita apabila mengetahui kita sudah memeluk Islam. Dan ayah sedar semua itu. Tapi ayah lakukan semua ini demi kebaikan semua orang dan perkara ini memerlukan masa yang sesuai untuk dibincangkan dengan mereka" Jelas Richard kepada Daniel.
Daniel hanya terdiam membisu sambil menguntumkan senyuman kepada ayahnya. Dia berasa bersalah kerana membuatkan ibunya sedih dan menimbulkan persoalan yang bukan-bukan. Dia akan pulang ke kampung untuk menyambut Krismas bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain, yang tidak pernah dia temui. Dan merahsiakan agama yang ibu, ayah, Donald dan dia sendiri anuti. Hati Daniel mula kembali tenang sebaik sahaja mendapat jawapan yang jelas dariapda ayahnya, Richard.
* * *
"Chard, apakah tindakan kita ni betul. Saya risau kalau ada perkara buruk yang berlaku" Mary dalam keadaan risau dan bimbang setelah mengingatkan kembali kata-kata Daniel. Ada betul juga kata-kata anaknya itu. Wajahnya jelas menampakkan kerisauan dan kebimbangan yang hampir 20 tahun ini menyelubungi hidupnya. Tangan yang sibuk mengemas baju dan memasukkannya ke dalam bagasi terhenti seketika. Riak-riak redup wajahnya seakan kembali bertandang.
"Mary, kita peluk agama islam kerana kita yakin dengan agama itu. Agama yang membawa hidup kita dengan lebih tenang. Agama yang memberikan kita kekuatan. Abang yakin, kita dapat menghadapi semuanya. Kita perlukan masa untuk menjelaskan semuanya kepada keluarga di kampung" Richard bangkit dan tangannya menggengam erat telapak tangan isterinya itu. Air mata Mary membayangkan seribu getaran jiwa yang membayangi dirinya. Mary terikat dengan kerinduan dan ketakutan, hatinya dibelenggu oleh pelbagai perasaan dan keinginan. Tali yang tergantung, sudah di depan mata. Ibarat menanti sebuah jawapan kepada ketakutan yang dirasakan. Mary lemah tanpa kekuatan suami dan anak-anaknya, dia tidak boleh menghadapi semua ini seorang diri. Semuanya bercampur baur dirasakan. Richard hanya mampu memberikan kata-kata semangat kepada isterinya itu. Tirai kamar berterbangan di udara akibat ditiup angin yang mendinginkan lagi suasana senja nan sepi itu.
"Mary, ini adalah jihad terbesar yang perlu kita lakukan. Jihad yang dapat membawa perubahan dan pandangan ahli keluarga kita yang lain. Jangan pernah ada rasa marah dan takut sayang, kerana Tuhan itu sentiasa ada bersama-sama kita. Abang perlukan Mary, Daniel dan Donald sebagai kekuatan dalam diri abang." nada-nada lembut Richard terus membuatkan air mata Mary mengalir tanpa henti. Kepalanya diangguk perlahan-lahan sebagai tanda faham akan kata-kata suaminya itu. Mata mereka saling bertentangan dan hati mereka menjadi satu. Mary adalah seorang ibu yang berusia 42 tahun dan merupakan penganut agama Kristian Katolik sebelum ini, tetapi setelah masuk agama Islam, dia hendak menukar namanya kerana ada unsur kaitan dengan agama Kristian. Walau bagaimanapun, hajatnya tidak ke situ apabila Ustaz Azizi memberikan pendapat berkaitan dengan pertukaran nama. Ustaz Azizi adalah orang yang membawa Richard dan Mary ke sinar keislaman.
"Ustaz, setelah masuk Islam, saya bercadang untuk menukar nama saya kepada nama-nama Islam." aju Mary kepada Ustaz Azizi.
"Kenapa kamu bertanya sedemikian? Wahai Mary, tahukah kamu bertukar nama adalah perkara tidak dituntut dalam Islam. Malah ada pendapat mengatakan penukaran nama dan dengan menggunakan nama Melayu atau arab dan menggunakan bin dan berbintikan Abdullah adalah salah. Rasullah s.a.w memiliki anak angkat iaitu Zaid bin Haristha, namun nasab anak angkat tersebut tidak pula dikacau dan tidak berbinkan Muhammad. Hal ini sama juga dengan kemasukkan golongan mualaf dalam Islam dengan pertukaran nama. Islam tidak menggalakkan golongan mualaf menukar nama mereka kerana akan mengalami masalah di Padang Mahsyar" jelas Ustaz Azizi kepada Mary dan Richard.
"Maksud Ustaz, nama saya kekal sebagai Mary Guiterrez dan suami saya Richard Guiterrez?" tanya Mary yang inginkan penjelasan lanjut.
"Ya, itulah yang cuba saya sampaikan. Proses pertukaran nama dari Mary kepada Mariam adalah membawa maksud yang sama. Tetapi Mariam lebih kepada nama arab yang merupakan seorang wanita suci dan juga ibu kepada Nabi Isa a.s. Begitu juga dengan Mary, nama Mary dan Mariam adalah individu yang sama. Begitu juga dengan nama kamu, Richard. Mungkin nama kamu mempunyai maksud yang baik. Yang penting sekarang ini adalah, maksud nama kamu baik dan sedap di dengar. Bukannya menukar nama semata-mata nama kamu bukan nama dalam bahasa Arab. Itu adalah pandangan yang salah."
Mary dan Richard hanya menuruti sahaja kata-kata Ustaz Azizi kerana dia lebih arif dalam perkara seperti ini. Begitulah perihal kenapa nama Mary dan Richard dan anak-anaknya tidak ditukarkan kepada nama berbentuk lebih kepada Islam. Ini akan memberikan kerahsian pengislaman mereka daripada pengetahuan keluarga mereka di Filipina. Hanya tinggal beberapa hari sahaja mereka akan bertolak ke Filipina. Segala barang telah dipersiapkan. Setelah mendengar kata-kata daripada suaminya, Mary rasa bersemangat dan bertekad untuk pulang ke kampung dengan perasaan yang tenang. Hatinya yang gundah hilang kerana kekuatan kasih Tuhan yang satu, yang selalu melindungi umatnya ke jalan yang benar.
"Apa yang dimenungkan itu?" suara Richard tiba-tiba menyapa cuping telinga Mary. "Abang, tidak ada apa-apa. Saja melihat-lihat halaman rumah kita yang tidak akan ada siapa yang jaga selama seminggu ini" Mary cuba menyembunyikan perasaan khyalannya daripada pengetahuan suaminya. Hatinya mula berasa tenang sebaik sahaja melihat wajah suaminya itu. Langkah demi langkah diatur, menghampiri susuk tubuh Richard lalu memeluknya dengan penuh rasa kasih sayang. Richard hanya membiarkan isterinya yang tercinta memperlakukan sedemikian.
"Mahal kita, abang" Luahan kasih cinta Mary dilafazkan dengan suara yang romantik kepada suaminya.
"Mahal na mahal kita, Mary" balas Richard sambil menguntumkan senyuman yang manis.
Dalam diam, Daniel mendengar semua perbualan antara ibu dan ayahnya. Daniel sudah mendapat agak apa yang cuba dibualkan oleh orang tuanya itu. Tetapi Daniel kagum dengan sikap ayah yang berani mempertahankan kesucian agama yang dianuti ini dan ibunya yang nekad berjihad dengan pulang ke kampung. Daniel mengharapkan penerimaan keluarganya di kampung akan memberikan sinar harapan baru dalam hidup keluarganya. Dalam diri Daniel, dia tidak menyesal ibu dan ayahnya memeluk agama Islam. Malah, dia bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam. Daniel hanya melihat kelibat ibu dan ayahnya dari jauh, setelah itu dia beredar kerana masih banyak lagi barang yang belum di kemas. Lalu dia membiarkan ibu dan bapanya meneruskan perbualan.
"Mana Donald, saya tak nampak dia sedari pagi tadi?" tanya Richard kepada Mary. Dia risau kelibat anak keduannya itu keluar dengan kawan-kawan yang tidak tentu arah.
"Semalam dia ada minta izin dengan saya, dia keluar dengan Haikal dan Isma. Keluar pergi main bowling. Abang lupa ke? Kan bulan depan dia ada pertandingan kat Perlis. Sebelum dia bertolak ke kampung, dia perlukan latihan yang secukupnya." jelas Mary sambil membelai tanaman kesayangannya. Tangan kanannya memegang paip air yang menyirami pokok bunga ros merah di halaman hadapan rumahnya.
"Saya bukan apa. Saya bimbang dengan perangai Donald. Dia berbeza sekali dengan Daniel. Suka keluar rumah dan balik tak tahu pukul berapa. Lain dengan Daniel, dia selalu ada di rumah mengulangkaji pelajaran." Richard menghela nafas panjang apabila memikirkan perangai anak keduanya itu.
"Abang janganlah cakap macam tu. Tak baik membezakan anak-anak kita. Kalau Donald dengar kecil hati dia" Mary berbisik perlahan walaupun hanya mereka berdua sahaja di halaman rumah ketika itu. Jari telunjuk kanannya diletakkan dibibir sebagai syarat, meminta suaminya itu tidak mengelurkan kata-kata yang diujarkannya sebentar tadi.
"Dah kenyataannya macam tu. Saya cuma cakap apa yang betul. Dari dulu lagi saya tak suka Don berkawan dengan Haikal dan Isma. Mereka tahun ini bakal mengambil SPM, masih lagi nak bersukan. Pelajaran diabaikan. Saya pelik, kenapa kita ada anak yang berbeza perangai" bentak Richard dengan nada seolah-olah tidak berpuas hati.
Keadaan menjadi sunyi seketika. Setelah melihat keadaan Richard kembali reda, Mary bangkit dan mematikan siraman pokok lalu melangkah menuju ke arah suaminya. Mary mendapatkan dan memeluk suaminya dari belakang. Tangan kirinya mengusap-usap lengan suaminya dengan tujuan perasaan tidak puas hati Richard terhadap Donald akan beransur reda.
"Abang, Daniel anak kita, Donald pun anak kita. Kedua-duanya kita sayang. Mereka bukan kembar, kalau kembar pun tak mungkin perangai mereka sama. Donald ada kelebihannya, begitu juga dengan Daniel. Walaupun Donald tidak secerdik abangnya tapi dia aktif dan berbakat dalam bidang sukan. Kita sebagai orang tua, perlu memberi sokongan terhadap apa jua yang anak kita lakukan." jelas Mary dengan nada yang perlahan.
Richard terdiam membungkam, riak wajahnya menampakkan dia sedang memikirkan sesuatu. Mungkin dia memikirkan kata-kata yang diucapkan isterinya sebentar tadi. Tetapi baginya pelajaran lagi penting daripada segalanya. Sikap keras kepala Richard membuatkan dia tidak suka dengan cara hidup yang diamalkan oleh Donald. Sehingga sukar untuk mereka berdua untuk berbincang dan bertentang empat mata. Setelah beberapa saat diam membisu, Richard tidak mengatakan sepatah perkataan. Lalu kakinya mula melangkah dan masuk ke dalam rumah tanpa melihat wajah isterinya. Jelas terlihat raut wajah marahnya terhadap Donald. Dengan sikap Richard yang selalu memarahi Donald, menyebabkan Donald keluar pergi sekolah awal pagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Dengan cara itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan Richard.
"Anak bapak sama sahaja. Sama-sama degil." bentak Mary di dalam hatinya sambil melihat suaminya meninggalkannya seorang diri.
* * *
"Dan, turun Dan. Buka pintu, aku terkunci ni. Aku kat luar. Cepatlah, hujan ni, sejuk." Donald menghantar pesanan ringkas kepada Daniel melalui telefon bimbit. Sebaik sahaja mendapat pesanan mesej tersebut, Daniel bingkas bangkit daripada meja belajarnya dan melangkah keluar untuk membukakan pintu untuk adiknya itu.
Suasanan di dalam rumah pada ketika itu gelap gelita dek kerana lampu dipadamkan, sama ada di ruang tamu atau di ruang dapur. Daniel melangkah dengan perlahan-perlahan, supaya ayahnya tidak sedar Donald baru pulang. Seperti biasa, ayah dan ibunya selalu masuk tidur awal dan Daniel tiap-tiap malam mengulangkaji pelajaran dan Daniel jugalah yang membukakan pintu untuk Donald setiap kali dia pulang lewat walaupun telah ditegah oleh ayahnya beberapa kali. Daniel tidak sanggup melihat adiknya tidur di luar kesejukkan. Walaupun kelakuan adiknya terhadap Daniel agak kasar, teruk dan keras, Daniel tetap menganggapnya sebagai seorang adik yang disayangi. Hanya Donald yang Daniel ada selain daripada ibu dan ayahnya.
Sebaik sahaja Daniel mengambil kunci pintu pagar daripada kotak kunci yang terdapat di dinding tangga, cahaya neon pantas menyimbahi ruang tamu. Daniel sedikit terkejut apabila lampu bernyala, disangkakan dia tertekan suis lampu. Sebaik sahaja lampu bernyala, Daniel melihat kelibat ayahnya berdiri terpacak di badan tangga. Sangkaan Daniel bahawa ayahnya telah masuk tidur seperti hari-hari sebelumnya meleset kerana pada hari tersebut Richard terlalu marah dengan sikap Donald yang tidak pernah berubah walaupun telah beberapa kali diberi amaran keras. Richard dengan wajah yang garang dan ganas, membuatkan Daniel terkejut dan terpaku. Keadaan di luar hujan lebat, dan bimbang adiknya kesejukkan dan akan demam. Lalu Daniel cuba meminta Richard untuk memaafkan adiknya.
"Ayah, kat luar hujan. Benarkanlah Donald masuk. Kesian dia ayah, nanti dia demam" rayu Daniel. Richard berdiam diri dan wajahnya hanya kaku seperti mayat.
"Ayah tak kesiankan Don ke? Dan tahu, walaupun Don banyak buat ayah marah, tapi semuanya sebab ayah" kata-kata Daniel membuatkan Richard berubah wajah. Matanya yang tepat memandang tajam ke arah dinding, diubah haluannya ke arah wajah Daniel. Richard kehairanan kerana Daniel berkata sedemikian. Kerut wajahnya menenggelamkan tegang wajah amarahnya sebelum ini.
"Apa maksud Dan?" Tanya Richard dengan suara yang keras sehingga menyebabkan Mary yang nyenyak tidur, tersentap dan bangun. Dilihat Richard dan Daniel sedang bertentang mata. Setelah melihat suasana begitu tegang, Mary segar dari mamai tidurnya.
"Ada apa ni? Abang? Dan?" tanya Mary sambil melangkah menuju ke arah tangga. Tanganya di gosok ke mata untuk menyegarkan ngantuknya.
Suasana menjadi tegang menyebabkan semuanya terdiam membisu sehingga keadaan Donald di luar kehujanan dilupakan seketika. Mary cuba mendapatkan perkara yang sebenarnya berlaku tetapi Richard memandang tajam ke arah Daniel sambil menunggu jawapan daripada percakapan yang diujarkan Daniel sebentar tadi. Daniel hanya tunduk diam membisu dan matanya dipejamkan dek kerana ketakutan.
"Apa maksud Dan?" Richard mengulangi kata-katanya setelah Daniel diam seribu bahasa. Kakinya melangkah menuju ke arah Daniel.
"Apa maksud Dan?" diulangi oleh Richard sambil memegang lengan dan mengoyangkan tubuh Daniel untuk mendapatkan jawapan.
Raut wajah Mary jelas menunjukkan perasaan kehairanan. Mary tidak tahu Doland kehujanan di luar kerana Mary baru sahaja terbangun daripada tidur. Dahinya cuba dikerutkan, dan bibirnya di kemamkan. Kedua-dua tangannya disilangkan ke dada, sambil mengosok di bahagian lengan dengan tujuan untuk menghangatkan tubunya dek kerana kesejukkan hujan pada pagi itu. Jam di dinding telah menunjukkan pukul 1.30 pagi dan ini bermakna telah 30 minit Donald kesejukkan di luar. Richard tetap berkeras untuk tidak membenarkan Donald masuk dan menghalang Daniel daripada membuka pintu pagar.
"Pannnggggg…" satu tamparan hinggap di pipi Daniel. Mary terkejut dengan tindakan suaminya. Dia berlari dan mendapatkan Daniel lalu memeluknya.
"Apa abang buat ni?" jelas Mary dengan nada yang keras.
"Tanya pada anak awak sendiri" balas Richard. Mary memeluk erat Daniel sambil bertanyakan perkara yang sebenar.
"Cuba bagi tahu ibu, kenapa ni?" Tanya Mary. Namun Daniel hanya berdiam.
"Kenapa diam? Sekarang Dan pun nak kurang ajar sama dengan Don." Suara Richard terdengar sekali lagi.
"Dan diam pun ayah cakap kurang ajar, nanti Dan cakap pun ayah cakap kurang ajar juga." Balas Daniel setelah lama membisu dengan nada yang keras.
"Kurang ajar…" Richard cuba mengangkat tangannya dan menampar Daniel sekali lagi. Tetapi dihalang oleh Mary.
"Dan tak suka cara ayah memperlakukan Don seperti itu. Don berubah sebab ayah, Don balik lewat sebab ayah, Don ponteng kelas sebab ayah.Ada ayah fikir semua tu?" balas Daniel dengan nada yang keras dan tersekat. Tangannya dihalakan ke arah Richard. Richard hanya terdiam membisu sebaik sahaja anaknya, Daniel meninggikan suara dan menyalahkannya. Mary pula mula menitiskan air mata, tanganya masih lagi memeluk Daniel.
"Ayah, Dan dan Don orang yang berbeza dan kami bukan kembar ayah. Dan cuma nak ayah faham Don, ayah faham Dan, ayah faham anak-anak ayah. Itu je. Don memberontak sebab ayah selalu mencari kesalahan Don, kebaikan dan kelebihan yang ada pada Don sikit pun ayah tak lihat.Memang Don tak secerdik Dan, tapi tak boleh ke ayah berbangga dengan Don dalam sukan bowling. Semua orang puji dia, kawan-kawan, jiran tetangga, tetapi nak dapat pujian daripada ayah sendiri sikit punya susah. Ada ayah fikir tu?" sambung Daniel yang masih dalam pelukkan Mary. Suara tangisan Mary jelas kedengaran semakin kuat. Richard hanya terpaku membisu, mulutnya dikemam dan matanya mula berubah pandangan. Dari pandangan yang tajam berubah kepada pandangan yang sayu. Richard mula berfikir panjang.
Setelah tidak puas hati terhadap sikap Richard, Daniel meminta ibunya melepaskan pelukkan dan melangkah menuju ke arah pintu. Sebaik sahaja pintu dibuka, kelibat Donald tidak lagi terlihat di hadapan pintu pagar. Daniel mula menoleh ke kiri dan ke kanan, namun tidak terlihat juga kelibat adiknya itu. Hatinya mula rungsing dan gelisah lalu dia berlari dalam hujan dan mencari adiknya di simpang jalan di hadapan rumah dengan harapan Donald masih tidak jauh berjalan dari rumahnya. Mary berlari ke halaman rumah sambil melihat Daniel berlari dalam hujan. Richard hanya mampu terdiam dan membisu, lalu terduduk di atas lantai. Air matanya mula mengalir, dan timbul seribu penyesalan. Dia tidak sangka selama ini apa yang dilakukan untuk kebaikan anak-anaknya adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan dan terlalu memaksa anak-anaknya tanpa bertanya minat dan pandangan Donald dan Daniel terlebih dahulu.
Titisan air mata Richard mula membentuk, bebola matanya mula kemerah-merahan. Mukanya yang bengis berubah wajah dek kerana kata-kata Daniel. Richard menyesal tak sudah dengan perlakuannya selama ini.. Dia tidak sangka, dia terlalu mengawal perlakuan anak-anaknya. Richard amat menyayangi Donald dan Daniel, semua yang dilakukan untuk masa hadapan Daniel dan Donald.
*** Terima kasih kerana sudi membaca cerpen ini. Kisah ini bersambung, bagaimana nasib keluarga Richard di kampungnya? Nantikan siri kedua Family Ko, Mahal na Mahal kita 2. Saya mengharapkan pandangan anda untuk penambahbaikkan cerpen-cerpen saya akan datang. Terima kasih atas komen anda pada cerpen Warkah Terakhir Sofea, saya akan perbaiki penulisan saya pada masa-masa akan datang. Sekian terima kasih...abg aloha ***
"Kau cuti berapa lama?" Hasif bertanya kepada aku sewaktu dia datang ke rumahku kelmarin. "3 bulanlah. Apahal?" Tanyaku kembali. "Kau nak kerja?" Hasif memandangku. Bercahaya matanya. "Kerja apa?" soalku sambil aku menuangkan air ke dalam cawannya. "Kerani. Office aku nak orang ni. Tapi kontrak la. 3 bulan. Kerani yang selalu cuti bersalin. Kau guna SPM kau," terangnya. Aku meletakkan kembali teko berisi kopi ke dalam dulang. "Nanti aku tanya ayah. Dia tak bagi aku kerja sebenarnya."
***
"Boleh ya ayah?" soalku penuh mengharap. Ayah mengalihkan muka daripada suratkhabar yang dibacanya. Dia menghela nafas panjang. "Suka hati kamulah. Yang penting jaga diri." Akhirnya ayah memberikan kata putus. Mak pula tak kisah sangat kalau aku nak kerja. Ayah je yang susah sikit nak pujuk. Aku tersenyum. "Itu ayah jangan risau. Tempat tinggal semua dah ada. Hasif carikan. Mungkin sewa bilik je kot." "Hrm…" balas ayah tak berminat. Matanya kembali menatap surat khabar. Aku bingkas bangkit. Memberitahu Hasif keputusanku.
***
Hari pertama bekerja sebagai kerani tak lah teruk sangat. Aku terpaksa menukarkan telefon nokia N73 kepada 3310 dan memakai baju kurung ke tempat kerja bagi menampakkan 'kekampungan' aku dan 'kesusahan' hidupku. Mana tak nya, masa temuduga semalam, aku cakap aku nak guna duit sangat-sangat sebab ayah sakit. Ya Allah, mintak simpanglah ayah sakit! Huhu...
"Hai!" baru je aku membongkok untuk menghidupkan komputer, satu suara dah menegurku. Aku mengangkat muka. Siapa pulak ni? Aku tayang muka innocent. Kemudian aku kembali menunduk. Ahah! "Boleh saya tolong?" tegur suara itu tadi apabila melihatkan aku terkial-kial hendak menggunakan word. "Tak apa. Terima kasih," kataku ringkas. Aku membuang pandang ke arah meja Suzi da hadapanku. Tekun Suzi membuat kerjanya. Insan disebelahku masih tak berganjak. "Err, Suzi? Macam mana nak buat table?" soalku. Suzi mengangkat muka daripada kerjanya. "Fatin, you guna apa? Kalau nak buat table, I sarankan guna excel. Lebih mudah," panjang lebar Suzi mengajarku. Eheh, saje je. Kalau tak, tak nampak lah yang aku ni budak kampung!
Lelaki itu masih lagi terpinga-pinga melihatku. Agaknya dalam fikiran dia, perempuan ni kolot benar, ke? Nak buat table pun tak reti? Aku tertawa dalam hati. Melihatkan aku tak mengendahkan kehadirannya, lelaki itu melangkah pergi. Barulah rasa tenang debaran kat dada ni. Kalau tak, rasa semacam aja.
Waktu lunch, aku dan Suzi berjalan bersama ke kafe. Tengah hari itu, aku hanya memilih nasi berlaukkan ikan goreng dan masak lemak bayam. Sebaik sahaja aku duduk, wajah lelaki tadi berlegar-legar di mindaku.
"Suzi," panggilku. Suzi memandangku dengan kening terangkat. "Siapa yang yang berdiri sebelah meja Fatin masa Fatin tanya Suzi nak buat table?" soalku berhati-hati. Suzi tersenyum. "Oh, Aliff? Dia tu engineer kat sini. Handsome kan? Ada iras-iras Fahrin Ahmad kan?" "Fahrin? Siapa tu?" Artis ke? Aku mana tahu sangat hal artis-artis ni. "Lah, Fahrin pun you tak kenal? Peliklah you Fatin." Suzi kembali meneruskan kunyahannya.
Pelik tak peliklah Suzi. Dah memang aku macam ni. Aku tersenyum dalam hati. Kami sambung makan tanpa perbualan. Tak lama kemudian, aku terasa ada seseorang duduk di kerusi sebelahku. Dadaku kembali berdebar. Debaran yang sama seperti Aliff berdiri di sebelah mejaku.
"May I join you all?" tegur satu suara yang arahnya datang dari sebelahku. Nak tanya apa lagi? Dah duduk pun. Takkan aku atau Suzi nak halau pulak! Rungutku di dalam hati. Aku tidak memberikan sebarang reaksi. "Silalah, lagipun I dengan Fatin berdua je." Suara Suzi mencecah gegendang telingaku. Erm... "Oh, Fatin ya nama kawan you?" Aku diam tak berkutik. Khusyuk meneruskan kunyahanku. "Sombong ya dia?" soal Aliff kepada Suzi. Tapi, lebih menyindir aku. Aku menoleh ke kananku. "Ya? Ada apa-apa masalah, encik engineer?" Aliff tersenyum-senyum. "Aliff Haikal. Panggil sahaja Aliff." Aliff meletakkan sudu garfu lalu tangan kanannya disuakan kepadaku. Aku hanya membiarkan tangannya disambut angin lalu. Keningku terangkat sebelah. "Maaf ya, bukan muhrim." Aku kembali memandang nasi yang tinggal separuh. Walhal, kat jantung dah macam kat tekak!
Dari hujung mata aku memerhatikan Aliff. Ingin melihat reaksinya apabila 'salam persahabatan' daripadanya tidak ku sambut. Aliff seolah-olah terkejut melihatku. Mesti selalu bersalam dengan perempuan. Hai... Kadang-kadang aku terfikir? Kenapa orang yang kerja profesional macam ni ambil ringan je hukum agama. Tapi aku tahu, tak semua macam tu.
***
Minggu seterusnya berjalan seperti biasa. Aliff pula selalu juga menebeng kat mejaku. Cuma aku je yang buat tak sedar yang dia ada. Banyak lagi kerja yang aku boleh buat. Kalau dia bertanyakan sesuatu, aku hanya membiarkan Suzi yang menjawab bagi pihak aku.
Petang itu aku menunggu Hasif seperti biasa. Memang sejak hari pertama bekerja aku pergi dan balik dengan dia. Sedang aku duduk di perhentian bas, sebuah kereta BMW E 46 berhenti betul-betul dihadapanku. Kemudian cermin di tempat penumpang sebelah pemandu diturunkan.
"Hai," tegur Aliff. Aku memandang ke arah lain. Terdengar suara perempuan lain yang membalas teguran Aliff. Aku ketawa dalam hati. Aliff terpinga-pinga memandang perempuan itu. "Fatin, awak tunggu siapa? Mari, saya tumpangkan awak," pelawanya. Aku memandangnya. Pelik. Selalunya tak pernah-pernah aku nampak dia waktu balik. Kenapa hari ni terjumpa pula? "Tak apa. Terima kasih. Kebetulan, kawan saya dah sampai."
Aku menarik nafas lega bila kereta Waja milik Hasif menonjolkan diri. Bingkas aku bangkit dari duduk lalu berjalan mendapatkan Hasif. Nasib baik Hasif datang tepat masanya. Kalau tak, macam mana lah aku nak larikan diri daripada Aliff. Dekat dengan dia membuatkan aku tak keruan!
***
Masuk bulan kedua aku bekerja, aku semakin serasi dengan syarikat ni. Mungkin lepas gradute aku boleh apply kerja kat sini? Tapi...
"Hai!" tegur satu suara. Tapi... sanggup ke aku kerja sekali dengan mamat ni? Aku mengangkat muka memandang Aliff di hadapan ku. Mamat ni tak de kerja ke? Asyik menebeng kat meja aku je. Kata engineer? "Hai," balasku tak berminat. Aiseh, apahal hati aku berdebar sebagai nih? "I nak tanya sikit boleh?" soal Aliff tiba-tiba. Aku hanya mengangguk tanpa memandangnya. "Apa hubungan awak dengan Hasif?" soalnya. "Apa punya jenis soalan tu?" soalku kembali. "Soalan tentang hati dan perasaan," jawabnya selamba. Eheh, apa punya jawapan da. "Kenapa? Ada beri awak masalah ke?" Aku memandang Aliff. Dia mengangguk. "Ada. I pelik. I yang kerja bagus ni you tak layan. Dia yang kerja technician je boleh bawak you balik. Huh, mantap! Dia guna-gunakan you apa?" sinis sekali kata-katanya.
Ek, eh mamat ni. Suka-suka dia je nak mengutuk orang. Apa? Technician tu tak standard ya? Dia tak tahu, kalau technician tak ada susah hidup dia. Yang dia tahu mengarah je.
Aku tak membalas kata-katanya. Pertama kali aku rasa sungguh geram dengan mamat ni. Bajet bagus sangatlah! Aku membiarkan Aliff yang berdiri di hadapanku. Kerjaku yang terbengkalai kusambung. Melihatkan aku tidak melayannya, Aliff mendengus marah sebelum pergi.
***
Hari ni hari terakhir aku kat sini. Final sem pun nak start minggu depan. Huh, akhirnya berjaya jugak aku mengharungi saat-saat terakhir kat sini. Aliff sejak kes dia tanya pasal Hasif tu, terus aku tak layan. Senyum pun tak. Tak kuasa aku nak melayan orang yang perasan bagus ni.
Aku menyiapkan kerja seperti biasa. Disebabkan hari ni hari terakhir, aku terpaksa pulang lewat sedikit. Kunci office memang sudah aku minta daripada bos.Bos suruh aku pak cik jaga bila hendak pulang nanti.
"Fatin, you tak apa ke sorang-sorang ni?" Suzi menyapaku. Lagaknya sudah bersiap untuk pulang. Aku tersenyum. "Tak apa. Bukannya lewat sangat pun. Mungkin dekat pukul 7 malam nanti Fatin balik." Suzi berjalan merapatiku. Sebaik sahaja aku bangun, tubuhku dipeluk. "You jangan lupakan I ya. Nanti contactlah. Lepas ni kalau I teringin nak makan ikan Patin, I datang kampung you ya?" katanya. Aku tergelak. "Eh, datanglah. Tapi beritahu Fatin dulu. Takut Fatin tak ada nanti." "Okaylah, I pergi dulu. Husband I dah tunggu tu. Bye. Take Care." Sempat Suzi melambaiku sebelum melangkah pergi.
Keadaan office yang agak sunyi membuatkan aku terasa sedikit seram. Laju sahaja aku menyiapkan kerjaku. Akhirnya kerjaku siap apabila aku melihat jam menunjukkan pukul 6.45 petang. 1 jam 45 minit aku kerja overtime hari ni. Selalunya tepat pukul 5.00 petang akulah yang sibuk siap nak balik.
Aku mengemas barang-barangku memandangkan esok aku tidak akan datang ke sini lagi. Selamat tinggal mejaku. Selamat tinggal officeku. Selamat tinggal Aliff! Aku melangkah ke lobby office dengan sebuah senyuman. Baru je aku berjalan melepasi sofa, aku terasa satu tangan memeluk pinggangku dan membaringkan aku di atas sofa. Spontan aku terjerit.
"Aliff?! Apa ni?" terkejut beruk aku bila melihat Aliff berdiri di sebelah sofa.
Aliff tersenyum penuh makna melihatku. Jantungku sudah berdegup laju. Aku cuba untuk bangun tetapi Aliff lebih cepat mengambil tindakan. Dia terus baring menindih badanku, membuatku tidak dapat bergerak walau sedikit pun. Tangannya menanggalkan tudung yang ku pakai. Rambutku yang separas bahu terlepas mengurai. Aku sudah mula tak sedap hati.
"Eh, apa ni Aliff?! Tolonglah, Fatin nak balik. Jangan buat Fatin macam ni," air mataku sudah mula bergenang. Ya Allah, selamatkanlah aku! "Heh, selama ni kau tak layan aku kan? Hari ni jugak aku akan buat kau layan aku! Kau tu yang berlagak sangat Fatin! Aku layan kau elok-elok kau sombong sangat!" Tangan Aliff sudah ligat mengusap wajahku. Aku menjadi semakin takut.
Aliff sudah mula mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Aku memalingkan muka. Namun aku terasa leherku di cium lembut. Argh, lelaki ini! Tangan dan badanku terkunci dalam pelukannya. Tak lama kemudian, aku terdengar bunyi pintu utama di buka.
Cepat-cepat Aliff bangun. Tangannya meraup wajahnya. Alu terkelu apabila melihat dua orang anggota polis dan beberapa orang lelaki berserban melangkah masuk ke dalam lobby. Alif mengemaskan bajunya dan aku cepat-cepat mengambil tudung untuk menutup kembali rambutku.
"Assalamualaikum," tegur salah seorang daripada mereka sambil menghulurkan tangan. "Wa'alaikumussalam." Aliff menjawab salam lalu menyambut hukuran itu. Mulutku menggumam menjawab salam. Wajah ayah dan mak dah berlegar-legar di fikiranku. Terasa masa depanku musnah! "Encik dengan cik ni suami isteri ke?" tanya lelaki itu. Perlahan-lahan Aliff menggeleng-gelengkan kepala. "Ada orang lain di sini?" soalnya lagi. Sekali lagi Aliff menggeleng-gelengkan kepala. Melihatkan gelengan Aliff, lelaki itu menggelengkan kepala. "Minta kad pengenalan kamu berdua." Kemudian dia menulis sesuatu di atas sehelai kertas sebaik sahaja kami memberikan kad pengenalan kami. "Saya minta maaf. Kamu berdua terpaksa mengikut kami ke balai memandangkan kamu berdua berdua-duaan di tempat sunyi." Aku melepaskan keluhan. Kemudian mataku menjeling ke arah Aliff. mendongkol rasa marah di dalam dada. Aliff menayangkan muka selamba tanpa sedikitr pun riak bersalah.
***
Menyinga wajah ayah sebaik sahaja aku sampai di rumah tengah malam itu. Wajah bengis ayah ku tatap dengan takut. Air mataku dah mengalir seperti empangan pecah sejak dalam perjalanan ke sini lagi. Sepanjang perjalanan Aliff memujukku untuk bertanggungjawab dan menjelaskan perkara sebenar kepada ayah.
"Dasar anak tak kenang budi! Patutlah kau beriya-iya nak kerja dulu. Konon nak belajar cari duit! Tapi kau cari laki! Anak tak guna!" Ringan tangan ayah menyentuh pipiku. Air mataku laju mengalir. Mak hanya berdiri tanpa dapat membuat apa-apa. "Ayah, Fatin minta maaf. Ni semua salah faham, ayah. Percayalah cakap Fatin." Aku cuba menagih simpati ayah. Kaki ayah kupeluk erat. Cepat-cepat ayah mengalihkan kakinya. "Sudah! Ayah tak nak dengar apa-apa lagi. Sebelum satu kampung tahu kau kena tangkap basah, aku nak kau menikah dengan jantan tu!" tegas ayah. Aku menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju. Aku mengalih pandang melihat Aliff. Aku cuba meminta pertolongannya supaya ayah menarik balik arahannya.
"Pak cik," tegur Aliff, seakan-akan faham apa yang aku fikirkan tadi. "Saya minta maaf kerana membuat perkara tak senonoh dengan anak pak cik." Kata-kata Aliff bagai halilintar buatku. Masakan dia mahu ayah semakin marah denganku dengan mengeluarkan kata-kata seolah-olah aku dan dia pernah berbuat sesuatu? "Saya sayangkan Fatin, pak cik. Saya sanggup bertanggungjawab. Saya akan bersihlkan nama keluarga pak cik." What?! Mamat ni betul-betul gila. Betul-betul dah gila! "Fatin, ayah tak nak dengar perkataan tak nak darei mulut kamu. Esok kamu berdua bersiap. Kita uruskan apa yang patut. Kamu dengar, Fatin?!" Dari nada suara ayah aku dah tahu yang aku tidak boleh membantah lagi. Aku memandang Aliff dengan penuh rasa benci. Andai aku boleh undurkan masa, sudah tentu aku tidak akan menjejakkan kaki ke company itu lagi!
***
Keesokan harinya, tepat pukul 10.00 aku dah menyandang gelaran Mrs. Aliff Haikal. Aku lihat wajah Aliff sungguh bahagia. Berbeza sungguh denganku yang muram sejak semalam. Jangan-jangan lelaki ini yang rancang semua?
"Fatin," panggil ayah. Aku menoleh melihat wajah tegang ayah yang masih tak berubah sejak semalam. "Ya, ayah. Kenapa?" "Ayah nak kamu ikut Aliff balik hari ni. Esok dia kerja kan?" Tersentak aku mendengar kata-kata ayah. Ikut lelaki tu balik?! "Tapi, yah..." "Ayah tak nak dengar apa-apa lagi. Hai, nak suruh ikut balik pun tak nak? Sebelum kahwin buat benda tak senonoh tak kisah pulak?" sinis sahaja suara ayah di pendengaranku. Pantas aku menunduk sebik sahaja merasakan air mata mula hendak menitis. "Baiklah ayah," kataku perlahan sambil menghayunkan kaki ke bilik.
Sebaik sahaja aku masuk bilik, empangan air mataku pecah. Aku sudah tak dapat menahan perasaan lagi. Aku duduk di tepi katil. Aliff yang ketika itu baru keluar dari bilik air pelik melihatku.
"Sayang? Kenapa ni?" tegurnya. Aku mematikan diri. Malas mahu bersoal jawab dengannya. Kalau tak kerananya, pasti hidup aku tak jadi macam ni. Aliff memanjangkan tangan kanannya menyentuh bahuku. Pantas aku menepis tangannya. Kemudian aku bangkit dan menapak keluar meninggalkan Aliff yang terpinga-pinga di bilik.
Petang itu aku dan Aliff bersiap-siap untuk pulang ke KL. Aku pergi mendapatkan mak yang masih di dalam bilik sebelum kami bertolak. Sejak aku pulang malam tadi, aku langsung tak berkesempatan untuk berbual panjang dengan mak.
"Mak?" tegurku sebaik sahaja aku masuk ke bilik mak.
Perbuatan mak mengesat air mata terkesan jua di mataku. Mak bangun dari duduk dan berjalan mendapatkan aku. Terus aku memeluk mak sebaik sahaja mak berdiri di hadapanku. Air mataku kembali tumpah.
"Fatin Najihah anak mak. Sekarang kamu dah jadi isteri orang. Jaga diri ya nak," pesan mak. Mak mengusap-usap belakangku. "Mak, mak percayakan Fatin tak pernah buat benda tak elok? Mak percayakan Fatin kan, mak?" soalku. Hanya maklah harapanku kini. Melihatkan mak terangguk-angguk membuatkan dadaku lapang sedikit. "Mak percayakan anak mak. Fatin seorang je anak mak. Tak ada lain. Fatin, mak tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tapi yang pasti, mak yakin kamu tak pernah buat bukan-bukan. Fatin, ingat pesan mak. Dengar cakap suami. Walau macam mana pun Fatin tak suka kat dia, Fatin kena ingat, syurga Fatin kat suami Fatin. Bukan kat mak," panjang nasihat mak. Aku hanya diam mendengarkannya. "Fatin nanti jangan lupakan mak ya." Mak dah mengesat air matanya. Mak, maafkan Fatin sebab buat mak menangis.
***
Awal malam barulah kami sampai di rumah Aliff. Aliff tinggal bersama kedua ibu bapanya memandangkan dia anak bongsu dan hanya tinggal dia yang belum berkahwin. Aliff memakirkan kereta di hadapan rumah teres dua tingkat itu. Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, pintu utama rumah itu dibuka dari dalam. Seorang wanita separuh abad keluar. Dia tersenyum memandangku.
Sebaik sahaja aku keluar dari perut kereta, perempuan itu mendapatkan ku. Aliff mengambil tugas untuk mengeluarkan barang-barangku. Banyak juga sebenarnya sebab aku bawa sekali barang untuk naik sem minggu depan.
"Ini Fatin ya?" soalnya. Aku cuba mengukir senyuman buatnya. "Saya, mak cik." Kami bersalaman. "Eh, apa mak cik-mak cik. Panggil ibu," katanya. Aku terdiam. Oh, mak Aliff! "Fatin ni manis orangnya. Patutlah Aliff tak tidur malam dibuatnya."
Aku menjadi malu dengan kata-kata dari ibu Aliff. Tak lama kemudian, keluar seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan ibu. Aku dapat merasakan yang lelaki ini ayah Aliff.
"Menantu abah?" tegur lelaki itu. Aku sudah tak tahu nak tayang muka macam mana. Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian aku menyalami tangan abah. "Memang lawa menantu kita. Aliff mana?" soal abah. "Aliff kat sini. Angkat barang Fatin sekejap. Ibu, abah masuklah dulu. Berbual kat dalam lagi selesa. Sayang, abang angkat barang-barang dulu ya?" Aku malu sendiri apabila Aliff membahasakan diri abang dan memanggilku sayang di hadapan kedua orang tuanya. Lelaki ni, mulut manis sungguh!
Aku turut membantu Aliff mengangkat barang. Sebuah kotak sebderhana besar berisi buku-buku, aku angkat. Baru sahaja aku mesuk ke ruang tamu, aku terdengar suara abah berbual dengan ibu dari arah dapur. "Hai, berjaya jugak taktik tangkap basah Aliff tu. Tak sangka abang," ujar abah. Aku yang sedang berjalan tiba-tiba berhenti. Taktik tangkap basah? Ya Allah. Sebab taktik inilah ayah dah tak percayakan aku lagi. Air mataku kemali bergenang. "Aduh, yang awak nak siku-siku saya ni kenapa?" sekali lagi suara abah kedengaran. "Yang awak cakap kuat-kuat ni kenapa? Kan Aliff dah pesan," marah ibu. Aku masih boleh tangkap kata-kata ibu meskipun jarak sedikit jauh. "Saya terlupalah. Fatin tak dengar. Kan ke dia tengah angkat barang kat depan tu." Terima kasih abah! Kalau tak mesti sampai sekarang aku tak tahu.
Malam itu buat kali pertama aku tidur sebilik dengan lelaki ajnabi. Berdebar tak usah cakaplah. Tapi, rasa marahku melebihi rasa berdebar ini. Aku baring di atas katil milik Aliff sebaik sahaja usai solat Isyak. Penat. Mentally and physically. Makan malan tadi pun aku lebih banyak diam daripada bercakap. Dan aku hanya akan buka mulut bila hendak menyuap nasi dan menjawab soalan je.
Tak lama kemudian aku terdengar pintu bilik dikuak. Aliff mungkin. Aku tidak memberikan apa-apa reaksi. Aliff terus masuk ke bilik air. Kemudian dia menunaikan solat. Usai solat, Aliff melangkah ke katil. Dadaku kembali berdebar.
"Sayang? Dah tidur?" soal Aliff perlahan. Mungkin mengelakkan aku terjaga jika aku sudah tidur. Bingkas aku bangkit dari pembaringan dan duduk di birai katil. Membuang pandang ke luar melalui celah langsir tingkap. "Saya ada perkara nak bincang," kataku tegas. Aliff mengambil tempat di sebelahku. Bahu kami bersentuh. Dadaku kembali berdegup kencang. Aduh! Macam mana ni? "Apa, sayang?" soalnya lembut. "Awak yang rancang semua ni kan? Kenapa? Apa dosa saya kat awak Aliff?" Aliff terpaku mendengar kata-kataku. Wajahnya berubah riak. "Mana sayang tahu?" soalnya. Mungkin dia fikir tak patut untuknya berahsia lagi. Aku memandangnya. "It's not the answer for my question, Aliff Haikal!" nadaku meninggi. Wajah Aliff sedikit tegang memamdangku. Tak suka aku meninggi suara barangkali. Kemudian pandangannya kembali redup. "Fatin, awak percaya pada cinta pandang pertama?" Aku menjadi geram dengan tingkahnya. Soalan aku dia tak jawab, aku pula yang diberikan soalan. "Abang jatuh cinta dengan Fatin sejak kali pertama abang jumpa Fatin. Abang boleh nampak yang Fatin ni seorang gadis kampung yang pandai jaga diri. Tapi abang geram bila abang cuba dekati Fatin, Fatin sering melarikan diri," ujarnya panjang berjela. Riak wajahku sedikit pun tidak berubah mendengarkan kata-katanya. Apa? Dia ingat dia boleh beli jiwa aku dengan bercakap macam tu? "Bila sampai hari terakhir Fatin bekerja, abang terpaksa buat macam tu. Abang tak nak kehilangan Fatin. So, langkah terbaik untuk dapatkan Fatin dengan cara macam tu. Abang akui, memang abang dah rancang daripada awal. Abang minta tolong Hasif. Dia yang tolong buat report."
Darahku kembali menggelegak. Hasif pun terlibat? Tak guna punya member! Aliff membuka mulut untuk meneruskan kata. Pantas aku mengangkat tangan. Menyuruhnya berhenti.
"Sudahlah. Saya tak nak dengar apa-apa dari mulut awak. Cuma, saya nak mintak tolong kat awak. Tolong terangkan perkara sebenar dekat ayah saya. Kemudian, tolong lepaskan saya. Saya tak nak jadi isteri awak," kataku tegas.
Aliff sedikit terkejut dengan permintaanku. Aku tak kisah dengan hubungan kami. Aku lebih sayangkan ayahku. Apa yang pasti esok pagi sebelum subuh aku akan tinggalkan rumah ini!
***
Final sem dah dua bulan berlalu. Maknanya lagi beberapa bulan sahaja lagi aku bakal menamatkan pembelajaranku di UTM Skudai ni. Selama 2 bulan ini hidupku tiada gangguan daripada Aliff. Tapi ada masanya, rindu juga untuk melihatnya. Aku dengan ayah masih seperti dulu. Ayah sering mengelak bila aku nak bercakap dengannya di telefon.
Ah, Aliff mesti tak cerita perkara sebenar kepada ayah. Rasa marahku padanya kembali meluap-luap. Namun aku sedar, rasa rinduku padanya melebihi rasa marah ini. Aku sering ternanti-nanti panggilan daripadanya. Namun sia-sia sahaja penantianku selama 2 bulan ini.
Deringan handset di atas meja mematikan khayalanku. Nombor yang terpapar di skrin tidak pernah kukenali. Aku menjawab panggilan tersebut. "Assalamualaikum, Fatin ya?" suara seorang wanita mencecah gegendang telingaku. "Wa'alaikumussalam. Ya, saya. Siapa ni?" soalku sopan. "Ini ibu, Fatin. Fatin dah tak ingat ke?" Ibu? Ibu Aliff Haikal? Masakan aku boleh lupa! "Oh, ibu. Ada apa ibu?" dadaku sedikit berdebar. Janganlah berita buruk tentang Aliff. Doaku dalam hati. "Saja ja. Ibu rindu pada Fatin. Bila tanya Aliff tentang Fatin, dia diam je. Kamu bergaduh ke? Kenapa kamu balik U tak beritahu kami?" soalan demi soalan keluar dari mulut ibu. Aku menjadi serba salah.
Malam aku meminta penjelasan Aliff, aku sudah menelefon teksi untuk mengambilku pukul 4.00 pagi. Seminggu sebelum semester bermula aku sudah berada di Johor Bahru. Terpaksalah aku menginap di rumah Anis sementara menunggu U dibuka.
"Err, taklah bu. Kami ok je. Aliff tengah buat apa tu?" berkobar-kobar semangatku untuk mendengar khabar Aliff. "Aliff kerja. Semenjak Fatin pergi, dia asyik dengan kerja je. Diri sendiri pun dah tak terurus," adu ibu. Aku terdiam. Kenapa Aliff jadi macam tu? Ah, aku tak akan menunjukkan yang aku begitu mengambil berat tentangnya selagi hubungan aku dan ayah tak pulih! "Oh, macam tu. Okaylah ibu. Fatin ada kerja sedikit nak buat. Lain kali kalau ada masa Fatin telefon. Ini telefon rumah ya, bu?" "Ya. Jangan lupakan ibu dan abah. Telefonlah selalu. Jaga diri elok-elok. Assalamualaikum." "Waalaikumussalam." Talian mati. Huh, tak mungkin aku akan call rumah itu. Buatnya Aliff yang angkat?
***
Perjalanan dari Johor Bahru ke Temerloh terasa lama. Aku sudah tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan kedua ibu bapaku. Terasa rindu sungguh! Terasa sekejap 4 tahun aku belajar di UTM. Meskipun dalam masa 4 tahun itu, pelbagai perkara telah berlaku dalam hidupku. Kebanyakan barang-barangku aku tumpang di rumah Anis. Mungkin 2-3 hari lagi aku akan ke sana untuk mengambilnya setelah hubungan aku dan ayah baik semula.
"Assalamualaikum. Mak, ayah! Fatin dah balik ni!" jeritku dari luar rumah. Terasa tanah yang dipijak tak cukup untuk aku melangkah. "Waalaikumussalam," jawab satu suara di balik pintu. Macam suara ayah. Ayah, Fatin rindu! Terus aku meletakkan beg dan meluru memeluk tubuh di balik pintu itu. "Sayang, abang tak sangka yang sayang rindukan abang macam ni sekali." Tangan lelaki itu kejap memeluk tubuhku. Aku mengangkat muka untuk melihat wajah lelaki itu. Aliff Haikal? Iya ke? Kenapa nampak lain? Dengan adanya jambang di wajahnya, aku hampir tidak mengenali lelaki itu.
Pantas aku menolak tubuh Aliff. Dadaku dah berdebar semacam. Lelaki ini terlalu hampir denganku. Bukan terlalu hampir, malah tubuhku dan tubuhnya dah bersatu sebentar tadi!
"Apa ni? Awak buat apa kat sini?" nada suaraku meninggi. Aliff menarik tanganku. Menyuruhku duduk di atas sofa. "Awak yang meluru peluk saya. Bukannya saya yang tarik peluk awak." Dia sengih mengusik. Wajahku sedikit panas. Sedar kealpaan ku. "Awak buat apa kat sini? Tak malu ke datang rumah orang?" soalku sedikit lembut daripada tadi. "Ada banyak perkara yang abang nak selesaikan." Jawabnya. Aku menantikan kata-kata yang seterusnya. Namun, Aliff hanya mendiamkan diri. Tak lama kemudian, mak dan ayah keluar ke ruang tamu. Aku bingkas mendapatkan mereka berdua. "Mak," panggilku.
Belum sempat mak membuka mulut, aku dah peluk mak terlebih dahulu. Terasa rinduku sedikit terlerai. Kemudian aku mendapatkan ayah. Terasa sedikit gementar menantikan reaksinya. Baru aku hendak membuka mulut, ayah dah menarikku ke pelukannya. Air mataku laju menitis.
"Ayah, Fatin minta maaf sebab hancurkan hati ayah," kataku di selangi esakan. Ayah mengusap belakangku lembut. Aku rindukan belaiannya. "Dah, jangan menangis. Buruk orang tua menangis," usik ayah. Walhal matanya turut bertakung air. "Aliff dah ceritakan semua kat ayah. Ayah minta maaf Fatin sebab tak percayakan kamu," ujar ayah. Aku telah mendapatkan kepercayaan ayah kembali. Aku memeluk ayah erat. Tak mahu ayah 'memboikot' aku lagi.
"Fatin." Aku melepaskan pelukanku dan beralih memandang Aliff. "Thanks sebab tolong saya. Saya harap permintaan kedua saya awak boleh tunaikan sekarang," ujarku tidak berperasaan. Aliff menggeleng-gelengkan kepalanya. "Tidak. Abang tak akan lepaskan sayang. You're my wife forever and ever. Remember that. Cuma..." Aliff mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. "Abang nak lamar sayang kembali. Melamar dengan cara yang sebetulnya. Mengambil Fatin sebagai isteri abang dengan cara yang betul." Aku mendiamkan diri. Berfikir. "Fatin? Abang nakkan jawapan Fatin." Aliff memandangku penuh harap. "Kita dah bercerai ke? 3 bulan kan awak nak beri apa-apa nafkah?" soalku. "Belum. Kita tak pernah bercerai. Tiap-tiap bulan abang masukkan duit dalam akaun sayang." Penjelasan daripada Aliff melegakanku. "Macam mana?" Aku berjalan merapati Aliff. Tubuhnya kupeluk erat. Terlepas sudah rasa marah dan rindu selama ini. "I'm all yours, dear. Forever and ever." "Kalau macam tu, jadilah plan kita hujung bulan ni?" soal ayah tiba-tiba. Aku terpinga-pinga. Plan apa pula ni? Aliff mengangguk dengan sebuah senyuman. Wajahnya lebih berseri daripada tadi walaupun jambangnya masih belum dikemaskan. "Plan apa ayah?" "Hujung minggu ni, buat kenduri kat rumah kita. Minggu depannya kat rumah Aliff." Oh, kenduri kahwin! Ya, dengan adanya kenduri ini tidak membuatkan aku rasa aku berkahwin kerana terpaksa. Aku memandang Aliff. Rasa sayangku melimpah ruah buat lelaki ini meskipun aku begitu membencinya sewaktu ketika dahulu.
Farhan memandang kembali ke arah tersebut. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Wajah itu! Sekejap sahaja dia dapat melihat wajah itu dari kejauhan. Itu pun kurang jelas. Wajah itu sudah dilindungi oleh ribuan manusia yang berada di KLIA itu. Farhan memanjangkan kepalanya sambil kakinya melangkah laju ke arah tersebut. Tapi tak mungkin! Tak mungkin dia! Sedang hatinya menidakkan langkah kakinya semakin pantas. Namun sebaik tiba di tempat yang dia pasti gadis itu berada sebentar tadi, kelibat tersebut sudah tidak kelihatan. Farhan bingung. Dia pasti itu dia. Gadis yang amat disayanginya. Qistina….. Katakan awak masih hidup….
**********
"Farhan, janganlah macam ni. Berat hati saya kalau awak macam ni." Pujuk Qistina.
Ternyata tekaannya tepat. Berita yang menggembirakannya mendatangkan kesan yang berbeza kepada Farhan. Farhan tidak merelakan perpisahan itu. Farhan memandang jauh ke tengah tasik. Menimbangkan keputusannya kembali. Tamakkah dia apabila dia mahukan gadis itu berada dengannya sepanjang masa? Terlalu mengongkongkah dia? Keluhan kecil dilepaskan. Dia memandang kembali wajah gadis itu. Gadis yang amat dicintai dan mencintainya sepenuh hati.
Qistina senyum kecil, cuba memujuk.
"betul 2 bulan je?" Qistina mengangguk pantas.
Entah kenapa, berat hati Farhan melepaskan Qistina pergi kali ini. Tugas Qistina sebagai seorang wartawan kali ini akan membawanya ke Afghanistan. Farhan risaukan keadaan di sana yang tidak begitu aman. Biarpun sahabatnya Amir yang juga merupakan rakan setugas Qistina akan pergi bersama Qistina, hati Farhan tetap walang. Akhirnya dia memutuskan dengan berat hati.
"saya janji! Saya akan telefon awak setiap hari kalau saya ada kemudahan tu kat sana. Kalau tak, saya email saja. Ok?" ujar Qistina lagi. Bersungguh-sungguh.
"hmm, apa-apa je la awak. Tapi awak mesti jugak janji yang awak akan balik dengan selamat, ok?" ujar Farhan lagi.
"saya janji, insyaAllah. Saya akan jaga diri saya baik-baik supaya saya dapat balik dengan selamat ke pangkuan awak. Ok?"
"ok, jom balik. Dah nak maghrib."
Farhan bingkas namun pergerakan terhalang apabila lengan bajunya ditarik Qistina. Biar mereka sudah bertunang, Farhan dan Qistina tidak pernah bersentuhan kulit. Farhan memandang wajah Qistina yang sudah berdiri. Pandangan mereka bertaut.
"Farhan, saya nak awak tau, saya sayang sangat kat awak. Awak penting pada saya. Saya akan pulang juga bertemu awak kembali. Tunggu saya ya?" Farhan mengukir senyum yang paling ikhlas pada hari itu.
"baiklah puteriku." Qistina membalas senyuman itu lalu mereka beriringan ke kereta Farhan.
Tiba hari keberangkatan Qistina dan Amir, Farhan menghantar mereka pergi dengan separuh hati. Dia percayakan Amir, dan dia sayang Qistina. Doanya Cuma mereka berdua pulang ke Malaysia dengan selamat.
***********
"Farhan, Qistina...." hampir satu bulan setengah sudah Qistina di bumi Afghanistan. Hari itu,
Farhan menerima panggilan mengejut dari Amir. Suara Amir kedengaran gundah. Kerisauan mula beraja di hati Farhan.
"Amir, kenapa dengan qis?" pantas dia memotong cakap Amir. Amir diam.
"Farhan, Qistina, dia….dia terlibat dalam letupan bom di sebuah kedai runcit. Dia….takkan pulang Farhan. Untuk selama-lamanya. Aku minta maaf Farhan. Semua salah aku. Aku tak ikut dia. Kalau tak, mesti semua ni tak jadi." Namun Farhan sudah tidak mendengar lagi butir bicara Amir yang seterusnya. Hatinya remuk.
"Qistina, kalau kau tak pergi hari tu…." Farhan mula menyesal kerana tidak menghalang Qistina pada hari itu. Namun dia tahu ini kesudahannya. Farhan pasrah.
**********
"Farhan!" kedengaran Amir memanggil dari kejauhan. Farhan tersentak. Dia mulai tersedar dari lamunannya. Dia masih berdiri di situ. Di tempat di mana dia percaya dia melihat wajah Qistina.
"apa kau buat kat sini? Penat aku kejar kau." Ujar Amir. Apabila dia melihat Farhan seakan berada dalam dunianya sendiri, Amir menepuk bahu Farhan cukup kuat untuk membuatkan
Farhan memandang wajahnya kembali.
"kau kenapa?" Tanya Amir lagi. Bingung dengan perangai Farhan.
"oh, tak ada apa-apa. Jom, kita balik." Pantas Farhan mengatur langkah. Amir membontotinya dari belakang.
Di dalam kereta, Amir sibuk bercerita tentang kerjanya di Jepun, Negara matahari terbit yang baru dilawatinya namun ternyata Farhan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Amir akhirnya menyerah kalah apabila Farhan melayan cakapnya ala kadar.
"Farhan, kau ni kenapa? Mengelamun je dari tadi. Ada masalah ke?" Tanya Amir prihatin. Farhan mengeluh. Dipandang sekilas wajah sahabatnya itu.
"mir, aku Nampak Qistina tadi." Luah Farhan. Amir terdiam.
"han, kau jangan macam ni. Qistina dah tak ada han, dah 3 tahun. Kau mesti biar dia pergi dengan aman han."
"aku tau mir tapi sumpah, aku Nampak dia tadi." Farhan bersungguh-sungguh. Amir ketawa kecil, tidak percaya.
"han, aku ni yang Nampak dia pergi han. Mata ni, takkan kau tak percaya aku kot? Han, sudah-sudahlah tu. Yang pergi jangan dikenang sangat. Kita ni yang hidup mesti teruskan hidup."
"tapi, aku Nampak dia mir. Betul. Wajah yang sama mir." Farhan masih cuba menegakkan kata-katanya.
"pelanduk dua serupalah tu. Don’t be too obsessed with that han. It’s not good for you." Amir menegur. Farhan mengeluh lagi. Dia pasti itu Qistina. Akal warasnya menidakkan namun hatinya kuat mengiyakan. Qistina…..
**********
"encik Farhan, mesyuarat dengan wakil MB Corp. akan dimulakan sekejap lagi." Suara Lina, setiausahanya kedengaran di intercom.
"baiklah Lina. Saya pergi sekarang." Farhan mengesahkan. Lantas fail diambil dan langkah kaki diatur ke bilik mesyuarat.
Sebaik tiba, dia perasan dua batang tubuh yang sudah berada di situ. Masih tidak melihat wajah mereka, Farhan menarik kerusi dan duduk.
"encik Farhan?" suara itu menegur. Farhan memanggung mukanya.
"saya Batrisya. Ini encik kamil. Kami ingin meminta maaf bagi pihak MB Corp. kerana wakil yang berjumpa encik Farhan tempoh hari tidak dapat hadir jadi kami yang akan menggantikan dia pada hari ini. Kami harap encik Farhan dah bersedia dengan kertas kerja yang diminta tempoh hari." Batrisya? Farhan cuba memproses maklumat yang baru didengarinya sebentar tadi. Tapi, Qistina? Mengimbas kembali peristiwa di KLIA, kini Farhan pasti, wajah Batrisya yang dilihatnya.
"encik Farhan?" Batrisya bertanya sekali lagi. Hairan melihat lelaki itu tidak memberi tindak balas sepatutnya
"err, ya saya. Saya ok saja." Ujar Farhan masih merenung sekujur wajah di hadapannya. Wajah yang amat dirinduinya. Tapi, kenapa Batrisya?
Batrisya meneruskan bicaranya namun sering kali dia mengeluh apabila dilihatnya Farhan tidak menumpukan perhatian pada bicaranya. Akhirnya, Batrisya menutup failnya.
"encik Farhan, are you sure that you are fine?" Farhan tersentak.
"err, yes I’m fine." Ujar Farhan menyembunyikan gundah di hati.
"but you don’t seem fine. Do we have to postpone this meeting to another day? If you think so then it will be fine with us." Tegas Batrisya. Dia tidak mahu berurusan dengan orang yang seakan tidak berminat dengan bicaranya.
"err, no. It’s ok. We shall proceed." Ujar Farhan lagi. Batrisya merenung Farhan. Mencari kepastian di sebalik kata-kata itu.
"are you sure? Well, ok then." Batrisya membuka kembali failnya dan perbincangan diteruskan.
Kali ini, Farhan sedaya upaya menumpukan perhatian pada focus mereka hari itu. Dia tidak mahu gadis itu kecewa dengannya. Dia berhasrat untuk meneruskan hubungan kerja mereka selama yang mungkin.
Akhirnya, mereka mencapai kata sepakat. Farhan melepaskan nafas lega. Batrisya yang menyedari perbuatannya itu tersenyum kecil. Farhan terkedu. Itu lesung pipit yang sama juga!
Takkanlah….
"kenapa? Lega semuanya dah selesai? But you seemed a little bit drifted off earlier. Is there something bothering you?" Tanya Batrisya. Farhan masih diam. Batrisya mula serba-salah, memikirkan dia mungkin telah tersalah bicara.
"errm, well, I think that’s not my right to know right? Well, you don’t have to answer me. Kamil, let’s go." Mereka sudah berdiri mahu beredar apabila Farhan mula menyedarinya. Pantas dia menahan.
"err, miss Batrisya, I don’t know whether you might think of this as a good idea or not but can we maybe one day talk over coffee or something?"Tanya Farhan penuh harapan. Batrisya terdiam. Menimbangkan jawapannya. Namun ada suara kecil yang meronta-ronta mahu mengatakan ya.
"well, that’s ok with me. But why not today?" Farhan tergamam. Gembiranya hati tidak terkata.
"well, if you said so, this evening at 6. We’ll meet at Plaza Alam Sentral. I’ll wait for you." Farhan menetapkan. Hatinya berbunga riang.
Batrisya senyum lagi.
"ok, see you then." Dia sudah mengatur langkah namun dia berhenti separuh jalan. Pandangannya dihalakan kepada Farhan kembali.
"encik Farhan, don’t you think that you should ask for my phone number? Well, in case…." Batrisya menjungkit bahu. Farhan pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek kotnya.
"o yes! I’ve forgotten about that! Phone number! So, what is yours?" jarinya bersedia mahu menaip.
"012-2244557. Ok, see you then. Bye." Farhan pantas menaip nombor tersebut.
Melihat sebaris nombor itu, memorinya kembali pada Qistina. Qistina amat menyukai nombor 2, 4 dan 5. 4 kerana tarikh lahir Farhan dan Qistina jatuh pada 4 haribulan. 2 dan 5 kerana bulan lahir Farhan ialah februari manakala Qistina ialah mei. Farhan terus terduduk kembali. Qistina, adakah aku mampu untuk melupakanmu? Dan siapakah kau pula Batrisya? Wajahnya, tingkahnya mirip Qistina. Adakah ini reality atau masihkah aku bermimpi? Farhan meraup wajahnya. Keliru dan bingung.
*********
"hi!" Farhan menoleh. Batrisya tersenyum.
"dh lama sampai? Sorry ye, lambat sikit. Saya sesat tadi." Jelas Batrisya.
"tak pe. Saya pun baru je sampai." Farhan terkedu seketika apabila dia berpeluang mengamati wajah itu.
"well, kita nak minum kat mana?" Tanya Qistina.
"you choose."
"hmm, saya ni sebenarnya tak tau sangat tempat kat sini. Be my guide." Batrisya berterus-terang.
"well, kalau macam tu, kita makan di Kenny Roger’s. ok?"
"ok." Lalu mereka beriringan ke restoran yang dimaksudkan.
Farhan dapat merasakan degupan jantungnya berdegup pantas. Lantas kenangannya membawanya pada Qistina. Farhan menggelengkan kepalanya perlahan, tidak mahu kenangan itu mengusiknya. Bimbang Batrisya akan menyedari kelakuannya.
Sebaik tempahan dibuat, suasana sunyi membalut keadaan. Jika diikutkan Farhan, dia hanya mahu menatap wajah itu sepuasnya namun acap kali dia menenangkan hatinya yang berbunga riang.
"awak dah lama kat sini? I mean kerja kat sini?" Batrisya memulakan. Bimbang dengan kesepian di antara mereka.
"err, yup! Dah lama."
"ooo…."
"err, awak pula? Saya tak pernah Nampak or dengar pasal awak dari wakil MB Corp." Farhan cuba mengorek rahsia. Dia perlu tahu di mana gadis itu bersembunyi selama ini. Setidaknya dari pandangan Farhan sendiri.
"oh, saya sebenarnya baru pulang dari Melbourne. Sebulan lepas. Sebelum ni, saya kerja dengan cawangan syarikat ni di sana." Melbourne? Farhan pantas berfikir.
"boleh saya tahu? Awak asal mana? Awak memang tinggal di oversea? Parents awak?"
"eh, tak. Saya Cuma ingin tahu. Tu pun kalau cik Batrisya tak keberatan nak berkongsi. Yela, kita ni baru berjumpa hari ni. So, saya faham if cik Batrisya tak nak berkongsi dengan saya." Batrisya mengecilkan matanya lalu ketawa kecil.
"I don’t know why, we have just met each other today but I feel that we have known each other for quite a long time you know. It’s just that I feel at ease with you. Do you feel the same?" Farhan tersenyum. Kalaulah kau tahu kebenaran itu Batrisya….
"well, one thing that I’m very sure is that I wanted to know you well the first time I saw you." Batrisya terdiam mendengar luahan itu. Sepi kembali antara mereka.
Tika itu, pelayan datang membawa pesanan mereka dan mereka makan dalam sepi. Masing-masing seakan menghayati saat itu. Farhan masih terus memerhatikan tingkah gadis di hadapannya. Batrisya yang memesan hidangan black pepper itu mula kepedasan. Fresh orangenya diteguk berkali-kali. Farhan cuba menidakkan sesuatu. Tingkah Batrisya ketika kepedasan amat mirip dengan Qistina yang juga menyukai makanan pedas tetapi tidak tahan pedas. Farhan menyandarkan tubuhnya. Seketika, kesunyian antara mereka dipecahkan oleh deringan telefon Qistina. Qistina melihat sekilas nama pemanggil sebelum melepaskan keluhan berat.
"why? Who is that?" Tanya Farhan ingin tahu. Batrisya mengukir senyum tawar.
"excuse me for a second." Batrisya bingkas bangun lalu bergerak menjauhi meja mereka. Melihat reaksi itu, Farhan berniat untuk memasang telinganya.
"hello. Yeah. Yeah. No, I’m with a colleague. It’s true. I’m not bluffing. Farid, please, why can’t you trust me? Argh, whatever! Bye!" kasar telefonnya dimatikan. Batrisya mendengus perlahan. Ternyata dia tidak selesa dengan situasi itu.
Farhan yang sedari tadi memerhati tergamam. Qistina juga akan mendengus begitu apabila dia marah. Farhan semakin keliru. Mengapa gadis itu sangat mirip dengan Qistina? Tetapi dia Batrisya. Farhan cuba menidakkan kemungkinan-kemungkinan yang mula beraja di hatinya.
"I’m sorry. Let’s just continue eating." Ujar Batrisya apabila dia kembali ke meja mereka.
Farhan Cuma mengangguk. Tidak mahu bertanya lanjut namun makannya terganggu apabila Batrisya tidak meneruskan makannya.
"Batrisya, are you ok?" Farhan bimbang. Wajah gadis itu tidak seceria tadi.
"oh yes, I’m fine." Sudunya dipegang kembali namun dia masih tidak menyentuh hidangannya. Memikirkan kemungkinan gadis itu perlukan masa bersendirian, Farhan Cuma membiarkan sahaja gadis itu melayan angannya.
"he is my boyfriend." Kunyahan Farhan terhenti. Dia memanggung mukanya, mencari-cari segaris kejujuran di wajah itu.
"what? Who?" Tanya Farhan.
"the one whom I talked to just now. He is my boyfriend. We have been couple for about 3 years but I just don’t feel like he is the one. It’s just not there. The feeling is not there." Luah Batrisya lagi. Seakan ada beban pada nada suara itu.
Farhan terdiam. Tidak tahu apa yang patut diucapkannya kala itu. Marah? Geram? Mengingatkan dia tiada hak untuk semua itu, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Namun dia kecewa. Itu Farhan pasti. Batrisya yang mula menyedari perbuatannya mula gelisah.
"well, I don’t know why I’m telling you this. Just forget it!" dia menyuap kembali. Serba-salah kerana menceritakan masalahnya pada orang asing. Farhan masih merenungnya.
"and I don’t know why I am feeling unhappy with that." Giliran Batrisya pula terhenti suapannya. Dia menatap wajah Farhan. Mata mereka bertentangan. Masing-masing cuba menebak rasa hati masing-masing.
Batrisya melarikan matanya. Perkara ini tidak harus terjadi. Apakah yang sedang berlaku padanya? Lantas dia mengambil dompetnya lalu dikeluarkan wang kertas RM50. Dia meletakkan wang itu di hadapan Farhan yang masih tidak bersuara.
"I think we should not meet again. I’m sorry." Pantas Batrisya menolak kerusi lalu keluar dari restoran itu. Farhan termangu-mangu. Hatinya kuat membantah namun akal warasnya mengatakan mungkin itu yang terbaik bagi mereka.
*********
Batrisya meraup wajahnya. What is happening to me? Puas dia menidakkan namun kenyataan itu masih menghantuinya. Dia tertarik dengan Farhan pertama kali mereka bertemu. Seakan ada magnet antara mereka. Itu juga yang menyebabkan dia menerima pelawaan Farhan sedangkan dia bukanlah gadis yang dengan mudahnya boleh menerima pelawaan lelaki terutamanya yang baru dikenalinya. Jauh di sudut hatinya, dia mahu bersama lelaki itu untuk sebab yang dia sendiri tidak pasti. Adakah ini cinta pandang pertama? Batrisya melepaskan keluhan berat.
Seketika ingatannya kembali pada farid. Mereka akan berkahwin namun dia tidak pernah merasakan perasaan ini dengan farid. Perasaan itu tidak pernah ada selama 3 tahun mereka bersama. Oh Tuhan, tenangkan hati ini!
*********
Farhan dilanda rindu pada wajah itu. Kekeliruan masih menyelubungi dirinya. Adakah dia mahukan gadis itu kerana wajahnya mirip Qistina? Namun tidak dapat dinafikan gadis itu bukan sahaja mirip tetapi jelmaan Qistina. Segala-galanya adalah Qistina. Kenapa kebetulan ini amat menyakitkan? Apakah hikmahnya disebalik semua ini? Mengapa pertemuan itu terjadi? Mengapa? Akhirnya, Farhan terlelap memikirkan jawapan disebalik persoalan-persoalan itu.
*********
"betul mir. Aku jumpa dia. Nama dia Batrisya. Hari tu yang aku jumpa kat airport tu dia la." Bersungguh-sungguh Farhan menjelaskan apabila Amir datang ke pejabatnya keesokan harinya. Amir mengerutkan dahinya.
"sebijik muka dia dengan qis?"
"iye, sebijik. Cara dia pun sama dengan qis. Aku pun tak faham mir. Kenapa kebetulan ni wujud. Memang kebetulan."
"tapi, bila kau tengok dia, kau Nampak Qistina?"
"setiap kali aku hanya teringatkan Qistina walaupun yang di depan aku tu Batrisya." Itu kebenarannya. Dia rindukan Qistina.
"kau akan jumpa dia lagi?" Farhan diam seketika. Kenyataan itu amat pahit.
"tak. Kami dah takkan berjumpa. Dia dah ada yang punya." Sayu suaranya.
"hmm, baguslah tu. Jangan kacau hak orang. Lagipun, teman lelaki dia dulu dengan dia. Takkan kau nak jadi perampas kot?" seloroh Amir. Farhan tidak menjawab. Ada pilu memikirkan dia tidak akan bertemu gadis itu lagi.
"ok la, aku nak balik dulu. Ada kerja lagi." Amir bingkas lalu keluar meninggalkan Farhan yang masih dengan menungannya.
Seketika, menungannya terganggu apabila bunyi deringan telefon bimbit tiba-tiba memecahkan kesunyian. Farhan hairan. Bila pula ringtone aku lain ni? Dibelek telefonnya namun tiada panggilan. Akhirnya pandangannya menangkap telefon asing di atas mejanya. Nampaknya Amir telah tertinggal telefon bimbitnya.
Farhan membelek nama pemanggil. ‘My Love’. Sejak bila pulak Amir ada kekasih? Nak jawab ke tak? Akhirnya dia memutuskan untuk menjawab panggilan itu.
"hello" kedengaran suara gadis di hujung talian.
"hello, err, Amir tak ada. Saya kawan dia, dia tertinggal telefonnya. Nanti awak telefon balik boleh?" ujar Farhan namun suara di sebelah sana sepi, tiada jawapan.
"Farhan?" Farhan terdiam. Suara ini!
"Farhan is that you?"
"Batrisya." Akhirnya nama itu terkeluar dari bibirnya.
"I can’t believe this. You know farid?" suara itu kedengaran tidak percaya. Farhan juga merasakan seakan dia bermimpi. Apakah maknanya semua ini?
**********
Hari ini penentunya. Farid @ Amir akan menjelaskan segala-galanya. Dia telah meminta Batrisya membawa Amir ke suatu tempat di mana Farhan juga akan hadir tanpa pengetahuan Batrisya. Farhan telah meminta Batrisya merahsiakan perkara itu dari Amir. Hakikatnya, hanya dia yang tahu tujuan sebenar pertemuan itu diatur. Dia mahukan penjelasan dari Amir. Tiba masa yang dijanjikan, Farhan tiba di tempat yang dijanjikan dan dia melangkah masuk.
Sekilas, kelihatan Amir dan Batrisya yang duduk di suatu sudut. Farhan menghampiri.
"hai Amir." Amir tersentak. Tidak menjangka pertemuan itu. Batrisya yang tidak memahami apa-apa Cuma tersenyum melihat Farhan.
"duduklah Farhan." Jemput Batrisya. Farhan melabuhkan punggung di hadapan Batrisya. Amir kelihatan gelabah.
"han, aku boleh jelaskan." Ujar Amir.
"kalau kau tak cakap pun memang itu yang aku nak kau buat. Jelaskan. Kenapa kau kenal Batrisya? Kenapa kau kekasih dia? Kenapa kau sorokkan Batrisya dari aku selama ni? 3 tahun! 3 tahun Amir! Sejak Qistina hilang kenapa ada Batrisya dan kenapa aku tak tau apa-apa mir? Cakap!" kasar suaranya.
Pengunjung lain sudah menjeling-jeling mereka. Batrisya risau dan keliru. Tidak memahami hujung pangkal semuanya.
"han, kita bincang kat luar." Amir bingkas bangun lalu keluar dari restoran itu. Farhan yang mahu menurut terhalang seketika apabila Batrisya menarik lengan bajunya.
"Farhan, am I missing something?" Farhan memandang wajah itu seketika.
"even I don’t know what is the thing that I’m missing Batrisya." Lantas dia meneruskan langkahnya menuruti Amir.
Batrisya turut mengekori Farhan keluar. Amir menyandarkan tubuhnya di keretanya.
"han, aku tak nak kau jumpa Batrisya sebab dia mirip Qistina. Aku jumpa dia masa di Afghanistan. Tapi Qistina tak tau."
"kau tau aku Nampak dia hari tu, tapi kau cakap aku obsess dengan Qistina. Kau kawan aku mir. Kau patut lebih mengerti aku tapi aku tak sangka kau tikam aku dari belakang. aku ni siapa mir? Kita dah kenal sejak kecil lagi. Tapi sampai hati kau biar aku terawang-awang macam ni mir. Kau belakangkan aku. Kenapa? Kau ingat aku akan rampas dia dari kau hanya kerana dia macam Qistina? Aku tak sangka kau masih tak percayakan aku mir. Sungguh aku tak sangka." Ujar Farhan kesal. Amir meraup mukanya.
"han, kau tak tau perasaan aku. Aku tau kau sayangkan sangat Qistina dan aku tau kau masih ingatkan dia. Sebab tu la aku tak berani tunjukkan Batrisya pada kau. Risau? Memang aku risau. Aku risau akhirnya hubungan kami tak macam yang aku impikan. Aku risau Batrisya akan pergi dari aku." Batrisya yang sedari tadi mendengar menatap wajah Amir.
Pandangan mereka bertentangan seketika sebelum Batrisya melarikan matanya. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Berasaskah kerisauan Amir itu? Batrisya mulai bingung. Siapa pula Qistina?
"mir, aku pasrah kalau tak ada jodoh aku dengan Qistina. Tapi takkan aku nak lukakan kawan sendiri?" ujar Farhan masih tidak percaya. Kenyataan yang baru diketahuinya itu amat pahit untuk ditelan. Dia tahu dia tidak akan tega melihat jelmaan Qistina bersama orang lain namun itulah hakikat. Farhan melepaskan keluhan berat.
"mir, aku doakan kebahagiaan kalian. Aku takkan ganggu korang lagi. Semoga berbahagia." Lantas Farhan mengatur langkah kaki ke keretanya. Lemah saja langkah itu. Tuhan, kuatkan hatiku!
***********
"han, kami akan berkahwin 2 minggu lagi. Aku harap kau datang." Ujar Amir di pejabat Farhan suatu hari setelah 3 bulan peristiwa di restoran itu terjadi. 3 bulan juga dia tidak berhubung dengan Batrisya.
"tahniah tapi aku tak dapat datang mir. Aku akan pergi ke Jepun pada hari tu. Aku minta maaf. Bukan aku tak nak datang, tapi aku tak boleh." Amir menundukkan wajahnya seketika. Dia tahu hakikat sebenar. Farhan tidak tega melihat jelmaan Qistina menjadi hak milik orang lain.
"hmm, ok. Aku faham. Maafkan aku han." ujar Amir lalu bingkas keluar dari pejabat itu.
Lamunan Farhan terganggu apabila deringan telefon bimbitnya kedengaran. Dibeleknya nama pemanggil sebelum dia melepaskan keluhan panjang. Perlu dijawab atau tidak? Akhirnya dia menekan punat ‘on’ untuk menjawab panggilan itu.
"helo,"
"helo Farhan. Assalamualaikum." Suara yang amat dirinduinya itu kedengaran di hujung talian.
"waalaikumussalam. Hmm, awak nak apa?" dia cuba menegaskan suaranya. Melindungi galau di hati.
"awak apa khabar?"
"sihat. Awak?"
"hmm, saya ok."
"hmm…."sepi seketika.
"boleh kita jumpa?" Farhan terkedu seketika mendengar permintaan itu. Tahankah dia melihat wajah itu lagi? Mendengar suara sahaja hatinya berkecamuk.
"baiklah, bila?" pantas bibirnya berbicara sebelum akalnya menghalang.
"hari ni, Kenny roger’s?"
"ok. Saya tunggu awak pukul 6."
"ok, jumpa nanti. And Farhan, I promise you, this will be the last time." Batrisya memberi janji. Farhan terdiam. Pilu memikirkan kenyataan itu.
"ok, see u."
"yeah, bye."
Terus dimatikan talian tanpa menunggu lagi. Farhan resah. Batrisya….
**********
"hai, maaf lambat." Ujar Batrisya seraya menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Farhan. Farhan tersenyum nipis.
"tak apa." Pesanan dibuat lalu sepi kembali membalut keadaan. Kali kedua mereka berdua-duaan.
"awak sihat?"Tanya Batrisya berbasa-basi. Melihat wajah yang muram itu dia sudah tahu. Aku juga sepertimu Farhan.
"saya ok. Kalau tak sihat, saya takkan jumpa awak hari ni. Oh, by the way, congratulations on your marriage." Ujar Farhan separuh hati.
"oh, hmm." Bukan itu yang diharapkan dari Farhan. Pilu mula beraja di hati.
"Farhan, I have to ask you something. Be honest will you?" ujar Batrisya. Dia mahu meleraikan kekusutan itu.
Farhan menatap wajah itu. Wajah yang amat dirinduinya.
"apa dia? Tanyalah."
"err, about Qistina and my self. Do you see Qistina in me?"
Farhan tidak menjawab soalan itu serta-merta. Cuba memikirkan jawapan sebaliknya namun gagal.
"yes, I see Qistina in you, from the first time I saw you."
"do you happen to have developed feelings for me because of our identical face and personality?" jujur Batrisya bertanya. Dia perlu tahu.
Farhan tersentak. Dipandang seraut wajah itu. Wajah yang amat dahagakan kepastian.
"Batrisya, saya…."
"Farhan, yes or no?" tegas suara itu. Farhan tergamam.
"yes, that’s true enough." Akhirnya dia berlaku jujur. Batrisya melepaskan keluhan kecil. Sepi seketika.
"then, why would you let me go to farid?" perlahan suaranya. Ada sebak di hujung nada itu. Farhan merenung dalam mata itu, seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Batrisya, you can’t be like this, you….."
"yes I know. I’m his fiancée but I have never loved him. Farhan, why won’t you fight for me? For your feelings?" air mata mula membasahi pipi. Farhan mula serba-salah melihat gadis itu mula teresak-esak.
"Batrisya, I don’t love you but I love Qistina. I can’t take you when I myself am not sure whether I’m being sincere with you or not." Terang Farhan. Akhirnya, dia sendiri keliru dengan kenyataannya.
"but I don’t mind Farhan. I know what I want. I feel it with you. Please Farhan, take me with you." Rayu Batrisya. Dia sudah tidak berfikir secara waras. Farhan melepaskan keluhan berat.
"Batrisya, I’m sorry. This is just not right. You must return to farid, he loves you with all his heart. You must learn to love the person who loves you. I’m sorry. I have got to go." Lantas
Farhan bingkas bangun meninggalkan Batrisya yang masih teresak-esak.
Sebaik sahaja Farhan masuk ke dalam keretanya, dia menghentak sterengnya sekuat yang mungkin. Kecewa dengan kata-katanya sendiri. Batrisya, maafkan aku. Aku tidak sanggup melukakan Amir sahabatku. Dia tewas. Air mata lelakinya tumpah juga akhirnya.
*********
Batrisya diandam cantik. Tema hijau pucuk pisang menyerlahkan lagi keayuannya. Mulai hari ini, dalam hidupnya Cuma akan ada farid. Keadaan dirinya yang yatim piatu dan sebatang kara membuatkan dia bertambah sedih. Batrisya sayu mengenangkan dalam sejam dua lagi dia akan menjadi milik lelaki itu. Farhan, aku doakan kebahagiaan kau. Air matanya menitis lagi.
Sementara itu, Farhan sendiri gundah di lapangan terbang. Penerbangannya akan berlepas dalam sejam lagi. Ingatannya kembali pada Batrisya. Dia keliru. Semakin masa penerbangannya menghampiri, semakin ingatannya pada Batrisya dan kata-katanya tempoh hari menguasai pemikiran Farhan. Dia bangun dan duduk, berjalan dan berhenti. Mundar-mandir memikirkan tindakannya hari itu. Kecewakah dia? Bodohkah aku kerana melepaskan cintaku untuk kali kedua? Pengumuman yang memanggil para penumpang Malaysia Airlines ke Jepun mula kedengaran. Farhan meraup wajahnya.
Batrisya tersentak apabila telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Melihat nama pemanggil, hatinya berdebar-debar kuat.
"helo Farhan." Debaran makin terasa.
"Batrisya, tunggu saya. Saya akan datang ambil awak." Seakan mimpi, Batrisya mematikan talian. Benarkah apa yang didengarinya?
Dia bingkas. Bagaimana dengan farid?
Tanpa memikirkan kesan tindakannya, Batrisya berlari keluar dari bilik pengantin yang terhias cantik itu. Dia menuruni tangga dengan pantas. Para tetamu yang hadir mula kehairanan melihat pengantin perempuan keluar dari biliknya sebelum dipanggil. Farid @ Amir yang sudah bersedia kehairanan melihat kelibat Batrisya yang tergesa-gesa mahu keluar dari rumah itu.
"Batrisya!" Batrisya menoleh.
"farid." Farid menghampiri Batrisya yang kelihatan serba salah. Tetamu sudah mula mengerumuni mereka. Hairan melihat adegan itu.
"awak nak pergi mana? Akad nikah dah nak mula tak lama lagi."
"farid, I’m so sorry. I can’t marry you. I don’t love you." Teragak-agak Batrisya bersuara. Orang ramai yang mendengar mula berbisik antara satu sama lain.
"what?" farid tersenyum sumbing. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"farid, I’m so sorry. I have someone else and I love him. Please forgive me." Pantas Batrisya menoleh mahu meneruskan langkahnya apabila tangannya direntap kuat. Farid mula menyinga.
"just like that? I knew this day will come. I knew it! It’s Farhan right? I can’t believe it. This is actually happening! To me!" Batrisya meronta-ronta mahu melepaskan tangannya. Dia mula kesakitan.
"kau ingat kalau aku tak dapat kau, kau akan dapat bersama dia? Jangan harap Qistina!" Batrisya tersentak. Qistina?
Tanpa berlengah, Amir menarik tangan Batrisya menuju ke keretanya sebelum memaksa Batrisya masuk. Batrisya yang masih tergamam tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Farid turut masuk lalu dia memandu kereta itu pergi meninggalkan majlis yang tidak akan jadi itu.
"kau dengan Farhan memang bodoh. Kau ingat satu kebetulan ke semua ciri-ciri Qistina ada pada kau? Sebabnya Cuma satu. Kau ialah Qistina. Lepas letupan tu, kau dah dijumpai tapi ingatan kau hilang. Pastinya itu peluang baik untuk aku kan? Selama ni, aku memendam perasaan aku pada kau, melihat saja kemesraan kau dengan dia sedangkan aku yang kenal kau dulu. Kenapa kau tak pernah Nampak aku qis? Kenapa?? Aku yang hadir dalam hidup kau dulu, tapi kau pilih dia qis! Kecewa hati aku melihat kau dengan dia! Dan kali ni, bila kau dah jadi Batrisya pun kau masih nak pergi pada dia! Susah payah aku sorokkan kau dari dia. Huh! Nampaknya, takdir kita memang tak sama. Tapi kau jangan ingat kau boleh pergi pada dia qis! Aku takkan benarkan Farhan kalahkan aku untuk kali kedua! Takkan!" pedal minyak ditekan kuat. Batrisya yang sudah mula menangis teresak-esak menjerit kuat apabila melihat sebuah lori meluncur laju ke arah kereta yang mereka naiki.
**********
Farhan berteleku di kubur yang masih merah itu. Amir telah mendapat balasannya. Aku maafkan kau wahai sahabatku. Semoga kau tenang di sana. Pantas dia mengatur langkah mahu ke hospital pula. Qistina masih koma sejak kemalangan itu. Ya, Batrisya ialah Qistina yang hilang ingatan. Itulah yang sempat diberitahu Amir sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Biar kenyataan itu menggembirakannya, namun dia telah kehilangan seorang sahabat yang dipercayainya. Sungguh tidak disangaka Amir berhati keji. Ya Allah, aku berserah kepadaMu. Hanya engkau yang mampu membalas perbuatan seseorang.
*********
Farhan merenung sekujur wajah yang bersih itu. Hari itu, sebaik dia hampir tiba di rumah berlangsungnya majlis mereka, dia ternampak kereta Amir dibawa laju lantas dia memusingkan keretanya dan mengekori mereka. Namun resah hatinya bertambah parah apabila dia melihat kereta itu bertembung dengan sebuah lori. Kereta itu terbalik dan berpusing-pusing di atas jalan. Farhan pantas berhenti dan keluar dari kereta. Dia mahu menyelamatkan Batrisya.
Bersusah-payah dia menarik Batrisya yang berdarah di muka dan badannya keluar dari kereta. Baju pengantin yang dipakainya sudah tidak kelihatan serinya. Farhan memeluk Batrisya.
"Batrisya, tabahkan dirimu. Kau akan selamat." Bisiknya kepada Batrisya yang sudah tidak sedarkan diri.
Dan kini Batrisya @ Qistina masih tidak sedarkan diri. Farhan bimbang. Sudah 3 hari Qistina koma. Pantas Farhan ingatkan Yang Maha Berkuasa. Lantas dia mengambil wudhu’ lalu dikerjakan solat hajat memohon kesejahteraan Qistina. Disambungnya pula kepada bacaan yasin. Usai membaca yasin, dia kembali menghadap wajah itu.
Tiba-tiba, Qistina membuka matanya.
"sedap suara awak. Dah lama saya tak dengar awak mengaji."Farhan terkedu. Qistina sudah kembali! Alhamdulillah. Tak putus-putus dia mengucap syukur. Direnung wajah itu sepuas-puasnya.
"saya minta maaf sebab tak tunaikan janji saya hari tu. Saya tak balik semula pada awak." Ujar Qistina sebak. Farhan menggeleng-geleng perlahan.
"shh, jangan cakap macam tu. Awak tak bersalah." Farhan memujuk. Air jernih mula mengalir menuruni pipi Qistina.
Dalam diam Farhan memanjatkan syukur. Ingatan Qistina telah pulih seperti mana yang diramalkan oleh doktor kesan hentakan semasa kemalangan tersebut.
"saya minta maaf. Kalau saya tak pergi hari tu, kita takkan jadi macam ni." Ujar Qistina lagi. Kesal.
"qis, yang penting awak dah balik pada saya dengan selamat. Yang sudah tu jangan difikirkan lagi ok?" pujuknya lagi. Dia juga terharu. Tidak percaya dihadapannya itu kini Qistina. Qistina yang mengingatinya. Qistina yang menyayanginya sepenuh hati.
"qis, saya dah ambil keputusan. Lepas awak keluar, kita akan kahwin. Ok? Percayalah, kisah kita takkan tamat tanpa izinNya Qistina." Qistina tergamam. Air matanya bertambah laju. Tidak percaya kebahagiaan akhirnya milik mereka. Dan Farhan turut tersenyum bahagia. Semoga Allah merestui kita….
MUNGKIN inilah sifat semula jadinya. Anugerah yang diberikan kepadanya. Tiada siapa tahu dan tiada seorang pun akan tahu apa penderitaan yang di hadapinya. Itulah azalinya manusia yang hidup di bawah bumi yang berbelah dua. Bumi yang ada satu baginya tidak cukup untuk meneruskan hidupnya. Sikap manusia yang mempamerkan kebodohannya juga dianggap kecurangan terhadap dirinya sendiri. Ini sikap tidak adil dipandang sebelah mata. Orang akan menganggap dia gila, tapi gila apa? Mengapa dia gila? Adakah sejak lahiriahnya kehidupannya seumpama ini?
Kelibatnya setiap hari memperwatakkannya seperti orang biasa. T-Shirt biru tua lengan pendek dan seluar paras lulut compang-camping disamping sebilah parang diikat dipinggangnya masih belum bertukar sejak dulu lagi. Mungkin T-Shirt biru tua lengan pendek dan seluar paras lulut compang-camping disamping sebilah parang diikat dipinggangnya tidak pernah disentuh air buih yang wangi. Kepalanya dibiarkan saja botak, jika ada tumbuh sehelai dua helai rambut akan dicabut dan mengeluarkan rasa gatal kepalanya akan digaru-garunya. Mulutnya kumat-kamit mengeluarkan air merah cair memang kebiasaannya. Giginya yang sudah kehitaman dan seperti tunggul-tunggul kayu berhunjaman memapak sirih dan pinang muda yang diambilnya dari laman rumah. Kebun-kebun dan pohon-pohon buah peninggalan arwah ibu bapanya memang banyak, hasilnya dijual di gerai pondok buatannya sendiri. Buah-buah pisang, buah pinang, buah nangka, buah cempedak yang masih kehijauan akan kelihatan di sudut gerai pondok buatannya. Mungkin orang ramai yang melihatnya tidak pernah tahu nasib penjual di gerai pondok buatannya sendiri.
Aku masih waras berfikir, inilah kehidupan yang patut diambilnya. Mungkin usianya kini dalam lima puluhan yang aku agak-agak. Di zaman kanak-kanaknya juga sudah ada ciri-ciri yang dia ada sekarang. Aku masih ingat lagi. "Mat.. pulangkan gojoh ibu.. pulangkan..". Seorang ibu berkelahi dengan anaknya memperebutkan gojoh pinang yang selalu dipakainya untuk melumatkan pinang dengan sirih. Memang diusia kanak-kanak paling suka menyeloroh orang tua. Begitulah yang dia ada. Apabila diusik dia marah, dia akan memberontak dan akan menghentak besi atau parang kepada sesiapa yang mengganggunya. "Nak.. Cepat masuk rumah, ada orang gila...", kedengaran suara jiran sekeliling dari laman rumah. Semua pintu dan tingkap rumah sekeliling ditutup rapat. Namun aku cuba mencuri-curi pandang dari celah-celah lubang kecil dinding rumah kayu kepunyaan ibu bapaku. Kulihat ada beberapa orang polis membawanya pergi meninggalkan rumahnya, kedua belah tangannya digari dengan rantai besi. Oh! Betapa malang sungguh nasibnya, usia begini sudah hidup terpenjara.
Selang seminggu, dia dibawa pulang ke rumah. Ibunya tidak menyambutnya dengan riang, malah memaki-maki dan menyumpah-nyumpah. "Anak sial! Mengapa kau tidak hidup selamanya di penjara tu?", suara seorang ibu yang mengesali kehadiran anak yang dianggapnya gila. Kehadirannya kini di kampung yang permai sudah tidak lagi seperti biasa, hidup gotong royong antara jiran terdekat semakin kurang dengan adanya kehadiran orang yang dikatakan gila. Namun tiada siapa yang tahu mengapa dia dikatakan gila. Memang sukar difahami, mengapa akal fikirannya tidak waras? Sedangkan pekerjaannya adalah amal kebaikan yang dilakukannya setiap hari hanyalah untuk mengisi perutnya yang kosong dengan menjual buah-buahan yang mentah yang sepatutnya belum dipetik lagi. Tapi ada sikap orang memandang belas, mereka terpaksa membelinya dengan harapan dia akan boleh hidup dengan wang yang dia ada atas jualannya sebegitu rupa. Hatinya memang riang sekali bila mendapat wang yang hasil dari keringatnya. Dia akan kejarkan wang ke kedai runcit berhampiran rumahnya. Dia akan beli apa saja sesuka kemahuannya. Dia beli minyak wangi. Untuk apa minyak wangi baginya? Walau sebotol sehari disemburkan ke suluruh badannya, tidak mungkin akan menghilangkan baunya yang busuk yang tidak pernah mandi bertahun-tahun hidupnya. Mungkin dia suka-suka membelanjakan wangnya. Kelihatan dari segaknya tiada rupa yang menawan. Anggapan orang kampung sekeliling yang sudah tahu tabiatnya membiarkan begitu saja. Dia tidak mengganggu orang, dia cukup senang sekarang dengan kehidupan yang dia ada. Walau hanya sekadar makan nasi berlaukkan ikan masin, sudah cukup baginya. Jiran-jirannya yang sudah tahu dengan keadaannya akan bersedekah nasi bungkus dan makanan setiap hari kepadanya dengan tidak susah-susah memikirkan untuk mencari makan. Dia cuma tahu makan, tidur, berak, kencing dan membuat pekerjaan yang dianggapnya dia suka. Begitulah kebodohan yang dia ada.
"Mat.. Kalau kau nak makan, nasi ada di dapur," suara seorang perempuan yang juga sebayanya mengarahkan untuk mencari makan sendiri. Kelibatnya kelihatan lagi dengan T-Shirt biru tua lengan pendek dan seluar paras lulut compang-camping disamping sebilah parang diikat dipinggangnya. Dia memberikan senyuman ringan. Aku turut terharu ke atas nasibnya. Sekarang dia hanya tinggal di sebuah rumah besar bersama kakaknya yang sekarang masih belum ingin berumah tangga. Nasib baik kakaknya ini masih sanggup menyara hidupnya disamping dia melakukan pekerjaan yang dia suka. "Mat, lepas makan pergi kau ambilkan kakak buah kelapa tua, kau buka kulitnya sekali."
Begitulah sikap kakaknya yang sering mengarah adiknya ini tanpa sebarang bantahan. Dia tidak pernah membantah apabila disuruh, walaupun pandangan orang dia seorang gila, tapi akal dan fikirannya masih waras, suka membantu dan menolong orang jika diperlukan. Inilah jadi tanda tanya pada diriku bila aku sering melihat kelibatnya dengan T-Shirt biru tua lengan pendek dan seluar paras lulut compang-camping disamping sebilah parang diikat dipinggangnya di tepi jalan dekat gerai pondoknya. Dia akan duduk sambil termenung. Wajahnya didongakkan ke langit, merenung nasib seterusnya. Mungkin kehidupan di luar sana lebih meriangkan. Di telusurinya sebuah demi sebuah kereta yang berpusu-pusu di hadapan gerai pondok buatannya. Mungkin dia berangan memandu sebuah kereta, tapi kereta jenama apa? Ah! Tidak mungkin kakaknya akan membenarkannya. Orang anggap dirinya gila mana boleh memandu, hendak mendapatkan lesen memandu pun mesti ada sekolah. Sekolah pun dia tidak pernah, apalagi memegang pensil dan buku-buku pelajaran.
Suatu hari keinginannya untuk belajar membuatkan kakaknya terkejut. Kakaknya marah kerana bilik tidurnya digeledah. Disebabkan sebatang pensel dan kertas membuatkan hati kakaknya marah padanya. Dia hanya mampu senyum dan tidak pandai menyusun kata. Dia hanya angguk dan geleng. "Mat.. kau ni sudah tua, tidak perlu lagi belajar menulis, kau usahakan saja kebun buah-buahan arwah ibu bapa kita ni." Dia sedar, memang orang gila seperti anggapan semua orang dia tidak perlu menulis. Untuk apa menulis? Kalau sudah kategori dikatakan gila, sampai bila-bila orang panggil gila. Memang sudah nasibnya dan tidak mungkin akan ada orang menyebelahinya. Apalagi diberi kasih sayang. Sejak kecil, ibu bapa, adik beradiknya dan ahli keluarganya tidak pernah memberikannya kasih sayang. Sejak merah tapak kaki mungkin dia sudah ada tanda-tanda bakal seorang anak yang gila yang tidak pernah dimintanya. Inilah nasibnya yang telah diabaikan oleh orang tua dan keluarga, padahal jika dikaji sedari awal, psikologinya tidak terlalu mendalam, hanya orang-orang yang tidak mengerti akan hidupnya ketika masih kecil. Mengapa mereka tidak bertindak sedari awal untuk memenuhi jiwaku yang mungkin dapat hidup seperti orang lain yang punya hati dan perasaan, hidup dengan kemewahan, berpendidikan, punya keluarga, dan aku hanyalah seorang gila yang akan menjadi orang gila seterusnya hingga ke nafas terakhirku. Siapa patut dipersalahkan? Mengapa dia gila?
Azam memandang sekeliling. Nafasnya ditarik perlahan. Dia merasai kembali sebuah ketenangan yang pernah menjadi sahabat baiknya. Sebelum hidupnya menjadi gelap. Hidupnya dahulu tenang dan damai, setenang air di parit yang menjadi tempatnya bermain dengan rakan-rakan. Dengan Zahid, Fahmi, dan Arif. Rindunya kenangan dahulu. Bermain di kebun, mengejar ayam dan itik. Membantu ayah di sawah. Membanting padi. Kenangan dahulu satu persatu diputar kembali. Alangkah indahnya hidup jika apa yang difikirkannya kala ini menjadi kenyataan. Alangkah bagusnya jika kenangan itu boleh diulang kembali. Pasti hidupnya tidak akan samar-samar seperti sekarang. Sekiranya diberi peluang kedua, dia akan mengubah masa itu. Namun dia tahu, angan-angan itu hanya tinggal angan-angan.
Hakikatnya amat pahit untuk ditelan. Ketenangan kampung ini bukan lagi miliknya. Azam pasti kepulangannya tidak dinanti. Ibu dan ayah telah meninggal setelah pemergiannya yang tidak direla itu. Ibu tidak rela, begitu juga ayah. Lantas kedua-duanya dijemput Ilahi, 2 tahun selepas pemergiannya. Tujuan utamanya sekarang, walau dia tahu, namanya mungkin sudah dilupa, wajahnya mungkin sudah tidak mahu diingat orang kampung, dia perlu pulang. Demi amanah ibu dan bapa yang tercinta. Yang satu masa dulu amat terluka dengan perbuatannya. Azam sebak. Maafkan azam, ayah, ibu. Kebun dan sawah, tetap miliknya sebagai anak tunggal. Walau dia punya ayah saudara, namun dia pasti, dia pasti tidak diakui saudara. Mereka tidak salah. Dia yang salah. Dia bersalah.
Dia meneruskan langkahnya. Tanpa disedari, ada mata-mata yang memerhatikan. Azam dah pulang. Bisik hati itu sendiri.
Dari kejauhan, atap rumahnya sudah kelihatan. Rumahku, syurgaku. Sepatutnya ungkapan itu dipegang dari dahulu. Azam sedar, sesalannya akan mengaitkannya dengan semua perkara yang ada dalam hidupnya kini. Tapi itulah harga yang perlu dibayar. Dia sudah bersedia. Sebaik diberitahu dia dibenarkan pulang, dia sudah menetapkan azam. Menguatkan hati untuk semua perkara yang bakal berlaku rentetan kepulangannya. Tapi, bersediakah dia?
Rumahnya usang. Jika diikutkan perkiraannya, sudah 2 tahun rumah itu tidak berpenghuni. Aku akan mengi’marahkanmu kembali. Janjinya pada diri sendiri.
Azam tergesa-gesa keluar dari bilik. Bunyi ketukan bertalu-talu di luar rumah mengejutkannya yang baru habis mengerjakan solat Isya’. Penat masih terasa lantaran mengemaskan rumah seharian. Mujurla kebiasaannya membuat kerja berat membuatkannya tidak mudah letih.
Selak pintu dibuka. Dia dapat menangkap pandangan 4 pasang mata sebaik daun pintu dibuka sepenuhnya. Dia mengukir senyum ikhlas biar wajah dihadapannya seakan tidak mengharapkan senyum itu.
"oh, tok imam, pak long. Arif, fahmi, silalah masuk. Sila." Pelawanya ikhlas seraya menguak daun pintu seluasnya. Aku sudah bersedia. Dia berbisik sendiri. "hah, kan sy dh ckp tok imam? Si jahanam ni dah balik ke sini semula. Nak buat kacau lagi." Sinis suara itu. Arif senyum sumbing. Dialah yang mengetahui kepulangan azam pagi tadi. Dia juga yang membawa mereka yang lain ke mari. Azam senyum tawar. "ish, kamu ni arif. Cakap tu biar berlapik. Tak baik bising-bising kat luar rumah ni. Kot ye pun kita naik dulu. Jom." Tegur tok imam lantas memanjat tangga rumah azam. Yang lain menurut. Huluran tangannya hanya disambut tok imam. Azam terpandang wajah pak longnya. Sayu. Pilu bila saudara sendiri menyisihkan. Sabarlah wahai hati. Ini balasan untukmu.
Sebaik semuanya duduk, azam turut melabuhkan punggung. Inilah mahkamah dunia untukku. Aku harus menghadapinya demi syurgamu ya Allah. Azam berdoa sendiri.
"sebelum tu, saya mintak maafla semua. Saya tak sempat nak beli apa-apa lagi untuk rumah ni. Tak ada apa yang tinggal. Jadi, tak ada apa lah yang dapat saya sediakan. Kalau datang lagi lepas ni, insyaAllah, dah penuh la dapur tu." Ramah azam. Tok imam tersenyum. Arif mencebik. "jangan harap kami datang lagi!"getus arif. Biar perlahan namun didengar semua. Azam senyum lagi. "arif. Jaga kelakuan kamu." Tegur tok imam lagi. Tok imam berdehem kecil. Azam menanti sabar hukuman yang akan dijatuhkan sebentar lagi. "azam, bila kamu keluar penjara?"lembut suara itu bertanya. Debaran makin terasa.
"semalam tok. Dibebaskan sebab berkelakuan baik." Terangnya. Dengusan kecil kedengaran. Azam senyum lagi.
"ooh, Alhamdulillah. Tok pun risau tengok rumah arwah ayah kamu ni, terbiar je. Dulu tok ada jugak mintak mak aji tolong kemas-kemaskan, tapi dia pun dah tak larat sangat sekarang. Tok mintak maaf la azam. Tak jagakan rumah ni untuk kamu."
"tak apa tok. Rumah ni tak dirobohkan pun saya dah bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya, masih ada tempat berteduh untuk saya kat sini."
"jadi kamu memang berhajat untuk terus tinggal di kampung ni? Bagus la, tanah kamu pun banyak. Sekurang-kurangnya, ada juga pengusahanya. Yang dah lepas tu, biarkan lah berlalu. Kita pandang ke hadapan. Semua orang perlu diberi peluang kedua. insyaAllah, masa akan menyembuhkan segala-galanya. Tok pun harap kamu benar-benar akan mengambil peluang ini untuk membersihkan kembali nama kamu, nama keluarga kamu. Betul kan Dollah?" pak long Cuma diam. Tiada jawapan. Azam terharu. Sebak hati bila masih ada yang mahu menerimanya dan menyokongnya.
"dollah, dia ni anak saudara kamu jugak. Jangan lah diputuskan persaudaraan sekiranya ada usaha untuk menyambungnya. Ingatlah, nama baik tak dibawa ke kubur. Amalan juga yang dikira. Sekiranya kita bertaubat bersungguh-sungguh dan bertekad ingin membetulkan segala kesalahan, insyaAllah, besar ganjarannya kelak. Kita yang pada pandangan masyarakat ni dilihat sebagai yang baik haruslah benar-benar berakhlak baik. Maafkanlah yang bersalah. Memaafkan itu kan amalan mulia." Menusuk bicara tok imam ke dalam hati-hati yang hadir. Masing-masing berteleku.
"saya sememangnya ingin meminta maaf kepada semua atas segala kesalahan dan kekalutan yang telah saya timbulkan dahulu. Saya benar-benar menyesal. Jika saya diberi peluang kedua, insyaAllah. Tidak akan saya sia-siakan. Tujuan saya pulang hanya satu. Mengembalikan kepercayaan orang kampung dan juga menjaga amanah arwah ayah dan ibu saya. Di sini saya lahir, jika boleh, di sini juga saya ingin dikebumikan. Sekiranya ada yang tidak senang dengan kepulangan saya, saya faham. Saya juga faham yang usaha saya ini mungkin akan memakan masa yang hanya Allah saja yang tahu tapi saya redha kerana saya tahu, inilah balasan yang harus saya pikul atas dosa-dosa saya dahulu. Saya Cuma mengharapkan sokongan kalian, jika tidak boleh menyokong terus, tak mengapa lah. Saya akan tunggu saat di mana saya dimaafkan dan diterima kembali. Saya percaya, jika saya bersungguh-sungguh, kalian akan tahu juga bahawa saya berkata benar. Biarlah masa sahaja yang menjadi penentunya."
"bagus lah kalau macam tu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. insyaAllah. Amanlah hidup kita. Oh ya, sempena kepulangan kamu ni, tok nak buat kenduri sikit, tanda kesyukuran. Kamu datang ya. Esok, lepas Zohor, di rumah tok. Lagi bagus kalau kamu datang berjemaah di surau esok. Boleh langsung ke rumah saja." Azam terdiam. Surau. Kenangan hitam terusik kembali. Namun dia tetap terharu dengan sokongan yang diberikan oleh tok imam yang sememangnya dihormati di kampungnya itu.
"insyaAllah tok. Saya pasti datang. Terima kasih banyak-banyak tok." Dia memberi janji. Peluang yang dinanti sungguh tidak disangka datang secepat itu. Mungkin berkat sabarnya dan taubatnya semasa di sebalik tiang besi dulu. Alhamdulillah.
"oklah azam. Kamu mesti penat. Biarla kami beransur dulu. Rehatkan diri kamu. Esok hari penting untuk kamu."tok imam mengingatkan. Semuanya sudah berdiri. Azam merapatkan diri dengan pak longnya. Teragak-agak tangan dihulur dan di luar jangkaannya, tangan itu bersambut lantas diciumnya. Rindu kepada ayahnya tiba-tiba terasa. Dollah masih diam. Tok imam yang memerhati Cuma tersenyum.
"pak long, maafkan azam. Azam dah berubah pak long" pak longnya Cuma mengangguk. Lantas tangannya dilepaskan. Azam puas kerana dia tahu, peluangnya sudah terbuka. Dia tidak akan mensia-siakan harapan mereka.
Fahmi pula dirapatinya.
"mi, maafkan aku." Ujarnya perlahan. Fahmi mengangguk. Masing-masing tersenyum dan mereka berpelukan. Erat. azam melirik arif yang sudah berjalan menjauhi yang lain. Fahmi yang menyedari lirikan itu Cuma mengeluh. Dia mengerti, bukan senang menuntut pengorbanan.
"biarkan dia dulu. Nanti dia ok lah tu." Ujar fahmi menenangkan. Azam mengangguk.
"aku tau, lagipun, semua ni berpunca dari aku. Kalau tak, kita takkan jadi macam ni. Kita masih berempat." Ada titis air mata memenuhi kolam matanya. Fahmi diam kembali.
"zam, aku rasa kau tak tau lagi berita ni. Zahid…dia dah meninggal tahun lepas, barah hati. Aku mintak maaf sebab tak khabarkan pada kau awal-awal." Azam tersentak mendengar berita itu.
"Innalillahiwainnailaihirajiuun...."jawab azam perlahan. Tidak disangka sahabatnya itu telah pergi dulu meninggalkan mereka. Terkilan kerana perpisahan untuk selama-lamanya itu menyaksikan dia membelakangi sahabatnya.
"azam, kami beransur dulu. Kita jumpa esok ya. Assalamualaikum." Rombongan kecil itu melangkah pergi dan hilang dalam samar malam.
"waalaikumussalam." Jawabnya seraya mebuhkan punggung di anak tangga. Kepalanya berselirat dengan berita yang baru diterima. Zahid, aku harap aku dah mendapat kemaafan darimu sebelum kau pergi untuk selama-lamanya. Semoga kau berbahagia di sana. Azam mendoakan. Tulus. Sebak. Ya Allah, matikanlah hambamu ini dalam iman. Sempat dia menitip doa untuk diri sendiri.
Keesokan harinya, dia ke surau yang kelihatan baru. Ada kekesalan timbul dihati tatkala melihat binaan surau yang hampir keseluruhannya baru. Mata-mata yang ada memandangnya. Masing-masing mempamerkan perasaan bercampur-baur. Dia tahu ada yang jelik, benci, marah dan banyak lagi kepadanya namun dia cuba berlagak biasa. Fahmi yang baru tiba menghampirinya dan mereka duduk bersebelahan. Azan masih belum dilaungkan.
"mi, aku menyesal sebab teguk air haram tu. Bila tengok surau ni, aku sedih sangat. Aku dah berdosa pada semua. Aku berdosa mi." ujar azam penuh penyesalan.
"sudah la zam. Ada hikmahnya apa yang berlaku. Macam ni, kita dapat surau yang baru, yang lebih bagus. Kalau kau tak bakar surau ni malam tu, mungkin kita masih guna surau yang dulu, yang serba-serbi kekurangan. Betul tak? Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur kau dah kembali ke pangkuan kami. Seperti kata tok imam, yang sudah tu jangan diingatkan lagi. Terus pandang kehadapan dan perbaiki diri kita. InsyaAllah, hidup lebih aman."
"terima kasih mi kerana menenangkan aku. Kau memang sahabat sejati dunia akhirat. Tapi mi, aku nak tau satu perkara. Sebelum zahid meninggal adakah dia dh maafkan aku?"
"aku mintak maaf zam. Aku tak pasti tentang hal tu. tapi yang aku tau, dia Cuma berharap kau menyesal dengan tindakan kau dan bertaubat. Itu yang kerap dia ulang zam. Pada hemat aku, dia pasti sudah maafkan kau. Jika kita bersungguh-sungguh, insyaAllah. Jangan la kau risaukan sangat."
Serentak itu, azan dikumandangkan tok bilal. Mereka menghayati azan sehingga habis sebelum mengerjakan solat sunat. Usai solat sunat, solat zohor pula dikerjakan berjemaah. Azam merasa tenang kembali. Sebaik doa habis dibacakan tok imam, semua jemaah dijemput ke rumah tok imam untuk kenduri kesyukuran sempena kepulangan azam.
Azam, fahmi, tok imam serta jemaah solat beriringan ke rumah tok imam yang letaknya tidak berapa jauh dari surau. Rumah itu meriah sedikit. Beberapa orang kaum hawa sibuk keluar masuk menyediakan hidangan. Kanak-kanak berlari riang. Tiba-tiba, seorang kanak-kanak perempuan menghampirinya. Bajunya ditarik.
"ayah, ayah, dia kacau saya." Ujar suara halus itu. Azam tersenyum sebelum dia duduk mencangkung di hadapan kanak-kanak itu. Wajah mulus itu ditenungnya. Rambutnya dielus.
"adik nama apa?"
"farah hani"petah dia berbicara. Umurnya mungkin dalam lingkungan 4 tahun. Teka azam sendiri.
"ayah dengan mak mana?"
"ni lah ayah, mak dengan nenek masak. Mak suruh farah keluar. Farah keluar la."
"azam." Fahmi yang masih setia di sisinya menyampuk.
"farah anak arwah zahid, zam." Suara fahmi perlahan. Azam tersentak. Anak kecil ini sudah yatim rupanya. Ah! Sukarnya meneka masa depan. Kasihan dia. Simpati azam. Aku juga sudah yatim piatu. Itulah hakikatnya.
"adik nak pakcik jadi ayah adik?"Tanya azam ikhlas. Aku rela jika itu akan memberikan seulas senyum di wajah mulus itu. Juga untuk sahabatku.
"nak. Saya suka ada ayah. Ayah saya dulu pun baik. Baik sangat. Dia selalu main dengan farah. Ayah tak pernah marah. Tapi mak kata ayah dah pergi jauh. Kami tak boleh main macam dulu."lancar dia berbicara. Azam tunduk, ada pilu menyayat hatinya.
"baiklah, kalau macam tu, farah dah ada ayah mulai sekarang. Ayah takkan tinggalkan farah. Ayah janji."
"farah!" suara nyaring memanggil dari kejauhan. Azam mengangkat mukanya. Wajah itu! Perasaannya mulai tidak tenteram. Sudah lama dia tidak menatap wajah itu. Tapi, apa kaitan dia dengan farah? Dan zahid? Mungkinkah…
"mak, farah dah ada ayah!" kanak-kanak itu berlari ke arah empunya suara. Azam terkedu. Mata itu juga memandangnya tidak lepas.
"azam." Namanya meniti di bibir itu. Teragak-agak juga pada mulanya. Ada riak tidak suka dengan pertemuan itu.
"faridah. Apa khabar?" tutur suaranya tersekat-sekat. Seakan ada batu di kerongkongnya. Terimalah hakikat azam. Kau bekas banduan. Memang dia patut mencari yang lain, yang lebih layak dengannya.
"err, farah comel. Takziah atas pemergian zahid." Tuturnya lagi. Faridah menunduk. Sebelah tangannya menggenggam erat tangan kecil farah.
"hmm, farah memang comel. Idah minta maaf, dia panggil azam ayah. Sejak zahid pergi, dia asyik menyebut-nyebut tentang ayahnya saja."
"eh, tak apa. Dia tak faham apa-apa lagi. Janganlah halang dia. Zam tak ambil hati." Faridah tersenyum tawar. Hakikat itu tiada yang tahu, azam.
"idah pergi dulu. Mak dah tunggu." Ujarnya lagi. Azam mengangguk separuh rela.
"jom sayang."
"tapi ayah?" faridah menarik nafas. Sesak mendengar panggilan itu.
"Farah, ini pakcik, bukan ayah. Pakcik, sayang." Dia mendengar faridah membetulkan sebutan itu. Azam masih terkedu. Jika kenyataannya bukan seperti sekarang, anak ini pasti anaknya, dan faridah tidak akan menjanda. Mereka sekeluarga akan bahagia. Dia mengeluh perlahan. Faridah….
Kenduri di rumah tok imam berjalan lancar biar ramai yang menyatakan ketidaksanggupan mereka menerima azam kembali. Cuma sebilangan sahaja yang menyatakan penerimaan mereka. Azam tetap bersyukur. Bersyukur masih ada yang menerimanya. Itu lebih baik dari jangkaannya.
"dia bakar surau kita. Dia patut dihalau."
"dia rompak kedai saya. Perompak macam ni patut kekal dalam penjara."
"mak dengan ayah dia pun sakit jiwa, sampai ajal dah pun. Ibubapanya pun dia boleh buat macam tu, apatah lagi kita?"
"betul ke dia dah menyesal? Entah-entah hangat-hangat tahi ayam je. Mungkin lepas ni lebih teruk lagi, mana kita tahu?"
Suara-suara itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Azam mengeluh kecil. Sekali berdosa, terpalit selama-lamanya. Azam akur. Dia Cuma mampu berdoa, semoga esok masih ada untuknya.
Dia mengerjakan kebun seperti biasa. Sawah juga dikerjakan. Jika selama dia tiada pak ali yang mengerjakannya, kini, tugas itu diambil alih olehnya kembali.
Hari itu, sedang dia berjalan pulang dari kebun, suara kecil itu kedengaran lagi.
"ayah! Ayah!" azam menoleh. Terkedek-kedek si kecil itu berlari ke arahnya. Faridah di belakang tersenyum tawar. Ada riak tidak senang mendengar panggilan itu.
"oh, farah. Ayah ingat siapa tadi. Ayah baru balik dari kebun ni. Farah dari mana?" azam melayan si kecil itu.
"farah pergi bangunan putih. Semua orang pakai putih ayah. Semua orang baring. Farah makan gula-gula. Kawan baju putih bagi. Lepas tu, dia pegang-pegang farah. Kan mak?" azam mengerut-ngerutkan dahinya.
"hmm…kami baru pulang dari hospital. Idah amik ubat sikit." Terangnya mahu tak mahu. Satu yang azam pasti, faridah seakan-akan tidak senang dengan pertemuan itu. Azam mengerti.
"oh. Sakit apa?" tanyanya ingin tahu. Apapun, dia pernah menyayangi insan itu sepenuh hati.
"tak ada apa-apa pun. Batuk je. Idah balik dulu. Farah, jom."dia menarik tangan kecil itu pergi. Biar kau berhak azam, aku tidak akan memberi hak itu padamu. Tidak sekali-kali. Faridah bersumpah sendiri.
Malam itu, apabila fahmi datang ke rumahnya, dia mengambil kesempatan bertanya.
"mi, aku ada nak Tanya sikit. Tapi, kau jangan salah anggap kat aku pulak." "apa dia?" "pasal arwah zahid dan faridah." Dia menelan liur. "err, Bila mereka berkahwin?" "oooh, pasal tu. Hmm, sebulan lepas kau dibawa pergi, mereka terus berkahwin. Aku ada juga Tanya pada zahid kenapa macam tergesa-gesa je tapi katanya, dah jodoh. Tak lama lepas tu, farah lahir tapi dengarnya, dia lahir awal sebulan. Kenapa?" "tak ada la, aku Cuma nak tau je." Azam bersuara lemah. Fahmi yang menyedari kekusutan sahabatnya itu menepuk-nepuk bahu azam perlahan. "zam, aku tau kau sedih tapi aku rasa apa yang zahid buat tu bagus. Sekurang-kurangnya, nasib faridah terbela lepas kau hilang entah ke mana. Aku harap kau tak salahkan dia." "eh tak la. Aku faham. Aku sangat gembira bila aku tau faridah tetap bahagia. Walaupun sekarang dia sudah menjanda, tapi dia ada farah. Masih ada ibu dan ayah. Aku tumpang gembira dengan semua tu. Aku bahagia bila dia bahagia mi."ujarnya ikhlas. Fahmi tersenyum senang. Gembira dengan pengakuan itu. "tapi kan, aku heran la. Cepat aja budak tu panggil ko ayah. Pelik. Selama ni dia Nampak aku tak pernah pulak dia tersasul macam tu. Kau tak pelik?" "hmm, budak-budak mi. dia tau apa. Dia terasa nak panggil ayah kat aku, biarlah. Aku tak kisah, sekurang-kurangnya terhibur sikit hati aku." Azam menjelaskan. Tidak langsung dia mencurigai kemungkinan itu.
Semenjak itu, kerap juga dia bertembung dengan farah dan faridah namun acap kali juga faridah seakan-akan tidak rela dengan pertemuan-pertemuan yang tidak dirancang itu. Cuma farah yang akan bersorak-sorak melihat azam. Apabila azam melayan keletah farah, dia tidak menyangka perkara itu mendatangkan kemarahan faridah dan tanpa dijangka suatu hari faridah memberi amaran yang menyentak perasaan azam.
"azam jangan bahasakan diri azam ayah dengan farah. Idah tak suka. Azam bukan ayah dia. Takkan jadi ayah dia, selama-lamanya!" Lantas farah ditarik menjauhi azam. Azam tersentak. Sampai hati faridah. Namun cepat dia sedar kedudukannya di mata itu mungkin sudah berubah, dia tersenyum melindungi pedih di hati. Bersabarlah wahai hati.
Orang kampung juga semakin ramai yang kembali menerima azam. Dia bersyukur kerana masih diberi peluang menjadi sebahagian dari kampung ini. Namun, azam menyedari kekurangan sesuatu. Dia semakin jarang bertembung dengan farah, dan juga faridah. Apa khabar farah? Namun apabila diingatkan kembali amaran faridah, azam meneka-neka kemungkinan faridah sengaja mengelak pertemuan mereka. Ah, biarlah. Namun harus diakui, dia rindukan keletah farah. Azam melepaskan keluhan kecil.
Senja itu, sedang dia membersihkan alatan kebunnya, dia terkejut dengan kedatangan faridah yang amat tidak dijangkanya. Wajah itu resah.
"eh, idah. Kenapa ni?" "zam, idah nak mintak tolong zam. Hanya zam je yang boleh tolong idah." "tolong apa? insyaAllah, kalau zam boleh tolong, zam akan tolong sedaya upaya." Faridah diam. Teragak-agak. "zam boleh datang ke hospital esok? Zam mesti datang, pasal farah." Gelisah bunyinya. "farah? Kenapa dengan farah? Dia sakit ke?" "farah sakit zam. Zam janji, zam datang esok? Idah tak boleh lama ni. Zam datang tau. Jumpa di hospital pukul 9 ya?" "baiklah, zam akan datang. Jangan risau. Pergilah balik, dah senja ni." Faridah mengangguk lantas mengorak langkah pergi. Wajahnya masih cemas dan risau. Azam tertanya-tanya sendiri. Kenapa dengan farah?
****************
"boleh saya tau hubungan encik azam dengan pesakit?" Tanya jururawat itu. Belum sempat dia menjawab, faridah telah mendahuluinya. "dia sepupunya. Nurse, tolongla. Jalankan pemeriksaan sekarang. Saya pasti sum-sumnya sesuai dengan pesakit. Percayalah nurse." Azam terkesima. Apa yang cuba dibuat faridah? "baiklah. Encik azam, sila tanda tangan di sini."arah jururawat itu. Azam keliru. Sebaik tiba kepalanya sudah diasak dengan bermacam perkara. "nurse, sekejap ya." Lantas dia menarik hujung baju faridah menjauhi jururawat tersebut. "idah, kenapa ni? Apa yang idah cuba buat ni? Zam tak faham la." Faridah mengeluh kecil. "zam, farah ada leukemia. Dia perlukan tulang sum-sum, zam tapi darah dan sum-sum idah tak sesuai zam. Sebab tu idah cari zam. Hanya zam yang boleh tolong idah."jelasnya. kesedihan jelas terpancar di matanya. "tapi macam mana idah boleh pasti sampai macam tu sekali? Kalau zam punya tak sesuai jugak macam mana?" azam menjelaskan kegusarannya. Kemungkinan itu terjadi tetap ada. "zam, idah pasti zam. Hanya zam harapan idah sekarang." "idah, jika zahid masih ada, mungkin idah boleh berkata macam tu sebab zahid ayah farah. Bukan zam. Zam takut.." "zam, idah pasti sebab farah anak zam! Bukan zahid!"akhirnya kenyataan itu terkeluar juga. Azam terkesima. Tak mungkin! "idah….apa yang idah merepek ni? Idah jangan main-mainkan zam. Ni bukan hal main-main. Lagipun, macam mana…" "macam mana hal ni boleh berlaku? Zam tak ingat? Zam betul-betul tak ingat? Tapi idah tak salahkan zam kalau zam tak ingat sebab masa tu idah tak kenal langsung zam. Zam dah berubah!" titis air mata mula menuruni pipi itu. Azam tersentuh. Kekeliruan bertambah. "idah, apa yang idah cakapkan ni? Zam tak faham!" "zam, sebenarnya, malam tu…."esakan faridah semakin kuat. Azam terkedu.
*************
Kelihatan sebatang tubuh terhoyong-hayang berjalan di dalam kegelapan. Azam mabuk teruk. Ecstasy yang diambilnya juga masih tidak hilang kesannya. Dia tidak tahu arah tujuannya lagi. Dia Cuma berjalan mengikut rasa hati. Warasnya sudah tidak ada. Tiba-tiba kakinya tersepak batu yang agak besar menyebabkannya tersungkur di atas jalan.
"siapa tu?" faridah bertanya. Dia terdengar bunyi sesuatu. Dia yang baru pulang dari rumah Halimah mulai ketakutan. Menyesal pula pulang selewat ini. Tiba-tiba dia terpandang sekujur tubuh di atas jalan. Pantas dia menghampiri. Azam! "zam, kenapa ni?" hati kecilnya tersentuh. Azam, kau dah berubah! Dia turut merendahkan badan. Memerhati sekujur wajah yang sudah tidak terurus. Wajah yang dahulunya bersih dan tenang. "kau…sapa hah?"Tanya azam. Dia sudah tidak mengenal orang lain. Ingatannya padam sementara. "zam, ni idah la. Zam, kenapa zam jadi macam ni?" sebak mula terasa. "idah…aku tak kenal la. Mana Suzy?" sempat dia mengingat rupa dan tubuh montok suzy di kelab yang baru ditinggalkannya. "aku nak suzy la…"bicaranya sudah tidak jelas. Faridah kecewa melihat jejaka yang dahulu menjadi sanjungannya sudah menjadi rendah martabatnya, lebih rendah dari rumput di muka bumi. Dia serba salah.
Mahu ditinggalkan di sini atau dibawa pulang? Akhirnya dia mengambil keputusan membawa azam pulang. Kemudian dia akan menelefon zahid untuk mengambil azam pulang ke rumah. Hendak dihantar terus terlalu jauh pula rumah azam.
Dengan bersusah payah dia memimpin azam ke rumahnya. Kebetulan pula ibu dan bapanya tiada di rumah pada malam itu. Sebaik sampai, azam dibiarkan di ruang tamu dan dia ke dalam bilik untuk menelefon zahid.
Tanpa disedarinya, azam turut mengikutinya masuk ke bilik namun dia hanya menyedarinya setelah dia habis bercakap dengan zahid.
"eh zam. Keluar la. Nanti zahid datang." "suzy, kenapa kau tinggal aku?" azam menutup pintu bilik. Diselaknya. "zam, apa zam buat ni?"faridah mula gusar. Ini petanda tidak baik. "suzy, kau mainkan aku ke hah?"azam mula merapu bicaranya. "zam, ni idah. Bukan suzy. Zam, keluar la zam. Jangan macam ni." "malam ni, kau milik aku, suzy!" tali pinggangnya dibuka. Zip seluar juga turut ditarik.
Faridah yang menyedari tindakan azam mula bertindak mahu melarikan diri. Namun dia tidak mampu melepasi azam yang ternyata disebalik ketidaksedarannya itu, tenaga lelakinya masih kuat. Azam mula megggila. Faridah dipeluknya lalu dicampakkan ke atas katil. Lantas dia menindih faridah yang cuba melawan sehabisnya. Namuan ternyata tenaganya tidak sekuat azam lalu dia tewas. Esakannya bertambah kuat. Air mata mula membasahi cadar. Bajunya direntap kuat sehingga menampakkan bahunya. Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini! sesungguhnya di kala itu azam dipandu oleh syaitan laknatullah. Faridah sedar masa depannya sudah gelap segelap langit pada malam itu.
Tiba-tiba, pintu ditendang kuat dari luar. Azam masih tidak terganggu. Faridah sudah menyerah.
"azam! Kau buat apa ni ha? Kau dah gila ke?" pantas zahid merentap leher baju azam lalu dicampakkan azam keluar bilik.
Azam masih tidak sedar. Dia bingung. Zahid yang sudah tidak dapat membendung amarahnya itu terus melayangkan tumbukan ke muka azam. Tiada balasan. Pantas zahid beristighfar. Dicekaknya leher baju azam dan didirikan azam.
"kau pergi dari sini, pergi! Jangan balik lagi ke sini!" lantas dicampakkan azam keluar. Azam bingung. Masih tidak menyedari salahnya. Lantas dia melangkah pergi. Tidak lagi diambil tahu kisah faridah seterusnya.
Langkah kakinya membawanya ke hadapan surau, dan matanya terpandang sebotol besar minyak tanah serta mancis di satu sudut. Ketika itulah syaitan membisikkan supaya dia menyalakan api dan terbakarlah satu-satunya surau di kampung itu. Apabila orang kampung menyedari kejadian itu, azam dijumpai di hadapan surau dalam keadaan terduduk dan kebingungan. Lantas pihak berkuasa dipanggil dan azam telah dibawa ke balai polis dan didakwa memulakan kebakaran dengan sengaja.
Namun, kisah hitam faridah hanya zahid dan faridah yang mengetahui. Kerana malu, faridah tidak mahu melaporkan kepada polis. Tambahan pula setelah dia mendapat tahu azam telah ditangkap kerana membakar surau. Baginya azam telah mendapat balasannya. Ibu bapanya yang hanya pulang ke rumah 2 hari selepas kejadian juga tidak diberitahu. Dan setelah sebulan, kenduri zahid dan faridah pun dilangsungkan dan sebulan kemudiannya, faridah disahkan mengandung 2 bulan.
*********
Azam terduduk. Tidak menjangka sekutuk itu dirinya. Dia telah menodai faridah yang amat disayanginya tanpa menyedari salahnya. Faridah sudah teresak-esak kecil. Membongkar kembali kisah itu amat memilukan hatinya kerana janjinya pada zahid telah dilanggar. Dia telah berjanji, dia tidak akan mengingati lagi kisah hitam itu.
"idah, zam berdosa besar idah. Zam berdosa pada idah, pada farah!" air mata lelakinya terus mengalir tanpa tertahan-tahan lagi. Besar penyesalannya. Faridah Cuma diam, tiada lagi yang mampu dikatakannya.
Kini dia mengerti amaran faridah. Selama ini, faridah cuba untuk melupakan hakikat itu. Hakikat yang menyatakan farah lahir dari benih azam. Namun ternyata, kuasa Tuhan membuatkan anak itu merasai kehadiran ayahnya apabila azam kembali. Panggilan ‘ayah’ bukanlah kebiasaan kanak-kanak itu tetapi dorongan kuasa Tuhan.
"idah, zam berjanji. Zam akan dermakan sum-sum zam. Kalau boleh, nyawa pun zam sanggup berikan pada farah. Zam janji idah!" azam menangis lagi mengenangkan dosanya. Allah, ampunkan hambamu yang hina ini!
***********
"ayah, bila ayah datang?" azam tersentuh. Layakkah aku dipanggil ayah bila kau dijadikan dalam keadaan yang tidak diingini?
Semuda ini sudah diuji dugaan seberat ini. Wayar-wayar yang berselirat di badan farah diperhatinya. Azam pilu. Dipandangnya faridah yang duduk berhadapan dengannya. Wajah mulus yang pernah dilukainya. Dipandangnya pula farah. Azam tekad. Nasib Farah sebagai anak luar nikah harus terus dibela. Dialah yang bertanggungjawab keatas faridah dan farah sekarang.
"idah, zam tau zam tak layak, tapi sudi tak idah jadi isteri zam?" Faridah tergamam sementara Azam pasti, itu yang terbaik.
***********
Azam membersihkan dirinya dengan wudhu. Jam menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Selesai berwudhu, dia melewati pintu bilik farah. Farah sudah kembali sihat sejak azam mendermakan sum-sum tulangnya dan 4 bulan selepas pembedahan farah, azam dan faridah telah diijab kabulkan. Azam bersyukur kerana masih diberi peluang menebus salahnya pada faridah, pada farah. Arif juga sudah dapat memaafkannya. Alhamdulillah. Namun hingga kini, rahsia faridah kekal rahsia demi kebaikan farah kelak.
Sejadah dihamparkan lalu solat sunat tahajud 2 rakaat dikerjakan. Selesai solat, dia berdoa panjang.
"Ya Allah ya tuhanku, Kau lah yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. Aku bersyukur diberi peluang kembali ke jalan mu ya Allah. Ampunkan lah dosa ku ya Allah, aku ini lalai dan leka dengan hidup ini. Ya Allah ya tuhanku, kau kembalikanlah ketenangan di hati isteriku dan anakku ya Allah. Tenangkanlah mereka dan masukkanlah kami dalam golongan yang beriman. Kami tidak layak untuk syurgaMu, namun kami mahu menagih syurgaMu ya Allah. Bimbinglah hati-hati ini ke jalan yang benar sentiasa ya Allah. Rahmatilah kami, rahmatilah keluargaku, rahmatilah anakku. Hukumlah aku di atas dosaku yang lalu namun jangan dihukum anak dan isteriku ya Allah. Bahagiakan lah hidup mereka hingga keakhirnya. Hanya itu harapanku padaMu. Kabulkanlah ya Allah. Amiiin…."
Kabulkanlah ya Allah…. Amiin….
p/s: this is my 6th story...sy hrp semua mendapat manfaat dari cerita ni...jgn lupa tinggalkan komen anda ye...HIDUP INI HANYA SATU...YESTERDAY IS HISTORY, TOMORROW IS MYSTERY, BUT TODAY IS A GIFT!!!
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Kaki Novel Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KN untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
admin@kakinovel.com
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei