BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Ahad, Februari 01, 2009
Novel : Prince Charming 13
Nama Pena : RATU BULAN

13: MISTERI SURAT CINTA

"Nurul," panggil satu suara yang amat dikenalinya. Sebaik sahaja dia berpaling, tiada sesiapa pun di sekelilingnya. "Nurul," suara itu memanggil lagi. Tapi kali ini seperti suara manusia yang ingin menyamar jadi hantu secara tidak sengaja. Tiba-tiba sahaja bulu romanya tegak.

"Nurul," panggil suara itu lagi tapi kali ini agak terdesak sedikit. Mungkin kerana empunya diri tidak memberi apa-apa reaksi. Nurul cuba memberanikan diri memandang sekeliling. Tiada sesiapa pun yang dia curiga malah tiada sesiapa pun yang lalu di sekelilingnya.

Sebaik sahaja dia ingin mengatur langkah untuk pulang saja ke rumah. Satu lembaga keluar dari celah-celah pokok besar yang tertanam di tepi jalan dan menarik tangannya dengan pantas. Tanpa sempat Nurul hendak Flying Kick lembaga yang membawa lari dirinya itu.

Dia hampir menjerit. Macam-macam yang dia fikir. Adakah lembaga itu hendak merogolnya seperti dalam berita di televisyen? Zaman sekarang ini ramai lelaki yang lebih taksub dengan nafsu sendiri dan sanggup buat apa sahaja untuk memenuhi nafsu mereka. Sedangkan ayah kandung pun boleh makan anak sendiri, inikan orang asing yang tidak kita kenali.

"Hah, Hayrul!!" katanya separuh menjerit tapi Hayrul memberi isyarat senyap sambil memandang sekeliling untuk pastikan tiada sesiapa pun yang melihat mereka berdua terutama sekali kawan-kawannya.

"Kau nak apa culik aku ni?" tanya Nurul.

"Aku tahu mesti kau kena ugut dengan diorang semua kan? Sebab tulah kau rahsiakan pasal surat cinta tu. Betul tak?" tanya Hayrul yang selama ini di sangka kurang bijak tapi pada hari ini Hayrul telah membuktikan sangkaan Nurul memang meleset sama sekali. Tapi bila difikir kembali, sejak bilakah Hayrul boleh jadi bijak?

"Baguslah kau dah tahu tapi walauapa pun aku tetap takkan bagi kau surat cinta tu," ujar Nurul masih bertegas tidak akan beri surat itu kepada Hayrul. Ini adalah kerana dia masih ingin mencari seseorang yang menyelamatkannya tempoh hari dan sebab utama, dia tak mahu melihat Hayrul pengsan lagi hanya kerana surat cinta.

"Kenapa pula? Tukan surat untuk aku."

"Yalah. Surat tu untuk kau dan kau ada hak untuk bacanya tapi kau mesti pengsan kalau baca surat tu," kata Nurul.

"Aku janji lepas ni aku takkan pengsan lagi," kata Hayrul sambil mengangkat tangan seolah-olah sedang berikrar.

"Kenapa kau nak baca surat tu? Kau tahu tak perempuan ni memang suka tulis benda-benda yang tak berfaedah dan bagi kepada lelaki yang mereka suka. Lepas tu kalau perempuan tu jenis yang pengecut dia akan tulis nama gelaran ‘Melati’, ‘Cempaka Biru’, ‘Pujangga Cinta’ dan macam-macam lagi untuk melindungi dirinya dari diejek. Dan kalau yang terover’ acting pulak akan tulis namanya yang sebenar, dan letak gambarnya yang seksi supaya korang ni rasa tergoda dengan tubuh mereka. Dan kalau perempuan tu jenis yang gila bayang, akan tulis puisi-puisi indah yang dicilok dari internet ataupun akan tulis lagu-lagu yang best untuk korang baca," ujar Nurul panjang lebar.

"Kau macam berpengalaman saja."

"Sebab aku juga perempuan. Aku tahulah apa yang perempuan lain akan buat. Kau tahu tak, kalau aku jadi lelaki memang aku abaikan surat cinta macam ni."

"Yelah tu. Tapi kau pernah marah-marah dengan Nazrul sebab dia tak baca surat cinta," balas Hayrul yang masih ingat lagi pertengkaran Nazrul dan Nurul yang membawa kepada hubungan dingin sehinggalah sekarang. Puncanya hanya kerana Nazrul membuang surat cinta untuknya tanpa membaca sedikit pun.

"Itu hal lain. Sudahlah aku tak nak ingat lagi pasal tu. Buat sakit hati saja dan lagi jangan sesekali sebut nama Nazrul depan aku lagi," Nurul memberi amaran keras.

"So, apa yang perlu aku buat supaya kau bagi surat tu kepada aku?"

"Abaikan surat tu dan carilah perempuan yang berani luahkan perasaannya pada kau. Di depan kau sendiri ataupun kau patut cari cinta kau sendiri. Jangan terlampau pentingkan surat cinta sebab ia bagaikan mainan cinta. Kalau kau jumpa seseorang yang kau minat, just go on dan bukannya tunggu surat cinta sampai ke tangan kau," ujar Nurul membuatkan Hayrul senyap seketika.

"Aku tahu," ujar Hayrul setelah mendiamkan diri barangkali berfikir ada benarnya apa yang Nurul katakan padanya tadi. Kemudian dia menghembus keluhan yang berat.

"Kau tengah cabar diri kau bukan? Kau tahu yang kau akan pengsan sebaik sahaja baca surat cinta tapi kau sengaja nak cabar diri kau bukan?"

Hayrul hanya sekadar mengangguk.

"Kenapa kau alegi dengan surat cinta? Mesti ada sebab bukan?"

"Cerita lama. Aku tak ingat sangat pasal tu. Sebaik sahaja aku terima satu surat cinta, sedar-sedar saja aku dah terbaring di atas katil aku. Mak aku cakap, aku pengsan di sekolah. Masa tu memang aku demam tapi berkeras juga nak pergi sekolah. Sejak tu bila aku terima surat cinta, aku akan pengsan. Aku pun tak tahu kenapa. Yang peliknya, selepas aku pengsan aku tak ingat kandungan surat yang aku baca tu. Sebab tulah aku nak cabar diri aku untuk baca surat cinta tapi nampaknya tiada sesiapa yang berani bagi surat cinta pada aku sehinggalah pada hari ini," cerita Hayrul panjang lebar.

"Ini kali pertama aku dengar dan lihat sendiri seseorang akan pengsan sebaik sahaja membaca surat cinta," ujar Nurul sedikit tergelak. "Aku bukan nak gelakkan kau tapi kalau aku jadi kau, aku takkan cabar diri aku dengan cabaran yang bodoh ini."

"Habis tu apa kau buat?"

"Aku akan cabar diri aku dengan mencari cinta yang agung. Aku ingat lagi Fiq cakap, ‘Surat cinta tak bermakna apa-apa bagi seseorang tu sebab surat cinta hanya menggambarkan personality luaran manusia dan bukan dalaman. Kita mencari cinta yang lahir dari hati dan bukan lahir dari luaran. Itulah cinta sejati yang tiada tandingannya.’ Dan aku bersetuju dengan Fiq. Kau patut abaikan surat cinta dan mulai sekarang kau patut mencari cinta sejati. Lagipun sekarang ni kita masih muda lagi. Dan aku rasa, kita tak payah nak kucar-kacirkan hidup kita ni dengan masalah cinta. Kita patut enjoy dulu, betul tak?," ujar Nurul dengan harapan Hayrul faham apa yang dia katakan tadi.

"Kau tak faham. Lelaki akan cuba sorok kelemahan mereka dari mata orang ramai. Aku tak suka sorok sebab itulah aku nak hadapi cabaran tu."

"Semua orang ada kelemahan dan kita tak boleh lari dari kelemahan kita tu. Kenapa? Sebab inilah realiti hidup. Aku juga ada kelemahan dan aku terima kelemahan aku dengan baik. Bukannya aku tak berusaha nak perbaiki kelemahan aku tapi sebab aku percaya suatu hari nanti aku akan atasi kelemahan aku tanpa aku sedari."

Hayrul memandang Nurul yang duduk tidak jauh darinya. Inilah kali pertama dia berbual dengan Nurul dengan jangka masa yang lama dan inilah kali pertama juga dia bercakap dengan perempuan seperti sudah berkenalan lama. Selama ini dia tidak faham kenapa Rezza dan Fiq mengambil Nurul sebagai pengurus Kelab disebabkan jantina Nurul adalah perempuan. Baginya perempuan tidak akan faham apa yang lelaki inginkan ataupun fikirkan tapi ternyata sangkaanya terhadap Nurul meleset sama sekali.

Perempuan itu tahu bagaimana hendak berkomunikasi dengan lelaki dengan baik. Masakan hubungan Nurul dengan semua ahli rasmi kelab berjalan dengan lancar kecuali Nazrul. Ah, Nazrul memang suka buat hal sendiri dan memang pantang hidupnya diganggu orang. Tapi tidak mustahil juga kalau suatu hari nanti Nurul akan berkawan rapat dengan Nazrul juga dan berbual seperti sekarang ini.

"Anyway, thanks sebab berbual dengan aku," ujar Hayrul sambil bangun dari duduknya.

"Pembetulan. Sebenarnya kau yang tarik aku ke sini untuk berbual dengan kau," ujar Nurul pula tapi kali ini dengan nada gurauan. "Dan jangan lakukannya pada perempuan lain sebab mereka akan anggap yang kau nak merogol mereka."

Hayrul hanya ketawa kelucuan sambil mengangkat kaki berlalu dari situ.

********


Masing-masing memandang surat yang tertulis nama Hayrul di atas meja. Masing-masing juga kelihatan sedang memikirkan sesuatu yang serius. Zaki memandang Farizat di sebelahnya dengan perasaan bersalah. Farizat pula memandang Najmi yang tersengih-sengih bagaikan terjumpa kerang busuk. Entah apa pula yang Najmi sedang fikir dikepalanya itu sehingga tersengih-sengih. Itu tidak lain tidak bukan mesti hendak membaca surat yang di rampas dari tangan Nurul semalam.

"Aku rasa tak baiklah buat Hayrul macam ni. Betul cakap Nurul, biarlah Hayrul nak baca surat ni. Kalau dia pengsan, biarlah dia tanggung sendiri dan lepas tu gerenti dia takkan cari surat cinta lagi lepas ni," ujar Zaki yang berasa serba salah sejak semalam lagi.

"Betullah. Aku pun terfikir macam tu. Surat ni untuk Hayrul. Dia tu bukannya senang nak dapat surat cinta. Kalau dapat pun boleh dikatakan setahun sekali je. Aku tak kisah dia pengsan kalau baca surat ni asalkan dia puas hati selepas dapat membacanya," Farizat pula menyokong Zaki. Dia kemudiannya berpaling memandang Najmi yang masih lagi tersengih-sengih tapi kali ini bagaikan melihat lembu terpijak tahi sendiri.

"Apa yang kau fikir Najmi?" tanya Ridzuan turut pelik memandang kawannya yang sorang lagi yang asyik tersengih-sengih.

"Mesti dia fikir nak baca surat cinta tu," ujar Rezza yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bersama-sama dengan Nazrul.

"Surat apa?" tanya Nazrul pelik.

"Surat cinta yang Hayrul dapat semalam la," Najmi pantas berkata. "Kitorang rampas sebab takut Hayrul pengsan lagi. Dia tu dah lah berat, kalau dia pengsan memang mengundang masalah la maknanya tu."

"Kitorang rasa nak bagi surat ni pada Hayrul saja. Tak baiklah buat dia macam tu, walaupun dia kurang normal dengan kehadiran surat cinta tapi sekurang-kurangnya dia normal dengan bola sepak," ujar Zaki kepada kawan-kawannya.

"Actually, lelaki kurang normal dengan bola sepak," sapa Nurul tiba-tiba yang entah sejak bila berada di situ. Mereka semua langsung tidak menyedari kehadiran Nurul mungkin kerana asyik membincangkan tentang surat cinta Hayrul.

"Hayrul," masing-masing agak terkejut dengan kewujudan Hayrul di sebelah Nurul. "Err… sebenarnya kami tipu kau."

"Memang aku tahu korang semua tipu aku," kata Hayrul sambil mencampak masuk beg sekolahnya ke dalam loker yang telah disediakan. "Korang memang tak reti berlakon dengan serius."

"Okey, aku minta maaf. Kalau kau nak surat ni kau ambillah tapi kalau kau pengsan kali ni, aku akan sedarkan kau dengan air panas," ujar Farizat mengangkat tangan seperti orang bersumpah bahawa dia akan menjirus Hayrul dengan air panas.

"Terima kasih sebab simpankan surat ni untuk aku," dia menghampiri mereka semua yang duduk di atas meja menjadi tempat mereka berkumpul. "Tapi aku dah tak perlukan surat tu lagi."

"Hah?!" masing-masing terkejut kecuali Nazrul yang langsung tidak memberi apa-apa reaksi.

"Apa yang aku perlukan adalah, hidup yang aman dan bola sepak. Itu saja," ujar Hayrul dan menghadiahkan senyuman kepada Nurul. Nurul turut membalas dengan senyuman.

"So, kalau kau tak perlukan surat ni…."

"Kalau korang nak baca, bacalah," katanya lagi sebelum berlalu keluar untuk menukar pakaian. Sebelum dia melangkah pergi sempat lagi dia mengenyit mata ke arah Nurul yang ternyata lega dengan pendirian barunya itu.

"Cantik!!" Najmi bersorak gembira dan mengambil surat tersebut yang diletak di tengah-tengah meja. "Mari kita lihat siapa kipas angin susah mati Hayrul."

"Korang akan menyesal kalau korang membacanya," ujar Nazrul tiba-tiba.

"Kenapa pula?"

Nazrul hanya sekadar mengangkat bahu sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Nurul sempat memandang Nazrul yang cuba menyembunyikan senyumannya dari mereka semua.

"Kenapa dengan surat tu?" tanyanya pada dirinya sendiri.

"Jeng jeng jeng…," Najmi dengan perlahan membuka surat tersebut. Sengaja dia membuat kawan-kawannya tidak sabar. Dia menyeluk tangannya ke dalam sampul tersebut dan mendapati ada sesuatu di dalamnya. Sehelai kertas di tarik keluar.

"Apa ni?" tanya dia pelik dan kemudian memandang mereka yang turut berada di situ. Dahinya berkedut.
"Kenapa?"

Dengan perlahan dia menunjukkan kepada mereka sehelai kertas yang penuh dengan iklan computer riba terkini dari Dell. Masing-masing mengedut dahi dan tidak dapat terkata apa sebaik sahaja Najmi mengeluarkan kertas tersebut dari sampul surat itu.

"Iklan?!"

"Memang betul-betul menyesal," ujar Fiq tersengih menggeleng kepalanya.

"Rupanya Hayrul lagi bijak dari kita," ujar Zaki pula.

"Dan nampaknya aku pula yang rasa macam nak pengsan," kata Najmi.

Nurul hanya tertawa kelucuan. Nasib baiklah Hayrul mendengar nasihatnya dengan mengabaikan surat cinta kalau tidak pasti lelaki itu akan pengsan sekali lagi bila terlihat surat cintanya itu bertukar menjadi iklan computer Dell. Tapi bila difikirkan kembali siapa yang letak iklan tersebut sebagai surat cinta kepada Hayrul?

"Hanya seorang saja yang suka buat kerja macam ni dalam diam," dia menghela keluhan berat.

*********

Nurul menghela nafas panjang sambil memandang langit yang cerah pada petang itu. Buaian yang diduduki di taman permainan itu di hayun perlahan. Keadaan taman permainan yang berdekatan dengan padang bola tidak ramai pengunjung seperti selalu. Selalunya dia akan melihat ramai kanak-kanak kecil yang ditemani oleh ibu atau bapa mereka bermain di taman permainan tapi tidak pula pada hari ini. Mungkin ibu atau bapa mereka masih lagi di tempat kerja pada ketika ini.

Hari ini dia berasa lega sedikit tidak seperti hari-hari yang lalu yang sentiasa ada sahaja masalah yang timbul. Mungkin sebab hari ini Hayrul tidak lagi meminta surat cinta daripadanya. Syukurlah. Dunianya sudah jadi aman seperti sebelum mengenali mereka semua.

Menjadi pengurus Kelab Bola Sepak memang nampak menarik di mata pelajar perempuan tapi mungkin mereka tidak tahu betapa peningnya menjaga kelab itu. Pelbagai kerenah yang dia temui dan pelbagai masalah yang timbul sehinggakan dia ingin melarikan diri dari keadaan tapi dia bukan jenis yang suka lari dari masalah. Setiap masalah yang timbul dia mesti akan cuba menyelesaikannya dan akhirnya dia berjaya.

"Teringat zaman kanak-kanak?" sapa seseorang di belakangnya. Pantas Nurul berpaling dan mendapati orang yang menyapanya itu adalah Nazrul.

"Kenapa?" tanya Nazrul setelah Nurul memandangnya semacam.

"Aku fikir, betul ke kau tengah bercakap dengan aku sekarang?" balas Nurul seakan tidak percaya Nazrul akan menyapanya di situ.

"Habis tu kau harap siapa yang tegur kau?" tanya Nazrul dan turut duduk di buaian di sebelah Nurul. "Fiq?" tekanya.

"Okey, apa kau nak?" pantas Nurul menukar subjek perbualan.

"Minta maaf," balas Nazrul sepatah membuatkan Nurul terkejut buat kali kedua. Nazrul minta maaf dengannya? Ini memang sesuatu yang sukar di jangka.

"Maaf?" tanya Nurul untuk kepastian lagi.

"Pasal surat tu, betul cakap kau… aku patut baca."

"Tapi kau tak baca," sambung Nurul. Nazrul sekadar menganggukkan kepala. "Aku sebenarnya tak faham apa masalah korang berdua dan aku malas nak masuk campur selepas tu."

"It’s complicated," jawab Nazrul.

"Kau tahu tak, yang kau ni pelik?" ujar Nurul.

"Pelik?"

"Ya. Kau yang asyik tidur hampir 24 jam sehari dan tiba-tiba ada someone datang merayu pada aku supaya suruh kau baca surat cinta tu dan aku tak tahu kenapa dia boleh minat dengan orang pelik seperti kau ni."

"Kau harap aku berjaga 24 jam ke?" tanya Nazrul dengan senyuman lucu.

"Benda ni tak lucu, Nazrul."

"Kenapa kalau aku tidur 24 jam? Kau ada masalah ke dengan perangai aku suka tidur setiap masa?"

"Aku anti dengan orang yang boleh tidur lena."

"Oh, sebab tulah kau selalu naik angin," Nazrul mengangguk faham. "Dan patutlah tidur aku selalu diganggu."

"Kau ada penyakit ke?" tanya Nurul lagi.

"Kenapa kau fikir macam tu?"

"Yelah, selalunya orang yang suka tidur memang ada satu penyakit."

Kali ini Nazrul ketawa kelucuan pula. Nurul pula mencebik marah. Orang serius dia pula boleh main-main.
"Dah jadi tabiat hidup aku sejak kecil lagi. Doktor kata badan aku memang lemah, jadi bila aku rasa tak selesa, aku akan tidur dan lama-lama aku dah biasa tidur bila ada masa yang terluang. Walaupun seminit, aku akan tidur juga," terang Nazrul kepadanya.

"Kau tak pernah cuba untuk berjaga ke?"

"Pernah juga dan kali terakhir aku ingat, aku terjaga di atas katil. Mama cakap aku pengsan dua hari."

"Hah?! 2 hari?" Nurul seakan tidak percaya.

"Tipu je. Itu sebab aku mogok lapar sebab tak dapat apa yang aku mahu," ujar Nazrul sengaja bergurau dengan Nurul.

"Ah, rupanya kau pun tahu bergurau," kata Nurul seperti memerli. "But anyway, terima kasih sebab selamatkan aku dari Hayrul yang selalu minta surat cinta," Nurul memandang tajam ke arah Nazrul.

Kemudian Nazrul tersengih lagi. Memang dia tidak boleh lari dari pandangan mata Nurul yang mengesyakinya memberi surat tersebut kepadannya dengan menulis nama Hayrul dia atas sampul itu.
"Macam mana kau tahu?"

"Kalau kau tulis nota cinta yang berbunga-bunga aku takkan mengesyaki kau tapi kalau kau letak iklan computer Dell memang aku mengesyaki kau dan lagi satu aku lihat kau tersenyum sebelum keluar dari bilik tu," jawab Nurul.

"Aku fikir itu sajalah cara untuk tebus balik apa yang aku dah buat dengan surat kau untuk Fiq."
"Tapi macam mana kau tahu Hayrul takkan baca surat tu?"

"Aku harap dia buka surat tu sebenarnya."

"Kenapa?"

"Sebab selepas tu dia akan lupa apa yang terkandung dalam sampul surat tu. Tapi kau dah nasihatkannya. Dia memang bernasib baiklah."

"Kau memang pelik."

"Kau tahu tak?"

"Emm?"

"Memang susah nak berlakon jadi orang pelik," kata Nazrul sebelum berlalu meninggalkan Nurul yang terpinga-pinga di situ.
posted by Penulisan2u @ 11:58 PM   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Budak maha pelik 9
Nama Pena : farahlynn

" Kenapa aku kata ko bodoh? Sebab...ko memang bodoh kalau menangis sebab diorang semua tu." Dia berpaling padaku, seperti menunggu reaksiku yang seterusnya.
" Awak tak faham....apa yang diorang buat tu memang melampau!" Aku melampiaskan rasa hati.
" Diorang nak tengok ko marah, nak tengok ko nangis, diorang nak tengok ko kalah."
" Diorang tu termasuk awak?" Spontan, aku menyoal. Dia seperti tersentak. Aku mengerling dengan ekor mata.
" Drama apa pulak yang diorang nak buat ni sampai hantar awak pulak?"
" Ko rasa macam tu?" Dia menyoal kembali. Aku terdiam lagi.
" Aku pergi dulu...lagi satu, ko tak payah pulangkan sapu tangan biru tu. Aku bagi ko." Dia bingkas bangun, meninggalkan aku sendirian. Melampaukah kata-kata aku tadi? Aku dah lukakan hati dia ke? Rasa bersalah menerjah dada. Kemarahan pada mereka tidak seharusnya aku bebankan pada Tuah Iskandar. Arghhh...entah-entah betul tekaanku tadi! Sebab tu dia pergi tanpa menyangkal apa-apa....

Aku kembali mengatur langkah ke kelas. Sekejap lagi waktu Matematik Tambahan. Aku tidak mahu ketinggalan apa-apa sementelahan subjek inilah yang paling mencabar mindaku.
" Hebat juga penangan ko ni." Khalisah tiba-tiba tercegat di hadapan mejaku. Aku buat-buat tidak sedar kehadirannya. Sah, Marlisa , kawan baik dia yang hantar dia ni untuk sakitkan hati aku! Maaf ya, aku tidak akan peduli pada kata-kata mereka lagi. Tak mati dek keji, tak hidup dek puji! Ingat Nun, buat tak tau aja....
Aku mengeluarkan buku teks Matematik Tambahan dan kalkulator. Soalan \'janjang\' tu tak selesai lagi...Aku menoleh ke meja Tuah. Kosong. Tiada penghuni. Dia tiada di tempatnya.
" Ko pakai ilmu apa ya?" Marlisa mencelah. Rasa sakit hati membungkal. Bibir kuketap, menahan geram yang beraja.
" Khalisah...Marlisa. Saya rasa baik awak berdua balik tempat masing-masing. cikgu Faiz dah nak masuk ni." Aku berpura-pura sibuk. Halaman buku teks kuselak, helai demi helai.
" Ko tak payah nak berlagak, Nun. Kalau nak banding ko dengan aku...ko tu macam sampah!" Seisi kelas terpempan. Semua mata tertancap ke arahku, seolah-olah aku satu-satunya objek yang ada di situ. Aku bingkas bangun, nampaknya dia ni masih tak puas hati lagi dengan aku.
" Apa masalah awak, Marlisa? Takkan orang cantik macam awak ada masalah dengan pompuan buruk dan pelik macam saya ni." Nada suaraku sinis.
" Ko memang bawa masalah, Nun." Atirah tercegat di sebelah Marlisa. Aku tidak perasan pula bila dia mula mengatur langkah ke arah kami.
" Kenapa ni, Tirah?" Aku memandang tepat ke anak matanya.
" Ko tak payah buat-buat tak faham, Nun." Atirah mengalihkan pandangannya. Benci benar dia padaku.
" Saya tak faham Tirah."
" Kalau tak pasal ko, Tuah takkan buat macam tu." Atirah bersuara perlahan tetapi cukup untuk kudengar isi bicaranya.
" Buat apa?"
" Tuah takkan tumbuk Zakuan, diorang takkan bergaduh!" Atirah meninggikan suara.

Apa????? Tuah Iskandar tumbuk Nik Zakuan....Itupun sebab aku...??

--------------

" Kenapa awak tumbuk dia?" Aku mengumpul keberanian setelah beberapa hari peristiwa bertumbuk tu. Tuah dia mrmbisu.
" Jangan nak perasan...tak da kaitan dengan ko langsung."
" Habis tu....sebab apa?" Aku menyoal kembali. Tuah melarikan pandangan.
" Ko tak perlu tau, Nun Amirah."
" Saya perlu tahu sebab semua orang salahkan saya! Diorang kata sebab saya, awak tumbuk Zakuan." Lirih nada suaraku. Mujur keberanian ini masih tersisa.
" Ko peduli sangat dengan kata-kata diorang tu? Aku nak tanya...ko pulak rasa macam mana?" Pulak dah, dia soal kita pulak. Kita soal dia, dia soal kita balik. Aku mengangkat bahu, tanda tidak tahu.
" Ok...ko rasa ko tu \' Miss World\' ke yang aku nak buat macam tu sebab ko. Tak ada maknanya." Dan dia berlalu meninggalkan aku. Selalunya pun memang begitu. Dia akan meninggalkan aku dengan seribu tanda soal di kepala... Alahai...

Ya, aku memang bukan \' ratu cantik dunia\'. Tapi tak da sebab lain untuk Tuah Iskandar tumbuk Nik Zakuan Nik Aidil secara tiba-tiba, Penaakulan aku..

Frasa 1: Nik Zakuan malukan aku sebab nak dapatkan Tengku Adreen Marlisa.

Frasa 2: Nik Zakuan+ Tengku Adreen Marlisa+ Khairul Aswad berpakat kenakan aku atas dasar balas dendam Khairul!

Kesimpulan: Nik Zakuan, Tengku Adreen Marlisa dan Khairul Aswad kenakan aku, sakitkan hati aku yang bernama Nun Amirah Adnan bukannya Tuah Iskandar! Dalam mana-mana frasa di atas, tak ada tertera pun nama Tuah!

Di bilik guru...

" Kenapa buat macam tu?" Cikgu Rosyam bersuara agak tegas. Aku yang masih menunggu di meja Cikgu Haikal, masih mematung di situ, hampir benar dengan meja Cikgu Rosyam. Lepas tu, aku pura-pura sibuk membelek buku nota yang memang sengaja kubawa. Tidak sangka pula dalam bilik guru ni, ada sessi perbincangan Cikgu Rosyam dan Tuah Iskandar. Aku lihat, guru-guru lain buat endah tak endah, tekun menanda buku-buku latihan. Cikgu Haikal ni pun satu, kata tadi nak jumpa aku. Tiba-tiba suruh tunggu kat sini pulak. Aku tidak mahu dikatakan curi-curi mendengar perbualan orang! Tapi aku tak curi dengar pun...diorang yang berdiskusi secara terbuka!
" Awak tau apa yang awak buat ni salah?" Cikgu Rosyam terus juga menyoal.
" Saya tau, cikgu." Bersahaja jawapan Tuah. Aku pula yang naik cuak. Bukan dia tak tahu perangai Cikgu Rosyam yang lekas naik darah. Aku menelinga lagi.
" Awak datang sekolah nak belajar ke nak bertumbuk?"
" Along......adik tau apa yang adik buat." Keras suara Tuah Iskandar.
" Adik...along tak nak benda ni berulang lagi. Adik tak sepatutnya tumbuk dia. Ni sekolah...bukannya tempat bertumbuk." Suara Cikgu Rosyam meningkah. Aku yang mendengar tergamam. Along..adik. Diorang ni adik-beradik ke?
" Adik...ingat pesan along. sekali lagi jadi macam ni,along takkan teragak-agak bagitau walid. Dia dah pesan suruh jaga adik. Tak semestinya adik duduk asrama, adik boleh buat apa je."
Tuah Iskandar bingkas bangun,
" Di sekolah kena ikut protokol. Saya faham, cikgu, saya janji ini kali pertama dan terakhir."
" Oh ya, lagi satu saya nak cakap. Saya cuma nak ajar dia beradab. Cikgu pun tak suka orang kurang ajar, kan?" Tuah Iskandar belum pergi lagi rupanya. Aku yang duduk membelakangkan mereka tidak berani menoleh. Cuma perbualan itu terlalu jelas di pendengaranku...
" Saya tau...tapi awak tak patut tumbuk orang kerana perempuan. Walid dah pesan, kan? Jatuhnya sorang lelaki tu kerana perempuan." Cikgu Rosyam berdehem kecil. Disusuli batuk yang sedikit keras.
" Saya faham, cikgu...tapi saya bukan tumbuk dia kerana sorang perempuan."
" Habis sebab apa?"
" Kerana seorang kawan...yang cedera hatinya. Saya minta diri dulu cikgu, waktu rehat dah nak habis. Saya janji takkan ulang lagi."
Dan aku....masih setia menunggu Cikgu Haikal di mejanya. Dia masih juga tak muncul-muncul. Tapi aku sudah tidak peduli lagi. Yang aku kisahkan sekarang...kata-kata akhir 'adik' kepada 'along' tadi. Aku masih berfikir lagi ketika Cikgu Haikal tiba-tiba muncul.
" Nun...dah lama awak tunggu?" Dia tersenyum menampakkan kedua belah lesung pipit.
Fikiranku masih menerawang jauh.
" Kerana sorang kawan...yang cedera hatinya." Terpacul baris ayat itu dari ulas bibirku, tak semena-mena. Mujur nada suaraku perlahan, seolah berbisik.
" Apa, Nun?" Cikgu Haikal sudah melabuhkan duduk dengan pen di tangan. Alamak...tarsasar lagi!
" Tak ada apa, cikgu."
Aku sudah tidak dapat fokus pada bicara Cikgu Haikal. Di mataku, terbayang wajah Tuah Iskandar. Akukah kawan yang cedera hati itu? Akukah orangnya? Namun jauh di sudut hati, aku yakin akulah orangnya kerana hatiku memang telah cedera, Parah. Sakit yang teramat..
posted by Penulisan2u @ 11:54 PM   5 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : So what? 10
Nama Pena : kak tyea

Tak sangka pulak aku bapa rimau betul-betul tak balik awal malam ni. Dah lah aku lapar yang amat sekarang. Nak makan apa? Beras dah habis. Takkan nak makan megi kot malam-malam buta ni?
Ee...bapa rimau hantu. Dia mesti tengah makan besar kat hotel ni. Geramnyerrr....nanti ko, bapa rimau!!!


"Good morning, honey."
Eh, sape pulak bisik-bisik manja ni? Wat owang geli jer lah.
"Sayang, get up plez. U’re late."
Aik? Sape ni hah? Ah, lempang ajelah. Kacau owang tak kira masa. Hah, padan muka ko makan penampo aku.
"Sayang!!!!."
Hah? HIdup lagi? Tapi macam kenal jer...
"Hana!!!!!!!."
Hah? "Eh, bapa rimau ke? Sorry." Tapi aku tak cakap macam tu pun kat dia. Aku still marah ni. Hantu jahat ni tak tanya pon aku lapar ke tak. Hah, ngam jugak lah aku dah lempang dia tadi. Haha...


Sengaja aku tak nak bukak mulut sepanjang hari ni. Macam-macam dia cuba nak bagitau tapi aku wat dek jer.
"Sayang, I made breakfast for u. Come, kita makan sesama."
Aku saja tepis tangan dia yang gatal-gatal nak naik ke pinggang aku yang ramping ni. Tekezut jugak dia.
"Sayang. Ari ni last paper sayang, kan. Makan ah dulu abang masak tu."
"Tak payah."
Aku cepat-cepat sarung stokin. Dia pulak dah merah-merah muka. Bila aku baru nak bukak pintu, tetiba jer dia tarik aku pergi dapur. Adoiii....sakit....
"Hah, makan!!!!!!!!."
Dia paksa jugak aku telan omelette dengan sosej tu. Aku try gak lah nak telan tapi...
Uwekk...


Dua-dua kami dah jadik bisu. Sampai jer kat skolah, aku turun n langsung tak salam dia macam slalu. Hehe...sebab selalu tu dia yang pergi paksa-paksa aku salam dia, cium tangan busuk dia tu.
Huh, hari ni last paper. Bio plak tu. I can do it!!!!!!!!!!



Yess!!!!!!!! Merdeka!!!!!!!!
Macam-macam gelagat bebudak sekolah ni tunjuk. Ada yang pergi peluk kengkawan, makan kat cafe, peluk cikgu and tak kurang jugak ada yang terus balik dengan boypren yang setia betul tunggu kat lobi.
Aku pulak? Hmm...yang penting aku tak nak balek...tengok bapa rimau tu. Gpun hari ni dia cakap nak ambik cuti.


"Eh, hana. Bro ko dah tunggu kat bawah lah. Dia suruh ko cepat sket."
"Ok. Tq."
Hmm...biar dia tunggu aku lelama sket. Biar padan dengan muka tak hensom dia tu. Paksa-paksa owang...dah lah tu, tarik aku macam tarik anak lembu jer. Mana dia taw aku sakit ke tak.


Aik? Kata tunggu tapi takde pon. Mana pulak bapa rimau ni hilang? Kena culik? Mana ada penculik nak culik owang macam dia tu.
Call henpon pun dia tak jawab. Eh, ni yang wat aku lagi sakit hati ni. Cakap tak serupa bikin. Baru aku lambat setengah jam dia dah takde dah.


Betul-betul aku heran pulak dengan bapa rimau ni. Kat rumah pun takde, henpon tak jawab. Mana pulak dia ni?
Sampai dah macam ni punya lewat pun dia still tak balek rumah lagi. Takkan merajuk kot? Aku yang patutnya merajuk. Bukan dia.
Dah lah aku rasa macam nak muntah jer bila nak makan, dia pulak menghilangkan diri.


Uwekkk...uwekkk...
Eh, muntah aje lah kerja aku ni nampaknya. Dah dua hari aku macam ni. N dua hari jugak lah bapa rimau tak balik-balik.
Aku salah makan apa yerk? Tapi masalahnya aku tak sempat makan dah muntah. Ni dah jadik tambah kering dah aku ni.
Nak pergi klinik, aku mana ada duit nak bayar. Lagipun aku mana berani jalan-jalan sorang dengan keadaan aku ni. Karang pengsan pulak kat tengah owang ramai tu, wat malu muka aku aje.


Bangun jer pagi, aku dah terus muntah-muntah. Aih, aku memang kena pergi klinik lah kalau begini punya hal.
Hmm...camna yerk? Mana ada klinik guna credit card punya machine tu. Habis tu aku nak buat camna? Bapa rimau pulak dah lupa kat aku. Tak balik rumah, cuma ada credit card dia aje.
Itu pun mana aku taw boleh guna lagi ke tak. Tapi takkan owang kaya cam bapa rimau boleh bankrupt pulak.


Tok..tok..tok...
Aduh, sape pulak yang datang ni? Tak pernah dalam rekod rumah ni ada tetamu nak datang. Sedare bapa rimau?
Ah? Pompuan mana pulak ni? Nak bukak ke tak?
"Hello. Fik, open the door."
Amboi, main fik fik pulak menatang sorang ni yer? Sape dia ni? Tapi aku rasa memang dia ni family member bapa rimau. Family aku jugak lah kalau macam tu. Eh, iye ke?
"Honey, mum’s here. Come on, open the door."
Hah? Mum?


"Who the hell are you? What are u doing here?."
Hah, kan aku dah menyesal bukak pintu. Baru aku nak jawab tetiba jer loya aku ni datang balek.
Uwekk...uwekk...
Betul-betul kat depan dia. Dan kena sikit hujung kaki dia yang tak lawa mana tu.


p/s : saya dah usaha edit mana-mana yg mampu..harap2 jangan marah gi tau..hehe
posted by Penulisan2u @ 11:51 PM   13 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Rasa Cinta 8
Nama Pena : Nafisya

Penatnya badan. Ramai juga jemputan yang hadir tadi. Tambahan pula ada budak-budak kepoh keliling pinggang. Haih, Fadzli... handsome juga mamat itu. Smart. Senyumannya pun tidak kurang menggoda. Pasti ada saja gadis yang memuja dirinya. Aku yakin angah juga termasuk dalam senarai. Hehe... ops... ketawa sorang-sorang pula. Kang tidak pasal-pasal aku dichop anak beruk gila meroyan. Haha...

"Cik Arisya nampak cantik malam ini. Padan sangat warna hijau dengan diri Cik Arisya." Puji Fadzli, ikhlas. Kakak dan adik sama-sama cantik, sama-sama manis, ditambah dengan lesung pipit di pipi kirinya. Sedap mata memandang. Tan Sri Abdul Aziz telah pun berlalu melayan tetamu. Inilah masanya untuk meneruskan sesi suai kenal. Bukan mudah untuk mendekati anak majikannya itu.

"Tak perlulah bercik-cik pula. Just call me Risya. It would be nicer. Right, Fadzli?" Balas Arisya. Fadzli yang terangguk-angguk dipandangnya mesra. Entah kenapa, bagai ada magnet di antara mereka. Dia begitu tertarik dengan perwatakan Fadzli. Namun, segera diingatkan dirinya agar tidak mudah terpedaya kepada kaum adam. Cukuplah sekali saja peristiwa pahit berlaku. Dia tidak mahu pisang berbuah berpuluh-puluh kali. Hatinya bermain tarik tali. Di sebelah kanan mengatakan, tidak salah jika dia membuka langkah meninggalkan kenangan silamnya dengan Shafiq. Tidak semua lelaki bersikap seperti Shafiq. Tetapi di sebelah kiri pula menegahnya daripada hanyut dalam dunia yang fana ini. Cinta hanyalah kata-kata indah di bibir saja, yang wujud di hati hanyalah nafsu semata-mata.

"So, apa perasaan you apabila dah balik ke Malaysia? Tak lama lagi you akan memasuki alam pekerjaan. You kerja dengan Tan Sri?" Soal Fadzli ingin tahu.

"I happy sangat. Di sini I boleh selalu jumpa family I, senang nak cari my favorite food, tak seperti di Manchester. Dan yang penting, di sini tak sesejuk Manchester. I dah rimas pakai baju tebal-tebal. Buat berat badan je." Ujar Arisya. Nafas ditarik perlahan.

"Pasal kerja tu, I tak mungkin kerja dengan daddy. Bidang kitorang tak sama. I minat architecture not manufacture. Lagipun, cukuplah along and angah yang uruskan syarikat itu. I nak hidup berdikari. Ada rumah sendiri, my own life, tak bergantung kepada family." Tambah Arisya sambil tersenyum.

"Tak sangka I, you neh anak bongsu Tan Sri. Selalunya anak bongsu manja terlebih. Paasti terperap di bawah ketiak parents. But you\'re different. I suka dengan cara you berfikir. Nampak matang." Giliran Fadzli meluahkan pendapatnya. Memang benar, Arisya dilihatnya berbeza jika dibandingkan dengan Alisa. Alisa nampak lebih lembut dan jenis yang menurut apa saja perintah ayahnya. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. Tetapi hatinya hanya mampu menempatkan seorang saja wanita. Buat ketika ini, biarlah dia menilai dahulu isi hatinya sebelum dia benar-benar memilih siapakah gerangan sang bidadari yang harus ditakhtakan di hatinya. Tambahan pula, mereka bertiga masih lagi baru berkenalan. Walaupun dia dapat merasakan getaran di jiwa tatkala pertama kali terpandang si gadis, dia harus meluangkan lebih masa untuk menyelami hati si gadis. Dia tidak mahu tersilap langkah.

"Kalau benar pun I neh manja, tak semestinya I tak boleh hidup berdikari. Semasa di Manchester pun, I tinggal seorang diri. Tiada keluarga mahupun saudara di sana melainkan rakan-rakan.

Perbualan selanjutnya berkisar tentang zaman persekolahan masing-masing. Ada saja cerita yang diutarakan. Kadang-kala tercetus juga gelak-tawa mereka berdua. Dalam sibuk melayan celoteh Fadzli, Arisya dapat merasakan ada sepasang mata yang memerhati. Dia menjadi rimas dengan keadaan itu. Mahu saja dia berpaling dan mengorek sepasang mata coklat yang memerhatinya bagaikan tidak wujud manusia lain di muka bumi ini. Tetapi, apa pula alasannya nanti. Tidak termaktub dalam undang-undang kesalahan merenung anak dara orang. Jika ada pun, hanyalah undang-undang yang dicipta diri sendiri.

Ketika sedang sibuk melayan khayalan seperti Minah Jenin, Arisya dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Dia culas. Siapakah makhluk Allah yang begitu berani mengganggu hidupnya tengah-tengah malam begini. Handsetnya masih lagi menyanyikan lagu I\'m Yours dendangan Jason Mraz tanpa henti. Aduh! Kacau betul! Memang nak kena sekeh kepala betul pemanggil ini. Lantas dicapainya Nokia N81 hitam miliknya. Siapakah? Nombor yang tertera di skrin dilihat. Hmm... tiada dalam senarai kenalannya. Perlukah dia menjawab? Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak-buak, dia menekan butang hijau.

"Assalamualaikum. Hi sayang, belum tidur lagi? Rindukan I ke?" Suara Zackri jelas kedengaran di telinga. Tiba-tiba saja suhu badannya naik mendadak. Bagaimanakah makhluk ini memperoleh nombornya? Ini tidak lain dan tidak bukan, pasti kerja angahnya. Arisya geram.

"Waalaikummussalam. Hmm... ada apa? Pasti angah yang berikan nombor I kan?" Arisya menyoal acuh tak acuh. Bukan boleh dilayan sangat mamat tiga suku ini. Buat tension kepala otak saja. Dari takde penyakit, bermacam-macam penyakit seperti migrain boleh datang.

"Pandai pun. Kalau I minta dari you, entah sampai tahun depan pun tak dapat. Sayang, boleh I tanya something tak?" Zackri di hujung talian bertanya.

"Tau tak apa. Tak perlu pun you nak tau nombor I. Kita takde kena-mengena pun. Apa yang you nak tanya? Dan lagi satu, boleh tak kalau you tak panggil I sayang? I rimaslah. Geli-geleman tau. Eeee..." Arisya membuat aksi geli-gelemannya walaupun tidak dapat dilihat oleh Zackri.

"Siapa Fadzli tu? You dah lama kenal dia ke? I tengok tadi, lain macam saja dia pandang you. Selepas tu, dia pandang Lisa pun lain macam juga. Kedua-dua dia nak rembat ke?" Suara Zackri berubah sedikit. Ada riak cemburu pada suaranya. Arisya tersenyum. Entah apa-apa sajalah orang tua ini. Untuk siapa perasaan cemburu itu sebenarnya? Aku atau angah? Nak dikatakan dirinya, dia memang tiada apa-apa hubungan dengan Zackri. Jadi, tak perlulah Zackri berasa cemburu. Buang masa dan tenaga saja.

"Ha\'ah. I memang dah lama kenal Fadzli tu. Kalau you nak tau, dia tu calon boyfriend I, tau? Handsome kan?" Sengaja Arisya membakar hati Zackri. Biar hangus, rentung macam arang. Haha... puas hatinya mengenakan Zackri. Penyibuk sangat! Mungkin dengan cara itu Zackri akan menjarakkan diri daripadanya. Pasti aman dan tenteram dunia Arisya Zureena tanpa Zackri Hakim!

"Haha...ops!" Tiba-tiba saja ketawanya terlepas. Kantoi pula.

"Kalau ya pun you suka sebab dah dapat calon boyfriend baru, tak perlulah ketawa macam mak lampir." Sakit hatinya. Antara percaya dengan tidak setelah mendengar pengakuan Arisya tentang Fadzli.

"Eh eh...tak adalah. I ketawa sebab kandungan kad yang kawan I beri neh kelakar. Ada ke patut dia suruh I buat jalan itik sebagai denda kerana sudah lama I tak hubunginya." Cepat saja otaknya berputar mencipta alasan yang entah benar entah tidak. Hanya Arisya yang mengetahuinya. Al-maklumlah, otak putar alam, segalanya hendak diputar-belitkan.

"Hmm... iyalah tu. Arisya sayang, betul-betulkah I neh tak berpeluang langsung menjadi teman you?" Zackri, jangan putus asa. Sang puteri masih belum menjadi milik sesiapa. Kau masih ada banyak peluang. Gambatte!

"Tak ada! You carilah orang lain. Angah kan ada? You tacklelah angah. I tak akan menghalang." Slumber saja Arisya menjawab.

"Hmm... tak mengapalah. Good night, dear. Sweet dream!" Satu nafas Zackri melafazkannya dan panggilan terus ditamatkan. Hatinya disabarkan. Arisya pula tersengeh macam badut McD. Tiba-tiba saja akalnya dipenuhi dengan idea-idea nakal. Dia menekan butang rekod handsetnya. Sebaris ayat dilafazkan. Butang stop ditekan. Done! Senyuman kian melebar. Muncul dua tanduk di kepala dan ekor di punggung. Set as ringtone! Yeah! Selepas ini, pasti dia akan mengetahui jika pemanggilnya adalah Zackri.

-----------------------------------------------------------------------------------

Sudah hampir seminggu Arisya pulang. Masanya hanya dihabiskan di rumah dengan berehat sepuas-puas sebelum memulakan pekerjaan. Sesampai saja di Malaysia, dia tidak melengahkan masanya, terus saja dia mengisi borang permohonan kerja di laman web yang ditemuinya tanpa pengetahuan sesiapa. Mungkin tidak lama lagi dia akan menerima tawaran bekerja, siapa yang tahu. Sememangnya dia tidak mahu bekerja dengan daddynya. Tambahan pula, bidang mereka adalah berbeza. Dia kurang berminat dalam bidang pengurusan perniagaan ini. Minatnya lebih tertumpu pada seni bina. Mujur juga niat suci murninya untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini tidak dihalang oleh daddynya.

"Morning mummy! Mana yang lain?" Soal Arisya yang baru saja turun ke dapur. Kalau tidak disebabkan rasa lapar, mahu saja dia menyambung tidur. Bukan selalu dapat tidur dengan aman tanpa gangguan. Segera ditarik kerusi dan melabuhkan punggung.

"Morning, darling. Daddy dan angah sudah ke pejabat la sayang. Itulah, bangun awal sangat. Mummy pun kejap lagi nak keluar. Risya nak ikut?" Balas Puan Sri Zulaikha turut duduk bersama anaknya walaupun dia sudah pun bersarapan bersama dengan suaminya tadi. Saja mahu menemani si anak manja.

"Pergi mana, mummy? Pukul berapa? Risya belum mandi lagi." Soal Arisya sambil tersengeh macam kerang yang telah direbus. Mana tidaknya, sebaik saja bangun terus langkah dibuka ke bilik air dan berus gigi serta Colgate dicapainya. Setelah selasai membasuh muka, langkah disambung menuruni tangga menuju ke dapur.

Puan Sri Zulaikha tergeleng-geleng melihat telatah anak bongsunya itu. Masih memakai baju tidurnya yang bergambar Hello Kitty di tengah. Soalan Arisya dibiarkan sepi tidak berjawab. Tangannya pantas menyenduk mee goreng ke dalam pinggan dan diunjukkannya kepada Arisya. Arisya memandangnya. Agak lama.

"Mummy! Risya tanya neh. Nak pergi mana dan pukul berapa?" Soalannya diulang. Puan Sri Zulaikha tersenyum melihat muncung Arisya yang sudah berdepa-depa panjangnya. Pantang soalannya tidak dijawab, pasti menarik muka. \'Susah betul melayan kanak-kanak rebina ini.\' Desis hatinya.

"Rahsia. Kalau nak tau, kenalah ikut mummy. Mummy keluar pukul 10.30 nanti. Cepat-cepatlah habiskan mee tu. Lepas itu, mandi dan siap. Mummy tunggu di luar." Puan Sri Zulaikha terus bangun meninggalkan Arisya termangu-mangu sendirian. Malas hendak ditunggu lagi. Nanti terlepas pula cakap.

Arisya kebingungan. Rahsia? Kenapa pula hendak berahsia-rahsia? Hairan bin ajaib bin aneh. Didongakkan kepala memandang ke dinding mencari jam. What?! Pukul 10.05! Dia masih belum mandi. Cukupkah 25 minit untuk mandi dan bersiap? Pantang baginya mandi kalau tidak cukup 20 minit. Bila mandi, kenalah cuci muka, berendam-rendam, bersabun, shampoo, perapi rambut jangan lupa... bla bla bla... Mana cukup 25 minit! Pantas saja mee goreng di dalam pinggan dihabiskan dan terus lesap ke dalam bilik.
\'Pinggan sendiri pun tak basuh. Apalah anak dara seorang neh. Lantaklah, Mak Mah kan ada. Hehe...\' Arisya tersengeh seorang diri di depan cermin bilik air. Semuanya dilakukan dengan cepat. Tiada lagi istilah berendam pada pagi itu.

Selesai saja mandi, jam sudah menunjukkan pukul 10.23 pagi. Ah, tak boleh jadi neh! Jeans di dalam almari dicapai. Pintu almari ditutup. Arisya masih lagi memakai tuala bersama jeans. Sikat di meja solek dicapai. Toner disapu ke muka menggunakan kapas. Apa lagi ek? Compact powder turut disapu ke muka. Lip gloss berwarna merah jambu dicalitkan ke bibir. Mascara dielus ke bulu mata. Ok, siap! Tapi seperti ada lagi yang dia lupa. Beg tangan dan handset dicapai. Pintu biliknya dibuka. Kenapa sejuk semacam saja badan neh? Rasa lembab semacam saja baju neh. Masyaallah! Baju! Tangannya ditepuk ke dahi. Macam mana boleh lupa pakai baju neh? Make up semua siap tapi baju, tak ada la pula! Nasib baik belum turun. Kalaulah dilihat ibunya, pasti berlori-lori sindiran dan gelak ketawa yang bakal diterimanya. Boleh pula pakai tuala dan jeans untuk keluar. Segera dicapainya sehelai t-shirt putih dan dipakainya. Rambut dibetulkan dan langkah kaki dikutip semula menuju ke tangga. Kelibat ibunya dicari berhampiran dengan kolam ikan.

"Sorry, mummy. Terlupa something tadi." Ujar Arisya, termengah-mengah. Kemudian, tersengih sendirian. Malu untuk bercerita. Puan Sri Zulaikha hanya mampu tersenyum melihat Arisya yang bagaikan tidak cukup tanah berlari tadi. Faham benar dengan perangai anaknya yang seorang ini.

"Jom. Nanti terlewat pula. Dah janji dengan orang kan." Puan Sri Zulaikha menarik tangan Arisya menuju ke kereta. Pak Ayob sudah sedia menanti.

Mercedes ML 63 AMG hitam itu terus meluncur laju memasuki perkarangan Mid Valley Megamall. Arisya kehairanan. Nak shopping ke? Tapi kalau setakat bershopping, kenapa mesti berahsia dengannya? Pelbagai soalan menerjah ke kotak pemikirannya. Arisya dan ibunya turun dari kereta. Setelah mereka turun, kereta yang dipandu oleh Pak Ayob terus saja berlalu. Nampak gayanya, macam lama saja mereka akan berada di situ. Jika tidak, masakan Pak Ayob pergi tanpa sepatah kata. Arisya terus menonong mengekori ibunya tanpa banyak tanya. Bagaikan anak ayam mengikut ibunya. Kaki dilangkah memasuki kedai Inspirasia yang terletak di aras dua. Pelbagai barangan hiasan dalaman dipamerkan di dalam kedai tersebut. Puan Sri Zulaikha terus menuju ke kaunter meninggalkan Arisya yang leka melihat barangan tersebut. Ada yang menarik minatnya.

Setelah beberapa ketika, ibunya masih bertempek di kaunter. Berbual dengan seseorang. Tidak dapat dilihat wajahnya kerana dilidungi oleh ibunya. Yang pasti, orang tersebut adalah seorang wanita. Belum pun sempat dia menghayun langkah ke arah kaunter, dia ditegur oleh seseorang. Suara yang amat dikenalinya. Kalau benarlah dia orangnya, mahu saja dia berlari keluar meninggalkan kedai tersebut. Entah mengapa, setiap kali mereka bertemu, pasti mengundang sakit di hatinya. Masih terngiang-ngiang di pendengarannya kata-kata lelaki itu suatu ketika dahulu. Pandangannya dialih ke arah pemuda itu. Sakitnya hati ini tatkala memandang muka makhluk Allah yang berdiri di hadapannya. Segera dia berlalu tetapi pantas saja tangannya ditarik dan dia terdorong ke belakang.

"Risya, wait! Kenapa setiap kali you bertemu dengan I, pasti jelingan yang you hadiahkan? I know, I was wrong. But, can\'t you forgive me? Please..." Tangan Arisya masih lagi kejap dipegangnya. Kalau dilepaskan, pasti gadis itu akan terus melarikan diri. Bukannya mudah baginya untuk bertemu dengan gadis itu. Entah mengapa sejak bertemu kembali, dia asyik teringatkan Arisya. Di mana saja, wajah Arisya. Dia sedar, dirinya bersalah. Dia menyesal. Harapannya hanya satu. Memohon kemaafan Arisya yang dirasakan agak mustahil untuk memperolehinya.

"You know why. So, tak perlulah bertanya lagi." Arisya memalingkan mukanya. Tidak mahu melihat wajah lelaki yang telah merobek hatinya dulu. Memusnahkan segala harapan yang dibina serta menguburkan segala perasaan yang pernah wujud buat lelaki itu. Lelaki yang telah membuatkannya berubah sedemikian rupa. Malah, dia juga yang membuatkan Arisya semakin kuat, semakin berani dan semakin membenci lelaki.

"Arisya Zureena, please. Maafkan I. Please, sayang." Dia merayu-rayu pada Arisya.

"Hey, lepaskanlah! Sakit! Lepaskan!" Arisya bersuara agak keras.

"Please. Ikut I. Kita pergi cari tempat yang sesuai untuk berbincang." Rayunya tanpa mempedulikan Arisya yang mengerang kesakitan meminta tangannya dilepaskan.

"You neh kenapa? Tak faham bahasa ke? Lepaskanlah! Sakit tau!" Jerit Arisya. Ibunya yang berada di kaunter terus menoleh. Terkejut mendengar jeritan Arisya. Siapa pula pemuda tersebut? Baru saja dia berniat untuk membantu anaknya, Arisya terus saja melarikan diri keluar dari kedai tersebut tanpa sebarang pesan. Pemuda tersebut mengejar anaknya. Puan Sri Zulaikha dan wanita yang berada di hadapannya saling berpandangan. Kebingungan.


-Nafisya-
posted by Penulisan2u @ 11:46 PM   3 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Perjanjian Alam Ghaib II - 7
Nama Pena : Qaiszar Fazzamy

"Abang.. abang Kefri..!!", suara Husna mengejutkan Kefri dari lamunan. Husna mengerutkan dahi tanda kehairanan. Agak lama juga Kefri mendiamkan diri membiarkan dirinya dihambat kebosanan. Dia tidak betah begitu. "Apa yang abang Kefri menungkan..?! Sampai Una panggil banyak kali pun abang tak dengar..", soal Husna. Kefri tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Memang dia terhanyut di dalam anganan sebentar tadi. Mengimbau kembali kisah keluarga yang pernah diceritakan kepadanya sebelum arwah bapanya menghembuskan nafas yang terakhir. Pada mulanya dia menyangka bahawa segala kisah khurafat keluarganya sudahpun lenyap setelah kematian abang sulungnya Zulfar. Namun kini kewujudan keris misteri yang diwariskan oleh arwah bapanya seakan mahu memberitahu sesuatu. Daripada cerita arwah bapanya, keris itu mungkin ialah keris yang pernah digunakan oleh arwah ibunya untuk menikam dirinya sendiri sebagai satu syarat yang ditentukan oleh jin tersebut. Tetapi mengapa setelah lima tahun pemergian Zulfar, keris itu muncul semula dihadapannya?. Berbagai persoalan berputar ligat dalam kotak pemikirannya. "Aku akan kembali menuntut perjanjian.. Ingat Haji Luqman..!!", kata-kata dari jin tersebut terngiang-ngiang di telinganya. "Apa lagi yang ia mahukan..?! Bukankah Zulfar sudah tiada lagi..?! Ia akan kembali semula untuk apa..?! Untuk siapa..?!", fikirnya.


Kefri tersedar kembali dari lamunannya setelah dia terasa ada tamparan lembut yang singgah di bahunya. Cepat-cepat dia berpaling ke arah Husna yang menarik wajah masam mencuka. "Abang ni.. Una tanya abang tadi tau..!! Apa yang abang menungkan..?! Una risaulah..!!", bebel Husna yang kemudiannya berpaling membelakangi Kefri. Kefri garu kepala lagi. Dia sebetulnya tidak tahu bagaimana untuk memujuk seorang perempuan. Dibesarkan dengan kasih seorang ayah semata-mata membuatkan dirinya tidak memahami kehendak serta perilaku seorang wanita. Oleh kerana itu juga, sehingga kini dia masih tidak memiliki teman wanita. "Abang minta maaf.. abang tak sedar pula tadi..!! Una tak perlulah risau pasal abang .. abang cuma terkenangkan arwah ayah abang.. Itu saja..!!", terangnya sambil mengukir senyuman. Husna juga turut tersenyum. Entah mengapa, seakan ada gelora yang memuncak setiap kali dia bertentang mata dengan pemuda itu. Sementelah lagi kini dia duduk bersebelahan dengannya. Degupan jantungnya kian kencang apabila memerhatikan seraut wajah milik Kefri. "Kenapa dengan aku ni..?! Kenapa aku rasa lain macam bila pandang dia..?! Aku tak pernah rasa macam ni seumur hidup aku.. adakah aku sudah mula sukakan dia..?! Mungkinkah..?!", hati kecilnya bertanya. Debaran jantungnya tiba-tiba berdegup dengan lebih hebat tatkala Kefri menyentuh jejari halusnya dengan lembut. Merah pipinya menahan malu. "Kalau abang cakap yang abang sukakan Una macam mana..?!", tanya Kefri. Husna terpelangah.


"Abang rasa kenapa Zubaidah datang semula ya..?!", Wan Saodah bertanya pada suaminya. "Hishh..!! Awak ni.. Mana ada orang yang dah meninggal dunia boleh hidup semula..?! Roh orang yang dah mati akan terus naik ke langit.. Takkan ada yang boleh datang semula tau tak..?! Mengarut betullah awak ni..", bidas suaminya dengan suara yang sengaja dikuatkan. "Habis tu.. yang abang nampak siang tadi tu apa..?! Bayangan abang ke..?!", soal Wan Saodah kembali. Suaminya terdiam. Untuk menolak perkara ini secara mentah-mentah adalah sesuatu yang sukar. Memang dia ada melihat lembaga berupa seorang wanita yang mirip dengan wajah Zubaidah. Cuma wajah lembaga itu agak mengerikan pada pandangan matanya. Tulang pipinya tersembul keluar dengan cebisan-cebisan daging yang seakan melurut ke bawah. Pada kepalanya terdapat beberapa lubang yang agak dalam. Ulat-ulat halus berjuraian jatuh darinya. Ia tidak mengganggu dirinya sebaliknya hanya tersengih memperlihatkan barisan gigi meruncing. Biarpun cuma seimbas pandangan, dia tahu itu adalah Zubaidah. Dia cukup yakin dan pasti yang dia bukan berkhayal atau bermimpi. "Entahlah.. saya pun tak tahu..!! Tapi saya cukup yakin saya nampak Zubaidah siang tadi..!!", ujarnya kepada Wan Saodah sambil matanya merenung kaca televisyen.


"MAKKK..!!", suara anak gadis mereka yang menjerit membuatkan perhatian segera beralih. Wan Saodah cuak. Suaminya bingkas berdiri sambil membetulkan kain pelikat yang dipakai olehnya. "Bang..!! Cepat tengok anak kita tu bang..!!", pinta isterinya. Mereka kemudiannya berlari ke arah pintu utama rumah di mana Husna berada bersama Kefri. Kelihatan anak gadisnya itu sedang menggeletar di balik pintu sambil terhendap-hendap. Wan Saodah pantas mendapatkan Husna dan bertanyakan soalan. "Kenapa Una..?! Apa yang dah jadi..?!", soalnya. "Tu..!! Dekat kereta abang Kefri tu..!!", ujar Husna seraya menuding jari ke arah luar. Omar segera berpaling. Bagaikan tidak percaya apabila dia dapat melihat satu lembaga yang berdiri di atas bumbung kereta sedang melambai-lambai ke arah mereka. Wan Saodah hampir saja mahu menjerit. Tanpa mengamatinya dengan lebih teliti, dia kenal akan rupa lembaga tersebut. "Bang.. Zubaidah bang..!!", jerit Wan Saodah pada suaminya. Terpegun anak-beranak itu melihat lembaga tersebut terawang-awang di atas bumbung kereta. "Eh..?! Mana Kefri..?!", tanya suaminya. Husna cepat-cepat menuding jari ke satu arah lagi. Bulat mata Wan Saodah melihat Kefri yang berdiri merenung tanah. Lagaknya seperti telah dipukau. Wajahnya tidak jelas kelihatan kerana terlindung oleh rambutnya yang agak panjang. "Anak ibu.. anak ibu..!!", lembaga berupa Zubaidah itu bersuara sayup. Perlahan-lahan Kefri melanglah menghampiri sambil kepalanya masih tetap menunduk ke bawah. "Kefri..!! Jangan pergi ke sana..!! Itu bukan ibu kau..!!", Omar menjerit memanggil Kefri yang langsung tidak menghiraukan dirinya.


"Ibu..?!", Kefri bersuara perlahan. Kakinya masih tetap melangkah mendekati lembaga tersebut. Dia tidak dapat mendengar apa-apapun selain dari suara \'ibunya\' yang memanggil. "Anak ibu.. mari sini nak..!! Mari datang dekat ibu.. ibu rindukan anak ibu..!!", lembaga itu bersuara lagi. Kefri mengangguk tanpa sedar. Terasa ada desingan di kedua-dua belah telinganya. Bercampur-baur dengan suara seperti seseorang yang sedang memanggil namanya. "Kefri..!! Jangan pergi ke sana..!! Mengucap nak..!!", laung Wan Saodah berulang kali. Husna yang melihat menggigil ketakutan yang amat sangat. "Ibu abang Kefri..?! Itu ibu abang Kefri..?! ", soalnya di dalam hati. Dia tidak pernah melihat akan rupa sebenar ibu kepada Kefri. Ibunya juga tidak pernah menceritakan hal itu kepadanya. Apa yang dia tahu melalui khabar angin dari mulut orang kampung, ibu dan bapanya mempunyai hubung-kait dengan peristiwa yang menimpa ibu Kefri. "Bang.. cepat tarik dia masuk ke dalam..!! Dia dah macam terpukau..!!", pinta Wan Saodah pada suaminya yang tergamam. Tanpa bertangguh, suaminya terus berlari keluar mendapatkan anak muda itu. Omar memeluk Kefri dari belakang dan menariknya masuk ke dalam rumah. "Anak ibu.. jangan pergi nak..!! Anak ibu..", rintih lembaga berupa Zubaidah itu sayu. Menambahkan lagi rasa ngeri yang menyelubungi ketiga-tiga anak-beranak itu. Sebaik sahaja Kefri berjaya dibawa masuk ke dalam rumah, Wan Saodah segera menutup pintu dan menguncinya dari dalam.


Kefri dibawa ke ruang tamu dan dibaringkan di atas sofa. Dia sudah tidak sedarkan diri. Namun ada linangan airmata yang keluar dari celahan kelopak matanya yang terkatup rapat. Seolah-olah sedang menangisi sesuatu. Wan Saodah dan Husna pula saling berpelukan sesama sendiri di tengah ruang tamu. Semuanya memandang ke arah siling rumah tatkala kedengaran seperti bunyi sesuatu yang sedang berjalan di atas bumbung rumah. Seketika kemudian, dinding rumah itu bergegar dengan kuat diiringi oleh suara tangisan yang mendayu-dayu dari luar. "Omar..!! Pulangkan anak aku..!! Pulangkan anak aku..!!", sergah suara itu membuatkan Husna mula menangis akibat terlalu takut. "Pergi..!! Kau bukan Zubaidah..!! Zubaidah dah lama mati.. jangan kacau kami..!! Pergi..!!", Omar menjerit memarahi suara itu. Rumah itu bergegar lagi malahan lebih kuat dari yang sebelumnya. Husna menekup wajah ke tubuh Wan Saodah. "Mak.. tolong Una mak..!! Una takut..!!", ujar Husna dengan bahu yang terhinggut-hinggut. Bapanya yang berdiri berhampiran dengan mereka hanya mampu melingas ke sekeliling. Dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa lagi. Lolongan anjing yang sahut-menyahut seakan memberitahu yang lembaga itu masih berada di luar rumah. Wan Saodah mengerling ke arah jam pada dinding. Mengharapkan agar matahari segera muncul.


Terasa seperti bahunya digoncang berulang kali, Kefri terpisat-pisat bangun dari lelapnya sambil mengenyehkan mata. Cahaya matahari yang mencuri masuk melalui ruang tingkap membuatkan dia segera berpaling tatkala bahangnya menyuluh pancaindera anak muda itu. Kefri menggeliat sambil menguap panjang di atas sofa. Fikirannya masih berbalam-balam. Setelah agak lama dia bersila di atas sofa itu, barulah minda sedarnya kembali pulih seperti sediakala. Baru sahaja dia hendak melangkah turun, tubuhnya kembali tersandar ke sofa apabila melihatkan wajah seseorang yang tidak dikenalinya muncul secara tiba-tiba di hadapan matanya. Kefri seakan mahu menjerit tatkala memandang akan rupa wajah itu yang tersenyum dengan keseluruhan mukanya dibasahi oleh darah. Ada beberapa kesan luka yang dalam pada wajah mengerikan itu. Lembaga berwajah hodoh itu kemudiannya mendepangkan tangan seperti mahu mendakap dirinya. Kefri semakin jadi tidak keruan. "Anak ibu..", ucap lembaga tersebut yang kian merapatkan diri dengannya. Bau hanyir darah segera menyelinap masuk melalui rongga pernafasan. Kefri menjerit dengan lantang sambil mengibaskan tangan. Dia tidak mahu makhluk itu mendekatinya. Semakin kuat dia berusaha untuk mengelak, semakin lembaga itu datang lebih dekat. Dalam keadaan cemas itu, terdengar seperti suara seseorang yang dikenali olehnya memanggil namanya.


"Hei.. Kefri..!! Ini pakciklah..!!", ujar suara itu. Dia tersentak. Dihalakan pandangannya ke sekeliling kawasan ruang tamu itu. Wajah mengerikan yang menganggu dirinya sebentar tadi ghaib entah ke mana berganti dengan wajah Omar yang merenung dirinya dengan pandangan pelik. Kefri meraup wajah sambil mengucapkan istighfar beberapa kali. Peluh memercik membasahi seluruh tubuhnya. "Kenapa dengan engkau ni..?! Lain macam saja pakcik tengok..?!", tanya Omar setelah melihat pemuda itu kembali tenang. Wan Saodah yang baru keluar dari dapur dengan menatang dulang berisi minuman terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di situ. "Kenapa bang..?!", soalnya. Suaminya sekadar menggelengkan kepala tanda tidak mengerti. "Tak ada apa-apa makcik, pakcik..!! Agaknya saya bermimpi saja..", terang Kefri lemah. Nafasnya masih tercungap-cungap. Seakan baru lepas berlari lagaknya. "Mimpi apa..?! Pakcik tengok kau macam tengah halau orang saja..?! Kau halau siapa..?!", soal Omar ingin tahu. Memang sebentar tadi dia melihat Kefri mengibas-ngibaskan tangan seperti sedang menepis sesuatu. Sangkanya anak muda itu sedang menghalau nyamuk. Tetapi apabila memandang akan wajah Kefri yang kuat berpeluh itu, dia merasakan sesuatu yang lebih sukar. Apatah lagi setelah kejadian yang menimpa keluarga itu malam tadi. "Entahlah pakcik.. ada orang dengan muka berdarah-darah nak peluk saya..!! Perempuan..!! Dan lagi satu, makhluk hodoh tu ada cakap sesuatu pada saya..", ujar Kefri. "Cakap apa..?!", soal Omar lagi. "Dia cakap saya ni anak dia..!!".


Bersambung...
posted by Penulisan2u @ 11:43 PM   6 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Jodoh atau Cinta 7
Nama Pena : iman hazana

Iman melangkah masuk ke perjabatnya. Semalam dia baru balik dari Cameron Highland atas urusan kerja selama dua minggu. Senyuman manis di bibirnya. Dia selalu lewat datang ke perjabat kerana sejak kemalangan sebulan lepas dia menjadi pelanggan tetap teksi. Fobia untuk memandu. Lewat datang dan lewat juga balik.
"Iman. Bila sampai dari Cameron ni?" Iman tersentak sedikit di tegur oleh Hilmi, ketua bahagian sumber manusia itu. Tanpa salam Hilmi duduk melabuhkan diri di hadapan Iman
" Malam semalam. Kenapa ada cerita best ke sejak Iman tak da Hilmi?" Mereka sudah seperti satu keluarga. Tiada formality bila berhubung lagi.
"Hmm you miss something big on the day you off to Cameron sis." Hilmi masih berteka-teki.
"Come on Hilmi. Tell me." Tanya Iman tak sabar. Hilmi ketawa melihat waja Iman yang tak sabar itu. Ingin mendera lagi namun dia tak sampai hati.
" Kita ada boss baru. Anak Dato…" Belum sempat Hilmi memberitahu terdengar ketukan di pintu Iman yang sedia terbuka.
"Opps… Encik Aiman. Masuklah." Iman hanya terkulat kulat melihat Danish Aiman melangkah masuk.
" Saya baru nak bagitahu Iman tentang kepulangan Encik Aiman. Kenalkan ini Iman Umairah, pengurus O.R kita." Hilmi memperkenalkan Iman. Danish Aiman... akhirnya dia kembali.
" Iman, ini Encik Aiman. C.E.O baru kita. Anak Dato." Iman hanya mampu memandang Danish seketika sebelum mula menyibukkan diri dengan tugasnya. Hilmi terkejut melihat penerimaan Iman.
"Hilmi, boleh tinggalkan saya dan Iman sendirian seketika." Pemintaan itu lebih mengejutkan Hilmi. Hatinya kuat menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dua manusia di hadapannya ini.

" Ada apa yang boleh saya bantu?" Iman bertanya tanpa mengangkat muka. Dia yakin pada saat itu hanya tinggal dia dan Danish sahaja. Hatinya masih sebal. Teringat kejadian sebulan lepas ketika dia melawat Danish di London.
Bertapa lelaki itu berani membawa Maya pulang ke rumah, bermalam di rumah lelaki itu sedangkan dia ada di rumah itu. Masih terasa sakit hatinya apabila terpandang Maya keluar dari bilik Danish di pagi hari. Lalu tanpa kata Iman meninggalkan rumah Danish tanpa sebarang kata kerana dia tahu ketika itu Danish tiada di rumah. Setiap pagi Danish akan keluar untuk jogging dan kembali ke rumah untuk sarapan. Buat apa dia menanti di rumah lelaki yang langsung tak menghormati dirinya. Sedangkan dia isteri yang sah pada lelaki itu. Walaupun hanya di atas kertas. Dia bukan Iman yang dulu boleh di pijak-pijak. Iman yang sekarang Iman yang berani bersuara . . . berani melawan.
" Dengar Iman kemalangan sebulan lepas." Danish menjawab dengan satu pernyataan. Sahaja memprovok. Bukan dia tak tahu Iman kemalangan selepas sehari balik dari London. Malah dia mengambil flight terus ke Malaysia sebaik mendengar perkhabaran itu. Selama seminggu dia menjadi penunggu malam Iman. Atas pertolongan kawannya yang juga doktor di hospital tempat Iman di rawat.
" Hmm… dah baik pun. Saya tahu awak nak tagih janji. Saya akan keluar dari syarikat ini dan kehidupan keluarga awak dalam tempoh enam bulan. Jangan takut saya berpegang kepada janji. Kalau awak tak percaya awak boleh buat kontrak." Iman berkata sinis. Hatinya sebal. Memang dia kemalangan. Seminggu dia di hospital. Namun tak sekalipun Danish menjenguknya sedangkan saban waktu dia tunggu Danish hadir supaya dia tak perlu tebal muka menghadapi sindiran dari Puan Fatimah mak long Danish. Di fikirkan kembali kenapa Danish hendak menjenguknya sedangkan sewaktu datuknya meninggal pun lelaki itu tak balik ke Malaysia.
Danish terpampam. Egonya tercabar. Di renungnya wajah Iman yang seakan tak berperasaan. Hanya mata itu masih jernih menjadi pencerita bahang hati si pemiliknya. Dia tahu Iman tak rela. Dia tahu Iman menyintainya. Dia tahu Iman menunggu dirinya. Dia sendiri membaca diari Iman ketika bermalam di hospital. Setiap malam dia membaca apa yang di catat oleh Iman. Setiap orang yang datang melawatnya dan sebaris ayat yang menjadi penutup kisah harian gadis itu. ’DANISH AIMAN... KU TUNGGU KEHADIRANMU.’ Diari lama Iman dulu yang di ambil lepas akad nikah mereka pun masih dalam genggamannya.
"Hmm. Kalau tak lupa, baguslah. By the way selamat bekerjasama." Danish menghulurkan tangan. Iman teragak-agak menyambutnya. Pasti ada sesuatu. Namun tangan itu tetap di sambut apabila Danish mengangkat kening mencabar. Lama tangan Iman dalam genggaman Danish tak di lepaskan. Iman pula sedaya upaya menarik tangannya. Melihat isyarat mata Danish. Iman tahu lelaki itu mahu dia mencium tangan lelaki itu. Mahu tak mahu dia lakukan juga.
" Selagi saya tak lafazkan. Awak tetap isteri saya.. jangan lupa itu." Danish memang senjaga menyakitkan hatinya. Mencabar kewibawaannya.
"Becerai bukan satu-satu jalan untuk berpisah." Bukan niat untuk menyakitkan hati sesiapa namun Iman berkata sesuatu yang jujur dari hatinya. Danish tersentak. dia tak pernah terfikir hal itu.
Ya, tak semestinya mereka becerai baru mereka berpisah tetapi juga mungkin kerana salah seorang pergi meninggalkan diri masing-masing. Danish berlalu pergi. Iman mengeluh. Ingin menyakitkan hati Danish namun hatinya sendiri terluka lebih lagi. Sanggupkah dirinya meninggalkan kebahagiaannya sekarang? persoalannya kuat kah dirinya nanti?
Danish memandang keluar biliknya. panorama bangunan pencakar langit menjadi jamuan matanya. Kata-kata Iman menusuk ke kalbunya. Iman benar bukan hanya lafas cerai yang boleh memisahkan mereka. Kalau benar Iman bertindak pergi dari lingkungan keluargannya, tetap juga Iman bebas darinya. Bebas kemana sahaja. Bebas bergaul dengan siapa sahaja dan bebas bercinta dengan sesiapa pun. Memikirkan hal itu Danish boleh tertekan di buatnya.
Entah sejak bila bermula dan di mana ianya berlaku. Tapi yang pastinya Danish memang menyayangi Iman. Hanya Danish takut mengakuinya. Sejak melihat keteguhan dan ketabahan Iman membantu keluarganya di saat kemalangan yang meragut nyawa atuk dan abang iparnya tiga tahun lalu. Danish seakan terpukau pada Iman. Berjauhan tak bermakna dia tak perduli. Berdiam diri tak bermakna dia tidak kisah. Perkembangan Iman di dalam koceknya. Setiapnya dia tahu.
Danish yakin sesuatu perlu di lakukan. Baik Iman sudah pandai membantahnya. Kalau Iman ingin dia bermain tarik tali. Dia akan ikut rentak Iman. TIDAK... Iman yang akan mengikut retak dia. Iman perlu di ajar agar patuh dengannya. Dia akan menjadi sebahagian hidup Iman. Kalau gadis di luar berebut untuk mendapat perhatiannya. Tidak mungkin Iman yag sedia menyayanginya tak boleh dia rebut hati si gadis. Iman... Tunggulahhhh...

ini n3 ke tujuh... terima kasih kepada yang memberi komen... saya sangat berharap pembaca dapat memberi pandangan dan kritikan lagi supaya saya boleh memperbaiki diri dan mutu penulisan saya.. tolong tinggalkan komen.
posted by Penulisan2u @ 11:38 PM   13 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
Novel : Hyperzia 6
Nama Pena : Kronika

Pergunungan di Banjaran Titiwangsa banyak menyimpan khazanah alam yang tak terhingga nilainya. Kebanyakan pencinta alam dari seluruh pelosok dunia datang ke Malaysia Raya bagi mengkaji isi hutan yang menyimpan keajaiban ciptaan tuhan. Dari pokok-pokok hutan yang berusia jutaan tahun, unggas-unggas yang tidak pernah dijumpai ditempat lain, dan herba-herba yang sememangnya mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
Walaupun begitu, tidak ada seorang pun yang mengetahui dalam hutan tebal yang diiktiraf sebagai hutan hujan khatulistiwa yang tertua di dunia itu ada satu lokasi rahsia persembunyian kumpulan jenayah yang paling berbahaya sedang menunggu masa untuk menawan dunia. Kumpulan itu sedang mengumpul dana dari berbagai saluran jenayah bagi menjana pertumbuhan dan kekuatannya. Kini, Red Level sedang berkembang dari segi kekuatan ketenteraan dan pertambahan anggota tidak kira dari golongan manusia biasa mahupun berketurunan Aramus yang mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat dari pelbagai asas dan tahap kekuatan. Anggota dari golongan manusia biasa berkhidmat sebagai tentera kerahan dan unit bantuan. Mereka terdiri daripada gabungan penjenayah-penjenayah biasa yang bernaung di bawah Red Level bagi mendapatkan bantuan dana dan bantuan dari segi tenaga. Mereka semua tahu yang Red Level adalah satu pertubuhan yang begitu kuat dan besar serta dianggotai oleh golongan yang mempunyai kuasa luar biasa yang mereka tak tahu asalnya. Bagi mereka berlindung di bawah Red Level adalah satu kemestian lagi-lagi pada ketika ini pasukan keselamatan persekutuan mempunyai anggota simpanan khas yang mempunyai kuasa luar biasa bergelar Dashing Doll.
Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Tapi bagi keturunan Aramus yang mempunyai Kawalan Tenaga Sejagat, jauh atau dekat perjalanan
pemandangan keluasan pemandangan tetap sama. Mana tidaknya, Raz hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk sampai ke markas Red Level di bajaran Titiwangsa. Dia juga boleh bergerak di udara seperti golongan kesatria Aramus yang lain. Petang Ahad itu dia bersama Chong dan Sang Putih menuju ke Markas Red Level bagi menghadap pemimpin tertinggi mereka.
Raz sudah bersedia dengan laporan yang akan dibentangkan nanti yang pastinya satu pembentangan palsu hasil ide Chong untuk menyelamatkan dirinya dari kemarahan Tuan Jaque.
Tiba di sebuah air terjun besar di dalam sebuah hutan, ketiga-tiga mereka meredah terjunan air yang datang dari puncak sebuah gunung. Setibanya di dalam, mereka di sambut oleh pengawal hadapan pintu masuk utama yang mengiringi mereka ke satu kawasan yang mega luas yang terdapat di dalam gunung itu. Kelihatan berbagai jenis senjata dan pelbagai kelengkapan perang dan pekerja-pekerja sedang membuat kerja masing-masing. Di satu sudut pula terdapat sebuah tempat dimana anggota-anggota baru sedang menjalan pelbagai latihan peperangan dan mendengar taklimat dari anggota senior Red Level. Di situlah tempat Raz dibawa sewaktu pertama kali dia tiba di situ.
Setelah berjalan sejauh lima ratus meter menelusuri isi gunung itu, mereka tiba di tempat yang dituju, iaitu tempat pemimpin tertinggi mereka. Pintu bilik kebal terbuka sendiri setibanya mereka beberapa meter di hadapan pintu itu.
Kini mereka berhadapan dengan sembilan pemimpin kanan Red Level dan pastinya Tuan Jaque yang sudah bersedia menanti kehadiran mereka. Antara pemimpin kanan yang ada ketika itu ialah Argentum. Pemilik Kawalan Tenaga Sejagat Asas Air yang masih belum menunjukkan kehebatannya. Dia adalah pengganti Elius sebagai pemimpin paling kanan yang sebelum ini tewas di tangan Noor dalam pertembungan di menara Guan Tek Lim, Kuala Lumpur. Terdapat juga beberapa orang keturunan Aramus yang lain di situ.
Buat masa ini, Raz adalah orang yang menjadi tumpuan kerana dia adalah individu yang paling rapat dengan musuh utama Red Level.
"Selamat malam Tuan Jaque!" Raz, Chong dan Sang Putih memberi ucapan selamat kepada pemimpin tertinggi mereka.
"Selamat malam.." Jawab Tuan Jaque ringkas sambil bangkit dari kerusi empuknya. Dia menuju ke arah mereka bertiga. Matanya memandang ke arah Chong dahulu.
"Macamana perkembangan tugas 'anak' kau?" Tuan Jaque bersuara.
"Alamak! Kenapa aku pulak yang di tanya ni?" Bisik hati Chong. Sang Putih sudah berkira-kira yang dia juga mungkin akan ditanya selepas ini.
"Ehm! Err... Sebenarnya Raz selalu ada mengadu pada saya yang dia menghadapi kesukaran menjalankan tugasnya, tuan." Jawab Chong ringkas.
Tuan Jaque sepertinya terdengar sesuatu yang tak sepatutnya. Dia yang sedang melangkahkan kaki ke arah tempat duduknya serta merta kaku. Beberapa saat kemudian dia berpusing dan melangkah semula ke arah tiga anggotanya itu.
"Apa maksud kesukaran yang kau cakap tu? Siapa nak terangkan pada aku?" Kelihatan 'mood' Tuan Jaque berubah.
Chong dan Sang Putih dengan perlahan memalingkan muka ke arah Raz. Raz yang rasa bertanggungjawab terpaksa menjawab soalan itu.
"Memang saya ada katakan mereka layan saya dengan baik dan salah seorang dari mereka iaitu Sophia akan masuk ke dalam perangkap saya. Tapi sebenarnya tak semudah yang saya cakap. Saya perlu masa untuk memikat dia kerana saya pernah berkata padanya yang saya ingin menjalinkan hubungan cinta dengan dia tapi dia ingin mengenali saya lebih lanjut lagi. Dia akan terima saya sekiranya saya memenuhi ciri lelaki idamannya." Jelas Raz dalam nada yang agak takut.
"Oh! Begitu..." Tuan Jaque mengusut-usut dagu.
"Kau tahu kenapa aku pilih kau untuk mendekati mereka? Selain usia kau yang lebih kurang sebaya dengan mereka, kau juga memiliki wajah yang tampan dan ciri-ciri yang ada untuk memikat gadis. Sepatutnya kau harus cari jalan macamana cara menjebak mereka. Aku tak mahu tahu apa cara kau guna. Yang penting kau kena menjayakan tugas kau. Dua minggu aku beri masa. Satu masa yang aku rasa agak lama untuk kau memikat seorang gadis. Sedangkan aku hanya mengambil masa tak sampai pun dua minggu untuk memikat hati arwah isteri aku dulu. Kau ingat aku saja-saja bagi masa dua minggu tu. Aku merujuk pengalaman aku juga. Kau lebih tampan daripada aku semasa umur aku sebaya dengan kau dan arwah isteri aku lebih cantik berbanding mereka bertiga. Aku juga tak berapa pandai memikat hati gadis. Tapi tak sampai dua minggu, hati arwah isteri aku yang sekeras kelikir tu berjaya aku lembutkan. Nampaknya aku dah tersalah pilih orang. Sebenarnya kau tak layak menggalas tugasan ini. Aku cadangkan supaya kita hentikan rancangan kita ini." Jelas Tuan Jaque sambil beberapa pengikutnya mencuri-curi senyum mendengar pengalaman yang diceritakan.
Raz tersentak mendengar balasan tuan Jaque itu. Apa yang lantas terbayang di fikirannya ialah Noor! Jika selepas ini dia tidak lagi menggalas tugasan ini bermakna dia tidak akan berjumpa dengan Noor lagi.
"Tuan Jaque! Berikan saya sedikit masa... tolonglah beri saya peluang membuktikan keupayaan saya. Saya berjanji akan menjalan tugas ini dengan baik. Saya akan berusaha keras lagi. Lepas ini kalau saya gagal, hukumlah saya. Tolonglah saya... Saya benar-benar ingin membuat sesuatu demi kejayaan kumpulan ini." Nampaknya Raz terdesak. Dia melutut di kaki Tuan Jaque yang belum lagi rasmi memecatnya dari tugasan itu. Jauh di lubuk hatinya hanya Noor yang difikirnya.
Tuan Jaque memandang ke arah Raz yang berada di bawahnya.
"Sebenarnya kita dah kesuntukan masa. Putrajaya akan kita gegarkan jumaat ini. Macam ni lah... Kau boleh kembali bersekolah esok hari. Teruskan misi kau. Untuk hari jumaat ni, kau cubalah yang terbaik. Ianya akan lebih mudah jika kita dapat tewaskan Dashing Doll. Berjaya atau gagal misi jumaat ini akan menentukan nasib kau." Sambil Tuan jaque melangkahkan kaki ke sebuah pintu di belakang tempat duduknya.
Raz lega dengan kenyataan Tuannya itu. Dia lega kerana dia berpeluang lagi meneruskan tugasannya dan membuktikan sesuatu walaupun jauh di dalam hati dia gembira kerana dapat bertemu Noor lagi esok hari. Selepas ini dia terpaksa melawan perasaan cintanya pada Noor untuk mencapai cita-citanya dalam Red Level.
Chong dan Sang Putih juga menarik nafas lega. Mereka berdua memandang Raz yang hampir membuatkan mereka terhukum sekali bersamanya.
Raz kembali ke sekolah keesokan harinya dengan perasaan sedikit gembira. Hari ini dia boleh bertemu lagi dengan gadis idamannya. Rasanya kali ini dia akan bertindak. Bukan bertindak untuk merapatkan dirinya dengan Sophia tetapi menggunakan kesempatan itu untuk mencuri hati anak Tuannya! Dia tahu tindakannya itu membawa padah pada dirinya satu hari nanti tetapi apa boleh buat? Buat masa ini keinginannya untuk mendekati Noor yang sememangnya menawan hatinya sejak dari mula lagi sangat membuak-buak.
"Assalamualaikum... Sihat ke hari ni?"
Noor hairan. Apa kena dengan budak ni? Tiba-tiba bagi salam. Tanya sihat tak sihat pulak tu. Tak pernah pun sebelum ni.
"Sihat Alhamdulillah... Boleh tanya sikit? Apa istimewanya hari ni?" Noor menjawab pertanyaan dan bertanya bagi mendapatkan kepastian tentang kemusykilannya.
"Saja tanya... Takkan tak boleh." Jawab Raz.
"Boleh.. Kat Sophia tak bagi salam pun?" Noor bertanya dengan nada manja dan perlahan takut didengari orang.
"Kenapa Sophia? Dengan yang lain pun saya tak bagi salam." Balas Raz yang meletakkan sikunya di atas meja Noor.
Noor Memandang Sophia yang sedang berborak dengan Zaitun takut-takut Sophia menoleh kebelang."Ye lah.. Kan awak selalu dengan Sophia. Tu saya tanya tu."
"Macamana tak selalu dengan Sophia... Awak tak pernah tegur saya pun." Kias Raz.
"Tunggu saya tegur ke?"
"Ye lah.."
"Awak tipu."
"Kenapa pulak?"
"Awak kata awak tunggu saya tegur, tapi hari ni nampaknya awak mulakan dulu.." Noor masih lagi melirik mata ke arah Sophia.
"Macamana saya tak mula dulu, saya tak sabar tunggu awak mulakan." Raz tidak mahu mengalah.
Nampaknya Raz dan Noor semakin ingin memahami antara satu sama lain.
"Kalau saya mulakan, dan awak tersangkut, nanti ada orang marah.." Noor mula menyentuh pasal Sophia kerana ingin mengetahui status Raz dan Sophia.
"Siapa yang nak marah tak tentu pasal tu?" Raz tahu siapa orang itu.
"Siapa lagi kalau bukan orang yang selalu dengan awak." Noor menjeling ke arah Sophia. Raz turut memandang ke arah yang sama sambil tergelak kecil.
"Oh! Kawan saya tu... Takkan kawan saya nak marah saya berkawan dengan kawan baik dia sendiri." Raz kembali memandang Noor.
"Oh! Kawan saya... Jadi awak berpegang dengan pepatah 'kawan mu kawan ku jua' lah ye?" Noor membalas.
"Saya tak nak tahu dengan pepatah awak tu... Rehat nanti saya nak jumpa." Raz cuba menangguh bicara untuk disambung ke waktu yang lebih sesuai.
"Ajak kawan baik saya sekali boleh?" Tanya Noor menduga Raz.
"Kalau boleh awak seorang saja." Ujar Raz dan Bingo! bagi Noor.
"Macam personal je.." Balas Noor sambil mengerut dahi.
"Nak tahu personal ke tidak, Blok E jadi saksinya." Akhir kata dari Raz sebelum mengukir senyuman dan terus menuju ke meja Sophia.
Sememangnya Tuan Jaque memilih orang betul. Cuma orang yang di pilihnya itu yang menggunakan kebijaksanaan kata-katanya pada orang yang salah.
Raz berkata sesuatu pada Sophia.
Raz kembali ke tempat duduknya dan lewat di sebelah meja Noor.
"Blok E." Raz berbisik di telinga Noor. Noor hanya senyum dan mengangkat bahu.
Sebenarnya Raz memberitahu Sophia yang dia ingin berjumpa di perpustakaan yang terletak di Blok A iaitu blok utama terletak paling depan sekali. Jaraknya dengan blok E lebih kurang 300 meter. Rupanya dia tak mahu Sophia menggangunya nanti.
Dua matapelajaran sebelum rehat dilalui bagaikan terlalu lama oleh Noor. Dia yang biasanya akan menumpukan perhatian yang penuh kepada apa yang diajar oleh guru lebih banyak mengelamun. Mengelamun tentang apa yang akan dikatakan oleh Raz pada waktu rehat nanti. Mungkinkah Raz akan meluahkan isi hatinya atau sekadar ingin berkawan dengannya sahaja. Adakah Raz seorang yang jujur atau suka memainkan perasaan gadis. Mungkinkah juga dia akan menerima Raz sekiranya Raz mencurahkan rasa hatinya nanti. Mungkinkah juga.... Pap!! Tiba-tiba mejanya berdentum dengan bunyi hentakan pembaris.
"Ada apa kat siling tu?" Suara Cikgu Ramlan yang mengajar matapelajaran Fizik mengubah suasana alam khayalan Noor. Semuanya hancur berkecai. Kini dia kembali berada dalam kelas semula.
"Takde apa-apa Cikgu..." Jawab Noor sambil mengelip-ngelipkan matanya memandang Cikgu Ramlan yang berusia lingkungan 40-an itu.
"Kalau tak ada apa-apa kenapa tak tumpukan perhatian? Ingat buah hati ke?" Sambung Cikgunya lagi sambil disambut dengan gelak tawa oleh pelajar lain.
"Err.. Tak lah Cikgu... Saya teringat ayah saya. Minta maaf Cikgu." Balas Noor yang semangnya tahu yang dirinya tetap juga bersalah.Raz terkejut mendengar Noor menyebut ayah.
Manakala Sophia pula sangsi dengan perangai Noor. Tak pernah pun dia berangan sakan semasa belajar sampai cikgu tegur macam ni.
Kelas disambung seperti biasa. Noor terdiam dan tersengih sendirian mengenangkan yang berlaku. Sesungguhnya dia sudah tidak sabar menunggu tibanya waktu rehat pada hati itu.





Kriiiiing!!!!!

Masa yang dinanti-nanti oleh Noor dan Sophia sudah tiba. Noor akan bertemu Raz di blok E dan Sophia pula akan bertemu Raz di perpustakaan. Pelik bunyinya. Tapi itulah kebenarannya. Salah seorang dari mereka akan kecewa. Siapa lagi kalau bukan Sophia yang akan kecewa. Raz begitu pasti sekiranya dia tidak berbohong pada Sophia untuk bertemu di perpustakaan sekolah, pasti Sophia akan mencarinya keliling sekolah nanti. Sekurang-kurangnya Sophia akan menunggunya di perpustakaan sehingga loceng menandakan berakhirnya waktu rehat.
Sophia tidak ke kantin pada hari itu. Begitu juga dengan Raz dan Noor. Kebetulan perpustakaan tidak dikunjungi ramai pelajar ramai pelajar pada waktu rehat hari ini. Sophia masuk ke perpustakaan bersendirian tanpa ditemani Ima dan Zaitun yang sudah diberitahunya lebih awal semasa di kelas sebelum rehat tadi. Dia mengambil sebuah buku yang dia sendiri tidak tahu apa judulnya dan mengambil tempat berdekatan dengan pintu amsuk utama perpustakaan supaya Raz senang mengesan lokasinya.
“Apalah agaknya Raz nak cakap kat aku nanti ye… Tak pernah-pernah dia buat ‘appointment’ dengan aku. Mintak-mintak dia luahkan perasaan kat aku. Hi hi hi..” Sophia tergelak kecil sambil membelek-belek buku yang menjadi alat penyamarannya itu.
Sementara itu di Blok E…

Awal-awal Noor sudah tercegat di bawah sebatang pokok berdekatan Blok E kerana dia tidak pasti lokasi spesifik pertemuan yang bakal berlangsung sebentar nanti. Keceriaan jelas terpampang di wajahnya menyembunyikan detap jantungnya yang kencang.
Raz melangkah pantas ke destinasinya sambil memegang sesuatu. Sesuatu yang pernah dibawanya ke Blok E sebelum ini. Sehelai kertas lukisan tetapi tanpa pensel 4B. Sepanjang perjalanan ke Blok E dia membalas senyuman beberapa orang pelajar perempuan yang menegurnya. Maklumlah orang tampan mesti menjadi perhatian mata-mata mereka yang menggemari kesempurnaan.
Noor semakin tidak sabar menunggu. Dia memandang ke semua arah bagi mengesan kelibat Raz. Dia mula gelisah menunggu. Hatinya menebak bermacam-macam kemungkinan yang berlaku pada Raz. Mungkinkah Sophia menghalang perjalanan Raz ke situ atau Raz segaja mempermainkan dirinya. Kalau betullah Raz membohongi dirinya, tiada lagi ruang untuk Raz selepas ini.
Tiba-tiba, di satu sudut bangunan Blok E betul-betul di belakang tandas perempuan, muncullah seseorang yang akan mengakhiri penantian Noor ketika itu. Raz yang masih tercari-cari gadis idamannya mencekak pinggang dan sesekali menggaru-garu kepala. Noor yang tersenyum melihat gelagat Raz seperti orang mengejar peragut yang hilang jejak. Noor terlihat barang di genggaman Raz. Dia berkira-kira adakah barang itu hadiah dari Raz untuknya. Logikkah kalau dikatakan itu adalah surat cinta untukknya? Atau surat untuk Sophia! “Kalau surat kenapa digulung dan tak dilipat?” Bisik Noor.
Lalu Noor memejamkan matanya sambil menarik nafas dan sejurus kemudian tekanan udara di sekitar satu meter dari dirinya bertambah. Seakan ada laluan lutsinar antara Noor dan Raz apabila udara bertekanan tinggi di sekeliling Noor bergerak pantas dan lembut ke arah Raz melalui laluan kahs itu sedetik selepas Noor menghembuskan nafas. Membuka kembali mata dan menghayati aura bayu yang menyapa lembut ke segenap tubuh Raz adalah satu perasaan yang tak dapat digambarkan oleh Noor ketika itu. Kini dia semakin mengharap yang Raz akan menjadi miliknya dan dia ingin memastikan ianya akan berlaku.
Raz yang tersentak dengan belaian angin yang ditimbulkan oleh Noor memejamkan mata tanpa disedari. Dia seakan-akan dipaksa merasai keindahan tiupan bayu itu. “Angin apa ni? Kenapa tiba-tiba ada angin macam ni hari ni? Nyamannya seperti dalam Syurga aku rasakan.” Raz berbicara di dalam hatinya.
Seakan terpaksa pula dia membuka mata merelakan perasaannya berpisah dari keasyikan yang sedang dinikmati dan… Noor sudah ada di depan mata.
Raz menarik nafas dengan pantas tanda terperanjat dengan kejutan yang Noor berikan. Mana tidaknya, Noor yang dicari-carinya sebentar tadi secara tiba-tiba berdiri pegun tak sampai satu kaki di hadapannya sambil mendongak menatap wajahnya.
“Awak lambat..” Kata-kata Noor yang pertama pada waktu rehat itu setelah tidak bersuara semenjak loceng rehat berbunyi.
“Awak yang cepat sangat.” Balas Raz yang tidak sedar dari mana datangnya bayu lembut yang menyapanya.
“Mana boleh yang dijemput sampai dulu sebelum yang menjemput.” Sekali lagi Noor ingin menduga Raz. Nampaknya sayembara antara Noor dan Raz di kelas tadi bersambung di situ.
“Kalau yang dijemput sampai dulu sebelum yang menjemput, awak tahu apa maknanya?” Raz bertanya tanpa berganjak sedikit dari kedudukannya. Begitu juga dengan Noor yang masih kaku di hadapan Raz.
“Apa dia?” Tanya Noor ringkas. terhentiNoor tak sanggup melepaskan pandangan matanya ke arah mata Raz walau sedetik.
“Itu bermakna, yang dijemput tak sabar nak jumpa yang menjemput.” Raz mengakhiri kata-katanya dengan menaikkan keningnya yang lebat.
Noor mengukir senyuman tanda kata-kata Raz tadi tak tersangkal kebenarannya.
“Memang benar…itupun pasal yang dijemput nak tahu apa agenda yang menjemput. Lagipun…” Kata-kata Noor terhenti kerana segulung kertas lukisan menyilang di ulas bibir manisnya.
Raz merasakan dia patut menghentikan sandiwara mereka memandangkan masa tidak mengizinkan. Gulungan kertas lukisan itu perlahan-lahan digerakkan ke bawah melintangi bibir Noor menuju ke jari jemari kanan Noor yang berada di pangkal paha.
“Sebenarnya saya Cuma nak bagi ini. Tak perlu saya ucapkan panjang lebar kerana gulungan kertas ini mewakili ucapan saya. Its more than words, Noor.” Raz melepaskan genggaman tangannya ke atas gulungan kertas itu setelah noor mendakap kemas kertas lukisan milik Raz itu tanda ianya sudah bertukar milik.
Buat kali pertama Noor melepaskan pandangan matanya pada Raz untuk melihat gulungan kertas yang ada di tangannya. Perlahan dia membuka gulungan kertas itu di hadapan Raz. Noor tersenyum melihat kandungan di atas kertas itu. Harapannya untuk jejaka idamannya berterus terang padanya telah termakbul.
“Saya harap awak faham…” Suara Raz ringkas sambil mengundur diri. Rasanya dia akan berlalu buat masa ini.
“Tunggu..! Memang awak tak perlu terangkan apa-apa dengan memberi kertas lukisan seperti ini. Tapi sebagai cabaran dari saya awak perlu juga menerangkan dengan kata-kata. Itupun kalau awak berani.” Noor tidak membenarkan Raz pergi. Walaupun dia sudah faham perasaan Raz padanya dan dia sangat bahagia ketika itu, tetapi dia akan lebih bahagia sekiranya Raz mengungkapkan kata-kata ajaib itu di depannya pada detik itu juga.
Raz terhenti dan melangkah ke hadapan kembali. Rasanya dia akan menyahut cabaran Noor itu. “Baiklah.. Kalau itu yang awak inginkan… Saya tertarik pada awak semenjak saya melihat awak pertama kali. Awak cantik… Comel… Bersopan santun…memiliki semua yang lelaki inginkan, termasuk saya. Saya nak awak jadi kekasih saya kerana itu yang saya impikan semenjak pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini. Itu pun kalau awak terima saya.”
Noor hanya tunduk sambil sesekali melirikkan mata ke arah Raz. Tiada apa yang dapat menggambarkan perasaannya ketika itu. Inilah pertama kalinya Noor menerima cinta dari seorang lelaki dalam hidupnya.
“Itu yang saya nak dengar…” Jawapan ringkas dari Noor.
“Jawapan awak?” Tanya Raz kembali.
“Aku terima cintanya Razdi bin Razak dengan hantarannya segulung kertas lukisan. Sah!” Noor mengakhiri akad dengan gelak ketawa sopannya.
Raz turut tergelak dengan gurauan Noor dan dia cuba merangkul tangan Noor tanda gembiranya. Namun Noor menyorokkan tangannya ke belakang.
“A ha! Kita bukan muhrim. Awak tak boleh sentuh saya dan itu adalah syarat pertama hubungan ini.” Noor melirik tajam ke arah Raz.
Raz menarik semula tangan gatalnya itu dan menaikkan bahunya. “Baiklah.. Saya hormati pendirian awak. Lagipun betul apa yang awak cakap tu.” Dia sempat teringat yang Sophia selalu mencuri peluang bermesra dengan memegang tangan dan pipi Raz.
Noor lega Raz faham akan dirinya dan dia berharap itu adalah penerus kepada kesinambungan cinta mereka selepas ini.
“Mana awak curi gambar saya untuk buat ni?” Noor menukar topik kerana sudah hilang debarnya dengan keadaan ketika itu.
“Curi? Saya tak perlu itu semua untuk melukis potret orang yang saya sayangi kerana wajahnya selalu ada di ruang mata saya.”
Jawapan Raz itu begitu menyentuh perasaan Noor.
“Baiklah saya akan simpan lukisan ini sepanjang hidup saya. Saya janji.” Noor menggulung kembali kertas lukisan di tangannya. Mereka saling diam membisu selepas itu. Tiada seorang pun yang mengalah mahu berlalu dari situ, Saling tidak mahu situasi indah itu berakhir begitu saja.
“Kriiiiiing!!!!”
Loceng tamat rehat berkumandang sekitar Sekolah Menengah Sains Malaysia Raya. Noor dan Raz tersentak dari perasaan indah masing-masing. Mereka berdua saling melambai dan mengundurkan diri ke arah bertentangan. Raz ke kanan dan Noor ke kiri Blok E untuk menuju ke kelas mereka.
Seseorang muncul dari tandas Blok E yang terletak di bahagian tepi tingkat bawah… Sophia! Wajahnya yang masam menggambarkan hatinya yang sedang kecewa dan panas membara. Sebenarnya dia sudah beredar dari perpustakaan kerana kelibat Raz tidak kelihatan setelah beberapa minit menunggu. Jadi dia mengambil keputusan untuk mencari Raz dimana selalu Raz memencilkan diri. Ternyata Raz tidak berseorangan di Blok E pada hari itu dan Sophia mengambil keputusan untuk mendengar perbualan mereka setelah dia terserempak dengan mereka berdua dan sempat mengelak dari dilihat.
Apa yang menjadi igauannya selama ini menjadi kenyataan pada hari yang dijangkanya menjadi hari yang bahagia bagi dirinya. Dia begitu tak menyangka yang pengorbanan yang dilakukan selama ini termasuk meluruskan rambut dan menambah lentik bulu matanya tidak terbalas dek penangan Noor yang menjadi saingannya selama ini. Dia juga amat hairan dengan Noor yang selama ini tidak menujukkan sebarang reaksinya terhadap Raz boleh menambat hati lelaki idamannya itu sedangkan pada masa yang sama dia bertungkus lumus mengeluarkan semua ‘skill’ yang ada pada dirinya.
Sophia menjadi pelajar paling akhir masuk ke kelas iaitu beberapa minit selepas Ustazah Noor Baiyah masuk ke kelas.
“Awak sedang masuk tandas ke?” Tanya Ustazah Nor Baiyah sambil memerhatikan Sophia yang melangkah longlai tanpa memberi salam kepanya.
“Kelas Ustazah..” Balas Sophia ringkas.
“Kenapa tak beri salam? Awak nampak muram, awak tak sihat ke Sophia?” Tanya Ustazahnya lagi sambil memerhatikan Sophia yang berdiri menghadapnya.
“Assalamualaikum Ustazah… Tak ada apa apa… Saya sihat.” Jawab Sophia lagi dalam tunduk kepalanya.
“Pergi duduk di tempat kamu.” Arah Ustazah Nor Baiyah.
Raz sudah mengagak keadaan itu pasti akan berlaku. Dia hanya memandang buku yang ada di atas mejanya. Manakala Noor mengesyaki sesuatu dengan kondisi Sophia ketika itu.
Sophia yang melabuhkan punggungnya ke kerusinya menoleh ke belakang. Noor adalah orang pertama yang dipandangnya. Noor tergamam dengan pandangan Sophia. Alamak! Mungkin dia sudah tahu hubungannya yang baru tercipta dengan Raz. Tapi bagaimana dia tahu?
Raz menjadi orang kedua panahan mata Sophia yang agak tajam. Tetapi Raz tidak menyedarinya gara-gara dia pura-pura membelek buku teks Agama Islam di atas mejanya.
Waktu selepas rehat menjadi waktu yang begitu pedih buat Sophia dan Indah buat Noor dan Raz. Sepanjang tiga matapelajaran yang dilalui tidak ada satupun yang masuk kedalam minda Sophia. Ima dan Zaitun kehairanan dengan sikap Sophia sesekali menusuk-nusukkan pennya ke atas buku dan sikap Noor yang kadang-kadang tersenyum seorang diri.
“Tinggal kita berdua je lah tun… Sophia dan Noor dengan hal dia orang. Apa nak jadi dengan dia orang ni… Ni semua mesti pasal Raz kan? Mula-mula je aku suka dekat dia. Tapi sekarang aku benci dah..!” Ima yang berjalan di sebelah Zaitun selepas waktu persekolahan tamat mengajukan pertanyaan kepada Zaitun.
“Apa lagi kalau bukan pasal tu. Sophia ni pun satu… Raz dah tak suka tu dah la… Kan banyak lelaki lain. Memang Raz baik dengan dia selamaini, tapi tak semestinya Raz akan jatuh cinta pada dia. Raz ni pun satu, layan Sophia macam bagi harapan pada dia. Janganlah ikutkan sangat Sophia tu kalau tak minat.” Kata Zaitun yang selalunya dipeluk di bahagian bahu oleh Sophia selepas waktu persekolahan. Tetapi hari itu Sophia tidak bersama mereka berdua. Begitu juga dengan teman baru mereka Noor. Ke mana mereka berdua pergi?
Sophia sudah pulang awal sejurus loceng tamat persekolahan berbunyi. Dia tidak menunggu lama seperti biasa. Manakala Noor kelihatan sedang berjalan berduaan bersama Raz di belakang Ima dan Zaitun.
Ima yang ternampak Noor dan Raz di belakang mereka sempat melambaikan tangan. Noor dan Raz membalas lambaian itu.
“Betullah… Kau tengok kat belakang tu. Noor dan Raz bukan main mesra lagi. Kita kena jumpa Sophia lepas ni untuk beri dia nasihat. Katakan pada dia jangan kejar Raz lagi. Dia sudah jadi milik Noor nampaknya.” Ima memberitahu Zaitun apa yang dilihatnya.
Zaitun pun menoleh ke belakang. Tapi Noor dan Raz tidak perasan kerana mereka sibuk berborak.
“Ye lah…Dari kemesraan yang aku nampak, memang mereka saling suka.” Zaitun membuat kesimpulan ke atas apa yang dilihatnya.
Haluan Noor dan Raz juga sama selepas waktu sekolah pada hari itu. Sepertinya mereka ingin ke Heaven Square. Ima dan Zaitun yang mengikuti laluan biasa untuk pulang ke rumah memerhatikan sahaja lagak mesra kedua pasangan baru itu sehingga hilang dari mata mereka. Nampaknya hari ini adalah hari Noor dan Raz mengenali antara satu sama lain. Mereka bersiar-siar di Heaven Square dan makan bersama di sebuah restoran di sana. Raz seakan-akan sudah lupa janjinya kepada Tuan Jaque untuk membereskan tugasnya! Sedangkan Sophia yang terus pulang ke rumah menangis teresak-esak di dalam biliknya mengenangkan nasib yang menimpa dirinya hari ini. Kecewa, kesal, malu.. semuanya bermain di fikirannya. Kecewa dengan sikap Raz terhadap dirinya, kesal dengan dirinya yang terlalu memuja Raz dan malu kerana segulung kertas lukisan yang disangkakannya adalah potret dirinya.
Sophia tidak berapa menyalahkan Raz dalam hal ini kerana dari awal lagi dia sudah mengatakan pada dirinya Noor adalah pesaingnya. Ini bermakna siapa yang dapat memikat Raz adalah pemenang dalam perebutan ini. Ternyata dia kalah dalam perebutan ini. Jadi Noor adalah penghalang sebenar kepada misinya kerana jika tiada Noor sudah pasti Raz akan menjadi miliknya. Begitulah singkatnya pemikiran Sophia kerana terlalu taksub dengan Raz sehingga rakannya sendiri menjadi mangsa pertimbangan hatinya.
Semakin hari cinta Noor pada Raz semakin menebal. Mana tidaknya, Raz melayannya seperti puteri. Kalau dulu Sophia dilihat selalu bersama Raz, tetapi kini Noor yang selalu berada di sampingnya. Rakan sekelas mereka pun turut merasa perubahan itu. Sophia berwajah muram setiap hari. Raz dan Noor pun turut sama sedar situasi Sophia tetapi mereka berdua yang sedang dilamun cinta itu tidak berapa kisah dengan perubahan itu.
Ima dan Zaitun pula sedang mencari masa yang sesuai untuk berbincang mengenai perkara itu dengan Sophia takut-takut fokusnya terhadap tugas sebagai Dashing Doll terganggu dek perkara-perkara remeh seperti masalah cinta yang bagi Ima dan Zaitun adalah perkara yang sepatutnya tidak menjadi penghalang.
Setiap hari jika ada masa Noor cuba juga ke meja Sophia untuk berborak tetapi mendapat sambutan dingin dari Sophia. Sophia hanya menjawab ringkas semua pertanyaan Noor dan Raz pula langsung tidak mengambil peduli buat sementara waktu kerana dia takut Sophia akan naik angin dan mungkin akan menggunakan kekerasan kepada dirinya. Tetapi Sophia tahu batas-batasnya. Dia takkan menggunakan kuasanya untuk bertindak dalam hal itu.
Hari berlalu cukup pantas pada minggu itu. Esok adalah hari Jumaat. Hari Putrajaya akan diserang oleh Red Level. Sekali lagi Raz mundar-mandir di rumahnya. Begitu juga dengan Chong dan Sang Putih. Mereka sedar yang mereka tiada apa apa maklumat untuk Tuan Jaque untuk hari esok. Chong dan Sang Putih tidak habis-habis menyalahkan Raz. Manakala Raz semakin kusut fikiran. Mana tidaknya, dari keasyikannya melayan cinta Noor, baru hari ini dia dapat rasakan kondisi dirinya sudah seperti telur di hujung tanduk. Sedangkan setiap hari pertanyaan Chong dan Sang Putih tentang tugasannya dibalas dengan jawapan yang meyakinkan ‘ibu bapa’nya itu.
“Sekejap lagi telefon kau berbunyi. Kau jawablah apa yang patut pada tuan Jaque! Aku tak nak ambik pusing! Sikit pun aku tak nak!” Jerit Chong.
Jika sebelum ini Raz membalas tengkingan Chong tetapi kali ini Raz hanya tunduk menggenggam rambutnya tanda tertekan. Apa dia nak jawab dengan Tuannya nanti. Takkan nak bagi jawapan yang sama macam dulu. Ini akan menggugat kredibilitinya pada pandangan Tuan Jaque. Keresahan Raz semakin memuncak sehingga dia mengambil telefon bimbitnya dan menghempaskannya ke lantai. Hancur berderai telefonnya…
Chong yang menyaksikan kerenah Raz yang di luar kawalan itu berang lantas menerpa ke arah Raz. Raz yang tak sedar terpaan Chong hanya sempat mengangkat kedua belah tangannya untuk melindungi mukanya.
“Kurang ajar kau! Kenapa kau hempas telefon kau tu! Kau saja nak Tuan Jaque menghubungi aku ke ha!!” Jeritan Chong bergema ke segenap ruang di ruang tamu.
Berlaku satu pergelutan antara Raz dan Chong. Sang Putih yang memihak kepada Chong pula cuba ingin masuk campur tapi belum sempat dia berbuat demikian, telefon di poket seluar Sang putih berbunyi.
Raz dan Chong yang sedang bergelut terhenti dan memandang ke arah bunyi telefon Sang Putih.
Sang Putih melihat nama yang terpampang di skrin telefon bimbitnya.
“TJ”
Sang Putih menelan air liur. Perlahan dia menekan butang hijau dan menjawab panggilan itu.
“Hello Tuan..”
Beberapa saat kemudian…
“Kami tuan?! Raz sekali? Baik Tuan!” Lalu Sang Putih menamatkan perbualannya.
Raz dan Chong meluru ke arah Sang Putih.
“Apa Tuan cakap?” Tanya Raz yang berdebar menunggu jawapan dari Sang Putih. Chong pula sedia mendengar.
“Dengar sini! Kita bertiga terlibat dengan serangan ke atas Putrajaya Esok. Raz, Kau dikehendaki melindungi identiti kau ketika di sana nanti.” Jelas Sang Putih.
“Dia tak tanya tentang kerja aku?” Tanya Raz resah.
“Tak.” Jawab Sang Putih Ringkas. Raz menghempas tubuhnya ke sofa. Lega hati Raz buat sementara waktu.
Dengan tugasan barunya untuk menggempur putrajaya esok hari, motivasi dan fokusnya terhadap Red Level sudah kembali. Dia ingin membuktikan sesuatu esok hari. Buat pertama kalinya Tuan Jaque mempercayainya untuk menyertai anggota lain di medan tempur. Ini adalah satu penghormatan terhadap dirinya. Dia akan cuba menewaskan musuh Red Level bersama-sama anggota lain walau terpaksa mengorbankan nyawanya. Begitulah taat setia yang kembali bersinar dalam dirinya setelah dia gagal melawan cintanya yang nyaris membunuh kedudukannya di dalam Red Level.
Hari jumaat yang biasa dan sama sahaja keadaannya seperti minggu-minggu sebelumnya. Raz tidak hadir ke sekolah dan Noor kelihatan Suram sedikit hari itu. Tengahari selepas habis waktu sekolah di Sekolah Menengah Sains Malaysia Raya, Noor bertemu merancang bertemu dengan Sophia. Dia cuba mendekati Sophia yang sedang berjalan seorang diri.
“Hai Sophia..” Sapa Noor setelah tiba di sebelah Sophia.
Sophia yang kenal akan suara itu tidak menoleh atau menjawab sapaan itu.
“Aku tahu kau marah kat aku… Tapi kita masih kawan kan? Aku minta maaf kerana rapat dengan Raz.” Noor memulakan bicaranya.
“Kau yang sengaja cari pasal kan?” Sophia bersuara tanpa memandang sikitpun ke arah Noor.
“Bukan macam tu.. Aku terima Raz kerana kau berdua belum menjalinkan hubungan apa-apa. Dia pun sendiri mengaku yang dia hanya berkawan dengan kau. Jadi tak salahlah aku menerima cinta dia.” Noor tidak meninggikan suara walaupun kata-kata Sophia sebentar tadi merenggut sedikit hatinya.
“Takan kau tak faham tengok aku rapat dengan dia setiap hari. Kau langsung tak bagi aku masa untuk pikat dia. Tahulah… aku ni tak cantik, tak cute dan tak sopan macam kau. Tapi janganlah cuba potong line aku!” Sophia semakin meninggikan suara.
“Sekali lagi aku nak tanya pada kau… Salahkah aku menerima cinta dari seorang yang tiada hubungan istimewa dengan kau. Lagipun aku memang suka kat dia. Jadi siapa yang dia pilih tak bolehlah kau persoalkan.” Kali ini Noor bersuara agak tegas.
Sophia menghentikan langkahnya. Noor juga turut sama. Sophia memandang Noor dalam keadaan marah dan tak pernahpun terjadi sebelum ini.
“Ooo.. Tak salah ya.. Bagi aku kau tetap salah kerana kau sedikit pun tidak menunjukkan rasa cinta kau pada dia sebelum ni. 10 peratus macam yang aku buat pun tak ada kau buat! Kau tak lakukan apa-apa pun Noor. Kau hanya diam… Mentertawakan aku yang terhegeh-hegeh kat dia dan tup tup… Kau pulak yang memiliki dia. Cuba kau bayangkan kalau kau jadi aku…! Apa perasaan kau!” Sophia sudah naik angin. Noor yang memejamkan mata dan bernafas agak kencang sudah tidak sanggup mendengar tomahan dari Sophia.
“Sudah! Sudah! Baru aku tahu kau ni jenis yang macam mana. Aku tak sangka srikandi negara macam kau ni ada sifat egois yang tinggi. Tak nak terima kenyataan. Aku kecewa dengan sikap kau Sophia! Aku jumpa kau ni dengan niat baik. Kau kawan aku! Kawan seperjuangan aku!” Noor sudah tidak dapat menahan perasaannya. Dia sudah mula berani meninggikan sedikit suaranya.
“Oo.. Mentang-mentang kita orang dah tahu siapa kau sebenarnya, kau dah mula berani tinggi suara kat aku. Wah! Kau dah bukan Noor yang dulu lagi nampaknya… Tapi jangan kau ingat aku takut dengan ilmu tempur kau!” Emosi Sophia sudah tidak dapat dikawal lagi sehingga sanggup mencabar ilmu tempur yang dimiliki Noor. Teringat dulu semasa kejadian di Panggung wayang ketika Sophia naik angin dengan perompak yang mencederakan batang hidungnya… Dia akan berleter apa yang dia mahu.
“Sophia… Jangan babitkan benda tu dalam hal kita ni. Tolonglah… Aku tak mahu mencederakan kawan aku sendiri.” Noor yang terkejut dengan lontaran kata-kata Sophia memohon Sophia menariknya semula.
“Wah! Dah hebat sangat ke ilmu kau tu sampai boleh mencederakan aku? Nampaknya kau dan memperkecilkan aku ni…” Sophia semakin hilang kawalan. Dia teramat-amat sedar yang ilmunya tidak setanding dengan ilmu yang dimiliki oleh Noor tetapi semua itu sudah ditutup oleh perasaan marahnya yang semakin membuak-buak terhadap Noor.
Sementara itu Ima dan Zaitun yang bercadang untuk bertemu dengan Sophia pada hari itu melihat kelakuan Sophia dan Noor yang mencurigakan dari arah belakang.
“Tun!! Kenapa si Sophia tu. Lain macam je.” Ima menuding jari ke arah dua rakan yang berada 200 meter di depan mereka.
“Ya Allah! Ima! Nampaknya mereka berdua sedang bergaduh! Jom lekas ke sana!!” Zaitun dan Ima menggunakan kepantasan untuk tiba di lokasi Sophia dan Noor.
Sophia sudah mengangkat kakinya untuk dihayun ke muka Noor. Noor tidak berganjak sedikit pun.
“Sophia! Aku tak mahu mencederakan kau!” Sekali lagi Noor memberi amaran lisan. Nasib baik tempat itu tiada orang.
Tendangan Supersonic Sophia kena tepat di telinga kiri Noor dan menyebabkan Noor tersembam ke tanah. Ima dan Zaitun tak sempat menyelamatkan Noor. Kerana mereka tiba sebaik sahaja Noor jatuh akibat tendangan padu Sophia. Sophia tergamam Noor sedikitpun tidak mengelak atau menangkis serangan darinya.
“Sophia!! Apa kau dah hilang akal ke?! Sanggup kau gunakan kuasa kau pada orang yang tak sepatutnya!” Zaitun yang baru tiba menuding jari ke arah Sophia. Sophia tak percaya apa yang baru dilakukannya. Dia menyesal dan melutut sambil menundukkan wajahnya.
Ima membantu Noor bangkit. Noor hanya tersenyum pada Ima. Tiada kesan luka sedikitpun pada Noor.
“Dah la tu Zaitun… Kau pun ada cakap pada aku yang Sophia ni emosi sikit orangnya. Sekejap lagi ok lah tu….” Ujar Noor yang dibantu oleh Ima.
Zaitun begitu marah pada Sophia kerana sanggup menyerang rakannya sendiri kerana seorang lelaki.
“Apa yang kau marah sangat pada Noor? Dia tak merampas Raz daripada kau. Sepatutnya kau salahkan diri kau sendiri kerana terlalu taksub dengan Raz tu. Kau yang tak boleh terima kenyataan yang Raz tak cinta pada kau. Dia memilih Noor mungkin kerana Noor menepati ciri-ciri gadis yang dia idamkan selama ini. Kau bukan tak cantik. Lagi-lagi dengan rambut lurus kau sekarang. Berpuluh-puluh lelaki kau boleh daptkan. Bukan Raz seorang saja yang tampan dan bergaya. Banyak lagi! Kalau kau nak aku carikan pun aku boleh carikan. Bukan macam ni cara nak mengatasi kekecewaan kau ni. Istighfar banyak-banyak. Relakanlah cinta Noor pada Raz. Aku berdoa suatu hari nanti ada lelaki yang lebih baik dan tampan akan luahkan isi hatinya pada kau.” Zaitun memberi nasihat panjang lebar tetapi sedikit pun tidak masuk ke kepala Sophia. Bagi Sophia Raz adalah satu-satunya lelaki yang berjaya membuka pintu hatinya untuk menerima seorang lelaki dalam hidupnya. Walau apapun Sophia tetap menyesali perbuatannya sebentar tadi.
Sophia berdiri kembali dan meminta maaf pada Noor.
“Maafkan aku Noor. Aku terlampau menurut kata hati aku. Tapi kau tetap melukakan hati aku kerana mendahului aku.” Sophia melangkah pergi dari situ. Noor, Ima dan Zaitun hanya memerhatikan kepergian Sophia.
“Nampaknya dia masih keras hati.” Ujar Ima.
“Tak apalah.. Yang penting dia sedar yang serangannya kepada aku tu adalah tindakannya yang tak wajar.” Noor menambah.
Tak sampai pun sepuluh meter Sophia melangkah alat komunikasi CCD Dashing Doll berbunyi.
“Dashing Doll! Dashing Doll! Dari Eagle Eye! Sila bergegas ke Putrajaya sekarang juga. Anggota Red Level sedang menggempur beberapa bangunan kerajaan termasuk Ibupejabat Polis Persekutuan. Terdapat juga anggota mereka yang luar biasa. Dianggarkan 7 orang kesemuanya. Segera ke lokasi!”
“TUJUH ORANG?!” Mereka berempat terperanjat besar mendengar bilangan musuh yang bakal mereka hadapi.
“Noor, kau akan ikut sekali?” Tanya Ima dalam nada bermohon.
“Pasti aku pergi. Aku kan dah berjanji akan turut sama dengan kalian walau apa yang terjadi.” Noor tersenyum.
“Empat lawan tujuh… Boleh ke?” Kali ini Ima mengajukan soalan kepada semua yang ada di situ.
“Sophia! Ini masanya kau lepaskan kemarahan kau!!” Zaitun yang risau semangat juang Sophia turun mendadak memberi semangat kepada Sophia yang terhenti dalam perjalanan pulangnya.
“Kita bertiga saja pun boleh uruskan mereka!” Sophia menjerit dari kejauhan.
Noor sedikit terasa dengan kata-kata Sophia. Tapi dia tak ambil hati walau sedikitpun. Ima dan Zaitun menepuk belakang Noor tanda bersabar dengan karenah Sophia. Sophia mendahului yang lain terbang ke arah yang dituju. Diikuti Ima dan Zaitun. Beg dan pakaian sekolah mereka ditinggalkan di situ kecuali Ima yang tidak menanggalkan ‘Qiuniform’nya.
Noor mengambil semua beg dan pakaian rakannya dan dikumpulkan di satu tempat. Dia mula terasa yang pembabitannya tidak mendapat restu Sophia. Tapi demi keselamatan rakan-rakan dan rakyat jelata amnya menjadi titik tolak dan pendorong kepadanya untuk menyertai rakan-rakannya yang bergelar Dashing Doll itu.
posted by Penulisan2u @ 11:36 PM   0 comments

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Undi Penulisan2u
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Abg Khai Tomboy ke? - perempuan ke laki dia ni? biar betul, syak wasangka orang nanti, sama jantina aku bercinta.

 

  Jiranku Kekasihku - bestnya ada jiran yang dijadikan kekasih, hari-hari boleh intai dari tingkap rumah.

 

  Cinta Dari Istana - hakikat bahawa tempat sang puteri tetaplah di istana, bukannya di teratak rakyat biasa!. ikutilah cinta yang berbeza

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Kaki Novel Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KN untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: admin@kakinovel.com

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Solutions Sdn Bhd (karnaDya), bagi penulis-penulis yang berbakat yang mempunyai karya untuk di terbitkan dan ingin melihat novel-novel terbaru layari di http://www.karnadya.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group