Nama Pena : oRkId eDyliYnE
Barang-barang yang tadi diangkat diletakkan di atas meja dapur.
Macam-macam yang dibeli. Nampak meriah je sampai tak pasti dia nak masak apa untuk mereka bertiga makan tengah hari itu.
"Asha. Nak Ara tolong ke?" tanya Ara yang baru sahaja masuk ke dapur dan meletakkan plastik sayur yang dibawanya ke tempat Asha meletakkan barang tadi.
"Kalau Ara rasa boleh tolong. Tolonglah," jawab Asha selamba sambil mengeluarkan beberapa barang dari dalam plastik untuk dicuci dan dipotongnya.
"Asha," panggil Ara sambil melihat tangan Asha yang pantas bergerak melakukan kerjanya.
"Apa?"
"Asha tengok abang Emir tu macam mana?" Sayur kacang panjang yang dipegangnya digentel-gentel pada jari telunjuknya.
Dia rasa masa seperti itulah paling sesuai untuk bertanya itu dan ini dari Asha.
Sudah hampir dua bulan dia cuti semester dan sudah hampir dua bulan juga Asha tinggal di vila besar itu. Dia lihat abangnya yang seorang itu pelik sahaja bila berhadapan dengan Asha. Dia hendak juga tahu apa sebenarnya yang disorokkan mereka berdua.
"Menyakitkan hati."
Ara yang terkejut sedikit dengan jawapan Asha dan terpatahkan kacang panjang yang tadi asyik digentelnya.
'Apa nak buat ni? Argh letak tepi jelah. Nanti Asha tahu nak buat apa dengan kacang ni,' bual hati Ara sambil meletakakn kacang panjang di tepi dan menggapai plastik lain.
Ara rasa dia tersilap tanya. Kenapa macam lain je bunyi Asha manjawab soalan dia tu. Macam nada orang tak puas hati je bunyinya.
"Menyakitkan hati?"
Asha mengangguk dengan pertanyaan Ara yang mengulang ayatnya tadi.
"Mana part yang menyakitkan hati tu? Ara tengok Asha dengan abang Emir serasi je," tambah Ara menjolok rasa dalam hati Asha.
"All that he's done."
"Beratnya," getus Ara sendiri sambil mengeluarkan semua tomato dari dalam plastik.
"Pardon?" Asha mengerutkan dahinya. Ikan yang tadi siap disiang dan dicuci diletakkan di atas tapis.
"Tak ada apa-apa. Just cakap dengan diri sendiri." Ara serba salah. Barang-barang ditolak tepi. Tak tahu apa yang boleh dia tolong. Menyerakkan adalah.
Dia duduk melabuhkan punggungnya di kerusi melihat pergerakkan Asha.
"Asha."
"Hmm."
"Asha dah ada boyfriend ke?"
Asha menggeleng. Seketika kemudian dahinya berkerut.
'Saya tuan rumah kan? Jadi kena ikut cakap saya. Saya nak awak jadi girlfriend saya. Dah full stop. Saya tak nak dengar apa-apa.'
Terngiang-ngiang perkataan yang diucapkan Emir. Sebenarnya apa yang Emir hendak dari dia, dia sendiri tidak tahu.
"Fikir apa?"
Asha menggeleng.
"Asha ada masalah ke?"
Menggeleng lagi. Otaknya ligat berfikir. Takkanlah dia hendak terima apa yang Emir cakapkan sedangkan hatinya selalu sakit dikerjakan Emir.
"Asha pandai masak. Asha orang mana?" Dah lama Asha duduk di vila itu, baru itu dia dapat bertanya banyak benda untuk mengenali Asha.
"Orang sini juga."
"Asha belajar masak dari mana?"
"Dari banyak tempat. Mostly Japan and Korea."
"Hah?" Keliru dengan jawapan Asha. Asha salah cakap lagi ke? Atau dia yang silap dengar? Tidak pun Asha yang tak dengar apa yang dia tanya kan?
"Hmm?" Asha buat muka bingungnya.
"Tak adalah. Asha tak ada rasa nak belajar ke?" tanya Ara masih lagi ada benda yang dia hendak tanyakan. Diletak dahulu tepi apa yang menjadi tanda tanya dalam dirinya.
Asha hanya senyum.
"Talk about sambung belajar. Apa relation Asha dengan Kak Sara? Dia sambung belajar kan sekarang ni?" tanya Ara hendak tahu. Tiba-tiba sahaja nama itu terpacul di otaknya.
Asha tergamam seketika dengan pertanyaan itu. Lama dia terdiam.
"Sedara." Ringkas sahaja jawapannya.
Ara mengangguk faham.
"Ara," panggil Emir di depan membuatkan apa yang hendak ditanya Ara pada Asha hilang.
"Abang Emir ni kacaulah. Ara pergi depan kejap eh," pinta Ara sambil mengangkat punggung. Bukannya dia menolong pun jika duduk di dapur. Sekadar menjadi teman berbual Asha sahaja.
____________________________________________
"Ayah. Ayah tak dengar ke yang Areen cakap Areen tak nak kahwin dengan Taufeeq. Kenapa ayah tak faham Areen? Ayah tak nampak ke apa yang Areen nampak tadi?" bebel Intan Asha Areen geram dengan desakkan ayah dan mummynya.
Dari berdiri dia duduk di sofa ruang tamu rumahnya.
"Areen sayang. Kan kita dah janji dengan papa Taufeeq yang majlis tu nak lansung sebulan lagi? Areen sayang yang cakap hari tu yang Areen sayang tak kisah kalau majlis tu dicepatkan," bidas Puan Sri Wadeeda dengan lembutnya sambil mendekati anak gadisnya itu.
"Mummy. Areen tak nak. Kan boleh batalkan je. Bukannya susah? Areen tak kiralah apa yang nak jadi. Mummy dengan ayah paksa Areen lagi, tahulah apa Areen nak buat." Dia bangun kembali ketika bahunya disentuh mummynya.
Dahinya mula berkerut menahan panahan perasaan yang kala itu berkecamuk. Senang hati Taufeeq tadi lalu di hadapannya berpelukkan dan ketawa tak tentu hala dengan perempuan lain. Di hadapan matanya sendiri dia nampak. Takkanlah dia hendak percaya lagi janji-janji manis yang pernah lelaki itu tuturkan buatnya.
Pantang betul dia jika kata-kata dikhianati. Sakit hatinya membuak-buak.
"Areen fikir dulu sayang. Jangan buat mummy dengan ayah macam ni. Bukan senang tau Areen." Tan Sri Faddilhuddin mula berfikir-fikir dengan apa yang diucapkannya takut nanti anak gadisnya yang seorang itu melenting. Nanti lain pula jadinya.
Bukannya mudah hendak menjaga si Intan Asha Areen yang seorang itu. Bagaikan menjaga sekandang lembu. Itu pun lebih mudah dari hendak menjaga anaknya yang seorang itu. Lasaknya bukan main. Tidak boleh lansung tersilap ada sahaja dia hendak melarikan diri.
"I said no ayah. Areen tak nak. Abang Iham. Cakap dengan ayah dengan mummy ni. Areen dah penat." Senang dia menyerahkan segalanya pada tangan abangnya yang seorang itu.
Irham Rehan Syafie terkebil-kebil memandang langkah adiknya itu naik menapak tangga untuk ke biliknya.
Susah nak berbincang dengan adiknya yang seorang itu. Suka lari dari masalah yang dia memang tak mahu bincangakan dan selesaikan sendiri.
'Apa nak buat ni? Ingat aku nak ke kahwin dengan lelaki macam tu? Argh! Tak guna punya lelaki,' getus hatinya geram. Bantalnya ditumbuknya keras menghilangkan rasa dalam hati walaupun sedikit pun rasanya tidak kurang.
Lagi difikirkan lagi sakit jiwanya.
'Ayah. Mummy. Abang Iham. I'm sorry. Areen terpaksa take action. Areen perlukan masa untuk semua ni.'
Dia berbual dengan dirinya sendiri memikirkan apa yang seharusnya dia lakukan seterusnya membawa pergi hatinya dan membuang rasa yang dulunya kuat mencintai lelaki bernama Taufeeq Badree.
'Areen. Apa lagi. Kita kena fikirkan masa depan.'
'Betul tu. Apa aku nak jadi lepas ni?'
'Pelatih renang untuk budak-budak sekolah?'
'Tak boleh itu aku dah pernah buat. Nanti ayah jumpa aku.'
'Cikgu tadika?'
'Tak nak aku tak larat nak layan budak-budak. Cukuplah sekali tu.'
'Bodyguard?'
'Tak! Tak! Terlalu berat. Nanti silap-silap nyawa aku terancam macam dulu tu.'
'Guru bahasa? Guru muzik? Guru masakkan? Guru tarian? Guru tekwando? Silat?'
'Berapa banyak guru dah? Aku dah pernah buat benda tu. Cukuplah. Aku tak nak dah.'
'Bercuti? Paris? Jepun? Eropah?'
'Tak nak bercuti sorang-sorang. Bosan.'
'Apa Kak Sara buat sekarang ni eh? Kalau Kak Sara ada, mesti sekarang ni aku tak sedih sorang-sorang. Ayah lah ni tak nak ambil Kak Sara kerja sini lagi.'
Hati dan otaknya saling berdebat sehingga terdetik di hatinya nama salah seorang penjaganya dulu. Disebabkan dia perlu pulang ke kampung kerana ayahnya sakit, Kak Sara diberhentikan. Bukannya sebab ayah tak mahu mengambilnya kerja tapi tidak mahu dia mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak.
Telifon bimbitnya digapai dan nombor seseorang yang sudah lama dia tidak didail, dia dail untuk mendapatkan khabar beritanya.
"Hallo," sapanya ketika panggilannya bersahut.
"Hallo Areen? Apa khabar? Dah lama tak call akak. Kenapa ni?" Teruja suara orang di hujung talian menyambutnya.
"Areen sihat. Kak Sara buat apa sekarang ni?"
"Tak buat apa. Akak tengah berkemas. Sebab akak dah berhenti jadi pembantu rumah sebab akak ada dapat tawaran belajar."
"Oh. Pembantu rumah?" Dia tersenyum mendapat idea.
"Yelah. Sebulan je akak jaga ayah akak. Lepas tu akak pergi cari kerja. Dah ini je yang akak mampu. Jadi pembantu rumah. Lagi pun akak dah ada pengalaman masa dekat vila ayah Areen dulu. Senanglah."
"Akak boleh tolong Areen?"
_____________________________________________
"Oi. Awak nak bakar dapur ke?" Kenyaringan suara Emir memeranjatkan Asha yang dari tadi terbang mengingati apa yang terjadi padanya sebelum datang ke vila besar itu.
Disebabkan terperanjat disergah Emir, tangannya yang memegang senduk, tercecah kuali hangat yang sudah menggaring dan menghanguskan ikan goreng yang dimasaknya tadi.
"Ouch!" getus Asha sambil meniup-niup tangannya yang sakit.
"Awak ok ke? Sakit ke? Sorry. Sakit? Air. Tu situ," kata Emir kelam-kabut melihat jari Asha yang sudah mula kemerahan.
Kuali yang sedia rentung dibiarkan sahaja setelah menutup api yang terus-terusan memanaskannya.
"Awak ni kenapa?" Asha mengeluh kesakitan. Sepanjang dia memegang kuali dan periuk, jarang dia kemalangan seperti itu kerana dia cukup berhati-hati dengan kerjanya.
Kehadiran Emir menyusahkan dirinya untuk berkeja. Tidak beri salam tiba-tiba sahaja menerjah. Kan dah lain jadinya.
"Sakit tak?"
"Sakitlah. Merah macam ni, takkanlah tak sakit."
"Sorry. Kenapa asyik berangan je? Nasib baik dengan awak-awak tak rentung. Hidung awak sumbat ke apa?"
"Mana ada. Tak perasan."
Mereka saling berbual entah apa-apa. Emir bercakap, Asha menjawab. Lansung tiada nada yang tinggi digunakan Emir seperti selalu bercakap dengan Asha.
Mereka berdua yang merawat luka Asha lansung tidak perasan Ara yang sibuk tersipu-sipu dan tersenyum-senyum di pintu dapur. Macam-macam budak berdua ni.
"Abang," panggil Ara sengaja dia jengulkan kepalanya di balik pintu dapur. Konon-konon baru sahaja menapak hendak masuk ke dalam dapur. Hendak melihat apa reaksi dua orang itu.
"Hah?" Kedua-duanya menjawab serentak dan berpaling.
Asha menarik kasar tangannya yang masih dalam genggaman Emir yang tadi membasuhnya untuk meredakan kepanasan dan kepedihan yang tadi menyinggah.
"Asha kenapa bau hangus ni? Abang tu. Aku dah siap buat apa yang kau nak tu."
'Pandai-pandai nak ambil kesempatan. Suruh aku buat kerja. Lepas tu, melencong eh kau.' Hati Ara menggertu kegeraman. Wajah merah Asha dilihatnya sekilas.
"Asha kena kuali lah. Abang nak tolong je," jawab Emir selamba sambil berlalu mengambil first aid.
'Eleh. Sebab dia aku kena kuali tu. Konon je. Berlakon hebat betul dia ni,' gumam hati Asha. Dia berlalu mengambil kain untuk mengelap tangannya.
Ara menggeleng. Apa-apalah budak berdua ni.
Asha, bila ditanya, macam dia tu sakit hati je dengan perangai Emir.
Emir pula bila ditanya, mesti tak mengaku. Lepas tu senyum-senyum macam orang angau. Tak faham betul.
best..tp mn episod 10 hingga 12..
BalasPadamjd terjantunglh plak
waa.....beznyew jdk owg 1st cmnt....
BalasPadambez lar ctew nie...
nnti smbg cpt2 tau
cepat2 la sambung ek...
BalasPadambest tau...
hmm, best ark...
BalasPadamtpy mne episod 11 nye...
smbung lg erk...
gud job...
mne eps0d 10-12??
BalasPadammak ai...nama watak2nya sama cam nama panggilan adik beradik sy..sebijik...sambung cpat2..xsabar ni,maklumlah jd watak utama...huhuhuhu...:p
BalasPadamsaya pun cari episod 10 ke 12...
BalasPadamne episod 10 11 & 12....plz nk bace smbungan die....kat ne nk dptkn episod2????help me....
BalasPadamHari tu, penulisan2u ader beritahu sy, novel part 10, 11, 12 tu mmng ader...
BalasPadamTp, skrang dah update blog nie, kalau nk cari novel yg dimasukkan start november, cari kat start page or google search pun bleh, taip tajuk jew...
Huhuh! So, kalau nk cari novel pew pun, cari jew la cm2...
epsod 10.11 tak de ke????????????
BalasPadamtp tetap nk bg writer 'A'
mana pg 10,11,12.. cpt ckit sambung... tak sabar nak baca
BalasPadamspe yg cari pg 10,korang pegi kat tarikh karya, pilih 4/11/09
BalasPadamcpt sikit pg 14
BalasPadamhmm..hempeh
BalasPadampada sesape yg xdpt nk bace 10,11,12 tue korg adjust link ckt..
BalasPadam(http://penulisan2u.blogspot.com/2009/12/novel-shes-my-maid-13.html) nie eps 13 pnya..
(http://penulisan2u.blogspot.com/2009/11/novel-shes-my-maid-10.html) nie eps 10
(http://penulisan2u.blogspot.com/2009/11/novel-shes-my-maid-11.html) nie eps 11
(http://penulisan2u.blogspot.com/2009/11/novel-shes-my-maid-12.html) nie eps 12
x jupe pown pg tuh....
BalasPadamkowg cari je la
BalasPadamaku carik jenuh gak
hoho
tpi puas ati ar dpt baca,usaha la sket beb
cari kat tarikh karya
BalasPadampg 10-4/11/09
pg 11-17/11/09
pg 12-26/11/09
ape kate letakkan episod 10,11 dan 12 kat senarai novel....
BalasPadammana episod 10 - 12??
BalasPadamx best lah camni..
lbih sbulan tggu cite ni..
cepat sambung ok...cete best
BalasPadambest3...nice story...
BalasPadamcepat2la kuarkan novelnya...
BalasPadambest cite ni tp mne episod 10-12...????
BalasPadamxnk r tegantung.....
best sgat2 cite ni...
ne episode 10..11..12 ni???
BalasPadamsusah2 masuk jer dalam blog OE tu..taip orkid edyliyne blog spot..nak bacer crita apa pun ada dlm blog OE.
BalasPadamsearch je la kat GOOGLE taip SHE'S MY MAID 10, 11,12..adesss~~~~ta paham...nyway..gud story!
BalasPadammane sambungan yg 10,11 dan 12? x jumpe cari pun
BalasPadamCITE BEST TP TERGANTUNG , MANER YG 10,11 & 12? BILA NAK KELUARKAN NOVEL ? APE2PUN BESTLAH.
BalasPadambest giler cepat2 la sambung
BalasPadam