Isnin, Disember 07, 2009

Novel : Andai Aku Juga Tahu 1

Nama Pena : Qaseh Nur

:: Prolog ::

Benarlah kata orang, cinta itu hadirnya dari mata terus turun ke hati. Benarlah juga kata orang, jangan cuba-cuba bermain dengan api cinta, kelak yang merana diri sendiri.

Dan aku, Chenta Putri, telah jatuh cinta pada pandang pertama. Kepada si dia yang berkulit putih kemerah-merahan, hidung mancung terletak, wajah bujur sirih yang sedap mata memandang, sepasang mata sepet pelengkap keindahan ciptaan Tuhan, rambut lurus tersisir rapi dan ketinggian yang amat padan dengannya. Sesungguhnya aku jatuh cinta pandang pertama pada si dia.

Sedang aku hanya biasa-biasa. Tidak secantik atau semolek paras seperti heroin ciptaan di dalam novel atau telenovela. Terkadang terdetik di hati, siapalah aku untuk berganding dengannya. Ibarat si beauty and the beast. Atau juga the prince with the frog mungkin.

Tetapi, ini cinta aku. Rasa cinta yang pertama. Aku rasakan sungguh indah rasa ini. Jiwa seakan dibawa pergi olehnya. Si dia yang sering aku perhatikan lewat dulu. Si dia….


:: 1 ::

"Putri, tuangkan kopi untuk abah, sayang", permintaan abah aku, En. Yusof tidak aku hampakan. Aku sebagai anak yang solehah wajar menunjukkan tauladan yang baik kepada abah dan emak.

Emak, Puan Suria masih sibuk membasuh pinggan mangkuk ketika aku dan abah sedang menikmati sarapan pagi sebelum kami berdua masing-masing menjalankan tanggungjawab yang lain.

Abah bertugas sebagai kerani sekolah di Sekolah Menengah Alor Gajah. Ha, itu lah tempat aku menimba ilmu. Jadi, dari semasa ke semasa, pergerakan aku akan dipantau oleh abah tanpa henti. Bak kata abah, budak-budak zaman sekarang tak boleh dipercayai.

"Putri, packing barang. Abah nak hantar kamu register di Tunas Setia", aku melopong.

"Biar betul, bah? Sungguh abah bagi Putri sekolah kat situ?", aku picit-picit pipi abah yang terasa kendurnya. Hampir menitis air mata aku saat ini.

Emak yang sedang membasuh pinggan juga turut berhenti melakukan kerjanya. Mata kami masih menanti jawapan dari mulut abah yang sedang enak menikmati sarapannya.

"Abah, biar betul abah nak biarkan Putri tinggalkan kita?", suara emak kedengaran sayu.

Aku pandang wajah emak. Kemudian memandang abah yang masih tenang di sisi aku.

Abah mengangguk perlahan. Aku peluk abah erat. Terima kasih abah, itu sahaja yang mampu aku ucapkan untuk abah kerana memahami aku.

Sekolah Tunas Setia. Sekolah elit yang letaknya di pinggir Bandar Melaka. Walau baru tiga tahun penubuhannya, sekolah itu telah mencipta kejayaan yang besar dalam semua peringkat. Sekolah itu juga antara sekolah terbaik yang mencatat kejayaan dalam pencapaian terbaik SPM bagi tiga tahun berturut-turut.

Dan aku ditawarkan ke sana kerana keputusan peperiksaan PMR ku agak cemerlang. Perlukah aku biarkan peluang ini?

Abah lepaskan pelukan aku. Aku bangun dan memeluk emak yang aku tahu, emak pasti sedang menangis sedih.

"Emak, Putri pergi untuk belajar. Emak restukan Putri, ya?", dan aku turut sama-sama menangis.

Pelukan emak erat. Aku tahu, jika aku juga mengikut jejak langkah abang Ilham Putra, tentu abah dan emak kesunyian di rumah. Sejak abang Ilham melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam, dia jarang-jarang sekali pulang ke rumah. Katanya, dia sibuk dengan tutorial, kuliah dan segala macam kertas kerja. Aku tahu, abang Ilham lakukan itu demi mengubah nasib keluarga kami.

Dengan pendapatan abah sebagai kerani sekolah, itu belum mencukupi untuk perbelanjaan kami anak beranak. Untuk menampung hidup di kota besar seperti Shah Alam juga, abang Ilham terpaksa bekerja sebagai pelayan kedai makan di sana. Abang Ilham kata, rahsia ini hanya kami berdua sahaja yang tahu. Katanya lagi, dia tak mahu merungsingkan abah. Ya, Putri faham itu.

Emak pula hanya suri rumah sepenuh masa. Emak juga mengidap semput. Tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana bimbang akan menjejaskan kesihatannya.

Aku juga faham itu.

"Maafkan Putri, emak. Putri pergi sekejab saja. Sampai masa, Putri akan kembali untuk membalas jasa emak dan abah. Izinkan Putri, ya emak" aku menyeka air mata emak dan senyuman manis emak lemparkan untuk aku.

"Emak izinkan Putri. Tapi ingat, jangan lupa solat sayang. Solat itu tiang agama", aku mengangguk perlahan.

"Kalau emak rindu, emak boleh datang melawat Putri", emak usap pipiku berkali-kali.

"Emak, nanti anak emak yang cantik manis ni, mati lemas macam mana?", emak lepaskan aku sudahnya.


P/S : harap dapat disiarkan. percubaan pertama dari saya. andai ada komen, saya terima dgn ikhlas hati. t.kasih.

1 ulasan:

  1. name die chenta putri ke?
    boley la,sng paham..

    BalasPadam

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan