Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku berdiri kaku di jendela sambil memerhatikan suasana baru di sekelilingku . Bandaraya Jakarta nampak lebih kurang bandaraya Kuala Lumpur je, cuma Kuala Lumpur ada lebih banyak bangunan pencakar alam dan mercu tanda. Masuk hari ni, dah seminggu aku terperap di motel yang aku sewa khas selama waktu yang aku tidak dapat jangka bila akhirnya. Aku mengusap perut perlahan-lahan. Kini aku sudah dapat merasa seperti ada jasad sedang menendang-nendang rahimku. Entah mengapa timbul rasa sayang terhadap anak ini, rasa tidak sanggup menamatkan riwayat jasad yang sedang bernyawa ini. Ya Allah, kalau aku nekad gugurkan anak ini dulu, sudah pastinya aku teramat menyesal sekarang . Bayi dalam kandunganku ini langsung tidak berdosa..Alhamdulillah..tempat ini sedikit sebanyak membantu aku untuk melupakan kenangan pahit di Malaysia. Kalau boleh aku tidak mahu ingat apa-apa pun yang berlaku di sana. Aku tidak mahu luka yang baru mula pulih berdarah kembali. Sungguh aku tidak mahu.
" Tok..tok..tok..," lamunanku mati bila tiba-tiba pintu bilikku diketuk. Tanpa membuang masa aku terus membuka pintu.
" Assalamualaikum..," lelaki di hadapanku memberi salam. Aku mengerutkan dahi. Siapa lelaki ini. Macam kenal tapi jumpa di mana yer? Bunyi pelat salamnya macam orang indon.
" Err..waalaikumussalam. Sorry, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Soalku teragak-agak.
" Enggak apa-apa..kamu ini Ibu Lina..betul nggak?" Aku tersentak apabila lelaki ini mengenaliku.
" Ye..saya Lina, macam mana awak kenal saya?" aku menggaru kepala yang tidak gatal. Betul-betul tak ingat bila aku jumpa dia.
" Apa kamu sudah lupa, di airport tempoh hari, aku terserempak dengan kamu. Masa itu kamu sedang nangis di tepian jalan…," lelaki muda yang agak tampan di hadapanku tersenyum manis. Aku mula mengerah fikiran,mengimbas kembali apa yang berlaku di lapangan terbang hari itu. Hah! Baru aku ingat, lelaki ni la yang terkulat-kulat menenangkan aku yang sedang menangis macam apa kat tepi jalan sebabnya aku tak tahu nak pergi ke mana. Aku tidak mengenalinya tetapi entah mengapa hatiku sungguh tenang apabila dia memberikan aku bermacam nasihat yang benar-benar menyedarkan aku.Serta-merta pipiku merah padam kerana malu..malu kerana aku rasa tak patut aku menangis depan orang ramai masa tu lebih-lebih lagi di hadapan lelaki ini yang aku langsung tidak kenal. Oh tidak!
" Apa kamu sudah ingat sama aku?" lelaki itu bertanya lagi.
" Ya.. sudah ingat. Terima kasih kerna menenangkan saya hari tu..," jawabku dalam pelat malaysia-indon.
" Tapi, bagaimana kamu tahu saya ada di sini? Dan macam mana kamu tahu nama saya?" Soalku lagi.
" Owh..sebenarnya kamu tertinggal pengenalan kamu di airport, aku ketemunya..jadi aku ingat mahu pulangkan sama kamu. Aku tanya semua orang, kalau-kalau ada yang mengenalimu..aku tunjukkan foto kamu pada mereka. Alhamdulillah akhirnya aku ketemu kamu di ceruk ini..," terang lelaki itu dengan panjang lebar. Aku tiba-tiba diburu rasa terharu. Bersungguh-sungguh betul dia mencariku . Mukanya nampak benar-benar ikhlas . Aku tak rasa dia bukan orang baik.
" Owh..terima kasih banyak-banyak ye..tak tahu macam mana nak balas budi baik kamu..," kataku sambil menyambut kad pengenalan yang dihulurkan.
" Sama-sama kasih..enggak usah membalas apa-apa..aku ikhlas menolong mu..," aku tersenyum manis. Aku membalas senyumannya seikhlas mungkin.Baik betul lelaki ni. Dahla handsome, baik pulak tu.
" Kamu tinggal di mana?" Soalku ingin tahu.
" Oh, rumah aku dekat aja dengan sini..maaf ya,sebenarnya aku ribut-ribut ingin ke tempat kerja..enggak bisa berlamaan di sini..aku permisi dulu ya..assalamualaikum.." heh , macam ribut jek dia ni. Dia mula kalut setelah melihat jam di pergelangan tangannya. Tanpa mendengar jawapan daripadaku , dia terus melangkah meninggalkanku yang masih tercengang di situ.
" Eh, wait!" Laungku..langkahnya terhenti. Dia terus berpaling memandangku.
" Apa namu kamu ya?"
" Oh..itu ya. Panggil saja aku Rangga…esok-esok aku datang lagi ya..," jawabnya dengan senyuman manis terukir di bibir. Dia melambai-lambai kepadaku sebelum kelibatnya hilang di sebalik dinding batu motel ini. Aku tergelak kecil, comel la bila dia kalut macam tu. Hurmm..Rangga…macam nama hero dalam filem Ada Apa Dengan Cinta jek..muka pun lebih kurang sama..muka aku ada nampak macam Cinta tak? Nanti boleh la aku bergandingan dengan Rangga. Aku tergelak lagi. Ish aku ni, ke situ pulak fikiran aku. Aku malu sendiri kerana berangan yang bukan-bukan. Aku bukannya remaja lagi .Ish tak sedar diri betul.
Aku berjalan seorang diri di pasar berhampiran motelku . Banyak jugak sayur-sayuran dan bahan segar yang murah-murah di sini. Tapi yang paling leceh apabila terpaksa membawa duit penuh satu beg hanya untuk ke pasar kerana nilai mata wang rupiah sangat murah berbanding ringgit malaysia . Tapi tak apalah, janji aku ada duit, boleh la jugak nak beli barang-barang dapur untuk menyara diriku dan anak dalam kandunganku ini.
" Ibu…," Aku terkejut apabila ada anak kecil dalam lingkungan 5 tahun yang sedang mengendong bayi kecil pada ‘splint’ yang tersangkut di bahunya menarik-narik bajuku.
" Kenapa?" Soalku hairan. Wajah anak ini sungguh comot dan pakaiannya jugak bertampal sana-sini. Rupanya tidak ubah macam pengemis kecil yang selalu ada dalam drama indon. Dia menghulurkan tangannya .
" Ibu, tolonglah bantu aku..aku tidak punya uang untuk bayar bil rumah sakit untuk adik aku..,tolonglah.." hatiku tersentuh mendengar rayuan yang sungguh menusuk kalbu itu.
" Ibu dan bapak kamu mana? Mana mereka?" Aku mengusap lembut pipi anak kecil itu.
" Ibu udah meninggal lama..bapak aku tidak tahu ke mana perginya..," jawabnya sayu. Ada manik jernih meniti di pipi kecil anak ini. Air mataku mula bergenang di kelopak mata mengenangkan nasib anak ini. Tanpa berfikir panjang aku memberinya 10000 rupiah kepadanya supaya dia dapat merawat bayi itu. Kesian..sungguh kesian..
"Terima kasih bu..semoga Allah memberkati ibu dan anak ibu..,ibu benar-benar orang baik.." wajahnya berubah ceria . Aku tersenyum manis. Senang mendengar doa dari anak itu.
" Sama-sama nak.."
" Aku permisi dulu ye bu..terima kasih ya bu..," anak kecil itu bersalaman denganku, kemudian kelibatnya hilang di sebalik orang ramai yang berpusu-pusu di situ. Aku termenung seketika, apakah bayi dalam kandunganku akan menerima nasib yang sama setelah dia dilahirkan ke dunia ini? Hatiku mula risau dan sedih, aku tak mahu anakku menerima nasib yang sama seperti mereka..aku tidak mahu..Ya Allah tolonglah hambaMu dan jasad dalam rahimku ini..janganlah biarkan kami menerima kesusahan yang tidak sanggup kami memikulnya..amin..Tanpa di sedari ada manik jernih mengalir membasahi pipiku. Aku menyeka cepat-cepat air mata. Malu aku apabila mak cik-mak cik di pasar itu memandangku dengan pandangan pelik. Kerana malu, aku cepat-cepat berlalu dari situ .
p/s ; sory sangat coz dah lama x sambung TSM..too hard to find suitable time to write..meby ramai yang dah lupa pasal TSM kn? but..hope u all guys will enjoy it..
bejanggut ku menunggu... cpt2 sambung kalau bole nak blog skali
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bejanggut ku menunggu... cpt2 sambung kalau bole nak blog skali