Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Maria mendongak ke langit. Keadaan tengah hari itu suram dan redup benar. Awan gelap bergumpalan. Langit seakan-akan ingin menurunkan hujan yang sangat lebat.
Diri disandarkan ke dinding. Dahi yang berpeluh dingin dikesat. Tangan diletakkan di dada yang sejak tadi, asyik berdegup dengan kencang. Dia risau tetapi dia tidak tahu mengapa. Tidak mengerti mengapa debaran itu hadir.
Telefon bimbit di tangan direnung lagi. Nombor yang sama dipicit sekali lagi. Masih tidak mendapat jawapan. Senyap. Sunyi.
Maria kebingungan. Dia tahu, adiknya memasang 'hands free' di dalam kereta. Tidak ada sebab untuk tidak menjawab panggilannya. Namun, sudah hampir setengah jam panggilannya tidak dijawab. Mengapa?
Mereka sepatutnya sudah sampai di rumah sekarang, bisik di hati. Muaz letih sangat, kut? Dia menyoal dirinya sendiri. 'Tapi…..selalu tak macam ni. Mak tentu tahu yang aku menunggu khabar dari mereka. Mak pasti akan menyuruh adik segera menghubungi aku kat sini. Hai, hati? Kenapa resah begini? Kenapa asyik memikirkan mereka? Apa yang terjadi pada dia orang?'
"Ingat pesan mak, Lia. Jaga diri baik-baik, ya. Kalau mak tak ada nanti, jadilah anak menantu yang baik kepada dato' dan datin. Jadi isteri yang sempurna buat Hisyam." Pesan ibunya pagi tadi sebelum melangkah masuk ke dalam kereta dengan wajah yang sayu kepadanya.
Hati berdetik semula. Entah mengapa ada titis air mata bergenangan. "Mak!" Bibir tiba-tiba menyebut.
Rupa-rupanya, Maria diuji lagi. Perkhabaran yang baru diterima dari kampung benar-benar menduga. Ibu dan adik sudah tiada. Mereka telah dijemput kembali oleh Ilahi.
Muaz dan Aisyah kemalangan. Kereta yang dipandu Muaz terperosok di bawah lori di hadapan, apabila sebuah lori lain merempuh kereta mereka dari belakang. Mereka meninggal di tempat kejadian!
Tidak dapat digambarkan perasaan Maria bila mendapat berita itu yang disampaikan oleh Ijam, kawan Muaz yang kebetulan bertembung dengan kemalangan itu. Dia amat terkejut. Pucat lesi wajahnya. Sesak nafasnya. Kelu lidahnya. Lemah sendi hingga sepasang kaki tidak lagi mampu menampung diri. Dia terduduk di atas lantai. Gelap pandangannya.
Tidak disangka, itulah pertemuan terakhir mereka. Itulah yang terakhir kali. Tiada lagi! Segala-galanya sudah berakhir.
Kiranya, inilah yang dia khuatirkan. Kiranya, berita sedih inilah yang membuat dia tidak senang duduk, yang menyebabkan dia susah hati sepanjang pagi.
Suara ibu mertua memanggilnya seolah-olah datang dari jauh. Entah sayup-sayup dari mana, dia tidak peduli. Renungan yang dilemparkan kosong dan sepi. Menggambarkan perasaan tidak percaya. Seolah-olah diri dalam kekeliruan.
"Sabarlah, sayang. ALLAH lebih menyayangi mereka." Datin memujuk. Rambut Maria dibelai mesra. Dia tahu betapa sedih hati menantunya. Dia tahu betapa Maria sukar menerima kenyataan.
"Tapi, tadi mak sihat aje, mami. Tak mungkin tiba-tiba aje dia dah tak ada?" Ucap Maria hiba.
Menitis air mata datin mendengar rintihan itu. Tubuh Maria didakap lebih erat.
"Muaz pemandu yang cermat. Dia selalu hati-hati. Kenapa lori tu langgar dia? Langgar mak? Dah tu, dekat masjid tu pulak! Bukan jauh lagi nak sampai rumah. Sikit aje lagi! Kenapa?"
Sungguh! Maria amat kesal dengan kejadian yang menimpa. Sedih kerana kemalangan itu berlaku hanya beberapa meter sahaja sebelum Muaz membelok ke arah rumah mereka di Batak Rabit itu!
Hilang sudah tempat mengadu. Hilang sudah tempat bermanja. Sekelip mata ibu dan adiknya sudah tiada. Mereka sudah pergi. Pergi yang tidak akan kembali lagi.
Maria tidak dapat lagi bertahan. Air mata luruh bagaikan hujan.
Patutlah beria-ia emak menasihatinya. Patutlah terlalu banyak pesanannya. Patutlah! Emak seperti tahu dia akan pergi. Emak seperti tahu dia akan meninggalkan anak perempuannya yang satu ini!
Bila ingatan beralih kepada Muaz, hati semakin pedih. Patutlah begitu berlainan sikap adiknya selama mereka bersama. Adiknya yang pendiam banyak benar celotehnya. Muaz asyik sangat mengusiknya. Suka benar menyakatnya. Adiknya terlalu ceria. Maria fikir, Muaz berubah kerana kini dia sudah semakin dewasa. Menyangka adik sudah mempunyai buah hati.
Namun tanggapannya salah!
Adik dan emak ingin meninggalkan kenangan indah kepadanya. Mereka mahu Maria sentiasa mengingati saat-saat indah itu!
Hanya hati yang menjerit memanggil emak yang sudah tiada. Hanya hati yang berbicara.
'Emak! Kenapa mak tinggalkan Lia, mak? Kenapa? Lia tak puas lagi nak bermanja dengan mak. Lia tak puas lagi nak berbakti pada mak! Lia belum dapat memberi mak cucu yang mak inginkan. Lia tak sempat nak membahagiakan mak! Emak!!'
Betapa Maria menangisi pemergian itu. Menangisi cara kematian mereka. Hancur luluh hatinya melihat jasad ibu dan adiknya. Sedih sungguh. Pujukan ayah mertuanya menambah hiba di dada. Kasih sayang Mak Jah menambah sebak di jiwa. Belaian mami menambah luka.
Segala urusan pengebumian jenazah diserahkan kepada ayah mertuanya. Maria hanya mematungkan diri memerhati semuanya dengan pandangan yang kosong. Ketika kawan-kawan ibunya datang menghampiri, mengucapkan takziah, hanya anggukan yang termampu dilakukan.
Maria memerhati sekeliling. Sayu rasa hati bila teringatkan bahawa tanpa ibunya, rumah sudah kelihatan usang. Rumah yang penuh dengan kenangan manis ibunya ini, akan bertukar sepi.
Maria kehilangan arah. Duduk di dapur, terpandangkan ibunya. Naik ke bilik terpandang lagi. Wajah emak dan Muaz silih berganti di tubir mata. Rasa rindu kepada mereka tidak dapat ditahankan. Rindu sungguh…….
"Lia, sayang! Lan telefon." Suara Mak Jah mengejutkannya.
Dengan perlahan-lahan, Maria bangun dan beberapa ketika kemudian, dia menangis teresak-esak di talian. Mendengar suara adiknya, dia tidak mampu menahan air mata daripada mengalir turun. Mereka sama-sama sudah kehilangan!
Mami segera datang menghampiri. Dirinya dipeluk dengan penuh kasih sayang. Gagang telefon diambil darinya. Kini Maria hanya mendengar mami menasihati Mazlan.
"Sabar banyak-banyak, Lan. Ya, mami faham. Lan tak boleh balik. Ya! Ya! Along pun faham. Lan tengah periksa. Jangan fikirkan sangat. Ya! Lan mengaji, sembahyang, mintak doa pada ALLAH agar roh mak, roh adik ditempatkan dalam golongan yang dikasihiNYA. Ya, along pun suruh Lan jaga diri baik-baik. Tak apa! Mami akan jaga along kat sini. Insya-ALLAH. Waalaikum salam!"
"Lia, Lan kirim salam. Dia pesan supaya Lia banyak-banyak bersabar. Supaya Lia jaga diri baik-baik. Dia……"
Tidak mampu datin ingin meneruskan kata-kata. Tangisan menantunya mengisi ruang yang tiba-tiba sunyi sepi. Para tetamu yang berada di situ turut sama menangis. Mereka amat bersimpati kepada Maria.
Maria benar-benar kesedihan. Hatinya penuh sendu bila memikirkan kini, hanya mereka berdua beradik sahaja yang tinggal di dunia ini. Dia dan Mazlan. Terpisah pulak tu!
Mampukah Mazlan menghadapi kenyataan ini sendirian? Di sini, dia masih ada mami, ayah dan Mak Jah. Lan? Dia sorang-sorang! Kesedihan itu diluahkan dengan payah kepada ibu mertuanya.
"Mami, macam mana Lan nak hadapi semua ini? Dia sorang diri di sana! Dia tentu sedih. Tentu dia lebih sedih daripada Lia. Kesian dia, mami!" Namun mami lebih bijak memujuk, "Sayang, Lan tenang saja masa dia telefon tadi. Mami yakin, dia lebih tabah menghadapi kenyataan ini. Mami lebih risaukan Lia. Sejak semalam, Lia tak makan apa-apa. Kalau Syam ada, tentu dia susah hati tengok keadaan Lia macam ni!"
Mendengar nama Hisyam disebut, air mata tumpah lagi. Sesungguhnya kalaulah suaminya ada di sisi ketika ini, alangkah baiknya!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
awwww.........sedihnye.........sambung2!