Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Barang-barang Lutfi sudah kukemaskan semuanya. Semua barang-barangnya kususunkan di sudut ruang tamu apartment kami. Aku sempat memandang sekilas pada jam di dinding ruang tamu apartment kami, jarum jam menunjukkan pukul 4 petang. Aku bergerak pantas ke dapur, ingin memulakan operasi yang telah kufikirkan sepanjang berjalan kaki pulang dari berjumpa Ziq. Setelah dua jam bertungkus-lumus di dapur. Aku tersandar kepenatan di atas sofa. Nasi minyak berlaukkan ayam merah dan acar sudah kuhidangkan di meja makan bersama dengan lilin dan bunga ros yang kubeli di kedai bunga Aunty Alexis. Bau nasi minyak memenuhi seluruh apartment kami. Setelah berehat setengah jam sambil menonton Oprah Winfrey’s Show, aku melangkah ke bilik air mengambil wudhuk untuk solat maghrib. Setelah selesai menunaikan solat, aku kembali menyambung operasiku. Kali ini di bilik peraduan kami pula. Cadar yang lama kutukarkan dengan yang baru. Begitu juga dengan langsir. Tiang katil kami yang selama ini kosong, kuhiaskan dengan langsir khas bewarna putih krim. Bunga ros bewarna merah hati kugubah di dalam pasu di atas meja solek kami. Beberapa lagi sudut di bilik kami kuhias dengan perhiasan baru yang lain. Lilin aromatherapy kunyalakan di setiap sudut bilik. Dengan sekelip mata bau lavender memenuhi segenap kamar kami. Aku tersenyum puas setelah melihat hasilnya. Setelah semuanya selesai, aku menarik tuala ke bilik air, ingin menyediakan diriku pula.
‘Huhu..memang tak dapat dinafikan suamiku sangat punctual’, ujar hatiku gembira. Dengan pantas aku membuka pintu. Kepulangan Lutfi kusambut dengan senyuman lebar. Tangan yang kuhulurkan disambut disertakan dengan sebuah kucupan di dahi dan pipi.
"Wanginya..sayang masak apa hari ni?" tanya Lutfi sambil mencuit pipiku.
"Adalah.. Abang pergi la mandi dulu..sekejap lagi boleh kita makan sama-sama", jawabku sambil tersenyum manja. Beg di tangannya kuambil dan membawanya ke bilik study kami. Ketika kutiba di bilik kami, Lutfi kelihatan terkejut melihat bilik kami yang hampir 100% telah berubah. Tangan kananku digapainya perlahan.
"Dira hias sendiri ke semua ni?" tanya Lutfi kagum.
"Mestilah..tak percaya ke?", balasku gembira. "Wah..kagum jugak abang. Ingatkan Dira cuma pandai guna statute dan baca buku law yang berinci-inci tebal tu je. Tak tahu pulak yang sayang ada bakat terpendam ni", ujar Lutfi sambil ketawa mengusikku. Aku turut ketawa sambil tanganku mencubit pinggangnya perlahan. Aku tahu mengapa Lutfi berkata sedemikian. Mesti disebabkan oleh satu almari buku besar di study room kami dipenuhi dengan buku-buku law ku sahaja.
"Nasiblah, siapa suruh kahwin dengan student law", balasku sambil menjelirkan lidah. Ketawa besar Lutfi dibuatnya. Aku berlalu ke almari kami untuk mengambil pakaian tidur Lutfi. Sepasang baju tidur bewarna hitam kuhulurkan padanya.
"Thanks sayang. Tak nak teman abang mandi ke?" tanya Lutfi dengan senyuman nakalnya.
"Tak nak lah. Dira dah mandi ta.." Tidak sempat aku menghabiskan ayatku, lenganku sudah ditarik Lutfi ke bilik air. Tak sempat aku menolak permintaannya.
Setelah hampir sejam berendam bersama di dalam bath tub. Aku keluar diikuti dengan Lutfi. Sambil berpegangan tangan kami melangkah ke meja makan. Selepas Lutfi selesai membaca doa makan, kami mula menjamu selera. Lutfi kelihatan begitu berselera sekali. Setelah dua kali menambah nasi, barulah dia tersandar kekenyangan. Aku yang melihatnya makan begitu berselera sudah kenyang dengan sendirinya. Hatiku berasa sungguh bahagia.
"Alhamdulillah, thanks sayang. Sedap Dira masak", puji Lutfi ikhlas.
"Alhamdulillah..thanks juga abang sudi rasa masakan Dira", jawabku sambil tersenyum. Entah mengapa apabila bersama Lutfi, segala masalah yang menyesak fikiranku tadi lenyap begitu sahaja.
Setelah selesai menjamu puding koko, aku mula mengemas meja. Tiba-tiba tangan Lutfi menggapai tanganku perlahan.
"Kemas esok la sayang.. nanti esok abang tolong Dira kemas sekali. Jom la pergi tengok tv dulu", ajak Lutfi sambil menarik tanganku supaya kakiku mengikut langkahnya ke ruang tamu.
"Ada-ada je la abang ni..Selagi ada peluang mesti nak bermanja", rungutku sedangkan hatiku tersenyum gembira. Lutfi hanya ketawa mendengar rungutanku.
"Mesti lah, kalau Abang tak bermanja dengan isteri Abang, nak bermanja dengan siapa lagi?", tanya Lutfi sambil tersenyum mengusik.
‘Kak Maisara Othman’, jawabku, namun tidak kuluahkan hanya dalam hati.Ya, aku sangat cemburu dengan dengan Kak Sara. Melihat mereka yang sering keluar bersama ke library untuk berdiskusi, juga membuat praktikal di hospital yang sama sudah cukup membuatkanku cemburu. Lawatan sambil belajar yang dikatakan Lutfi semalam pun, aku pasti Kak Sara pasti akan turut serta. Walaupun Kak Sara tua setahun dari kami, tetapi wajahnya yang comel pasti membuatkan orang menyangka umurnya lebih muda dariku.
\'Hishh!! Jealousnye!!\', rungutku dalam hati.
"Eh, kenapa muncung pula tiba-tiba ni?" tanya Lutfi hairan.
"Mana ada. Tak nampak ke senyuman manis Dira ni", jawabku selamba sambil mengukirkan senyuman lebar padanya.
"Perasannya", usik Lutfi sambil membuat muka. Aku memanjangkan tanganku, cuba mencubit lengannya. Tetapi dia lebih pantas mengelak melarikan diri. Aku yang tidak mahu mengalah, terus menerus mengejarnya. Tiba-tiba, Lutfi berhenti berlari secara mengejut. Aku yang tidak sempat berhenti, terus terlanggar belakangnya. Tanganku pantas memaut lengannya apbila tubuhku terhuyung hayang. Tidak stabil. Lutfi memaut pinggangku erat. Mata kami bertentangan. Namun hanya buat beberapa saat kerana aku dengan malu-malu mengalihkan pandanganku ke tempat lain.
"Kita dah hampir setahun berkahwin pun, Dira masih tak dapat lawan renungan mata Abang", ujar Lutfi tiba-tiba. Aku hanya tersenyum. Ya, aku ada sebabku sendiri, mengapa aku tidak mahu membalas renungan matanya. Tetapi biarlah ia menjadi rahsiaku sendiri.
Malam ini seperti biasa, Lutfi berbaring di atas ribaku sepanjang kami menonton televisyen bersama-sama. Rambutnya kuelus mesra. Mungkin ini kali terakhir kami dapat meluangkan masa kami bersama-sama. Air mata yang mula bertakung di kolam mataku, kusapu perlahan. Tidak mahu perbuatanku disedari Lutfi.
Sebaik sahaja selesai movie romantik komedi yang kami tonton, Lutfi terus mencapai remote control, menutup televisyen. Dia bangun dari pembaringannya sambil menarik tanganku sekali. Kami berjalan beriringan menuju ke bilik peraduan kami.
to be continued~
p/s: salam all,, jangan lupa komen ye,, i really need ur comments to improve my writing skill,, thanks a lot,,
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
la ....cepat sambung ya
nak tahu sebab dia...