Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sekali lagi air mataku jatuh hari ini, aku sendiri tidak mengerti kenapa aku tetap memilih dia walaupun aku tahu kesudahannya takkan pernah memihak pada aku. Yang pasti mencintainya hanya membawa aku kepada kelukaan yang tidak berpenghujung. Tapi hendak di buat apa lagi, jika hati ini terus memilih dirinya. Dalam kepedihan yang aku lalui, terselit seribu keindahan bila aku bersama dengannya. Kenyataan dirinya milik orang telah aku ketahui sedari awal lagi. Tapi entah mengapa, aku terus membiarkan hatiku membenihkan rasa cinta yang aku tahu tidak pernah akan ada penghujungnya. Hati ini tetap ingin mengasihi dirinya walaupun aku tahu hakikat yang sebenar.. Aku dan dia? Entah, aku tak dapat nak menafsirkan apa hubungan kami. Yang aku tahu aku dan dia saling menyayangi. Tapi hubungan kami tidak bernama. Kekasih bukan, kawan pun bukan. Kami gemar menjadikan istilah ’teman tapi mesra’ satu bahan jenaka bila sama-sama berbicara tentang ikatan ini. tapi aku tahu di sudut hati masing-masing tersayat pedih. . Aku dan dia masih perlu menjaga hati ramai orang. Dan aku sendiri tidak ingin melukakan hati perempuan yang bertakhta terlebih dahulu di hatinya.Seringkali perkataan ’kalau’ menjadi satu perbualan kami...... kalau saya berjumpa awak setahun yang lalu, kalau dia bukan kekasih saya, kalau saya dan dia berpisah.... Tapi itu semua ’kalau’.. aku tahu dia takkan pernah tega memungkiri janji yang pernah di lafazkannya.. itu satu keistimewaan dia di mataku. Dan aku hanya menjawab ringkas.. Pasti ada sebab knp kita di temukan..cukuplah kita tahu kita ada di hati masing-masing. Lihat dalam hati bukan pada ikatan yang terjalin antara kita... Mendengar jawapanku, dia akan mengeluh panjang..dengan perlahan, dia bersuara, saya tahu saya tidak akan memiliki awak...dan saya banyak menyakitkan hati awak,kan. Apa lagi yang dia inginkan, bukankah aku cuba untuk menjadi teman yang baik untuknya. Aku ingin menangis, tapi bukankah jalan ini yang aku pilih. Aku ingin menjerit marah apabila ku tahu dia bersama kekasih hatinya, tapi apa hakku. Aku ingin meluahkan rasa cemburuku setiap kali panggilan telefonku tidak bersambut tapi siapa aku untuk berbuat begitu. Saat itu, mahu saja aku luahkan perasaan yang terbuku di hati tapi aku tidak mahu membuat dia gusar, aku tidak mahu melihat dia resah..cukuplah dengan masalah yang sedia ada. Aku tak mahu menjadi taufan yang menghancurkan hidupnya tapi aku mahu menjadi matahari yang menyinari siangnya, menjadi fajar yang mendamaikan resahnya...... Dan sehingga satu masa, bila ku tahu dia tidak lagi memerlukan aku, aku akan belajar melepaskan dia pergi dari hatiku, belajar untuk tidak lagi hadir dalam hidupnya..dan sehingga waktu itu, aku tetap akan setia menemaninya.
Aku mengeluh kesekian kalinya. Entry yang tertera di blog peribadiku itu aku tatap sekali lagi sebelum aku tekan kekunci ENTER. Hanya ini saja caranya untuk aku meluahkan apa yang aku rasa. Mengadu pada teman baikku, Ika, kukira bukan satu cara yang baik sementelah ika tak pernah menyetujui perhubungan aku dan dia. "Ain, jom makan. Aku dah siap masak,"suara Ika mengejutkan aku. Beberapa ulasan dari pengikut blog, ku biarkan dulu. Hari ini giliran ika untuk memasak. Aku hanya membantu menyediakan bahan untuknya memasak sebelum aku mandi tadi. Ayam masak merah,kangkung goreng belacan, dan ikan terubuk bakar, sudah cukup menaikkan seleraku, apatah lagi sedari tengahari lagi aku tidak menjamah apa-apa makanan. Leka dengan kesibukan kerja membuatkan aku lupa dengan perut yang meminta di isi. "Nora tak balik lagi?,"soalku padanya sebelum mengerling jam di dinding. Pukul 8. "Dia call tadi beritahu dia terperangkap dalam jam. Dia suruh kita makan dulu, aku dah simpankan lauk untuk dia,"bekerja sebagai setiusaha membuatkan nora sering saja terpaksa bekerja lebih masa. "Dah tetapkan tarikh perkahwinan kau dengan Zul?"keceriaan di wajah ika membuatkan aku sedikit cemburu. Cemburu dengan dirinya yang telah menemui pasangan yang serasi dengannya. Sedangkan aku masih terkapai-kapai begini. "Hm, insyallah, cuti sekolah bulan depan. Kau pun tahu waktu macam tu je senang sikit, ramai saudara mara yang boleh datang,"aku menganggukkan kepala, sudah menjadi kelaziman, ramai orang memilih musim cuti sekolah atau musim raya untuk mendirikan masjid. "Eh, pastikan kau cuti waktu aku kahwin tu. Kalau boleh aku nak kau stay kat rumah aku sebelum kenduri tu,"sudah acap kali dia mengingatkan aku tentang hal itu. "Nanti kau dah confirm tarikh tu, beritahu aku cepat-cepat. Senang aku nak apply cuti dan arrange schedule,"aku menambah nasi dalam pinggan. Ika hanya memerhati tingkahku. “Kau ada masalah?"soalnya tiba-tiba. Aku tersentak. "Pasal hakim,kan. Kau patut beri peluang pada lelaki lain untuk berada dalam hati kau, Ain,"ika, kenapa kau tidak ingin mengerti. "Aku dengan dia hanya berkawan, ika. No heart feeling,k,"ika tersenyum sinis dengan jawapanku. "No heart feeling konon. Tapi yang kau duk berendam air mata malam-malam tu apa. Bukan makan hati berulang jantung ke,"aku diam sambil tanganku terus menyuap nasi ke mulut. Terasa kesat. "Aku tahu dia baik, memahami kau tapi kau sendiri tahu,kan keadaannya. Walau sayang bagaimana pun dia pada kau, dia takkan tinggalkan makwe dia di sabah tu untuk bersama kau. Aku tak nak kau kecewa,Ain,"aku lebih tahu hakikat itu, ika. Aku lebih tahu tentang semua itu. "Ika,aku tahu. Aku tak pernah letakkan sebarang harapan pada dia. Cuma mungkin sekarang dia lelaki yang rapat dengan aku. Kau jangan risau, aku takkan biarkan diri aku kecewa,"hipokritkah aku bila berkata begitu? Bohongkah aku bila aku berjanji begitu sedangkan di dalam hatiku kini berperang dengan rasa kecewa yang maha hebat? Aku dengan hakim tak pernah berjanji apa-apa antara kami. Cuma aku yang seolah berdegil seakan tidak mahu membenarkan mana-mana lelaki muncul dalam hidupku. Aku menerima seadanya mereka sebagai kawan tapi apabila ada yang ingin melangkaui batasan sebagai seorang kawan, aku mengelak. Hakim, teman serumah Zul, tunang sahabatku ini. Dari situlah perkenalan kami. Mungkin kerana dengan sikapku yang agak ramah apabila di dekati, membuatkan hubungan kami cepat bertambah mesra. Katanya, dia seronok berbual denganku. Adakalanya aku manja, adakalanya aku tegas, jika ada yang aku tidak suka tentang sesuatu perkara, aku pasti akan berbahas dengannya. Tapi, aku lebih gemar menyembunyikan perasaanku dari orang lain. Aku lebih suka mementingkan perasaan orang lain dari diri sendiri. Sewaktu dia memberitahu tentang penilaiannya tentang diriku, aku terdiam. Tidak menyangka sejauh itu dia memahami kerenahku biarpun waktu itu hanya seminggu perkenalan kami. Itulah keistimewaan dirinya berbanding teman-teman lelakiku yang lain. Dia cukup tahu bagaimana keadaan diriku tika itu dengan hanya mendengar suaraku dari jauh. Jadi dengan sikapnya begitu, salahkah aku jika timbul perasaan amat menyayangi dirinya?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hebat2....best2....smbg2!