Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Di suasana burung berkicauan, di saat kanak-kanak berlari berkejaran bersuka ria membuatkan aku mengimbas kembali memori silam di waktu itu. Waktu di zaman keremajaan yang penuh dengan keseronokan dan juga kehadiran dugaan yang datang menguji ketabahanku sepanjang perkuliahan di Politeknik Seberang Perai. Saat diriku bertemu dengan insan yang berjaya menambat hati gadis sunti ini. Cinta yang dianggap telah membutakan mataku dari memandang insan lain yang ingin menambat hatiku sejari dulu. Sedetik demi sedetik kenangan lalu ku dilemparkan jauh sejauh laut dihadapan ku berhenti.
" Bosannya pensyarah pemasaran nie asyik bercerita jea, mata aku pun asyik tertutup dah nie, kang tertidur lentok malu nie", rungut hati kecil Tasha sambil muncungnya kian memanjang. Sejak pensyarah pemasarannya ditukarkan kerana bersalin, ini menjadi kebiasaan aku apabila pensyarah pemasaran itu dianggap membosankan dikalangan ku dan rakan-rakanku. Sedang asyik rakan yang lain bergosip di belakang, mataku seolah terpukau ke arah lelaki yang dianggap pelik padaku kerana tidak suka berborak dengan perempuan dikelas. " So cute, kalau lah aku jadi girlfriend Adrian kan besttt,dah la cute ada lesung pipit pulak tu, confirm cair kalau dia cakap dengan aku,hehehehee",bisikku kepada Baya, teman baikku yang sejak dari awal semester keakraban kami sering menjadi perhatian apabila mendapat gelaran kembar tak seiras. "Kau nie sudah-sudah la tu, walaupun diam-diamnya dikelas entah- entah si Adrian dah ada awek, gigit jadi kau, silap- silap kau makan tak basah, tidur pun tak kenyang tau. Hehehee", usik Baya galak apabila sahabat baiknya, Tasha menjelir padanya tanda tidak berpuas hati.
Adrian rakan sekelas Tasha yang dianggap bertuah kerana memiliki rupa paras yang lebih berbanding rakan lelaki yang lain dikelasnya itu sering mendapat tumpuan gadis- gadis di Politeknik Seberang Perai. Walaupun dia merupakan jejaka yang dianggap pendiam dikalangan rakannya, namun senyumannya tetap memikat mata- mata gadis yang memandang sehinggakan ada di antara pensyarah wanita sering memberikan perhatian yang lebih kepada Adrian. "Ok kelas sampai disini kelas kita, saya harap awak semua membuat latihan yang telah saya berikan dan sila hantar latihan yang telah diberikan isnin depan tepat pukul 8 pagi,. Sebarang alasan tidak diterima ye jika ada di antara awak semua tidak menghantar latihan yang telah saya berikan tadi.", tegas Puan Hasmiza setelah masa mengajar matapelajaran Pemasarannya berakhir.
"Baik Puan Hasmiza", serentak suara kelas Diploma Akauntansi mengejutkan aku dari lamunan. "Yesssss!!!". "Amboi Tasha suka nampak kelas habis awal, tadi bukan main dia lentok ek time Puan Ting Tong tu mengajar ek, sampaikan muncung dia pun tajam ehh. Kalau la aku jadi Puan Hasmiza sedih nya tengok anak murid aku tak kusyuk tau time aku mengajar", usik Shamini, rakan india yang dianggap rapat dengan Tasha. Sengaja aku memanjangkan muncungku tanda protes. "Mestilah Sham macam mana tak lentok, pensyarah nie membosankan betul, sesuai lah gelaran nya miss Ting Tong, anak murid pun kelentong". Mula keriuhan di kelas Akauntansi dengan suara gelak ketawa Tasha, Baya dan Shamini.
Walaupun Tasha tidak memfokuskan terhadap pelajaran didalam kelas, namun dirinya tidak lupa membuat study group dengan dua sahabat karibnya apabila ada keluangan masa. Namun disebabkan peperiksaan makin hampir ulangkaji dirumah tetap dibuat untuk kemahaman sendiri oleh Tasha, Shamini dan sahabatnya Baya dengan tekun hingga la saat peperiksaan berlangsung. "Okey Baya, Sham do the best to beat the rest orait. Okey, you to Tasha." Bisik aku pada mereka sebaik berada di depan dewan peperiksaan semester 1. Akhirnya usaha aku dan rakan-rakan dicurahkan ke atas 7 subjek untuk semester ini.
"Akhirnya habis juga kan, kejap je masa berlalu kan, tak sempat kita nak bersama dah cuti semester". Dalam masa sama terasa satu perasaan dihatiku tika ini, seperti kehilangan satu wajah yang ingin aku lihat selalu. " Ah, tak mungkin aku jatuh cinta padanya. Lelaki semuanya sama, tidak ada yang akan setia. Dia memiliki wajah yang tampan, sedangkan aku..", sengaja aku membiarkan perasaan ini tergantung. "A’aaa hooray, boleh jumpa abang ku yang tercayang kat kedah", senyum Baya sambil mencium gambar kekasihnya di skrin telefon bimbit. "Hey dear, my boy also waiting for me okey. Jangan ingat kau sorang ader pakwe tau." " Haa udah-udah, korang jangan start okey, yelaa aku je yang solo single available lagi yukk. Tunggu nak jumpa abang kandung je kat rumah." "Alaa ucuk-ucuk kita orang gaduh, kau pulak sedih. Tak pe nanti aku panggil abang Adrian pujuk, kan Sham. Okey set". Serentak berderai tawa Baya dan Sham. Namun hatiku tetap tersenyum dengan usikan mereka.
Peperiksaan yang memerahkan otak setiap pelajar telah berakhir. Di hari terakhir semester masing- masing mengmbil peluang mengucapkan selamat tinggal sebelum bertemu kembali untuk semester seterusnya. " Hyee Tasha, nie borang alamat Cik Das suruh semua orang di kelas isi, kita orang dah isi sekarang turn Tasha pula isi", ucap Adrian dengan senyuman yang menyerlahkan lagi lesung pipitnya. Ini yang menjadi igauan mata- mata yang memandang termasuklah aku. " Thank Adrian", balas ku pendek namun hatiku tiba-tiba berdegup kencang apabila empat mata bertentang. Walaupun 6 bulan kami berada di kelas yang sama, namun aku dan Adrian masing- masing belum berpeluang berborak sebaliknya hanya senyuman menjadi penghubung silaturrahim di antara kami. " Ya Allah, andai dia telah ditakdirkan untukku, maka Kau dekatkan lah hati ku dengannya Ya Allah",bisik hati Tasha membuatkan air matanya berkelopak meniti kehujanan.
Walaupun kelihatan Tasha diantara gadis cilik dalam pelajaran, namun dirinya juga turut memiliki jiwa yang puitis dan sensetif bila berhdapan dengan cinta yang dianggap sukar dipercayai kepastiannya jika tiada ikatan. " Adrian, 0175172202". Didalam kereta abang yang sepi dan kedengaran suara nyanyian kumpulan Wow bertajuk Kau Yang Satu, membuatkan aku dibuai perasaan aneh dan sengaja di eja satu persatu apabila aku teringat akan nombor telefon Adrian semasa mengisi borang kelas tadi. "Alhamdulillah Ya Allah apakah ini tandanya kami ada jodoh yang telah Kau tuliskan untukku", monolog Tasha sendirian tika dia meniliti tertera nama Adrian pada borang yang perlu diisi oleh semua pelajar Diploma Akauntansi semester satu. Kehadiran nombor Adrian membuihkan semangatku untuk mengenali dirinya yang telah lama bersarang di hatiku dan menjadi satu misteri sejak semester itu bermula. "Akan aku cuba selami hatimu jika ada jodoh kita Adrian walaupun selama ini aku tidak terlintas untuk percaya apa itu cinta. Mungkin benar kata-kata Baya, tiada cinta akan hadir kalau tidak dicari. Ahh tapi aku kan perempuan, mana mungkin aku memulakan dulu...". Lamunan ku sengaja dihentikan melihatkan cahaya bintang di luar jendela.
erm..bole le tahan...tingkatkan usaha,k..cayokk2...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
mmm....