Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bunyi gelak ketawa isteri dan anak bongsunya memeriahkan ruang dapur rumah dua tingkat itu. Kadang-kala kedengaran regekan manja anaknya . Kedua-duanya tidak puas bercanda. Semenjak sebulan yang lalu, rumah yang didiaminya itu suram sahaja. Jika dahulu, dia dan isterinya ditemani oleh Alia, kini anaknya itu memilih untuk tinggal di kolej demi menyambung pelajaran. Daripada 4 beradik, Alia lah yang selalu berada di sisi mereka. 3 lagi anak-anaknya yang lain telah pun berumah tangga dan memiliki rumah sendiri. Jarang-jarang sahaja mereka menjenguknya di rumah. Maklumlah, semuanya sibuk dengan kerja. "Assalamualaikum …papa. Lambat balik hari ni?" ucap Alia menyapa papanya yang baru masuk ke dapur. "waalaikumussalam. Papa singgah surau dulu tadi. Jalan jamed."jawab Datuk Yusof sambil meneguk minuman yang disediakan oleh isterinya. " rajin anak papa hari ni?" tegurnya lagi. Jarang dia melihat Alia turun ke dapur waktu-waktu begitu. Biasanya anaknya itu lebih suka berada di bilik. kalau turun pun, selepas solat isyak barulah nampak mukanya. " saja nak tolong mama masak makan malam special hari ini. semuanya dah siap. Kejap lagi, abang Izwan dan Abang Adam nak datang. Bolehlah kita makan sama-sama. Dah lama Alia tak jumpa diorang. Rindu rasanya dengan Haikal." Jawab Alia sambil tersenyum. Dia juga turut duduk berhadapan dengan papanya itu. jelas keletihan terpancar di wajah tua papanya. Walaupun usianya telah meningkat, papanya itu masih lagi kuat bekerja. Alasannya, puas duduk sahaja di rumah. " kenapa papa tak tahu pun diorang nak datang? Tadi abang Adam call papa, tak ada pulak dia cakap nak datang." " Alia yang call mereka berdua tadi. Kebetulan besok cuti, Alia paksalah mereka bermalam kat sini. Dah lama diorang tak datang. Mama pun dah banyak kali membebel kat Alia pasal mereka berdua tu. Tahulah banyak kerja, tapi kalau diikutkan mereka tu, sampai bila-bila pun tak akan habis kerja-kerja tu." Leter Alia panjang. Dia tahu mama dan papanya rindukan anak-anak mereka. sudah lama mereka tidak pulang melawat. " kamu ni Alia…mereka tu sibuk. Papa faham. Janganlah kamu marah sampai membebel macam tu sekali. Takut papa tengok." Datuk Yusof hampir ketawa melihat kelakuan anaknya itu. Bunyi kereta memasuki perkarangan rumah menghentikan perbualan mereka. Alia meluru laju ke pintu rumahnya. Dia pasti, abang-abangnya telah pun sampai. Seakan-akan berpakat, mereka datang bersama-sama. " masuklah along, angah, kak Jiha." Ajak Alia sambil menarik tangan kecil anak saudaranya Haikal. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan si kecil itu. sementara itu, sempat juga dia mencium pipi Aisha yang berada dalam kendongan kak Jiha. Aisha, anak angah dan kak Jiha yang baru berusia tiga bulan sedang nyenyak tidur. Suasana rumah makin meriah dengan kehadiran mereka. Setelah bersalam-salaman, mereka duduk-duduk di ruang tamu. Banyak cerita dibualkan. Apabila laungan azan isyak kedengaran, mereka berjemaah bersama. Papa menjadi imam pada malam itu. Suara papa mengalunkan bacaan sembahyang kedengaran syahdu sekali, menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya. Papa kelihatan khusyuk sekali dengan solatnya. Aku juga turut menghayatinya. Selesai mengaminkan doa bersama-sama, seperti dulu-dulu, kami bersalaman dengan papa dan mama. Sebagai anak, kami tidak lupa mencium tangan mereka.Tangan yang yang membesarkan kami adik beradik. Suasana kembali meriah di meja makan. Sesekali keletah kecil Haikal membuatkan kami semua ketawa. " papa… haikal pedas." Adu Haikal kepada Adam. Seperti orang dewasa, mahu mencuba semua makanan yang dihidangkan itu. " itu lah Eqal, kan papa dah cakap tadi. Tak nak dengar, nak makan jugak." Ujar Adam sambil menyuapkan gelas yang berisi air masak ke mulut anaknya itu. Perlahan-lahan, haikal meneguk air itu sehingga habis. Mungkin dia benar-benar kepedasan. " angah, macam mana dengan projek tempoh hari?" Datuk Yusof mula mengeluarkan topik bussinessnya. Sehari kalau tak cakap pasal kerja tak sah rasa baginya. " semuanya ok pa. Tapi, papa faham-faham ajalah perangai Datuk Chan tu, selalu nak cepat. Letih kami dibuatnya." Jawab Ilham. " biasalah tu. Adat orang berniaga. Masa adalah wang. Semuanya mesti cepat, kalau tak rugilah." Balas Datuk Yusoff. Dalam hatinya, dia berbangga dengan kejayaan anaknya itu. walaupun mereka bukan dari darah daging yang sama, dia tetap mengambil tahu perihal kehidupan mereka. Tidak ada istillah anak tiri baginya. Ketiga-tiga anaknya itu dijaga dan diasuh dengan sempurna dengan harapan semuanya berjaya dalam hidup. Jam hampir menunjukkan pukul 12 malam. ruang tamu rumah itu kembali sunyi. Setelah berbual panjang, masing-masing telah masuk ke bilik untuk tidur. Datuk Yusoff memadamkan lampu tingat bawah rumahnya dan mula mendaki tangga untuk naik ke kamarnya. Dia juga ingin berehat. Melangkah ke kamar, Datuk Yusoff mendapati isterinya telah nyenyak tidur. Memang dia agak lewat naik tadi, leka berbual dengan Adam. " pa…Along nak tanya sikit boleh?" tutur Adam ketika hanya mereka berdua di ruang tamu. " kenapa ni Along. cakap aja lah. Kamu ada masalah ke?" ujar Datuk Yusoff bila melihat anaknya itu. Seperti ada hal penting yang mahu disampaikan. " mmmm… macam ni pa."Adam teragak-agak. " sebenarnya bila kita berkumpul ramai-ramai macam tadi,Along teringatkan adik. Along rasa papa pun bagitu kan. Dah lama kita berpisah.Along nak tanya papa…kalaulah kita jumpa adik semula, atau adik pulang cari kita, papa suka tak? Papa boleh terima tak?" Adam kelihatan serba salah meluahkan kata-kata. Suara Adam tergiang-ngiang di telinganya. Dia tidak mampu membalas pertanyaan anaknya itu. Dia tidak menyangka Adam akan menayakan hal itu kini. Telah bertahun mereka tidak bercakap tentang Hawa, namun hari ini Adam mencetuskan kembali ingatannya pada puterinya itu. Bukan dia tidak merindukan Hawa, bukan dia tidak mahu berjumpa dengan Hawa…tapi dia tidak berani untuk berhadapan dengan anaknya itu. Setelah apa yang berlaku beberapa tahun yang lepas, dia tahu sukar dirinya memaafkan dirinya sendiri di atas apa yang telah dilakukannya dulu. Jika dia bertegas dengan isterinya dulu, pasti Hawa akan berada di sisinya sekarang. Namun, nasi telah menjadi bubur. Sukar untuk dia mendapatkan kembali puterinya itu. dia pernah merisik khabar tentang mereka, namun, usahanya sia-sia sahaja. Sekarang dia pasrah. Jika anaknya itu ingin bertemu dengannya, mesti telah lama dia pulang ke Malaysia mencari papanya. Tapi..sehingga ke hari ini, Hawa hanya tinggal nama sahaja. Bayangnya lansung tidak kelihatan. Walaupun terasa amat rindu ingin menatap wajah anaknya itu, hanya doa yang mampu dipohon. Dia berharap semoga anaknya itu selamat dalam jagaan ibunya. Dengan linangan air mata kerinduan, Datuk Yusoff melelapkan matanya. Malam kian jauh, dia perlu tidur dan berehat. Dia berharap, esok akan ada sinar cahaya menyinari kehidupannya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan