BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 02, 2009
Novel : Senyuman hikmah 1
Nama Pena : fatihaaisha

BAB 1:

Hening pagi masih lagi kelam cahayanya. Dalam suasana yang sunyi sepi, seorang hamba Allah dengan penuh rasa keinsafan dan rendah dirinya lebih tega duduk berteleku, bersujud menghadap Ilahi. Hatinya menangis pilu. Terasa sangat kerdil dirinya mengenangkan dosa-dosanya yang lalu.Mulutnya membisu sahaja, namun hati kecilnya tidak henti-henti berbicara mengadu nasib kepada Yang Maha Kuasa. Dia yakin sekali segala luahan batinnya didengari oleh-Nya. Tika ini, air matanya tidak henti-henti mengalir. Terasa sedikit tenang dan lega bila meluahkan apa yang terbungkam di dada.

Ya Allah,
Ampunanilah segala dosa Hambamu ini Ya Allah.
Sesungguhnya aku adalah Hambamu yang sangat lemah.
Aku tidak mampu untuk menanggung cubaan dan dugaanmu ini
Semuanya terasa begitu berat untuk kutanggung
…………

Hawa melucutkan telekung sembahyang yang dipakainya, dilipat kemas-kemas dan kemudiannya disangkutkan pada penyangkutnya. Dia melangkahkan kakinya ke arah meja solek yang terletak di sebelah kanan katil bujangnya. Sambil memerhati wajahnya di cermin, tangan kanannya begitu ralit menyisir rambutnya yang panjang melepasi bahu itu. Tenang sekali raut mukanya. Bibir merahnya yang segar manis menguntumkan sebuah senyuman, senyuman yang bermakna.

*******************************************************


Musim sejuk datang lagi. Walaupun telah memakai 4 lapis baju, Hawa masih lagi mengigil. Sudah 10 tahun dia menghadapi cuaca sedemikian, namun masih belum bisa membiasakan dirinya. Jika difikir-fikirkan, hal ini mungkin kerana darah yang mengalir dalam tubuhnya itu berbeza dengan darah masyarakat tempatan tidak seperti teman-temannya yang lain. Hakikat yang memang tidak dapat disangkalnya lagi, dia adalah pendatang di tanah asing itu
.
" Dah habis kelas ke?" soal William sambil melangkahkan kakinya menghampiri Hawa.

"Dah lama habis. Saya tunggu awak je ni." Beritahu Hawa dengan suara yang perlahan. Dia mengangkat punggungnya dari bangku kecil dan bangun berdiri.

"jom Hawa, kita dah lambat ni. Awak tahu-tahu aja lah, Susan tu. Mesti membebel panjang kalau tahu kita lambat." Ucap William pantas memaut lengan Hawa. Kakinya dilangkah jauh-jauh, sukar Hawa mengikutinya.

" William, sabar okey. Kalau you nak jalan cepat, you can go first. I letih lah jalan laju-laju ni." Hawa cuba menarik tangannya dari gengaman lelaki itu. Dia sebenarnya kurang selesa apabila dipegang sebegitu. Hatinya berasa kurang enak untuk menerima sentuhan seorang lelaki, lebih-lebih lagi yang bukan darah dagingnya sendiri.

" okey, I am sorry." William memperlahankan langkahnya.

Wajah manis Hawa dipandang lama, tak jemu rasanya melihat rupa gadis itu. Begitu indah ciptaan Tuhan ini, puji William dalam hatinya. Dia yakin, selain dirinya sendiri, tentu ada ramai lagi lelaki lain yang tergoda apabila melihatnya. Wajah Hawa dipandang lama, kelihatan gadis itu agak kepenatan. Merasakan dirinya diperhati, Hawa menoleh ke arah William. Kini, mata mereka saling bertentangan. Hawa berasa agak malu apabila ditenung begitu. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan matanya ke arah jalan yang sedang dilaluinya itu. Jantungnya berdegup kencang. Dia cuba berjalan lebih ke hadapan mendahului lelaki itu, namun sia-sia sahaja. Tangannya masih lagi digengam kemas oleh William, sukar untuk dia melepaskan diri.

William dilahirkan dalam keluarga orang-orang berada. Ayahnya merupakan pemilik kepada sebuah syarikat pengedar kereta yang agak besar di London. Hidupnya sentiasa dilimpahi kemewahan. Semua yang diimpikan olehnya, pasti akan diperolehi jua. Kini, dia sedang berusaha untuk memenangi hati dan perasaan Hawa agar sudi menjadi pasangan hidupnya. Namun begitu, Hawa bukanlah seorang gadis yang mudah untuk didekati. Hatinya sukar ditelah. Tingkahnya agak berlainan daripada gadis-gadis lain yang pernah William temui sebelum ini. Persahabatan yang terjalin antara mereka selama ini bukan atas dasar materialistik semata-mata. Gadis itu tidak pernah menunjukkan minat dengan harta-hartanya.Paling mencuri hati dan perasaan William ialah, wajah Hawa yang tidak serupa dengan wajah gadis tempatan. Wajahnya kelihatan bersih sekali dan menampakkan ciri-ciri wanita asia.

" kenapa lambat?" soal Susan. Memek mukanya menampakkan ada sedikit rajuk di situ.

" kuliah habis lambat tadi. Jalan raya sesak, ada accident. Sorry ok." Ucap William sambil menghulurkan satu bungkusan hadiah kepada sahabatnya itu. Walaupun bungkusan itu kecil, ia tetap kelihatan menarik sekali. Dia yakin, susan akan menyukainya. Kemudian, William memberikan sebuah ciuman di pipi gadis itu. Susan tersenyum gembira., rajuknya kian hilang.
" its ok. Lastly, you all sampai jugak. Kalau tak sampai juga, tahulah I macam mana nak layan korang" jerit Susan dengan suara yang agak kuat. Suasana bising di Pub itu memaksanya sedikit menjerit.

Hawa yang dari tadi hanya menjadi pemerhati berjalan mendekati Susan. " Happy birthday, my friend". Seperti William sebentar tadi, Hawa turut melakukan perbuatan yang sama. " u look very beautiful today" puji Hawa. Pakaian yang digayakan Susan pada hari itu begitu menyerlahkan susuk badannya yang ramping. Dengan mengenakan dress ketat berwarna merah jambu yang melepasi lutut, sahabatnya itu kelihatan begitu anggun sekali. Jika dibandingkan dengan dirinya, amat jauh bezanya. Sebagaimana biasa, Hawa lebih selesa berpakaian ringkas, hanya t-shirt dan jeans sahaja pilihannya. Dia tidak pernah kisah dengan penampilan dirinya. Yang penting bagi Hawa, pakaian yang dipakainya hanya perlu kelihatan sopan dan boleh melindunginya daripada kesejukan.

Suasana di pub masih lagi riuh rendah. Selesai upacara memotong kek hari jadi tadi, Hawa membawa diri. Dia duduk di atas sebuah bangku yang agak tersorot. Dia lebih suka menjadi pemerhati. Matanya tidak lepas dari memerhatikan gerak laku kawan-kawanya yang sedang asyik terlenggang-lenggok menari. Masing-masing kelihatan amat gembira. Ada juga yang tidak segan silu berpeluk-pelukan. Bunyi bising lagu yang dipasang kuat tidak lagi dihiraukan. Sesekali Hawa meneguk air kosong di hadapannya. Walaupun berada dalam kelompok yang sedemikian, Hawa berasa tidak berminat untuk melakukan perkara yang sama. Dia malahan berasa rimas berada lama di situ. Namun, untuk pulang sendirian, dia tidak berani. Tadi, dia datang pun menumpang kereta William dan lelaki itu sudah berjanji mahu menghantarnya pulang. Namun begitu, sehingga sekarang kelibat William masih tidak muncul di hadapannya. Entah di mana lelaki itu berada.

Dari jauh kelihatan William sedang asyik bergandingan dengan seorang gadis. Mereka tidak segan silu berpelukan, menari mengikut rentak lagu yang kian rancak. Peluh sudah banyak memercik di dahi, namun dia masih lagi bertenaga meneruskan tariannya. Dia begitu ghairah menari, gembira sekali nampaknya. Sesekali, pandangannya dihalakan jauh mencari kelibat seseorang.
"Di manakah Hawa?" hatinya tertanya-tanya sendiri. Pencariannya William tidak sia-sia. Matanya dapat menangkap kelibat seorang gadis yang sedang bersendiri di suatu sudut yang agak tercorot. Dari segi gaya penampilan gadis itu, dia pasti itu adalah Hawa.

" hi sayang…, jauh termenung." Sapa William. Di melabuhkan punggungnya di sebelah Hawa. kelihatan gadis itu agak terkejut dengan kedatangannya. Matanya yang dipejam rapat sebentar tadi dibuka luas-luas. Dia membetulkan duduknya sambil menjauhkan jarak antara mereka. Begitulah gadis itu, amat berbeza dengan gadis lain.

" lambat lagi ke kita nak balik? I dah mengantuk ni." Tanya Hawa. Matanya sudah sedikit merah, dia memang benar-benar mengantuk. Malam tadi, dia terpaksa tidur lambat kerana menyiapkan tugasan yang perlu dihantar pagi tadi. Dia benar-benar letih. Jika diturutkan hati, dia tidak mahu turut serta ke sini. Namun begitu, demi menjaga persahabatannya dengan susan, dia memaksakan dirinya untuk datang.

" dah mengantuk ke? kenapa tak cakap dengan I." Ujar William sambil meneguk minuman yang baru dihidangkan di hadapannya. Dia turut menyuakan segelas air kepada Hawa, namun gadis itu menolak. Dia pejamkan matanya, menikmati air yang baru sampai ke kerongkongnya. Terasa segar sekali. Kalau hari-hari sebelumnya, dia lebih suka memilih wisky. Namun, kerana Hawa di situ hari ini, dia sanggup melupakan minuman itu buat seketika. Dia tidak mahu Hawa melihatnya dalam keadaan mabuk.

Setelah menghabiskan minumannya, William menarik tangan Hawa untuk bangun, mahu mengajak gadis itu pulang. Dia tahu, sekarang sudah agak lewat malam, hampir ke pagi. Besok, mereka harus ke kuliah. Jadi, dia perlu segera menghantar Hawa pulang ke rumahnya. Mereka berdua bergerak meninggalkan rakan-rakannya yang lain. Kelihatan mereka semua sedang asyik dengan dunia masing-masing. Ada dia antara mereka yang telah mabuk. Senyuman tawar lahir dari bibir William. Begitulah keadaan dia agaknya jika mabuk. Malah mungkin lebih teruk lagi. Teruk betul jadinya.

Diluar pub, langit sudah gelap. Berbeza dengan keadaan ketika mereka baru sampai, harinya masih cerah. Kini, suasana malam telah mengambil alih. William berjalan berdampingan dengan Hawa. Menyedari ada mata-mata yang menjeling tajam ke arah Hawa, William menarik tangan Hawa agar berdamping rapat dengannya. Tangan William memaut erat bahu gadis itu dan mendorong supaya gadis itu berjalan lebih pantas. Dia bimbang jika langkahan mereka itu diganggu oleh pemuda-pemuda kaki lima pub itu. Sebaik sahaja sampai di kereta, William membukakan pintu di bahagian sebelah pemandu. Dia menunggu sehingga Hawa masuk ke dalam kereta terlebih dahulu sebelum dia menutup pintu kereta itu. Tanpa teragak-agak, Hawa meneroboskan dirinya ke dalam kereta. Sebagai ucapan terima kasih, dia mengangukkan kepalanya sambil menguntumkan sebuah senyuman manis. Dia menerima sahaja pelakuan temannya itu tadi. Dia tahu, William cuba melindungi dirinya daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang telah hilang kewarasan akalnya tadi. Memang dia mengaku, gentar juga jantungnya melihat jelingan tajam mereka. Jika dia berseorangan, sungguh dia tidak akan melalui tempat tersebut. Sudah lah lorong itu kecil, gelap pula keadaannya.

Hawa sampai di rumahnya lewat malam. ketika itu jam menunjukkan pukul 1 pagi. Keadaan dalam rumah sudah gelap gelita. Penghuninya sudah lama dibuai mimpi. Setelah melambaikan tangan dan mengucapkan terima kasih kepada William, Hawa menyelongkar beg tangannya. Dalam cahaya yang samar-samar, dia mencari kunci pendua rumah. Seperti malam-malam sebelumnya, dia sudah biasa masuk sendiri ke dalam rumah itu tanpa perlu dijemput. Jika dia terlewat sampai ke rumah pun, penghuni di rumah itu tidak pernah berasa bimbang untuk bertanyakan dirinya. Jika dia tidak pulang sekalipun, mereka juga mungkin tidak kisah. Namun begitu, demi teringatkan pesanan mama, dia masih tahu menjaga dirinya. Dia tidak akan bermalam di luar rumah. Walaubagaimana keadaan sekalipun, dia akan cuba untuk pulang. Masuk saja ke biliknya, Hawa terus menghempaskan badan ke katil. Kelopak matanya dipejam rapat, cuba menenangkan diri mencari keselesaan. Segala keletihan yang menjalar dalam dirinya hilang sedikit demi sedikit. Ingatannya menerawang jauh. Air mata bergenang di matanya dan mengalir jatuh ke pipi. Hatinya terasa sebak dan pilu.

"papa…adik tak nak ikut mama. Adik nak duduk sini jugak. Adik sayangkan papa, sayangkan along. Please…, jangan buat adik macam ni." pinta Hawa. Air mata mengalir laju dari tubir matanya. Pipi kecilnya yang sudah lencun dengan air mata dibiarkan sahaja. Tangan kecil itu kian erat berpaut pada lengan papanya. Dia masih cuba untuk meraih simpati seorang bapa. Raungannya kian menjadi-jadi.

"Adik, jangan buat macam ni. Adik kena ikut mama." Mama menarik kuat tangannya. Dia meronta-ronta cuba melepaskan diri, namun tidak berupaya. Apalah daya seorang kanak-kanak yang baru berumur tujuh tahun. Tenaganya tidak mampu menandingi tenaga orang dewasa. Dia hanya pasrah setelah didukung oleh mama dan dibawa keluar. Dari muka pintu, dia memandang wajah papanya. Ada kesedihan di situ. Kesedihan yang bercampur dengan tangisan. Mungkin papa berasa sedih untuk berpisah dengannya dan enggan melepaskan dia pergi. Tapi, betulkah andaiannya itu? Betulkah papa masih sayangkan dirinya. Jika sayang, kenapa papa membiarkan sahaja apa yang mama buat ni? Kenapa papa hanya diam membisu apabila mama mahu membawanya keluar dari rumah mereka? Mungkin betul kata mama, papa sudah tidak sayangkan dia lagi. Papa hanya sayangkan along. Air mata mengalir deras di pipinya. Dia sangat kecewa dengan papa.

Di luar rumah, sebuah kereta mewah telah bersedia menunggu. Seorang lelaki yang tidak pernah dia kenali keluar dari kereta itu. Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu membukakan pintu tempat duduk belakang. Mama mendudukkan dirinya disitu. Dia hanya mengikut sahaja kemahuan mama. Dia sudah tidak berdaya lagi untuk membantah. papa sudah tidak sayangkannya. Hanya mama yang mahukan dirinya. Kehidupannya kini hanyalah bergantung pada mama. Sebelum kereta bergerak, dia memandang puas-puas rumah yang akan ditinggalkannya itu. "Along…, adik sayangkan along." hati kecilnya merintih.

Setelah meninggalkan perkarangan rumahnya, mereka berdua dibawa ke lapangan terbang. Di dalam kereta, masing-masing diam membisu. Tiada sebarang perbualan kedengaran. Apabila kereta berhenti, Hawa hanya mengikut langkah mamanya. Tangannya dipimpin erat. Hawa tidak berani untuk bertanya ke manakah mereka akan pergi. Mama hanya memberitahu bahawa sekejap lagi mereka akan menaiki pesawat.

"adik, adik duduk kat sini sekejap. Jangan ke mana-mana." Mama menyuruhku duduk di sebuah bangku panjang yang kosong. Aku lihat mama bercakap-cakap dengan lelaki tadi. Dia mengangguk-ngangguk sambil memandang ke arahku. Aku merenungnya. "Siapakah dia? Wajahnya agak cerah jika dibandingkan dengan papa. Rambutnya yang lurus amat berbeza sekali dengan rambut papa yang ikal. Ketinggiannya hampir sama dengan papa. Dalam merenungnya, aku cuba membandingkan lelaki itu dengan papa."

Lelaki itu datang menghampiriku. Duduk di sebelahku. Aku masih lagi memerhatikannya. Dia tidak menghiraukan renunganku. Aku masih menunggu lelaki itu menyapaku. Aku ingin mendengar suaranya. Adakah suaranya persis suara papa. Aku masih lagi melekapkan pandanganku ke wajahnya. Dia berpura-pura tidak melihat renunganku. Dia mula menyelak helaian akhbar di tangan. Membaca berita mungkin, sama seperti yang papa buat setiap pagi. Aku masih lagi asyik menelitinya. Satu lagi perbezaan yang aku jumpa, dia tidak memakai cermin mata. Kalau papa, cermin mata selalu melekap di hidungnya. Aku masih lagi menghitung.

"adik…, adik renung apa tu?" tiba-tiba suara mama kedengaran hampir denganku. Aku tidak sedar bila masanya mama datang semula dan duduk di sebelahku. Mama menyuakan air ke mulutku. Aku yang memang dahaga terus memasukkan straw ke mulut, menyedut air kotak yang dipegang mama itu dengan perlahan-lahan. Setelah aku berhenti menyedut air, mama menyuapkan pula roti ke mulutku. Aku menggigit roti itu, enak juga rasanya. Roti berperisa blueberry, perisa kegemaranku. Aku memandang ke wajah mama lama, dia senyum padaku. Sejak dari tadi, baru sekarang aku dapat melihat senyumannya. Aku berasa sedikit lega. Mama sayangkan aku. Betul, dia sayangkan anak perempuannya ini. Jika tidak, masakan dia masih ambil peduli akan makan minumku. Masih lagi menyuapkan aku makan? Aku membalas senyuman mama.

" mama, adik dah kenyang. Terima kasih mama." ucapku sambil memeluk mama. mama membalas pelukanku erat.

Hawa tidak sedar bilakah dia dibawa menaiki pesawat. Keletihan membuatkan dia tertidur dalam pelukan mama. Selepas perutnya diisi dengan roti tadi, matanya terasa amat berat. Bila dia membuka matanya, sedar-sedar dia telah berada di udara. Dia menoleh ke sebelah kanannya, kelihatan mama juga tertidur. Hawa membuang pandang ke luar pesawat, bumi Malaysia sudah tidak lagi kelihatan. Dia kini sedang berada di bumi asing. Namun, dia tidak tahu tempat itu. Dari cermin kaca pesawat itu, dia dapat melihat pemandangan yang amat menarik. Sana sini salji berguguran jatuh dari udara. Kebanyakan bangunan, gunung-ganang, pokok-pokok, dan jalan raya diliputi oleh salji putih. Pemandangan yang belum pernah dia lihat. Dia begitu asyik menghayatinya. Sedar tidak sedar, mama menyuruhnya duduk dengan baik. Mama memasang tali pinggang ke badannya. Menurut mama, kapal terbang yang dinaikinya akan mendarat. 5 minit kemudian, hawa merasakan pesawat itu mengalami sedikit hentakan. Selang beberapa minit, kelihatan penumpang-penumpang yang lain mula bangun dari tempat duduk masing-masing. " kita dah sampai, sayang. Kita dah sampai kat London." Kedengaran suara mama berbisik di telinganya. Hawa hanya mengangguk. Baru dia tahu, kini dia berada di London. Amat jauh dari Malaysia. Amat berbeza dengan tempat tinggalnya. Di sinikah dia akan tinggal sekarang?

Keluar dari pesawat, kami disambut oleh seorang lelaki. Lelaki yang sama duduk disebelahku sebelum menaiki pesawat. Kali ini, wajahnya lebih ceria. Sebuah senyuman dihadiahkan untukku. Aku hanya membalas pandang sahaja tanpa memberikan sebarang reaksi. Aku dan mama mengekori langkahnya. Aku hanya diam, tiada keinginan untuk bertanya walaupun aku terlalu ingin tahu kemanakah arah tujuan kami seterusnya. Aku berasa amat letih dan mahu tidur. Dengan menaiki sebuah kereta, akhirnya kami tiba di sebuah rumah bertingkat yang agak besar. Amat cantik jika dilihat dari luar. Lelaki itu menjemput kami masuk. Aku berjalan mengikuti langkah mama tanpa menghiraukan mereka berdua yang sedang rancak berbual. Entah apa topiknya, aku pun tidak tahu. Setelah agak lama di dalam rumah tersebut, lelaki itu menunjukkan kami sebuah bilik. Mama menyuruhku berehat, aku yang keletihan cepat sahaja merebahkan diri ke katil empuk itu dan terus terlena.

Hampir dua bulan Hawa tinggal di bumi London. Perasaan rindunya terhadap dengan negara asal, Malaysia tidak dapat digambarkan lagi. Hawa begitu rindukan rumah lamanya, dan yang lebih terasa rindunya pada papa dan along. Namun, semua itu hanya mampu dipendamkan sahaja. Dia tidak lagi berani untuk meluahkan kerinduan itu kepada mama. Dulu, selepas beberapa hari tiba di London, Hawa pernah bertanyakan tentang papanya. Dia meluahkan kerinduan yang ditangungnya itu. Namun, apa yang dia perolehi hanyalah herdikan keras mama yang menyuruhnya diam. Dia diingatkan agar tidak lagi mengungkitkan hal-hal kehidupan masa lalu mereka. Dia tidak boleh sama sekali membicarakan tentang papa ataupun abang kesayangannya, Adam. Kata mama, mereka berdua telah tiada dalam catatan kehidupan mereka. Jika dia masih berdegil, mama tidak akan teragak-agak untuk meninggalkannya sendiri. Sejak dari hari itu, Hawa tidak lagi berani membuka mulutnya untuk membicarakan hal tersebut. Banyak perkara telah berubah, banyak kejutan yang dia terima. Jika dulu, mamanya anggun bertudung, kini tudung yang melindungi rambut mamanya yang cantik itu telah hilang entah ke mana. Baju kurung yang biasa melekat di badan mamanya juga telah hilang. Kini, mamanya kelihatan lebih moden. Gayanya seperti pelakon-pelakon yang selalu keluar dalam televisyen.Walaupun begitu, semua kejutan itu masih lagi boleh diterimanya, hinggalah pada suatu hari mama mengejutkannya dengan memperkenalkan lelaki yang menemani mereka tempoh hari sebagai papanya yang baru. Dengan kata yang lebih mudah, suami baru mama.

" adik…mama nak cakap sesuatu dengan adik. Ini suami baru mama. Dia akan menggantikan tempat papa. Adik boleh panggil dia daddy. Mulai hari ini, daddy akan tinggal bersama kita, di rumah ini. Mama harap adik dapat melayannya sama macam papa adik dulu." Mama tersenyum lebar. Gembira sekali nampaknya.

Mama menyuakan tangan kecilku yang berada erat digengamannya kepada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum manis. Aku tergamam. Perasaanku pada ketika itu sukar untuk digambarkan.
"Bolehkan aku menerima lelaki itu menggantikan tempat papaku? Layakkah dia menjadi daddyku…." Suara hatiku berbisik sendiri.
posted by Penulisan2u @ 5:29 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
1 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group