Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Safira merenung jam dinding yang tersangkut berhadapan dengan katil tempatnya berbaring sekarang. Tepat pukul 12 pagi. Hari ini genaplah usianya mencecah 27 tahun. Tiada sambutan majlis harijadi. Tiada kawan-kawan bersama-sama mengucapkan ‘Selamat Harijadi, Safira!’ Tiada hadiah buatnya sebagai alat kegembiraan menyambut penambahan usianya.
Kalau dulu, Zulaikha pasti akan membeli kek untuk menyambut harijadi Safira. Selama Safira dan Zulaikha duduk serumah bersama, sudah tiga kali mereka menyambutnya. Bererti sudah tiga tahun mereka bersahabat. Seringkali Safira menerima hadiah dari kawan serumahnya yang rapat itu. Fahmi pula pastinya merajuk kerana dia menjadi orang kedua yang mengucapkan kata-kata itu dan juga orang kedua bila memberiku hadiah. Tetapi Safira berjaya juga memujuk Fahmi. Safira menyatakan Fahmi tetap menjadi orang teratas di hati Safira.
Namun kini, sudah hampir dua tahun Fahmi pergi meninggalkan Safira. Meninggalkan alam yang fana ini untuk bertemu Tuhan mereka. Juga kehilangan Zulaikha sebagai teman karibnya dan kehilangan keluarga yang telah memutuskan ikatan saudara yang terjalin sejak kecil. Mengenangkan itu semua, Safira menangis sendiri. Sedih membayangkan hidupnya keseorangan di rantau orang. Tiada berteman tempat suka dukanya. Hanya kerana secalit lumpur yang bukan diciptanya itu telah terpalit di muka.
Terkenangkan peristiwa siang tadi, bibir Safira mula menguntum senyum. Alhamdullillah, akhirnya ada juga insane yang sudi menjadikannya teman di kala sendirian di tempat asing ini.Cikgu Durriyah! Nama yang cantik, secantik orangnya. Manis senyuman guru itu saat dia menyapa Safira kelmarin. Betubuh genit dan bertudung litup. Persis seorang ustazah namun Cikgu Durriyah mengajar matematik di sekolah itu. Barangkali terbiasa dengan didikan sejak awal lagi. Safira pasti, guru itu tentunya sudah berpunya.
Namun di saat matanya tertancap di meja guru muda itu tadi, tiada satupun frame gambar antara Cikgu Durriyah dengan pasangannya. Agaknya Cikgu Dyrriyah bukan jenis yang suka menunjuk. Tapi tidak mengapa, satu hari nanti, pasti sedikit sebanyak, Safira akan tahu juga tentang guru itu.
Safira menarik selimut hingga ke paras dada. Safira membaca doa tidur di dalam hati. Mengharapkan mimpi indah akan membaluti lenanya sebentar nanti. Semoga hari yang mendatang, menimbulkan semula keceriaan di dalam hatinya.
*************
"Selamat pagi, cikgu!!"
Ucapan selamat pagi bergema satu kelas 5 Anggerik. Hari ini merupakan hari pertama Safira secara rasminya bergelar guru sekolah menengah. Safira cuba menutup rasa debar di dada. Dia harus yakin untuk berdepan dengan pelajar di depannya. Tambahan pula bila Cikgu Durriyah memberitahu sedikit sebanyak tentang sekolah itu lebih-lebih lagi kenakalan pelajar di sebuah kelas bernama 5 Anggerik itu.
"Aku harap kau tabah menjalani kehidupan kau di sini sebagai seorang guru. Jangan guna kekerasan dalam mendidik para pelajar. Anggap mereka seperti anak kita. Mereka perlu dilatih dan di ajar dengan cara yang lemah-lembut, bukannya keganasan! Cikgu seperti kita sekarang selalu dikritik. Kau sendiri sedia maklum banyak kes melibatkan pelajar sekolah terpampang di dada akhbar! Guru rotan pelajar sampai mati, guru membelasah pelajar dan bermacam-macam lagi.. Kau kena ingat tu, Safira!"
Kata-kata Cikgu Durriyah tersemat di hati Safira. Masih terngiang-ngiang nasihat itu pagi tadi sebelum Safira memulakan langkah pertama bergelar guru.
‘Ya! Aku perlu menjadi pendidik yang berguna untuk bangsa dan agama. Mereka umpama rebung. Mudah dibentuk dari awal. Aku bakal mencoraknya kelak. Pasti aku boleh buat!’
Safira mula membuat azam di dalam dirinya sendiri. Tekad dibulatkan. Apa yang pasti kisah silam yang pernah membelenggu diri Safira dulu perlu di tutup habis. Safira akan melupakan segalanya dengan hidup baru ini. Ya, itu sudah pasti..!
"Hello, cikgu! Jauh mengelamun! Ingatkan siapa pula tu..? Ingatkan jejaka mana dalam kelas ni? Dalam kelas ni ramai jejaka handsome, cikgu! Terpikat yang mana satu, cikgu?"
Suara garau yang menyapa pendengaran mencantas khayalan Safira sebentar tadi. Safira mula mempamerkan senyuman serupa kambing. Sudah tersengih-sengih macam kerang busuk. Serentak, kepala diketuk beberapa kali dengan perlahan tanda menyedari kesilapan diri. Malu kerana pelajar kelas itu mengusiknya. Rona muka Safira sudah berubah warna.
"Cikgu, kepala cikgu kepala besi ya?? Muka cikgu merah la…" perli seorang lagi pelajar lelaki lalu seisi kelas gamat dengan gelak ketawanya. Lucu melihat telatah guru baru mereka itu. Serupa kanak-kanak saja kelakuannya. Pipi Safira sudah membahang panas. Malu!
"Kamu semua ni suka main-mainkan cikgu ya?? Ok lah, hari ni kita tak perlu belajar……"
Belum habis cakap lagi, terdengar sorakan gembira di belakang kelas. Tiga pelajar lelaki sedang membuat sarkas di situ. Salah seorang mula bergelek-gelek atas meja sambil bersorak. Pelajar lain yang melihat hanya menggeleng sambil ketawa lucu dengan telatah mereka bertiga. Pelajar nakal yang terkenal di Sekolah Menengah Seri Andalas. Itulah Naufal, Fakhri dan Wafir.
Safira cuba menteteramkan suasana kelas itu. Jeritan kali pertama tidak diendahkan.. Jeritan kedua….? "Diammm!!!"
Semua pelajar diam tidak berkutik. Sunyi sepi tatkala jeritan nyaring guru muda itu meminta mereka semua diam. Pelajar yang membuat sarkas sebentar tadi sudah turun dari mejanya. Yang lain-lain mula mengisi tempat duduk masing-masing.
"Hari ini kita mulakan seisi suai kenal. Cikgu nak kenal kamu semua. Jadi, cikgu harap kamu beri kerjasama. Mulakan dari meja sebelah kiri. Perkenalkan nama, asal kamu, cita-cita kamu dan apa matlamat kamu datang ke sekolah ini. Mulakan sekarang!" tegas suara Safira mengarah pelajarnya.
Ada yang terkebil-kebil melihat ketegasan guru baru itu. Ada juga yang mencebik tanda tidak puas hati.
Maka, bermula sesi mengenalkan diri. Di dalam kelas 5 Anggerik itu, ada seramai 40 orang pelajarnya. 25 perempuan dan 15 lagi adalah pelajar lelaki. Tahun itu saja sudah dua kali guru kelasnnya bertukar. Ramai guru yang mengajar tidak tahan mengajar di kelas itu. Ada saja kenakalan yang dilakukan pelajarnya hingga menakutkan sesetengah guru untuk masuk mengajar di kelas itu.
Akibatnya, pelajaran mereka merosot. Kebimbangan itu turut dirasai oleh pengetua, Cikgu Ibrahim. Namun kenakalan pelajar 5 Anggerik seolah-olah tiada batasnya. Mereka sewenangnya melakukan kesalahan dan kenakalan mereka. Hanya beberapa orang pelajar saja yang boleh dikategorikan dalam golongan pelajar yang baik.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Berpusu-pusu para pelajar meninggalkan kelas mereka untuk ke kantin bagi mengisi perut. Masa rehat yang Cuma setengah jam itu digunakan untuk mereka merehatkan minda dari pelajaran sebentar tadi.
Safira mengemaskan failnya sambil menggelengkan kepala. Pelajar 5 Anggerik itu tidak ubah seperti kanak-kanak tadika. Menjerit kesukaan sebaik mendengar loceng berbunyi tadi. Sorakan bergema dan membingitkan telinga..
‘Macam ada kat pasar saja gelagar budak-budak ni..’ desis hati Safira.
Safira melangkahkan kaki menuju ke bilik guru. Beberapa orang pelajar yang berselisih dengannya mengucapkan salam kepadanya dan Safira membalas. Masih ada etika baik yang diamalkan oleh pelajar Sekolah Menengah Seri Andalas ini.
Safira menapak di mejanya lalu meletakkan fail tadi di atas meja. Safira melabuhkan punggung di kerusi. Pen diambil dari dalam meja lantas tangannya mencatat di fail laporan kelas itu.
"Hai, cikgu! Sibuk nampaknya. Macam pengajaran pertama hari ini, ok??"
Teguran dari Cikgu Durriyah dijawab dengan senyum manis Safira.
"Baik saja!" balas Safira kemudiannya.
"Baguslah kalau begitu. Harap cikgu dapat mengatasi kenakalan pelajar kelas 5 Anggerik itu. Mana tahu hujung tahun ni kita boleh dengar pelajar cemerlang SPM adalah dari kelas yang paling nakal itu.." jawab Cikgu Durriyah.
Safira tersenyum nipis. Moga-moga harapan itu menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, satu kumpulan pelajar sedang berbual mengenai guru baru mereka itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan