Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Keadaan dalam bilik itu amat semak, semua barang bertaburan di atas lantai, bantal-bantal terpelanting dari atas katil, kedengaran suara yang merungut diselang-seli dengan esakan tangis.
Izz amat geram dengan apa yang berlaku semasa di annual dinner tadi, hatinya membengkak marah, masih terimbau kejadian yang baru berlaku di dewan besar itu.
"Wah, saya tak sangka awak pandai cakap France,"pujian dari ayahnya membuatkan dia merasa sebal apatah lagi bila melihat senyuman di bibir Aleya bagaikan mengejek dirinya.
"Tak adalah saya cuma pandai cakap pandai sikit saja,"
"Wah, well Mr Auchlair you can rest assured this lady can be your dictionary for tonight,"sekali lagi tawa bergema di antara ayahnya dengan yang lain membuat dia makin jengkel melihatnya.
"Arghhhhh,"jeritnya geram bagi meluahkan apa yang terbuku di hati.
"Izz, sayang okey ke?"
"Mummy,"esakan mula kedengaran apabila ibunya menghampiri dirinya.
"Syuh, kenapa ni, cuba bagitau mummy,"
"Fik dia,dia," dengan esakan semuanya diceritakan kepada Datin Fauziah, malah ada cerita yang ditokok tambah hasil perasaan geram yang melanda dirinya.
Datin Fauziah mengusap lembut rambut anaknya itu, sedikit sebanyak dia mula berasa geram apabila anaknya diperlakukan sebegitu rupa.
"Izz sayang dengar ni, Izz akan dapat jugak Fik tu,"
"Macam mana Mummy, dia dah bertunang,"
"Baru bertunang belum kahwin kan, lagipun orang yang dah kahwin pun boleh bercerai inikan pula baru tunang tak ada hal lah,"
"Habis tu apa yang perlu Izz buat?"
"Mummy tau caranya,"Datin Fauziah hanya tersenyum meleret penuh makna, manakala Izz hanya memandang ibunya bingung.
**************
"Assalamualaikum,"panggil Aleya labtang apabila masuk ke dalam rumah, namun pelik kerana rumah itu seyap sunyi bagaikan tak berpenghuni, dikerlingnya jam di dinding, ‘patutlah dah pukul 2 siapa nak jaga lagi,kecualilah kutu rayap dekat hujung jalan tu’ ngomelnya perlahan.
Sambil melangkah Aleya menanggalkan subang di telinganya, barang kemas yang dipakai semuanya pinjaman dari Suhana, ‘rasa macam disponsor pakai je, tapi bukan hak milik’ namun langkahnya terhenti apabila lengannya ditarik lalu dia berpusing menghadap Fikri.
"Kenapa?" ‘Apa lagilah yang mamat ni nak?’
Fikri hanya tersenyum namun dia menghampiri tubuh Aleya sehinggalah jarak mereka hanya terpisah 1 kaki sahaja, mata Aleya membuntang melihatkan itu cuba dijarakkan tubuhnya namun tidak berjaya, hanya matanya yang mampu digerakkan anggota badannya yang lain bagaikan kaku.
Tangan Fikri mengusap perlahan pipi Aleya, dapat didengar hembusan nafas Aleya perlahan tangannya bergerak merungkaikan rantai yang dipakai Aleya, pergerakkannya lambat dan romantis sekali, Aleya hanya mampu mengekori gerak langkah Fikri dengan ekoran matanya sahaja.
"Ahem,"deheman itu mengembalikan mereka dari khayalan, di pintu dapur tercegat tubuh Mak Kiah, Aleya mengalihkan pandangan matanya semula, sedikit terkejut apabila melihat tangan Fikri di pipinya lantas ditolak tubuh Fikri menjauh sebelum dia menghilangkan diri ke dalam bilik, Fikri yang pada mulanya terpinga-pinga dengan tindakan Aleya lantas mengukirkan senyuman manis terhadap Mak Kiah.
"Tak tidur lagi Mak Kiah? Dah pukul 2 pagi ni?"
"Dah tidur terjaga dengar Aleya bagi salam tadi, nasib baik juga terjaga kalau tak entah apa yang kamu buat dekat budak tu,"
Aleya menutup mulutnya menahan menguap akibat tidak cukup tidur malam tadi, matanya dipejam celik beberapa kali bagi menahan rasa mengantuk, bunyi cerek mengejutkannya lantas dicapai kain lalu mengalihkan cerek itu sebelum dituang ke dalam teko yang sudah berisi serbuk teh, bau haruman kopi dari coffee maker pula memenuhi ruangan dapur.
"Hai Leya yang kamu terkuap-kuap ni apasal, pagi-pagi lagi dah mengantuk,"
"Eh Kak Su, awal bangun,"
"Macam mana tak mengantuk Su, semalam pukul 2 pagi baru sampai rumah," perli Mak Kiah. Aleya hanya diam kalau disampuk cakap nanti termalu sendiri pula sudahlah semalam Mak Kiah nampak adegan ‘romantik’ dia dengan Fikri, malunya masih tebal kerana kejadian semalam.
"Ye ke?Patutlah dari tadi asyik menguap saja,"
"Assalamualaikum, sedap bau masak apa pagi ni Kiah?"Puan Maznah melangkah masuk ke dalam dapur.
"Bukan saya yang masak, Aleya masak pagi ni,"
"Ye ke? Aleya masak apa?"
"Nasi goreng saja puan,"
"Emm mesti sedap ni, jom kita hidang sama-sama cepat sikit makan, saya dah lapar ni," ujar Puan Maznah sambil menatang bekas nasi goreng sambil disusuli Mak Kiah yang menatang dulang minuman.
"Oh ya Kak Su, Leya ada buat French Toast, semalam Kak Su cakap teringin nak makan,"
"Ye ke, thanks Leya, ni yang buat Kak Su sayang dekat Leya ni, jom kita ke depan,"Suhana membawa pinggan yang berisi French Toast manakala Aleya membawa pinggan beserta sudu.
Selepas makan dia membasuh semua pinggan mangkuk yang digunakan, sedang dia sibuk membasuh Suhana memasuki dapur.
"Leya, Kak Su nak cakap sikit dengan Leya,"
"Ada apa Kak Su?"
"Macam ni, Kak Su rasa elok kalau Leya upah private investigator siasat pasal ayah Leya, sebab kalau upah PI lebih selamat sebab takut kalau orang syak apa yang kita buat, lagipun diorang ni professional, mungkin sekejap saja mereka dapat cari ayah Leya,"
"Leya tak kisah Kak Su, kalau macam tu cadangan Kak Su, Leya ikut saja, mana baik bagi Kak Su baik bagi Leya,"
"Tapi, kalau upah PI akan guna banyak duit, Leya mampu tak?"ucap Suhana perlahan takut menyinggung perasaan Aleya.
"Pasal duit jangan bimbang, Leya akan uruskan,"
"Baguslah kalau macam tu, Kak Su ada tau pasal beberapa agensi tapi yang ni yang bagus, pemilik dia dulu pernah buat kerja untuk Kak Su, hasilnya memuaskan, Leya cuba hubungi dia,"kad nama dihulurkan kepada Aleya.
"Nanti Leya hubungi dia Kak Su, terima kasih Kak Su, budi Kak Su tak terbalas rasanya, macam-macam Kak SU buat untuk Leya,"
"Tak apa, lagipun Kak Su yang ikhlas nak tolong Leya," namun bicara Suhana terhenti apabila Aleya memeluknya sambil menangis, perlahan dia mengusap kepala Aleya bagi menenangkan gadis itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
fuh...lme gler tggu smbgn cte ni..alaa nape ckit sgt?? cpt2 conti hehe..