Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Haziq memberi tumpuan kepada pemanduan. Sesekali matanya mengerling ke arah insan istimewa yang berada di sisinya. Bukan mudah mencari waktu yang sesuai untuk mereka bermadu kasih. Memandangkan masing-masing terlalu sibuk dengan kerjaya, masa untuk mereka bersama terlalu singkat. Kadang kala Haziq sendiri terpaksa membiarkan Farisya keseorangan di rumah atas urusan kerja. Farisya juga adakalanya perlu menghadiri seminar mahupun kursus yang di anjurkan oleh syarikat.
"Menung jauh nampak?" tegur Haziq lembut. Jemari Farisya tetap digenggam. Sesekali di elus lembut. "Eh tak de la. Isya cuma menghayati pemandangan. Tak salahkan?" balas Farisya lalu menoleh kepada Haziq. Bibirnya terukir senyuman yang selalu dirindu Haziq. "Kenapa?" soal Haziq. "Ye la. Kalau waktu malam, banyak lampu terpasang. Pada Isya tu semua tak ubah seperti bintang-bintang. Meriah. Ceria," Haziq tersenyum mendengar jawapan isterinya.
"Ok. Kejap lagi abang bawa sayang pergi satu tempat. Abang jamin sure sayang suka punya," janji Haziq sambil mengucup jemari Farisya. Lakunya sungguh romantik. Farisya tersenyum bangga. Hatinya berbunga apabila Haziq sering memanjai dirinya. "Ye ke. Apa nama tempat tu?" "Tu rahsia. Sekarang ni kita makan dulu," jawapan Haziq membuat senyum Farisya bertambah lebar. Walaupun jarang untuk bersama, tetapi kasihnya tetap utuh buat suami tercinta. Sikap Haziq yang sering membuat kejutan padanya secara tidak langsung merapatkan perhubungan mereka.
Dalam kesibukan kota yang pesat membangun, masih terdapat gerai-gerai makanan yang menyediakan sajian-sajian kampung. Haziq membawa Farisya menjamu selera di Kg Baru. Kebanyakan penduduk setempat mengetahui akan hidangan yang di sajikan. Haziq juga kerap turun ke Kg Baru bersama Zakuan suatu tika dulu.
"Ermm..macam mana? Sedap tak?" soal Haziq yang melihat Farisya yang begitu berselera menikmati hidangan. Begitu khusyuk. "Sedap, macam mana abang tahu tempat ni," balas Farisya. "Memang sedap," sambungnya lagi. Haziq tersenyum. Tidak sangka Farisya turut menyukainya. "Abang dah tahu lama. Dari masa sekolah lagi. Memang nasi lemak kat sini paling top kat KL," terang Haziq. Pinggannya sudah lama kosong. "Ye ke. Kalau boleh tiap-tiap hari Isya nak makan dekat sini. Sambal sotong dia pun sedap," puji Farisya melambung. Haziq tersenyum lagi. Teh tarik diteguk sehingga setengah gelas.
Farisya adalah wanita pertama yang menaminya. Selalunya, hanya dirinya dan Zakuan. Tiada seorang pun teman wanitanya dulu yang sanggup makan di gerai itu. Rata-rata teman wanitanya adalah dari kalangan anak orang berada. Memang jarang untuk menikmati hidangan di tempat seperti ini. Yang menjadi pilihan selalunya, hotel-hotel ataupun restoran-restoran ekslusif. Dan untuk itu, duit poketnya akan menjadi nipis.
"Ermmm..best la makan kat sini. Tempat dia pun ok. Open," tutur Farisya menghentikan lamunan Haziq. Jelas terpancar kepuasan yang tergaris di wajah itu. Hatinya turut senang. "Selalu ke abang datang ke sini dulu?" soal Farisya. Air laici di sedut laju bagi menghilangkan kepedasan. Memang tak terlawan dengan sambal sotong dari kampung. Cuma yang ini terasa sedikit pedas.
"Dulu la. Masa sekolah. Mama dengan papa pun selalu juga makan dekat sini," rupa-rupanya Haziq tidaklah terlalu memandang pada taraf. Bukan salah pun andai orang-orang kenamaan makan di tempat seperti itu. Kebersihan turut terjaga. Mengapa mesti memilih restoran-restoran eksluif. Bila lagi nak menyokong hasil dari orang-orang tempatan. Bukan semua restoran ekslusif milik orang tempatan.
"Kalau la rumah kita dekat, boleh la kita makan dekat sini tiap-tiap hari ye bang," Farisya masih lagi memuji. "Iye la. Dah tu bila lagi abang nak merasa air tangan isteri abang?" soalan Haziq membuat wajah Farisya merona kemerahan. Dirinya terlalu asyik dengan sambal sotong kesukaannya sehingga terlupa akan tanggungjawabnya. "Ops!..sorry. Terlupa pula. Ingatkan abang pun dah syok sangat nak makan dekat sini," Haziq menggeleng. Ada saja telatah Farisya yang mampu mencuit hatinya.
"Jom!," usul Haziq. Sudah lebih dari sejam mereka berada di situ. Malam semakin larut. "Nak ke mana?" soal Farisya sambil menyambut huluran Haziq. Mereka berjalan sambil berpimpinan. Lagak mereka seperti remaja yang sedang asyik di lamun cinta. "Adalah. Rahsia," bisik Haziq sambil membuka pintu untuk isterinya. Habis berkerut dahi Farisya. Tertanya-tanya akan ke mana hala tuju yang akan di bawa oleh suaminya.
Haziq melewati sebuah kawasan perumahan sederhana mewah dan melalui jalan-jalan yang penuh dengan selekoh-selekoh tajam. Farisya merasa sedikit gerun ketika kereta Haziq berselisih dengan kenderaan lain. Jalan yang di laluinya agak sempit untuk dua kenderaan yang berlainan arah.
Akhirnya kereta itu berhenti di sudut paling puncak. Terdapat beberapa buah kereta dan motorsikal terpangkir elok. Haziq tidak sempat untuk membuka pintu untuk Farisya kerana isterinya itu telah pun membukanya terlebih dahulu. Farisya tidak berlengah untuk menikmati panorama malam berpentaskan lampu-lampu neon yang bergemerlapan di pelusuk kota Kuala Lumpur. Di tambah kerlipan bintang yang bertaburan memenuhi dada langit. Bulan berselindung di sebalik awan tebal membiarkan cahaya yang terbias sedikit malap.
Haziq merangkul tubuh Farisya dari belakang. Tanpa sebarang amaran, leher jinjang milik Farisya dicium lembut. Farisya kegelian. Mujur keadaan yang samar-samar membuatkan aksi Haziq tidak terlihat oleh orang lain. Farisya membalas dengan mengangkat jemari Haziq lalu di kucup mesra. Hatinya tenang. Setenang hembusan angin malam.
"Sayang happy?" bisik Haziq lembut. Farisya tersenyum. Memang dirinya berasa gembira dengan hubungan mereka. "Abang rasa?" sengaja membiarkan suaminya berteka-teki. Seandai dirinya tidak gembira, mana mungkin dirinya dapat tersenyum selebar ini. "Sayang ni. Abang tanya betul-betul la," di cuit pinggang Farisya dengan lembut. Farisya terjerit kecil. Pingangnya geli di cuit. Tangan Haziq yang nakal di tampar manja beberapa kali. "Abang ni. Tak baik tau buat Isya macam ni. Geli la," Haziq tersenyum melihat bibir Farisya semakin muncung dalam kesamaran. "Dah tu, sayang main-mainkan abang," muncung Faisya tidak terus memanjang kerana bisikan Haziq membuat bibirnya kelu.
"Selama ni sayang bahagia tak dengan abang," ucap Haziq betul-betul di cuping telinganya. Ingin saja ia menjerit untuk menggambarkan kebahagiaan yang sedang di kecapi. Tidakkan mampu untuk diluah dengan kata-kata. Hanya siapa yang merasainya saja dapat memahaminya. Perlahan-lahan dianggukkan kepalanya. Hanya dengan anggukan saja sudah cukup bagi Haziq untuk memahami isi hati insan yang di sayangi.
Haziq semakin mengeratkan pelukan. Semakin kejap. Farisya merasa cukup mendamaikan. Damai berada di sisi Haziq yang sering membelai dirinya. Dalam diam, Farisya memuja sikap suaminya yang begitu romantik. Yang sering membuat dirinya sering terbuai oleh mimpi-mimpi yang indah. Mimpi yang menemani dalam tidurnya. Haziq terus membenamkan wajahnya di leher Farisya. Agak lama. Farisya hanya mampu terpejam rapat lalu membiarkan apa yang di lakukan Haziq. Bulan dan bintang menjadi saksi melihat kemesraan mereka.
***********
Farisya mengenakan skaf bagi menyembunyikan kesan ‘gigitan cinta’ di lehernya. Baru pagi tadi dirinya tersedar akan kesan itu. Dalam marah, bibirnya masih tersenyum bahagia. Dengan kemeja putih jalur-jalur mengikut potongan badan. Di padankan dengan seluar slack berwarna koko cerah. Skaf berwarna jingga di ikat kemas di leher. Masih kelihatan anggun.
"Hamiza, tolong saya buat beberapa salinan pada memo ni. Lepas tu tolong kepilkan sekali dalam fail ni," arah Farisya pada Hamiza. Hamiza yang baru tersedar dengan gaya pemakaian Farisya memuji di dalam hati. Namun matanya tertarik akan skaf yang terikat di leher ketuanya itu. Selama mereka bekerja bersama, tidak pernah walau sekali pun Farisya mengenakan skaf. Pasti ada sesuatu yang di sembunyikan di sebalik skaf tersebut.
Ketukan meja membuat Hamiza tersentak. Tersipu-sipu melihat Farisya merenung tepat ke natanya. "Kamu dengar tak apa yang saya cakap ni," Hamizq tersengih menampakkan giginya. "Dengar puan," pantas fail di tangan Farisya di sambut. "Cantik skaf puan," sempat juga pujian itu di sampaikan. Farisya tersentak dengan pujian itu. Andailah pembantunya itu dapat menangkap apa yang terselindung di sebalik skaf yang terikat di lehernya, pasti dirinya berasa malu. "Thanks," ujar Farisya sambil tersenyum pahit.
Mengapa dirinya tidak teringat akan mesyuarat yang telah di tunda pada hari ini. Adakah kehadiran skaf itu akan menarik perhatian semua yang hadir nanti? Hatinya tertanya-tanya. Ataupun hanya Hamiza yang terlebih memerhatikannya. Skaf di leher dipastikan terikat kemas agar tidak terlucut.
Farisya melangkah menuju ke bilik mesyuarat. Matanya sempat menangkap beberapa pasang mata yang turut memerhatikannya. Hatinya tidak betah apabila dirinya menjadi perhatian. Cuba di kawal akan perasaan itu.
Ketika di dalam bilik mesyuarat, Farisya sekali lagi merasa tidak selesa. Jelingan beberapa pasang mata tidak di hiraukan. Bagitu jua Aswad. Mata lelaki itu langsung tidak terlepas dari merenungnya. Ketika pebentangan, beberapa kali Farisya tersasul. Tumpuannya terganggu. Kehadiran skaf di lehernya telah membuat harinya sedikit kacau bilau. Mujur pebentangan itu di lakukkan di hadapan kakitangan syarikat. Jika tidak, pasti dirinya menjadi bertambah tidak selesa.
Entah bagaimana ketika melakukan pebentangan, salah sebuah penutup penghawa dingin terjatuh. Suasana menjadi kalut kerana ia menimpa berapa kakitangan. Aswad salah seorang daripada mereka. Farisya tersentak. Ringan saja bibirnya untuk menjerit namun pantas di tahan. Kakinya menjadi kaku melihat dahi Aswad yang di basahi darah merah.
Perasaannya berbelah bagi. Akhirnya kakinya di paksa melangkah ke arah Aswad. Kakitangan yang lain telah pun memanggil ambulan. Farisya dapat merasa luka di dahi Aswad agak dalam. Habis baju kemeja lelaki itu dibasahi darah.
Farisya merapat lalu skaf di leher di rungkai. Biarlah kesan ‘gigitan cinta’ itu jelas terlihat. Hatinya tidak gusar untuk mendengar akan bisikan-bisikan nakal yang bakal di terima. Skaf dililit menutupi luka di dahi Aswad. Masing-masing sedikit pun tidak mencurigai. Pasti niat Farisya membantu atas dasar sesame kakitangan. Tiada siapa pun mengetahui akan kisah silam mereka yang selama ini terkunci kemas.
Aswad hanya mampu merenung apa yang dilakukan Farisya. Hatinya turut tersentuh atas kesudian Farisya memberikan skaf yang melindungi lehernya. Walaupun hatinya di pagut perasaan cemburu, itu adalah hak Farisya. Dirinya tidak layak untuk mempertikaikan semua itu. "Thanks," sempat juga bibirnya menyucapkan. Farisya hanya mampu tersenyum. Walaupun getaran di hatinya terlalu hebat, cuba di tahan. Tidak manis untuk dirinya yang berstatuskan seorang isteri. Dibiarkan Aswad duduk berehat bersama kakitangan yang lain. Langkahnya pantas meninggalkan ruang yang sedikit kecoh. Langkah kakinya terus menuju ke pejabatnya. Sahutan Hamiza tidak disambut. Pintu bilik di kunci rapat.
Tidak semena-mena air matanya tumpah. Menitis satu persatu. Untuk apa tangisan itu? Dirinya masih tertanya-tanya. Mengapa hatinya begitu risau akan kecederaan Aswad. Mengapa hatinya begitu berat untuk meninggalkan lelaki itu tadi. Sedangkan hatinya hanya di hiasi akan nama-nama Haziq. Arhhgggggg!!!!... Farisya menjerit di dalam hati. Dirinya keliru…
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best..best..best..cpat la sbung lg.