Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Ada mesra siswa kan petang ni?" Tanya Nazwan kepada Danial yang termenung panjang di balkoni apartment sewaan mereka. "Hmm……" Danial menjawab malas. "Kau terlibat tak?" Nazwan menutup buku Harry Porter yang baru habis dibacanya. Dia memang gemar membaca buku sains fiksyen begitu. "Ikutkan aku tak terlibat, tapi Prof Marzuki mintak aku tenguk-tengukkan budak-budak yang buat program tu. Dengar ada yang komplen." Danial menerangkan. Dia melangkah masuk ke ruang tamu.
Cuaca sangat panas. Armand Danial rimas dengan cuaca yang begini. Matanya menjadi kecil menahan terik matahari. Dia berdiri agak jauh dari kumpulan senior yang menjalankan program minggu mesra siswa bagi universitinya. Sebagai pelajar ‘supersenior’ dia tidak terlibat mengendalikan program begitu,sebaliknya dia diminta menjadi pemerhati agar program berjalan mengikut perancangan. Tidak ada perlakuan yang melampau yang boleh menyebabkan pelajar terganggu tumpuan mereka untuk menentukan hala tuju perjalanan hidup mereka. Armand Danial bergerak kearah sekumpulan senior perempuan yang sedang mengelilingi tiga oleh pelajar baru. Dia melihat ketiga-tiga pelajar perempuan itu mencangkung. Seorang darinya telah merah matanya.
"Kenapa lak ni…." Hati Danial tertanya-tanya sendiri. "Hmmm…..kenapa ni Liza?" Tanya Armand perlahan. Matanya tajam memandang senior yang sedang mengarahkan sesuatu kepada tiga orang ‘freshies’ didepan mereka. "Ehh…Abang Danial….tak ada apa-apa….kami saja bergurau je…" Tergagap-gagap Liza menjawab. Dia sangat terkejut dengan kehadiran ‘super duper senior’ yang sangat terkenal dengan ucapan bisanya itu. Tidak ramai yang tidak mengenali Armand Danial. Seorang pelajar yang sangat kacak, serius dan cukup bijak. Ramai yang jatuh hati dengan Armand, tapi setakat itu sahajalah. Armand tidak pernah ambil pusing dengan gadis-gadis yang bagai lalang terlentuk-lentuk itu. Baginya kalau setakat berkawan, tidak menjadi masalah, namun untuk bercinta….biar dulu lah. Belum melantun-lantun lagi hatinya. Kata orang, kalau jodoh kita sudah datang, hati kita akan faham dengan sendirinya. Rasa mengebu-gebu itu akan buat kita sentiasa resah gelisah. "Bangun….."Armand mengarahkan ketiga-tiga freshies itu bangun. Mereka bangun perlahan-lahan. Semuanya berwajah pucat. Takut atau letih tidak dapat Armand pastikan. "Dik….senior suruh buat apa tadi?" Armand bertanya lembut. Ketiga-tiga freshies tersebut diam membukam. Tidak berani bersuara. Senior-senior yang ada disitu juga gelisah. "Jangan takut….cakaplah. Kalau kamu tak cakap, macam mana saya nak tahu mereka ni buat tugas dengan jujur atau mengikut perasaan mereka. Ar…yang pakai spek ni…kenapa nangis ?" Armand bertanya lagi. "Sampah masuk mata Encik senior…" Jawab freshie yang berkacamata. "Encik senior?? Mereka suruh panggil gitu ke?...tua la saya. Panggil abang ek…sampah masuk mata alasan lama lah dik. Cakap betul-betul, please?" Armand memujuk lembut. Bulat mata senior-senior yang mendengar Armand Danial memujuk freshies yang sedang mereka ‘regging’ itu. Liza menjeling tajam pada freshies seolah-olah memberi amaran agar tidak bercakap sembarangan. "Abang Danial, kami tak buat apa-apa lah." Jamilah cuba menerangkan. Armand Danial memekakkan telinganya. Tidak mahu mendengar sebarang alasan daripada senior-senior yang bertugas itu. Beberapa orang senior lain telah menyatakan rasa tidak puashati mereka terhadap kumpulan yang diketuai oleh Norhaliza. Mereka seolah-olah mahu menunjuk lagak kepada pelajar-pelajar baru. "What’s your name girl?" Armand bertanya pada salah seorang freshies yang agak tinggi. Kulitnya putih bersih tanpa sebarang noda. Tidak ada lipstick, what so ever. Very plain and yet very beautiful. Entah kenapa, hati Armand bergetar takkala gadis itu mengangkat wajahnya dan merenung tepat ke mata Armand. Bulat, bersinar mata gadis itu. Bulu matanya yang lebat melentik menyebabkan pandangannya menjadi lembut, redup. "Allah…."sepatah ucapan kalimah itu terbit dihati Armand. "Zulaikha Husna nama saya ….." Zulaikha menjawab dengan gementar. "Relek….relek…jangan gabra…"Armand memujuk hatinya. Pertama kali dalam hidupnya, hatinya menjadi tidak karuan. Maha kaya ciptaan Allah untuk gadis ini. Cukup segala sifat dan zatnya yang indah dimata Armand Danial. Ah….lemahnya aku sebagai lelaki menghadap ciptaan Illahi ini. "kakak senior suruh kami jalan itik tadi…." Tiba-tiba freshies yang ketiga menjawab dengan berani. "What?? Say it again…"Armand mengalih tumpuannya dari mata Zulaika Husna. Memberi tumpuan kepada freshies yang ketiga. "jalan itik…." Jawab freshie ketiga terketar-ketar. Armand mengepal tangannya berulang kali. Mengucap didalam hati. Perlahan-lahan dia memusing badannya, menghadap senior-senior yang sudah jelas tersasar dari tugasan yang telah diarahkan kepada mereka. "Malu saya dengan perangai kamu ni. Waktu kamu masuk kesini dulu ada group saya buat begini pada kamu? Jagalah maruah kaum sejenis kamu. Dari jauh saya dah nampak tadi, sebab itu saya datang. Di sekolah pun jalan itik ni dah tak ada tahu? Awak ingat ni zaman apa? Mereka ni dah besar panjang, awak tergamak suruh mereka mengcangkung begitu? Liza, arahan awak ke ni? Apa yang ada dalam fikiran awak semua?" panjang ceramah yang diberi oleh Armand. Sebenarnya Armand cuba menenangkan hatinya. Entah kenapa, hatinya libang-libu. Jantungnya masih lagi bergetar kencang. Tidak tahan hendak menatap wajah Zulaika Husna. Gadis secantik itu tentulah sudah berpunya kan? Hatinya berkata-kata. "Abang Danial….kami mintak maaf" Liza mengucapkan kata-kata maaf dengan hati yang sebal. Geram hatinya melihat freshie bertiga itu. Seorang seperti supermodel, seorang seperti Sharifah Amani yang kecil tetapi lincah dan seorang lagi seperti anak-anak lord yang manja dan mengada-ada. "Awak tinggalkan mereka dengan saya. Jumpa saya dipentas terbuka lepas Asar nanti." Armand memberi arahan tegas.
Armand menarik nafas dalam-dalam. Dia memandang ketiga-tiga freshies yang telah bersila ditengah-tengah padang itu. Semuanya tunduk memandang rumput. Gelihati pun ada melihat tingkah mereka itu. Macam murid sekolah rendah. Comel-comel. "Jom,duduk bawah pokok sana. Kita borak-borak kejap sementara tunggu Asar masuk." Armand sudah pening dengan cuaca yang panas itu. Mukanya rasa berbahang. Mereka bergerak dan duduk dibawah sepohon pokok ketapang yang rendang. Zulaika mengambil sehelai daun ketapang yang lebar. Dipusing-pusing daun ketapang itu. Tindakan sepontannya menarik perhatian Armand. Zulaika macam gabra. Tangannya mencari-cari sesuatu untuk dipegang. Armand tersenyum. "okey….we get to know each other first….hmmm let me see, you abang dah tahu Zulaika Husna kan?.." Armand membuka bicara. Zulaika Husna mengelabah. Dia kelihatan sedikit gementar. "Course apa?" Armand bertanya. Perasaan berdebar yang menusuk ke jantung datang kembali apabila Zulaika merenung Armand. "Pendidikan" Zulaika menjawab lembut. "TESL?" Armand meminta kepastian. Zulaikha mengangguk. "Minor?" Armand menyelidik lagi. Zulaika menguis-nguis daun ketapang. "Banyak tanya la pulak mamat ni….." Zulaika mengumam dalam hati. Panas-panas ni malas betul melayan pertanyaan skema macam ni. " Helo….." "Oo mak kau hello…" tiba-tiba Zulaika melatah apabila dikejutkan oleh Armand. Armand terpana seketika, kemudian bahunya mula terhinggut-hinggut menahan tawa. Sikecil ‘Sharifah Amani’ sudah tergolek dibawah pokok ketapang itu. Ketawanya besar tidak sepadan dengan tubuhnya yang kecil. Gadis berkacamata pulak mengkekeh-kekeh gelaknya. "Tak baik awak buat macam tu tau….terkejut saya?" Zulaika malu. Rasa macam hendak menangis pun ada. Dia menundukkan wajahnya. "sorry…sorry." Armand mengesat matanya yang berair. Muda-muda pun melatah. "Minor apa abang tanya tadi…" Armand mengulang semula pertanyaannya dengan senyum yang meleret. Hatinya masih tercuit. Jarang dia ketawa begini. "PJ…" Zulaika menjawab malas. Malu sungguh dia. "ek?....kontranya." "Adik ni? Tell me about yourself" Armand menunjuk pada gadis berkacamata. "I’m Zalina, from JB. Buat Land Survey." Zalina bercerita ringkas. "Saya Salmiah dari Kelantan. Kawe-kawe panggil mia jah. Bidang Hartanah." Sikecil molek ‘Sharifah Amani’ memperkenalkan diri apabila Armand menunjuk kearah dirinya. "Semua lain-lain bidang, macamana boleh masuk satu group lak tadi?" Armand bertanya kehairanan. Setahunya mesra siswa berjalan mengikut fakulti masing-masing. Musykil juga dia. "Entahlah….kami pun tak pasti abang senior. Jumpa kat tengah padang tadi.." Jawab Salmiah.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bez..bez..
cpatlah smbung..
ada blog x??