Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Zahidi melepaskan sebuah penumbuk kearah dinding dapur. Mustahil! Mustahil semua itu berlaku. Berita yang di dengari oleh Kak Maimunah itu memang tak masuk akal. Apa dah jadi dengan Ma dan Pa sekarang? Takkan mereka masih tak faham akan perasaannya?
" Kak Mai dengar dari mulut Abang Khai sendiri. Sejak kematian arwah Anuar, kemudian di ikuti dengan keguguran anak dalam kandungan itu, Liyana berada dalam keadaan yang tertekan. Kak Mai pernah berapa ziarah dia di rumah Mak Long kat Singapore tu. Macam tu lah keadaan dia...sedih Kak Mai lihat dia, Dee. Bila Ma dan Pa usulkan agar Abang Khai selamatkan Liyana, Kak Mai tak menolak. Liyana perlukan pembelaan." suara tenang Kak Mai, kakak iparnya itu seperti menyengat hatinya ketika itu. Zahidi sedar, kakak iparnya itu memang seorang yang baik. Maimunah, anak seorang imam di kampung arwah atuknya di Jitra Kedah. Kerana kebaikan Kak Mai itulah dia di jodohkan dengan Khairul, abangnya.
"Tapi Kak Mai, kenapa mesti Along? Kenapa Ma dan Pa tak serahkan saja tanggungjawab itu pada Dee?" dia masih tidak berpuas hati. Mug ditangannya di hempaskan ke atas meja. Maimunah yang memerhatikan hanya menggeleng kepala.
"Dee masih sayangkan dia. Sebelum dia nikah dengan Anuar lagi...Ma dan Pa tahu yang Dee sukakan Yana..."
"Dee, Liyana tu seorang balu. Dee masih bujang. Lagipun, dia perlukan bantuan untuk menghadapi tekanan emosinya itu. Dan dah jodohnya dengan Abang Khai," Maimunah masih tenang bersuara.
"Dee tak setuju. Dee akan jumpa Pa nanti."
"Dee...mereka dah menikah pun tadi siang. Akak tak ikut pasal badan ni tak sihat. Tu sebabnya rumah ni sunyi, semua dah berangkat ke Singapore. Mak Pah yang dah bersiap pun terpaksa tinggal untuk temankan akak. Sudahlah Dee. Akak harap Dee doakan kebahagiaan rumah tangga kami. Doakan agar Abang Khai berjaya menjadi suami yang adil."
"Adil? Adil kah semua orang kalau selalu sangat mengetepikan perasaan Dee?" suaranya yang lantang itu membuat Mak Pah yang sedang menjemur kain di bahagia dapur menjenguk ke dalam. Hati tuanya berasa kesal dengan penerimaan Zahidi terhadap pernikahan kedua abang sulungnya itu. Sedangkan Maimunah begitu bersedia menerima, apakah haknya untuk menentang?
Malam itu, rombongan abangnya pulang dari Singapore. Dari dalam biliknya, dia dapat melihat abangnya memimpin keluar seorang wanita yang bertudung putih. Kemudian, dia melihat Maimunah mendakap erat wanita itu.
“Liyana...........dia sudah bertudung?" hatinya bersoal sendiri. Kalau bukan Liyana yang di bawa pulang, siapa pula? Bila pula wanita itu ,mula mengenakan hijab?
Suara Ma dan Pa sudah kedengaran di ruang tamu. Petang tadi, sebelum dia keluar rumah, Kak Maimunah dan Mak pah sedang sibuk menyediakan hidangan di dapur. Tidak sangka pula, Khairul akan turut pulang membawa Liyana bersama.
“Dee, jom turun makan." Suara Mak Pah kedengaran di balik pintu.
“Dee....." panggi wanita tua itu lagi.
"Dee dah makan kat luar tadi...Dee kenyang."
Puan Haslina dan Encik Mustafa memandang satu sama lain tatkala Mak Pah memberitahu penolakan Zahidi untuk makan malam bersama.
"Budak bertuauh sungguh. Dah lah pulangnya ke sini sekali sekala, kita ajak makan sama pun, dia nak menolak..." rungut Puan Haslina.
"Biarkanlah, Ma. Dia lagi layan perasaan tu. Anak muda, memang macam tu." sambut Maimunah lembut.
“Liyana, makan elok elok ya. Tak payah segan segan.Ni semua Kak Mai yang siapkan dengan Mak pah tau. Khas untuk sambut ahli keluarga baru dalam rumah ni."
Liyana hanya merenung wajah lembut madunya itu dengan sayu. Bukan dia tak sudi di bawa ke rumah itu. Bukan juga dia tidak sudi untuk bermadu dengan Maimunah. Dia sedar akan kebaikan wanita itu dan suaminya. Namun, penerimaan Maimunah itu mengingatkan dia kepada arwah suaminya dan juga kedua ibu bapa mertuanya. Begitulah baiknya mereka menerima kehadirannya tiga tahun dulu. Betapa dia merindui mereka......
Sentuhan lembut di bahunya membuat dia kembali ke alam nyata. Khairul di sisi dipandang sayu.
“Makanlah....tak elok biarkan nasi tu tak terusik.." Khairul bersuara pula. Matanya merenung anak mata Liyana, lembut. Namun wanita itu tiba-tiba menangis terisak-isak.
“Kenapa ni Liyana? Liyana tak suka lauk ni?" soal Encik Mustafa pula. Risau dia melihat keadaan Liyana. Maimunah dan Khairul menjadi kalut. Apakah perlakuan mereka menyiksa hati wanita itu?
"Liyana....." Maimunah yang sudah bangun dari duduknya menghampiri wanita yang sekarang menjadi madunya itu.
"Akak dan abang ada salah cakap ke?" Namun semakin deras airmata wanita itu membasahi wajahnya.
“Kak..maafkan Yana…maafkan Yana…." akhirnya dia bersuara, walaupun antara kedengaran dan tidak.
"Yana tak buat salah dengan akak....Akak yang merelakan. Akak nak Yana hidup gembira bersama kami," lembut Maimunah memujuk.
"Kak.......Yana .........tak boleh lupakan arwahnya....."
Pantas Maimumah mendakap erat Liyana yang masih lagi menangis terisak isak itu. Dia sendiri akur bagaimana sayangnya arwah Anuar pada Liyana. Dia tidak menyalahkan wanita didalam dakapannya itu. Kalau dia di tempat Liyana, mungkin dia sendiri tidak akan dapat melupakan lelaki sebaik Anuar, sepupu suaminya itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best2.....citer lain dr yg lain....smbg2!