Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Zero??!" Zero terus menyerbu masuk sebaik pintu pejabat terbuka.Wajahnya jelas gusar dan tertekan.The Mask yang tidak tahu menahu menerutkan kening.Seingatnya,Zero jarang datang ke Syarikat IE.Zero hanya akan datang jika lady Yuna datang ke Syarikat itu.Zero yang sudah melabuhkan punggung disofa dihampiri.
"Kenapa?" Soal The Mask..Zero tidak terus menajawab soalan The Mask,tapi memandang ke atas sambil mengaru dahinya.
"Apasal kau ni..datang-datang dengan muka macam tu," Kata The Mask lagi.
"Lily betul-betul datang Loganberry..aku ingat dia bergurau,tapi tak," Jawab Zero pula.
"Kalau dia datang pula,kenapa?"
"Aku tak kisah kalau bukan kat sekolah..tapi kat sekolah dan Moon nampak kami sama-sama,aku takut Moon salah faham dan yang paling penting..dia tak nak bertemu janji dengan aku lagi,"
"Aku peliklah Zero..kau anggap Moon sebagai girlfriend kau tapi kau tak pernah pun terus terang dengan dia yang kau sukakan dia,"
"Tapi..aku rasa lebih baik kau batalkan saja temujanji tu..aku tak benarkan!" The Mask tiba-tiba berubah tingkah.Zero mengerutkan kening.
"Kenapa?Bukankah kau juga yang sokong aku selama ni?"
"Bila aku fikir-fikir..aku rasa itu untuk kebaikan korang juga...dan aku tau kau juga tak nak sejarah dulu terulang lagi.Kalau kau tak nak terpisah dengan Moon.Hapuskan perasaan cinta kau pada dia," The Mask bangkit.Zero semakin bingung.Orang yang betul-betul dia percaya,menghalang hubungan dia dan Moon.
"Tapi aku cintakan dia.."
"Aku tak benarkan!" Bentak The Mask lantas meninggalkan Zero yang terpana dalam pejabat besar itu.
*****
Moon..aku takkan batalkan temu janji itu..biar apa pun,aku tetap akan tunggu kau sehingga kau datang..walau kau tak datang,aku tetap tunggu kau..Yellow Leaf Lake,jam 3pm
Mesej Zero masih segar diingatan Moon.Berkali dia mengusir,berkali juga ia bertandang.menyeksakan sungguh!
"Hai Moon!" Moon kebingungan.Dari tadi semua pelajar kata ‘hai’ sejak dia masuk perkarangan sekolah,semua pelajar berubah sikap.Dari gerun kepada mesra.Moon hanya tersenyum tidak mengerti.Dia melangkah masuk kedalam kelasnya.Kelihatan semua pelajar tersenyum sambil memandang kearahnya.Moon semakin pelik..tak pernah-pernah diorang senyum berbunga dengan aku(Perhatian!Aku tak sihir diorang.)Moon menuju kemejanya.Kelihatan Mine seperti biasa,membaca buku.
"Mine,ada apa-apa dimuka akukah?" Soal Moon dalam keadaan berbisik sambil melabuhkan punggung dikerusinya.
"Mestilah ada..tu mata,mulut.."
"Bukan itulah maksud aku..kenapa diorang semua pelik?Sejak aku masuk..semua pandang aku sambil tayang gigi..kau tak pelikkah?" Mine tersenyum lalu menutu buku tebanya.
"Pasal kehilangan kau tersebar..dan buat pertama kalinya Pengetua menghukum seseorang atas perbuatan diluar sekolah.Dan itu melanggar amanahnya sendiri.’Kesalahan yang dilakukan diluar sekolah,tidak akan dihukum’," Jawab Mine sambil mengulang amanah Pengetua Alfred.
"Ooo..jadi sebab tu?Kalau begitu benci Trisha pada aku tak akan berakhirlah..semua pelajar seakan menyindir dia,"
"Trisah tak datang sekolah hari ni…"
"Kenapa?"
"Sebab dia malu.." Belum sempat Mine menjawab seseorang sudah dulu menjawab.Moon dan Mine serentak memandang kebelakang.Kelihatan Umi sedang menuju kearah mereka sambil tertunduk sedikit.Taku mungkin dengan Moon.
"Kenapa?Kau juga nak cari pasal dengan aku?" Kata Moon tiba-tiba.Langkah Umi serta merta terhenti.Tersentak.
"Moon..tunggulah dia laksanakan niat dia masuk kelas ni dulu," Tegur Mine.Umi mengetap bibir,lalu menyambung langkahnya.
"Aku nak minta maaf pasal kehilangan kau..aku masa tu nak halang kau tapi Ami ugut aku,"
"Kenapa kau tak halang saja?" Jawab Moon pula.
"Sebab aku takut..tapi aku datang ni sebab aku nak kawan dengan kau," Terlopong mulut Moon dan Mine.
"Kenapa kau nak kawan aku?"
"Sebab aku dah puas dibuli,aku tak nak orang pijak aku lagi," Moon mengangguk,seakan faham dengan niat Umi.
"Aku bagi tau kau...walau kau kawan dengan kau sekali pun,kau akan tetap dipijak orang.Berkawan dengan aku belum tentu kau tidak dibuli..itu adalah atas usaha kau sendiri sejauh mana kau bertahan dan melawan diorang."
"Jadi..aku tak layak jadi kawan kau?"
"Aku tak kata kau tak layak...tapi selagi kau berpijak diatas kaki kau sendiri,selagi itu kau layak menjadi kawan kepada sesiapa," Umi tertunduk kecewa,lalu beredar.Aku ikhlas nak kawan dengan Moon,tapi aku ditolak.Wajah Umi kecewa seakan putus cinta.
"Macam kenal aja ayat tu," Kata Mine sebaik umi hilang disebalik pintu.
"Yalah tu.."
"Kenapa kau lakukan benda yang sama kepada Umi?"
"Mine..kau dah lupa..aku nak dia sedar bukan senang dia nak melarikan diri dari bulian orang terutamanya Ami,kakak dia sendiri.Apatah lagi,Trisha,"
"Ya..aku ingat..aku pun pernah mengalami peristiwa seperti Umi juga..tapi susahlah kalau Umi,Amikan kakak dia,"
"Terpulang pada dia macam mana dia berusaha,"
****
Moon..aku takkan batalkan temu janji itu..biar apa pun,aku tetap akan tunggu kau sehingga kau datang..walau kau tak datang,aku tetap tunggu kau..Yellow Leaf Lake,jam 3pm
Sekali lagi mesej itu menerpa diminda Moon.Moon mengeluh.Apa dah jadi dengan aku ni?Moon memandang langit,kelabu.Menandakan hujan akan turun.Keadaan aku teruk,cuaca juga ikut sama teruk.Mungkin aku ni memang layak digelar Witch.
Moon mengeluh sambil memandang kearah restaurant,niat untuk mengisi perut namun alangkah terkejutnya dia apabila terpandang sesuatu..ia seakan ilusi tapi seperti reality.Terbeliak mata Moon.
Yellow Leaf Lake,3.00pm
Kenapa nama tu ada kat signboard restaurant?Moon menggeleng berkali-kali sambil menutup rapat matanya.Matanya dibuka semula.Perkataan itu sudah berubah.Sah!Aku memang gila.Kenapa aku boleh terperangkap dalam situasi ni?Kenapa Zero beriya-iya sangat nak temujanji itu berlangsung?Bukankah dia benci dengan aku?Kenapa dia berlagak seperti orang yang takut kehilangan?Ehh!jangan perasaanlah Moon..kau kan tahu dia dengan Lily?
"Tau," Jawab Moon tiba-tiba.Tanpa sedar dia menjawab persoalan dalam hatinya sendiri.Moon tergelak kecil.Malu dengan sikapnya sendiri.
"Happy nampak?" Tersentak Moon apabila dia ditegur dari belakang.Moon segera menoleh.Lily?
"Lily…apa kau buat kat sini?" Soal Moon.Lily menghampirinya.
"Kebetulan sangat..aku nak datang rumah kau tapi aku nampak kau macam hilang arah..Aku takut kau terlanggar sesuatu,so aku tegurlah," Jawab Lily bersahaja.Moon tersenyum sumbing.Tiba-tiba,setitik air jatuh kemuka mereka.Mereka memandang langit,hujan ternyata turun.Lily dan Moon bergegas menuju kesebuah café sebelum hujan menjadi lebat.
"Aku dah lama berhubungan dengan Zero," Kata Lily sebaik saja mereka melabuhkan punggung disebuah café.
"Oya?Kenapa kau tak behubungan dengan aku juga?" Kata Moon perpura-pura tenang,tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
"Saja..nak bagi surprise..sebenarnya sudah setahun aku berhubung dengan dia melalui YM..aku hanya minta alamat kau dari Zero," Cerita Lily lagi.Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang sambil meletakkan pesanan mereka.
"Moon aku nak tanya kau sesuatu,"
"Apa dia?"
"Kau sukakan Zero?" Soal Lily.Terbatuk Moon akibat soalan tak berasas itu.
"Kenapa kau tanya soalan macam tu?Tentulah tak..kenapa aku perlu suka orang yang aku benci?" Jawab Moon sambil menghirup jus Oren pesanannya.
"Kau tak tipu?" Lily meminta kepastian.Moon mengangguk pasti.Pasti??Tapi kenapa perasaan aku ragu-ragu dengan jawapan aku?
Tiba-tiba telefon bimbit Moon berbunyi menandakan mesej masuk.Begnya disalukMesej dari Zero.Moon memandang Lily,beralih pula pada telefon bimbitnya.Dia tidak terus membuka mesej itu,tapi menuju ke inbox dulu.Takut-takut dia membuka mesej itu.Dia takut kalau-kalau Zero mengatakan yang dia akan menunggu lagi.Mesej akhirnya dibuka.Selepas dibaca,Moon menutup telefon.
"Moon aku tak kisah kalau kau cakap kau sukakan Zero..jangan tipu diri kau sendiri,k?"
"Jangan buka sekarang…sebenarnya aku nak datang rumah kau hari ni sebab nak bagi kau surat tu,tapi kebetulan aku nampak kau,"
"Surat apa ni?" Lily bangkit.Moon memandang Lily.
"Jangan buka sekarang..balik nanti baru buka,k?Aku nak jalan dulu..keluarga aku tengah tunggu tu," Kata Lily sambil tersenyum.Moon mengangguk.Lily pun beredar.Moon membelek surat ditangannya.Sejak bila Lily pandai bersurat-surat ni?Oya..akukan dah lama tak jumpa dia..people change..
****
Jam menunjukkan 4.55pm.Sebaik keluar dari kereta sewa,Moon terus masuk Kelihatan Puan Saphiera sedang duduk membuat kerjanya.Moon yang sedikit basah melangkah menghampiri Ibunya
"Jarang mama ada dirumah..mama tak ada kerja?" Moon melabuhkan punggung.
"Pergi mana tadi?Kenapa basah?Tak bawa payung?" Bertubi-tubi soalan Puan Saphiera.
"Basah sikit saja ni..papa mana?"
"Moon taulah papa Moon tu..tak habis-habis dengan kerjanya,"
"Jadi mama ni bukan kerja?" Kata Moon pula sambil tersenyum.Puan Saphiera turut tersenyum.Tersedar dia juga sedang berkerja.Kerjanya segera dihentikan.
"Moon nak makan?Mama masakkan," Moon tergamam,lantas tersenyum.Perkara sekecil itu mampu membuatkan Moon tersenyum mekar.
"Apa-apa saja asalkan itu buatan tangan mama," Puan Saphiera tersenyum mendengar kata-kata anaknya.Bukan senang berbaik dengan Moon,perlu usaha.
"Okey..Moon pergi mandi,lepas tu kita makan sama-sama," Moon mengangguk.Puan Sahiera pula terus menuju ke dapur.
Moon meletakkan begnya ke atas meja sambil melabuhkan punggung.Mesej dari Zero dibaca semula.Tidak tertahan,telefon ditutup semula.Dia tiada kekuatan untuk menghabiskan mesej itu.Tiba-tiba Moon teringat suart yang diberi oleh Lily tadi.Cepat-cepat dia mencari surat itu.Jumpa saja,surat itu terus dibuka dan dibaca.
Kawan yang tersayang…
Pertama sekali,aku nak minta maaf sebab tulis surat untuk mengucapkan selamat berjumpa lagi.Moon sebenarnya aku rindu sangat dengan kau..aku dah nak balik semula ke UK..aku nak luangkan masa dengan kau lebih lama lagi tapi masa tak mengizinkan…tapi jangan risau,kita akan jumpa lagi,kan?Aku akan balik esok,jam 8.00am….Tapi,sebelum itu aku nak buat pengakuan dengan kau dulu…aku sukakan Zero.Kau dah tahukan,sejak dulu lagi aku sudah sukakan dia..walaupun dia menolak aku..mentah-mentah lagi..tapi aku tak kisah..yang penting aku dah cakap yang aku sukakan dia…
Just,aku nak tanya…kau sukakan Zero?Sebab aku dapat rasa yang Zero sukakan kau..okeylah..aku tak biasa dalam bab menulis ni..sampai berjumpa lagi,Moon.Love You..
Selamat berjumpa lagi,
Lily Madalina
Surat dilipat tanpa memandang tangannya.Mata Moon membulat sebulat-bulatnya..Zero sukakan aku???Jantung Moon sudah berdetak kencang,menahan perasaan.Telefon bimbit yang terletak disebelah beg itu dipandang.Tidak semana-mana,Moon bangkit dan keluar dari bilik itu.Dia berlari menuruni tangga dan menuju kepintu utama.Puan Saphiera yang sedang meletakkan pinggan sambil dibantu oleh Aunty Munir segera menghentikan kerjanya.
"Moon..nak pergi mana lagi tu?!"
"Jogging!" Entah dari mana Moon mendapat jawapan,itu seketika kemudian Moon terus hilang dari pandanggan mata.
"Jogging?Hujan-hujan macam ni?Munir tau Moon nak pergi mana?" Soal Puan Saphiera.Aunty Munir sekadar mengangkat bahu tidak tahu.
Zero : Moon,aku tunggu kau datang.Tapi aku takkan paksa kau..terpulang pada kau sama ada nak datang atau tak..IST!
waaa... sadis gle cite nih!!!!! bagi la dorg hepy 2gether2 ekk??? hehehehehe
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
waaa...
sadis gle cite nih!!!!!
bagi la dorg hepy 2gether2 ekk???
hehehehehe