Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Lagipun,biarlah mereka kahwin.Bukankah itu lebih baik daripada mereka terus buat maksiat?" "Hmm…..,Juwie mungkin dah bebas daripada cengkaman tempat "tu.Awak pulak macamana?" "Saya akan fikirkan perkara "tu.Tapi,saya nak pergi jauh dari sini dulu,"kata Jelita perlahan.Dalam hati Jelita,dia gembira sedikit kerana Juwie sudah bebas dari Juriah.Jelita harap ada lelaki yang akan jadi penyelamatnya suatu hari nanti.
Kelab That"s Sky pada waktu siang tidak seindah malam.Juriah mengira wang yang diperolehinya.Dia mengira wang tersebut perlahan-lahan.Juriah membiarkan rambutnya yang kerinting itu dibelai angin kipas di dalam bilik persalinan itu.Dia malas hendak buka penghawa dingin. "Kak Juriah,"panggil seseorang.Juriah menoleh.Dia mencebir apabila melihat tubuh Jelita berdiri di muka pintu. "Apa hal?Aku ingatkan kau dah mampus,"kasar suara Juriah menyambut panggilan Jelita.Jelita tunduk.Dia faham sangat dengan sikap Juriah yang tidak pernah menyebut perkataan-perkataan baik. "Kak,saya nak berhenti kerja," Juriah senyum meleret.Dia terus mengira wang-wang tersebut. "Eloklah "tu.Nasib baik kau minta berhenti kerja.Sebab,aku memang nak pecat kau pun.Lagipun,kau sekarang dah tak laku," Jelita tunduk.Tidak sangka,semudah itu dia dapat persetujuan dari Juriah. 38 "Erm….,ini.Ada kad untuk kau.Si Juwie bagi," Jelita mencapai kad yang diletak di atas meja bersebelahan dengan duit yang dikumpul. "Korang berdua "ni memang sesuai jadi kawan baik.Sama-sama suka buat aku migrain.Lagipun,macam pakej pula ya.Sama-sama berhenti kerja.Nah,upah kau bulan "ni," Jelita mengambil sahaja wang sebanyak RM 250.Memang kerjanya sejak kebelakangan ini kurang bagus.Jelita mula terfikir.Inikan duit haram?Buat apa dia ambil?Dia baru sahaja berikrar dengan Fakhri tadi tidak akan mengambil apa-apa wang hasil haram. "Tak apalah,kak.Akak simpan saja duit "ni.Saya tak perlukannya," "Hmm….,kau dengan Juwie sama saja.Sombong.Maklum sajalah,dah dapat ikan paus yang sudi sunting korang jadi isteri," "Maaf,kak.Yang kahwin Juwie.Bukan saya," "Habis?Kau bila lagi?"soal Juriah sambil terus mengira wang. "Tak tahu,kak.Kalau ada jodoh,saya kahwin,"Juriah senyum mengejek. "Kakak pun kalau ada orang melamar.Akak terima sajalah.Saya rasa,akak pun perlukan teman," Juriah ketawa besar. "Siapa nak dengan aku?Aku dah kotor.Tercalit sana sini," Jelita senyum menggeleng. "Tuah ayam nampak di kaki.Tuah manusia tak siapa tahu,kak.Kak,jodoh pertemuan di tangan Tuhan.Akak pun bukan muda lagi.Bertaubatlah banyak-banyak,"
39 Juriah terkejut.Jelita telah berlalu.Juriah hilang selera mengira wang.Dia berfikir kata-kata Jelita itu dalam-dalam.
"Peh,sempat lagi nasihatkan orang,"Fakhri ketawa.Jelita juga begitu.Lesung pipitnya yang mirip Preity Zinta itu timbul.Fakhri agak terpesona dengan kejelitaan Jelita itu.Dia lihat Jelita termenung jauh ke depan. "Erm….,pukul berapa kita nak bertolak?"soal Fakhri ingin kepastian. "Pukul 8 lebihlah.Takut jalan jammed.Lagipun,Klang "tu jauh," "Okay.Esok pagi-pagi saya akan jemput awak.Kat mana,hah?" "Kat Hotel Grand Season.Alhamdulilah,saya ada simpan duit.Dapat juga saya tinggal kat hotel "tu," "Lepas balik dari majlis perkahwinan Jefri dan Juwie,kita nak pergi mana?"soal Fakhri sambil tangannya terus memegang stering. "Erm….,mungkin saya pergi Puduraya.Saya nak balik Perak," "Erm…,jadi tak dapatlah saya jumpa awak lagi," "Bukan saya nak balik terus.Saya nak jumpa budak-budak "tu sekejap.Lepas "tu,saya akan datang balik KL.Cari kerja lain," Fakhri senyum penuh mengerti.Dia lega mendengar kata-kata Jelita itu.Dia akan jumpa Jelita lagi.
"Tak ada kecemasan ke,abang?"soal Suhaila seolah memerli.Fakhri ketawa sahaja.Dia tahu,isterinya sedang memerlinya kerana pulang awal 40 "Su,malam "ni Su tak payah masak.Kita makan kat luar je," Suhaila senyum tanda suka.Tidak perlulah dia bersusah payah malam ini.Fakhri naik ke tingkat atas.Bunyi muzik kedengaran.Dia tahu,Sazzalina sedang mendengar muzik.Dia membuka pintu perlahan-lahan. "Papa!"jerit Sazzalina.Sazzalina menutup radionya.Dia memeluk Fakhri tanda gembira. "Papa demam ke?"soal Sazzalina.Sazzalina meletakkan tangannya di atas dahi Fakhri. "His!Sazza "ni tak baik tau.Sepatutnya Sazza kena doakan papa sihat selalu.Baru papa akan panjang umur dan muda selalu," "Siapa kata papa demam?Orang periksa saja," Fakhri mengusap rambut anak tunggalnya itu. "Erm…,ada apa papa masuk bilik Sazza "ni?"soal Sazza sambil mendakap dada Fakhri. "Papa nak suruh Sazza siap.Kita makan kat luar malam "ni.Amacam?" Sazzalina senyum meleret.Dia mengangguk. "Sayang papa," Fakhri menarik hidung Sazza manja.
Jelita tidak dapat tidur lena malam itu.Dia bangkit dari katil tempat dia berbaring.Dia melemparkan pandangannya ke arah Hospital Besar Kuala Lumpur.Keadaan di Jalan Pahang pada pukul 12.00 tengah malam tidak banyak bezanya dengan waktu siang.Cuma,pada malam hari,jalan tidak sesak.Cuma sekali-sekala bunyi motor mat-mat rempit menghiasi malam di situ.Jelita mencapai alat kawalan jauh untuk
41 televisyen.Dia cuba mencari rancangan yang sesuai.Esok hari Ahad.Pukul 11.00 pagi,Jefri dan Juwie akan sah bergelar suami isteri.Dia dapat bayangkan keriangan wajah Juwie.Juwie tentu seronok kerana dirinya akan bergelar isteri orang.Satu episod baru buat wanita itu.Status isteri kepada Jefri suatu ketika dahulu memang menjadi idamannya.Jefri pernah berjanji akan mengahwininya.Tetapi,janji tinggal janji.Jefri sering memberikan pelbagai alasan apabila diajak bercakap tentang kahwin. "Asalkan kau bahagia,"Jelita mengeluh perlahan.
Suasana di rumah yang sederhana besar itu berbeza dari hari-hari yang sebelumnya.Ketibaan pengantin lelaki meriuhkan sedikit suasana.Kanak-kanak kelihatan berlari sana sini.Juwie menatap wajahnya di cermin.Rasa bangga terselit.Dia dapat memiliki Jefri.Dia berazam mahu lupakan sejarah silam dan bahagia dengan suami tercinta.Ibu saudaranya menghampirinya dan memegang bahunya. "Dahlah "tu.Dah lawa "tu.Kalau mak kau ada mesti dia seronok," Juwie tersenyum.Air matanya tumpah apabila Mak Ngah sebut perkataan "mak".Ibu yang dikasihi pergi menghadap Ilahi ketika dia berusia 10 tahun.Sejak itu,Juwie terpaksa menahan seksa apabila ayah kahwin lain.Ibu tiri yang diharapkan tempat bergantung kasih mendera dan menyeksa.Sejak itu,Juwie menjadi manusia berdendam.Dia lari ke rumah Mak Ngah semasa berusia 15 tahun.Ayah?Lelaki itu tidak berdaya apa-apa.Ibu tirinya melarang dia dijemput.Ayah jadi pak turut sahaja.Mujurlah Mak Ngah baik hati.Mak Ngah mendewasakannya.Mak Ngah yang memperkenalkan dia pada Juriah.Kata Mak Ngah,Juriah baik.Juriah adalah kenalan lama Mak Ngah.Tidak dia 42 sangka,Juriah adalah ibu ayam.Juwie rasa tertipu.Namun,semua hal itu tidak berani dia adukan pada Mak Ngah.Mak Ngah tidak patut tahu dia jadi GRO. "Mak Ngah,Jefri "tu baikkan?"soal Juwie inginkan kepastian.Dia harap,Mak Ngah sukakan pilihannya. "Baik.Apa tak baiknya?Dah itu yang kau suka," "Azizul mana,Mak Ngah?"soal Juwie.Mak Ngah terdiam. "Juwie tak ada abang.Dia sajalah yang Juwie harapkan untuk saat-saat macam "ni," Mak Ngah senyum.Senyum itu cuba dimaniskan.Juwie melihat cermin sekali lagi.Dia mahu kelihatan sempurna pada hari itu.
"Syukurlah,Juwie.Kau jadi isteri orang akhirnya.Aku juga bingung kat sini.Betul kata orang.Jangan tunggu lama-lama,nanti diambil orang.Salah aku juga sebab tak pernah berterus-terang,"keluh hati anak muda ini.Jefri telah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Tok Kadi.Azizul berasa seolah dirinya bermimpi.Juwie bersalam dan mengucup tangan orang lain.Bukan tangannya.Upacara membatalkan air sembahyang itu diperhati dengan rasa cemburu yang amat.Tidak sanggup dia lihat,dahi Juwie dicium oleh lelaki lain selain darinya. "Semoga kau berbahagia,sayang,"ucapnya di dalam hati.
Jelita yang memerhati sejak tadi memberanikan diri menghampiri pasangan pengantin itu.Jefri dan Juwie terkejut melihat kehadiran Jelita.Keduanya berpandangan.
43 "Tahniah.Kamu berdua memang secocok,"ucap Jelita dengan senyuman manis.Juwie senyum bangga. "Kamu kawan Juwie ke?"soal Mak Ngah.Jelita mengangguk.Mak Ngah meninggalkan mereka bertiga apabila ada orang memanggil.Jelita memandang pada Jefri.Jefri tunduk.Wajahnya amat pucat.Jelita terus dengan senyuman seolah tiada apa-apa yang berlaku. "Sebenarnya,aku nak ucap terima kasih sebab jemput aku," "Oh,Juriah ada bagi kad kami pada kau?"soal Juwie yang berpakaian serba putih itu.Jefri agak terkejut.Dia menyangka,Jelita tidak akan tahu tentang perkahwinan mereka. "Iya.Aku pergi tempat kita kerja.Dia sampaikan kad "tu.Aku dah berhenti kerja," Juwie terkejut sedikit.Jefri masih dengan lagak selambanya.Dengan baju melayu serba putih dan bersampin itu,dia kelihatan segak.Ditambah pula dengan songkok hitam di kepala. "Erm…,kami dah kahwin.Kau bila lagi?" Jelita senyum.Dia tahu,Juwie seolah hendak mengejeknya. "Entahlah.Tanyalah,cik abang aku "tu," Juwie memandang ke arah orang yang ditunjukkan Jelita itu.Wajah Jefri bertukar.Rasa cemburunya begitu mendalam.Dia tahan sahaja perasaan irinya.Jelita sengih sahaja.Jefri resah apabila melihat Jelita tenang sahaja. "Hish,boleh tahan orangnya.Kenalkan dia pada kami,"Juwie menyuruh.Jelita senyum lagi.Dia memanggil Fakhri yang sedang berbual dengan Azizul itu.Fakhri menghampiri
44 mereka.Secara spontan,Jelita memaut lengan Fakhri.Juwie senyum puas.Dia gembira melihat situasi itu.Tiada sebab Jefri berharap Jelita akan kembali padanya. "Fakhri,ini Juwie dan suaminya,Jefri,"Jelita memperkenalkan.Jefri bersalam dengan Fakhri. "Wow,double J,"usik Fakhri.Juwie ketawa.Fakhri sebenarnya agak segan dan malu kerana Jelita memaut lengannya begitu. "Bila kamu berdua nak kahwin?"soal Juwie spontan.Fakhri memandang Jefri.Wajah Jefri yang sedikit berubah itu mematikan katanya.Dia tahu,pasti Jelita berkata sesuatu yang menyebabkan Juwie bertanya begitu. "Tak tahulah.Erm…,terpulang pada Jelita,"Fakhri sengaja mahu menutup cerita.Jelita berasa dirinya menang.Kini,perlahan-lahan rasa bencinya pada Jefri dan Juwie hilang sedikit.Pada saat ini,Jelita memandang pada wajah tenang Fakhri.Buat kali pertama,sekuntum bunga cinta tumbuh mekar di hatinya.Perasaannya pada Jefri punah secara perlahan-lahan.
Pada malam itu,Jelita tidur dalam suasana membayangkan keindahan.Buat pertama kalinya,rasa bahagia datang menjelma.Dia mengiring ke kiri-kanan.Dia memeluk sebiji bantal dan mula membayangkan kebahagiaan sekiranya dapat dia bersama lelaki seperti Fakhri.Dalam hati Jelita,dia berdoa supaya Fakhri turut mempunyai perasaan yang sama.Dia harap sangat lelaki itu melamarnya menjadi isteri.Dia ingin bergelar sebagai isteri orang.Dia berhasrat mahu lupakan segalanya dan
45 hidup bahagia bersama Fakhri.Bunyi SMS mengejutkannya dari lamunan.Pantas,jari runcingnya menekan butang inbox.Tertera perkataan opening message.
"Jelita,aku tak tahu apa jantan bedebah "tu dah buat untuk kau.Aku tak kisahlah siapa dia.Pak we ke, kekasih ke.Kau ingat sikit,aku tak akan lepaskan kau.Walaupun aku dah kahwin,hati aku masih melekat pada kau.Aku tak akan lepaskan kau.Sampai bila-bila……"
"Jefri?Gila ke?"soal hati Jelita geram.SMS berbentuk ugutan itu dibacanya berulang kali.Dia bosan.Dengan malas,dia menekan delete.Perasaan benci pada Jefri kembali menguasai.Kali ini lebih mendalam dari sebelumnya.
Jefri menyesal.Tidak sepatutnya dia menghantar mesej sebegitu kepada Jelita.Dia merebahkan badannya di atas katil.Kepalanya berdenyut.Rasa sakit hati bercampur aduk dengan rasa bersalah.Juwie masih sibuk melayan saudara-mara yang seolah tidak reti pulang.Esok,mereka akan disandingkan sekali lagi di Hotel Legend.Asalnya,Jefri mahu adakan majlis perkahwinan kecil-kecilan sahaja.Tetapi,atas permintaan mama dan papa yang merupakan orang berada tentu majlis perkahwinan yang meriah mahu diadakan.Mama berkenan betul dengan Juwie.Kata mama,Juwie menantu yang memenuhi ciri-ciri yang mama inginkan.Cantik dan kelihatan bergaya.Ah,kalaulah mama tahu dari mana dia kutip Juwie dan keterlanjurannya dengan wanita itu,pasti mama tidak 46 setuju.Tambah lagi,Juwie akan menyambung pelajarannya.Juwie kata,dia mahu mencapai cita-citanya yang terbantut suatu ketika dahulu.Juwie akan lanjutkan pelajaran dalam jurusan perakaunan.Pada mulanya,Jefri menghalang juga.Tetapi,sokongan mama dan papa yang begitu kuat,Jefri terpaksa terima. "Abang,"panggil Juwie.Jefri memejam matanya serapat mungkin.Juwie kelihatan kecewa.Suaminya letih sangat nampaknya.Dengan penuh kasih sayang,dia mengusap lembut rambut suaminya.Dia mencium dahi lelaki itu.Terdetik juga rasa menyesal kerana mengambil lelaki ini dari kawan baik sendiri.Juwie menarik selimut dan tubuh lelaki itu kini sudah berbalut dengan selimut.Juwie keluar dari bilik itu untuk menguruskan hal yang lain pula.Dalam hati Jefri,biarlah sikap Juwie begitu sahaja hingga ke akhirnya.Walaupun cintanya pada Juwie belum berputik,tetapi melihat kesungguhan wanita itu menambat hatinya,dia berharap agar dia kekal bergelar suami wanita itu.
"Meleret senyum awak,"usik Victor.Isterinya ketawa kecil.Siapa tidak gembira kerana anak sendiri sudah berkahwin.Dia berharap,cara ini dapat membuang imej playboy Jefri.Sudah lama dia ingin lihat Jefri berkahwin.Tidak sangka,idea untuk mencabar anak lelakinya itu mencari isteri berjaya. "Dah dapat menantu.Sukalah," Victor ketawa besar.Isterinya memang mengidam inginkan menantu.Mereka berdua memang berharap agar Juwie lekas-lekas mengandung.Hidup mereka amat sunyi kerana rumah ini sudah lama tidak dihiasi suara kanak-kanak.Anak bongsu mereka Fasha juga kini berada di London kerana melanjutkan pelajaran.Jefri pula anak sulung.
47 "Bang,awak rasa Juwie "tu mampu lahirkan ramai anak tak?"soal Muntamah sambil menyapu krim pada tangannya. "Kenapa awak tanya?"soal Victor tidak faham. "Saya harap janganlah sorang saja anak mereka.Paling kurang,biarlah 3 ke 4 ke," "Jauhnya awak fikir.Awak ingat menantu awak "tu mesin kilang.Sekali tekan,berduyun-duyun produk dapat keluar," Muntamah memandang ke arah Victor yang membaca Readers Diggest.Victor sengih.Melihat wajah Muntamah yang seolah tidak puas hati itu,Victor menghela nafas. "Bersyukur sajalah dengan apa yang bakal kita dapat nanti.Insya-Allah,kalau ada rezeki dapatlah.Tengok,dulu awak yang beria-ia nak menantu,Allah dah bagi awak menantu.Sekarang,apa lagi?Apa-apa hal pun,kita serahkan pada Allah.Lagi satu,perasaan Juwie pun kita kena ambil perhatian.Kan budak "tu kata nak sambung belajar," Muntamah diam.Dia tidak peduli.Dia tetap mahukan cucu.Victor lelaki.Apa Victor tahu?Pandailah dia pancing Juwie supaya cepat menantunya itu lahirkan anak.Pantang keturunannya,dapat menantu yang mandul.Dia tidak mahu keturunannya terbantut begitu sahaja.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan