Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
JOHARI ISKANDAR SYAFIK memberhentikan kereta di bahu jalan. Kemudian turun mendapatkan Ika Nabila. " Sorry lah ,aku tak nampak kau tepi jalan tadi !" Dia membuka bicara .
" Iskandar !! Kita dah lambat ," Seseorang memanggil dari dalam kereta.
Ika memandang ke arah Nadia. Dia kenal gadis dalam kereta tu, dan dia kenal siapa lelaki yang membuatkan kain baju sekolahnya kotor itu .
" Maaf! " Kata Iskandar lagi .
"Tak mengapa " Ujar Ika Nabila dan terus melangkah ke arah sebuah gerai makan berdekatan untuk membersihkan kainnya yang kotor terkena simbahan lumpur
Kereta Johari Iskandar meluncur laju. Tiba-tiba roman wajahnya berubah. Hatinya bagaikan terusik dan tertanya-tanya selepas melihat pelajar tadi.
Ketika mereka sampai di sekolah, jam sudah pun menunjukkan 7.45 minit pagi. Johari Iskandar masuk ke kelas 6 Atas Adil, dan Nadia menuju ke tingkatan 6 Atas Cekal sebelum ditahan oleh pengawas bertugas di pintu pagar .
" Lambat lagi hari ni Ika!! " Tegur Haikal, Ketua Pengawas SMK Melor.
Dia mengeluarkan sebuah buku catatan dan menulis sesuatu. Dia kenal pelajar itu. Malah dia ingin mengenali Ika Nabila lebih rapat, malangnya gadis itu tak pernah memberikan ruang kepadanya.
" Masa jalan dekat simpang lampu isyarat tadi, baju aku kena simbah lumpur kereta. Tu yang lambat. Kena jumpa Cikgu Mahmud lagi kan?? " Tanya Ika Nabila merujuk kepada Ketua Guru Disiplin sekolah yang cukup ditakuti pelajar kerana garang dan tegas dalam setiap masalah disiplin pelajar.
"Ya. Kau faham kan tugas aku." Haikal bersuara tenang.
" Baiklah. Aku dah lambat ni, nanti Cikgu Farid marah.." Tujah Ika Nabila dan menapak pergi .
Ika Nabila berdiri di hadapan kelas 6 Atas Budi. Dia mengetuk pintu beberapa kali mencuri perhatian Cikgu Farid, guru muda kelahiran Pulau Pinang yang sedang mengajar Geografi Kertas 2. Ika tahu, dia telah melanggar pantang guru muda itu. Pantang Cikgu Farid ialah anak muridnya masuk lambat. Itulah yang digeruni semua pelajar. Pagi itu cuaca kelihatan mendung memberi tanda hujan akan turun .
" Ika Nabila .Awak lambat juga hari ini. Kali ketiga awak masuk lambat masa saya mengajar. Awak berdiri di luar kelas sampai habis masa cikgu !" Arah Cikgu muda yang tinggi dan tegap itu.
Guru muda yang masih bujang itu sungguh garang dan tegas.Ika Nabila berdiri bersama beg dan buku di tangan. Kesejukan semakin menggila dapat Ika rasai. Hampir 30 minit di luar, Ika Nabila masuk selepas Cikgu Farid keluar kelas. Cerita Ika Nabila berdiri di luar kelas meniti dari bibir ke bibir pelajar tingkatan 6.
"Ika kau kenapa lambat hari ni ?? " Tanya Rosnita kawan karib Ika di kelas.
Walaupun Rosnita dipanggil ëmulut muraií namun Rosnita sangat mengambil berat akan temannya itu, sedangkan Ika cukup berahsia dan berhati-hati orangnya.
" Pagi tadi masa jalan kat simpang lampu isyarat tu, kereta Johari Iskandar simbah lumpur " kata Ika tenang. Tak ada tanda kemarahan di wajahnya walaupun kerana Iskandar lah dia didenda Cikgu Farid.
Loceng yang bergema nyaring menandakan waktu rehat telah tiba .
" Nampak tak budak yang berdiri dalam barisan ketiga yang tengah beli air tu. Yang tinggi tu, Siapa? Kau kenal? " Tanya Iskandar tiba-tiba.
Tiga pasang mata tiba-tiba berpusat ke arah Ika Nabila.
" Budak tu lah yang aku cakap tadi, kena denda Cikgu Farid pagi-pagi masuk lambat . " Kata Kamal .Kemudian meneguk air sirap yang berbaki dalam gelas.
" Yang kena berdiri di luar kelas pagi tadi ? " Tanya Iskandar lagi .
" Hmmm," Balas Hamdan sambil menghirup kuah mi dalam mangkuk .
" Budak kelas kau lah tu,apasal tak cakap awal-awal ," Kata Iskandar lagi.
" Nak pasang jerat ker ? Nadia tu? Kau nak buang kat maner? " Kata Kamal lagi. Mereka tertawa kecil . Dalam diam Iskandar menyimpan hati .
" Budak tu dah ada yang steady ker ?? " Tanya Iskandar lagi sambil memandang Ika dari jauh. Dia memerhati gerak langkah dan hilai tawa gadis yang mula mendapat tempat di hatinya dan telah mengocak tasik hatinya beberapa kali.
" Manalah aku tahu ?" Balas Kamal.
" Kalau aku kata kau lembap kau marah.Begitu punya cun pun tak tau,"
" Aku ada juga dengar-dengar Haikal syok kat dia. Aku tengok budak ni tak layan jer,." kata Hamdan bersahaja.
Memang dia akui keayuan dan kecantikan Ika Nabila, barangkali Ika Nabila pelajar paling cantik di sekolah.Namun dia tak menonjol seperti Nadia anak orang kaya. Mungkin kerana dia bersifat seperti duri semalu .
" Haikal budak kelas aku tuuu? \'" Tanya Iskandar lagi inginkan kepastian .
" Setiap hari dating kat pintu pagar !! " kata Kamal lagi .
" Sekarang dia kena lawan aku nak tackle budak tu." Kata Iskandar lagi.
" Kau ni memang dah giler." kata Hamdan lalu pecah tawa mereka, diikuti Iskandar dan Kamal. Kenakalan mereka menjadi tumpuan beberapa pelajar lain. Termasuk Haikal.
Hari Khamis , seperti biasa latihan ko-kurikulum diadakan pukul 3.30-5.00 petang . Latihan bola tampar baru sahaja habis. Cikgu Faridah guru penasihat persatuan telah pun pulang sepuluh minit yang lalu. Hujan renyai-renyai dah mula turun ketika Ika hendak pulang. Dia masih mengemas beg baju dan pakaian. Sambil berlari-lari anak ke koridor kelas Blok C, dia mengerling jam di tangan. Kemudian memeluk badan yang kesejukan kena tempias hujan.
Ika Nabila mengelus rambut panjangnya melepasi bahu yang sudah sedikit basah kena hujan petang itu. Rambut digenggam rapi dan diikat satu . Dia yang memakai seluar panjang yang dicop nama sekolah warna biru gelap, dan sehelai T ñShirt biru muda tertulis Bola Tampar Elit meninjau-ninjau jika ada bas berhenti depan pagar sekolah. Selalunya petang begitu ada juga bas yang lalu depan sekolah mengambil pelajar yang pulang petang. Kebiasaannya dia berjalan hampir setengah kilometer ke pekan untuk mendapatkan bas.
" Hai,.hujan makin lebat pulak !! " Tiba-tiba satu suara mengejutkan lamunannya.
Ika menoleh , dia senyum pendek. Tidak berniat untuk berbual panjang walaupun dia kenal pelajar itu. Kemudian Ika Nabila menapak ke hadapan kerana fikirnya pelajar itu ingin melintasi koridor.
" Sorang jer ?" Iskandar berbasa-basi.
Ika Nabila angguk lagi . Malas mahu bersuara.
" Kau ingat tak pagi selasa tu . Aku kotorkan kain sekolah kau .." Iskandar cuba memancing ingatan Ika tentang dirinya.
" Tak ingat. Kita pernah jumpa ker ???" Ika berbicara mendatar. Malas nak layan mamat sengal ni. Macam aku tak tau dia playboy terhangat kat sekolah ni.
Hatinya bersuara tiba-tiba. Iskandar bungkam. Semakin susah nak mendekati Ika, makin dia ingin memikat gadis itu.
" Aku nak ke pekan, kalau kau nak tumpang boleh, kat sana senang sikit dapat bas . " Kata Iskandar lagi dan sesekali menghampiri Ika kerana mengelak tempias hujan.
" Aku tahu ..bas kat pekan banyak .Terima kasih kerana ingatkan aku tentang itu. " Ujar Ika bersahaja .
Iskandar bungkam lagi. Dia hilang bicara sejenak. Berfikir sendiri . Apasal lah awet ni susah sangat nak masuk ílineí. Jual mahal pun ada .
" Baiklah ,aku sebenarnya nak tumpangkan kau ke pekan ,okay ?" Soal Iskandar lagi. Tiba-tiba dia tertolak ke arah Ika Nabila. Gadis itu bertahan dan Iskandar cuba mengelak dari jatuh ke tepi longkang kecil .
" Minta maaf ,.licin tadi ," Iskandar berundur beberapa tapak.
Ika tersentak seketika. Beberapa pelajar melihat kejadian itu tersenyum. Hujan yang menunjukkan tanda-tanda semakin lebat mula merusuh di hati Ika Nabila .
" Sorry. Aku balik dulu lah," Ika berlalu bila nampak sebuah bas hampir tiba di depan pagar sekolah. Beberapa pelajar sudah berbaris untuk menaiki bas. Iskandar tinggal dalam kebekuan sendiri . Ika Nabila!!! satu hari kau akan jadi milikku ! sumpah atas nama Ika Nabila ,.bisik Iskandar sendiri . Hari berikutnya, cerita Ika Nabila dan Iskandar di tepi laki lima telah menjadi bualan dan sampai ke telinga Nadia, pelajar yang dikenali teman Iskandar.
" Paaappp" Tamparan Nadia singgah di pipi Ika Nabila .
" Jangan cuba mendekati Johari Iskandar. Sekali lagi kau cuba, aku tahu macam mana nak ajar perempuan macam kau !! " Kata Nadia dan berlalu .
Diikuti dua orang rakan yang menjadi pengikut setianya. Jelingan maut dihadiahkan oleh mereka bertiga. Lagak seperti tiga gadis íCharlieís Angelí yang baru menang pertarungan.
Ika Nabila mengusap pipinya yang kemerahan . Kesabaran ditanam teguh dalam hati, walaupun aksi dramatik itu ditonton oleh beberapa kumpulan pelajar lain. Tidak mahu episod ini berakhir di bilik disiplin lagi. Tambahan pula, rekod dia datang lambat ke sekolah telah pun memenuhi buku disiplin pengawas . Dia tidak mahu menambah catatan rekod peribadi yang baru.
" Dia ingat ni sekolah bapak dia ker ," Kata Rosnita yang memegang beg Ika. Ika hanya tenang dan berdiam. Dia tahu inilah jawapan untuk kejadian di tepi koridor semalam .
" Dia dah melampau Ika,.kita beritahu cikgu!! " Kata Rosnita lagi .
" No,jangan ,Aku yang cari pasal " Kata Ika.
Rosnita tetap tak puas hati . Dia tekad memberitahu Haikal selepas rehat nanti .
Cikgu Nahariah masuk kelas mengajar subjek Pengajian Am Kertas 1. Selepas habis mengajar, pelajar membuat latihan carta pai.
Jam telah pun menunjukkan jam 1.30 tengahari. Selepas melaungkan ucapan Terima Kasih Cikgu, guru wanita 30 tahun itu keluar. Kemudian loceng berbunyi nyaring menunjukkan masa pulang.
" Ika! Ika! ,please Ika ,kita bincang kejap . " Panggil Iskandar tiba-tiba ketika mereka hendak pulang. Ika Nabila bersikap tenang. Rosnita memegang erat tangannya.
" Johari Iskandar ! Dengar ni, aku, Ika Nabila Mohd. Azaki, dan kau, Johari Iskandar Syafik. Kita tak ada kena-mengena. Terima kasih." Kata Ika dan menarik tangan Rosnita berjalan laju.
Sekali lagi Iskandar hanya melihat Ika pergi meninggalkannya begitu sahaja. Susah betul nak mengayat budak sorang ni! Lagi susah lagi aku suka! Hatinya berdetik sendiri. Dia bergegas mengambil keretanya. Tidak mahu terburu-buru mengejar gadis itu.
Ika dan Rosnita singgah di Bilik Pengawas sekolah. Kebetulan Haikal sedang mengemas beg sekolah selepas selesai memeriksa bilik pengawas sebelum pulang.
" Aku nak balik dengan kau hari ni Haikal !! " Kata Ika tiba-tiba.
Haikal mengangkat muka. Tersenyum . Rosnita selalunya naik kereta abangnya yang kebetulan setiap petang ambil jalan itu pulang ke rumah dari ofis.
" take care ..nanti telefon ya, " Kata Rosnita dan berlalu.
" bye," Ujar Ika lembut.
" Macam mana belajar ? " Tanya Haikal.
" Okay,tapi tak lah sehebat orang tuuu,pelajar kesayangan Cikgu Farid kan.." Ika mengusik .
" Aku ada dengar cerita kau ,banyak jugak." kata Haikal.
" Kau percaya !! " Ika menduga.
" Aku tak pernah sangsi pada kau Ika .Tapi kalau kau tak nak cerita dengan aku, it is okay ." Ujar Haikal tenang.
Dalam persahabatan itu dia tak pernah menekan Ika walau Ika terlalu dingin.
" Johari Iskandar ,classmate kau ,.!! " Kata Ika tenang.
Dia tahu Haikal ada hati padanya dalam diam, namun dia tak dapat menerima Haikal lantaran pelajar itu terlalu jujur dan dia hanya menganggap dia kawan baik.
" Nadia cari aku ," Kata Ika lagi.
" Aku ada dengar ,Rosnita beritahu semua padaku. " Tambah Haikal.
" Aku dah agak,tak kisahlah,sepupu kau tuu,sama macam kau terlalu ambil berat dan terlalu bertanggugjawab. " Kata Ika dan tertawa kecil.
Mereka sampai di pekan tanpa disedari. Mereka duduk menunggu bas . sambil berbual dan bercerita hal pelajaran. Kemudian menaiki bas untuk pulang.
Pagi menjelma kembali. Loceng jam 7.30 dah pun berbunyi nyaring. Semua pelajar sudah bersedia di tapak perhimpunan. Ika Nabila berdiri paling belakang dalam barisan kelasnya . Selepas tamat perhimpunan kelas berjalan seperti biasa sehingga jam bergerak ke angka 1.30 tengahari . Loceng terakhir kedengaran nyaring memuntahkan semua pelajar yang berpusu-pusu keluar untuk pulang.
Langit nampak tenang. Latihan bola tampar masih berlangsung semasa Iskandar berdiri di hujung Dewan Blok C, dekat pintu utama. Ika Nabila sengaja melengah-lengahkan masa supaya Iskandar berlalu. Dia tahu dan nampak dengan jelas Iskandar menunggunya.
Sejak tadi pandangan mata Iskandar tak lari dari wajahnya. Sejak latihan bermula wajah Iskandar dah terpacak dalam kalangan beberapa pelajar yang menjadi penonton setia sesi latihan bola tampar sekolah. Dia tahu Iskandar tak akan berundur sebelum berperang.
Ika membuntuti beberapa pelajar lain. Di bahunya dia melilit sehelai tuala putih. Ika selesa memakai sehelai trek hitam dan T-Shirt putih tertulis "Nike". Bahagian bawah baju dimasukkan ke dalam seluar. Kemas dan selesa bersukan. Ika mengelus rambutnya dengan lembut.
Dia sengaja membuat Iskandar tertunggu-tunggu. Dia harap Iskandar akan bosan dan tidak akan menunggu lagi. Telahannya meleset. Iskandar kini sedang mampir ke arahnya.
Salam buat penulis.. jalan cerita macam menarik...saya tunggu bab seterusnya !!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Macam best jugak ni...
cepat sambung ah...