Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sekali lagi pandangannya ditujukan ke arah bangunan tinggi 15 tingkat di hadapannya. Seakan tidak percaya dia akan menjadi salah seorang kakitangan syarikat yang berprestij ini. Hari pertama memulakan kerja, Fatihah begitu bersemangat. Seawal 5.45 pagi dia sudah terjaga dari tidur yang lena. Selalunya dia akan bangun tepat 6.15 pagi dan bersiap sedia untuk melakukan kerja-kerja rumah sebaik selesai menunaikan solat subuh. Langkah diteruskan sehingga dia terpacak di ruang lobi. "Hmmmm... Mega Holding. Macam tak percaya aje aku datang sini sebagai pekerja," bicara Fatihah sendirian. Tanpa disedari sepasang mata galak sedang memerhatikan gelagatnya yang agak jakun itu. Sejak tadi lagi wajah gebu itu menjadi perhatiannya. Wajah yang mengingatkannya kepada seseorang. Fatihah tercegat di hadapan pintu lif. Di sisinya seorang lelaki segak berkemeja biru dipadankan dengan slack hitam serta tali leher berwarna putih belang-belang. Entah kenapa dia berasa tidak tentu arah. Rentak degupan jantungnya sudah tidak sekata. Tidak stabil. Sesekali dikerling insan yang berada di sebelahnya. 'Ya ALLAH!! Iqram???' Fatihah terlongo. Pintu lif yang terbuka di hadapan juga tidak di sedari. Sehinggalah kedengaran satu suara garau menyapanya, "Cik, tak nak masuk ke?" Fatihah tersentak. Malu! Laju sahaja dia menapak ke dalam lif. Sesekali dia kerling lelaki di sebelahnya. Kebetulan hanya mereka berdua di dalam lif. "Errr... tingkat berapa?" soal lelaki itu. 'Aduh! Suaranya betul-betul membuatkan aku teringatkan si dia,' bisik hati Fatihah lagi. "12," jawab Fatihah ringkas. Cuba disembunyikan kegugupan yang menyelubunginya ketika ini. Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Bimbang juga jika dia tersalah orang. Sebaik loceng lif berdenting serta tertera nombor 12 di atas pintu lif menandakan sudah sampai di tingkat 12, Fatihah bersiap sedia untuk keluar. Sesaat kemudian pintu lif terbuka. terkocoh-kocoh dia keluar meninggalkan lelaki tadi terpaku melihat tingkah lakunya. Tiba-tiba Fatihah mematikan langkah serta berpaling ke belakang. Lelaki tadi yang kebetulan sedang berjalan betul-betul di belakangnya menyebabkan mereka berlanggar. Kedua-duanya jatuh terjelepok ke lantai. "Sorry... sa...saya tak sengaja. Minta maaf sangat-sangat," ujar Fatihah sambil cuba untuk bangun dan berdiri tegak. Tetapi dia merasa lain. Ya, kelainan pada pandangannya yang telah bertukar menjadi kabur! "Tak apa. Saya pun silap jugak, tak hati-hati." Fatihah kembali menumpukan perhatian ke arah lantai simen. 'Ke mana hilangnya cermin mata aku ni?' Cuba mencari namun pandangan yang kabur menyukarkan usahanya. "Errr... awak cari apa?" soal lelaki itu lagi. "Cermin mata saya," jawabnya ringkas sambil tangannya lincah bergerak ke sana ke mari. Sesaat kemudian dia terasa ada sesuatu yang menyentuh wajahnya sebelum pandangannya kembali jelas seperti biasa. "Dah boleh nampak?" suara garau itu kedengaran lagi. "Okey. Thanks," jawab Fatihah perlahan. Malu. Tak pernah lagi ada prang lain tolong dia sampai macam tu sekali apatah lagi orang itu langsung tidak dikenali. "Kalau macam tu, saya pergi dulu. Take care." Lelaki itu terus berlalu tanpa memandang wajah Fatihah yang sudah mulai kemerahan.
FATIHAH tumpu perhatian ke arah wanita di hadapannya itu sekali lagi. Seakan tidak percaya apabila wanita itu memberitahu bahawa bilik yang luas dan besar ini adalah bilik kerjanya. Biar betul! "Ada apa-apa masalah ke, Cik Nurul?" Fatihah senyum simpul. "Errr... tak payahlah bercik-cik dengan saya. Panggil Nurul aje." "Yalah. Akak keluar dulu, ya. Kalau ada sebarang masalah, akak ada kat depan ni," ujarnya tenang sambil tangannya memulas tombol pintu. Namun dia kembali menoleh ke arah Fatihah sebaik mendengar namanya dipanggil. "Saya ada sesuatu nak tanya..." "Apa dia?" "Siapa pengarah kat syarikat ni?" "Encik Iqram Ikhzal. Kenapa?" "Tak ada, saja nak tahu. Terima kasih, kak...." "Yati," pintas wanita itu. "Terima kasih, Kak Yati." Sebaik kelibat Kak Yati hilang di sebalik daun pintu yang tertutup rapat, Fatihah menekup mulutnya yang terlongo luas. 'Oh my goodness! I can't believe this!"
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best2....