Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Fatihah menatap lama album yang menyimpan seribu rahsia dalam hidupnya sejak zaman sekolah menengah dulu. Diselak beberapa kali. Terserlah wajah pelajar lelaki cemerlang dan popular ketika dia berada di Tingkatan 4. Pelajar tersebut merupakan ketua pelajar umum dan berada di Tingkatan Enam Atas ketika itu. Dalam diam dia menanam minat terhadap pelajar itu dan sehingga kini berita mengenai lelaki itu sampai ke pengetahuannya meskipun sekadar berita ringkas. Siapa lagi yang menjadi wartawan tak bertauliahnya kalau bukan sepupunya, Ramlan yang juga merupakan sahabat baik lelaki pujaan hati Fatihah itu. Derap langkah yang kedengaran semakin menghampiri kamar tidurnya membuatkan Fatihah sedikit panik. Pantas sahaja tangannya meyembunyikan album itu di bawah bantal. Seketika kemudian tersembul wajah Puan Nora merangkap ibu tiri Fatihah di muka pintu. "Kau buat apa kat sini, hahh?!!" Kasar suara wanita lewat 40an itu menyergahnya. Terasa jantung Fatihah jatuh menyembah bumi. Setiap kali berhadapan dengan wanita ini, pasti sahaja dia akan menikus. Malah, memandang wajah bengis itu pun dia tidak berani. "Tak...tak ada apa-apa, makcik," jawab Fatihah gugup. "Dah, keluar. Pinggan mangkuk tak basuh lagi. Baju kat ampaian tu pun kau tak angkat lagi. apa nak jadi dengan kau ni hah?!" Serentak dengan itu, tangan lembut Fatihah ditarik kasar meningggalkan ruang kamar. Arah yang dituju adalah dapur. Di hadapan sink, tubuh kecil Fatihah ditolak kasar. "Cepat buat kerja. Kau ingat kau boleh duduk senang lenang, aku buat kerja? Malam sikit!" Pantas sahaja Fatihah mencapai pinggan mangkuk yang berlambak di dalam sink dan memulakan kerjanya tanpa sebarang bantahan. Puan Nora tersenyum sinis sebelum berlalu ke ruang tamu untuk menonton tv.
TEPAT jam 1.00 petang terpacul wajah Encik Azman dan Farhan di muka pintu. Memang sudah menjadi kebiasaan mereka untuk makan tengahari di rumah. Kebetulan hari ini tidak banyak kerja Farhan di hospital. Kalau tidak, tengah malam nanti barulah wajahnya akan kelihatan. "Macam mana sekolah hari ni, abah?" Soal Fatihah sambil tangannya lincah menyusun hidangan di atas meja makan. "Biasalah budak-budak sekolah sekarang ni, semuanya nak jadi macam orang dewasa. Umur pun tak sampai lagi 13, perangai macam hantu." Fatihah dan Farhan senyum mendengar bicara lelaki itu. Puan Nora yang sejak tadi menjadi pendengar setia sesekali mencebik. Tak berminat langsung untuk mendengar mahupun menyampuk perbualan tiga beranak itu. "Hmmm...abah, sebenarnya Ati ada sesuatu nak bagi tau kat abah," ujar Fatihah perlahan. Farhan di sisi dikerling. Selamba wajah lelaki itu tanpa sebarang reaksi. Encik Azman menatap wajah Fatihah yang mewarisi kelembutan wajah arwah isteri pertamanya , Faridah dengan tanda tanya. "Tapi lepas ni. Kita makan dulu," pantas sahaja Farhan memintas Fatihah yang ingin bersuara. "Okey," jawab Encik Azman ringkas lantas meneruskan suapannya. 'Fuh lega,' ujar Fatihah di dalam hati. Sebaik mengemas meja makan serta mencuci pinggan mangkuk yang digunakan tadi, Fatihah bergegas naik ke tingkat atas dan menunaika solat zuhur. Usai melipat telekung dan sejadah, pantas sahaja langkahnya diatur ke tingkat bawah sambil membawa bersama surat tawaran yang diterimanya pagi tadi. Tanpa pengetahuan Puan Nora, Fatihah mengambil surat-surat yang terkurung di dalam peti surat sejak semalam. Sememangnya sebelum ini Puan Nora yang akan 'bertanggungjawab' terhadap surat-surat yang dikirimkan kepada setiap penghuni rumah ini tetapi Fatihah sudah mengambil alih tugas tersebut semenjak dia menghadiri temuduga kira-kira dua minggu yang lalu. Encik Azman sudah sedia menunggu di ruang tamu. Di sisinya Farhan yang sejak tadi memerhati perlakuan adik kesayangannya itu. Gembira semacam! 'Pasti mengenai keputusan temuduga,' bicara Farhan di dalam hati. 'Tapi.... abah bagi ke adik aku ni kerja?' Fatihah menarik nafas dalam. Perlahan surat di tangan dihulur dan sesaat kemudian surat tersebut sudah bertukar tangan. Encik Azman memandang wajah anak gadisnya bersilih ganti dengan surat di tangannya. "Betul Ati nak kerja?" Soal Encik Azman lembut. Fatihah sedikit tersentak. 'Macam tak nak aje abah ni bagi aku kerja'. Seketika kemudian Fatihah angguk perlahan tanpa memandang wajah tua itu. 'Oh, tak sanggup nak dengar perkataan 'TIDAK".' Farhan juga turut berdebar. Seolah menanti untuk dikenakan hukuman gantung. Puan Nora senyum sinis. Pasti bahawa suaminya itu tidak akan memberi keizinan. Sepi. Hanya bunyi putaran kipas yang kedengaran. Lama Encik Azman pandang wajah penuh harap anak-anaknya. "Hmmmm.....okey. Abah izinkan," ujarnya setelah yakin bahawa tahap gelabah anak-anaknya sudah berada di tahap yang paling kritikal. "Betul, abah???" serentak Fatihah dan Farhan bersuara. "Yes. Lagipun abah rasa tak ada masalah pun kalau Ati kerja." Puan Nora pamer wajah tak puas hati. Meluat dengan kelakuan anak beranak di hadapannya ini. "Habis tu, takkan semua kerja kat rumah ni saya yang kena buat. Kan selama ni, Si Ati ni yang buat kerja." Bicara Puan Nora yang berbaur bentakan itu membuatkan dua beradik itu terkesima. Hilang senyuman mereka. "Bukan banyak sangat pun kerja kat rumah ni. Awak boleh buat seorang," jawab Encik Azman selamba. Farhan dan Fatihah senyum kemenangan. Puan Nora pandang Encik Azman dengan wajah kelat!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
erm..
mst best citer nie...
byk rintangan..