Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Kau buat apa minah senget. Aku panggil pun kau tak dengar. Kau…"aku tidak meneruskan kata-kataku.
Aku memandang Dania yang sedang menekup muka. Sudah beberapa hari Dania bermuram durja. Aku membiarkan Dania. Tidak mahu ambil tahu. Aku terus menjalankan aktiviti perniagaan aku. Hari ini perniagaan aku agak laris dari hari biasa. Mungkin poket sudah penuh. Jadi bermacam-macam barang hendak dibeli. Lumrah hidup. Biasa la. Time dapat gaji berpusu-pusu orang datang ke pasar malam. Time poket tengah kering slow la sikit orang dan slow la juga income aku. Hendak berniaga macam ni la. Sanggup menanggung sebarang risiko.
Aku masih ingat masa aku mula-mula hendak berniaga. Aku gorek semua duit tabung aku yang sudah bertahun aku menabung. Ye la kan aku ni baru habis belajar. Mana la hendak dapatkan duit yang banyak. Setakat dua ratus itu pun aku bersyukur. Lagi modal dua ratus Dania yang laburkan. Aku ni bukannya orang yang berada. Ahli keluarga aku kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Cuma belum lagi nak kais tengahari. Tak tahu ada nasib ke tidak. Aku ni kelulusan diploma perniagaan. Jadi minat berniaga tu tinggi la. Aku nekad hendak mengubah nasib kelurga aku yang tidak seberapa mewah ni. Itu la azam aku. Ya aku mesti berjaya.’Tabahkan hati, giatkan usaha’.
Sedang aku asyik melayan pelanggan ada seorang mamat handsome datang kat gerai aku. Dia bertanyakan satu anting-anting dan gelang tangan silver berbentuk love. ’Hendak bagi ke buah hati la tu’ detik hatiku. Kan orang lelaki ni bila sudah mempunyai orang yang di sayangi pasti ingin menghadiahkan sesuatu yang menarik minat kaum hawa. Aku masih leka melayan mamat di hadapan aku. Tiba-tiba suasana riuh kedengaran di belakang van yang aku parking. Aku segera menghampiri ke tempat tersebut.
Semua orang yang lalu-lalang berbisik-bisik sesama mereka. Aku terkejut apabila mataku melihat Dania sedang meraung menangis sambil tangannya memegang lengan seorang lelaki. Aku menghampiri mereka.
"Nape ni..apa dah jadi..kau orang nak tayang show free ye..malu la orang tengok."aku mengangkat Dania yang dah melutut depan lelaki itu.
Sedang aku meredakan keadaan yang kucar-kacir, tiba-tiba datang seorang lagi lelaki menghampiri kami semua.
’Eh! ni lelaki yang nak beli gelang tadi ni.Apa hal pulak dia ni masuk dalam tayangan tak berbayar ni. Nak tambah kecoh ke apa?."perlahan saje aku bersuara.
Takut didengar pula oleh lelaki tadi. aku segera memautkan lengan Dania. Ingin berlalu dari keadaan yang memalukan itu.
"Sayang nak tahu…nape Darling tinggalkan sayang. Sayang tak bagus ke..tak cantik ke..tak seksi ke di mata Darling. Jawab la..sayang nak tahu sebabnya,"Dania meraung lagi. Dania masih memaut lengan lelaki tadi.
Dalam kepala aku sudah serabut melihat kerenah Dania."Ini lah padah nya kalau bercinta. Tidak ingat hukum hakam Allah. Berpengangan tangan tanpa berlapik pulak tu. Ish..parah macam ni. Nak termuntah pun ada..eeii seram sejuk aku di buatnya" detik hatiku.
‘Aku berfikir sejenak. Bagaimana nak selesaikan hal ni.’ Sempat lagi aku berfikir dalam keadaan yang kecoh ni Aku buat muka selamba je.
"Maaf lah kakak-kakak..abang-abang…pakcik..makcik…kawan saya ni memang macam ni…hari ni mood dia tak berapa sihat sikit...belum makan ubat lagi ni…semua boleh beredar..nanti tambah teruk kawan saya ni…kalau suasana panas macam ni,"aku berharap adalah manusia yang sedang mengerumuni cepat-cepat beredar.
"Ha ah..betul tu..kawan kami ni tak sihat sikit. Harap encik…cik..pakcik..makcik dapat beredar.."celah mamat handsome tadi. Dia tersenyum memandangku.
Aku kaget. Dedupan jantungku tiba-tiba berdenyut kencang takkala mamat handsome tadi tersenyum pada ku.’Wah!..manisnya senyuman itu. Boleh terpanah asmara ni. Eh!perasan pulak aku ni. Tu yang orang lain punya’detik hatiku.
Aku melihat orang ramai mulai beredar. Aku lega. Aku patut ucapkan terima kasih pada mamat handsome ni. Kalau tidak tentu orang ramai ni tidak mahu beredar lagi. Masih mahu menonton wayang free.
"Thanks,"sepatah kataku.
"Welcome. Same to you,"mamat handsome membalas dengan senyuman yang menggoda.
"Eh..nape lak,"aku kehairanan.
"Sepatutnya saya yang perlu ucap terima kasih dulu kat awak…awak dah membantu saya…dia ni kawan saya,"mamat handsome memegang bahu lelaki yang Dania masih menagih kasih.
"Dia ni kawan awak rupanya..patut la minat sangat nak join wayang free tadi,"aku mencebik.
"Kau orang berdua ni tak tahu malu ke. Mana maruah kau orang ni ha. Aku yang dok tengok wayang free kau orang naik malu tau. Aku tak tahu la apa nak jadi kat kau orang berdua ni,"aku mula berleter bila keadaan kembali tenang dan orang ramai sudah tidak ada di sekelilingku.
Ye la..tak kan nak marah budak dua orang ni depan orang ramai. Malu la mereka. Biar la mereka sudah malu tapi aku tak akan menambahkan lagi malu mereka. Aku melihat Dania yang mula reda dari tangisannya. Dan mamat dua orang ni mula mencari tempat untuk melabuhkan punggung.
"Nim…kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni, Darling aku ni…tak ada ribut..tak ada angin…tiba-tiba je nak putus dengan aku.Kau kan tahu dah lama aku couple dengan dia. Mana mungkin aku dapat menerima keadaan ni"Dania meluahkan rasa yang terbuku di hati.
Rasa nak termuntah aku bila Dania sekali lagi membahasakan kekasihnya ‘Darling’ tapi rasa simpati pun ada juga. Aku memandang kekasih Dania. Boleh lagi budak sorang ni buat muka poyo je. Naik sakit hati pulak aku. Orangnya tidak la kacak sangat biasa saje. Apa la yang digilakan sangat oleh Dania kat kekasihnya ni.T anpa fikir panjang aku terus memulakan bicara.
"Sebenarnya saya tak mahu masuk campur pasal kau orang tapi kau orang dah secara rasminya melantik saya untuk masuk campur oleh kerana hal ni berlaku di gerai saya mencari rezeki. Saya tak mahu kerana hal yang remeh-temeh ni menjejaskan reputasi perniagaan saya,"wah!!skima betul aku berbahasa. Sekali-sekala apa salahnya. Aku berbicara di dalam hati.
Setelah perbincangan tidak rasmi tadi aku dapat juga menyelesaikan masalah Dania. Aku bagi nasihat kepada kedua-duanya. Tidak adil jika kesalahan diletakkan atas bahu seorang sahaja. Kedua-duanya harus membetulkan kesilapan masing-masing. Baru semua masalah dapat diatasi. Aku perasan mamat handsome tadi asyik memandang aku. Aku naik rimas.Tenungan nya lain macam saja. Ada makna tu.Eh!perasan betul la.
Aku merasa terlalu penat hari ini.Ye la letih berniaga lagi…lagi letih memikirkan hal Dania. Orang nak bercinta..dia pun nak bercinta…alih-alih aku juga yang jadi mangsa. Mangsa tempat mengadu dan penyelamatnya. Tapi aku dapat juga mengajaran dari apa yang berlaku kepada Dania. Sekurangnya aku mendapat sedikit pengalaman walaupun belum pernah bercinta. Tak la kuno sangat nanti.’Eh!nak bercinta juga ke aku ni.Hish belum sampai masanya lagi. Buat apa di fikir. Fikirkan masa depan sekarang,"detikku.
coz..perempuan tu terlalu syg kat kekasih dia.... dan cinta berlandaskan nafsu kan mmg begitu... cinta yg suci akan menjaga setiap tata tertibnya.. nnt anda follow je cite ni... anda akan dpt bezakan mana yg patut kita ikut atau jadi kan pengajaran....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
emmmmm not bad..tp knp mst prmpuan yg kne mryu dkt llaki 2...jtuh la mruah prmpuan