Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Kotak muzik di hadapannya itu dimainkan sekali lagi oleh Nia.Kali ini sudah kali keempat dia memainkan kotak muzik itu.Memang itulah perkara yang dilakukan oleh Nia setiap malam sebelum tidur.Dia berasa tenang mendengar muzik ‘Fur Elise’ yang dimainkan oleh kotak muzik itu.Kotak muzik itu sangat berharga kepadanya.Walaupun kotak muzik itu sudah berusia 3 tahun,namun ia masih seperti baru dibeli.Jika ada sebarang kerosakan,dia akan segera menghantarnya ke kedai untuk dibaiki.Dia mahu kotak muzik itu sentiasa berada dalam keadaan baik kerana itulah hadiah pertama yang telah diberikan oleh Adam kepadanya.Masih jelas lagi dalam ingatannya Adam memberikan kotak muzik itu untuk menjelaskan perasaannya kepada Nia. " Nia,saya ada sesuatu untuk awak,"kata Adam suatu petang ketika pulang dari sekolah. " Sesuatu?Apa tu?,"tanya Nia kehairanan.Adam kemudiannya mengeluarkan sebungkus hadiah dari dalam begnya.Hadiah itu dibungkus dengan begitu cantik sekali dengan ikatan reben merah padanya. " Hadiah ini untuk awak.Saya harap awak terima,"kata Adam sambil menghulurkan bungkusan hadiah itu kepada Nia. " Err..Tapi Adam,hari ni bukan hari jadi saya,atau hari yang penting,kenapa pula awak tiba-tiba bagi saya hadiah,"kata Nia yang agak terkejut dengan kelakuan Adam itu. " Mungkin sekarang hari ni bukan hari yang penting,tapi tak lama lagi hari ni bakal menjadi tarikh yang penting.Awak terima je lah hadiah ini.Hadiah ini khas untuk awak sebab sudi jadi kawan yang baik kepada saya selama ini,"kata Adam.Nia tersenyum dan menerima hadiah itu."Terima kasih,"kata Nia. " Kasih diterima,"kata Adam sambil ketawa.Nia tersenyum apabila Adam berseloroh begitu."Ok lah,saya pulang dulu ya?Kena jumpa kawan nanti,"kata Adam. Kemudian dia menggalas begnya dan berjalan pergi ke garaj motor.Di sana,gengnya dari tadi lagi menunggunya.Adam memang gemar berkawan dengan pelajar-pelajar yang liar, dan perangainya juga hampir sama seperti perangai kawan-kawannya itu.Namun,Nia tahu bahawa lelaki itu memiliki hati yang sangat baik. Nia merenung bungkusan hadiah di tangannya itu.Dia tertanya-tanya apakah yang ada di dalamnya.Ada sekeping kad di atas bungkusan itu.Lalu Nia membuka kad itu dan membacanya.
Hadiah ini adalah hati saya,bukalah dan ketahuilah apa yang ada dalam hati saya. Khas untuk awak,Nia...
Begitulah yang ditulis di dalam kad itu.Nia tersenyum selepas membacanya."Adam ni ada-ada je lah,"katanya sendirian.Hatinya begitu gembira menerima hadiah daripada Adam itu.
Setelah selesai solat Isyak,Nia duduk di meja tulisnya seperti biasa untuk menyiapkan homework atau mengulangkaji pelajaran.Memang itulah rutin Nia setiap malam.Dia tahu,hanya dengan usaha dia dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.Kerana itulah dia belajar bersungguh-sungguh.Ketika sedang mencari buku teks Geografinya,dia terpandang hadiah pemberian Adam yang masih belum dibuka di atas mejanya itu. " Apa agaknya yang ada dalam bungkusan ini ye?,"Nia tertanya-tanya.Lalu dia mengambil hadiah itu dan cuba membukanya untuk menjawab persoalannya itu.Dia tersenyum lebar apabila melihat sebuah music box di sebalik hadiah itu. "Muzic box! Aku memang dah lama nak benda ni,terima kasih Adam,"kata Nia sendirian.Kemudian,dia segera membuka kotak muzik itu.Maka,beralunlah muzik ‘Fur Elise’ yang merupakan muzik kegemaran Nia.Pada kotak muzik merah yang berbentuk hati itu,sepasang patung kekasih ligat menari mengikut rentak muzik.Nia berasa tenang menikmati muzik itu.Sehinggalah pada suatu ketika,alunan muzik itu tiba-tiba terhenti. Kemudian,suara yang sering menyerikan hidupnya kedengaran dari dalam kotak muzik itu.Nia terkejut mendengar suara Adam yang tiba-tiba kedengaran itu.
" Nia,mungkin awak rasa terkejut apabila dengar suara saya tiba-tiba kedengaran dari kotak muzik ini kan?Jangan risau,kotak muzik ini bukan berhantu.Saya tempah kotak muzik ini khas untuk dihadiahkan kepada awak.Nia,sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu awak,sudah lama saya simpannya dalam hati ni.Tapi sekarang saya nak awak tahu apa yang ada dalam hati saya ni.Nia…saya sayangkan awak.Saya cintakan awak.Saya mengaku yang ini bukan kali pertama saya jatuh hati pada seseorang,tapi dengan awak ni,saya rasa lain sangat.Perasaan saya pada awak berbeza dari apa yang saya pernah rasa dengan bekas-bekas teman wanita saya sebelum ini.Awak berbeza sangat.Sejak saya kenal awak,saya sentiasa berasa gembira.Sehari tak bertemu dengan awak rasa macam tak lengkap hidup ni.Awak amat penting bagi saya,Nia.Penting sangat.Kerana itulah saya nak awak jadi teman saya.Sudi ke awak?Nia,kalau awak sudi menerima saya,awak datanglah jumpa saya selepas pulang dari sekolah esok di pondok bangku belakang sekolah kita.Saya tunggu awak.Tapi,kalau awak tak dapat menerima saya,saya redha. Mungkin takdir kita hanya untuk menjadi kawan sahaja."
Nia terkedu mendengar luahan hati Adam itu."Adam...,"kata Nia perlahan.Malam terus berlalu dan menanti sehingga esok muncul.
Adam berjalan ke sana ke mari sambil memerhati jam di tangannya.Sudah 20 minit dia menunggu di situ,namun bayangan Nia tetap tidak muncul."Dia akan datang ke tak? Jangan-jangan dia reject aku tak?,"soalan demi soalan muncul dalam fikirannya. Fikirannya kini amat bercelaru.Jauh di dalam hatinya,dia berharap agar Nia akan datang untuk menerimanya. Masa terus berjalan.Kini 30 minit sudah berlalu,tetapi Nia masih belum muncul-muncul juga.Adam mengeluh."Tak ada guna lagi tunggu dia,dia dah menolak aku,"kata Adam kecewa. Kemudian,dia bangun sambil memegang sejambak bunga mawar yang telah dia sediakan untuk memberikannya kepada Nia nanti.Dia kemudiannya membuang bunga-bunga itu dan berjalan pergi dari situ. Nia berlari sepantas yang mungkin ke pondok bangku di belakang sekolah itu. Tetapi,setibanya di sana,Adam sudah tiada di situ.Dia tercungap-cungap keletihan.Ketika dia memandang ke kiri,dilihatnya Adam sedang berjalan pergi dan sejambak bunga yang telah dibuang oleh Adam tadi berada di atas tanah.Lalu,dia mengambil bunga itu dan menjerit memanggil Adam."Hey awak!Lelaki handsome yang pernah cakap cintakan Nur Niana Elise,nak ke mana tu?." Langkah Adam terhenti mendengar panggilan Nia dari belakangnya itu."Nia?". Kemudian,dia segera menoleh dan berlari ke arah Nia. " Nia..,"Adam kelu untuk berkata-kata. " Bunga ini untuk saya?Tadi ada tanah bagi pada saya,"kata Nia menyindir Adam. Adam hanya tersenyum mendengar sindiran Nia itu. " Saya ingat awak takkan datang,"kata Adam. " Maaf,ada masalah teknikal tadi.Sebab tu lewat,"kata Nia sambil tersenyum. " Pasal apa yang saya cakap tu,awak......," " Saya tak dapat terima Adam!,"Nia bersuara sebelum Adam habis berkata-kata. " Awak tak dapat terima?,"wajahnya yang ceria tadi berubah menjadi muram."Tak apalah kalau macam tu.Saya memang tahu,lelaki macam saya ni memang tak layak untuk perempuan macam awak,"kata Adam dalam nada yang agak sayu. Nia tersenyum melihat telatah Adam itu."Saya tak dapat terima yang awak sembunyikan hal ni sejak dulu lagi.Kenapa awak tak cakap awal-awal?Awak tahu tak, saya dah lama tunggu awak ucapkan kata-kata itu kepada saya.Kenapa baru sekarang?," kata Nia. Adam yang tadi berasa sedih,memandang wajah Nia dengan perasaan yang begitu gembira."Jadi,maknanya awak....," " Ya,saya sudi untuk jadi teman awak,"kata Nia sambil tersenyum. " Yes!!,"Adam melonjak kegembiraan.Perasaannya pada ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia.Nia tersenyum lagi melihat telatah lelaki yang kini sudah bergelar kekasih di hadapannya itu. " Nia..terima kasih Nia.Saya janji,saya takkan mempersiakan awak.Cuma awak seorang je yang akan saya sayang,"janji Adam kepada Nia. " Harap kata-kata awak ini bukan kata-kata yang palsu,"kata Nia setelah mendengar kata-kata Adam itu. " Sumpah,bukan kata-kata palsu,"kata Adam bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangan kanannya.Nia hanya tersenyum.Dia juga turut gembira kerana akhirnya mimpinya selama ini menjadi kenyataan.Dia sungguh tidak menyangka bahawa cintanya selama ini tidak hanya bertepuk sebelah tangan.Benarlah kata-kata orang,jika kita benar-benar menyintai seseorang itu,orang itu juga akan menyintai kita seperti mana kita menyintainya.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan