BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Khamis, November 12, 2009
Novel : Ku Terima Seadanya 8
Nama Pena : ZuLyaN RamSaR

"Hisy…susah betullah. Masa cuti, aku rindukan korang. Bila dah naik cuti ni, rasa malas pula. Kalau tak kerana ada hal, hujung minggu depan baru aku balik sini, tau."rungut Fifi di hadapan Yusliza sambil mengemas barang. Yusliza yang juga sedang mengemas barang hanya tersenyum.
"Ala…tinggal dua semester ni aje. Lepas tu, kau merdekalah. Kau nak apa, nak kerja,nak kahwin...suka hati kau. Tapi yang penting, kena buat betul-betul la. Kalau tidak, kau tambahlah lagi setahun duduk sini."balas Yusliza. Tersenyum dia melihat Fifi yang terduduk lesu di hadapan almarinya. Mood malas agaknya. Kalau diperhatikan, masih banyak lagi barangannya yang belum dikemaskan.
"Hisy kau ni...ke situ pula. Lambat lagilah aku nak kahwin! Boyfriend pun tak ada."gerutu Fifi. Yusliza tersenyum kecil
Suasana sepi seketika. Masing-masing buat hal sendiri. Fifi bersuara tiba-tiba. "Agak-agak lepas tamat pengajian kita kat sini, kita jumpa lagi,tak? Mana tahu, sibuk dengan hal masing-masing sampai terlupa.”
Yusliza memandang Fifi. "Insya-ALLAH,kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Tapi kalau sampai terlupa tu, takkanlah. Melainkan kau masuk hospital mental. Yang tu memang ada kemungkinan besar kau lupa pada kami."Yusliza tergelak besar dengan kenyataannya sendiri.
Fifi menghampiri Yusliza.Disekehnya kepala gadis itu. Terjerit-jerit Yusliza dibuatnya. "Suka-suka aje kau kata aku masuk hospital gila. Kau tu,entah-entah kahwin pun tak ajak aku."gurau Fifi. Yusliza terkesima. Kahwin? Ah,cepat betul masa berlalu. Harap-harap biar aku lambat dapat kerja. Biar lambat sikit aku disatukan dengan mamat bongkak tu!. Eh,tapi kalau aku lambat dapat kerja,takkan nak tanam anggur di rumah? Uwaa... macam mana ni....
"Hoi,yang kau termenung tu kenapa! Tu, Faizal Tahir dah melalak." sergah Fifi. Yusliza menoleh ke arah telefon bimbitnya yang sedang memainkan lagu Cuba nyanyian Faizal Tahir.
"Fifi,tolong angkat. Aku nak tukar baju kejap."arah Yusliza
Fifi menjawab panggilan tersebut. Kecoh mulutnya memarahi Zaidi dan Hakim kerana memanggilnya Donald Duck. Bingit telinga. Pasti cair tahi telinga dua jejaka itu mendengarnya. Apatah lagi Fifi membalas dengan bermacam-macam gelaran kepada Zaidi dan Hakim.
"Korang nak apa ni?"tanya Fifi kuat. Yusliza tidak mampu berkata apa. Dia sudah biasa.
"Okey,pukul 1.00 nanti tunggu kat kafe.” Fifi mematikan talian. Telefon bimbit diletakkan semula ke atas meja Yusliza. Dia bangkit kembali menyimpan semua pakaiannya ke dalam almari.
"Adi dan Hakim ajak lunch sama-sama di kafe. Pukul 1.00 nanti. Anisa pun ada sama.”jelas Fifi. Yusliza hanya mengangguk setuju. Sudah lama juga dia tidak bertemu dengan Anisa.


Badrul termenung di halaman rumah. Memikirkan keadaan dirinya. Baru sebentar tadi dia dimarahi oleh Hajah Rozi. Semuanya kerana Yusliza. Argh...tak telefon dia pun, aku kena marah. Sayang betul emak pada gadis itu. Bisiknya sendiri.
"Apa yang Abang Bad fikirkan?"tegur Bahari, adik bongsunya lalu duduk di sebelah Badrul.
"Tak fikir apa-apa. Saja termenung. Bila kau balik universiti?"soal Badrul. Adik bongsunya itu sebenarnya sebaya dengan umur tunangnya. Cuma Bahari lahir awal tujuh bulan daripada Yusliza.
"Ada seminggu lagi cuti. Hujung minggu nilah Ayie balik."jawab Bahari. Dia mencapai surat khabar di atas meja lalu dibacanya. Badrul kembali semula kepada aktivitinya tadi.
Memikirkan Yusliza membuatkan dirinya jadi tidak menentu. Kalaulah dia tahu yang Yuslizalah budak perempuan comel yang selalu membuatnya cemburu dulu, sumpah,dia tidak akan sesekali membuat sebegitu kejam kepada gadis itu. Malah tanpa ada rasa bersalah, dia mengutuk gadis itu sesuka hati di hadapan rakan-rakannya. Kalaulah mereka tahu yang sekarang ni Yusliza sudah menjadi tunang aku,apa agaknya reaksi mereka? Terngiang-ngiang kembali perbualannya bersama-sama rakannya 5 tahun dahulu.
"Awek aku,mesti baik, sopan, bertudung, hormat keluarga, dan paling penting beriman."Ayub bersuara. Rakan-rakannya hanya mencebik. Ayub kalau bercakap, Siap ada pergerakkan pada kaki dan tangannya. Lagak seperti seorang pakar motivasi yang sedang memberi ceramah di televisyen. Tapi...kalau dilihat dengan terperinci, si Ayub ni lagi over!
\"Aku pun. Lagi satu, setia dan bertanggungjawab. Kalau boleh, aku nak dia jadi isteri,teman dan kekasih yang memahami. Ibu yang baik kepada anak-anak aku dan menantu yang menghormati dan disayangi keluarga aku."tambah Fikri. Dia mula berangan-angan. Siapalah agaknya jodoh aku.
"Kalau aku, aku lebih suka yang cantik,pandai. Aku suka gadis yang tahu bawa diri. Senang. Lagi satu, biar bila orang tengok, mereka tahu betapa hebatnya aku berjaya memiliki seorang gadis yang menjadi idaman setiap lelaki."megah Badrul berkata. Amirul hanya tersenyum mendengarnya. Bongkak betul dia ni.
"Yus kau nak letak mana? Dah lama dia tunggu kau."sengaja Ayub mengusik Badrul.
"Huh,tak mahu aku. Benci betul aku dengan dia. Dahlah ada banyak panau dan jerawat. Tengok dari jauh aje, orang dah lari lintang-pukang."Badrul mengutuk Yusliza. Beristighfar rakan-rakannya mendengar Badrul berkata begitu.
"Tak baik kau cakap macam tu. Kau menghina dia. Dia pun ada hati, ada perasaan.”ujar Ayub sambil memegang bahu rakannya,
"Betul tu. Aku nak tanya, kenapa kau benci sangat dengan dia? Apa dia dah buat pada kau? Dia ada acu pistol pada kau,suruh kau terima dia ke?" Fikri bertanya. Badrul terdiam. Dia hanya tersenyum sinis. Iyalah,kenapa aku benci sangat pada dia?
"Kalau kau tak suka, janganlah menghina. Dia ada maruah,harga diri. Kalau kau tak suka, tak apa,ada orang lain yang akan hadir untuk menghargai dia. Kau percayalah cakap aku. Siapa tahu, mungkin dikalangan kita sendiri. Satu perkara yang kau mesti ingat. Simpan dalam kepala otak kau apa yang aku nak cakap ni. Jangan terlalu membenci seseorang kerana boleh jadi orang yang kita benci itu adalah orang yang paling kita sayang suatu masa nanti."pesan Amirul. Badrul malas mendengarnya lagi. Dia pergi meninggalkan rakan-rakannya.
Bahari hairan melihat abangnya yang diam terpaku di kerusinya. Dia sedang berkhayal tentang sesuatu. Entah apalah yang sedang difikirkannya.
"Abang Bad..."tegur Bahari sambil menyentuh bahu Badrul. Di turut terkejut apabila Badrul tersentak dengan panggilannya tadi. "Abang Bad okey?”
Badrul mengeluh kecil. Dia memandang ke arah adiknya. "Abang okey. Abang masuk dululah. Abang belum solat Asar lagi ni.” Badrul meminta diri. Bahari hanya tersenyum mengangguk.


Suasana di kafe masih lengang. Maklumlah, masing-masing masih lagi bercuti. Mahu manfaatkan masa seminggu yang masih berbaki. Kalau tidak kerana mereka perlu menguruskan kemasukan kemasukkan junior sesi ini,pasti mereka masih di rumah sekarang ini. Tapi hendak buat macam mana. Mereka semua berjawatan dalam kolej. Orang terkenallah katakan… Hisy,perasan pula! Yusliza berbisik di dalam hati.
Zaidi, Anisa, Hakim, Fifi dan Yusliza makan bersama. Bergema suara mereka di kafe itu,lebih-lebih lagi suara si Fifi. Apatah lagi apabila Zaidi dan Hakim mengusiknya. Makin bingit telinga mendengar suara jeritannya.
Ketika Yusliza menghulurkan tisu kepada Hakim, Zaidi leka memerhatikan cincin yang tersarung pada jari manis Yusliza. Tanpa sedar, dia menangkap tangan gadis itu. Tindakan spontan dan selamba Zaidi itu membuatkan Yusliza tergamam. Segera dia meronta minta dilepaskan.
"Wei Adi,lepaslah! Suka-suka kau aje pegang anak dara orang. Tu, cik puan kat sebelah tu dah pandang lain macam aje. Macam nak tembak aku aje." tegur Yusliza. Zaidi hanya tersengih. Anisa disebelahnya hanya tertawa mendengar gurauan daripada Yusliza. Manalah aku ada pistol atau senapang nak tembak dia.
"Tak sengaja. Cincin apa tu Yus?" soal Zaidi lalu melepaskan tangan gadis itu. Semua mata tertumpu ke arahnya.
Yusliza tersenyum kecil. "Cincin pertunangan aku.”balasnya.
Semua terkedu seketika. Terkejut mendengar pengakuan daripada gadis itu. Tidak berkelip mata Zaidi memandang Yusliza. "Kali ni dengan siapa pulak? Penyanyi ke pelakon? Ke...atlet lagi?"tanya Zaidi sambil menahan tawanya. "Orang mana,wei? Malaysia…Indonesia…Amerika…Singapura…”tambah Zaidi lagi. Kali ini, dia ketawa terbahak-bahak. Mereka yang lain turut mentertawakan dirinya.
Yusliza masam mencuka. Jauh di sudut hati, dia berkecil hati dengan kawan-kawannya. Sebenarnya,dia ingin memberitahu tentang status barunya dan berkongsi rahsia hati bersama mereka hari ini. Namun,mereka semua memperlekehkan kata-katanya. Malah,menganggap dia tidak serius. Memang dia akui, dia suka bergurau dengan berkata yang bukan-bukan. Tapi tidak semua kata-katanya palsu!
"Kalau korang tak nak percaya, sudahlah. Tapi jangan ketawakan aku sampai macam tu sekali."perlahan Yusliza bersuara.
"Sudah...sudah...jom bersurai. Aku nak mengemas lagi. Malam ni ada meeting."ujar Zaidi. Masing-masing mula bangun untuk pulang ke bilik masing-masing. Tiba-tiba,deringan telefon menghentikan langkah mereka.
Yusliza mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar jeansnya. Terpampang nombor baru di skrin. Mungkin fasal mesyuarat malam ini. Dia segera menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum."Yusliza memberi salam. Namun, belum pun sampai satu minit panggilan itu dijawab, dia tergesa-gesa mematikan talian.
Hairan Hakim melihat tindak-tanduk gadis itu. "Siapa?” soalnya.
Yusliza hanya menggeleng dan berlalu pergi. Zaidi memandang Fifi. Memberi isyarat bertanyakan tentang Yusliza yang tiba-tiba berubah. Fifi hanya menjungkitkan bahu lalu mengejar langkah Yusliza.
"Kim, aku hantar Anis kejap. Kau naiklah dulu." Zaidi berkata. Hakim hanya mengangguk. Namun dia pelik melihat perubahan Yusliza. Apa yang mengganggu gadis itu secara tiba-tiba?


"Hoi!" sergah Hakim. Yusliza mengurut dada. Terkejut dia dibuatnya. "Termenung aje. Kau fikir apa? Minggu orientasi dan habislah."
"Entahlah."ringkas jawapan Yusliza. Dia mengeluh perlahan.
Hakim terdengar keluhan itu. "Jangan mengeluh,berdosa." Hakim mengingatkan. Dia terus duduk di sebelah Yusliza. "Cepat,ajar aku."arahnya.
Yusliza menjeling seketika ke arah Hakim yang sudah tersengih-sengih. Ewah...ini hendak minta tolong aku, atau hendak mengarah aku?
Namun apabila melihat wajah Hakim itu, marahnya tidak jadi. Dia terus menerangkan subjek perundangan tersebut kepada Hakim. Terangguk-angguk kepala lelaki itu. Cuba memahami dan mengingati apa yang dijelaskan oleh Yusliza.
"Kau faham tak? Kalau tak, aku ada tips nak bagi supaya kau faham dan ingat."bersungguh-sungguh Yusliza berkata.
Berseri-seri wajah Hakim mendengar Yusliza berkata begitu. Mungkin, tips itu dapat membantunya. Segera dia menganggukan kepala.
"Kau ambil fail aku ni, ketuk kepala kau. Mesti kau ingat punya." serius Yusliza berkata. Mati senyuman Hakim.
"Hampehlah kau ni. itu nak membunuh aku namanya. Terima kasih ajelah untuk tips kau tadi."geram Hakim bersuara. Tergelak-gelak Yusliza melihat air muka lelaki itu. Yusliza terus galak mengusik lelaki itu.
Hakim menjeling tajam ke arahnya. "Gelaklah...gelak. Ibu aku selalu cakap. Kalau banyak gelak,nanti kita menangis."pesan Hakim. Namun, Yusliza tidak mempedulikan pesanan lelaki itu. Hakim terus mengetuk dahi Yusliza dengan buku notanya.
Yusliza terdiam. Dia memandang Hakim lalu membalas pukulan lelaki itu. Terkial-kial Hakim mengelak pukulan Yusliza yang bertubi-tubi itu.Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang melihat kelakuan mereka sedari tadi.
Badrul menumbuk stereng keretanya. Hatinya baran melihat kemesraan pasangan itu.. Lagak seperti sepasang kekasih yang sedang hangat bercinta. Kalau kau sudah ada kekasih, kenapa menerima pertunangan ini? Kenapa beri aku harapan? Soalnya sendiri.
Tapi...ada ke dia bagi aku harapan? Entah-entah,aku aje yang mengharap. Dia tak ada apa-apa pun. Argh...dia tunang aku! Dia milik aku, bukan orang lain! Badrul keluar dari keretanya.
Yusliza terus memukul Hakim. Mencari ruang agar pukulannya tepat pada sasaran. Dia langsung tidak menyedari seseorang sedang mendekatinya.
"Yusliza!" satu suara memanggilnya. Kedua-duanya menoleh ke arah suara itu.


Yusliza menangis. Hakim duduk sepi di sebelahnya. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ingin menelefon Fifi, gadis itu menghalang. Kini, dia buntu. Segalanya berlaku selepas pertemuan gadis itu dengan lelaki tadi.
Kehadiran seorang lelaki mematikan pertelingkahan mereka. Lelaki itu kemudiannya meminta izin untuk berbicara sendirian dengan Yusliza. Tanpa ada sebarang prasangka, Hakim meninggalkan mereka berdua. Dia ingin mahu segera pulang ke biliknya. Namun, wajah mendung Yusliza mematikan niatnya itu. Sebaliknya, dia menunggu di ruang lain.
Perbualan pasangan itu nampak tenang. Tiada apa yang mencurigakan. Cuma Yusliza lebih banyak menunduk dan kurang bercakap. Beberapa minit kemudian, lelaki itu pergi. Yusliza masih duduk terpaku di kerusi itu. Segera Hakim menghampiri sahabatnya.
Terkedu Hakim tatkala melihat airmata yang mula bergenang di tubir mata Yusliza. segera dia membawa Yusliza meninggalkan tempat tersebut. Khuatir sekiranya ada yang membuat cerita yang bukan-bukan.
Kini, mereka duduk di tepi kolam ikan. Yusliza memeluk kedua-dua belah lututnya. Airmata masih terus mengalir. Tetapi tidaklah sederas tadi.
"Ikan-ikan, pergi main jauh-jauh. Hujan buatan manusia sedang turun ni…” usik Hakim. Cuba mengurangkan kesedihan di hati Yusliza.
"Kau apahal!” marah Yusliza. Orang tengah bersedih, dia perli pula.
"Tak adalah. Aku kesiankan nasib ikan tu. Datang dekat dengan kau. Nak manja-manja. Tapi kau bagi airmata pada mereka. Itu okey lagi. Buatnya kau terbagi hingus kau tu. Eee...geli aku."Hakim menjungkit-jungkit bahunya. Yusliza menjeling. Ditamparnya bahu Hakim sekali.
"Wei,apa ni! aku bercakap apa yang benar. Kau ni... aku nak bagi warning. Jangan pukul aku lagi. Sakitlah,woi. Batal wuduk aku."Hakim bergurau dalam marah. Kali ini, tanpa mempedulikan amaran tadi, Yusliza memukul Hakim bertalu-talu. Hingga akhirnya dia yang keletihan.
Suasana sepi seketika. Hakim menggosok-gosok lengannya. Laju nafas Yusliza setelah puas melepaskan kemarahannya pada Hakim. Kesian lelaki itu. Tidak fasal-fasal menjadi mangsanya.
"Kan betul aku cakap. Jangan banyak ketawa. Nanti kita menangis. Masin mulut aku."ujar Hakim.
Yusliza menjeling. "Kalau macam tu, jaga pemakanan kau. Banyakkan bersenam. Nanti kena darah tinggi."balas Yusliza. Hakim mencebik.
"Boleh aku tahu, siapa lelaki itu?" soal Hakim tiba-tiba. Terbayang lagi lelaki tadi. Orangnya tinggi. Memiliki wajah yang menarik dan berkulit cerah. Ditambah pula dengan tubuhnya yang sasa. Ada pakej untuk menjadi lelaki idaman gadis-gadis. Berbeza pula dengan Yusliza. Gadis itu tidaklah secantik Fifi. Hanya sekadar sedap mata memandang. Namun Hakim akui,dia suka melihat mata Yusliza yang membulat itu. Comel dan seolah-olah terdapat pelbagai cerita di dalamnya. Tapi, apa kaitan mereka berdua ini? Lelaki itu…Boyfriend diakah? Soalnya sendiri.
Yusliza terdiam. Mungkin, inilah saatnya dia berkongsi cerita bersama kawan-kawannya. "Panjang ceritanya.” Yusliza menarik nafas.
"Berapa episod?”
Yusliza memandang Hakim. Berkerut dahinya mendengar soalan itu. "Episod apa?"
"Yelah,panjang cerita kau tu, berapa episod?"selamba Hakim.Yusliza geram. Melilau matanya mencari sesuatu. Akhirnya, fail disebelahnya digunakan untuk memukul Hakim. Hakim menahan serangan hanya dengan menggunakan sebelah tangan sambil ketawa.
"Okey...okey...sorry." Hakim meminta maaf. Yusliza menghentikan perbuatannya. Dia duduk semula menenangkan diri.
Suasana sepi kembali. Soalan Hakim tidak terjawab. Hakim mengerti. Mungkin, Yusliza belum bersedia lagi
Yusliza merenung ikan-ikan yang bergerak kesana-sini secara berkumpulan. Kenapalah korang selalu tak serius dengan apa yang aku nak cakap ni? kalau macam ni, lebih baik aku diamkan saja.
posted by BLOGGER @ 2:54 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
3 Comments:
  • At 12/11/09 9:22 PG, Anonymous Tanpa Nama said…

    hi..
    erm...mgkn bad bgtu smthing psl pertunangan diaorg..
    mst hakim n amirul suka kat yus...

    teruskan...
    anda dah ada peminat

     

  • At 12/11/09 3:25 PTG, Anonymous zaitackey said…

    best dah ni..smbg cpt ye:)
    sy suport pnulis.

     

  • At 13/11/09 2:52 PTG, Anonymous Tanpa Nama said…

    bez citer ni...
    smbung lg ye...
    truskan..

     

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group