BLOG KOLEKSI CERPEN , NOVEL & CERITA ONLINE

   LAMAN UTAMA  | KOLEKSI CERPEN  | KOLEKSI NOVEL  | HANTAR KARYA | HANTAR PESANAN | AJAK KAWAN | BUAT PERMINTAAN LAGU | IKUTI BLOG INI | FACEBOOK

      Radio Online

 

klik "STOP" untuk hentikan siaran radio. Semoga terhibur.

  Koleksi Cerpen 

Jika itu takdirNya

Takdir milik Allah

Disini mawar disana penawar

Bidadari cinta

Awekku gengster nyerr

Black vs white

Aku dan dia

Memang berbaloi

Best friend not boy friend, Nyah

Beda tipis

Aku tidak bernyawa lagi

Roommate yg romantik II

Loves comes around

Hati

Cinta remaja

Kasih anak

Selamat tinggal luqman

Kerana dia ayahku

Terima kasih cinta

Aku kan ader

Nilai sebuah persahabatan

Hanya kau

Mahakarya agung sebuah kemerdekaan

Kerana umar adha

Biarkan cinta itu pergi

1 Disember

Diari seorang lelaki

Sebuah memori

Suci nur kasih

Badai cinta pertama

Ceritera aku dan dia

Ku bawa memori itu

Darul Taqwa & dato Dr Johar

Kau boleh blah!!

My miss nanny

Seandainya ku tahu

Diari hati firdaus

Mimpi yang pasti

Sampai syurga

Memang ku cinta

Unsaid?

Cinta lagi?

Cinta bukan jaminan

Cinta hakiki

Aku, dia dan pantai

Bisikan hati

Selamanya Sarah

Peeya dan payus lagilah

Hikmah perpisahan II

Dia

Cinta dalam diam

Kata terakhir darimu is love u

Aku bukan siapa-siapa

Aril & Akim

Kalau ku turutkan kata hati

Minah skuter

Jadilah seperti aku

Privite investigator putput

Gadis kebaya putih

Isteriku

Adam II

Misteri tengah malam

Dollah loves joyah

Biarku sentuh cintamu

Lifetimes lover

Saat itu

Hanya dirimu

Kasih famili

Mulanya disini

Ikatan kasih

Dan akhirnya

Kembalilah sayang

Pelangi anganku musnah

Cinta dalam hati

Pergi tak kembali

Adakah dia milikku

Pungguk dan bulan

Cinta terlarang

Cintaku di RNR tapah

Lisa

Kasih aini hidayah

Kantoi, jodoh atau kebetulan

Adakah cinta bukan milikku

Kuning vs ungu

Pelangi cinta

Adam

Biarlah rahsia

Achmad firdaus

Jalan berliku

Rintihan kekasih

Namaku Aishah

Zani pencuri rambutan

Nur hawa balqis

Itu sudah takdirnya

You are my boss

Cinta

Antara 2 cinta

Tragedi zam & chom

Benang merah di-fa

Terima kasih sayang

Jiwa-jiwa luka

Taqdir cinta kita

Cintaku selamannya

1 hari aku jatuh cinta

Biarku sentuh cintamu

Aku dan kimi = cinta atau tidak?

Cincin untuk Aisyah

Kenapa begini jadinya

Cinta, i need you

Lakaran cinta abadi

Cioccolato Caldo

Tragedi lombong lama

Yang sebenarnya

Ketuk pintu hati

Dia masih sayang

Teman

Cinta untukmu

Adil fitri

Kau, aku & mereka gila

Hikmah perkahwinan

Mengenangmu

Mungkin Nanti

Mencintainya

Cinta si pengesek biola

Maafkan aku luftan hafiy

Kasih

Hanya itu yang ku mahu

Bermulanya diari cintaku

Menantu untuk mama

Sumpah itu hantu

Diari lukisan

Cinta gila

Romantik

Cintaku, dia dia kamu

Kau atau dia

Indahnya cinta maya

Seseorang itu

Nur alia natasya

Mamat disperate

Mencari jannah

Cukup sekadar disini

Sebuah memori

Keras dan lembut

Katak oh katak

Hacks 1437

Dialah suamiku

Selamat tinggal kawan terbaik

Pandangan matanya

Kerana mobil

Dia tunanganku

Maria dan azri

Aku terperasan je

Blind date

Roda hidup

Kasihku seputih salju

Wanginya bunga kantan

Mahligai rindu

Aku, dulu, kini dan selamannya

Prinsip cinta aina

Ikan emas, jom kawen

Man in black vs Dona karen penang

Cubit peha kiri

Bantal busuk

Hujan

Maafkan daku

Tombol pintu hidayah III

Gara-gara G

Diari seorang member

 

Klik disini untuk keseluruhan koleksi cerpen....

Novel Bersiri
      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      html banner

klik di bawah dan "paste" ke dalam website, homepage, blog, friendster, myspace anda

 

      Jumlah Pelawat

      Untuk Anda

 

  Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

  Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. 

 

PERCUMA KARYA CERPEN, NOVEL, CERITA TERBARU DAN AKAN DATANG DARI PIHAK KAMI TERUS KE EMAIL ANDA. MASUKKAN EMAIL ANDA:-

 

email:

 

Isnin, November 09, 2009
Novel : Ku Percaya Ada Cinta 1
Nama Pena : Aisha @ Sara Hamza

BAB 1

LANGIT yang cerah tidak langsung menunjukkan tanda-tanda bahawa hari akan hujan. Bintang berkelipan cantik di angkasa. Seorang gadis sedang duduk di balkoni rumahnya menebarkan pandang ke arah langit. Serasa ingin menggapai bintang-bintang yang nun jauh melangit di angkasa. Tiba-tiba bahunya tersengguk-sengguk menahan tangis. Hati tergores mendengarkan kata-kata yang dilontar oleh seorang budak lelaki di sekolahnya siang tadi. Dia tahu dirinya yang bersaiz besar ini pasti tidak setanding dengan gadis-gadis genit di sekolah. Bukan dia pinta perasaan itu hadir. Tetapi hadir secara tanpa paksaan. Entah kenapa dia boleh jatuh cinta pada budak lelaki itu. Sedangkan budak lelaki itu adalah gangster sekolah. Selalu sahaja dia dipanggil masuk ke bilik guru disiplin. Hati dia menjadi berdebar-debar apabila berhadapan dengan lelaki itu. Dia tidak suka berpura-pura. Hipokrit bukanlah dirinya. Itulah Dizyan Farhana. Gadis bertubuh besar yang senantiasa mendapat hadiah kecemerlangan setiap tahun kerana keputusannya yang selalu sahaja berada di tangga teratas. Teringat kembali akan kejadian yang berlaku siang tadi. Sungguh dia sudah dimalukan oleh budak lelaki yang dicintainya itu.
"Fez, si blue hyppo ni ada hati kat kau." Salah seorang daripada rakan budak lelaki itu berkata semasa Dizyan melintasi kumpulan mereka. Ya, Fez. Fezrull Faizal. Lelaki yang diminatinya sejak tingkatan satu lagi. Entah kenapa dia boleh jatuh cinta pada Faizal. Tetapi yang pasti, bukan kerana wajahnya yang iras Daniel Henney, pelakon Seducing Mr. Perfect itu.
Dizyan perlahan-lahan berjalan melintasi mereka. Ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan lagi oleh budak lelaki itu. Yang lain hanya ketawa berdekah-dekah. Dizyan memandang sekilas ke arah Faizal yang sedang membuat muka selambanya membalas kembali pandangan Dizyan. Segera Dizyan mengalih pandang ke tempat lain. Hati dia terasa berdebar. Menarik nafas perlahan. Kemudian, dilepaskan.
"Wei, blue." Panggil Faizal kuat. Terhenti langkah Dizyan. Beralih ke arah Faizal.
"Dia mengaku dia blue hyppo." Ujar Aneeq. Juga salah seorang ahli kumpulan Faizal itu. Serentak dengan itu, ketawa mereka satu kumpulan berderai. Kiranya Faizal ini adalah ketua kumpulan. Mereka menjadikan dia sebagai ketua kumpulan kerana dia adalah anak orang berada. Ibubapanya berpangkat gelaran yang dikurniakan oleh Yang Dipertuan Agung.
"Sini kejap." Panggil Faizal. Berat sahaja kaki Dizyan hendak melangkah ke arah mereka. Dia tahu pasti mereka semua akan menyusahkan hidupnya.
Semasa Dizyan melangkah ke arah Faizal dengan senyuman yang ikhlas, dirasakan seseorang telah melanggar dia sehingga dia terdorong ke hadapan. Dilihat wajah orang itu. Seorang gadis tersenyum sinis. Cepat sahaja langkah gadis itu menuju ke arah Faizal. Dizyan melangkah jua ke arah lelaki itu.
"Sayang, kenapa you panggil blue hyppo ni datang sini?" soal Ku Zhety atau nama sebenarnya Engku Zhety Engku Nashman. Dia melabuhkan punggung disebelah Faizal. Disendengkan badannya kepada Faizal. Meluat Dizyan melihat gadis itu. Hish, menyampah aku! Faizal tu aku punya, hatinya menjerit geram. Tapi tidak terluah pula di mulut.
"Saja." Faizal berkata ringkas. Ku Zhety masam mencuka. Dia menyilangkan lengan ke dada. Faizal mengelus perlahan rambut Ku Zhety yang beralun itu. Segera Ku Zhety menepis kasar. Tanda protes. Dijungkitkan bahu sedikit. Tidak faham dengan sikap perempuan yang suka berubah-ubah.
Faizal berdiri dan berjalan menuju ke arah Dizyan. Jejaka muda itu bisa menggegarkan hati Dizyan. Dia tersenyum semanis mungkin. Faizal mengukir senyuman menggoda. Hati Dizyan berdegup kencang.
"Kau suka kat aku?" tanya Faizal sedikit berbisik. Tanpa paksaan, Dizyan mengangguk perlahan.
"Tapi...kawan-kawan aku lagi suka kat kau." Faizal berkata dan sedikit mengelak apabila kawan-kawan sekumpulannya membaling lumpur ke arah Dizyan. Habis kotor baju sekolah putih Dizyan. Sudah bertompok-tompok kehitaman. Mereka masih galak membaling lumpur. Kadangkala Dizyan mengelak, dan kadangkala pasti melekat kotoran itu di muka dan bajunya. Nasib baik sudah habis waktu sekolah. Jadi, boleh sahaja dia terus balik untuk membersihkan diri.
Sudah puas mereka membaling lumpur, Ku Zhety berjalan menuju ke arah Faizal yang menyilangkan lengan ke dada sambil tersenyum sinis.
"Untuk pengetahuan kau, aku suka orang macam Zhety ni. Cantik, kurus, seksi." Ujar Faizal. Kemudian mencuit dagu Zhety. Tergelak kecil gadis itu. Tangannya diletakkan di atas bahu Ku Zhety.
"Orang macam kau ni, tak layak untuk orang macam aku. Kau ni lebih sesuai dengan....siapa, wei?" Faizal bertanya seraya mengalih pandang ke arah kawan-kawannya itu.
"Bob Boroi." Serentak dengan itu, tawa mereka pecah. Mata Dizyan mencerlung ke arah mereka semua. Darah merah menyerbu ke muka.
"Kau orang semua ni memang suka menyusahkan mak bapak je. Perhabiskan semua harta dia orang. Datang sekolah bukan nak belajar, tapi belajar nak jadi gangster. Kau orang ni kalau cekik bagi mampus pun tak apa. Tak menyusahkan mak bapak kau orang nak sara kau orang sampai besar. Parasit! Kau orang ni memang....SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA!!!!" jerit Dizyan lantang. Mereka semua terkejut dengan jeritan itu. Aneeq menuju ke arah Dizyan. Diangkat tangan setingginya. Ingin menampar wajah mulus dihadapannya itu.
"Tamparlah. Kau memang dayus. Lelaki pengecut. Dengan perempuan, kau beranilah. Cuba berlawan dengan orang yang setara dengan kau. Kau ni lembik." Dizyan berkata tegas. Tetapi dalam hatinya, cuba ditahan perasaan takut. Takut juga jika Aneeq bertindak di luar kewarasannya. Rizal segera menarik Aneeq untuk menjauhi gadis itu.
Dizyan berpaling memandang Faizal dan Ku Zhety yang juga kelihatan terkejut.
"Kalau setakat girlfriend kau ni yang pakai ala-ala macam pengemis tak cukup kain, aku tak hairanlah kalau kawan-kawan kau sendiri kata perempuan ni pelacur." Ujar Dizyan dan terus sahaja melangkah pergi. Terdengar jeritan Ku Zhety dari jauh. Dizyan tersenyum sinis. Faizal sudah mengepal penumbuk. Dia menumbuk batang kayu pokok yang dijadikan tempat berjumpa ahli kumpulan mereka.
"Aku pasti akan balas dendam. Jaga kau, Dizyan." Faizal mengetap gigi. Badannya menggeletar menahan amarah. Darah mengalir keluar dari tangan sudah tidak dipedulikan lagi.


SEBAIK sahaja tiba di rumah, Dizyan melangkah masuk ke dalam rumah. Kakinya laju mendaki tangga menuju ke bilik untuk membersihkan diri. Tanpa disedari, Dizyan terlanggar Mak Kiah yang baru keluar dari bilik untuk ke dapur.
"Awal kamu balik hari ni, Yan. Tak ada kelas tambahan ke?" tanya Mak Kiah yang sedia maklum akan aktiviti anak majikannya itu setiap hari.
Isnin hingga Khamis pasti ada kelas tambahan dan latihan bola jaring untuk rumah sukan yang diwakilinya. Dizyan hanya dijadikan pemain simpanan. Tidak pernah dia turun ke padang untuk bersama rakan-rakan sepasukan yang lain. Ini bukan kerana dia tidak mahu. Tetapi langsung tidak pernah diberikan peluang. Mereka takut mereka akan kalah jika Dizyan turut bermain. Alah...bukannya Dizyan tidak tahu yang mereka takut Dizyan tidak dapat berlari untuk mengejar bola dan akan menyebabkan kekalahan rumah mereka itu. Kadangkala dia menyesal menjadi seseorang yang bersaiz besar. Tidak ada kekasih, tidaklah dihairankan sangat. Tetapi selalu jadi bahan hinaan dan caci umpat rakan-rakan sekolah. Itu yang menjadikan dia bertambah tertekan.
"Hari ni dibatalkan Mak Kiah. Sebab Cikgu Asmah sakit perut. Jadi, tak adalah." Ujar Dizyan memandang wajah tua dihadapannya itu. Sudah bertahun Mak Kiah berkhidmat di rumah mereka itu. Terkerut-kerut Mak Kiah melihat keadaan Dizyan yang disaluti lumpur itu.
"Kenapa berlumpur kamu ni, Yan?"
"Ermm...ta..tad...tadi...Yan jatuh." Tergagap-gagap Dizyan menjawab.
"Hmm...tak apalah. Yan letak baju Yan tu dalam baldi. Nanti Mak Kiah basuh dengan tangan. Lumpur ni nak kena sental dulu. Kalau masuk mesin basuh je, nanti tak keluar kesannya." Mak Kiah berkata dan berkira-kira hendak beredar dari situ.
"Eh, tak apalah, Mak Kiah. Yan sental sendiri. Lepas tu baru Yan letak dalam washing machine." Dizyan menolak cadangan Mak Kiah itu.
"Yalah." Mak Kiah terus sahaja beredar ke dapur. Dizyan berlari-lari anak naik ke tingkat atas dan segera menanggalkan baju yang penuh lumpur itu. Diletakkan di dalam baldi di dalam bilik air untuk direndam dengan air sabun sebentar sebelum mula menyental. Dia harus membersihkan diri. Geli-geleman dengan lumpur yang kotor itu. Air yang keluar dari shower itu membasahi dirinya yang dalam kekotoran lumpur itu. Sedikit lega melihat lumpur yang mulai bersih dari badannya.
"Kau memang nak kena dengan aku, Faizal & Boys. Hish, apa punya nama daa...Tak commercial langsung. Apa aku nak buat dengan dia orang ni?" Dizyan sudah mengepal penumbuk sebelah tangan kanan dan menumbuk perlahan telapak tangan kirinya. Tiba-tiba pintu bilik airnya diketuk. Terkejut Dizyan sambil mengurut dada.
"Yan, marilah turun makan. Mak Kiah dah siapkan makan tengah hari kamu." Laung Mak Kiah dari luar. Dizyan memerlahankan air shower itu.
"Ok, Mak Kiah. Kejap lagi Yan turun." Selepas Dizyan selesai berkata, terdengar pintu biliknya ditutup oleh Mak Kiah. Dizyan meneruskan mandiannya.
Setengah jam kemudian, Dizyan turun ke bawah. Makanan sudah terhidang di atas meja. Dizyan hendak ke dapur untuk mengambil pinggan makannya. Dilihat Mak Kiah sedang sibuk memasak cucur ikan bilis. Dizyan menceduk nasi dari dalam periuk nasi ke pinggannya.
"Mak Kiah, meh la makan sekali." Pelawa Dizyan.
"Tak apalah, Yan. Mak Kiah tengah nak masak cucur ni untuk minum petang Puan Hajjah." Mak Kiah masih lagi meneruskan kerjanya tanpa memandang wajah Dizyan.
"Umi dengan Abah pergi mana, Mak Kiah?" tanya Dizyan. Dari tadi, tidak kelihatan dimana-mana kelibat kedua ibubapanya.
"Umi tu biasalah hari-hari kan ada kelas agama kat surau depan rumah tu. Abah Yan manalah nak pergi, kalau tak ke pejabatnya." Mak Kiah mula sibuk menyediakan bahan-bahan untuk makan malam. Dipotong sayur jagung, kacang buncis, lobak merah dan kubis untuk dibuat sayur. Lauk yang ringkas dapat membuatkan Dizyan menambah nasi berkali-kali.
"Aik, bukan Kak Syifa dah ambil alih urusan semuanya ke?" Dizyan mengerutkan dahi. Setahu dia, kakak sepupunya yang dijaga oleh Tuan Haji Azmin dan Puan Hajjah Karissa sejak kecil, selepas ibubapa Asyifa meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya telah mengambil alih segala urusan syarikat sebelum syarikat itu dapat diserahkan kepada pewaris Tuan Haji Azmin yang sah iaitu abang kepada Dizyan, Izham Firdaus.
"Entahlah. Adalah masalahnya tu." Mak Kiah berkata lagi. Dizyan mengangguk perlahan. Dia berlalu ke meja makan dan melabuhkan punggungnya disitu. Menceduk kuah ikan pari masak asam pedas dan daging goreng masak kicap. Begitu berselera Dizyan menyuap makanan ke mulutnya.


USAI menjamu selera, Dizyan merehatkan badan yang keletihan ke sofa sambil menonton televisyen. Kedengaran pintu rumah dibuka dari luar. Terjengul wajah Puan Hajjah Karissa. Tersenyum memandang anak gadisnya itu. Ditutup semula pintu utama. Mak Kiah yang baru sahaja selesai menghidangkan cucur ikan bilis dan air teh di atas meja, menuju ke arah Puan Hajjah Karissa yang sedang membuka tudung kepala. Dikibas-kibaskan sedikit tangan ke muka. Panas! Nasib baik penghawa dingin di ruang tamu dapat menyejukkan badan.
"Baru balik, Yan?" tanya Puan Hajjah Karissa seraya melabuhkan punggung disebelah Dizyan. Menepuk-nepuk peha Dizyan yang berisi itu. Dizyan dengan sikap manja melentokkan kepala ke bahu Uminya. Sudah lama tidak bermanja dengan Umi. Sejak sibuk dengan kelas tambahan. Almaklumlah, dia bakal menduduki SPM tidak lama lagi.
"Taklah, Umi. Dah lama."
"Dah makan?" Puan Hajjah Karissa memang seorang ibu yang prihatin.
"Dah, Umi. Dua pinggan lagi." Seloroh Dizyan. Mereka sama-sama tergelak kecil.
"Puan Hajjah, Yan. Marilah makan. Saya dah siapkan ni." Panggil Mak Kiah lembut. Puan Hajjah Karissa memandang ke arah Mak Kiah dan mengangguk perlahan.
"Jom, Yan. Kita makan cucur Mak Kiah buat."
"Tak apalah, Umi. Umi pergilah makan dulu. Kejap lagi Yan makan." Ujar Dizyan. Puan Hajjah Karissa mengangguk dan terus bangun dari sofa. Menuju ke meja makan. Dizyan kembali meletakkan kepala diatas sofa. Membaringkan diri sambil menonton. Sudah lama tidak berehat begini.
Sabtu dan Ahad, tuisyen memanjang. Kalau tuisyen dibatalkan, Dizyan dan rakan-rakannya pasti membuat perbincangan mengenai subjek yang menjadi pilihan mereka. Selama setahun ini, terpaksalah dia bertungkus-lumus. Memang impiannya untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Haruslah dia berusaha lebih sedikit. Puan Hajjah Karissa dan Mak Kiah leka bersembang di meja makan. Bermacam-macam perkara yang dibincangkan.
Setelah habis menjamu selera, Puan Hajjah Karissa bangun dan menuju semula ke ruang tamu. Cadangnya ingin bersembang pula dengan Dizyan. Tiba-tiba matanya tertancap pada sekujur tubuh yang sedang tertidur lesu. Menggeleng kepala Puan Hajjah Karissa. Letih sangat, agaknya. Sudah jarang bertemu muka dengan anak perempuan seorang itu. Setiap kali Dizyan pulang dari sekolah selepas kelas tambahan, Puan Hajjah Karissa pasti sudah ke kelas agama di surau yang berdekatan. Kalau dia pula pulang dari kelas agama, Dizyan keluar untuk ke tempat tuisyen. Disebelah malamnya, sebelum Dizyan pulang dari kelas tuisyen, Puan Hajjah Karissa sudah ke surau untuk berjemaah Maghrib disana dan juga mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang berlainan setiap minggu. Pulang sahaja Puan Hajjah Karissa selepas Isyak, Dizyan memerap dalam bilik untuk mengulangkaji. Hanya akan turun untuk makan malam. Kemudian, memerap semula dalam bilik. Kasihan anaknya itu. Dia sangat berusaha untuk menjadi seperti Izham. Abangnya itu kini sedang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Puan Hajjah Karissa menunduk dan perlahan-lahan mengusap rambut Dizyan. Dilihatnya Dizyan menggerakkan sedikit badan. Membuka mata dan mengecilkan semula apabila lampu chandelier di ruang tamu menyuluh mata.
"Yan...." panggil Puan Hajjah Karissa perlahan.
"Ya, Umi?"
"Pergilah masuk bilik. Tidur dalam bilik kan lagi selesa." Ujar Puan Hajjah Karissa dengan senyuman. Wanita anggun itu sentiasa manis dengan senyuman. Dizyan mengangguk lemah dan segera bangun dari perbaringan. Melangkah longlai menuju ke biliknya di tingkat atas. Dibuntuti oleh Puan Hajjah Karissa.
Dizyan menutup pintu biliknya setelah dia memboloskan diri masuk ke dalam bilik. Dibaringkan diri ke atas katil empuk. Terasa lega dapat merehatkan badan setelah berminggu-minggu tidak berhenti aktivitinya. Dizyan mengeliat sedikit.
"Argh....leganya." tiba-tiba telefon berdering. Dengan malas, Dizyan mencapai telefon bimbit di atas meja sisi katil. Dilihat di skrin. Tertera nombor yang tidak dikenalinya.
"Hello?" dengan sedikit mengantuk, Dizyan menjawab juga.
"Jangan kau berani nak datang sekolah esok. Nahas kau, aku kerjakan." Si pemanggil berkata kasar. Terbelalak mata Dizyan. Siapakah yang berani sangat menelefonnya di waktu dia ingin berehat?
"Siapa kau ni? Suka hati aku lah nak datang ke tak nak esok. Yang kau nak kisah, apa hal." Terus sahaja Dizyan mematikan talian. Mendengus geram. Telefonnya sekali lagi menjerit nyaring. Dilihat sekali lagi di skrin. Nombor yang sama.
"Eh, hello....Kau ni siapa ha? Nak menganggu hidup orang je kerja kau kan. Pergilah cari kerja yang berfaedah sikit." Belum sempat Dizyan mematikan talian, si pemanggil berkata.
"I’m your worst nightmare." Bisik si pemanggil. Konon ingin menakut-nakutkan Dizyan.
"Pergi mampuslah dengan kau punya nightmare. Apa...kau ingat ni cerita I Know What You Did Last Summer? Atau Texas Chainsaw Massacre? Or Friday Night The 13th? Ohh...atau kau ingat ni Urban Legend, The Exorcist? Eh, hello....kau ni banyak sangat kot tengok cerita-cerita macam tu sampaikan kepala otak kau tu dah tak betul. Pergi mampuslah, gila!!!" jerit Dizyan sebelum mematikan talian dengan pantas. Habis terkeluar kesemua cerita-cerita seram yang menjadi kegemaran Dizyan sehingga sekarang. Kalau dia menonton Urban Legend dan The Exorcist, pasti seminggu tidurnya dihantui oleh perkara-perkara yang berlaku dalam cerita tersebut.
Dizyan menggelengkan kepalanya sedikit. Dicampak telefon bimbit di atas katil. Dia turut mencampakkan kepalanya ke atas bantal dan memejamkan mata. Habis terkeluar sudah semua tenaga yang dijana tadi.


BERSAMBUNG...
posted by Penulisan2u @ 3:54 PG  

Kongsi Karya Ini Di Dinding Facebook Anda
2 Comments:

Catat Ulasan

TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan

<< Home

 

 

 NOVEL TERBARU DI PASARAN

 

 

"Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia langsung tidak percaya dengan sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan Carta Prince Charming.

"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri bunian? Puteri lindungan bulan?”

Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.

Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari Prince Charming!

Tajuk: Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM19.90
Ulasan:

 


 

NOVEL HANGAT DIPASARAN

 

 

Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

 

Baca bab awal dari bab 1-15 di www.takmungkinkuhindar.blogspot.com
 

Tajuk: Tak Mungkin Kuhindar
Penulis: Ana Sofiya
Terbitan: Fajar Pakeer

Harga: RM22.90
Ulasan:

 


       Karyaseni

www.karyaseni.my
www.karyaseni.com.my
       Menarik Klik Dibawah
    50 Karya Terbaru

  Info Karya Terkini

      Baca Karya Pilihan

  Pelukan Cinta - Novel cinta yang 90% adalah kisah benar, wujud lagikah manusia sebegini?

 

  Suami Aku Ustaz - Bila Suami Yang Merupakan ustaz kini menjadi suamiku, Sebuah novel yang banyak menekan nilai-nilai islamik

 

  Terlerai Kasih Sebuah novel yang heroinnya bertudung, novel yang begitu menarik. selamat membaca

 

  Kahwin Ganti - Novel yang pasti dapat memikat hati pembaca. bagaimana seorang yang sakit menjadi suamiku

 

  Kemilau Karya Kasih - Kisah  anti novel melayu, yang memandang jijik dan hina novel melayu. ikuti kisah menarik ini.

 

  Opps pintu hatiku - Kisah yang menarik pilihan yang mampu memberi keseronokan membaca

 

  Pilihan Mama - perlukah ikut pilihan mama, sedangkan pilihan mama umpama manusia yang tidak berperikemanusian

 

  Tak Mungkin Kuhindar - Novel yang mendapat sambutan dan popular di penulisan2u

 

  Dibius Cinta - Cucukan jarum cinta manakah yang mampu membius hatiku. Kalau sudah membaca novel ini kali pertama, pasti tidak akan berhenti.

 

 

klik pada tajuk untuk membaca karya pilihan di atas

 

      Iklaneka

 

125 

 

 

 

 

 

Berminat iklan di blog penulisan2u? hubungi kami di email : Bantuan@penulisan2u.net

      Tarikh Karya

 

Ikuti blog ini | Follow this blog

      Berita Hangat

Penulisan2u sedang berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik. Antara novel yang sudah di terbitkan

 

  Biarlah YM Berbicara

  Baju Pengantin Mak Andam

  Siapakah Di hatiku

  Hot Gimmick

  Pergilah Air Mata

  Sepupuku Suamiku

  Hadirmu Takdirku

  Cermin

  Tak Mungkin Kuhindar

  Bini Aku Tomboy Ke?

  Jodoh Atau Cinta

  Prince Charming

  AD + IZ 

 

Tunggu kemunculan novel-novel terbaru dari penulis penulisan2u setiap bulan di pasaran.

      Ingin Hadiah?

PERADUAN KUIZ . Tahniah kepada 10 Pemenang Kuiz, Hadiah ditaja oleh Syarikat Penerbitan Kaki novel Enterprise. Klik Disini untuk melihat Senarai pemenang.

 

UNTUK PENULIS. 5 Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan. akan menerima hadiah sebuah novel. Blog pertama dan satunya2 blog yang memberi hadiah kepada penulis. Klik Disini untuk melihat senarai Penulis terbaik pilihan pembaca setiap bulan

 

UNTUK PENGULAS & PEMBACA?

2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan membina, pada setiap karya cerpen / novel  di penulisan2u akan menerima hadiah sebuah NOVEL.

 

      Bilik Sembang

Info
TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

1/1/2009:
Tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Ingatlah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya - al-Radu [13]: 11-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net
      Chit-Chat Corner

online
     Rakan Niaga

Rahsia dari 8 Jutawan Malaysia

Rahsia penjimatan elektrik

117 Idea Bisnes Luar Biasa

Webhosting Terbaik Malaysia

Video Tutorial Bisnes Internet

Peluang Bisnes SMS

Google Adsense jana Duit

Rahsia perniagaan digital

Business Internet

Cara Format PC

Perkakasan membina website

Cara membina Blog wordpress

Buat Duit dengan Ebook

Rahsia sistem merekrut MLM

Menjana pendapatan di EBAY

Tingkatkan Traffik ke website

Tiada duit untuk kahwin?

Rahsia Bisnes di Internet

Panduan asas membina blog

Jana wang dgn unit trust

Belajar design grafik

Bengkel website

10 Model Bisnes internet

Pakej bisnes internet

Belajar HTML website

Rahsia teknik bisnes di EBAY

      Novel pilihan

sinopsis klik pada gambar

   Diari Penulis

    • Aisya Sofea

    • Anis Ayuni

    • Bikash Nur Idris

    • Damya Hanna

    • Dhiya Zafira

    • Eny Ryhanna

    • Salina ibrahim

    Dina Najat

    • Ahadiat Akashah

    • Norhayati Berahim

    • Aina Emir

    • Hafirda Afiela

    • Hani Fazuha

    • Dewi Sukma

    • Sri Diah

    • Zn Isa

    • Lily Suraini

    • Lily Haslina

    • Nia Azalea

    • Rose Harissa

    • Norzailina Nordin

    • Aleya Aneesa

    • Liza Zahira

    • Ida Nardiel

    • Eka fahara

    Syima Syawal

    • Meen Zulaikha

    • Rose harissa

    • Aleya Aneesa

    • Lynn Dayana

    • Mersik Romoyu

         Ingin Menjadi Penulis?

Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. ( klik disini )

Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut: Manuskrip@karyaseni.my

KarnaDya Solutions Sdn Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka layak menjadi penulis yang versatil, menghantar manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum diluluskan untuk terbitan.
 ( klik disini )

Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan? Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut ( klik disini )

 

Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di Malaysia. Jika anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21. ( klik disini)

   Ahli Pelawat
      Novel Di Pasaran

Kenangan Terindah - Hezzy Azra

Serasi di hati - Nora Ismail

Nama aku N - Aina Emir

Bunga Syurga - Anita Aruszi

Episod cinta luka - Fateen Najwa

Sandaran kasih - Aini Marisha

Fitrah kasih - Ilani Mysara

Bukan yg pertama - Salina Ibrahim

Ternyata cinta - Damya Hanna

Selagi ada dia - Aisya Sofea

Kembalikan cintaku - Norhayati NB

Warna hati - Meen Zulaikha

Seribu kali sayang - Anis Ayuni

Menanti kasih - Norzailina nordin

Cahaya - Nura zulaikha

Dakapan cinta - Eny Ryhanna

Hanya kita berdua - Aina emir

Ku Utus Rindu - Intan Arnida

Usikan rindu - Qaira Qasidah

Segalanya untukmu - A.Anessa

 

Dapatkan dikedai berhampiran anda

      Bantuan Carian

Dua cara asas untuk memudahkan anda melayari laman blog penulisan2u pada masa akan datang. pastikan anda set laman penulisan2u sebagai  "homepage utama" atau dengan "add to favorite" di pelayar komputer anda. caranya dgn klik dibawah:-

 

      Web & Blog Terbaik

Koleksi cerpen & novel online terbaik dari Malaysia, Indonesia, SIngapore & Brunei. Layari di http://penulisan2u.net

Koleksi artikel isu semasa, artikel yang menarik dan hangat http://semasa2u.blogspot.com

tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak, lucu dan kelakar. layari di laman http://kelakar2u.blogspot.com

Laman web penerbit novel KarnaDya Penerbitan Karyaseni Syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Penulisan2u. Novel-novel dari laman penulisan2u akan diterbitkan oleh Karyaseni http://www.karyaseni.my

Laman web syarikat penerbit novel Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.cesb.net.my

Laman web syarikat penerbit Kaki Novel Enterprise. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.kakinovel.com

Laman web syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd. Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.nbkara.com.my

Laman web syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd. Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.bukuprima.com.my

Laman web syarikat penerbit novel jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel terbaru yang berada di pasaran, layari di http://www.jemariseni.com

Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd (alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21 layari di http://www.alaf21.com.my

Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru  layari di laman http://www.fajarnovels.com.my

      Kata Kunci

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online

      Malaysia Group