Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Abang!" Ketukan dimuka pintu biliknya mengalihkan perhatian Qayyum seketika dari kertas kerja yang bertaburan diatas mejanya. Laptopnya dibiarkan seketika. " Nak apa ni? " pelik dia melihat Qarin Nasuha yang datang kebiliknya sambil membawa bantal busuk kesayangannya. " Adik takutlah. Hujan lebat sangat. " rengek Qarin Nasuha. Guruh yang berdentum mengegarkan hatinya. " La, adik dah besar tau. Dah masuk dua puluh dua tahun. " tergelak Qayyum dengan jawapan Qarin Nasuha itu. Tak berubah lagi budak bertuah ni. Memang sejak kecil kalau hujan lebat, adiknya itu takut tidur sendirian. Selalunya dia lari kebilik babah tapi bila babah tak ada kesitulah dia datang. " Boleh tak adik tidur sini? Abang pun tak tidur lagi kan. " Qarin Nasuha sudah pun duduk diatas katil empuk milik abangnya itu. " Tidurlah. Manja tak sudah sudah. Besok kawin macamana? " usik Qayyum lagi. Dia menggelengkan kepala dengan perangai adiknya itu. Qayyum masih leka menghadap laptop twinhead miliknya. Sibuk menyiapkan laporan untuk mesyuarat besok. Tiba tiba konsentrasinya terganggu, sayu memandang wajah pulus yang sedang lena tidur. Qayyum berjalan perlahan, tersenyum melihat Qarin Nasuha yang terlena, di ambilnya selimutnya menyelimuti Qarin Nasuha. Adiknya itu nampak aje kasar luarnya, tapi bila dirumah manjanya bukan main lagi. Perangainya masih begitu walaupun usia dah meningkat. Dia sedar Qarin Nasuha tidak dapat menikmati kasih sayang umi. Umi pergi di jemput Tuhan waktu Qarin Nasuha berusia tujuh tahun. Adiknya itu tidak pernah mengenal kasih ibu. Dia dan babahlah yang menjaganya sejak hari itu. Mereka cuba untuk memenuhi semua permintaan Qarin Nasuha. Sebolehnya tidak mahu menghampakan gadis itu.
" Tak ada muka lain ke? " usik Qarin Nasuha bila Hariz Azhan sudah mengambil tempat disisinya. Sedang dia sedang syok menikmati sarapan pagi Hariz Azhan dengan selamba boleh duduk disebelahnya. " Dah memang muka ni aje yang ada. " tersenyum dia mendengar usikan itu. Dia sedar sejak kebelakangan ini kerap benar dia menghampiri gadis itu, mungkin Qarin Nasuha tidak selesa dengan kehadirannya. " Awak duduklah tempat lain. Kenapa nak duduk sini? " tanya Qarin Nasuha, tidak selesa bila ada mata mata yang memandang sambil tersenyum sumbing. " Awak malu kawan dengan saya? ’tanya Hariz Azhan hairan dengan kata kata Qarin Nasuha. " Awak staff kat sini, saya student, senang aje kalau orang nak buat fitnah. Nanti tak pasal pasal awak kena buang kerja. " ujar Qarin Nasuha. Dia tahu tidak ada peraturan yang melarang staff kolej itu menjalin hubungan dengan pelajar sepertinya. Tapi tampak tidak manis bila Hariz Azhan mula berbaik dengannya. " Biarlah mulut orang Qarin. " ketawa Hariz Azhan mendengar kata kata gadis itu. " Nampak sedaplah. Awak masak? " tanya Hariz Azhan bila Qarin Nasuha mengeluarkan sandwich dari plastik yang dibawanya. " Masak? " tanya Qarin Nasuha kembali. Tergelak dengan pertanyaan Hariz Azhan itu. " Mak cik kat gerai bawah tu yang masak. " selamba jawapan Qarin Nasuha. " Er. . lupalah, awak tak pandai masak kan? " usik Hariz Azhan pula, tersenyum bila Qarin Nasuha menjelingnya. " Kot iya pun jangan lah cakap kuat kuat!" ujar Qarin Nasuha. Dia tergelak kecil dengan kata kata Hariz Azhan itu. Macam budak budak! " Qarin memang asal sini? " tanya Hariz Azhan pula. " Iya, kenapa? " soal Qarin Nasuha kembali. " Tak adalah, saja tanya. " jawab Hariz Azhan sambil menghirup air teh tarik kegemarannya. " Besarnya!" tiba tiba Qarin Nasuha bersuara. Bulat matanya memandang televisyen didepan mata. " Apa? " hairan Hariz Azhan mendengar kata kata gadis itu. Lain yang sedang berlegar dikepalanya lain pula reaksi gadis itu. " Ikan tu. Besar budak!" terjerit Qarin Nasuha, melihat berita yang sedang menayangkan tangkapan seorang nelayan dipantai timur. " La…awak buat saya gelak lah. " ujar Hariz Azhan, ketawa dengan gelagat Qarin Nasuha. " Apa pulak? " pelik dia mendengar kata kata Hariz Azhan itu. " Awak tau tak dekat Melaka ada ikan lagi besar daripada itu tau. Besar macam saya pun ada. " ujar Hariz Azhan lagi. Ketawa masih bersisa melihat riak curiga diwajah Qarin Nasuha. " Mana ada!" Qarin Nasuha mengelengkan kepala. Mana ada kat Melaka ikan besar macam orang? Memandai aje dia ni. " Tak percaya cakap saya!" usik Hariz Azhan lagi bila melihat Qarin Nasuha menggelengkan kepala tidak percaya apa yang dikatakannya. " Laut kat Melaka ni mana ada ikan besar macam tu. Paling kuat pun ikan parang aje adalah. Mengarut aje awak ni. " ujar Qarin Nasuha menyangkal kata kata Hariz Azhan. " Siapa kata ikan laut. . " panjang tawa Hariz Azhan dengan kata kata Qarin Nasuha itu. " Nak pergi tengok? " ujar Hariz Azhan seakan mencabar gadis itu. " Kat mana? " tanya Qarin Nasuha ingin tahu. Tidak pernah dia dengar tentang ikan yang dikatakan Hariz Azhan. " Jom, dekat kampung Pangkalan Batu, dekat aje. Tapi dengan satu syarat!" ujar Hariz Azhan lagi. Memandang wajah Qarin Nasuha yang berkerut seribu. " Apa pulak main syarat ni!" ujar Qarin Nasuha, wajah ditarik masam. Tidak suka dengan sikap Hariz Azhan yang gemar mengusiknya. " Awak kena belanja saya hari Ahad ni? Macamana? " ujar Hariz Azhan menantikan jawapan gadis itu. " Alah, asyik tengok muka awak aje. Bosan lah. " rungut Qarin Nasuha namun langkah diatur perlahan mengikut langkah Hariz Azhan. " Suka atau tidak awak akan selalu tengok muka saya yang hensem ni!" usik Hariz Azhan tersenyum senang bila Qarin Nasuha ketawa kecil mendengar kata katanya itu.
" Kat sini ke ikan tu? " bulat mata Qarin Nasuha melihat kedai kayu yang kelihatan lengang. " Ada kat dalam tu. Tapi kedai ni pun ada banyak jual ikan lain. Cantik cantik tau. " ujar Hariz Azhan lagi. Kereta diletakkan dibawah pokok dihadapan kedai itu. Qarin Nasuha membuka pintu kereta, mata meliar memerhatikan kedai itu. Kelihatan seorang lelaki Cina tersenyum menyambut kedatangan mereka. " Hariz mana ikan tu? " tanya Qarin Nasuha tidak sabar bila Hariz Azhan terlalu asyik berborak dengan lelaki Cina itu. " Ada kat dalam tu. " ujar Hariz Azhan, dia memandang Qarin Nasuha yang sudah berjalan kebelakang. " Qarin berani ke? " sempat dia mengusik gadis itu. " Ingat macam awak ke? " balas Qarin Nasuha sambil ketawa kecil perlahan dia berjalan, sesekali tertarik melihat ikan ikan kecil yang berenang bebas didalam akuarium. Langkahnya terhenti bila melihat seekor kelisa emas yang berkilauan. Tujuh ribu! Gulp! Ditelan air liurnya. Ikan kecil tak sampai sejengkal ni tujuh ribu! Mahalnya. Bisik hati Qarin Nasuha. Dia mencari cari kolam yang dikatakan Hariz Azhan. Matanya menangkap sebuah kolam yang dipasang pagar dibahagian atasnya. " Riz!!!" jeritan Qarin Nasuha dari belakang kedai itu mengejutkan Hariz Azhan yang leka berbual dengan tokei kedai ikan itu. Sengaja membiarkan gadis itu mencari sendiri ikan yang dikatakannya itu. " Kenapa ni? " cemas Hariz Azhan menghampiri Qarin Nasuha yang kelihatan terkejut. Matanya terpejam rapat!Seakan takutkan sesuatu. " Kenapa tak bagitau ikan tu ada kat sini. Awak sengaja takutkan saya!" ujar Qarin Nasuha geram. " Kenapa tak bagi tau ikan tu besar sangat. " ujar Qarin Nasuha, dia masih tidak berani membuka mata. Takut melihat ikan itu. Besar, terlalu besar. Saiznya sama seorang lelaki dewasa, badannya hitam berkilat berserta sisiknya yang sebesar penumbuk berwarna merah saga. Begitu menakutkan bagi Qarin Nasuha walaupun ikan ikan itu tidak langsung menyedari kehadirannya. " Ya Allah!Awak ni buat saya cemas aje. Tadi bukan main lagi. " sempat dia mengusik gadis itu. Ketawa kecil dengan gelagat Qarin Nasuha, gadis itu nampak aje kasar tapi manjanya bukan main. " Saya takut tau tak!Awak biarkan saya tengok sendiri buat apa!" ujar Qarin Nasuha geram, dia sudah berjalan merapati Hariz Azhan. Wajah dipalingkan, tidak mahu melihat ikan yang cuma beberapa langkah didalam kolam dari nya. Dia benar benar terperanjat melihat ikan itu. Macam lihat ular anaconda pulak!Geli gelaman Qarin Nasuha. Seram pun ada! " Kesian betul dia ni. " ujar Hariz Azhan melihat kelakuan Qarin Nasuha. Simpati melihat gadis itu yang ketakutan. " I’m sorry. Saya tak sangka Qarin takut sangat. " ujar Hariz Azhan kesal. " Saya nak balik. " ujar Qarin Nasuha pula. Masih ada sisa ketakutan dalam dirinya. Masih mengigil tubuhnya saat itu. Debaran bertamu bila lelaki itu berdekatan dengannya.
" Qarin? " Hariz Azhan memanggil gadis itu bila Qarin Nasuha masih mendiamkan diri sejak tadi. Tidak tenang hatinya memandu bila Qarin Nasuha mendiamkan diri sejak mereka meninggalkan kedai tadi. " Apa? " perlahan saja suara gadis itu. " Okey ke? " tanya Hariz Azhan bila gadis itu kembali berdiam diri. " Cuma terkejut aje!" jawab Qarin Nasuha, berpaling memandang Hariz Azhan. Terasa malu dengan kelakuannya sebentar tadi. Memang dia terkejut sangat tadi, terbayangkan ikan yang menakutkan itu. " Saya minta maaf ya. Tak patut usik awak sampai macam tu. " ujar Hariz Azhan, sengaja dia mahu menguji gadis itu tadi. Dan lain pula jadinya dia tidak sangka Qarin Nasuha boleh sampai menangis. " Tak apa. Saya pun minta maaf sebab marah awak tadi. " balas Qarin Nasuha perlahan. " It’s okey. Kita balik kolej semula? " tanya Hariz Azhan bila Qarin Nasuha dilihatnya mula mengukir senyuman. " Atau Qarin nak tengok ikan tu lagi? " ujar Hariz Azhan masih mahu mengusik lagi. " No thanks. Kalau nak awak pergi tengok sorang sorang. " pantas Qarin Nasuha menjawab. Dia cuma tersenyum bila Hariz Azhan ketawa mendengar kata katanya itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan