Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
SUASANA di ibu pejabat polis daerah Port Dickson itu sunyi-sepi. Selepas memakirkan kereta, Rosalina pantas menuju masuk ke dalam. Dia mencari-cari kelibat Farhan Hasri dan akhirnya kedua-dua anak mata tertancap pada tubuh Hasliza yang berada di hadapan mesin membeli minuman.
"Liza!" teriak Rosalina lalu pantas berlari anak ke arah kawan baiknya itu.
"Ya Allah! Ros!" ucap Hasliza.
"Mana Hasri? Mana dia?"
"Sabar Ros, sabar. Polis sedang soal-siasat dia. Mari, ikut aku," ajak Hasliza.
Mereka berdua melangkah ke ruang pejabat. Rosalina dapat lihat jelas Farhan Hasri yang sedang duduk menghadap dua orang pegawai polis. Ada seorang lelaki bercermin mata, berkemeja belang biru di sebelah Farhan Hasri. Rosalina tidak kenal lelaki itu. Tiba-tiba Hafiz Hakimi masuk menyebabkan Rosalina tidak dapat mengawal rasa.
"Awak penipu!" jerit Rosalina lelu menghayunkan tas tangannya ke arah Hafiz Hakimi namun sempat dielak oleh lelaki itu.
Jeritan Rosalina menarik perhatian semua yang ada di situ dan tidak terkecuali Farhan Hasri. Sungguh dia terkejut dengan kehadiran Rosalina di situ. Dia lebih terkejut dengan keterangan yang baru diterima olehnya. Dia telah terlibat dengan satu jenayah yang tidak pernah dia lakukan. Rasuah? Langsung tidak pernah terlintas di fikiran. Farhan Hasri kenal lelaki yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu merupakan salah seorang wakil dalam mesyuarat tentang tender projek pembinaan landskap di salah sebuah kawasan perumahan di Lukut. Lelaki itu telah mendakwa Farhan Hasri memberi rasuah kepadanya untuk mendapatkan tender projek tersebut. Farhan Hasri tidak cepat melatah. Dia tahu ini semua adalah satu rancangan untuk mengenakannya dan Farhan Hasri tahu siapa dalangnya. Sampai begini sekali Hafiz Hakimi sanggup lakukan untuk memiliki Rosalina. Farhan Hasri tidak gentar. Rosalina hanyalah miliknya seorang.
"Cik, sila bertenang. Ini balai polis," tegur seorang pegawai wanita yang berada di situ.
Hasliza memegang keja bahu Rosalina lalu meminta gadis itu duduk di atas bangku kayu yang disediakan di situ. Hafiz Hakimi memandang Rosalina penuh sinis sebelum dia duduk di sebelah lelaki berkemeja belang biru itu. Rosalina cuba menangkap butir bicara yang dibincangkan namun tidak kedengaran. Kedudukannya agak jauh dari meja pegawai polis yang menyoal-siasat Farhan Hasri.
"Sabar Ros, sabar..." ucap Hasliza.
"Apa semua ni Liza? Kenapa Hafiz sanggup buat macam ni? Apa salah Farhan?"
"Tenang Ros... jangan risau. Aku yakin Farhan tak bersalah. Kita harus percayakan dia. Tentang sepupu aku tu, aku tak tahu nak cakap apa lagi," lemah suara Hasliza.
"Tapi..."
"Dahlah, kita serahkan semuanya pada Yang Maha Esa. Insyaallah, kebenaran pasti akan muncul juga nanti," ujar Hasliza.
Bunyi kerusi digerakkan menarik perhatian Rosalina. Farhan Hasri bangun dengan kedua-dua belah tangannya digari. Rosalina juga bingkas bangun namun dihalang oleh Hasliza. Farhan Hasri dibawa pergi. Hafiz Hakimi berjalan ke arah kedua-dua gadis yang duduk menunggu di bangku yang disediakan di situ.
"Liza, tinggalkan aku dengan Lina sekejap," pinta Hafiz Hakimi.
Hasliza memandang Rosalina sebelum beransur pergi. Sempat dikerling Hafiz Hakimi yang tampak begitu puas. Mungin kerana segala yang dirancangnya menjadi nyata.
"Puas hati awak?" Rosalina membuka mulut.
Hafiz Hakimi tersengih seakan-akan menyindir Rosalina. Dia mengambil tempat di sebelah gadis itu. Tangannya diletakkan dalam keadaan bersilang ke belakang, menyokong kepalanya. Wajah Rosalina dipandang. Gadis itu tampak comel dengan baju lengan panjang corak Garfield itu. Rosalina yang terasa dirinya diperhati mula berasa tidak selesa. Dia melihat ke arah baju yang tersarung di badan. Ah, mengapa dia terlupa untuk menukar pakaian yang lebih formal?
"Kenapa diam?" soal Rosalina lagi.
"Awak memang kejam!" sambung Rosalina apabila melihat Hafiz Hakimi masih diam tanpa jawapan.
"Aku tak mahu berlaku kejam sebenarnya tapi kau yang memaksa," ujar Hafiz Hakimi.
Bahasa pertuturan lelaki itu sudah bertukar. Kalau dulunya menggunakan ‘saya’ dan ‘awak’, kini ‘kau’ dan ‘ aku’ jadi pengganti.
"Bukankah awak dah berjanji akan lepaskan Farhan kalau saya tak jadi berkahwin dengan dia?"
"Ya, memang aku ingat janji tu. Tapi, bila dapat tahu yang dia dah jumpa kau semula, aku tak yakin yang kau akan tinggalkan dia," jelas Hafiz Hakimi.
"Saya masih boleh lari, bersembunyi,"
Hafiz Hakimi ketawa kecil mendengar jawapan Rosalina.
"Lari? Sembunyi? Ke mana? Kalau setakat dalam Malaysia, dengan mudah aku boleh cari kau. Begitu juga dengan lelaki tu,"
Rosalina menundukkan wajah. Ternyata telahan lelaki yang duduk di sebelahnya ini benar. Mudah sahaja Hafiz Hakimi dan Farhan Hasri menjumpainya. Tidak sampai sebulan pun dia lari menyembunyikan diri. Justeru, apa lagi yang boleh dia lakukan untuk memuaskan hati lelaki ini?
"Aku boleh gugurkan dakwaan, tapi dengan syarat," ujar Hafiz Hakimi.
"Saya dah kata saya tak akan bersama-sama awak. Kenapa awak degil sangat?"
"Aku bukanlah memaksa..."
"Tak memaksa awak cakap? Awak memang pandai buat kelakar," perli Rosalina.
"Aku buat semua ni untuk kita juga,"
"Untuk kita? Kedengaran lebih untuk diri awak. Awak memang pentingkan diri sendiri," bidas Rosalina.
"Kahwin je dengan aku maka Farhan akan bebas. Tak ada sesiapa akan terluka lagi. Tambahan pula, Hasliza, kawan baik kau tu boleh kembali semula pada Farhan. Habis cerita. Tutup buku, selesai masalah,"
Kali ini giliran Rosalina pula tersengih. Mudahnya Hafiz Hakimi melafaz kata. Terlalu dangkal pemikirannya. Tidakkah dia mengerti yang kebahagiaan itu hanya hadir andai dua jiwa saling menyintai dan mempercayai? Bukannya hanya satu hati yang memberi sebaliknya satu hati lagi menolak.
"Saya tak akan terima awak dan jawapan saya muktamad!" ujar Rosalina lalu bangun meninggalkan Hafiz Hakimi.
"Kalau begitu kau tunggu sahaja hingga Farhan keluar dari penjara nanti," balas Hafiz Hakimi membuatkan langkah Roslaina terhenti.
"Saya tetap akan tunggu walau sampai hujung nyawa sekalipun," luah Rosalina, tulus!
* * * * *
"APALAGI yang kau nak buat Kimi? Farhan dah masuk penjara tapi kau tetap juga tak dapat Ros. Aku benar-benar tak faham. Cukuplah, berhenti buat semua kerja gila ni!" marah Hasliza.
Hafiz Hakimi memandang kosong ikan-ikan koi pelbagai warna di dalam kolam kecil di halaman rumah Hasliza itu. Dia sendiri keliru dengan apa yang ada dalam fikirannya saat ini. Ternyata hati Rosalina sekeras batu, sekebal tembok besi. Tiada peluang langsung untuk dia mencelah ke dalam hati wanita itu.
"Masih ada satu jalan sahaja lagi," ucap Hafiz Hakimi membuatkan Hasliza membuntangkan kedua-dua anak matanya.
"Sudah Kimi! Hentikan! Semua ni mengarut! Belajarlah terima hakikat," Hasliza cuba memujuk sepupunya itu.
"Aku tak mudah mengalah macam kau Liza. Seharusnya kau ambil kesempatan ni untuk berbaik dengan Farhan. Pergilah melawat dia. Tunjukkan yang kau ambil berat. Soal Rosalina, biar aku yang uruskan,"
Hasliza melepaskan keluhan berat. Setiap kali berdepan dengan Hafiz Hakimi, pasti dia mengeluh. Susah benar untuk memahamkan seseorang yang telah buta hatinya kerana cinta.
"Jadi, apa rancangan kau?" soal Hasliza, ingin tahu.
"Adalah... Kali ini Rosalina pasti jadi milik aku!" ucap Hafiz Hakimi penuh yakin.
Hasliza yang mendengar hanya mampu diam. Janganlah sepupunya itu melakukan sesuatu yang diluar batas normal kemanusiaan...
sorang yg gila tak blh terima hakikat ya cinta tak blh dipaksa
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sorang yg gila tak blh terima hakikat ya cinta tak blh dipaksa